PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4 BAGI TAJUK PANDANGAN TAMBAHAN
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya TUMIRAH BINTI SEAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. * * Sila tandakan ( √ )
Disahkan oleh ________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 247 KAMPUNG BAKAR ARANG, 81500 PEKAN NANAS DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD PONTIAN, (Nama Penyelia)
JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh : Tarikh :
TIDAK TERHAD
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ....................................................
Nama Penyelia : DR. MUHAMMAD SUKRI BIN SAUD
Tarikh : …………………………………
PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN
KENDIRI LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4 BAGI TAJUK
PANDANGAN TAMBAHAN
TUMIRAH BINTI SEAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : TUMIRAH BINTI SEAN
Tarikh : .............................................
iii
DEDIKASI
Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, akhirnya Projek Sarjana
Muda ini dapat saya siapkan dengan sempurnanya, insyaAllah.
Ucapan khas buat insan yang paling istimewa iaitu,
Ayahanda SEAN BIN RANI dan Bonda MISKIAH BINTI LIKAN
Segala perit-jerih dan pengorbanan yang dilimpahkan sesungguhnya menjadi azimat
kekal yang tidak ternilai hanya dengan ungkapan terima kasih. Sesungguhnya hanya
Allah sahaja yang mampu membalasnya. Doa anakanda sentiasa mengiringi kalian agar
sentiasa sihat dan dipanjangkan usia serta dilindungi Allah hendaknya.
Kepada kekanda dan adinda-adinda tersayang,
KARTINI
MOHD KHAIRUL
NOR ARBANI
Sokongan, dorongan dan nasihat yang diberikan amat membantu sepanjang menyiapkan
projek ini. Semoga kalian dilindungi Allah dan mencapai cita-cita yang diimpikan.
Kepada semua sahabat handai yang dikasihi,
Ucapan terima kasih diatas segala pertolongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Semoga
Allah membalas segala kebaikan kalian.
iv
PENGHARGAAN
Syukur dan segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T atas segala limpah rahmat
dan hidayatnya, maka dapatlah saya menyudahkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan khas buat penyelia Projek Sarjana Muda
iaitu, Dr. Muhammad Sukri B. Saud atas segala bimbingan dan dorongan yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini sama ada dalam bentuk ilmu
pengetahuan mahupun wang ringgit.
Rakaman ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua responden yang
terlibat di atas kerjasama yang telah diberikan.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat,
kerjasama dan idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Segala bantuan dan
pertolongan yang dihulurkan akan dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah merupakan satu pakej pembelajaran
yang terancang, teratur dan sistematik serta sesuai digunakan sebagai bahan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan bahan pembelajaran yang terhad telah
memberi ruang kepada penyelidik untuk menghasilkan modul yang berkualiti dan
bermutu bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat. Penghasilan
modul ini adalah berasaskan kepada Model Teras Cabang Shaharom Noordin. MPK
yang telah dibina oleh penyelidik ialah MPK: Pandangan Tambahan. Bagi memperoleh
dapatan kajian ini, dua kaedah penilaian formatif telah digunakan iaitu Penilaian
Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) yang melibatkan 3 orang guru dan Penilaian
Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang melibatkan 8 orang guru Lukisan Kejuruteraan.
Alat kajian yang digunakan dalam menentukan kesesuaian MPK ialah Soal Selidik
Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru)( Shaharom Noordin) dan
pembolehubah yang digunakan ialah pengalaman mengajar. Penganalisisan statistik
deskriptif digunakan dalam mendapatkan markat min, markat maksimum dan minimum.
Status bagi PFSS ialah ’SESUAI’ dengan nilai min bagi PFSS kesesuaian sebanyak
78.33 dan PFKK sebanyak 105.13 iaitu berstatus ’AMAT SESUAI’. Manakala nilai min
bagi kesesuaian MPK berdasarkan pengalaman mengajar bagi PFSS ialah 78.5 dengan
status ’SESUAI’. Bagi PFKK pula nilai minnya ialah 105.13 iaitu berstatus ’AMAT
SESUAI’. Ini menunjukkan bahawa MPK yang telah dibina oleh penyelidik sesuai
digunakan dalam proses P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
vi
ABSTRACT
Self Instructional Modules (SIM) is a one planned arranged and systematic
package and suitable to use in teaching and learning process. This is because of the
limitation in creation of learning material, it give opportunity to researcher to produce a
quality module in Technical Drawing Subject for Form 4. This module is based on the
Shaharom’s Model Teras Cabang, 1994. The SIM developed was SIM : Additional
View. In order to get the results, two method of formative evaluation was used which are
One-to-One Formative Evaluation (OTOFE) and The Small Group Formative
Evaluation (SGFE) that involves 3 and 8 Engineering Drawing teachers respectively.
The instrument used to determine the suitability of SIM is Soal Selidik Kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) (Shaharom Noordin) and the variety used was
teaching experience. Statistic descriptive analysis was used in order to get mean,
maximum score and minimum score. Suitable mean value for OTOFE was 78.33
(SESUAI) and SGFE was 105.13 (AMAT SESUAI). The suitable mean for teaching
experience in PFSS was 78.5 (SESUAI). For SGFE, the status was ‘AMAT SESUAI’
with mean value was 105.13. Result shows that the SIM has been develop was suitable
to use in teaching and learning process for Engineering Drawing subject.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Rangka Kerja Konsep 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.6.1 Guru 7
1.6.2 Pelajar 7
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Takrifan Istilah 9
1.8.1 Pembinaan 9
1.8.2 Kesesuaian 9
1.8.3 Modul Pengajaran Kendiri 10
1.8.4 Lukisan Kejuruteraan 10
1.8.5 Pandangan Tambahan 11
1.9 Kesimpulan 11
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Modul Pengajaran Kendiri 12
2.2 Teori - Teori Dalam MPK 15
2.2.1 Model Klingstedt (1972) 15
2.2.2 Model Burns, (1972) 17
2.2.3 Model Eijl (1976) 19
2.2.4 Model Teras Cabang Shaharom 21
2.2.4.1 Bahagian Teras 22
2.2.4.2 Bahagian Cabang 23
2.3 Rasional Penggunaan Model Teras Cabang 24
2.4 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 26
3.1 Tajuk Modul 26
3.1.1 MPK 1 : Pandangan Tambahan 27
3.2 Rekabentuk kajian 27
3.2.1 Fasa 1 – Analisis 28
3.2.2 Fasa 2 – Rekabentuk 28
3.2.3 Fasa 3 – Pembangunan 33
3.2.4 Fasa 4 – Pelaksanaan 34
3.2.5 Fasa 5 – Penilaian 34
3.3 Populasi Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 36
3.5 Kajian Rintis 38
3.7 Analisis Data 41
3.8 Kesimpulan 43
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 44
4.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS)
Terhadap Kesesuaian MPK oleh
Guru Lukisan Kejuruteraan 44
4.1.1 Persoalan Kajian 1 45
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Terhadap Kesesuaian MPK oleh
Guru Lukisan Kejuruteraan 46
4.2.1 Persoalan Kajian 2 46
4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS)
Terhadap Status Kesesuaian MPK
Merentas Pengalaman Mengajar 47
4.3.1 Persoalan Kajian 3 48
4.4 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK)
Terhadap Perbezaan Status Kesesuaian MPK
Merentas Pengalaman Mengajar 50
4.4.1 Persoalan Kajian 4 50
4.5 Kesimpulan 52
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 53
5.1 Ringkasan dan Perbincangan 53
5.2 Rumusan 56
5.3 Implikasi 57
5.3.1 Pelajar 57
5.3.2 Guru 58
5.3.3 Institusi Pendidikan 59
5.4 Cadangan 59
5.5 Cadangan Masa Hadapan 60
5.6 Kesimpulan 61
RUJUKAN 62
LAMPIRAN 65
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK
MUKA
SURAT
2.1 Rangka Kerja Penulisan Modul 14
3.3 Jadual Pemeringkatan Kesesuaian MPK Untuk Guru 42
4.1 Penilaian Formatif Satu Dengan satu (PFSS) Oleh Guru
Lukisan Kejuruteraan Terhadap Kesesuaian MPK
Pandangan Tambahan
45
4.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) Oleh Guru
Lukisan Kejuruteraan Terhadap Kesesuaian MPK
Pandangan Tambahan
47
4.3 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFSS) Oleh Guru
Lukisan Kejuruteraan Merentas Pengalaman Mengajar
49
4.4 Penilaian Formatif Satu Dengan Satu (PFKK) Oleh Guru
Lukisan Kejuruteraan Merentas Pengalaman Mengajar
51
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA
SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 6
3.1 Rangka Kerja Kajian Pembentukan MPK 35
3.2 Rangka Kerja Kajian Rintis 38
3.3 Rangka Kerja Penilaian Formatif 39
3.4 Rangka Kerja Keseluruhan 40
xiii
SENARAI SINGKATAN
AS - Amat Sesuai
FPK - Falsafah Pendidikan Kbangsaan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
MPK - Modul Pengajaran Kendiri
OTOFE - One-To-One Formative Evaluation
PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS - Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PPM - Penulisan dan Pembinaan Modul
S - Sesuai
SGFE - Small-Group Formative Evaluation
SIM - Self Induction Module
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. JADUAL TAJUK
A Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
(Guru)
B Jadual Pemeringkatan Kesesuaian ModulPengajaran Kendiri
(MPK) Untuk Guru
C Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri
D Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pakar
Bidang
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah, Maktab
Perguruan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-Bahagian Di
Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah, Maktab
Perguruan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian-Bahagian Di
Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan
Johor
G Senarai Nama Sekolah Yang Menyediakan Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan di Negeri Johor
H Surat Pengesahan Universiti Taknologi Malaysia
I Huraian Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4
dan 5
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Modul adalah merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa dalam sesuatu modul itu
terdapat bahagian-bahagian kecil untuk setiap bab yang diterangkan secara lebih
mendalam dan terperinci. Melalui penggunaan modul, pelajar mahupun guru akan
memahami setiap pembelajaran dengan lebih berkesan (Alawiah Alsagoff, 1986). Hal
ini kerana modul boleh digunakan sebagai panduan tambahan untuk lebih memahami
sesuatu tajuk yang dipelajari di sekolah kerana tidak semua pelajar dapat memahami
pembelajaran yang diajar oleh guru semata-mata. Setiap individu mempunyai tahap
kefahaman yang berbeza-beza. Sesetengah individu mudah menerima maklumat yang
disampaikan secara terus, manakala sebahagian lagi terpaksa mengulangi maklumat
yang diterima beberapa kali untuk lebih memahami maklumat yang diterima.
Modul merupakan pakej lengkap pengajaran dan pembelajaran kendiri yang
direkabentuk dengan terancang, teratur dan sistematik menggunakan strategi
pembelajaran penguasaan serta menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik
(Shaharom, 1994). Penerangan yang mudah dan ringkas dalam sesuatu modul akan
memudahkan sesuatu mata pelajaran itu difahami dan dikuasai oleh pelajar mahupun
guru.
2
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru sentiasa berusaha sebaik mungkin
dalam menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan dan pelbagai kaedah digunakan dalam
memastikan setiap pelajar dapat menguasai isi pelajaran yang diajar. Kajian Abell dan
Smith pada tahun 1994 dan Bencze pada tahun 1999 mendapati guru yang mempunyai
sikap negetif terhadap pengajaran lebih cenderung untuk menyalurkan sikapnya kepada
pengajaran dan persepsi ini kemudian disalurkan kepada pelajar mereka (Zacharias
Zacharia, 2002).
Pelbagai pihak seperti Kementerian pendidikan, penyelidik, pendidik dan sebagainya
perlu terlibat dalam menggembeleng tenaga dan fikiran untuk memastikan impian dan
cita-cita wawasan 2020 menjadi kenyataan. Berpeluk tubuh dan mendiamkan diri tidak
akan membantu dalam mencapai sesuatu yang diimpikan. Wawasan 2020 adalah
merupakan landasan terbaik dalam mengembangkan ekonomi negara ke peringkat global
yang lebih mendatangkan keuntungan dan peluang kepada seluruh masyarakat.
1.1 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini terdapat pelbagai modul yang disediakan untuk pelajar bagi
memudahkan mereka mendalami sesuatu subjek yang dipelajari. Terdapat pelbagai
modul di pasaran bagi setiap subjek yang diajar di sekolah, namun tidak bagi mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Pemahaman tentang konsep Lukisan Kejuruteraan ini
adalah amat penting bagi menyediakan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Tinjauan
yang dilakukan di kebanyakkan kedai-kedai buku mendapati bahawa bahan pengajaran
dan pembelajaran yang terdapat di pasaran adalah terlalu kompleks dan merangkumi
keseluruhan tajuk yang perlu dipelajari.
3
Pelajar sebenarnya boleh dibezakan kepada pelbagai tahap antaranya seperti
lemah, sederhana dan pandai. Pelajar yang lemah dan sederhana adalah merupakan
halangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah merupakan
individu yang dapat mengetahui keadaan ini dan mampu membantu mereka ini dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hal ini demikian kerana pelajar perlu dilatih
mempelajari sesuatu konsep, prinsip, fakta, kemahiran, nilai, dan sebagainya secara
”hands-on” dengan melibatkan proses mengukur, merekod, menyusun, menganalisis
dan menilai data serta maklumat yang dikumpul dengan kaedah sistematik (Hwang,
2000).
Salah satu kaedah yang dianggap sesuai bagi mengatasi masalah perbezaan
individu ini ialah dengan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
berturutan dalam bentuk MPK atau dikenali sebagai modul (Shaharom & Yap, 1992).
Melalui modul ini, ianya dapat memberi kepuasan kepada pelajar dalam menyelesaikan
sesuatu masalah mengikut kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Sekiranya MPK
diolah dengan baik, ianya mampu membantu pelajar menguasai setiap aspek
pembelajaran yang dipelajari di sekolah.
Pengajaran yang efektif atau berkesan boleh dirumuskan sebagai satu sistem aktiviti
pengajaran yang dapat mencapai hasil pembelajaran mengikut objektifnya dalam
suasana sihat, menarik, seronok, bersemangat, demokratik, tenang dan berdisiplin (Mok
Soon Sang, 1991).
Selain daripada itu, kebanyakkan modul yang terdapat di pasaran
kebanyakkannya teksnya lebih menerangkan tentang keseluruhan tajuk tanpa perincian
pada sesuau tajuk sahaja. Ini akan menyebabkan pelajar berasa terbeban dan malas untuk
menggunakannya. Penerangan yang terlalu meleret dan berpanjangan juga boleh
menghilangkan keinginan belajar pelajar.
4
Penekanan kepada bahagian penerangan sahaja membuatkan pelajar lebih
bersifat menerima, tidak perlu berfikir dengan lebih mendalam lagi dan ini
menyebabkan proses pembelajaran berasaskan penyiasatan idak berlaku ( Ch’ng, 2000).
Selain daripada itu, menurut Romey (1968) pula, terdapat pelbagai kategori dalam
menilai teks iaitu:
1. Kenyataan fakta
2. Kesimpulan atau Genralisasi
3. Takrifan
4. Soalan yang dikemukakan ada jawapan di dalam teks
5. Soalan yang perlu pelajar menganalisis data
6. Kenyataan yang memerlukan pelajar membuat kesimpulan sendiri
7. Arahan yang memberitahu pelajar supaya melakukan dan menganalisis sesuatu
aktiviti atau kenyataan yang berbentuk masalah yang akan diselesaikan oleh
pelajar.
8. Soalan yang dikemukakan untuk menaikkan minat pelajar tetapi tidak terdapat
jawapan segera dalam teks.
Ini jelas menunjukkan bahawa teks yang digunakan adalah sangat penting dalam
memberi kefahaman kepada pelajar.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan berdasarkan masalah yang dinyatakan oleh penyelidik
dengan membina satu MPK yang selaras dengan Huraian Sukatan mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan Empat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003) iaitu:
MPK 1 : Pandangan Tambahan
5
Selain daripada itu, kajian yang dilakukan ini juga adalah bertujuan bagi menilai
sama ada MPK yang dibina sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran tambahan untuk pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan ini.
1.3 Objektif Kajian
Dalam bahagian ini, penyelidik akan menyatakan objektif-objektif yang ingin
dicapai sepanjang kajian ini dijalankan yang merangkumi:
1. Membina satu Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Lukisan Kejuruteraan iaitu:
MPK 1 : Pandangan Tambahan
2. Menilai sama ada MPK Lukisan Kejuruteraan yang dibina sesuai untuk palajar
Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
3. Membandingkan kesesuaian MPK yang dibina untuk pelajar Tingkatan Empat
yang mengambil Lukisan Kejuruteraan oleh guru merentas pengalaman
mengajar.
1.4 Persoalan Kajian
1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh guru ke atas MPK
Lukisan Kejuruteraan (MPK 1 : Pandangan Tambahan) menunjukkan bahawa ia
sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan untuk pelajar tingkatan empat?
6
2. Adakah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas MPK
Lukisan kejuruteraan (MPK 1 : Pandangan Tambahan) menunjukkan bahawa ia
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan untuk pelajar tingkatan empat?
3. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam PFSS oleh guru terhadap
MPK Lukisan Kejuruteraan (MPK 1 : Pandangan Tambahan) yang dibina
merentas pengalaman mengajar?
4. Adakah terdapat perbezaan status kesesuaian dalam PFKK oleh guru terhadap
MPK Lukisan Kejuruteraan (MPK 1 : Pandangan Tambahan) yang dibina
merentas pengalaman mengajar?
1.5 Rangka Kerja Konsep
Bahan P & P
MPK 1 Pandangan Tambahan
Mutu MPK Kesesuaian
HASIL
Rajah 1.1: Rangka Kerja Konsep (Shaharom, 1994)
7
Rajah 1.1 adalah merupakan rangka kerja yang akan digunakan oleh penyelidik
dalam penghasilan MPK yang sesuai, bermutu dan berkualiti untuk digunakan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk modul.
Alat kajian yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik yang dikenali
sebagai soal selidik kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) (Guru) ( Shaharom,
1994). Kesesuaian MPK akan diukur menerusi Penilaian Formatif iaitu Penilaian
Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK).
1.6 Kepentingan Kajian
Penghasilan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dapat memberi manfaat kepada
guru dan pelajar untuk lebih memahami Lukisan Kejuruteraan melalui satu panduan
yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.
MPK amat sesuai digunakan walaupun tanpa ketiadaan guru. Pelajar boleh
memilih cara pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka dan meneruskan proses
pembelajaran mengikut kecepatan diri masing-masing (Azizan, 1998).
1.6.1 Guru
Terbinanya MPK ini diharapkan dapat membantu guru dalam meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang diajar kepada pelajar. Oleh yang
demikian, dengan memperluaskan lagi penggunaan MPK sebagai satu bahan pengajaran
maka, MPK dapat menambahkan lagi bahan-bahan guru pelatih dan pensyarah
(Shaharom Noordin & Yap, 1993).
8
1.6.2 Pelajar
Melalui MPK Lukisan Kejuruteraan ini, ianya akan dapat membantu dalam
menanamkan minat pelajar kepada mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan disamping
menggalakkan mereka untuk aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Pelajar boleh menggunakan MPK ini mengikut tahap kecepatan atau kemampuan
dan kkefahaman diri mereka sendiri. Konsep kecepatan ini penting berdasarkan pada
kadar yang sama dan mereka sebenarnya tidak mempunyai tahap kesediaan untuk
belajar pada masa yang sama (Burns, 1972).
1.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia
Pembinaan MPK ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada KPM untuk
menjadikan modul ini sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di
sekolah dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam setiap mta pelajaran.
Penilaian dan pembinaan MPK yang amat menekankan aspek mutu ini
diharapkan dapat menyumbang ke arah peningkatan bilangan pembelajaran yang
bermutu dan mampu memberikan kesan pembelajaran yang maksimum kepada pelajar
(Salfarina Sani, 2002).
9
1.7 Batasan Kajian
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) yang dihasilkan adalah meliputi 1 tajuk utama
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi Tingkatan 4 dalam sukatan pelajaran
yang telah dipilih iaitu:
MPK 1 : Pandangan Tambahan
MPK ini akan melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif
Satu Dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Penilaian ini
akan dinilai oleh guru yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah
menengah di daerah Johor Bahru.
1.8 Takrifan Istilah
Dalam penghasilan modul ini, setiap perkataan yang terdapat pada tajuk modul
mempunyai definisi yang tersendiri supaya pengguna ianya lebih mudah untuk
memahaminya.
1.8.1 Pembinaan
Penghasilan sesuatu benda atau perkara yang melalui penjanaan idea yang telah
dilakukan dan dalam konteks ini merujuk kepada proses mereka bentuk MPK
berdasarkan Model Teras Cabang (Shaharom Noordin, 1994).
10
1.8.2 Kesesuaian
Ketepatan atau kebolehgunaan yang merujuk kepada keseluruhan isi kandungan
yang terdapat di dalam MPK yang dihasilkan.
1.8.3 Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
Menurut Kamdi Kamil (1990),
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah merupakan sejenis bahan pengajaran yang
khusus bagi sesuatu topik dalam mata pelajaran tertentu. Bahan dalam MPK ini, boleh
berdiri sendiri (self contain). Ini seterusnya dapat membantu pelajar untuk belajar
sendiri melaluinya. Sesuatu pakej pengajaran pembelajaran atau pukal belajar sendiri
yang lengkap mengandungi komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti
objektif, bahan dan aktiviti pembelajaran, aktiviti penilaian serta arahan dan tatacara
yang sistematik supaya murid-murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai
sesuatu unit pembelajaran dan menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara
individu.
1.8.4 Lukisan Kejuruteraan
Meliputi garisan-garisan daripada pensil dan dakwat yang menggunakan peralatan
lukisan dan merupakan gambaran sebenar sesuatu objek secara terperinci disertakan
ukuran-ukuran dari pelbagai arah.
(Md. Nasir, 1991)
11
1.8.5 Pandangan Tambahan
Merupakan bab yang ke tujuh di dalam huraian sukatan pelajaran tingkatan empat.
Pandangan tambahan ialah lukisan yang berkaitan dengan lukisan ortografik. Ianya
dapat menggambarkan bentuk gambaran sesuatu objek dan dapat memudahkan untuk
mendapatkan gambaran rupa keseluruhan sesuatu objek.
( Integrated Curriculum for Secondary Schools Engineering Drawing Form 4, 2005)
1.9 Kesimpulan
Berdasarkan takrifan yang telah dilakukan jelaslah bahawa kajian yang dilakukan
adalah berkaitan dengan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 dan tajuk yang telah dipilih ialah Lukisan Tambahan.
Pembinaan modul ini adalah bertepatan dalam usaha membantu para pelajar
memahami dan menguasai dengan lebih terperinci dan tajuk dalam Lukisan
Kejuruteraan Tingkatan Empat ini.