Download - Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
1/15
1
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN
KOLEJ SASTERA DAN SAINS
SBLM3033 Sosiolinguistik
TAJUK:
Bahasa Tinggi vs Bahasa Rendah
Disediakan Oleh :
NAMA : Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (201400)
PENSYARAH
En. Phat a/l Awang Deng
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
2/15
2
Kandungan
1. Pengenalan 3
2. Sosiolinguistik 4
3. Etimologi 7
4. Bilingualisme dan Diglosia 12
5. Kesimpulan 13
6. Rujukan 14
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
3/15
3
Pengenalan
Dalam linguistik, diglossia merujuk kepada keadaan dimana dua dialek atau bahasa
digunakan secara seiring oleh komuniti bahasa tunggal. Di samping bahasa seharian yang
bersifat vernakular (dilabelkan sebagai bahasa rendah), terdapat bahasa kedua dengan
tatabahasa dan struktur bahasa yang betul (dilabel sebagai bahasa tinggi) yang hanya
digunakan dalam situasi tertentu seperti pendidikan formal kesusasteraan atau keadaan formal
yang lain,tetapi tidak digunakan dalam perbualan biasa.
Variasi bahasa yang tinggi mungkin berada di tahap yang lebih tua dalam bahasa yang
sama seperti Latin di peringkat awal Zaman Pertengahan. Ia mungkin berbeza tetapi
menyerupai bahasa yang biasa digunakan, seperti bahasa Norway dengan Bokml dan
Nynorsk, atau China dengan Mandarin sebagai bahasa rasmi yang menjadi standard dan
kolokial dengan pelbagai dialek yang digunakan seharian. Bahasa Tamil adalah contoh
bahasa diglosik kerana mempunyai dua variasi untuk perbualan dan pertuturan.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
4/15
4
Sosiolinguistik
Sebagai satu aspek kajian hubungan antara kod dan struktur sosial, diglosia adalah satu
konsep penting dalam bidang sosiolinguistik. Secara sosial, setiap dari dua tahap bahasa
mempunyai lingkungan interaksi sosial yang tersendiri. Dalam lingkungan sosialnya, hanya
tahap bahasa tersebut yang diterima pakai. Secara tatabahasa, perbezaan mungkin
melibatkan sebutan, intonasi dan struktur ayat. Perbezaan dalam diglosia mungkin sehingga
diaggap sebagai dua bahasa berbeza.
Dialek yang mana adalah bahasa ibunda hampir selalunya dianggap bahasa rendah.
Lingkungan penggunaannya melibatkan komunikasi interpersonal yang tidak formal, seperti
perbualan di rumah, antara kawan dan di pasar. Dialek vernikular seperti ini, biasanya tidak
bertulis dan hanya berbentuk lisan semata-mata. Penulis yang cuba mengetengahkannya ke
bidang kesusasteraan sering dikritik hebat kerana ia dianggap inferior.
Dialek yang satu lagi diterima sebagai berstatus tinggi dan dikhaskan untuk
komunikasi bertulis dan lisan yang formal seperti laras pengajaran, khutbah dan ucapan
pegawai kerajaan. Adalah hampir mustahil untuk menguasai dialek tinggi yang formal ini
tanpa mempelajarinya secara formal. Oleh yang demikian, masyarakat diglosik yang juga
dipisahkan kelas sosial yang ekstrem, kebanyakan orang tidak mahir menggunakan dialek
tinggi. Bentuk dan kosa kata dialek tinggi yang tiris ke peringkat bawah masyarakat biasanya
telah berubah bentuk.Apabila dialek tinggi tersebut juga berbeza dari segi tatabahasa seperti
diglosia Arab, maka masyarakat yang kurang berpendidikan sering tidak mampu memahami
ucapan-ucapan para pemimpin mereka yang disiarkan melalui radio dan televisyen. Apabila
Maharaja Hirohito menyampaikan ucapan menyerah kalah di akhir perang dunia kedua,
majoriti rakyat baginda tidak dapat memahami ucapan tersebut.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
5/15
5
Di kebanyakan tempat diglosik, timbul kontroversi dan perbezaan pendapat tentang status dan
hubungan antara dua dialek ini. Dalam kes dimana dialek tinggi tidak mampu difahami oleh
golongan masyarakat yang hanya terdedah kepada dialek vernakular yang rendah, ada yang
berkeras menegaskan bahawa kedua dialek tersebut adalah bahasa yang sama.
Perintis pengkajian diglosia, Charles A. Ferguson (Chaer dan Agustina, 2004:92) telah
membuat pemerhatian bahawa kebanyakkan penutur jati yang cekap berbahasa dialek tinggi
akan menggunakan dialek tinggi dan cuba sedaya upaya mengelak dari menggunakan dialek
vernakular terutama apabila berkomunikasi dengan orang asing. Namun begitu, mereka tiada
pilihan sedemikian apabila berkomunikasi dengan kaum keluarga sendiri.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
6/15
6
Etimologi
Diglosia berasal dari perkataan Greek iaitu (diglssia), biasanya merujuk kepada
bilingualisme tetapi telah pertama kali digunakan dengan makna seperti di atas oleh
Emmanuel Rhoides dalam prolog kepada karangannya bertajukParerga pada tahun 1885.
Istilah berkenaan telah diadaptasikan oleh para penulis Peranchis sebagai diglossie.
Pada tahun 1959, Charles A. Ferguson telah memperkenalkan istilah diglossia dalam
bahasa Inggeris melalui satu artikel yang mendefinisikannyaa sebagai, satu situasi bahasa
yang stabil dimana disamping kewujudan pelbagai dialek sesuatu bahasa, terdapat juga satu
dialek yang standard dan bercirikan :
y Amat berkodifikasi yang tinggiy Tatabahasa dan nahu yang kompleksy Merupakan wahana kesusasteraan bertulis.y Dipelajari melalui pendidikan formaly Digunakan dalam penulisan dan bahasa lisan yang formaly Tidak digunakan untuk percakapan seharian (Chaer dan Agustina, 2004:93).
Menurut Ferguson, diglosia mempunyai sembilan ciri iaitu:
1. Fungsi merupakan kriteria yang paling penting. Dalam suatu masyarakat diglosis
terdapat dua variasi dari satu bahasa, variasi pertama disebut dialek tinggi (H) dan
yang kedua disebut dialek rendah (L). Fungsi untuk dialek H biasanya formal dan
terikat dengan tatabahasa yang ketat, manakala fungsi dialek L biasanya untuk situasi
informal, kekeluargaan, dan santai. Seperti bahasa Arab, dimana dialek H adalah
bahasa Arab yang ada pada al-Quran dan dialek bahasa L-nya adalah bahasa Arab
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
7/15
7
seharian yang biasa digunakan oleh bangsa Arab. Perbezaan dalam bahasa Arab al-
Quran dan bahasa Arab yang umum adalah amat ketara.
2. Prestij (Martabat)
Prestij berhubungan dengan sikap penutur terhadap dialek H dan L. Masyarakat
biasanya beranggapan dialek H lebih berprestij, lebih utama, dihormati dan dialek L
yang dianggap sebaliknya. Seperti terlihat dalam bahasa Melayu, ada pihak yang
mengatakan bahasa Melayu Standard yang diajarkan di sekolah merupakan dialek H
sedangkan bahasa daerah lainnya merupakan dialek bahasa L.
Aslinda dan Syafyahya (2007 : 27) menerangkan bahwa naik dan turunnya prestij
bahasa ditentukan oleh beberapa perkara, iaitu
1. Tahap kemampuan bahasa sebagai saluran komunikasi, terutama dengan dunia luar.
2. Tingkat peradaban masyarakat pendukungnya. Contohnya, Bahasa Inggeris British
yang disanjung tinggi sewaktu empayar British di kemuncak kekuasaannya sudah
diganti dengan Bahasa Inggeris Amerika Syarikat.
3. Warisan dan tradisi penulisan
Warisan tradisi penulisan kesusasteraan merujuk kepada karya-karya kesusateraan
terdahulu yang ditulis dalam dialek H dan ini mencerminkan kekayaan dan kebesaran
tradisi penulisan pada masa dahulu. Dialek H juga digunakan dalam ritual keagamaan
seperti bahasa Latin dan Sanskrit.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
8/15
8
4. Pemerolehan bahasa
Ragam dialek H diperoleh dengan sistem pendidikan yang formal dan teratur.
Manakala, dialek L diperoleh dari pergaulan dengan rakan sebaya, keluarga, dan
dipelajari secara normal dan tanpa sedar. Dalam sebilangan masyarakat diglosis ramai
di antara orang terpelajar yang menguasai dengan baik dialek H, tetapi tidak lancar
dalam menggunakan dialek tersebut, kerana dialek H tidak selalu digunakan, dan
dalam mempelajarinya para pelajar selalunya terikat dengan kaedah dan aturan tata
bahasa yang ketat. Sebaliknya dialek L yang selalu digunakan setiap hari dalam
pergaulan.
5. Pembakuan
Atas sebab prestij dan lain-lain hal, dialek H sering lebih diutamakan dalam usaha
pembakuan sesuatu bahasa dan membolehkan standarisasi terhadap dialek H ini
untuk digunakan dalam penyusunan kamus, tatabahasa, petunjuk, buku-buku
mengenai penggunaan bahasa yang betul ditulis dalam dialek H.
6. Kestabilan
Kestabilan dalam sesuatu masyarakat diglosis biasanya akan bertahan sekiranya
sebuah variasi bahasa yang dipertahankan kewujudannya dalam masyarakat itu.
Diglosia akan wujud apabila ada dua dialek bahasa dipertahankan dalam masyarakat.
7. Tata bahasa
Ferguson berpendapat bahawa dialek H dan L dalam diglosia merupakan variasi dari
bahasa yang sama; namun, dalam peraturan nahu dan tatabahaasaa terdapat perbezaan
yang jelas.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
9/15
9
8. Kosakata
Sebahagian besar kosakata dalam bahasa H dan L adalah sama. Walaupun begitu,
terdapat kosakata dalam dialek H yang tidak ada pasangannya pada dialek L, dan
sebaliknya. Ciri yang agak menonjol dalam diglosia adalah adanya kosakata yang
berpasangan, satu untuk dialek H dan satu dialek L, yang biasanya untuk konsep-
konsep yang sangat umum. Contoh dalam bahasa Arab, apa untuk dialek H adalah
ma sedangkan untuk dialek L eh.
9. Fonologi
Ferguson menyatakan bahwa sistem bunyi dialek H dan dialek L sebenarnya
merupakan satu sistem tungal; namun fonologi H merupakan sistem dasar, sedangkan
fonologi L yang pelbagai ragam merupakan subsistem atau parasistem. Fonologi H
lebih dekat dengan bentuk umum yang menjadi dasar bahasa secara keseluruhan.
Fonologi L bersifat lebih jauh dari bentuk yang menjadi dasar sesuatu bahasa.
Menurut Ferguson, diglosia yang terdapat di dalam masyarakat adalah pada
pembezaan fonologi antara dialek H dan L dalam sebuah bahasa. Namun ada pakar
lain yang mengemukakan pendapat berbeza tentang diglosia seperti Fishman yang
mengemukakan
...diglosiaexists notonlyin multilingualsocieties which officiallyrecognizeseveral
language,andnotonlyin societies which employseparatedialects,registers,or
functionallydifferentiatedlanguage,varietiesofwhateverkind.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
10/15
10
Menurut Fishman (1972:92 dalam Chaer dan Agustina, 2004:98), diglosia tidak hanya
berlaku dengan danya pembezaan dialek H dan L dalam bahasa yang sama, atau
bahasa serumpun, tetapi juga pada dua bahasa yang berlainan.
Fasold (1984:92 dalam Chaer dan Agustina, 2004:98) telah memperkembangkan
konsep diglosia ini menjadi apa yang disebut diglosia luas (broad diglosia). Konsep
broad diglosia, perbezaan itu tidak hanya antara dua bahasa atau dua dialek semata-
mata biner, malahan boleh lebih dari dua bahasa atau dialek. Seterusnya, Fasold
membahagikan diglosia kepada tiga iaitu:
1. Double overlapping diglosia adalah adanya pembezaan darjat dan fungsi bahasasecara berganda. Contoh: di Tanzania ada digunakan bahasa Inggeris, Swahili, dan
bahasa-bahasa daerah yang lain. Pada satu segi bahasa Swahili merupakan dialek H
dan bahasa-bahasa daerah yang lain menjadi ragam L-nya. Namun demikian, ada
kalanya bahasa Swahili menjadi dialek L dan bahasa Inggeris menjadi dialek bahasa
H-nya.
2. Double-nested diglosia adalah keadaan dalam masyarakat yang multillingual, dimana terdapat dua bahasa yang diperbezakan; satu sebagai bahasa H, dan yang lain
sebagai bahasa L. Akan tetapi kedua dialek H dan L tersebut juga masing-masing
diberi status sebagai dialek H dan L. Contohnya dalam masyarakat Sunda terdapat dua
bahasa iaitu bahasa Sunda dan bahasa Indonesia. Bahasa Sunda dipelajari dan
diperolehi di rumah dan dipergunakan dalam urusan seharian. Sedangkan bahasa
Indonesia dipelajari di sekolah. Oleh yaang demikian, dalam masyarakat Sunda dapat
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
11/15
11
dikatakan bahawa bahasa Indonesia merupakan dialek H dan bahasa Sunda dialek L.
Namun begitu, kedua-dua bahasa Sunda dan Indonesia juga memiliki dialek H dan L.
3. Linear polygosia merujuk darjat bahasa tidak dalam double-nesteddiglosia. Di sini
darjat tersusun dari yang paling tinggi hingga ke yang paling rendah. Susun atur darjat
tersebut dibuat berdasarkan sikap pengguna bahasa ittu sendiri. Contohnya,
kecenderungan penggunaan bahasa di kalangan masyarakat Cina di Malaysia, yang
menggunakan bahasa mengikut keaadaan tertentu. Masyarakat Cina di Malaysia
memiliki verbal repertoire yang terdiri dari bahasa Cina, yang ada di antaranya
dominan mengikut kawasan, bahasa Inggeris, bahasa Melayu standard, dan bahasa
Melayu mengikut daerah-daerah.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
12/15
12
Bilingualisme dan Diglosia
Diglosia adalah adanya pembezaan fungsi atas penggunaan bahasa (terutama fungsi H dan L)
dan bilingualisme adalah keadaan penggunaan dua bahasa secara bergilir mengiikut keadaan
dalam masyarakat. Fishman (dalam Soemarsono, 2010:195) menekankan perbezaan antara
Bilingualisme dan diglosia. Dalam konteks ini, Bilingualisme merujuk kepada penguasaan
atas dialek H dan L yang terdapat dalam masyarakat, manakala diglosia merujuk kepada
pembahagian fungsi dialek H dan L dalam keadaan-keadaan tertentu.
Fishman membahagikan hubungan diglosia dan Bilingualisme kepada empat jenis iaitu:
1. Bilingualisme dan diglosia;
Penggunaan dua bahasa tersebut adalah menurut fungsinya masing-masing.Contohnya, negara
Paraguay, dimana bahasa Guarani iaitu bahasa asli peribumi berstatus sebagai bahasa L, dan
bahasa Sepanyol yang merupakan bahasa Eropah berstatus sebagai bahasa H.
2. Bilingualisme tanpa diglosia;
Dua bahasa yang wujud seiring dan digunakan untuk pelbagai tujuannya masing-masing
Contohnya, masyarakat Montreal di Kanada, yang berbahasa Jerman. Peralihan ke bahasa
Perancis dari bahasa Jerman berlaku seiring dengan Bilingualisme yang meluas.
3. Diglosia tanpa bilingualisme;
Pada zaman pemerintahan Czar di Rusia, para bangsawannya menggunakan bahasa Perancis
sedangkan masyarakat biasa Rusia menggunakan bahasa Rusia dengan pelbagai dialeknya
adalah contoh terbaik diglosia tanpa bilingualisme.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
13/15
13
4. Tidak bilingual dan tidak diglosik.
Pada masa kini, kemungkinan hanya masyarakat yang primitif atau jauh terpencil di
pedalaman yang mengalami keadaan sebegini.
Dari keempat pola bahasa masyarakat ini, yang paling stabil adalah diglosia dengan
Bilingualisme dan diglosia tanpa Bilingualisme. Keduanya bersifat diglosia dan perbezaannya
hanya terletak pada sifat Bilingualismenya.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
14/15
14
Kesimpulan
Oleh yang demikan, dapat dirumuskan bahawa Bilingualisme dan diglosia adalah dua
hal yang berbeza. Bilingualisme merujuk kepada penguasaan atas dialek H dan L yang
terdapat dalam masyarakat, manakala diglosia merujuk kepada pembahagian fungsi dialek H
dan L dalam keadaan-keadaan tertentu.
Dalam realiti kehidupan, manusia sebagai makhluk sosial saling berinteraksi antara satu
saama lainn. Dalam interaksi ini peranan bahasa adalah sangat besar dan dominan dalam
komunikasi satu sama lain. Proses komunikasi dan interaksi tersebut berlangsung dan
seterusnya akan menghasilkan keadaan yang akan memungkinkan wujudnya Bilingualisme
dan diglosia.
-
8/3/2019 Bahasa Tinggi Bahasa Rendah
15/15
15
Rujukan
Hendra Sastratmaja Bilingualisme dan diglosia, dicapai pada 13 Februari 2012
http://foraagustina.wordpress.com/2008/04/10/perkembangan-kognitif-anak/
http://fatchulfkip.wordpress.com/2008/10/08/kedwibahasaan/
http://anaksastra.blogspot.com/2009/03/kedwibahasaan-dan-diglosia/
http://yahamim.wordpress.com/2009/02/14/bahasa-melayu-tinggi/
http://eskapisminda.blogspot.com/2008/09/bahasa-tinggi.html
http://dwnbahasa.dbp.my/?p=505
http://zamrimohamad.com/blog/penulisan-berkualiti-tinggi-ejen-pembinaan-
bangsa/