Download - BHGN A_Sejarah Akhir Tahun_Thn4
-
1
1. Nyatakan maksud zaman air batu dengan
tepat.
A. Zaman ketika tiada manusia yang
hidup.
B. Zaman ketika air batu menutupi
permukaan bumi.
C. Zaman ketika cuaca yang sangat
melampau.
D. Zaman ketika air batu mula mencair
2. Apakah sikap yang baik dalam
memelihara alam sekitar?
A. Membuang sampah merata-rata.
B. Membakar sampah secara terbuka.
C. Memusnahkan tumbuh-tumbuhan.
D. Menyertai gotong-royong
membersihkan pantai.
3. Berikan maksud zaman prasejarah
dengan tepat.
A. Prasejarah ialah zaman manusia
belum mempunyai tulisan.
B. Prasejarah ialah zaman haiwan buas
berkeliaran.
C. Prasejarah ialah zaman manusia
memburu binatang.
D. Prasejarah ialah zaman manusia
tinggal di dalam gua.
4. Berikut ialah zaman prasejarah yang
betul kecuali
A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Neolitik
C. Zaman Logam
D. Zaman Kerajaan Melayu Awal
5. Pilih kenyataan yang betul mengenai
manusia Zaman Mesolitik.
A. Alatan batu yang digunakan lebih licin
buatannya
B. Mencipta tembikar tanah
C. Menghasilkan alatan daripada logam
D. Pandai membuat hiasan daripada
manik
Soalan 6 berdasarkan penyataan di bawah.
6. Lokasi di atas merupakan petempatan
prasejarah zaman
A. Paleolitik.
B. Mesolitik.
C. Neolitik.
D. Logam.
7. Berikut ialah ciri-ciri masyarakat
prasejarah
I Memburu binatang
II Mengutip hasil hutan
III Mempunyai alatan batu
IV Mempunyai rumah yang cantik
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV
Soalan 8 berdasarkan penyataan di bawah.
8. Penyataan di atas merupakan
A. Kerajaan Zaman Air Batu
B. Kerajaan zaman prasejarah
C. Kerajaan Melayu Awal
D. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
9. Apakah aktiviti utama Kerajaan-kerajaan
Melayu Awal?
A. Menangkap ikan
B. Mengutip hasil hutan
C. Pelancongan
D. Perdagangan
BAHAGIAN A : Soalan Objektif
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Kota Tampan, Perak Tingkayu, Sabah
Gua Niah, Sarawak
Kedah Tua Chih Tu Beruas Gangga Negara Temasik Santubong
-
2
10. Pilih maksud tokoh terbilang yang betul
A. Tokoh terbilang ialah orang yang
terkenal kerana kehebatannya.
B. Tokoh terbilang ialah orang yang
menjadi pembesar.
C. Tokoh terbilang ialah orang yang
terkenal kerana jasanya kepada
bangsa dan negara.
D. Tokoh terbilang ialah ahli kerabat
diraja.
11. Berikut ialah ciri-ciri tokoh terbilang
kecuali
A. Dihormati
B. Pemalu
C. Amanah
D. Berwibawa
12. Mengetuai angkatan tentera laut ialah
tugas
A. Bendahara
B. Temenggung
C. Laksamana
D. Penghulu Bendahari
13. Mengapakah kita perlu menghargai tokoh
terbilang?
A. Kerana mereka orang yang terkenal
B. Kerana mereka orang yang berkuasa
C. Kerana mereka disegani oleh orang
ramai
D. Kerana mereka berjasa kepada
bangsa dan negara
14. Apakah nilai murni yang menjadi amalan
masyarakat Melayu lama?
I Bergotong royong
II Menghormati pembesar
III Menuntut ilmu agama
IV Bersukan dan beriadah
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV
15. Parameswara merupakan seorang
A. pahlawan dari Palembang
B. raja dari Palembang
C. raja dari Majapahit
D. wakil kerajaan Siam
16. Siapakah yang mengasaskan Melaka?
A. Parameswara
B. Tun Perak
C. Temagi
D. Hang Tuah
17. Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka
diberi sempena nama
A. Buah Melaka
B. Gula Melaka
C. Pokok Melaka
D. Pulau Melaka
18. Menurut Suma Oriental nama Melaka
berasal daripada perkataan
A. Amalaka
B. Malaqa
C. Malakat
D. Malagas
19. Tun Perak ialah tokoh terbilang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah jawatan Tun Perak?
A. Bendahara
B. Temenggung
C. Laksamana
D. Penghulu Bendahari
20. Tun Perak pernah berkhidmat di bawah
pemerintahan Sultan-sultan berikut
I Sultan Muzaffar Shah
II Sultan Iskandar Shah
III Sultan Alauddin Riayat Shah
IV Sultan Mansur Shah
A. I, II, III
B. I,III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV
-
3
21. Berikut ialah peranan Tun Perak semasa
menjadi Bendahara Melaka kecuali
A. Menjadi penasihat sultan
B. Menjalinkan hubungan antarabangsa
C. Mencadangkan pengganti Sultan
Melaka
D. Mengutip hasil cukai
22. Apakah peranan Hang Tuah semasa
pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka?
A. Bendahara
B. Temenggung
C. Laksamana
D. Panglima
23. Pilih tanggungjawab Hang Tuah semasa
zaman Kesultanan Melayu Melaka yang
betul
I Mengutip cukai di pelabuhan
II Ketua angkatan laut
III Mengetuai utusan
IV Pengawal peribadi sultan
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
24. Mengapakah Hang Tuah bertarung
dengan Hang Jebat?
A. Hang Jebat menuntut bela untuk
Hang Tuah
B. Hang Jebat menderhaka kepada
Sultan
C. Hang Jebat memfitnah Hang Tuah
D. Hang Tuah membenci Hang Jebat
25. Apakah sifat-sifat Hang Tuah yang boleh
kita contohi?
I Berani
II Taat
III Setia
IV Tangkas
A. I, II
B. I, II dan III
C. II dan III
D. II, III dan IV