DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
1
BB lwn SS
[Dalam Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor Darul Ehsan, Kes Mal Bil. :
10023-014-0304-2018 (Tuan Ali Najmi Bin Mohd Noordin, HMRS)]
[5 September 2018M bersamaan 24 Zulhijjah 1439H]
[Tuntutan Pembubaran Perkahwinan melalui Fasakh di bawah Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam – Tuntutan pembubaran perkahwinan melalui fasakh oleh
Plaintif – Suami tidak hadir ke Mahkamah - Mengikut seksyen 53 Enakmen Undang-
Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003.
Fakta Kes
[1] Kes ini merupakan tuntutan Plaintif, BB (No. K/P : XXX) yang beralamat di
AXXX, 41200, Klang, Selangor Darul Ehsan. Manakala pihak Defendan, SS(No.
K/P: XXX) yang tidak diketahui alamatnya oleh Plaintif.
[2] Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 17 September 1995 di Tawau, Sabah
berwalikan bapa kandung Plaintif. Hasil daripada pernikahan tersebut, mereka telah
dikurniakan 3 orang cahaya mata. Plaintif berasal dari Klang, Selangor dan telah
mengahwini Defendan yang berasal dari Tawau, Sabah.
[3] Berdasarkan Penyata Tuntutan dan Keterangan Plaintif, dia dan Defendan telah
tinggal berasingan selama 17 tahun iaitu dari November 2001 sehingga Mei 2018.
Kali terakhir mereka berjumpa adalah pada tahun 2001. Selepas itu, Plaintif tidak
lagi mengetahui keberadaan Defendan. Penyampaian saman juga turut
dilaksanakan melalui penyampaian ganti iaitu iklan. Menurut Plaintif, Defendan
telah cuai dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada Plaintif dalam tempoh
masa 11 tahun sepesrti yang telah dinyatakan di atas.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
2
[4] Selain itu, Defendan telah didakwa tidak bekerja sebaliknya melakukan perkara
yang tidak bermanfaat seperti menjadi tokan syabu, suka berfoya-foya, bermain
judi, minum arak dan kerap memukul Plaintif tanpa sebab yang munasabah.
[5] Dua orang saksi telah hadir di hadapan Mahkamah untuk memberi keterangan bagi
pihak Plaintif bagi menguatkan lagi tuntutan Plaintif ini. SP1 dan SP2 masing-
masing diwakili oleh Sdan juga MAS. Kedua-dua mereka merupakan saksi yang
kompeten untuk memberi keterangan di hadapan Mahkamah.
[6] Berdasarkan Penyata Tuntutan yang difailkan, Plaintif telah menuntut perceraian
secara fasakh kepada Mahkamah dengan alasan-alasan berikut:-
6.1 Bahawa Defendan telah cuai untuk membayar nafkah Plaintif
melebihi tempoh tiga (3) bulan; (Seksyen 53 (1)(b))
6.2 Bahawa Defendan telah menganiaya Plaintif iaitu:-
i. Lazim menyakiti perasaan dan mental Plaintif;
ii. Menyakiti tubuh badan Plaintif; (Seksyen 53(1)(h)(i)(ii))
6.3 Bahawa rumahtangga telah pecah belah;
i. Tinggal berasingan sejak November 2011 sehingga Mei
2018; (Seksyen 53 (1)(l));
ii. Tiada hubungan suami-isteri sejak November 2011
sehingga Mei 2018 (Seksyen 53(1)(d);
Diputuskan
Mahkamah setelah meneliti permohonan dan mendengar keterangan Plaintif serta setelah
meneliti dokumen-dokumen yang dikemukakan, maka Mahkamah dengan ini memutuskan
dan memerintahkan seperti berikut;
1) Mahkamah sabitkan Defendan telah gagal memperuntukkan nafkah kepada
Plaintif selama tempoh 3 bulan.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
3
2) Mahkamah dengan ini meluluskan permohonan Plaintif untuk
membubarkan dan memfasakhkan pernikahnnya dengan Defendan di
bawah Seksyen 53 (1)(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003.
3) Mulai hari ini, 5 September 2018, jam lebih kurang ……… petang/pagi,
Mahkamah dengan ini memerintahkan pernikahan antara Plaintif BB dan
Defendan SS dibubarkan dan difasakhkan.
4) Mahkamah perintahkan Plaintif beriddah selama tiga kali suci.
5) Mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan dan sijil nikah Negeri
Sabah bilangan daftar nikah XXX/95 dipulangkan kepada Pejabat Agama
Islam Daerah Tawau dan dibatalkan.
Peguam Syarie
Plaintif dan defendan tidak diwakili oleh mana-mana peguam Syarie.
Surah Al-Qur`an Yang Dirujuk
Surah An-Nisa’ : ayat 34.
Kitab- Kitab Yang Dirujuk
1. Al- ‘Allamah ‘Abu Bakr Uthman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri,
Kitab I’anah Al-Thalibin, Juzuk 3, hlm 381-382.
2. Al- ‘Allamah ‘Abu Bakr Uthman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri,
Kitab I’anah Al-Thalibin, Jilid 4, hlm 27, 84.
2. Dr. Wahwah al-Zuhaili, 1997, Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh, Jilid VII, hlm: 527.
3. Kitab Sunan Al-Matalib Bi Syarki Raudi Al-Matalib.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
4
4. Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Khathib al-Syirbini al-Qahiri;
Mughni Muhtaj, Jilid 3, hlm. 268.
Undang-Undang Yang Dirujuk
1. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 -s. 2, s.4, s.45
dan s.53.
2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 –s. 61 (2)(b)(i) dan
s.62(2)(b).
3. Enakmen Keterangan Syariah (Negeri Selangor) 2003 – s.17
Kes-Kes Yang Dirujuk
1. Hairun binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor
2. Rosnani binti Abd. Ghani lawan Zulkifli
Penghakiman Tuan Ali Najmi Bin Noordin, HMRS
[7] Di dalam menentukan sama ada Mahkamah boleh memerintahkan pembubaran
perkahwinan melalui tuntutan fasakh oleh Plaintif, Mahkamah terlebih dahulu telah
meneliti beberapa perkara seperti berikut;
7.1 Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini
berdasarkan peruntukan Undang-undang yang sedia ada; dam
7.2 Isu yang berkaitan sama ada Defendan cuai memperuntukkan nafkah
kepada Plaintif seperti dikehendaki Seksyen 53 (1)(b) EUUKIS 2003.
[8] Sebelum Mahkamah pergi lebih jauh dan mengulas lanjut berkaitan isu-isu di atas
secara satu persatu dan lebih terperinci, adalah lebih baik Mahkamah merujuk
kepada pendapat-pendapat ulama mu’tabar berkaitan keharusan permohonan isteri
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
5
mendapatkan pembubaran perkahwinan melalui fasakh. Antaranya di dalam Kitab
‘Ianah At-Talibin dalam Jilid 4 muka surat 84 ada menyebut:-
Maksudnya:
‘Peruntukan fasakh itu untuk mengelakkan kemudharatan kepada
perempuan itu’
[9] Selain itu, dalam Kitab Al-Fiqh Al-Islami Wa-‘Adilatuh Juzu’ 7 muka surat 527
telah memberi panduan kepada hakim untuk merungkai dan membubarkan
perkahwinan disebabkan syiqaq atau adanya kemudharatan dan pergaulan yang
buruk dalam rumahtangga. Ia berbunyi seperti berikut:-
Maksudnya:
‘Dan dari segi kemudharatan pula ialah suami menyakiti isterinya
dengan kata-kata ataupun perbuatan seperti memaki hamun,
memburukkan peribadi sehingga menjejaskan reputasi, memukul
sehingga luka, mendorong atau memaksa melakukan perbuatan-
perbuatan yang diharamkan Allah, meninggalkan isterinya dan tidak
menegurnya tanpa sebab yang diharuskan dan lain-lain lagi yang
seumpamanya.
[10] Merujuk kembali kes yang dibicarakan dihadapan Mahkamah ini, Mahkamah
merasakan adalah lebih baik jika Mahkamah mengulas satu per satu alasan-alasan
Plaintif dalam kes ini sebelum Mahkamah memutuskan sama ada permohonan ini
diluluskan ataupun sebaliknya.
Isu yang pertama adalah adakah Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk
mendengar dan memutuskan kes ini berdasarkan peruntukan Undang-undang yang
sedia ada.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
6
[11] Mahkamah berbidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini
berdasarkan Seksyen 62(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) Tahun 2003 yang memperuntukkan bahawa " Mahkamah Rendah
Syariah, dalam bidangkuasa Mal ; boleh mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi dibenarkan mendengar dan
memutuskannya dalam mana jumlah atau nilai hal perkara yang dipertikaikan
tidak melebihi Seratus Ribu Ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan
wang ". Seksyen ini dibaca bersama Seksyen 61(2)(b)(i) Enakmen yang sama yang
memperuntukkan bahawa : Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dalam
bidangkuasa Mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan berkaitan dengan :
(i) Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan
( fasakh ), atau perpisahan ( faraq ).
[12] Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 ada menyebut seperti di bawah:-
53(1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang
berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak untuk
mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk
fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu:-
(b) suami telah cuai dan telah tidak mengadakan peruntukkan
bagi nafkahnya selama tempoh tiga (3) bulan;
(d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa
sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah
batin) selama tempoh satu tahun;
(h) bahawa suami atau isteri menganiaya isteri atau suaminya
iaitu, antara lain-
(i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya
menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
7
(ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki
jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan
Hukum
Syarak;
(l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah
Hukum Syarak.
[13] Mengenai pemastautinan, Defendan telah memenuhi syarat mastautin yang
diberikan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).
Berdasarkan keterangan Plaintif, Defendan berasal dari Sabah tetapi Plaintif sudah
tidak tahu di mana keberadaan Defendan sehingga kini.
[14] Fakta-fakta tersebut jelas menunjukkan bahawa permohonan ini telah memenuhi
kehendak peruntukan Seksyen 4 dan juga Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 yang hanya memerlukan
pemastautinan salah satu pihak ketika permohonan dibuat adalah di Negeri
Selangor.
[15] Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun
2003 pula memperuntukkan :
kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, Enakmen ini
hendaklah dipakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam negeri
Selangor dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam negeri
Selangor tetapi tinggal di luar Selangor.
[16] Manakala Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri
Selangor) Tahun 2003 juga menyebut bahawa:
kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa
jua dalam enakmen ini membolehkan mahkamah membuat sesuatu perintah
perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang
suami melafazkan talaq kecuali ;
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
8
(a) Jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai
didaftarkan dibawah Enakmen ini; atau
(b) Jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak ; dan
(c) Jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa
permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Selangor.
[17] Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun
2003 juga memperuntukkan “ Bermastautin ” ertinya tinggal tetap atau pada
kelazimannya bermukim dalam sesuatu kawasan yang tertentu. Didalam kes
Sharifah Laila bt Syed Shamdin lwn. Abdul Latif bin Arshad ( 1994 ) 9 1 J.H. 16,
Mahkamah rayuan Syariah Selangor telah menyatakan bahawa perkataan mastautin
seperti yang terdapat di dalam Seksyen 2 Enakmen tersebut hanya mensyaratkan
seseorang itu tinggal tetap dalam sesuatu kawasan atau pada lazimnya tinggal di
sesuatu kawasan, tidak disyaratkan hendaklah menjadi rakyat negeri di dalam
kawasan ia berada.
[18] Setelah berpuashati bahawa Plaintif dan Defendan telah memenuhi kesemua syarat-
syarat yang dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat ia mempunyai bidangkuasa
untuk mendengar dan memutuskan permohonan ini.
Isu kedua adalah Defendan cuai memperuntukkan nafkah kepada Plaintif seperti
dikehendaki Seksyen 53(1)(b) EUUKIS 2003.
[19] Sebelum Mahkamah mengulas lanjut isu ini, haruslah difahami terlebih dahulu
apakah yang dimaksudkan dengan pengertian yang dimaksudkan oleh Hukum
Syarak. Oleh itu, Mahkamah merujuk kepada kes Rosnani binti Abd. Ghani lwn
Zulkifli. Kes ini telah dibicarakan oleh Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar bin
Ahmad. Beliau telah memberi penjelasan yang dalam berkaitan pengertian nafkah
tersebut. Menurutnya dalam kes tersebut:-
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
9
‘Nafkah adalah segala yang dibelankan kata nafkah hanya
dipergunakanuntuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga perkara
iaitu disebabkan nikah, qarabah dan hak milik. Hak isteri dan suaminya
itu ada tujuh iaitu 1) makan 2) lauk 3) pakaian 4) kerbersihan 5) pakaian
6) perkakas rumah tempat tinggal 7) khadam jika biasa berkhadam’.
Selain itu, ia telah dijelaskan dalam Al-Quran melalui Surah An-Nisa’, ayat 34
yang berbunyi:-
لهم بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أمو ل ٱلل مون على ٱلنساء بما فض جال قو ٱلر
ت للغيب بما حفظ ٱلل فظ ت ح نت ت ق لح فٱلص
Maksudnya:
‘Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan-perempuan kerana Tuhan telah
melebihkan sebahagian dari yang lain dan ekrana itu lelaki telah menafkahkan
sebahagian dari hartanya sebab itu perempuan yang baik ialah perempuan
yang patuh dan menjaga dirinya semasa suaminya tiada, bahagian yang
disuruh Allah.
[20] Dalam kes Hairun binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor yang mana ada
dalam kes ini Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa
di dalam ajaran Islam, memutuskan bahawa perkahwinan hanya boleh difasakhkan
setelah dibicarakan dan diputuskan oleh Kadi atau Hakim Mahkamah, dan hak
untuk fasakh tersebut sekiranya pihak suami adalah seperti berikut;
1. Tiada kuasa memberi belanja makan dan minum.
2. Tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut.
3. Tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut.
4. Tiada kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
10
Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan
si suami tidak mempunyai harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah Kadi atau
Hakim itu memberi tempoh tiga hari. Kemudian selepas tiga hari serta malamnya
tiada juga kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu separuh nafkah yang
biasa) maka barulah Kadi atau Hakmi tersebut menfaskhkan nikah tersebut.
Berdasarkan hukum fiqh yang tersebut dalam Kitab Sunan Al-Matalib Bi Syarki
Raudi Al-Matalib;
‘Bagi seorang isteri kepada seorang suami yang tidak mampu memberi
nafkahnya dan dia mempunyai hak fasakh atas perkahwinannya. Dan hawa
jika ia (isteri) memilih untuk bersabar ia boleh bersabar dan
membelanjakan wang ringgitnya sendiri untuk dirinya dengan perkiraan
perbelanjaan itu ditanggung oleh suaminya hingga suami itu terlepas dari
kesusahan yang dihadapi. Dan sekiranya ia (isteri) memilih fasakh, maka
ia berhak berbuat demikian’.
[21] Berdasarkan kepada keterangan Plaintif, Defendan didakwa telah cuai
memperuntukkan nafkah yang cukup kepada Plaintif selama 17 tahun iaitu dari
November 2001 sehingga Mei 2018. Defendan pernah bekerja selama 6 bulan di
sebuah kilang. Selepas itu, Plaintif sudah tidak mengetahui di mana keberadaan
Defendan.
[22] Keterangan ini disokong oleh keterangan SP1 dan SP2 yang menyebutkan bahawa
Plaintif telah lama ditinggalkan oleh Defendan. SP1 merupakan abang kepada
Plaintif, merangkap abang ipar kepada Defendan. SP1 juga ada menyatakan bahawa
adiknya telah ditinggalkan oleh Defendan selama 17 tahun. Kali terakhir SP1
berjumpa dengan Defendan adalah sewaktu di Kajang. Kemudian, SP1 tidak
lagi berjumpa Defendan. SP2 pula merupakan kenalan Plaintif. Menurut
kenyataannya, Plaintif sudah lama tidak mempunyai suami. SP2 juga ada
menyatakan bahawa SP2 tidak pernah mengenali suami Plaintif.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
11
[23] Mengikut Hukum Syarak, suami wajib memperuntukkan nafkah kepada isteri
dalam setiap perkahwinan. Tindakan yang boleh menghalang Plaintif daripada
menerima nafkah sebagai isteri hanya akan berlaku jika ada pensabitan nusyuz
terhadap Plaintif dikeluarkan oleh Perintah mana-mana Mahkamah Syariah di
seluruh Malaysia. Dalam kes ini, Plaintif sehingga kini masih lagi merupakan isteri
Defendan yang taat kerana tiada sebarang perintah Mahkamah yang dikeluarkan
terhadap Plaintif yang menyatakan Plaintif adalah seorang isteri yang nusyuz.
[24] Pada asalnya, kewajipan memberi nafkah kepada isteri tidak wujud hanya setelah
Defendan mengahwini Plaintif. Pada ketika Defendan mengahwini Plaintif, beban
menyediakan nafkah kepada Plaintif selaku isteri adalah terletak kepada Defendan
selagi masih bergelar suami isteri disebabkan wujudnya perkahwinan tersebut. Oleh
itu, apabila wujud dakwaan Defendan tidak memberi nafkah kepada Plaintif,
Mahkamah beranggapan bahawa adalah menjadi beban kepada Defendan untuk
mengemukakan bukti bahawa nafkah yang didakwa telah diberikan kepada Plaintif.
Akan tetapi, Defendan telah menghilang selama 17 tahun dan sukar untuk dijejaki.
Justeru, Mahkamah mempunyai kuasa untuk melakukan perbicaraan secara sebelah
pihak dan memberi keputusan tanpa kehadiran Defendan. Keterangan dari saksi-
saksi juga diambil kira dalam kes ini. Walaubagaimanapun, Plaintif mestilah
melaksanakan sumpah Al-Istizhar bahawa keteranganya itu adalah benar dan tidak
palsu.
[25] Maka dengan itu, Mahkamah dapati bahawa Defendan telah cuai memperuntukkan
nafkah kepada Plaintif selama 17 tahun yang mana ianya melebihi tempoh yang
disyaratkan dalam Seksyen 53(1)(b).
[26] Mahkamah juga telah mengaitkan persoalan mengenai iqrar bagi mensabitkan
perceraian yang dipohon dalam kes ini dan merujuk kepada Kitab I`anah At-
Talibien juzuk 3 muka surat 382 ada diperuntukkan yang berbunyi:
هو لغة اإلثبات وشرعا إخبار الشخص بحق عليه. ويسمى اعترافا ( :اإلقرار )
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
12
Maksudnya:
Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut
syarak diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya.
Iqrar disebut juga sebagai i`tiraf.
Didalam Kitab I`anah At-Talibien juzuk 4, muka surat 27 ada menyebut
yang bermaksud :
) إنما يثبت الطالق كاإلقرار به بشهادة رجلين حريين عدلين (
“Sesungguhnya talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang
lelaki yang adil lagi merdeka, sebagaimana pula ianya disabitkan
dengan iqrar adanya talaq oleh suami”.
Dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid 3 muka surat 268 cetakan oleh Dar
Al-Kutub Al-Ilmiyyah 1994 dan Kitab Hasyiah I`anah At-Tolibien muka
surat 381 cetakan Maktabah At-Taufiqiyyah ada menyebutkan:
( وأركانه أربعة : مقر ومقر له وصيغة ومقر به )
Maksudnya:
Rukun iqrar itu ada empat perkara, iaitu ; (1)- Muqirrun ( orang
yang berikrar ). (2)- Muqarrun lahu ( orang yang diiqrarkan
untuknya oleh orang yang berikrar ). (3)- Sighah ( ucapan atau
kata-kata iqrar ) dan (4)- Muqirrun bihi ( hak yang diiktiraf
oleh pihak yang berikrar ).
Manakala Qaedah Fiqhiyyah juga ada menyatakan :
( المرء مؤاخذ بإقراره )
Bermaksud:
Seseorang itu terikat berdasarkan pengakuannya.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
13
[27] Selain itu peruntukan Seksyen 17, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) Tahun 2003 ada juga menyatakan:
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia
mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-mana orang lain
berkenaan dengan sesuatu hak.
[28] Seksyen 17 (2) Enakmen yang sama menyatakan:
Apa-apa Iqrar hendaklah dibuat--
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang aqil,
baligh dan 'adil.
[29] Dalam kes ini, dua orang saksi telah dikemukakan oleh pihak Plaintif iaitu
Sarifuddin dan Maslin bt Abd Samad. Semasa keterangan saksi diambil, saksi
tersebut berikrar bahawa Defendan telah cuai memperuntukkan nafkah kepada
Plaintik sejak November 2001 sehingga Mei 2018.
[30] Disamping itu Mahkamah juga memutuskan penghakiman dengan mengambil kira
dakwaan plaintif serta pengakuan atau Iqrar saksi-sakis sebagai diterima
sepenuhnya setelah memenuhi peruntukan Syarak dan juga peruntukan Seksyen
17(1) dan (2) (a) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)
Tahun 2003.
DOKUMEN INI HANYA UNTUK RUJUKAN SAHAJA DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI HUJAHAN DALAM PROSIDING MAHKAMAH
14
KEPUTUSAN
Mahkamah setelah meneliti permohonan Plaintif dan mendengar keterangan Plaintif dan
saksi-saksi, maka Mahkamah dengan ini memutuskan dan memerintahkan seperti berikut;
1) Mahkamah sabitkan Defendan telah gagal memperuntukkan nafkah kepada
Plaintif selama tempoh 3 bulan.
2) Mahkamah dengan ini meluluskan permohonan Plaintif untuk membubarkan
dan memfasakhkan pernikahnnya dengan Defendan di bawah Seksyen 53
(1)(b) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
3) Mulai hari ini, 5 September 2018, jam lebih kurang ……… petang/pagi,
Mahkamah dengan ini memerintahkan pernikahan antara Plaintif Badaria binti
Baharudin dan Defendan Siminggu bin Samsuri dibubarkan dan difasakhkan.
4) Mahkamah perintahkan Plaintif beriddah selama tiga kali suci.
5) Mahkamah memerintahkan perceraian ini didaftarkan dan sijil nikah Negeri
Sabah bilangan daftar nikah xxx/95 dipulangkan kepada Pejabat Agama Islam
Daerah Tawau dan dibatalkan.