BAHASA JEPUN 2
(BBJ 2402)
Semester Kedua 2017/2018
PENSYARAH
KOD KURSUS : BBJ 2402
NAMA KURSUS : BAHASA JEPUN II
NAMA PENSYARAH : DR MUHAMMAD ALIF
REDZUAN
E-MAIL : [email protected]
NO. TEL PEJABAT : 03-89468734
ALAMAT : JABATAN BAHASA ASING,
FAKULTI BAHASA MODEN &
KOMUNIKASI,
43400 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,
SERDANG, SELANGOR.
OBJEKTIFMENGINGATI KOSA KATA YANG DIGUNAKAN DALAM PERBUALAN HARIAN.
MEMAHAMI PERBUALAN HARIAN YANG MUDAH MELALUI AKTIVITI MENDENGAR.
MEMAHAMI PENGGUNAAN DAN PERBEZAAN PENANDA.
MEMAHAMI PETIKAN PENDEK MELALUI AKTIVITI MEMBACA.
MEMBINA AYAT ADJEKTIF, AYAT NAMAAN DAN AYAT NAMA SIFATAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN KALA YANG BETUL.
MENULIS KARANGAN PENDEK TENTANG KEHIDUPAN HARIAN.
PENILAIAN
UJIAN BERTULIS
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
MERANGKUMI UNIT 1, 2 DAN 3.
MARKAH : 25 %
PEPERIKSAAN AKHIR
MERANGKUMI UNIT 4, 5 DAN ULANG KAJI
MARKAH : 40 %
TUGASAN
TUGASAN MENULIS
UNIT 1 DAN 2
MARKAH : 15 %
TUGASAN MEMBACA
UNIT 4 DAN 5
MARKAH : 20%
UJIAN & PEPERIKSAAN AKHIR
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
Ujian ini akan mencakupi Unit 1, 2 dan 3. Untuk ujian ini, anda perlu memahami kosa kata dan dapat membina ayat yang dipelajari dalam ketiga-tiga unit ini. Anda juga diuji tentang kebolehan membaca dan menulis ayat dalam HIRAGANA dan beberapa perkataan dalam KATAKANA.
PEPERIKSAAN AKHIR
Ujian ini mencakupi Unit 4, Unit 5 dan Bahagian Ulangkaji. Format peperiksaan akhir sama seperti ujian pertengahan semester. Pada peperiksaan ini, anda dijangkakan telah menguasai kosa kata dan struktur ayat daripada modul BBJ 2402
TUGASAN
TUGASAN MENULISBuat salinan foto lembar “Latihan Menulis” pada Unit 1 dan Unit 2. Kemudian tulis karangan pendek berdasarkan topik yang diberikan pada lembar yang difotokopi.
Anda hendaklah menulis satu HIRAGANA pada setiap petak sebagaimana contoh yang ditunjukkan pada halaman 17 Unit 1.
Cth: ちちはかいしゃいんです。52さいです。
Jangan berikan ruang di antara satu perkataan dengan yang lain.
TARIKH SERAHAN TUGASAN
Serahkan tugasan anda semasa
perjumpaan bersemuka kali kedua
diadakan.
Bagi yang telah menyiapkan
tugasan menulis ini lebih awal,
boleh menghantar kepada Unit
Tugasan UPMed atau terus kepada
pensyarah menerusi alamat di atas.
Karangan Unit 1
Pilih beberapa orang daripada anggota keluarga anda dan tulis karangan tentang mereka. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari sebelum ini (BBJ 2401) serta dalam UNIT 1(BBJ2402).
Tulis karangan anda pada halaman yang difotokopi dengan menggunakan kesemua 160 petak yang disediakan mengikut contoh di bawah. (Satu HIRAGANA satu petak). Halaman 17.
Cth:
ち ち は か い し ゃ い ん で す 。 5 2 さ い で す 。
KARANGAN UNIT 2
Tulis mengenai perkara-perkara di sekitar dan di dalam rumah anda. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401,
UNIT 1 dan UNIT 2 (BBJ2402)].
Tulis karangan anda pada halaman 47 & 48 dengan menggunakan kesemua 200 petak yang disediakan. (Satu HIRAGANA satu petak ).
Unit 1
Objektif :
1. menyatakan apa-apa yang anda /
orang lain suka atau tidak suka.
2. memahami penggunaan penanda
“to”, “ni” dan “mo”.
3. bercerita tentang keluarga anda
menggunakan struktur ayat mudah.
Penggunaan “suki”
Untuk menyatakan apa-apa yang
anda suka, gunakan struktur ayat “ga
suki desu”.
Untuk menyatakan apa-apa yang
anda tidak suka, gunakan struktur
ayat “ga suki ja arimasen”.
Ayat contoh m/s 8.
Penanda “ to” dan “ni”
Penanda “to” menghubungkan dua
atau lebih kata nama di dalam
sesuatu ayat.
Ayat contoh m/s 9 dan 10.
Penanda “ni” menunjukkan masa
berlakunya sesuatu perbuatan di
dalam ayat itu.
Ayat contoh m/s 10 dan 11.
Penanda “mo”
Penanda “mo”-1 menandakan
bahawa ada seseorang atau sesuatu
yang lain selain daripada kata nama 1.
Ayat contoh m/s 12
Penanda “mo”-2 menandakan
bahawa terdapat sesuatu yang lain
selain daripada kata nama 2.
Ayat contoh m/s 13
Unit 2
Objektif :
1. menguasai ayat yang
menggunakan “arimasu / imasu”
2. memahami penggunaan penanda
“no”, “e” dan “ni”
3. menyampaikan keterangan tentang
lokasi / tempat sesuatu dan
seseorang.
Ayat lokasi
Penanda “ni” digunakan untuk menandakan tempat lokasi sesuatu atau sesorang.
Struktur ayat ini boleh menerangkan tempat sesuatu atau seseorang berada.
Jika topik ayat adalah benda, maka “arimasu” digunakan.
Jika topik ayat adalah orang atau haiwan, maka “imasu” digunakan.
Ayat contoh m/s 30.
Ayat kehadiran
Penanda “ga” digunakan untuk
menandakan benda atau orang yang
berada di sesuatu tempat.
Anda boleh menerangkan apa dan
siapa berada / hadir di sesuatu
tempat dengan menggunakan ayat ini.
Contoh ayat m/s 33 dan 34.
Penanda “no”, “ni” dan “e”
Penanda “no” ialah untuk menghubungkan
dua kata nama. Kata nama pertama akan
menerangkan kata nama kedua.
Ayat contoh m/s
Penanda “ni” menandakan lokasi atau
kehadiran sesuatu atau seseorang.
Penanda “e” menandakan arah datang,
pergi atau kembalinya seseorang yang
menjadi topik ayat.
Unit 3
Objektif :
1. menggunakan kata adjektif di
dalam ayat.
2. memahami penggunaan penjodoh
bilangan
3. membina dialog untuk membeli
sesuatu barang di kedai.
Ayat adjektif
Terdapat dua jenis kata adjektif dalam
bahasa Jepun iaitu kata adjektif biasa
dan kata nama sifatan.
Kata adjektif “i” + desu.
Kata adjektif “kunai” + desu.
Kata nama sifatan + desu.
Kata nama sifatan + jya arimasen.
Ayat contoh m/s 59.
Kata Nama Penerang
Kata adjektif + Kata nama
Kata nama sifatan + “na” + Kata
nama
(Kata nama sifatan memerlukan “na”
untuk menerangkan Kata nama.
Ayat contoh m/s 61.
Pertuturan di Kedai atau di
Restoren
Penanda objek “wo” digunakan dalam
struktur ayat ini.
Ayat ini dituturkan di kedai atau di
restoren untuk memberitahu apa-apa
yang dikehendaki.
Ayat contoh m/s 65
Penjodoh bilangan
Terdapat banyak penjodoh bilangan
dalam bahasa Jepun, tetapi hanya
empat sahaja yang diperkenalkan
dalam unit ini.
Penjodoh bilangan ini mengalami
perubahan bunyi apabila digunakan
bersama-sama kata bilangan tertentu.
Contoh m/s 66 / 67
Good Luck
*がんばって ください*