Klik-klik untuk melihat. Press esc.. sekiranya tiada bermunafat @ membazirkan masa anda untuk melihatnya.
Berlumba-lumba mendapatkan
ganjaran dariNya
Yang berada, membantu setakat yang terdaya. Yang tiada, menerima
dan bersyukur.
Lapangnya dada & minda..
Hamba-hambaMu di muka bumi ini
ada yang bersolat tarawikhwitir
bertadarusBertasbih
qiamMencari & meminta
keampunanMu ya Allah
Mengejar dan mencari diantara malam..
Laillatul Qadr
Adakah nanti diketemukan olehNya..?
Kecilnya diri ini.. besar pula pemberianMu ya Allah
Usia ini, harta & kekayaan, kesihatan, tenaga, fikiran, ketenangan, keluarga & anak- pinak
Semuanya adalah milikMu, Bila saja boleh diberi mahupun diambil kembali
olehMu..
Rabbana.. apakah nanti diterima olehMu..Puasa kami..?Solat kami…?Amal kami…?
Doa & rayuan kami…?Sedakah kami..?
Nilai segantang beras, zakat fitrah kami..?
Eid Fitri’ bakal menjelang tiba…
Hati masih tertanya-tanya
Semuanya serba baru… bagi yang mampu
Bagaimana pula disekeliling kita..?
Adik beradik, ipar duai, ibu & bapa serta mertua, jiran
tetangga, dan mereka yang hanya mampu melihat kita..
Apakah kita masih rasa ada indah nya…?
Apa yang dihajati semua dipenuhi.Simpan yang lama, tukar yang baru.
Semoga bertambah gembiranya di hari Raya
Tapi …apakah kta benar-benar gembira dilubuk jiwa.. bila melihat
mereka yang kurang berupaya mendapatkannya
Bila tiba hari raya..pertemuan sanak saudara mengeratkan
perhubungan.Yang jauh semakin dekat, yang
dekat semakin mesra.. yang mesra bertambah sayang
Tapi adakalanya, ada yang semakin renggang..semakin jauh, hilang mesra.. kerana kenderaaan
& pakaian dijadikan bualan serta ukuran kejayaan di hari lebaran
Apakah kita perlu kembali ke Ramadhan..?
Semoga semua sentiasa dilindungi Allah s.w.t.Selamat menyambut hari lebaran & insyaAllah bertemu lagi. Wasallam