Download - BAHAN LOGAM DAN BAHAN BUKAN LOGAM
Teknologi Bahan Binaan CC101
KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
Penghargaan 2
Kerja Logam: Logam besi Besi jongkong Besi tuang Besi tempa Besi lembut
4567
1013
Logam Bukan Besi: Tembaga Aluminium Zink Gangsa Suasa
141417181921
Pembinaan Struktur Keluli 22
Langkah Keselamatan 30
Bahan Bukan Logam: Kaca Plastik Bitumen dan asfalt Cat
3131353839
Kesimpulan 40
Rujukan 41
Lampiran
1 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Encik Abdul Rasyid Ahmad. Di dalam tugasan kali ini, saya akan memperincikan dan mengulas apa yang dikatakan tentang kerja logam. Di dalam kerja logam, seorang jurutera harus mengetahuinya kerana logam merupakan suatu bahan asas dalam pembinaan. Di samping itu, setelah menyiapkan tugasan ini, saya juga telah mengetahui campuran logam manakah yang akan membentuk logam yang lain. Selain itu, saya juga telah dapat memahami dengan jelas cara-cara pembinaan struktur keluli, bentuk, keratan rangka dan cara penyambungan. Walaubagaimanapun, di akhir topik ini, saya dapat mempelajari sesuatu bahawa keselamatan perlulah dititikberatkan di dalam kerja logam. Selain itu juga, saya dapat mengetahui tentang bahan bukan logam seperti kaca, plastik, bitumen dan asfalt dan cat serta kegunaan bahan-bahan ini dalam pembinaan. Sebelum mengakhiri penghargaan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Rasyid Ahmad yang telah member banyak panduan tentang cara-cara menyiapkan tugasan ini dan juga kepada ibu bapa yang telah banyak memberikan sokongan, tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberikan idea dan sumbangan fakta tentang menyiapkan tugasan ini.
2 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
KERJA
LOGAM
3 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kerja Logam
Dalam pembinaan bangunan dan perabut, barang-barang logam banyak memainkan peranan yang pentingBarang-barang logam digunakan untuk tujuan yang tertentu seperti mengikat bahagian-bahagian binaan contohnya:
Menjadikan sebagai tetulang di dalam rasuk untuk mengukuhkan lagi kekuatan konkrit.
Sebagai paku, iaitu sebahai bahan pengikat yang kuat untuk menyambungkan dua bahan.
Selain itu, logam juga dihasilkan dalam skala yang banyak, murah dan senang diperolehi. Oleh itu, logam menjadi pilihan jurutera dan kontraktor binaan untuk digunakan bersama kayu.Di dalam pembinaan juga, logam merupakan suatu bahan yang mempunyai kekuatan yang tinggi, tahan lasak dan mudah untuk dikerjakan.Logam boleh dikelaskan dalam berbagai jenis, iaitu:
Logam Besi Besi Jongkong Besi Tuang Besi Tempa Besi Lembut
4 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Logam Besi (Metal Iron)
Logam-logam besi ini terdiri daripada besi tempa, besi tuang, dan besi waja (keluli) adalah di antara bahan-bahan kejuruteraan yang paling banyak digunakan.Cara mengeluarkan besi daripada bijihnya ialah dengan membakar di dalam apiArang batu telah ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1400 sebelum masihi.
Kebuk Pembakaran untuk mengeluarkan besi dari bijihnya
Bijih biasanya kaya dengan oksida besi dan bervariasi dalam warna dari abu-abu gelap, kuning cerah, dalam ungu, dan merah berkarat. Besi itu sendiri biasanya dijumpai dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (feo (OH)), limonit (feo (OH). N (H2O)) atau siderit (FeCO3).Hematit juga dikenali sebagai "bijih alam". Nama itu merujuk pada tahun-tahun awal perlombongan, ketika bijih besi hematit tertentu mengandungi 66% dan boleh diletakkan terus ke dalam “blast furnace”.bijih besi merupakan bahan mentah yang digunakan untuk membuat besi jongkong, yang merupakan salah satu bahan baku utama untuk membuat keluli. 98% daripada bijih besi ditambang digunakan untuk membuat keluli.
Contoh besi
5 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Besi Jongkong (Pig Iron)
mengandungi 93% besi tulen, 3-5% karbon, bahan tambahan lain seperti silika, belerang (sulfur), fosforus dan mangan.Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan kejuruteraan kerana ia sebenarnya bahan utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli.
Contoh besi jongkong
Ia cair pada suhu 2535°C dan mendidih pada suhu 2750°C.Besi tulen diperolehi daripada bijih besi seperti lodestone (mangnelite), humalite, limolite, siderite, meteorite, besi jongkong dan serpiha besi diperlukan untuk:
Bahan asas untuk membuat besi tempa, besi tuang dan keluli. Oxide of iron (venetian red) sebagai pigmen cat anti-karat, bahan kosmetik untuk
penggilap lensa Perusian blue untuk menjadikan nila dan bahan cetak biru Iron cores untuk electromagnet dalam system telefon dan sistem motor.
Semasa proses pencairan, fosforus dan sulfur dikeluarkan daripada besi jongkong, kerana jika adanya fosforus dan sulfur, besi akan menjadi lemah.Apabila besi cair telah sejuk, ia akan menjadi besi yang sangat kuat dan boleh digunakan untuk membina pencakar langit.
Besi jongkong dipanaskan di dalam relau
6 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Besi Tuang (Cast Iron)
Besi tuang – aloi besi mengandungi 2.06 hingga 4.3% karbon. besi jongkong dipanaskan semula dalam relau Kupola untuk menulenkan
besi/mengurangkan kandungan karbon 20% logam besi, 80% besi jongkong.
Untuk mendapatkan Besi tuang yang lebih tulen (kurang kandungan karbon) , relau bergema harus digunakan
Slag yang timbul atas besi cair menutup permukaan dan mengelakkan berlaku pengoksidan semula.
7 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Jenis Besi Tuang
Besi tuang putih – besi tuang yang keras dan rapuh biasanya mengandungi peralite dan cementite.
Besi tuang putih biasanya dilakukan dengan cara penyejukan dan di permukaan cor cetakan. Proses penyejukan mengelakkan pembentukan grafit semasa solidifikasi besi tuang.
Kegunaan besi tuang putih: pendakap brek, muncung penembak, pam impelers dan lain-lain bahan tahan abrasi.
pendakap brek dan pam impellers
Besi tuang kelabu – kekuatan lebih rendah tetapi lebih mulur dihasilkan pada penyejukan yang sangat perlahan dan mengandungi ferite grafit serpih dan tersebar.
Besi tuang kelabu mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi, oleh sebab itulah ianya tahan retak. Kehadiran grafit dalam besi tuang memberikan kesan getaran dumping kapasiti yang baik
Kegunaan besi tuang kelabu: gear, roda gaya, paip air, enjin silinder, dan disk brek.
Roda gaya dan paip air
8 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kecacatan Besi Tuang
Besi ini biasanya wujud kecacatan apabila: Gelembung-gelembung udara terperangkap ketika proses penyejukan. Mengalami rekahan Berlaku kemasukan benda asing yang mungkin akan melemahkan dan
merapuhkan besi Struktur ira yang kasar- besi lebih lemah satah berkenaan.
9 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Besi Tempa (Wrough Iron)
Selain daripada besi tempa yang dihasilkan terdapat juga jenis besi tulin yang dapat dikilangkan untuk kegunaan tertentu.Besi tempa boleh dikenali dan dapat dibezakan kerana padanya masih terdapat sangga, terutamanya ferus silikat tidak di buang keluar semuanya.Penggulungan besi tempa akan memberikan sifat-sifat arah kerana serat-serat halusnya akan selari dengan arah penggulungan. Operasi ini juga banyak digunakan untuk hiasan besi, paip, plat dandang, tiub, kepingan logam dan bahagian tahan karat.besi paling tulen dihasilkan dengan kandungan karbon kurang daripada 0.12%.dalam relau, besi jongkong lebih tulen digunakan dan karbon yang terbakar menjadi karbon monoksida.bendasing yang terbakar dielakkan terperangkap dengan menggunakan Penukar Bessemer, i.e. besi cair disejukkan dengan menuang menjadi bebola besi kecil.
Contoh penukar Bessemer
10 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Sifat Besi Tempa
Kemuluran sangat tinggi- pemanjangan 25% - 30% panjang asal sebelum gagal.Kekuatan tegangan maksimum ~355 N/mm2.Mencapai 415 N/mm2 apabila dicampurkan sedikit nikel.Ketumpatan 7690 kg/m3 senang dikerjakan, mudah kimpal.Tahan hentaman dan tahan kakisan.
11 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kegunaan Besi Tempa
Besi tempa mudah dikimpal kerana sifat kesenangan kerjanya yang tinggi.Oleh itu besi ini banyak digunankan untuk hiasan besi.Ia juga digunakan untuk membuat paip, plat dandang, tiub, kepingan logam dan bahagian kereta serta gerabak kerana sifatnya tahan karat.
Paip air dan kepingan logam
12 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Besi Lembut
Besi lembut ialah bahan yang lazim digunakan untuk binaan kerja keluli.Ia dikeluarkan mengikut gred kekuatan asas seperti gred 43, 50 dan 55.Kekuatan gred 43, 50 dan 55 menunjukkan kekuatan tegangan multamad minimum iaitu, 430N/mm², 500N/mm² dan 550N/mm².Sifat besi lembut penting diketahui ialah kekuatan tegasan tegangan, keanjalan, kemuluran, rintangan, hakisan, tahan kebakaran dan pengecuacaan.
13 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
LOGAM BUKAN BESIJika dibandingkan dengan logam besi, logam bukan besi lebih murah bertukar sifat kejuruteraannya. Apabila dikenakan pengerjaan mekanik tetapi tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak mudah berkarat. Logam jenis ini digunakan dalam binaan struktur untuk membuat bahan-bahan yang bersifat ringan, mudah mengalirkan elektrik, tahan karat serta bahan-bahan yang takat daya tahan modulus keanjalannya boleh diterima.
Tembaga (copper)
Tembaga boleh wujud dalam keadaan bebas (dikenali sebagai tembaga asli) atu bentuk oksida atau sulfide.Di antara bijih tembaga yang penting yang digunakan untuk pengeluaran logam tembaga ialah kuprik (Cu2O), kuprum gans (Cu2S) dan kuprum pirit (CuFeS2).Proses penghasilan tembaga terbahagi kepada:
Pembasuhan dan pengisaran bijih Panggangan Penurunan pembersihan
Contoh tembaga (dalam bentuk batu)
14 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Bentuk Tembaga Dalam Pasaran
Tembaga elektrolitik – tembaga ini mempunyai sifat pengaliran haba dan elektrik yang baik dan senang dikerjakan.
Tembaga elektrolitik dalam keadaan elektrolisis
Tembaga fosfor – tembaga ini mengandungi 0.006% hingga 0.05% fosforus. Sifat pengalirannya kurang baik tetapi tembaga ini lebih kuat. Tembaga fosfor pula terbahagi kepada dua.iaitu:
15% Fosforus Tembaga – diakui sangat berprestasi tinggi dalam mengoksidakan aloi.
8% fosfor tembaga – digunakan secara meluas dalam pembuatan aloi aluminium 390 untuk meningkatkan kekuatan.
Contoh tembaga fosfor
15 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Tembaga aregntum – tembaga ini mengandungi sedikit sifat argentum dan sesuai digunakan untuk membuat alat-alat elektrik.
Contoh tembaga argentums
Tembaga arsenik – tembaga yang mempunyai 45% arsenik
Contoh tembaga arsenik
Tembaga banyak digunakan untuk membuat alat elektrik dan dawai untuk pengalirah elektrik, kerja-kerja tahan karat, tolok, spring dan alat-alat lain yang boleh menerima beban berulang-ulang.
Spring dan wayar tembaga
16 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Aluminium
Logam ini mempunyai lebih kurang 7.85% pati tanah tapi bijih perdagangannya hanya bauksit sebanyak 60 aluminaSifat utama logam aluminium ialah:
Renggangan kuat Tahan karat Pengalir elektrik yang baik Tahan terhadap asid nitrit kuat
Aloi memainkan peranan penting dalam pembinaan kapal terbang, badan lori, gerabak dan bangunan.
Aluminium ketika dalam gulungan dan aluminium sesudah dijadikan bahagian badan kapal terbang.
ZINK17 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Bijih zink paling mustahak ialah sfalerit, iaitu sejenis sulfide zink. Zink juga boleh wujud sebagai zink karbonat dan zink oksida.Pada suhu biasa (suhu bilik) zink adalah rapuh tetapi pada suhu 100°C dan 150°C logam ini cukup mudah ditempa untuk digulung menjadi kepingan dawai.Kekuatan tegangan zink berubah-ubah daripada 27.5 N/mm² hingga 55 N/mm².Logam zink banyak digunakan untuk menggalvani, di antara pelindung bateri untuk penghasilan aloi zink.Aloi-aloi zink yang biasa ialah:
Loyang – sejenis aloi tembaga-zink Mangan gangsa, yang mengandungi 38% zink, 1% timah dan 0.5% mangan
dengan kekuatan tegangan 520 N/mm² dan kekuatan mampatan 1035 N/mm².Zink biasa digunakan untuk membuat pam, injap dan injin kapal laut dan jenis-jenis aloi bersifat tahan karat untuk tujuan umum.
Contoh pam dan injap diperbuat daripada zink
Gangsa (Bronze)
18 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Merupakan sebatian timah dengan tembaga yang turut ditambah dengan beberapa logam lain untuk mengukuhkan sifatnya.Timah bertindak meneguhkan sifat logam supaya ia lebih kuat, tahan lasak dan tahan karat.Kegunaan gangsa adalah seperti berikut:
Wang syiling Loceng Arka dan ukiran Komponen enjin Rod, bar dan sesalur
Contoh barangan diperbuat dari gangsa
Jenis-jenis gangsa
19 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Gangsa fosforus (phosphor bronze) – menjadikan gansa lebih kuat, tahan geseran, bermutu tinggi dan mudah dibentuk.
Contoh gangsa fosforus
lead bronze – dijadikan bagaian mesin tertutamanya “bearing”.
Contoh bearing
nickel bronze - dijadikan bahagian mesin seperti gera dan “machinenary bearing”.
Contoh gear daripada gangsa nikel
silicone bronze – dijadikan pam, bahagian kapal dan komponen elektrik.
Contoh komponen elektrik diperbuat dari gangsa silicon.
Suasa (brass)
20 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
merupakan campuran emas dan perak yang turut ditambah dengan beberapa logam lain bagi memperkukuhkan lagi sifatnya. Ia berwarna kuning keemasan.Biasanya ia disadur pada tombol dan juga tempat penyangkut baju bangunan atau rumah mewah.
Contoh tombol pintu daripada suasa
Pembinaan Struktur Keluli
21 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Keluli dikenali sebagai besi waja iaitu sejenis besi yang mudah ditempa dan mulur. Kandungan karbonnya ialah antara 0.12% hingga 1.8%. pengeluaran keluli daripada jongkong melibatkan pembuangan bendasing dengan sebanyak mungkin, melaraskan kandungan karbon dan mencampurkan unsur-unsur pancalogam untuk mengubah sifatnya.
Bentuk dan keratan rangka keluli
Bentuk dan keratin rangka keluli adalah seperti rasuk semesta, tiang semesta dan sesalur.Ia digunakan untuk rasuk, alang, kasau gulung-gulung dan pengikat. Untuk struktur keratan keluli yang lain sesiku sama dan tidak sama digunakan untuk bracing members, kasau, gulung-gulung, rembat dan belebas.Bagi struktur T pula digunakan bagi rasuk pengikat dan kuda-kuda.Manakala bulatan segiempat sama dan segiempat tepat berongga dogunakan untuk rangka bangunan, gulung-gulung, lattice girders dan lain-lain.
Keratan gabungan
Mengukuhkan keluli keratan tergelek sebagai rasuk semesta dengan mencantumkannya secara kimpalan dengan kepingan plat.Menggabungkan dengan keratan tergelek untuk girder crane di mana dua gabungan keluli membawa beban dari arah bertentangan.Menggabungkan rasuk dengan tiang atau sesamanya dengan sesalur ataupun sesiku untuk menghasilkan satu ikatan struktur yang kuatVuilt up section iaitu membentuk keratan rasuk, tiang ataupun segiempat lompang dengan menggabungkan secara kimpalan bagi membolehkannya menanggung beban yang besar dan tinggi.
Cara penomboran sistematik
22 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Cara penomboran sistematik perlu dilakukan kerana:
Memudahkan kerja pemasangan Mengelakkan terjadinya kekeliruan semasa pemasangan Memendekkan masa pemasangan
Cara pemasangan dan sambungan
23 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Bolt dan nat: Penyambungan ini boleh dilakukan sebagai sambungan sementara bagi anggota
struktur keluli. Ia terdiri daripada bolt dan nat serta sesendal, di mana sesendal bertujuan untuk menahan daya yang lebih.
Lubang untuk bolt dibuat dengan menggunakan mesin gerudi. Lubang yang ditebuk itu mestilah lebih besar daripada ukuran garisan pusat luar bebenang, iaitu lebih kurang 0.5mm.
Dalam penyambungan ini, dua jenis bolt digunakan, iaitu: Bolt keluli lembut – digunakan untuk binaan yang tidak terlalu besar dan
tidak mustahak yang tidak menerima beban yang besar. Bolt tegangan tinggi – digunakan untuk mana-mana binaan keluli sebagai
pengganti pasak kerana kerja mengetatkan bolt ini sangat mudah.
Contoh bolt dan nat
Rivet :
24 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Diperbuat daripada keluli lembut dan terdapat dua jenis: Berbentuk kubah Kepala benam
Rivet perlu diganti jika didapati bentuknya tidak tepat, paksi rivet tidak lurus atau kepala retak.
Contoh rivet kepala kubah dan benam
Kimpalan arka Kimpalan digunakan untuk penyambungan di antara struktur keluli. Kimpalan
boleh dibua dalam dua cara, iaitu kimpalan arka dan gas. Dalam kimpalan arka, arka terjadi antara dua elektrod atau rod kimpalan dengan
atau tanpa logam penambah. Caranya ialah dengan mencairkan rod kimpalan dengan arka yang dihasilkan daripada tenaga elektrik dan melekatkan logam penambah pada bahagian yang hendak dikimpal
Kimpalan arka lebih cepat dan member penembusan yang lebih dalam.kimpalan arka sesuai untuk kepingan yang tebal dan boleh digunakan di kedua-dua permukaan.
Contoh cara kimpalan arka dan tahap penembusan
Kimpalan gas
25 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Nyalaan api gas dari oksiasetilena digunakan untuk keluli sederhana. Dengan hydrogen atomic, suhunya meningkat ke 4000°C.
Untuk menyambung plumbum (lead), kimpalan gas suhu rendah diperlukan, iaitu menggunakan oksida hydrogen.
Kimpalan ini merupakan kimpalan yang murah dan mudah alih.
Contoh kimpalan gas
Jenis-jenis kimpalan
26 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kimpal muka tumpu (butt weld) Kimpal muka tumpu ialah proses dimana kimpalan dilakukan dari hujung ke
hujung.
Contoh kimpalan muka tumpu
Kimpal kambi (fillet weld)
27 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Digunakan untuk menyambungkan dua logam menjadi satu biasanya dalam keadaan 90°.
Contoh kimpalan kambi
28 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kelebihan menggunakan sambungan kimpalan
Sambungan kelihatan kemas dan elokMemudahkan penyelenggaraan kerana tidak berkaratMudah dan cepat dalam kerja-kerja penyambunganPembaziran keluli dapat dikurangkanSambungan ini ringan dan seterusnya mengurangkan beban binaan.
29 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Langkah-langkah Keselamatan
Langkah- langkah keselamatan perlulah dititikberatkan semasa menjalankan tugas. Di antara langkah-langkah keselamatan tersebut ialah:
Tidak bermain-main atau bergurau senda dengan rakan sekerja semasa menjalankan kerja logamMemakai pakaian yang sesuai dengan kerjaMemakai sarung tangan dan kasut keselamatan semasa berada di tempat kerja.]Mematuhi arahan dan peraturan keselamatanMengambil kira kemampuan diri sendiriMenggunakan alatan tangan yang sesuai dengan kerja yang dilakukanMengenalpasti punca kemalangan yang sering berlaku semasa kerja dilakukanMengenalpasti langkah mencegah kemalangan.
30 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
BAHAN
BUKAN
LOGAM
31 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Bahan Bukan Logam
Kemajuan teknologi moden sekarang ini telah memungkinkan penghasilan berbagai-bagai jenis bahan bukan logam seperti kaca, plastic, bitumen dan asphalt, cat dan bahan komposit. Pada hari ini di mana-mana sahaja kita boleh melihat hasil daripada bahan bukan logam ini telah dipelbagaikan.
Kaca
Kaca merupakan bahan bukan logam yang dapat kita lihat setiap hari dengan pelbagai jenis.Antaranya ialah:
Kaca optic Kaca keselamatan Kaca untuk memesongkan pancaran atau sinaran Jubin kaca Blok kaca untuk bangunan.
Kaca paling ringkas adalah silika, tetapi disebabkan oleh takat leburnya yang tinggi iaitu 1713°C, kaca ini lebih mahal dari aloi kaca yang lain.Kaca borosilikat diperolehi dengan menggunakan broaks dan asid borik, di samping soda. Menjadikan kaca ini stabil, takat lebur rendah dan lebih murah.
Contoh kaca
32 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Jenis-jenis kaca
Kaca plat - dimana kualiti permukaannya lebih baik daripada kaca kepingan dengan kurang herotanKaca kepingan – member pandangan yang pada hakikatnya terang dan tidak herot
Contoh kaca kepingan
Kaca penyerap haba – merupakan kaca kepingan yang berwarna atau kaca plat yang menyerap sejumlah besar sinaran matahari, mengurangkan pembentukan haba disekitar bangunan dan mengawal silauan.
Contoh keratan rentas kaca penyerap haba
Kaca bersepoh - merupakan kaca yang dikuatkan dengan haba bagi meningkatkan rintangan pada hentaman dan tegasan habaKaca berlapis keselamatan – mengandungi kepingan nipis dan kukuh berlapiskan plastic lut sinar antara dua lapisan kaca kepingan atau kaca plat.
Contoh kaca berlapis keselamatan
33 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kaca berdawai – dimana jejaring dawai dimasukkan kedalam kaca yang digelek semasa pengilangan
Contoh kaca berdawai
Kaca penebat - mengandungi dua lapisan kaca yang dipisahkan oleh ruang kedap udara untuk menyediakan penebatan haba dan menghadkan pemejalwapan
Contoh kaca berpenebat dan keratan rentas
34 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Plastik
Plastik wujud disekeliling kita dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Campuran plastik dengan bahan-bahan lain boleh memperbaiki bahan tersebut seperti berikut:
Kayu tidak mudah terbakat atau reput Getah menjadi kuat Besi tidak berkarat Kertas bertambah kuat
Terdapat banyak plastik yang berlainan. Ada jenis plastic yang diperbuat daripada selulos kayu, kapas dan tumbuhan lain. Sesetengah plastik terdiri daripada dammar tulen seperti minyak aspal dan juga dammar tiruan.
35 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Jenis-jenis plastik
Polysestar – merupakan bahan plastic yang lut sinar dikenali sebagai venil. Terdapat dua jenis venil iaitu lembut dan keras. Venil keras biasanya digunakan pada kemasan lantai dan juga paip untuk saliran air. Ia juga banyak digunakan dalam perusahaan membuat kabel dan dawai. Contoh mudah untuk venil ialah kanvas.
Contoh venil
Plastic akrilik - ianya lebih jernih daripada kaca dan banyak digunakan untuk membuat kanta. Dalam industry binaan ianya digunakan pada papan tanda, tanda arahan di kilang-kilang dan juga bagi membuat tingkap kacaPolisterin – ianya digunakan dalam pembuatan cat yang boleh larut. Ianya memperbaiki mutu cat supaya dapat bertahan dengan lama dan kalis airPolyethylene – ianya amat ringan jika dibandingkan dengan plastik-plastik lain. Walaubagaimanapun, ianya amat kukuh dan pada masa sekarang ia mula pesat digunakan sebagai pengganti bingkai tingkap.
Contoh polyethylene
36 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Ciri-ciri plastik
Mempunyai kekuatan regangan tinggi dan kadar kekenyalan yang rendahTindakbalas dalam suhu yang tinggi iaitu menjadi lemah apabila dikenakan suhu yang tinggi.Tindakbalas dalam kebakaran iaitu plastik boleh dibakar tetapi dalam penambahan bahan tambahan tahan api.Pengaliran haba bagi plastik yang padat sama seperti kayuPengaliran elektrik yang rendah menjadikan ia penebat haba yang baikPergerakan haba iaitu mengembang dengan banyaknya apabila panas dengan kadar lebih tinggi daripada logam.Pergerakan kelembapan iaitu kebanyakkan plastik menyerap air dengan amat sedikitDaya ketahanan iaitu plastik tidak berkarat.
37 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Bitumen dan asfalt
Bitumen ialah nama am untuk semua hidro karbon. Bahan yang tergulung dalam keluarga bitumen ialah asfalt, tar dan pitch.Asfalt ialah pepejal atau separa pepejal yang didapati dari dalam keadaan semulajadi yang juga dihasilkan dengan memproses petroleum.Asfalt semulajadi boleh didapati dalam bentuk:
Lake asphalt (pasir asfalt) didapati dalam tanah Rock asphalt (batu asfalt) didapati di celah batu Glisonite didapati melalui bumi seperti arang batu
Ciri-ciri bitumen: Warna coklat gelap atau hitam Tahan air atau wap Tahan serangan asid & alkali tapi tidak tahan pada minyak Menjadi lembut apabila terdedah pada cahaya matahari
Kegunaan asfalt: Sebagai bahan kalis air atau kalis lembap Bahan perekat dan filem Hasilan cat Jubin lantai
38 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Cat
Cat adalah bahan yang member perlindungan dan kecantikan pada permukaan bahan-bahan binaan.Ianya dilakukan untuk tujuan menghias, kebersihan, perlindungan bahan supayan tahan lama, menambahkan keberkesanan cahaya lampu dan menambah keselamatan.
Jenis-jenis cat
Cat minyak –cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.Cat air – cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuh dengan air semasa digunakan. Cat ini diperbuat daripada getah tiruan dan menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit.Cat distemper – cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati, dibancuh dengan air dengan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasa digunakan untuk mengecat papan siling, tembok bata dan konkrit.Cat kegunaan khas:
Cat aluminium – digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.
Cat bitumen – ia member perlindungan yang berkesan kepada bahan yang mudah berkarat seperti besi. Ia cuma digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidka diutamakan.
Cat kalis kulat – cat ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat. Kegunaannya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami kelembapan.
Cat tahan api – cat ini mengandungi ammonium fosfat yang digunakan untuk menambahkan sifat kerintangan terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.
39 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat pada bab kerja logam ialah, kita dapat menerangkan jenis-jenis dan kegunaan logam besi, disamping itu mengetahui logam bukan besi. Logam sangat penting untuk seorang yang bakal bergelar jurutera awam untuk mengetahui kerana ia akan memperkukuh bangunan yang dibina. Di samping itu, saya juga dapat menyatakan cara-cara pembinaan struktur keluli, bentuk, keratan rangka, cara penomboran, cara pemasangan dan penyambungan untuk kerja logam. Dan di akhir bab ini, saya tahu bahawa keselamatan perlu dititikberatkan semasa proses kerja logam dilakukan.Setelah menyiapkan pula tugasan unit 5 Bahan Bukan Logam, saya dapat menyetahui jenis-jenis dan kegunaan bahan-bahan seperti kaca, plastik, bitumen dan asfalt dan juga cat yang banyak digunakan dalam pembinaan.
40 | P a g e
Teknologi Bahan Binaan CC101
Rujukan
Internet http://en.wikipedia.org/wiki/Pig_iron http://en.wikipedia.org/wiki/cast_iron http://en.wikipedia.org/wiki/wrough_iron http://en.wikipedia.org/wiki/copper http://en.wikipedia.org/wiki/al_minium http://en.wikipedia.org/wiki/zinc http://en.wikipedia.org/wiki/bronze http://en.wikipedia.org/wiki/brass http://www.kidcyber.com.au/topics/steel.htm
Persembahan Slide - Teknologi bahan – logam - Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof - UKMPerpustakaan Politeknik Kota Bharu:
Teknologi Bahan Peringkat 3 - R.L Timings Materials Technology – R.L Timmings Kejuruteraan Dengan Polimer – Peter C. Powell
Modul kerja logam dan bahan bukan logam
41 | P a g e