PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR MELALUI KELAS AMALI
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya : JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
730 Simpang Tiga En Mohd Ali Bin Ibrahim 14310 Nibong Tebal Nama Penyelia
. Pulau Pinang
Tarikh: Februari 2004 Tarikh: Februari 2004 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
KESEDIAAN BAKAL-BAKAL GURU UNTUK MENGAJAR SAINS MELALUI
KELAS AMALI
JUMRAH BT MOHD RAZALI @ MOHD RADZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAISIA
ii
iii
iv
Istimewa buat insan-insan ini
Mak dan abah tersayang, kak bita, kak sobi, abang atan, adikku agok, ima, dayah, ida, azi
dan hanan 4spf dan semua yang terlibat. Tak lupa buat cikgu Ali yang banyak membantu.
Terima kasih kalian….
‘Teruskan perjuangan walau di mana medan, moga ar-Rahman
mempermudahkan segala urusan…’
v
PENGHARGAAN
Kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberikan kekuatan dan
keizinan untuk saya meneruskan dan seterusnya menyiapkan tugasan projek ini.
Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk penyelia saya, En
Mohd Ali Bin Ibrahim di atas tunjuk ajar dan kesabaran membantu saya dalam
menjayakan projek ini. Juga ucapan terima kasih buat PM Dr. Shaharom Bin Noordin
seterusnya kepada pihak Pentadbiran Fakulti Pendidikan.
Tidak dilupakan jutaan terima kasih buat keluarga dan sahabat-sahabat
seperjuangan Empat Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik yang turut memberi
sokongan dan dorongan
Akhir kalam, terima kasih untuk semua yang terlibat dalam menjayakan
projek ini. Mohon maaf untuk segalanya.
vi
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan bakal-bakal guru yang mengikuti
Kursus Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia untuk mengajar
melalui kelas amali. Aspek utama yang dikaji oleh penyelidik ialah kemahiran
menjalankan amali, kemahiran membuat penilaian amali, kemahiran menguruskan kelas
amali dan keyakinan bakal-bakal guru untuk mengajar melalui kelas amali. Instrumen
kajian menggunakan satu borang soal selidik yang mengandungi item-item yang
berhubung dengan aspek yang hendak dikaji. Borang soal selidik tersebut diedarkan
kepada bakal-bakal guru sesi pengambilan 2000/2001 yang mengikuti Kursus Sarjana
Muda Sains Pendidikan.. Data-data yang diperoleh diproses dengan menggunakan
perisian SPSS 11.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratus dan min bagi setiap item.
Dapatan kajian mendapati tahap kesediaan bakal guru-guru sains untuk mengajar melalui
kelas amali berada pada tahap yang sederhana. Akhir sekali penyelidik mencadangkan
agar kajian ini dijalankan semula dengan menggunakan borang soal selidik yang sama
untuk menguji sejauhmana kesahan item soalan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this reseacrh is to study the availability of the graduated student
from Degree Of Bachelor of Education course in UTM to teach the practical classes.
This research focused on three main skills which are conducting skill, assessment
experimental skill and class management skill. Besides that, this research also has been
conducted in order to study the graduated student self-confident in conducting the
classes. One sets questionnaire have been answered by 103 educational students from
2000/2001 entry session in Universiti Technologi Malaysia. Data collected were
analyzed using SPSS version 11.5 to obtain the frequency (f), percentage and the mean
value of each item in the questionnaires.. The results showed that, the availability of
graduated student to conduct the practical classes was at medium level. Finally, this
research suggested that this study should be repeat by using the same questionnaire form
in order to evaluate the validity of the questions.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi-xii
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Amali
1.1.2 Kursus Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan
1.1.3 Keyakinan
1.2 Penyataan Masalah 9
1.3 Objektif Kajian 10
ix
1.4 Persoalan Kajian 11
1.5 Kepentingan Kajian 11
1.6 Skop Kajian 12
1.7 Batasan kajian 13
1.8 Difinisi Istilah 13
1.8.1 Bakal-bakal Guru Sains
1.8.2 Kemahiran
1.8.3 Amali Sains
1.8.4 Penilaian Amali
BAB II` SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 15
2.1 Model Sains 15
2.2 Amali Sains 16
2.3 Penilaian Amali 18
2.4 Guru Sains 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 24
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Sampel Kajian 25
3.3 Alat Kajian 26
3.4 Analisis Data 28
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pendahuluan 31
4.1 Analisis Latar Belakang Sampel Kajian 32
4.2 Analisis Bahagian B 34
4.3 Analisis Bahagian C 37
4.3.1 Analisis Kemahiran Menjalankan Amali 37
4.3.2 Kemahiran Membuat Penilaian Amali 42
x
4.3.3 Kemahiran Mengurus Amali 46
4.3.4 Keyakinan Dalam Mengajar Amali 52
4.4 Analisis Perbandingan Min Mengikut 57
Pembolehubah Bangsa dan Jantina
4.5 Analisis Kebolehpercayaan 59
BAB V PERBINCANGAN
5.0 Pendahuluan 60
5.1 Perbincangan 61
5.1.1 Persoalan Kajian Satu 62
5.1.2 Persoalan Kajian Dua 63
5.1.3 Persoalan Kajian Tiga 65
5.1.4 Persoalan Kajian Empat 67
5.1.5 Persoalan Kajian Lima 68
5.2 Ringkasan 70
5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 71
BIBLIOGRAFI 72-74
LAMPIRAN 75
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Amali sains memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran sains kerana
aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang mengutamakan pembelajaran melalui
pengalaman. Amali adalah kaedah yang digunakan oleh ahli sains untuk menguji
kebenaran sesuatu teori dengan menjalankan ujikaji dan membuat cerapan bagi
memperolehi pengetahuan sains. Ujikaji dan cerapan merupakan keperluan asas bagi
sains dimana pembelajaran sains yang dilengkapi dengan aktiviti aktiviti ujikaji dan
pencerapan dapat membantu guru dalam meningkatkan kefahaman pelajar disamping
membantu interaksi dan komunikasi antara pelajar-pelajar dan antara pelajar-guru.
2
Performing laboratory activities is considered an important activity for all
students, yet minority students are lesslikely to have such opportunities. Science
education should give children an opportunity to explore how things work
firsthand, through activities an experiences with a wide variety of materials
(Loucks-Horsley, 1990)
Pengajaran melalui amali juga melibatkan kesepaduan antara teori dan praktis, yang turut
menjadi alternatif dari pelbagai kaedah pengajaran yang dianggap baik, yang wajar
diaplikasikan oleh guru-guru sains.
1.1 Latar Belakang Masalah
Sains ialah cabang ilmu pengetahuan yang bersistem di mana pada asasnya
melibatkan penyelidikan dan tafsiran dunia fizikal melalui tiga bidang asas iaitu fizik,
kimia dan biologi. Ketiga-tiga bidang ini walaupun berbeza dari segi bidang pengkajian,
namun pendekatan yang digunakan adalah sama iaitu penyiasatan secara emperikal. Ahli
fizik mementingkan penyelidikan tenaga dan ciri umum benda yang tidak bernyawa, ahli
kimia lebih mementingkan ciri khusus benda yang tidak bernyawa manakala ahli biologi
menyelidik tingkahlaku dan ciri benda yang bernyawa ( Zol Azlan Hamidin, 2000).
Dalam konteks pendidikan, sains memerlukan kemahiran intelektual dan kemahiran
motor seperti cerapan yang tepat tentang sesuatu fenomena sains dan penggunaan alat
radas yang betul. Jisteru itu pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan satu
pendekatan yang bukan sekadar teori untuk mengingat fakta semata-mata, sebaliknya
perlu kepada kaedah pengajaran yang memberi pengalaman secara terus iaitu kaedah
amali. Guru sains memerlukan satu kefahaman tentang asas yang dapat membina
pengajaran yang berkesan, guru perlu mempunyai strategi dalam membuat perancangan,
3
penyampaian dan penilaian. Secara umumnya guru perlu mengetahui tentang matlamat
pendidikan sains. Sejajar dengan itu, untuk melahirkan guru-guru sains yang
berkemahiran, bermula pada tahun 1972 UTM telah menyediakan Kursus Diploma
Pendidikan di bawah Fakulti Sains dengan kerjasama Kementerian pendidikan (Buku
Panduan Fakulti Sains 2000/2001) dan pada tahun 1994, UTM telah menubuhkan Fakulti
Pendidikan bagi melahirkan para pendidik yang dapat mendukung Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kurikulum yang digubal dan dirancang untuk diikuti oleh bakal-bakal guru
sains adalah bersesuaian dengan pengkhususan masing-masing agar bakal-bakal guru
sains lebih berkeyakinan untuk mengajar kelak.
1.1.1 Amali
Pada akhir tahun 50-an pengajaran melalui kelas amali telah berkembang dan
berpengaruh di luar negara. Amali merupakan aktiviti menjalankan eksperimen di dalam
makmal sains dengan menggunakan bahan dan radas saintifik (Brian E Woolnough,
1991). Semenjak tahun 1950-an, sekolah- sekolah di United Kingdom telah menjalankan
penyelidikan dan menemui satu garis panduan untuk mengubah kaedah pengajaran
tradisional kepada kaedah amali dan proses sains ( A Process Approach, American
Association For The Advancement of Science, 1967). Hasil dari perkembangan aktiviti
amali dalam pengajaran yang dijalankan, menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian
objektif pengajaran yang lebih menggalakkan berbanding pendekatan secara teori sahaja.
Kelemahan yang jelas pada awal perkembangan pengajaran melalui amali ialah
pendekatan yang menyekat kebolehan pelajar untuk mempraktikkan teori sains dengan
menggunakan pengalaman sendiri. Ini kerana rekabentuk amali yang menekankan
perolehan hasil ujikaji yang tepat dan jalan kerja yang dilampirkan untuk diikuti oleh
pelajar menggagalkan fungsi makmal itu sendiri. Makmal seharusnya berfungsi sebagai
tempat yang memberikan penghayatan, semangat, kaedah sains dan meninggikan
4
kebolehan penyelesaian masalah, analitik dan generalisasi (Ausubel,1969 dalam tesis
Annamal, 2000)
Pada tahun 1960-an, penekanan terhadap cara kerja telah ditukar kepada
penekanan terhadap proses sains dan perkembangan kognitif yang lebih tinggi. Makmal
bukan sahaja sebagai tempat tunjuk cara dan pemastian, tetapi sebagai teras berlakunya
proses sains. Penyelidikan yang dijalankan menunjukkan terdapat beberapa objektif yang
perlu diketahui dalam pengajaran menggunakan makmal antaranya ialah untuk memberi
pengalaman, membina kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif disamping memupuk sikap saintifik (J. A. Mc Donell,1961
dalam tesis Shaharom Noordin). Para pendidik dan guru-guru masih gagal untuk
menyediakan satu yang rasional dalam pengajaran dan gaya tersendiri bagi aktiviti amali
untuk pengajaran sains di sekolah (E Woolnough,1991). Situasi yang sama turut berlaku
dalam sistem pendidikan di Malaysia, di mana para pendidik masih gagal mencapai
objektif pengajaran melalui kelas amali. Masalah yang ketara dalam aktiviti amali ialah,
aktiviti ini dikawal oleh jawapan atau keputusan yang tepat, ini menjadikan aktiviti amali
tidak memenuhi objektifnya, iaitu mementingkan pembelajaran melalui penemuan (Gott
dan Duggan,1995). Selain dari itu masalah dalam pengajaran melalui amali juga adalah
berpunca dari kelemahan guru sains sendiri. Kebanyakan guru pelatih khususnya dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merasa kurang yakin untuk mengajar di sekolah
kerana tidak menguasai pedagogi dengan baik ( Prosiding Bengkel Maklum Balas
Latihan Mengajar 1,1989).
5
1.1.2 Kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah sebuah universiti yang
menyediakan program ijazah pendidikan, sehingga hari ini terdapat tiga program Ijazah
Sarjana Muda mengikut bidang pengkhususan, iaitu Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(SPP), Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (SSK) dan Sarjana Muda
Teknologi Pendidikan (STP). Sarjana Muda Sains serta Pendidikan dan Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan merupakan dua bidang khusus yang ditawarkan
oleh UTM yang bertujuan untuk menyediakan pendidik dalam bidang sains dan
matematik yang berdedikasi dan mempunyai daya kepimpinan dalam menjalankan tugas
dan menyediakan bakal pendidik dalam bidang sains dan matematik disamping
mempunyai kemahiran berkomputer. Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidukan
Biologi (SPG) merupakan kursus yang dikendalikan oleh fakulti pendidikan sepenuhnya.
Terdapat beberapa bidang pengkhususan yang dikendalikan secara kerjasama antara
fakulti pendidikan dan fakulti sains, iaitu;
I Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Fizik/Matematik - SPF
Kimia/Matematik - SPC
Matematik/Fizik - SPM-1
Matematik/Kimia - SPM-2
II Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
Fizik/Komputer - SPP
Kimia Komputer - SPK
Matematik - SPT
(Buku Panduan Akademik Fakulti Sains 2000/2001)
6
Bakal-bakal pendidik yang mengikuti program ijazah di UTM telah didedahkan
dengan kelas amali bermula dari tahun satu sehingga tahun tiga. Jadual 1.0, 1.1, 1.2 dan
1.3 berikut menunjukkan kod amali yang diambil oleh pelajar SPP/SPF, SPC, SPK dan
beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang terkandung dalam amali tersebut:
Jadual 1.0 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti
oleh pelajar SPF dan SPP
KOD MATA PELAJARAN SINOPSIS
SSK 1103
SSK 1811
SSF 1801
SSF 1811
SSF 2811
SSF 2821
SSF 3811
SSF 3821
Amali Kimia Am I
Amali Kimia Am II
Amali Fizik I
Amali Fizik II
Amali Fizik III
Amali Fizik IV
Amali Fizik V
Amali Fizik VI
Berkaitan dengan mata pelajaran Kimia Am I
Berkaitan dengan mata pelajaran Kimia Am II
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I
Ujikaji Yang sesuai dengan Fizik II
Ujikaji yang sesuai dengan fizikal Optik
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik Moden dan
Termodinamik
Ujikaji yang sesuai dengan Mekanik Gunaan
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik Nukleus
7
Jadual 1.1 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti
oleh pelajar SPC
KOD MATA
PELAJARAN
SINOPSIS
SSF 1801
SSF 1811
SSK 1801
SSK 1811
SSK 2881
SSK 2811
SSK 2831
SSK 3851
SSK 3831
Amali Fizik I
Amali Fizik II
Amali Kimia Am I
Amali Kimia Am II
Amali Kimia IIIB
Amali Kimia IV
Amali Kimia IVA
Amali Kimia VA
Amali Kimia VIA
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik II
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am I
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am II
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik 1
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik II dan
Kimia Analisis I
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik I
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik II
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Fizik I dan
Kimia Analisis II
8
Jadual 1.2 : Kod amali beserta dengan sinopsis mata pelajaran yang perlu diikuti
oleh pelajar SPK
KOD MATA
PELAJARAN
SINOPSIS
SSF 1801
SSF 1811
SSK 1801
SSK 1811
SSK 2881
SSK 2811
SSK 2831
SSK 3851
Amali Fizik I
Amali Fizik II
Amali Kimia Am I
Amali Kimia Am II
Amali Kimia IIIB
Amali Kimia IV
Amali Kimia IVA
Amali Kimia V
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik I
Ujikaji yang sesuai dengan Fizik II
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am I
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Am II
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik 1
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Organik II dan
Kimia Analisis I
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik I
Ujikaji yang sesuai dengan Kimia Tak Organik II
1.1.3 Keyakinan
Pendidikan Sains di Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk budaya sains dan
teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,
dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan
teknologi (Kementerian Pendidikan Malaysia,1989). Guru memainkan peranan yang
penting dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran pelajar. Seorang guru adalah
merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam proses mengajar dan belajar, oleh itu
guru harus betul-betul membawa pelajarnya kepada tujuan yang ingin dicapai (CeCe
Wijaya,Djadja Djadjuri dan A. Tabrani Rusyan, 1992). Untuk itu, guru-guru yang sedia
ada dan bakal-bakal guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sains.
Ilmu pengetahuan dalam bidang pengkhususan, pedagogi dan kemahiran saintifik dapat
membantu guru membina keyakinan dalam menjalankan proses pengajaran sains.
9
Keyakinan seseorang itu boleh mengakibatkan kebimbangan dan kerisauan yang
akan menyebabkan gangguan di dalam menjalankan apa sahaja tugas (Aziz Bin
Noordin,1995). Kurang keyakinan diri (self-confidence) guru, akan mengganggu proses
pengajaran dan menggagalkan objektif pengajaran. Dalam konteks pengajaran melalui
amali, kurangnya keyakinan diri guru adalah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya
ialah kurangnya pengetahuan terhadap pedagogi pendidikan, kurang pengetahuan
terhadap ilmu sains, kurang pengetahuan terhadap disiplin sains, proses sains dan kaedah
amali (laboratory skills).
1.1 Penyataan Masalah
Masalah yang melibatkan kesediaan bakal-bakal guru untuk menjalankan
pengajaran melalui amali merupakan perkara yang perlu diberi perhatian, masalah ini
merupakan masalah yang ketara, di mana bakal-bakal guru kurang mendapat pendedahan
terhadap pengajaran di dalam kelas-kelas amali. Di Universiti Teknologi Malaysia,
bakal-bakal guru sains hanya mengikuti kelas-kelas amali yang bersesuaian dengan Mata
pelajaran Teras Program/pengkhususan yang ditawarkan oleh fakulti. Pengalaman untuk
menjalankan amali tingkatan empat dan lima hanya diperolehi ketika bakal-bakal guru ini
belajar di sekolah menegah dahulu. Untuk merialisasikan Falsafah Pendidikan Sains
Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada bakal-bakal guru mempunyai kepakaran
dalam menjalankan amali, membuat penilaian dan berkeupayaan menguruskan kelas-
kelas amali, kerana kelas amali yang mencapai objekif dapat menjadikan pengajaran dan
pembelajaran sains lebih berkesan. Namun sejauh manakah bakal-bakal guru sains ini
menguasai semua kemahiran yang diperlukan dalam menjalankan pengajaran melalui
kelas amali. Amali merupakan pembelajaran yang penting untuk matapelajaran sains
kerana ia menggalakan pelajar berfikir seperti seorang saintis Tanpa pembelajaran
melalui ujikaji menjadi pelajar bosan dengan hanya menghafal fakta dan teori semata-
10
mata. Jesteru itu , penyelidik ingin menyelidik sama ada bakal-bakal guru Sains bersedia
atau tidak untuk menjalankan pengajaran melalui kelas amali
1.2 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk mengenalpasti:-
i Kemahiran bakal-bakal guru Sains menjalankan amali.
ii Kemahiran bakal-bakal guru sains dalam membuat penilaian amali
iii Kemahiran bakal-bakal guru Sains.dalam menguruskan kelas
amali.
iv Sikap dan keyakinan bakal-bakal guru sains mengajar amali di
sekolah.
v perbezaan kesediaan bakal-bakal guru Sains mengikut
pembolehubah jantina dan kursus
11
1.3 Persoalan kajian.
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti :
i Adakah bakal-bakal guru sains mempunyai kemahiran dalam
menjalankan amali?
ii Adakah bakal-bakal guru sains Berkemahiran dalam membuat
penilaian amali?
iii Adakah bakal-bakal guru sains Mempunyai kemahiran dalam
menguruskan kelas amali (makmal)?
iv Adakah bakal-bakal guru sains Mempunyai keyakinan untuk
menjalankan pengajaran melalui amali?
v Adakah terdapat perbezaan kesediaan bakal-bakal guru Sains
mengikut pembolehubab kursus dan jantina
1.5 Kepentingan Kajian
Ramai penyelidik yang mengkaji tentang kepentingan amali dalam mengajar
sains, antaranyaWeiss (1987), Driver (1984-1989)dan Locks-Horsley (1990) . Dapatan
kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa mengajar melalui kelas amali adalah lebih
berkesan , dimana pelajar belajar melalui pengalaman. Lee (1978) telah menyelidik
peranan pengajaran makmal dalam pengajaran biologi, beliau mendapati fungsi makmal
12
utama yang diperolehi ialah kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains dan
pengetahuan tentang subjek. Layton (1989) mendakwa terdapat ramai guru yang tidak
memahami kaedah pengajaran inkuiri saintifik. Kajian-kajian tentang kepentingan amali
terus berkembang, namun kajian yang menyentuh tentang kesediaan bakal-bakal pendidik
mempunyai kemahiran mengajar melalui amali masih kurang dijalankan.
Di Malaysia tidak ramai pengkaji yang memfokuskan kajian terhadap kesediaan
bakal-bakal guru untuk mengajar melalui amali, sebaliknya kajian yang dibuat adalah
secara umum atau lebih kepada kesediaan guru untuk mengajar melalui pengajaran biasa.
Jesteru itu kajian yang menyelidik tentang sejauh mana bakal-bakal guru bersedia untuk
mengajar melalui kelas amali dilihat sangat wajar dijalankan. Kajian ini dapat membantu
guru-guru sains, pihak universiti seterusnya para penyelidik yang turut sama berminat
dalam bidang kajian ini untuk sama-sama memastikan bakal-bakal guru lebih bersedia
dan berkeyakinan untuk mengajar melalui kelas amali.
1.6 Skop Kajian
Kajian ini difokuskan kepada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru-guru
dalam menjalankan pengajaran melalui amali, kemahiran yang dikaji ialah, kemahiran
menjalankan amali, kemahiran membuat penilaian amali sebagaimana yang disarankan
oleh kementerian, kemahiran menguruskan kelas amali. Disamping itu penyelidikan ini
juga cuba melihat sejauhmana bakal-bakal guru berkeyakinan untuk mengajar melalui
amali di sekolah.
13
1.7 Batasan Kajian
Penyelidikan ini terbatas kepada pelajar-pelajar UTM sesi pengambilan
2000/2001 yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik(SPF),
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia (SPC), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
Biologi, Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik (SPP), Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia (SPK), yang telah menjalani latihan
mengajar.
1.8 Definisi Istilah
Difinisi istilah adalah merujuk kepada istilah-istilah yang digunakan oleh
penyelidik dalam kajian ini. Berikut adalah beberapa istilah beserta dengan difinisinya.
1.8.1 Bakal-bakal Guru Sains.
Dalam penyelidikan ini bakal-bakal guru sains adalah murujuk kepada pelajar-
pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti kursus SPF, SPP,
SPK, SPC, SPN dan SPG sesi pengambilan 2000/2001 yang telah menjalani latihan
mengajar.
14
1.8.2 Kemahiran
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mahir didifinisikan sebagai terlatih untuk
mengerjakan sesuatu atau cekap. Kemahiran pula boleh didifinisikan sebagai kecekapan
atau kepandaian (Hajah Noresah,1994). Dalam kajian ini kemahiran membawa maksud
kecekapan bakal-bakal guru sains terhadap beberapa aspek yang dinilai seperti yang
dinyatakan di dalam objektif kajian.
1.8.3 Amali Sains
Amali didifinisikan sebagai perlaksanaan prinsip atau teori (Hajah Noresah,1994).
Dalam konteks kajian, amali merujuk kepada aktiviti makmal atau eksperimen mata
pelajran sains yang dijalankan oleh pelajar tingkatan empat dan lima mengikut sukatan
yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
1.8.4 Penilaian amali
Secara umum dalam konteks pendidikan, penilaian merujuk kepada proses
membuat pertimbangan setakat mana pemahaman (konsep) dan penguasaan kemahiran
pelajar terhadap apa yang telah pelajar pelajari (Abu Hassan,2001). Dalam kajian ini
penilaian difokuskan kepada penilaian amali. Penilaian amali dalam kajian ini
didifinisikan sebagai proses guru membuat pertimbangan terhadap kemahiran proses
sains dan kemahiran sikap saintifik pelajar semasa aktiviti amali berlangsung.