PSZ 19:16 (Pin. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : HUBUNGAN ANTARA PENGURUSAN PENGGUNAAN
BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR
TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH MUAR SESI PENGAJIAN : 2011/2013
Saya JAMALUDIN BIN MD.JALI No. Matriks MP 101627
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR KHADIJAH BINTI DAUD No. 8, Jalan Harmoni, Taman Limbong Harmoni, 84150 Muar, Johor.
Tarikh: ___________________________ Tarikh: _____________________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran”
Tandatangan : ………………………………………….….
Nama Penyelia : DR. KHADIJAH BINTI DAUD
Tarikh :
HUBUNGAN ANTARA PENGURUSAN PENGGUNAAN BAHAN
BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TERHADAP
MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH DI
DAERAH MUAR
JAMALUDIN BIN MD.JALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penuh : JAMALUDIN BIN MD.JALI
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Istimewa Untuk
Isteri, Anak-anak, Ibu Dan Ahli Keluarga Yang Selalu Memberi Galakkan Dan
Kerjasama
Juga
Pihak Pentadbir Dan Rakan Setugas Di SMK Tengku Mahkota, Muar Yang
Bertimbangrasa, Memahami Keadaan Dan Memberi Pelepasan Serta Kelonggaran
Kepada Saya Untuk Mengikut Kelas Pada Hujung Minggu.
Penyelia Yang Dihormati Dr. Khadijah Binti Daud Yang Sentiasa Memantau
Serta Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar Dari Semasa Ke Semasa.
Rakan-Rakan Yang Banyak Membantu Dan Memberi Galakkan
Dorongan Dan Komitmen Kalian Telah Menguatkan Semangatku
Untuk Meneruskan Perjuangan Jihad Yang Tidak Berkesudahan Ini
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Dr.
Khadijah binti Daud kerana tidak jemu memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
saya dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga ucapan
terima kasih saya kepada semua pensyarah UTM yang pernah mencurahkan bakti
mereka di kelas Pesisir Muar ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di sepuluh buah
sekolah menengah di daerah Muar yang terlibat di dalam kajian ini kerana memberi
kebenaran kepada saya untuk memberi taklimat ringkas kepada para guru dan pelajar
di sekolahnya sebelum guru-guru dan pelajar mengisi borang soal selidik.
Kerjasama daripada guru-guru di sepuluh buah sekolah menengah ini juga amat saya
hargai kerana mereka sudi meluangkan masa untuk mendengar dan menjadi
responden dalam kajian saya ini.
Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi
segala suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan
keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat
selamanya.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengurusan penggunaan bahan bantu
mengajar guru dan hubungannya dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah di sekolah menengah di daerah Muar. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif secara tinjauan dan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kajian
ini melibatkan sampel seramai 43 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah
di sepuluh buah sekolah menengah dan 196 orang pelajar tingkatan satu di 5 buah
sekolah menengah di daerah Muar. Data dikumpul melalui soal selidik. Semua data
telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) versi 19.0. Kajian rintis bagi kajian ini telah dijalankan di SMK Tengku
Mahkota Muar melibatkan 5 orang guru dengan nilai alpha Cronbach ialah 0.92. dan
10 orang pelajar tingkatan satu dengan nilai alpha Cronbach ialah 0.91. Nilai min
digunakan untuk mengenalpasti tahap persepsi terhadap pengurusan penggunaan
bahan bantu mengajar, tahap penggunaan bahan bantu mengajar dan minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah. Ujian T digunakan untuk melihat perbezaan
terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dan minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sejarah mengikut demografi jantina, manakala Analisis Anova Satu Hala
digunakan untuk melihat perbezaan terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dan
minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah mengikut demografi umur , tempoh
pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah dan bangsa. Analisis Kolerasi Pearson
pula digunakan untukmelihat hubungan antara tahap penggunaan baha bantu
mengajar dengan minat pelajar. Analisis data mendapati bahawa terdapat hubungan
linear positif yan signifikan tetapi lemah antara tahap penggunaan bahan bantu
mengajar dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah
di daerah Muar dengan nilai kolerasi r = 0.389.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to study the management of the use of teaching
aids forteachers and students to do with interest in historical subject in secondary
schools in theDistrict of Muar. This research approach is quantitative and survey
sampling method isintended. This study involved a sample of 43 teachers who teach
the subjects history inten secondary schools and 196 form one students in 5
secondary schools in the districtof Muar.The data gathered through the questionnaire.
All data were analysed by using Statistical Package for Social Sciences version 19.0.
The minimum value used to identify the level of perception of the management of
the use of teaching aids, the levelof the use of teaching aids and the interest of
students towards subjects of history.T-test used to see the difference of the use of
teaching aids and the interest of students towards subjects of history according to
demographics of sex,while the analysis of one-way Anova is used to see the
difference of the use of teaching aids and students interestin history according to
demographic of age, length of teaching experience and history subjects. Pearson
colleration anaysis is used to view the relationship between the level ofthe use of
teaching aids with student interest,data analysis found that there was a weak positive
linear significant between the level of the use of teaching aids with the interest of
students towards the historical subjects in secondary schools in the district of Muar to
the colleration r =0.389.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI SIMBOL xix
SENARAI LAMPIRAN xx
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 16
1.5 Persoalan Kajian 17
1.6 Kerangka Teori dan Kerangka Konsep 18
1.6.1 Kerangka Teori/Model ASSURE 18
1.6.2 Kerangka Teori/ARCS 19
1.6.3 Kerangka Konsep 20
1.7 Rasional Kajian 25
viii
1.8 Kepentingan Kajian 25
1.9 Skop Batasan Kajian 26
1.10 Definisi Istilah 26
1.10.1 Guru 26
1.10.2 Pelajar 27
1.10.3 Media Pengajaran 27
1.10.4 Alat Bantu Mengajar 28
1.10.5 Sukatan Pelajaran 28
1.10.6 Minat 28
1.11 Kesimpulan 29
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 30
2.2 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Mata
Pelajaran Sejarah 31
2.3 Penggunaan Alat Bantu Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah 34
2.4 Penggunaan Grafik Dan Gambar Dalam Pengajaran Sejarah 39
2.5 Kebaikan Pengurusan Pengunaan Bahan BantuMengajar
Dalam Pengajaran 41
2.6 Hubungan Pengurusan Bahan Bantu Mengajar Guru
Dengan Minat Pelajar 44
2.7 Model Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
“Model ASSURE” 45
2.7.1 Model ASSURE 45
2.8 Model Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah
“Model ARCS 51
2.9 Kajian Terdahulu 53
2.9.1 Pengurusan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 54
ix
2.9.2 Minat Pelajar 55
2.10 Penutup 57
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 58
3.2 Reka Bentuk Kajian 59
3.3 Lokasi Kajian 60
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 60
3.5 Instrumen Kajian 63
3.5.1 Soal Selidik 64
3.5.1.1 Soal Selidik Untuk Guru Mata Pelajaran Sejarah 65
3.5.2.2 Bahagian A: Maklumat Demografi 65
3.5.1.3 Bahagian B: Persepsi Pngurusan Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar 66
3.5.1.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar 67
3.5.1.5 Soal Selidik Untuk Pelajar 67
3.5.1.6 Bahagian A: Maklumat Demografi 68
3.5.1.7 Bahagian B: Minat Pelajar Terhadap
Mata Pelajaran Sejarah 68
3.6 Kajian Rintis 69
3.7 Prosedur Kajian 72
3.7.1 Mendapatkan Kelulusan Dan Kebenaran Menjalankan
Kajian 72
3.8 Pengumpulan Dan Penganalisaan Data 73
3.8.1 Analisis Soal Selidik Bahagian A 74
3.8.2 Analisis Data Soal Selidik Guru Mengenai
Persepsi Pengurusan Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Mata Pelajaran Sejarah 74
x
3.8.3 Analisis Data Soal Selidik Guru Mengenai
Tahap Pengurusan Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Mata Pelajaran Sejarah 75
3.8.4 Analisis Data Pendapat Pelajar Mengenai
Mata Pelajaran Sejarah 76
3.8.5 Ujian Kolerasi Pearson 78
3.9 Kesimpulan 81
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 82
4.2 Analisis Deskriptif Responden Kajian 84
4.2.1 Latar Belakang Responden Guru 84
4.2.2 Jantina 84
4.2.3 Umur 85
4.2 4 Kelayakan Akademik 86
4.2.5 Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Sejarah 86
4.2.6 Latar Belakang Responden Pelajar 87
4.2.7 Jantina 87
4.2.8 Umur 88
4.2.9 Bangsa 89
4.3 Analisa Data Soalan Kajian Pendapat Guru Tentang
Penggunaan Alat Bantu Mengajar 89
4.4 Dapatan Kajian Persepsi Guru Yang Mengajar Sejarah
Terhadap Pengurusan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar 91
4.5 Dapatan Kajian Tahap Penggunaan Guru Sejarah
Terhadap Bahan Bantu Mengajar Yang Pernah
Digunakan Oleh Guru Semasa Mengajar 93
4.6 Analisa Data Pendapat Pelajar Mengenai Mata Pelajaran
Sejarah 95
xi
4.7 Analisa Data Pendapat Pelajar Tentang Minat Terhadap
Mata Pelajaran Sejarah 96
4.8 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dikalangan Guru
Sejarah Berdasarkan Demografi ( Jantina, Umur dan
Tempoh Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran Sejarah ) 98
4.9 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah
Berdasarkan Demografi ( Jantina dan Bangsa ) 100
4.10 Hubungan Antara Tahap Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Guru Dengan Minat Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Sejarah 101
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 103
5.2 Rumusan Kajian 104
5.3 Perbincangan 106
5.3.1 Persepsi Guru Terhadap Pengurusan Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar 106
5.3.2 Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru
Terhadap Mata Pelajaran Sejarah 108
5.3.3 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah 112
5.3.4 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah
Berdasarkan Demografi ( Jantina dan Bangsa ) 113
5.3.5 Perbezaan Terhadap Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Berdasarkan Demografi ( Jantina, Umur
dan Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran
Sejarah ) 114
5.3.6 Hubungan Antara Tahap Pengurusan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Guru
Dengan Minat Pelajar. 115
xii
5.4 Cadangan 116
5.4.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 116
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 117
5.5 Penutup 118
RUJUKAN 119
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
2.1 Model ARCS oleh John Keller 54
3.1 Jadual populasi dan sampel reponden mengenai minat,
dalam mata pelajaran Sejarah 62
3.2 Jadual populasi dan sampel reponden (guru) mengenai
pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran pembelajaran mata pelajaran Sejarah 63
3.3 Taburan item borang soal selidik kajian guru 65
3.4 Skala Likert Dalam Kajian 67
3.5 Taburan item borang soal selidik kajian pelajar 68
3.6 Skala Likert Dalam Kajian 69
3.7 Kajian Rintis/Kebolehpercayaan Instrumen Guru 71
3.8 Kajian Rintis/Kebolehpercayaan Instrumen pelajar
mengenai minat terhadap mata pelajaran Sejarah 72
3.9 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan
Nilai Alpha Cronbach 72
3.10 Tahap Pemeringkatan Min 75
3.11 Bahan-bahan sebagai alat bantu mengajar yang pernah
digunakan oleh guru semasa mengajar mata pelajaran
sejarah 76
3.12 Tahap Pemeringkatan Min 78
3.13 Tahap Pemeringkatan Min 78
3.14 Jadual Rujukan Nilai Kolerasi (r) 79
3.15 Jadual Rujukan Indeks Pekali Kolerasi (r) Dan Kekuatan
Perhubungan Antara Dua Pembolehubah 80
3.16 Analisis Data 81
4.1 Taburan responden guru mengikut jantina 85
4.2 Taburan responden guru berdasarkan umur 85
4.3 Taburan respoden berdasarkan kelulusan akademik 86
xiv
4.4 Pengalaman responden mengajar mata pelajaran sejarah 87
4.5 Taburan responden pelajar mengikut jantina 88
4.6 Taburan responden berdasarkan umur 89
4.7 Taburan responden berdasarkan bangsa 89
4.8 Jadual populasi dan sampel reponden (guru) yang
mengajar mata pelajaran Sejarah. 90
4.9 Guru Yang Menyertai Kursus Mengenai Pengajaran
Pembelajaran Mata pelajaran Sejarah. 91
4.10 Dapatan Kajian Persepsi Guru Yang Mengajar
Sejarah Terhadap Pengurusan Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Yang Digunakan 92
4.11 Bahan-bahan sebagai alat bantu mengajar yang pernah
digunakan oleh guru semasa mengajar mata pelajaran sejarah 93
4.12 Jadual populasi dan sampel reponden pelajar
mengenai minat, terhadap mata pelajaran Sejarah 96
4.13 Minat terhadap mata pelajaran Sejarah. 97
4.14 Analisis Ujian T perbezaan penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru sejarah berdasarkan jantina. 98
4.15 Analisis Anova perbezaan terhadap penggunaan
bahan bantu mengajar di kalangan guru-guru berdasarkan
umur 99
4.16 Analisis Anova perbezaan terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar di kalangan guru-guru berdasarkan
pengalaman mengajar mata pelajaran sejarah 99
4.17 Analisis Ujian T perbezaan minat terhadap mata pelajaran
sejarah di kalangan pelajar. 100
4.18 Analisis Anova perbezaan minat pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah berdasarkan bangsa 101
4.19 Analisis Ujian Kolerasi Pearson hubungan antara
penggunaan bahan bantu mengajar guru dengan minat
pelajar 102
xv
SENARAI SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
Bil - Bilangan
M - Min
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
ABM - Alat Bantu Mengajar
ICT - Information and Communication Technology
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
MCE - Malaysian Certificate of Education
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
HSC - Higher School Certificate
ANOVA - Analysis Of Variance
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 128
B Taburan Frekuensi Demografi 135
C Taburan Frekuensi Item-item Soal Selidik 137
D Nilai Min dan Sisihan Piawai Item-item
Soal Selidik 150
E Ujian T Perbezaan Persepsi Mengikut Jantina 153
F Analisis Anova Satu Hala Perbezaan Persepsi
Mengikut Umur, Jantina dan Pengalaman 159
G Analisis Anova Satu Hala Perbezaan Tahap
Mengikut Umur, Jantina dan Pengalaman 160
H Analisis Anova Satu Hala Perbezaan Minat
Mengikut Umur, Jantina dan Pengalaman 161
I Analisis Kolerasi Pearson Hubungan Antara
Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dengan Minat Pelajar 162
J Nilai Min dan Sisihan Piawai Untuk Persepsi,
Tahap dan Minat 163
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada tahun 1960, Penyata Rahman Talib telah diperkenalkan daripada
semakan semula Penyata Razak yang telah dilancarkan pada tahun 1956. Ia juga
menitikberatkan perlunya kurikulum sekolah disesuaikan dengan keadaan dan
keperluan negara. Antara mata pelajaran baru yang diperkenalkan dan berkait rapat
dengan kehidupan masyarakat ialah mata pelajaran tatarakyat, pendidikan moral,
sejarah dan ilmu alam. Mata pelajaran tersebut diajar kepada pelajar dengan
bermatlamat melahirkan rasa kekitaan dan cintakan negara Malaysia, serta ingin
menanamkan semangat patriotik, kebangsaan dan kesetiaan kepada negara (Zulhilmi
2003) Zahara Aziz & Nurliah Jair (2009). Sejarah pendidikan di negara ini,
terutamanya selepas merdeka telah dirangka bagi tujuan pembinaan semula bangsa
Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan
kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep Malayanization ialah untuk
membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta
dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa.
2
Mata pelajaran sejarah dalam KBSM adalah mata pelajaran teras yang wajib
dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Selaras dengan hasrat dan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sejarah KBSM menekankan
perkembangan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani dan emosi
serta kemahiran. Oleh itu, kurikulum sejarah bukan sahaja menumpukan kepada
perolehan ilmu pengetahuan tetapi juga ke arah perkembangan kemahiran belajar,
pemupukan serta penghayatan nilai.
Mulai 2013, mata pelajaran sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini diikuti pula sejarah yang menjadi
mata pelajaran teras dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) mulai 2014
akan menerapkan unsur-unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi
memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam
(Berita Harian; Oktober 2010). Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakashi
menyatakan mata pelajaran sejarah akan menggunakan konsep pendidikan itu
menyeronokkan membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah,
forum, perbahasan, lakonan dan drama. Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, mata
pelajaran sejarah perlu untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan anak
bangsa, selain memastikan mereka memahami asal usul supaya menghormati
Perlembagaan Persekutuan apabila dewasa kelak. Pada masa sekarang, mata
pelajaran sejarah lebih daripada sekadar menghafal tarikh untuk lulus peperiksaan
dan lebih penting mereka memahami falsafah di sebalik mata pelajaran sejarah yang
bertujuan meningkatkan kefahaman di antara kaum di negara ini. Kenyataan ini
disokong oleh Prof Teo Kok Seong, (Berita Harian; Oktober 2010) penekanan dalam
mata pelajaran sejarah tepat pada masanya kerana sebilangan generasi muda kini
semakin ‘buta sejarah’ dan dibuktikan melalui perdebatan beberapa isu seperti
kontrak sosial tersirat dalam perlembagaan negara.
Matlamat pendidikan sejarah untuk sekolah menengah ialah untuk memupuk
semangat setia negara, perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui
pengetahuan dan penghayatan tentang sejarah tanah air, para pelajar akan dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan
3
dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit tunggal. Pendidikan
sejarah bertujuan memperkukuhkan perasaan cintakan tanah air (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1988)
Namun demikian pada seminar penyelidikan pendidikan kebangsaan 2002,
Abdul Rafie (bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) menyatakan para pelajar
sekarang buta sejarah. Ini disahkan pada beberapa kajian yang telah dibuat oleh
pengkaji di Malaysia termasuk kajian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada
tahun 1992. Menurut laporan Majlis Peperiksaan Malaysia ( 1992), Aini (1998),
Omardin dan Yunus (1996), Khoo Kay Kim (2008) antara faktor yang
mempengaruhi pencapai prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan
oleh guru dalam bilik darjah. Kajian-kajian pendidikan yang terdahulu mendapati
bahawa antara sebab pelajar tidak berminat mengikut pelajaran dalam kelas adalah
kerana corak dan pola pengajaran guru membosankan mereka ( Abd. Malek, 1997
dan Russel, 2008 ).
Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah
Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan alat bantu mengajar dalam
pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi
pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti
tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Disamping itu, pelajar
yang pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru
hanya perlu membantu pelajar yang lemah. Ini akan memudahkan proses pengajaran
dan pengajaran guru di dalam kelas. Dengan menggunakan alat bantuan mengajar,
guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik, dan berkesan.
Manakala pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan.
Bahan bantu mengajar adalah merupakan alat yang sangat berguna kepada
guru semasa mengajar pelajar. Tetapi terdapat ramai guru di Malaysia yang tidak
menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar. Keadaan ini telah
4
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menjadi bosan dan
pelajar sukar memahami apa yang diajar lalu menyebabkan prestasi pelajar merosot.
Guru yang tidak menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar akan
menimbulkan banyak masalah kepada pelajar untuk mempelajari apa yang diajar.
Menurut Mohd. Arisbin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah
binti Abd. Rahman(2004), A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun 1960
telah melakukan kajian berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara
sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah: Aktiviti Ingatan Apa yang
dibaca 10% Apa yang didengar 20% Apa yang dilihat 30% Apa yang didengar dan
dilihat 50% Apa yang disebut 70% Apa yang disebut dan dilakukan 90%
Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah
binti Abd. Rahman (2004), kepentingan guru untuk mengaplikasikan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu
mengajar untuk memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar. Keadaan ini
berlaku kerana penggunaan bahan bantu mengajar dapat memberi pelajar
menggunakan lebih banyak deria untuk belajar seperti penggunaan filem
dokumentari untuk mengajar sejarah. Dengan memberi pelajar menonton filem
dokumentari, pelajar berpeluang belajar sejarah dengan lebih mudah dan berkesan
tanpa berasa bosan kerana mereka dapat melihat apa yang berlaku dan tidak perlu
mengimaginasi sejarah berdasarkan buku teks. Menurut kajian yang dibuat oleh Abd.
Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), penggunaan bahan bantu mengajar seperti
bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Ikatan yang tidak kukuh antara guru dengan pelajar merupakan faktor yang
mungkin menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pengajaran pembelajaran di
sekolah. Terdapat pertalian antara personaliti guru dengan kebolehan mengajar
(Azman, 2002). Personaliti seseorang guru membolehkan guru mengendalikan
profesionnya dengan baik dan berkesan, terutama dalam menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran tertentu. Selain itu bahan bantu mengajar perlu
5
dipelbagaikan dalam proses pengajaran pembelajaran. Namun, penggunaan bahan
bantu mengajar di kalangan guru hanya dihadkan kepada buku teks sahaja (Sori,
2000). Keadaan ini terjadi mungkin kerana guru kurang mahir menggunakan bahan
bantu mengajar yang lain (Azman, 2002). Fenomena tersebut menyebabkan
pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif kerana tidak dapat menarik
tumpuan pelajar serta tidak dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan di
dalam proses pembelajaran (Nur Iwanni, 2003).
Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu
mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.
Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap
pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan
potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah
bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran mereka. Bahan bantu mengajar adalah penting
dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi
kepada pelajar untuk belajar.
Menurut Ng Ying (2004), semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang
diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dielakkan
dalam pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar
menajamkan deria mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang
berkesan. Dengan itu, guru-guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan
semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar.
Guru-guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan
kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang
dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.
6
Telah banyak kajian berkaitan faktor-faktor mempengaruhi pencapaian
pelajar. Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha merupakan aspek yang
dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran seseorang. Menurut Abdul
Halim Mohamad dan Wan Mohamad Wan Sulong (2006), dalam kajiannya ke atas
pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia
mendapati bahawa sikap dan minat pelajar terhadap pelajaran Bahasa Arab adalah
penting dalam menentukan kejayaan mereka. Noraini Omar (2008) dalam kajiannya
mendapati terdapat hubungan antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. Ramai pengkaji telah mengemukakan teori
berkaitan faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan pencapaian pelajar ialah minat,
sikap, gaya pembelajaran, kaedah pengajaran dan latar belakang keluarga. Di
samping bahan dan alatan bantuan, aktiviti dan pengalaman pengajaran dan
pembelajaran mereka (Biggs & Moore 1993). Minat mempunyai kaitan dengan
sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan bersikap positif terhadap
perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang bermakna dan berkesan.
Namun, ada kalanya minat tidak selari dengan sikap seseorang. Seseorang pelajar
yang berminat dengan mata pelajaran kejuruteraan tetapi malas untuk membuat
kajian dan penerokaan tidak akan berjaya menjadi seorang jurutera. Minat juga
berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam Noraini 2008)
mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam
kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah
menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Hadiah Senin
(1997), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan terhadap 250 orang
pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah sekolah di Batu
Pahat Johor mendapati bahawa pelajar - pelajar yang baik pencapaiannya dalam mata
pelajaran sejarah adalah pelajar yang mempunyai minat terhadap mata pelajaran
tersebut.
7
Pendidikan ialah proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat serta
pembentukan peribadi dan sahsiah seseorang yang akhirnya akan membawa kepada
perubahan kemampuan diri individu tersebut (Abd Hamid, 2000). Pendidikan di
Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk mengembangkan potensi individu
dengan hasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI) (Abu Hassan, 2003). Sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi
seseorang individu dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai
atau tidak. Sikap adalah sesuatu yang terhasil daripada perasaan, kepercayaan atau
pemikiran seseorang terhadap objek psikologi. Menurut Aminah (2008), dalam
kajiannya mendapati bahawa sikap pelajar Melayu terhadap pembelajaran kurang
menggalakkan apabila 73 peratus tidak suka membuat latihan tambahan, 50 peratus
gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48 peratus terlalu bergantung kepada guru
(Utusan Malaysia, 17 Jun 2008). Sikap menggambarkan kesediaan untuk melakukan
sesuatu dan juga menggambarkan kepercayaan seseorang berkenaan sesuatu perkara.
Menurut Abdul Rahim (2001) pula mendapati bahawa sikap memberi kesan yang
khusus kepada tingkah laku, daya usaha, minat dan kesedaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia, penggubalan KBSM telah menekankan satu sistem pendidikan
bersepadu kearah mengembangkan potensi pelajar-pelajar secara menyeluruh dan
bersepadu. Penggubalan ini diharapkan dapat mengatasi kelemahan-kelemahan yang
terdapat dalam sistem pendidikan sekarang, di samping memberi perhatian terhadap
beberapa keperluan pada masa akan datang. Matlamat sebenar pengubalan KBSM
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
pembangunan, kesejahteraan, dan keharmonian negara. Dengan itu pada tahun 1992
Sejarah telah dijadikan mata pelajaran teras (wajib) untuk pelajar-pelajar di sekolah
menengah rendah dan sekolah menengah atas belajar dengan peruntukan jumlah
masa 120 minit seminggu.
8
Sementara itu, peringkat menengah atas, iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5,
semua pelajar diwajibkan mengikuti tujuh mata pelajaran teras termasuk mata
pelajaran sejarah dan dibenarkan memilih sekurang-kurangnya dua mata pelajaran
elektif atau selebih-lebihnya empat mata pelajaran elektif daripada kumpulan I
(kemanusiaan), kumpulan II (vokasional dan teknologi) dan kumpulan III (sains).
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992) Mata pelajaran Sejarah di ajar 120 minit
seminggu dengan menekankan nilai-nilai murni dan nilai kewargenegaraan sebagai
rakyat Malaysia.
Menurut Abd Rahim (1999), Ibrahim (1980), Hazri Jamil (2003), dan
Yilmaz, K (2009) pengajaran mata pelajaran sejarah di sekolah bukanlah suatu
perkara yang mudah. Guru-guru sejarah sering kali menghadapi kesukaran dalam
menyampaikan mata pelajaran sejarah kepada para pelajar. Kaedah-kaedah
pengajaran yang dicadangkan atau dipelajari semasa latihan perguruan, misalnya
kaedah inkuari perbincangan dan sebagainya didapati sukar diaplikasikan didalam
bilik darjah. Oleh yang demikian, guru yang mengajar sejarah dengan pengajaran
fakta atau mementingkan hafalan fakta sejarah. Ini diikuti dengan sistem pendidikan
yang berorentasikan peperiksaan yang lebih mementingkan kebolehan meluahkan
apa yang sudah dipelajari oleh pelajar. Jadi secara amnya para pelajar telah
dianggap sudah dapat menguasai pelajaran sejarah. Namun kebanyakan pelajar
hanya menghafal dan gagal melibatkan pemikiran kognitif yang tinggi dalam
pembelajaran sejarah.
Kegagalan guru menyampaikan pengajaran sejarah disebabkan berbagai
faktor (Hazri Jamil, 2003, Wineburg, 2001). Antara faktor yang penting ialah
penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan. Kegagalan menggunakan alat bantu
mengajar secara berkesan menyebabkan pelajar hilang minat untuk terus
mempelajari sejarah. Pembelajaran sejarah melibatkan proses mental yang kompleks
dengan dikaitkan proses ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang (Amir
Awang, 1986; Mayer, 1988; Avery & Baker, 1990) Dalam proses pengajaran yang
melibatkan kebolehan menganalisis, mensintesisikan dan menilai, penguasaan bahasa
9
amat penting. Pemahaman mengenai konsep-konsep sejarah dan keupayaan
menerangkan kembali dalam perkataan sendiri melalui daya ingatan jangka pendek
dan ingatan jangka panjang bukannya sesuatu perkara yang mudah bagi murid yang
lemah penguasaan bahasa.
Oleh kerana mata pelajaran sejarah gagal disampaikan secara berkesan
kepada para pelajar akan membawa akibat kepada matlamat utama pendidikan
sejarah di peringkat sekolah menengah seperti yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)
adalah; “Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia Negara
dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan
penghayatan sejarah tanah air, para pelajar akan dapat memahami keadaan
masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan
terhadap masyarakat dan Negara sebagai suatu unit tunggal, mewujudkan ingatan
bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan
memperkukuhkan semangat cintakan tanah air”.
Sekiranya para pelajar tidak berminat mempelajari mata pelajar sejarah akan
membawa kegagalan mengamalkan nilai-nilai murni khususnya yang dapat
memupuk semangat kewarganegaraan dan identiti diri. Melalui pengertian dan
penghayatan sejarah negara dan sejarah dunia, penekanan dan keutaman di beri
kepada usaha-usaha, membina keperibadian bangsa Malaysia. Nilai-nilai
kewarganegaraan yang dipupuk adalah seperti yang berikut:
i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia
ii. Bersemangat setia negara
iii. Bersemangat kekitaan
iv. Berdisiplin
(Sukatan dan rancangan pengajaran dan pembelajaran tingkatan 4 1992)
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah menekankan kemahiran
berfikir, pemikiran kritis, kognitif yang tinggi dan memerlukan daya ingatan yang
10
baik semasa mempelajari mata pelajaran tersebut. Menurut Walsh(2003) dan Abdul
Razaq Ahmad & Isjoni (2009) pendidikan berasaskan pengajaran sejarah dapat
membentuk dan memperluaskan daya imaginasi dan pemikiran kreatif individu itu.
Pengajaran sejarah dapat mengembangkan daya penakulan dan pemikiran kritis.
Oleh itu, sekiranya pelajar dapat mempelajari mata pelajaran sejarah dengan
berkesan, akan dapat membentuk bina insan yang baik dalam proses pemasyarakatan
dan kewarganegaraan di Malaysia. Theodore S. Hamerow (1987) menyebut bahawa
kepentingan sejarah itu adalah untuk “pendidikan warganegara, pengurusan
pemerintahan dan membimbing masyarakat melalui mata pelajaran sejarah’.
Untuk keberkesanan pengajaran pembelajaran mata pelajaran sejarah
memerlukan motivasi dan minat di kalangan pelajar. Motivasi dan minat yang
mendalam dikalangan pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah akan melahirkan
keperibadian nasional. Keperibadian nasional sesuatu bangsa sebahagian besarnya
ditentukan oleh falsafah pendidikan sesebuah negara. Sekiranya falsafah pendidikan
lebih menekankan peranan sejarah, maka ia akan melahirkan keperibadian nasional
di kalangan bangsa. Di samping itu falsafah turut melahirkan semangat perpaduan
dan nasionalisme. Menurut Abdul Razaq Ahmad & Isjoni. (2009), pendidikan
Sejarah dalam kurikulum sekolah menengah dirancang dengan tujuan supaya pelajar
memperoleh perspektif yang lebih lengkap tentang proses perkembangan masyarakat
dan negara. Kurikulum ini meliputi bidang politik, pentadbiran, sosial dan budaya
yang dikaji secara terperinci dan mendalam. Aspek yang dikaji secara terperinci dan
mendalam tentang perjuangan bangsa untuk menegakkan negara berdaulat. Oleh itu
mata pelajaran sejarah telah diubahsuai selaras dengan perakuan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979,) sebagaimana yang terdapat
dalam Perakuan 40).
Sekiranya mata pelajaran sejarah gagal menarik minat para pelajar untuk
mempelajarinya, kesannya genarasi akan datang tidak memiliki semangat
patriotisme. Menurut Omardin (1996), Russell (2008) mata pelajaran sejarah boleh
membentuk masyarakat ke arah semangat patriotisme. Kegagalan guru
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah di kalangan
11
pelajar telah membawa kesan semangat cintakan tanah air dan semangat perpaduan
di kalangan kaum. Menurut kajian Abdul Razak (2000), Sivachanlingam (2008)
didapati kesan sekolah terhadap matlamat perpaduan belum lagi menyeluruh,
walaupun ada tanda-tanda yang menunjukkan sekolah sedang menuju ke arah ini.
Perasaan nasionalisme dan pengetahuan mereka tentang negara adalah lebih tinggi
daripada kanak-kanak yang sebaya yang tidak bersekolah dalam bahasa kebangsaan.
Ini kerana isu perpaduan kaum masih jauh perjalanannya dan pendidikan sejarah
dianggap alat terpenting ke arah menjayakannya. Ia cuma setakat sedar dan bertolak
ansur dan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan untuk membentuk
semangat nasionalisme dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Ia bukan
penyatuan atau asimilasi yang sepenuhnya secara spontan dan semula jadi tetapi ia
sudah merebak kepada kanak-kanak dan remaja yang berpendidikan yang lahir
selepas kemerdekaan Malaysia.” (Ghazali Othman 1986: 12). Menurut beliau, ini
kerana pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah kurang berkesan. Oleh
itu, pengajaran sejarah perlu diperkukuhkan melalui kaedah pengajaran dan
pembelajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan untuk membentuk
semangat nasionalisme dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Kajian yang dijalankan oleh Hariyono (1995), Khoo Kay Kim (2008), Yilmaz
(2009) didapati bahawa sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dianggap
sebagai ‘the dead man of curriculum’. Kesannya ramai pelajar kurang berminat
belajar mata pelajaran sejarah. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1985
mendapati bahawa 92% guru di Malaysia masih mengamalkan kaedah pengajaran
secara kuliah. Pengajaran secara kuliah yang menyebabkan pelajar hilang tumpuan
dan seterusnya bosan. Ini kerana corak pengajaran sejarah di sekolah masih
mengamalkan kaedah kuliah dan bersifat tradisional serta membosankan pelajar.
Mengikut Hazri Jamil (2003) kegagalan guru menyampaikan pengajaran sejarah
secara berkesan adalah disebabkan pelbagai faktor. Antara faktor utama ialah
kurangnya menggunakan alat bantu mengajar dan teknologi pendidikan. Kajian-
kajian lalu menunjukan guru-guru kurang menggunakan alat teknologi pendidikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Kajian Abd.
12
Malek (1997), Russell (2008) turut melaporkan guru-guru sangat kurang
menggunakan alat teknologi pendidikan.
Pengajaran sejarah yang hanya mementingkan penghafalan fakta tanpa
melibatkan tindak balas pemikiran akan menggagalkan tujuan pendidikan sejarah itu
sendiri bagi memperkembangkan daya pemikiran pelajar yang kritis. Menurut
Wineburg (2001), Yilmaz (2009) aspek paling utama pengajaran sejarah adalah
memahami makna sesuatu peristiwa masa lampau yang dikaji, selain hanya
mempelajari mengenai nama, tarikh dan cerita yang berlaku Oleh yang demikian,
guru juga perlu menekankan aspek-aspek imaginasi dan empti supaya dapat
menghidupkan faktor-faktor sejarah dan mengubah pengetahuan sejarah kepada
pemahaman sejarah dengan melalui penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan.
Kaedah pengajaran yang berkonsepkan ‘chalk and talk’ di dapati kurang
berkesan pada kebanyakan situasi pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas (Abdul
Jasheer & Merza, 2004). Menurut Ashwin, (2004), penerangan secara lisan dalam
kaedah pembelajaran tradisi juga sering gagal menyampaikan sesuatu maklumat
visual secara tepat terutama dalam pengajaran pembelajaran sejarah. Oleh itu, guru
sejarah perlu menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan kerana pengajaran
sejarah merupakan satu gabungan yang melibatkan imaginasi, ingatan, perasaan dan
pengetahuan sejarah berasaskan idea dan konsep yang tertentu, pengetahuan,
pemahaman, imaginasi dan ingatan dalam pembelajaran sejarah dapat
menginterpretasikan semua peristiwa yang lalu kepada suatu pemahaman yang boleh
dipercayai dan menghubungkan jalinan peristiwa tertentu. Sekiranya pelajar tidak
memberi tumpuan dan konsentrasi terhadap apa yang diajar, mereka tidak akan
mendapat sebarang manfaat darinya . Mengikut Brown (1977) mendapati secara
puratanya hanya 50% maklumat yang diterima secara lisan dapat diserap di dalam
memori seseorang dan selepas dua bulan, mereka tidak akan mampu mengingat
semula walaupun separuh daripada maklumat tersebut.
13
Kajian yang dijalankan oleh Zahara Aziz & Nurliah Jair (2009), guru menjadi
‘a mere uncritical mouth piece of what is contained in the text book’. Mereka kurang
yakin dan tidak terlatih menggunakan media pengajaran dalam mata pelajaran
Sejarah. Penggunaan pelbagai alat dan bahan di bilik darjah semakin kurang
diamalkan (Asiah Abu Samah, 1992).
Minat pelajar adalah penting untuk merangsangkan pembelajaran yang
berkesan. Menurut Teori Thorndike dan Hukum Kesediaan, apabila seseorang pelajar
bersedia untuk bertindak, tindakan itu akan membawa kepuasan. Sebaliknya, jika
seseorang pelajar itu tidak bersedia untuk bertindak, tindakan yang dipaksa itu akan
membawa kekecewaan. Pelajar yang mendapat pencapaian yang tinggi dalam
sesuatu mata pelajaran menunjukkan minat dan kecenderungan yang positif terhadap
mata pelajaran tersebut (Nor Azizah, 2001). Pelajar yang berjaya dalam pelajaran
adalah mereka yang dapat mengatur cara belajar yang berkesan. Pelajar perlu
mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Pencapaian pelajar
dalam sebarang mata pelajaran adalah bergantung kepada sikap dan komitmen
mereka untuk berjaya. Walaupun keadaan sedemikian berlaku, kecemerlangan dan
kejayaan pelajar dapat diwujudkan dengan adanya tahap persaingan di kalangan
pelajar. Keadaan tersebut juga dapat dihasil dengan membabitkan cara hidup yang
perlu diubah dari segi pemikiran (Nor Azizah, 2001).
Terdapat banyak faktor yang mungkin menjadi penyumbang kepada
berlakunya keadaan ini, antaranya kurang minat pelajar terhadap mata pelajaran yang
dipelajari. Minat selalunya dikaitkan dengan pencapaian kerana minat merupakan
faktor dalaman yang boleh meransang pelajar untuk belajar (Nor Azizah, 2001).
Pepatah mengatakan “Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih”. Berdasarkan
pepatah tersebut, jelas menunjukkan bahawa betapa kuatnya pengaruh faktor
dalaman terhadap perbuatan, sikap, pencapaian dan sebagainya kepada individu
(Khalid, 2002). Kebanyakan pelajar kurang berminat untuk memilih aliran sains
kerana mereka kurang yakin, takut untuk bersaing dan takut gagal (Abd Hamid,
2000). Hasil suatu kajian mendapati minat pelajar mempengaruhi pencapaian mereka
(Mohd Hafiz, 2002). Menurut kajian dijalankan oleh kementerian Pendidikan,
14
kekurangan minat dan sikap yang negatif terhadap sesuatu pembelajaran tersebut
merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan seseorang pelajar itu gagal
dalam ujian. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dibuat di salah sebuah sekolah
pendalaman. Kebanyakkan guru menggunakan jenis pembelajaran yang berpusatkan
guru.
Menurut Hashim (2000), minat secara keseluruhan boleh dianggap sebagai
pembolehubah-pembolehubah motivasi. Minat adalah daya penggerak yang
mendorong kita supaya memberi perhatian kepada sesuatu yang diminati sama ada
subjek atau kegiatan. Menurut Hornby,A.S. (2000) mendefinisikan minat ialah
memberi perhatian atau mengambil berat; menunjukkan rasa ingin tahu; mendapat
perhatian; membangkitkan rasa ingin tahu. Dengan itu, minat pelajar amat penting
kepada pembelajaran kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk
menggalakkan pelajar dalam pembelajaran dalam bilik darjah.
Minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh
mempelajari subjek yang diminati. Ilmu yang diperolehi merangsang minat dan
naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu
sikap belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud Hamzah,2009). Maka boleh mendapati
bahawa minat pelajar merupakan sumber penggerak untuk mempelajari sesuatu mata
pelajaran yang dipelajari. Sebagai guru harus mengetahui minat pelajar untuk
merancang proses pengajaran yang lebih berkesan. Cara pengajaran guru amat
penting untuk menarik minat pelajar untuk bergerak aktif mempelajari isi pelajaran
dengan bersungguh-sungguh. Guru harus bersikap mesra dan menggunakan kaedah
kreatif untuk mengajar pelajar semasa kelas teori dan amali dijalankan. Guru yang
mesra lebih berpeluang boleh mendekati pelajar dan memahami tahap pembelajaran
pelajar supaya boleh lebih memahami isi kandungan yang diajar. Seterusnya
menghasilkan minat dalam pelajaran terutamanya dalam mata pelajaran sejarah. Oleh
itu, peranan guru dan cara pengajaran guru harus diutamakan untuk memupuk minat
pelajar.
15
1.3 Penyataan Masalah.
Pada masa sekarang, para pelajar kurang berminat mempelajari mata
pelajaran sejarah. Mengikut Hillis (2008) mengajar sejarah adalah tugas yang
mencabar dan penting untuk guru meningkatkan intelektual, kematangan dan literasi
budaya di kalangan pelajar. Mata pelajaran sejarah sering dianggap sebagai mata
pelajaran yang membosankan, perlu banyak menghafal serta mengingat fakta, nama-
nama tokoh, tarikh dan seumpamanya. Ini kerana mata pelajaran tersebut cuma
berkaitan dengan perkara-perkara yang lepas dan tidak dapat menarik perhatian para
pelajar . Masalah kebosanan pelajar di dalam mata pelajaran sejarah telah
ditimbulkan sejak tahun 1968 lagi dan masih tidak dapat di atasi (School Council
1968). Bryant(1972) dalam laporan kajiannya tentang pengajaran dan pembelajaran
sejarah mendapati bahawa mata pelajaran sejarah tidak popular di sekolah. Haward
dan Mendenhall (1982) pula menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah kini telah
hilang kedudukannya dalam kurikulum. Malek (2012), dalam kajiannya tentang
penggunaan bahan bantu mengajar di kalangan guru mendapati guru kurang yakin
terhadap penggunaan bahan sumber elektronik.
Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003), menunjukkan kurangnya minat
pelajar terhadap mata pelajaran adalah berpunca daripada anggapan mereka yang
mengatakan bahawa mata pelajaran itu susah. Persepsi negatif ini menyebabkan
mereka tidak memberi peluang kepada diri untuk menerima mata pelajaran itu
sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Minat berkembang daripada aktiviti yang
memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-
aktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini
adalah dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang
bersungguh-sungguh dipercayai boleh menepis kekurangan beberapa perkara di
dalam kecerdasan.
Sehingga kini terlalu sedikit maklumat diketahui tentang hubungan
pengurusan bahan bantu mengajar guru dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran
16
sejarah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti pengurusan bahan
bantu mengajar oleh guru sejarah dan hubungannya dengan minat pelajar di sekolah
menengah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpastikan tahap pengurusan penggunaan bahan
bantu mengajar guru dan hubungkaitnya dengan minat pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah di sekolah menengah dalam daerah Muar. Berikut pengkaji telah
memperincikan objektif kajian iaitu untuk:
1.4.1 Mengenalpasti persepsi guru terhadap pengurusan penggunaan bahan
bantu mengajar dalam kalangan guru-guru sejarah di sekolah menengah
di daerah Muar.
1.4.2 Mengenalpasti tahap pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar
dikalangan guru sejarah di sekolah menengah dalam daerah Muar.
1.4.3 Mengenalpasti sejauh mana minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah
di sekolah menengah dalam daerah Muar.
1.4.4 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan minat pelajar terhadap mata
pelajaran sejarah mengikut demografi (jantina dan bangsa) .
1.4.5 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan terhadap pengurusan
penggunaan bahan mengajar dalam kalangan guru-guru sejarah sekolah di
17
menengah dalam daerah Muar mengikut demografi (jantina, umur dan
tempoh pengalaman mengajar sejarah) .
1.4.6 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara penggunaan bahan
bantu mengajar guru dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran
sejarah di sekolah menengah dalam daerah Muar.
1.5 Persoalan Kajian.
Kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan – persoalan berikut:
1.5.1 Apakah persepsi guru terhadap pengurusan penggunaan bahan bantu
mengajar dalam kalangan guru-guru sejarah di sekolah menengah di
daerah Muar?
1.5.2 Sejauh manakah tahap pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar
dikalangan guru sejarah di sekolah menengah dalam daerah Muar?
1.5.3 Sejauh manakah minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah di
sekolah menengah dalam daerah Muar
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap mata pelajaran
sejarah mengikut demografi (jantina dan bangsa) ?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan terhadap penggunaan bahan bantu mengajar
dalam kalangan guru-guru sejarah sekolah menengah di daerah Muar
dengan mengikut demografi (jantina, umur dan tempoh pengalaman
mengajar sejarah) ?
18
1.5.6 Adakah terdapat hubungan antara tahap pengurusan penggunaan bahan
bantu mengajar guru dengan minat pelajar terhadap mata pelajaran
sejarah di sekolah menengah di daerah Muar ?
1.6 Kerangka Teori dan Kerangka Konsep Kajian
Kajian ini menggunakan dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan
pembolehubah bersandar. Bagi pembolehubah bebas ianya ialah tahap amalan
pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar guru sejarah manakala bagi
pembolehubah bersandar ialah tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah di
sekolah menengah . Oleh demikian, dalam menjelaskan penggunaan teori dan konsep
dalam kajian ini, maka pengkaji menggambarkan teori dan konsep kajian yang
digunakan dalam bentuk rajah – rajah seperti berikut.
1.6.1 Kerangka Teori/Model ‘ASSURE’
Dalam mengenalpasti tahap pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar
guru yang merupakan pembolehubah bebas dalam kajian ini, pengkaji menggunakan
model ‘ASSURE’ sebagai rujukan. Maka, berdasarkan rajah 1.1 berikut, dengan jelas
menunjukkan model digunakan dalam kajian ini berserta dengan konstruk–
konstruknya.
19
Rajah 1.1 : Model ‘ASSURE’
1.6.2 Kerangka Teori/Model ARCS
Pembolehubah kedua dalam kajian ini adalah pembolehubah bersandar iaitu
tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah di sekolah menengah. Untuk
mengenalpasti tahap minat pelajar kajian menggunakan Model ARCS yang
dikemukakan oleh John Keller sebagai rujukan. Maka, dalam rajah 1.2 berikut
adalah menunjukkan Model ARCS yang digunakan berserta konstruk – konstruknya.
KATEGORI TUJUAN PERSOALAN
A
ATTENTION
Menarik minat pelajar-pelajar serta
merangsang keinginan belajar.
Bagaimanakah
pembelajaran in
berharga dan
merangsangkan pelajar-
pelajar saya?
R
RELEVENCE
Memenuhi keperluan/matlamat
pelajar membentuk sikap positif.
C
CONFIDENCE
Membantu pelajar-pelajar
menyakini,merasai tentang kejayaan
diri serta berkemampuan mengawal
kejayaan mereka.
Baaimanakah saya boleh
membantu pelajar
melalui pengajaran agar
memperolehi kejayaan
serta mereka. S
SATISFACTION
Meneguhkan pencapaian melalui
ganjaran.
Rajah 1.2 Model ARCS oleh John Keller
A Analyze Learner Analisis Pelajar
S State
Objectives Pernyataan
Objektif
S State
Media Pemilihan
Media
U Utilize
Materials
Uruskan Media
R Require
Response Respond Pelajar
E Evaluate Penilaian
dan ulangkaji
20
1.6.3 Kerangka Konsep Kajian
Manakala bagi menjelaskan mengenai konsep kajian pula adalah dirujuk
kepada rajah 1.3 yang menunjukkan dengan jelas konsep dan arah aliran kajian yang
dilakukan.
Rajah 1.3 : Kerangka Teori Kajian
Demografi Jantina
Umur
Bangsa
Kelayakan akademik
Tempoh b kh
Pembolehubah
Bebas
Penggunaan BBM
guru Sejarah
Analisis
pelajar
Pernyataan
objektif
Pemilihan
media
Menguruskan
media
Tindak balas
pelajar
Menilai dan
menyemak
semula bahan
Pembolehubah
Bersandar
Minat Murid
Perhatian
Kesesuaian
Keyakinan
Kepuasan
MATA PELAJARAN SEJARAH
21
Berdasarkan Rajah 1.3, dapat dilihat bahawa kajian ini mempunyai dua
pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.
Kerangka teoritikal digunakan sebagai panduan semasa merancang, mereka
bentuk dan melaksanakan kajian penggunaan multimedia dalam pengajaran
pembelajaran sejarah. Penyelidik mengkaji beberapa teori penggunaan alat bantu
mengajar yang dikemukakan oleh ahli-ahli teori yang terdapat dalam negeri dan luar
negeri. Daripada teori-teori tersebut, penyelidik mengambil bahagian-bahagian
tertentu dengan mencantumkan dan mengintegrasikannya untuk membentuk satu
kerangka teori yang digunakan dalam penyelidikan ini.
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru adalah
digalakkan merancang pengajaran secara sistematik supaya media pengajaran yang
digunakan benar-benar member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan pengajaran dan pemilihan media yang dimaksudkan berpandukan kepada
enam langkah yang disesuaikan dari Model ‘ASSURE’ oleh Heinich, Molenda
Russell dan Smaldina (1990). Enam langkah yang dikemukakan iaitu:
a. Menganalisis Sifat – Sifat Pelajar
Langkah pertama dalam model ini ialah menganalisis cirri-ciri pelajar yang menjadi
kumpulan sasaran dari segi jantina, umur, bakat, kelas dan taraf sosio-ekonomi.
Kemudian diikuti cirri-ciri kesediaan dan pengetahuan sedia ada pada para pelajar
untuk melihat apakah kemampuan yang ada pada pelajar, bagaimanakah gaya
pembelajaran yang sesuai, apakah kekuatan dan kelemahan pelajar, bagaimana
pelajar memproses maklumat, apakah faktor-fakor motivasi dan psikologi. Maluma-
maklumat ini perlu diketahui oleh guru terlebih dahulu dan dianalisis sebelum
membuat perancangan dan memulakan pengajaran. Sesudah memperolehi maklumat
22
tersebut, seseorang perekabentuk perlu memikirka isi kandungan yang berssuaian
dan kecekapan seseorang pengguna memahami sesuatu topik pembelajaran yang
dikemukakan.
b. Menyediakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus
Langkah kedua ialah menentukan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran
yang harus dicapai. Dalam penentuan objektif guru perlu mengetahui siapa kumpulan
sasaran, bagaimana ia bertingkahlaku, apakah tahap penerimaan, bagaimanakah
peringkat prestasi yang ingin dicapai dan kaedah pembelajaran serta kriteria yang
dihajati. Dalam mengklafikasikan objektif domain-domain berikut perlu diambil kira
iaitu domain kognatif, domain efektif, domain psikomotor dan domain interpersonal.
Biasanya objektif diambil daripada sukatan, panduan kurikulum, buku teks, dokumen
atau pernyataan pakar. Manakala penentuan objektif adalah berdasarkan peringkat
prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria-kriteria atau darjah
pencapaian.
c. Memilih kaedah, media dan alat/bahan pengajaran
Langkah ketiga dalam model ASSURE ialah memilih media dan bahan pengajaran
yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam fasa ini,
sseorang perekabentuk perlu memastikan adakah kaedah dan kandungan yang
terdapat di dalam sesuatu perisian adalah bersesuaian dengan pengguna atau pun
tidak. Memilih kaedah penyampaian maklumat yang bersesuaian dengan isi
kandungan dan kehendak pengguna adalah penting bagi menjamin kelancaran proses
penyampaian sesuatu maklumat. Pemilhan kaedah, media dan bahan yang tepat serta
23
senang diperolehi dan digunakan serta mudah dibuat pengubahsuaian jika perlu.
Biasanya proses pemilihan kaedah, media dan bahan ditentukan oleh; a) aras
kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai; b)
penyediaan sumber yang bersesuaian, persekitaran, penggunaan media, makmal,
pusat sumber dan sebagainya; c) isi kandungan maklumat yang ingin dicapai.
d. Menguruskan/menggunakan media dan bahan
Dalam penghasilan sesuatu perisian multimedia, perekabentuk mestilah menyediakan
persekitaran pembelajaran yang menarik seperti isi kandungan yang terdiri daripada
grafik, teks, audio dan video yang bersesuaian dengan pengguna. Perisian yang
dibangunkan sebolehnya mungkin mampu melengkapkan pengalaman dan
pengetahuan yang ada pada pengguna. Setelah perisian dihasilkan atau diubahsuai,
langkah seterusnya ialah merancang bagaimana cara-cara hendak digunakan dalam
proses pengajaran. Sebelum proses ia digunakan dalam pengajaran, sebaik-baiknya
perisian tersebut perlu dipratonton dan dicuba dahulu supaya ia bersedia menghadapi
suasana pembelajaran dan mendapat maklum balas dari pelajar. Setelah dicuba,
sediakan kelas, alat-alat serta kemudahan-kemudahan lain yang dapat menyokong
proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah semuanya tersedia dan teratur, buat
persembahan di dalam kelas. Adakan aktiviti-aktiviti susulan seperti perbincangan,
kerja kumpulan, projek perseorangan atau membuat laporan.
e. Tindak balas pelajar
Langkah kelima dalam model ini ialah mendapatkan tindak balas daripada pelajar.
Ini penting menghasilkan penglibatan secara maksimum dalam proses pembelajaran.
24
Tindakbalas-tindakbalas yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui latihan,
perbincangan, kerja kumpulan dan pelbagai aktiviti pembelajaran. Dalam hal ini
pelajar perlu diberi peluang untuk menghasilkan tindakbalas dan disusuli oleh
kegiatan-kegiatan pengukuhan dan rangsangan. Dalam proses pembelajaran
menggunakan perisian multimedia, para pelajar seboleh mungkin dilibatkan dalam
aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz
dan sebagainya. Ini penting bagi memastikan aplikasi yang dibangunkan benar-benar
mampu menyediakan suasana pembelajaran yang sesuai, efektif serta menarik minat
pelajar. Dalam fasa ini, perekabentuk perlu mengadakan sesi pemerhatian,
perbincangan dan komen bagi mendapatkan maklumbalas terhadap perisian yang
dibangunkan.
f. Menilai dan menyemak semula bahan
Setelah tamat sesi pengajaran dan pembelajaran, guru harus membuat penilaian
terhadap pencapaian pelajar,kekuatan dan keberksanan perisian secara menyeluruh,
menilai tahap proses pengajaran seperti adakah objektif tercapai? Adakah perisian
yang digunakan membantu proses P&P? Adakah kesemua pelajar menggunakan
perisian dengan cara yang beul? Adakah suasana pmbelajaran selesa dan sesuai? Dan
adakah guru dapat member pemerhatian individu? Kesemua ini penting untuk
memastikan kelemahan dan kecacatan yang terdapat di dalam perisian agar dapat
diperbaiki supaya ia memenuhi kehendak pengguna.
Model ARCS adalah berdasarkan singkatan perkataan yang dinyatakan iaitu
Attention (perhatian), Releevence (kesesuaian), Confidence (keyakinan) dan
Satisfaction (kepuasan) yang diasaskan oleh John Keller. Model ini merupakan
model untuk motivasi para pelajar. Keempat-empat kategori itu adalah untuk
memenuhi hala tuju guru dalam membuat perancangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermotivasi. Manakala persoalannya, ia memerlukan guru-guru
25
memikirkan cara yang terbaik untuk mencapai tujuan tersebut dengan mengambil
kira pemilihan dan aplikasi pengajaran di bilik darjah. Ia juga merupakan satu senarai
semak untuk memastikan segala aktiviti di dalam kelas dapat memenuhi kehendak
serta menepati matlamat yang ingin disampaikan ke arah mewujudkan pembelajaran
yang menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Berdasarkan persoalan kajian, objektif kajian dan kerangka teori, kerangka
kajian dapat ditunujukkan seperti rajah 3. Kerangka ini menunjukkan penggunaan
bahan bantu mengajar sebagai pembolehubah bebas dan minat murid sebagai
pembolehubah bersandar. Penggunaan bahan bantu mengajar guru menggunakan
Model ‘ASSURE’ oleh Heinich, Molenda Russell dan Smaldina (1990). Model
ASSURE berasaskan kepada analisis pelajar, pernyataan objektif, pemilihan media,
menguruskan media, tindak balas pelajar serta menilai dan menyemak semula
bahan.Minat murid menggunakan Model ARCS iaitu berdasarkan singkatan
perkataan yang dinyatakan iaitu Attention (perhatian), Releevence (kesesuaian),
Confidence (keyakinan) dan Satisfaction (kepuasan) yang diasaskan oleh John
Keller.
1.7 Rasional Kajian.
Dalam bahagian ini akan menjelaskan tentang rasional yang membawa
pentingnya penyelidikan dan pembangunan pengurusan bahan bantu mengajar mata
pelajaran Sejarah tingkatan satu dilakukan. Pada masa pembestarian pengajaran dan
pembelajaran, mata pelajaran Sejarah menghadapi kekurangan bahan bantu mengajar
berasaskan multimedia. Akibatnya, ramai di kalangan pelajar kurang berminat untuk
mempelajari mata pelajaran Sejarah berbanding dengan mata pelajaran lain. Ini
disokong pula dengan mulai 2013, subjek sejarah dijadikan mata pelajaran wajib
lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran sejarah
dijadikan mata pelajaran teras dalam kurikulum standrad sekolah rendah (KSSR)
26
mulai tahun 2014 yang menerapkan unsur-unsur kewarganegaraan, patriotisme dan
perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara
secara mendalam. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakashi menyatakan
mata pelajaran sejarah akan menggunakan konsep pendidikan yang menyeronokkan
seperti kuiz, lawatan ketempat bersejarah, forum, lakonan dan drama.(Berita Harian:
Oktober 2010).
1.8 Kepentingan Kajian.
Diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat memberikan manfaat kepada
pihak-pihak yang berikut iaitu Kementerian Pendidikan.Kementerian Pendidikan
merupakan pihak yang bertanggungjawab di dalam menyusun dan melaksanakan
program atau kurikulum yang telah dirancangkan ini. Dengan hasilan kajian ini juga
diharapkan akan dapat membantu pihak Kementerian untuk mengenal pasti masalah
atau pandangan guru-guru terhadap penggunaan alatan multimedia khususnya
penggunaan perisian dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Seterusnya pihak
kementerian akan dapat mengatur langkah-langkah penyelesaian atau inisiatif-
inisiatif yang dapat mengubah persepsi guru-guru tersebut.
Di samping itu, hasil kajian ini dapat membantu para guru yang mengajar
mata pelajaran sejarah yang berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini akan dapat meningkatkan kualti pengajaran dan pembelajaran guru dalam
mengajar mata pelajaran sejarah. Penguasaan guru dalam menggunakan alat bantu
mengajar berbantukan komputer dianggap berjaya memudahkan penyampaian
maklumat kepada pelajar.
27
1.9 Skop Batasan Kajian.
Terdapat beberapa faktor yang membataskan kajian ini seperti pemilihan
populasi, sampel, pemboleh ubah dan reka bentuk kajian. Skop kajian ini pula hanya
terhad kepada pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar guru-guru di sekolah
menengah dalam daerah Muar dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
tingkatan 1.
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Guru
Guru-guru adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di
sekolah menengah bantuan penuh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru ini
terdiri dari guru siswazah (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah) atau guru
bukan siswazah (Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma).
28
1.10.2 Pelajar
Pelajar ialah orang atau anak yang sedang belajar atau berguru,
penuntut(Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini pelajar merujuk kepada pelajar
tingkatan satu yang belajar di sekolah menengah di daerah Muar
1.10.3 Media Pengajaran
Media adalah perantara yang membawa maklumat di antara sumber dengan
penerima. Media pengajaran adalah media yang membawa maklumat pengajaran
bertujuan mengubah tingkahlaku. Media juga dikenali dengan sumber pengajaran
dan pembelajaran. (Locatis dan Atkinson, 1984; Heinich et al., 1996).
1.10.4 Alat Bantu Mengajar
Merupakan bahan-bahan pendidikan yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ianya melibatkan alat bantu mengajar
yang bercetak dan bukan bercetak yang boleh mendatangkan pengetahuan atau
membantu guru semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Reiser, R.A dan
Gagne. R.M 1988). telah menyatakan bahawa bahan sumber merangkumi teks
bercetak, rakaman audio dan video, gambar slaid dan bahan-bahan serta alat-alat
yang digunakan bagi menyampaikan pengajaran.
29
1.10.5 Sukatan Pelajaran
Sesuatu program pendidikan perlu ada sukatan pelajaran sebagai pedoman
untuk mencapai matlamat yang dituju. Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang
terdapat dalam KBSM ini mengandungi senarai kemahiran atau senarai isi
kandungan yang akan digunakan dalam tempoh enam tahun persekolahan
diperingkat menengah.
1.10.6 Minat
Minat bolehlah dikonotasikan sebagai sikap. Pengertian yang diberikan oleh
Katz (1966) dalam Adnan (1985) adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang
individu dalam memberi nilai terhadap simbol, objek atau apa jua yang disukai atau
sebaliknya. Seterusnya sikap juga merupakan sesuatu yang terhasil daripada
perasaan, kepercayaan atau pemikiran seseorang terhadap objek psikologi. Manakala
Remmers dan Gage (1943) pula mengatakan bahawa sikap bukan sahaja boleh dilihat
daripada pengajaran tetapi juga dari aspek pembelajaran. Pelajar akan berminat
sekiranya mereka mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara. Sementara
sikap serta minat guru pula membawa maksud penguasaan dalam sesuatu bidang dan
mereka dapat melakukan pengajaran dengan lebih berkesan dan berjaya menarik
minat para pelajarnya
30
1.11 Kesimpulan
Pengurusan penggunaan bahan bantu mengajar merupakan satu proses yang
melibatkan keberkesanan penggunaan bahan dalam pengajaran pembelajaran dan
dijangka akan menghasilkan kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran sejarah. Pengajaran berbantukan bahan juga dijangka berupaya
membantu pelajar yang tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran sejarah
serta dapat meningkatkan kefahaman dan minat terhadap mata pelajaran tersebut.
Oleh itu kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada pengurusan penggunaan bahan
bantu mengajar guru sejarah mempunyai hubungan dengan minat pelajar terhadap
mata pelajaran sejarah.