UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
Saya
mengaku membeUniversiti Teknol
1. Tesis adalah2. Perpustakaan
pengajian sah3. Perpustakaan
pengajian tin
4. ** Sila tanda
SU
T
T
(TANDA
Alamat Tetap :
Tarikh:
CATATAN * Poton** Jenis
berkeSULI
Tesisatau dMuda
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
NO 2A, PARITJALAN BARU S45300 SG.BESA
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPANDI KOLEJ 16 DAN 17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,SKUDAI, JOHOR.
SALIHIN BIN AMAT
narkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaanogi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
ajadibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
ggi.
kan ( )
LIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatanatau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
ERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
IDAK TERHAD
Disahkan oleh
TANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Tarikh: __
g yang tidak berkenaantesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
naan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiT atau TERHAD.dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanisertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana(PSM).
(HURUF BESAR)
DR. HAMDAN BIN SAID(NAMA PENYELIA)
SATU TIMURG.PANJANG
R, SELANGOR.
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : Dr.Hamdan Bin Said
Tarikh : ……………………………
KEPUASAN MAHASISWA TERHADAP KUALITI KEHIDUPAN
DI KOLEJ 16 DAN 17, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI,
JOHOR
SALIHIN BIN AMAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penulis : Salihin Bin Amat
iii
DEDIKASI
Buat Anakanda Yang Dirindui Selalu,
ANIS FARHAN BT.SALIHINANIS RASHDA BT. SALIHINANAS ARIFFIN B. SALIHIN
ANIS SOFIA HUDA BT. SALIHINSemoga kejayaan abah hari ini menjadi contoh & dorongan untuk kalian..Sesungguhnya kalian harta yang paling bernilai dan berharga pada abah
Buat Ayahanda Dan Bonda Tercinta
AMAT BIN NAIMPAINAM BT. PIAN
Terimalah kejayaan anakmu ini...Terima kasih atas segala didikan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Tidak Lupa Juga Kepada Rakan Seperjuangan :Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Hendaknya. Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Syukur ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Dr Hamdan
bin Said di atas nasihat dan bimbingan ketika proses pembangunan perisian ini
dijalankan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama
ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian
penyelidikan ini.
Akhir sekali penghargaan terima kasih juga tidak terhingga kepada ayah, ibu,
anak – anak, pensyarah – pensyarah yang mengajar kumpulan 4 SPH serta rakan –
rakan di atas nasihat, sokongan dan bantuan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian bertajuk “Kepuasan Mahasiswa Terhadap Kualiti Kehidupan Di Kolej
16 dan 17 Universiti Teknologi Malaysia” ini bertujuan untuk mengenal pasti
kepuasan pelajar terhadap tujuh aspek kehidupan di Kolej 16 dan 17. Kualiti
kehidupan pelajar ini ditinjau dari aspek persekitaran kolej, kemudahan dan
perkhidmatan, layanan oleh staf dan Ahli Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran
pejabat pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan dan
program dan aktiviti. Kajian deskritif ini menggunakan soalselidik sebagai
instrumen untuk mendapatkan data. Seramai 249 orang responden telah terlibat
dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Science (SPSS) dan dipaparkan dalam bentuk kekerapan,
peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan penghuni Kolej 16 dan 17
meletakkan kualiti kehidupan mereka berada pada tahap sederhana dalam aspek
persekitaran, layanan kakitangan dan Jawatankuasa Mahasiswa, pentadbiran pejabat
pengurusan, keseluruhan pengalaman, pengawasan dan keselamatan, program dan
aktiviti, dan kemudahan dan perkhidmatan. Kajian ini turut memberikan tindakan
susulan dan cadangan kajian lanjutan yang boleh dilakukan.
vi
ABSTRACT
This study, which is entitled “The Quality of Living in Residence College 16
and 17 of Universiti Teknologi Malaysia” serves the purpose of identifying students’
satisfaction in seven aspects of living on College 16 and 17. The quality of living
was surveyed in the aspects of college surrounding, facilities and services, staffs’ and
Student Committee’s treatment to students, office’s administration, whole
experience, safety and supervision and program and activity. This descriptive study
used questionnaires as the instrument in data collection. 249 respondents were
involved in this study. The data was analyzed via Statistical Packages for Social
Science (SPSS) software and analysis was shown in frequency, percentages and min.
The result shows that the residents of College 16 and 17 leveled their living quality
as average in the aspects of surrounding, staffs’ and Student Committee’s treatment,
office’s administration, whole experience, safety and supervision, program and
activity and facilities and services. This study also provides that further actions and
suggestions of further study can be carried out.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
PENGESAHAN PENYELIA iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
SENARAI SINGKATAN viii
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 4
1.4 Objektif kajian 5
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Kepentingan kajian 6
1.7 Batasan kajian 7
1.8 Definisi istilah dan konseptual 7
1.8.1 Persekitaran tempat tinggal di kolej
kediaman 8
1.8.2 Rakan sebaya 8
1.8.3 Kemudahan dan perkhidmatan 9
1.8.4 Pengurusan kolej kediaman 10
1.8.5 Kualiti kehidupan 11
1.8.6 Pengalaman tinggal di kolej kediaman 11
1.8.7 Pengawasan dan keselamatan di kolej
kediaman 12
1.9 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Sejarah kolej kediaman 14
2.2.1 Sejarah Universiti Teknologi Malaysia 16
2.2.2 Sejarah kolej kediaman di UTM 16
2.2.3 Sejarah penubuhan kolej 16 dan 17 17
2.3 Kualiti Kehidupan 18
2.3.1 Persekitaran tempat tinggal 22
ix
2.3.2 Kemudahan dan Perkhidmatan di UTM 24
2.3.2.1 Persamaan dengan Universiti luar
negara 26
2.3.3 Layanan Staf dan AJK Mahasiswa Kolej
Kediaman 27
2.3.4 Pentadbiran Pejabat Pengurusan Kolej
Kediaman 30
2.3.5 Pengalaman Tinggal di Kolej Kediaman/
Asrama 32
2.3.5.1 Rakan-rakan 33
2.3.6 Pengawasan dan Keselamatan di Kolej
Kediaman 35
2.3.7 Program dan Aktiviti di Kolej Kediaman 37
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk kajian 39
3.3 Lokasi kajian 39
3.4 Populasi dan sampel kajian 40
3.5 Instrumen kajian 40
3.6 Kajian rintis 42
3.7 Prosedur kajian 43
3.8 Analisis data 43
3.9 Penutup 45
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
x
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Klasifikasi pengajian akademik 48
4.2.2 Jumlah semester menginap di kolej 16 dan 17 48
4.2.3 Perancangan penginapan masa hadapan 49
4.2.4 Aras bilik dikolej 16 dan 17 49
4.3 Analisis berdasarkan persoalan kajian 50
4.3.1 Persekitaran tempat tinggal di kolej 16 dan 17 51
4.3.2 Kemudahan dan perkhidmatan di kolej 16 dan 17 52
4.3.3 Layanan kakitangan kolej 16 dan 17 54
4.3.4 Pejabat pengurusan kolej 16 dan 17 57
4.3.5 Keseluruhan pengalaman kehidupan
di kolej 16 dan 17 58
4.3.6 Pengawasan dan keselamatan
di kolej 16 dan 17 59
4.3.7 Program dan aktiviti di kolej 16 dan 17 60
4.4 Analisa maklumbalsa responden 61
4.4.1 Analisa maklumbalas responden
terhadap bahagian B, C, D , E dan F 61
4.4.2 Analisa maklumbalas responden terhadap
Bahagian G dan H 62
4.5 Penutup 63
BAB 5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan Hasil berdasarkan persoalan kajian 63
5.2.1 Perbincangan persekitaran tempat tinggal
di kolej 16 dan 17 64
5.2.2 Perbincangan kemudahan dan
perkhidmatan kolej 16 dan 17 65
xi
5.2.3 Perbincangan layanan kakitangan
kolej 16 dan 17 66
5.2.3 Perbincangan pentadbiran pejabat
pengurusan kolej 16 dan 17 67
5.2.4 Perbincangan keseluruhan pengalaman
Tinggal di kolej 16 dan 17 67
5.2.6 Perbincangan pengawasan dan
keselamatan kolej 16 dan 17 68
5.2.7 Perbincangan program dan
aktiviti – aktiviti di kolej 16 dan 17 68
5.3 Rumusan 69
5.4 Cadangan 70
5.4.1 Cadangan kepada institusi kajian 70
5.5 Cadangan lanjutan 71
5.6 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 77
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK M/ SURAT
3.1 Jadual Skala Likert 41
3.2 Jadual Skala Binari 42
3.3 Senarai Item Mengikut Aspek 42
3.4 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan
Mahasiswi di kolej 16 dan 17
44
3.5 Jadual Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti
Kehidupan Mahasiswi di kolej 16 dan 17
45
4.1 Klasifikasi Pengajian Akademik 47
4.2 Jumlah Semester Menginap di kolej 16 dan 17 47
4.3 Perancangan Penginapan Masa Hadapan 48
4.4 Aras Bilik di kolej 16 dan 17 48
4.5 Jadual Pengkategorian Tahap Kualiti Kehidupan
Mahasiswa di kolej 16 dan 17
49
4.6 Pemeringkatan Min Menentukan Tahap Kualiti Kehidupan
Mahasiswa di kolej 16 dan 17
49
4.7 Analisis Persekitaran Tempat Tinggal di kolej 16 dan 17 51
4.8 Analisis Kemudahan dan Perkhidmatan di kolej 16 dan 17 53
4.9 Analisis Layanan Kakitangan kolej 16 dan 17 55
4.10 Analisis Pentadbiran Pejabat Pengurusan kolej 16 dan 17 56
4.11 Analisis Keseluruhan Pengalaman Kehidupan di kolej 16
dan 17
58
xiii
4.12 Analisis Pengawasan dan Keselamatan di kolej 16 dan 17 59
4.13 Analisis Program dan Aktiviti di kolej 16 dan 17 60
4.14 Analisis Kesluruhan maklumbalas responden bahagian B,
C, D, E, dan F 61
4.15 Analisa penerimaan responden keseluruhan bahagian G
dan H 61
xiv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK M/ SURAT
2.1 Aliran Pengurusan Kolej Kediaman 30
2.2 Hierarki Keperluan Maslow 32
2.3 Lima Fasa Kualiti Kehidupan di Kolej Kediaman 34
xv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universti Teknologi Malaysia
KDSE - Kolej Datin Seri Endon
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
IPT - Institut Pengajian Tinggi
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
SUB - Student Union Board
HEP - Hal Ehwal Pelajar
C - Cemerlang
B - Bagus
SD - Seperti Dijangka
SPD - Sedikit Peningkatan Diperlukan
L - Lemah
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penginapan dalam kampus merupakan salah satu ciri atau aspek kehidupan
mahasiswa dan mahasiswi sepanjang tempoh pengajian mereka di institusi pengajian
tinggi. Pembangunan mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek bukan
sahaja dipengaruhi oleh persekitaran dalam bilik kuliah tetapi juga persekitaran
tempat penginapan dan juga lain-lain tempat di universiti.
Menurut Chickering (1969) pembangunan diri individu yang berada di
institusi pengajian tinggi adalah dipengaruhi oleh persekitaran institusi tersebut.
Pembangunan diri individu ini dipengaruhi oleh objektif universiti, saiz universiti,
kurikulum di universiti, pengajian dan penilaian yang dilaksanakan di universiti
tersebut, susun atur asrama di universiti, fakulti dan pentadbiran universiti dan
budaya yang dibentuk atau diamalkan di kalangan siswa siswi.
Pembudayaan kolej kediaman merujuk kepada usaha untuk melahirkan siswa
siswi yang berdikari, berakhlak mulia, berilmu dan berketerampila. Pembudayaan
ini dilakukan melalui program-program peningkatan diri seperti ceramah-ceramah
keagamaan dan kursus-kursus motivasi yang dijalankan di asrama dari masa ke
semasa. Dengan ini mahasiswa dan mahasiswi seharusnya menggunakan
kesempatan tinggal di kolej kediaman dengan semaksimum mungkin untuk mencapai
wawasan kecemerlangan akademik mereka kelak.
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Kolej kediaman di universiti menyediakan pelbagai kemudahan untuk
membantu mahasiswa menghadapi dunia pendidikan peringkat tinggi. Di antara
kemudahan-kemudahan yang disediakan di kolej 16 dan 17 khususnya adalah blok-
blok penginapan, surau, dewan makan, padang permainan dan bilik bacaan. Menurut
Shafie Jusoh (1994), pembinaan kolej kediaman di institusi pengajian tinggi adalah
bertujuan untuk mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan akademik.
Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin.
Mahasiswa memerlukan persekitaran yang kondusif di kolej kediaman untuk
membolehkan pencapaian akademik yang cemerlang dan pembangunan diri yang
seimbang. Namun begitu kedapatan mahasiswa yang berpusu-pusu meninggalkan
kampus dan kolej kediaman samaada semasa hujung minggu ataupun semasa dalam
minggu perkuliahan. Mengapakah ini terjadi? Adakah siswa-siswi keluar
meninggalkan kampus kerana mencari tempat yang lebih baik untuk mereka
mengulangkaji pelajaran mereka? Adakah suasana persekitaran di kolej kediaman
mereka tidak menyenangkan sehingga memaksa mereka mencari tempat lain yang
lebih kondusif?
Pihak pengurusan kolej kediaman dan pihak Hal Ehwal Pelajar sesebuah
universiti telah berusaha meningkatkan prasarana, kemudahan dan perkhidmatan
untuk memberikan keselesaan kepada para penghuni kolej kediaman. Pihak kolej
kediaman misalnya telah menyediakan perkhidmatan dobi, televisyen dan bilik
bacaan, padang permainan, dan kemudahan permohonan pembaikan mengenai
sesuatu kerosakan atas talian. Namun begitu masih kedapatan mahasiswa dan
mahasiswi yang kerap keluar kampus. Mengapakah ini terjadi? Adakah ini
disebabkan oleh kekurangan kemudahan asas di UTM? Adakah ini disebabkan oleh
kemudahan dobi di UTM tidak memenuhi kehendak mereka? Atau adakah keadaan
ini disebabkan mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk tinggal di kolej
kediaman tetapi terpaksa disebabkan peraturan yang menghendaki mereka tinggal di
3
kolej kediaman? Secara khussunya apakah kekurangan. dan kemudahan yang
terdapat di Kolej 16 dan 17
Tinggal di kolej kediaman membawa impak yang besar kepada para
penghuninya. Persekitaran kolej kediaman biasanya lebih mendorong para
penghuninya untuk melibatkan diri dalam berbagai aktiviti di kampus. Selain itu,
pencapaian akademik mereka dapat diberikan jaminan akan sentiasa dalam keadaan
yang baik. Pengalaman hidup di kolej kediaman juga membina persepsi positif
mahasiswa dan mahasiswi terhadap iklim sosial di kampus. Mereka akan merasa
seronok dan gembira kerana persekitaran di kampus adalah lebih akademik dan
menyokong terhadap aktiviti pembelajaran. Interaksi dan hubungan akrab antara
mereka akan mewujudkan kematangan fikiran yang membawa kepada pertumbuhan
serta pembangunan peribadi yang baik (Blimling, 1999). Adakah kekerapan pelajar-
pelajar Kolej 16 dan 17 berpusu-pusu meninggalkan kampus setiap hujung minggu
ini disebabkan kurang interaksi antara mereka?
Namun begitu, dewasa ini terdapat banyak berita dari media yang melaporkan
tentang kejadian buruk yang menimpa pelajar di sekitar kolej kediaman dan kampus
institusi pengajian tinggi. Misalnya tanggal 9 Ogos 2002, seorang mahasiswi
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berusia 20 tahun telah dibunuh oleh seorang
warga Bangladesh di kolej kediamannya sendiri. Dalam kejadian yang lain pula,
seorang mahasiswa baru Universiti Sains Malaysia (USM) berketurunan Cina
berumur 20 tahun juga telah bertindak menggantungkan dirinya sendiri pada kipas
siling pada Jun 2006 kerana disyaki tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan
di kampus. Mangsa dalam surat terakhirnya mendakwa bahawa rakan sebiliknya
sering mengganggu ketika dia sedang tidur. Terkini, 2 orang siswi di salah sebuah
IPTA di Lembah Klang cuba diculik dan dirogol. Persoalannya adakah kawasan
Kolej 16 dan 17 selamat untuk di diami oleh mahasiswa? Kejadian-kejadian yang
seumpama ini seolah-olah menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan keselamatan
yang tidak menepati kehendak pelanggan. Adakah mahasiswa berpuas hati terhadap
tahap keselamatan di Kolej 16 dan 17?
4
Tinjauan ke atas mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman memperlihatkan
masih lagi terdapat rungutan-runggutan yang berkaitan dengan kehidupan di kolej
kediaman. Antara rungutan itu ialah:
i) Terpaksa berkongsi kemudahan yang sedikit seperti mesin basuh dan tandas
di mana mereka terpaksa menunggu giliran untuk menggunakannya.
ii) Keadaan di kolej kediaman tidak seperti di rumah yang lengkap dengan
keperluan lain seperti peti sejuk. Selain dari itu mereka tidak dibenarkan
memasak makanan sendiri.
iii) Terdapat sebuah televisyen sahaja di setiap bangunan yang terdapat di kolej
kediaman. Berlaku perebutan siaran/ rancangan televisyen yang kadang-
kadang menimbulkan perbalahan antara mereka.
iv) Di sesetengah kolej kediaman yang agak lama, terdapat kemudahan awam
yang tidak diselenggara dengan baik. Contohnya mangkuk tandas yang lama
kelihatan kotor, saliran air yang telah digunakan di bilik mandi tidak lancar
serta paip bocor dan menyebabkan air menitis
v) Terpaksa mengemas barang dan mengosongkan bilik asrama semasa cuti
semester dirasakan sesuatu perkara yang membuang masa sedangkan jika
hendak dibandingkan dengan di rumah, mereka tidak perlu melakukan
perkara ini.
vi) Sesetengah pelajar merasakan tiada atau kurangnya kesedaran sivik di antara
mereka yang tidak pandai menjaga kebersihan dan kemudahan yang
disediakan oleh pihak kolej kediaman.
1.3 Pernyataan Masalah
Persekitaran yang kondusif, kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti, layanan
staf dan Ahli Jawtankuasa Mahasiswa yang profesional, pentadbiran pejabat
pengurusan, pengalaman kehidupan di kampus yang bermakna, pengawasan dan
keselamatan yang tinggi mutunya dan program dan aktiviti yang menarik dan
mencabar serta berkualiti.mampu memberikan kepuasan kepada penghuni
5
Berasaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi, pihak
institusi pengajian tinggi tidak tahu sama ada mahasiswa dan mahasiswi berasa
selesa tinggal di kolej kediaman atau tidak. Pihak pentadbiran universiti juga tidak
mengetahui sejauh manakah kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej 16 dan 17 yang
sedikit sebanyak membawa kesan positif ataupun negatif terhadap kecemerlangan
akademik dan bukan akademik. Ini adalah kerana, masih belum terdapat lagi kajian
yang dijalankan bagi mengenalpasti kualiti kehidupan mahasiswa di Kolej 16 dan 17
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru. Kajian ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kehidupan di
Kolej 16 dan 17, UTM, Skudai, Johor Bahru.
1.4 Objektif Kajian
Berasaskan kepada pernyataan masalah di atas objektif kajian ini adalah seperti
berikut:
i) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap persekitaran di Kolej 16 dan
17
ii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap kualiti kemudahan dan
perkhidmatan yang terdapat di Kolej 16 dan 17.
iii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap layanan staf dan Ahli
Jawatankuasa Mahasiswa di Kolej 16 dan 17.
iv) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap pentadbiran pejabat
pengurusan di Kolej 16 dan 17.
v) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap keseluruhan pengalaman
kehidupan di Kolej 16 dan 17.
vi) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap pengawasan dan keselamatan
di Kolej 16 dan 17.
vii) Mengenalpasti kepuasan mahasiswa terhadap program dan aktiviti yang
dijalankan di Kolej 16 dan 17.
6
1.5 Persoalan Kajian
Secara khusus kaji selidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan
berikut iaitu:
i) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti persekitaran Kolej 16 dan 17?
ii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti kemudahan dan perkhidmatan
di Kolej 16 dan 17?
iii) Apakah mahasiswa berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh staf dan
ahli jawatan kuasa mahasiswa di Kolej 16 dan 17?
iv) Apakah mahasiswa berpuashati dengan pentadbiran pejabat pengurusan di
Kolej 16 dan 17?
v) Apakah mahasiswa berpuashati dengan keseluruhan pengalaman tinggal di
Kolej 16 dan 17?
vi) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti pengawasan dan keselamatan
di Kolej 16 dan 17?
vii) Adakah mahasiswa berpuashati dengan kualiti program dan aktiviti yang
dijalankan di Kolej 16 dan 17?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi maklumbalas yang boleh
digunakan untuk menambahbaik kualiti kehidupan para siswa di Kolej 16 dan 17,
membantu pihak Hal Ehwal Pelajar UTM, pentadbiran kolej dan juga Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa meningkatkan kepuasan pelanggan mereka. Kepada pihak Pejabat
Hal Ehwal Pelajar hasil kajian ini dapat digunakan sebagai garis panduan untuk
menyediakan pelbagai kemudahan di Kolej 16 dan 17. Kepada pihak pentadbir
Kolej 16 dan 17, hasil kajian juga dapat digunakan untuk mempertingkatkan lagi
kemudahan, keselesaan serta suasana di Kolej 16 dan 17. Kepada Jawatankuasa
Mahasiswa diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan mereka garis panduan
aktiviti-aktiviti pembangunan yang perlu untuk para siswa Kolej 16 dan 17.