Download - BIODATA RESPONDEN (CCP)
Bab 3 :Aktiviti / Program Pemulihan
1.0 PENGENALAN :
Bagi melaksanakan kajian yang diminta dalam tugasan projek untuk subjek PKP
3110 kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Bahagia yang juga merupakan tempat
kami berpraktikum sebagai medium untuk melaksanakan tugasan yang telah
diberikan.
Setelah berbincang, kami bersepakat untuk memilih murid pemulihan dari
kelas 3 Arif kerana mereka tidak mempunyai masalah dalam numerasi dan ini
memudahkan kami untuk menguji tahap pemahaman mereka berkaitan dengan
soalan penyelesaian masalah.
Responden yang telah kami pilih ialah Mohammad Hafit Haqimi dan Fatinah
Nabihah dan kedua-dua mereka dari kelas yang sama iaitu kelas 3 Arif. Masa yang
kami ambil ialah pengajaran selama 60 minit kerana ini akan dapat memudahkan
murid mengikut sesi pengajaran secara berperingkat.
Gambar
Responden ( Murid Tahun 3 Arif)
BIODATA RESPONDEN A :
NAMA : MOHAMMAD HAFIT HAQIMI
UMUR : 9 TAHUN
KELAS : 3 ARIF
CITA-CITA : POLIS
HOBI : BERMAIN GAME
BIODATA RESPONDEN B :
NAMA : FATINAH NABIHAH
UMUR : 9 TAHUN
KELAS : 3 ARIF
CITA-CITA : JURURAWAT
HOBI : MEWARNA DAN MENYANYI.
2.0 ANALISIS KAJIAN :
Untuk melaksanakan Newman’s Error Analysis, kami telah memilih murid-murid
pemulihan tahun 3 Arif. Responden kami seramai dua orang sahaja iaitu responden
pertama ialah Mohammad Hafit Haqimi dan responden kedua ialah Fatinah Nabihah.
Maka dengan itu untuk melaksanakan analisis ini kami telah melaksanakan 3
peringkat pemerhatian iaitu yang pertama ialah pelaksanaan ujian pra diikuti dengan
pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan ujian pos yang dilaksanakan
sekali dengan pelaksanaan RPH.
Untuk pelaksanaan kajian ini, kami telah memilih operasi tambah untuk diuji
ke atas responden melalui cadangan dari guru pemulihan itu sendiri. Ini kerana
menurut beliau pada asasnya kedua-dua responden bebas dalam LINUS Numerasi
namun begitu untuk menjawab soalan penyelesaian masalah mereka menghadapi
sedikit masalah dari segi bacaan, pemahamanan serta cara pelaksanaan
penyelesaian masalah berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah yang telah
diberikan oleh guru.
Kami telah menggunakan Newman’s Error Analysis bagi menilai sejauh mana
kefahaman murid terhadap soalan yang telah kami sediakan. Ini kerana Newman’s
Error Analysis ini mempunyai peringkat dan ini memudahkan pelaksanan kajian yang
ingin kami tengok pada murid dan melalui peringkat-peringkat ini kami dapat
mengesan punca kenapa murid tidak dapat menguasai penyelesaian masalah dalam
matematik.
Setelah peringkat pertama selesai iaitu dengan menjalankan ujian fasa
pertama kami telah mengenalpasti punca pemasalahan yang dihadapi oleh murid
iaitu dengan itu kami merangka RPH yang membantu murid untuk memahami soalan
terutama sekali berkaitan dengan soalan penyelesaian masalah. Kami turut
membantu murid dalam bacaan mereka kerana kedua-dua responden lemah dalam
membaca.
Contoh soalan yang diuji:
1. Alia ada 26 biji gula-gula. Kemudian, bapanya membeli 34 biji gula-gula dan
memberi pada Alia. Berapakah kesemua biji gula-gula Alia?
Di samping itu, apa yang dapat diperhatikan adalah, mereka tidak dapat
menjawab soalan berpunca daripada tidak memahami soalan dan malas untuk
membaca soalan kerana ayat yang digunakan panjang dan mereka tidak dapat
mengeja perkataan yang mempunyai imbuhan. Namun begitu mujurlah pelaksanaan
RPH dapat berjalan dengan lancar dan objektif yang disenaraikan dapat dicapai
dengan baik. Maka dengan itu kami tidak melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran buat kali kedua.
Dalam melaksanakan Rancangan pengajaran ini, kami telah merujuk kepada
lima langkah yang terdapat dalam Newman Error Analysis iaitu melihat kepada
kebolehan murid membaca semula soalan. Jika mereka tidak memahami apa yang
dibaca, mereka boleh bertanya kepada guru apa yang tidak difahami. Sekiranya
mereka mampu untuk faham akan kehendak soalan cikgu akan bertanya berkaitan
soalan untuk melihat keyakinan murid dalam menjawab soalan. Kami telah
merekodkan pencapaian murid dalam jadual.
3.0 Data Mentah Responden Dalam Ujian Bertulis yang pertama :
BIL. NAMA MARKAH UJIAN BERTULIS
1. MOHAMMAD HAFIT HAQIMI 4 / 5
2. FATINAH NABIHAH 3 / 5
4.0 Dokumentasi sepanjang sesi Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan:
Gambar 1 Fatinah sedang membuat kerja
Gambar 2 : Guru melihat Haqimi menkonstruk sendiri kaedah pengiraan
berdasarkan soalan.
Gambar 3 : Haqimi tekun
menjawab soalan.
Gambar 5 : Guru menerangkan
pengajaran kepada murid.
Gambar 4 Lembaran kerja murid
Gambar 6: Murid tekun menjawab lembaran kerja.