Download - BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 1/6
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
i. Definisi
Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik untuk
merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JPU).JPU yang dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakansatu matriks yang terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi“Aras Kemahiran” (melintang).
ii. Maklumat Dalam JSU
JPU mempunyai maklumat seperti yang berikut:
• Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
• Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
• Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masamengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
• Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus danlain-lain.
• Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
• Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % -80%
Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawapengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU haruslah berupapengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telahdiajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu puladitentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jikatopik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masaseminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalantopik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dansusah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai araskemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan araspengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yangmenguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah.Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni,satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuksekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalanmengikut kebolehan pelajarnya.
Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JSU.Ini menegaskan betapa pentingnya JSU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,kepentingan JSU adalah seperti yang berikut.
1
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 2/6
iii. Pentingnya Jadual Spesifikasi Ujian
• Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
• Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
• Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-araskemahiran.
• Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-araskemahiran yang diuji.
• Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
• Memberi panduan untuk membentuk soalan.
• Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
• Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatutopik.
• Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujianyang lain.
iv. Contoh JSU
Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran Kognitif
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5
6
Jumlah
Item
1.1 Tatabahasa
20
1
2
2
2
2
1
1
2
1
1
1
16
• Kata ganda
• Kata majmuk
• Kata terbitan
1.2 Membaca dan Memaham
15
2 2 1 1 1 12
• Menjawab 10 soalan kefahaman
berdasarkan petikan yang dibaca.
Panjang petikan ialah lebih kurang
150 patah perkataan.
• Memberi erti perkataan
berdasarkan petikan di atas. 2 2 1
1.3 Peribahasa
5 1 1 4• Simpulan Bahasa
• Perumpamaan 1 1
Jumlah 40 32
Jadual 1: Contoh JSU
Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yanghendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JSU iaitu:
• ujian tidak dibina sembarangan,
2
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 3/6
• menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,
• memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan
• memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.
v. Langkah-langkah Membina JSU
Langkah 1:
Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa
B
el
aj
ar
1.1 Tatabahasa
20
• Kata ganda
• Tanda baca
• Membentuk ayat
1.2 Membaca dan Memaham
15
• Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan
yang dibaca. Panjang petikan prosa ialah lebih
kurang 150 patah perkataan.
• Memberi erti perkataan berdasarkan petikan di
atas
1.3 Peribahasa
5• Simpulan bahasa
• Perumpamaan
Jumlah 40
Jadual 2: Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Masa Belajar
Langkah II
3
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 4/6
Tentukan soalan yang akan dibina itu. Pemilihan bentuk soalan haruslah berasaskanpertimbangan yang baik. Perkara-perkara yang menjadi asas pertimbangan itu ialah:
• tujuan ujian itu diadakan
• masa yang diperuntukkan untuk ujian itu
• umur pelajar
• bilangan pelajar yang diuji
Contoh:a. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 item.c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalanJum. Masa keseluruhan
Langkah III
Tentukan model aras kesukaran item.Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom
3 Domain - kognitif - aktiviti mental- afektif - menitiberatkan sikap, emosi dan perasaan- psikomotor - aktiviti fizikal
Domain Kognitif
Taksonomi Bloom
Rajah 3: Domain Kognitif Taksonomi Bloom
Langkah IV
4
1 Pengetahuan : mengingat semula fakta, data dan lain-lain
2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan,men elaskan, men atakan
3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran,menyelesaikan masalah
4 Analisis : logik, induktif, deduktif,penaakulan formal
5 Sintesis : melahirkan pendapat,kreatif, men emban kan
6 Penilaian : memilih, menilai,men adili
Mudah
kompleks
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 5/6
Apakah jenis ujian yang akan diuji?
• Ujian objektif
• Ujian struktur
• Ujian esei
• Dan lain-lain.
Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik
Bil. Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Anggaran Jumlah Item Jumlah
Item
1.1 Tatabahasa
20 20 x 32____
40
16• Kata ganda
• Tanda baca
• Membentuk ayat
1.2 Membaca dan Memaham
15
15 x 32
____
40
12
• Menjawab 10 soalan
kefahaman berdasarkan petikan
yang dibaca. Petikan prosa
yang penjangnya lebih kurang
150 patah perkataan
• Memberi erti perkataan
berdasarkan petikan di atas.
1.3 Peribahasa5
5 x 32
____
40
4• Simpulan bahasa
• Perumpaan
Jumlah 40 32
Jadual 3: Pengiraan Soalan Mengikut Topik
Langkah V:
• Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).
• Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).
5
8/14/2019 BME3103 Jadual Spesifikasi Ujian
http://slidepdf.com/reader/full/bme3103-jadual-spesifikasi-ujian 6/6
• Pemarkahan.
Langkah VI:
• Menyatakan mata pelajaran.
• Tingkatan.
• Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
Rumusan
Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujianseperti pelajar, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnyamenolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetusdaripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan,pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.
6