i
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya, MOHD KHAIRUL NAZMI BIN ABDUL RAJAB (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT TERHAD TIDAK TERHAD
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap Lot 819, EN. MUHAMAD HAFIZ BIN ISMAIL
Kampung Keluat,
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim
Tarikh : 3 APRIL 2008 Tarikh : 2 MEI 2008
PENILAIAN TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL
BERASASKAN KESIHATAN BAGI ATLET BOLA TAMPAR
SUKMA 2008.
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√
i
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : En. Muhamad Hafiz Bin Ismail.
Tarikh : 2 MEI 2008
i
PENILAIAN TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN KESIHATAN BAGI ATLET BOLA TAMPAR SUKMA 2008
MOHD KHAIRUL NAZMI BIN ABDUL RAJAB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………. Nama Penulis : MOHD KHAIRUL NAZMI B. ABD RAJAB
Tarikh : 3 APRIL, 2008
iii
DEDIKASI
Buat Keluarga Tersayang
Bonda Maimunah Binti Harun
Kekanda-kekanda
Nor Rizan Rosmawati R. Suzana
Ellme Rosnita
Adinda-adinda
Mohd Amir Izzuddin
Nor Athira Amirul haziq
Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
yang banyak Membantu Terutamanya kepada En. Mohamad Hafiz Bin Ismail
Rakan-rakan seperjuangan seperjuangan
Pelajar Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)
Serta Insan Teristimewa
Rosmalini Bt Hassan
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…………………….
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana telah melimpahkan kurniaNya dapat
penyelidik menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir
kursus sebelum menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah
Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat
pensyarah pembimbing En. Muhamad Hafiz Bin Ismail di atas bimbingan dan tunjuk
ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pelajar-pelajar Sains Sukan, UTM
yang memberikan kerjasama dan komitmen kepada penyelidik terutamanya kepada
rakan-rakan seperjuangan kemasukan 2003/2004.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu bapa dan adik beradik tersayang yang
sentiasa memberikan sokonngan kepada penyelidik. Tidak lupa pada insan teristimewa,
Rosmalini kerana sentiasa disisi.
Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima kasih
v
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mengukur tahap Kecergasan Fizikal
Berasaskan Kesihatan bagi atlet bola tampar SUKMA 2008. Pengukuran dilakukan
berdasarkan empat komponen Kecergsan Fizikal Berasaskan Kesihatan iaitu tahap
kekuatan otot, daya tahan otot, kelembutan, dan daya tahan kardiovaskular. Antara ujian
yang dilakukan adalah Ujian PACER (Multistage Fittness Test), Ujian Push Up, Ujian
Sit & Reach, dan Ujian Endurance Crunch. Seramai 15 orang pemain bola tampar
terdiri daripada 6 lelaki dan 9 wanita dari MSNJ yang akan menyertai pertandingan
SUKMA 2008 dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Kajian yang dilakukan ini adalah
berbentuk eksperimental dimana dua kali pengujian dilakukan iaitu ujian pre dan ujian
post. Data yang diperolehi hasil daripada kajian yang dilakukan dianalisis menggunakan
perisian Microsoft Excell 2003 dan Statistical Packages For Social Science (SPSS 13.0)
untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan atau tidak antara ujian pre
dan ujian post. Hasil analisis ujian-t bagi atlet wanita bagi empat komponen tersebut
iaitu ujian Multi-Stage p =0.046, Ujian Push Up p=0.025, Ujian Sit & Reach p=0.043
dan Ujian Endurance Crunch p=0.001 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara ujian pre dan ujian post dengan nilai p<0.05. Dengan ini hipotesis nol pertama
hingga keempat ditolak. Manakala analisis ujian-t bagi atlet lelaki pula dua komponen
kecergasan iaitu Ujian Multi-Stage p=0.003 dan Ujian Push Up p=0.043 menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan iaitu nilai p<0.05. Hipotesis nol kelima dan ketujuh
juga ditolak. Manakala analisis ujian-t bagi Ujian Sit & Reach p=0.111 dan Ujian
Endurance Crunch p=0.516 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
iaitu nilai p>0.05. Oleh itu hipotesis null keenam dan kelapan diterima.
vi
ABSTRACT
The research conducted in order to measure the level of Physical Fitness Based
on Health for volleyball athletes SUKMA 2008. The measurement done based on four
components such as the level of muscle strength, muscle endurance, flexibility, and
cardiovascular endurance. The test that has done were PACER Test (Multistage Fitness
Test), Push Up Test, Sit & Reach Test, and Endurance Crunch Test. Fifteen volleyball
athletes included 6 males and 9 females from MSNJ who will participate in SUKMA
2008 were selected as subject in this research. The research was patterning such
experimental which two times of testing had done such as pre test and post test. The
data obtained from research were analyzed using Microsoft Excel 2003 Programming
and Statistical Packages for Social Science (SPSS 13.0) to see whether there has
significant difference or not between pre test and post test. The analysis’s result of t-test
for female athletes for that four components which were Multi Stage Test p= 0.046,
Push Up Test p= 0.025, Sit & Reach Test p= 0.043 and lastly Endurance Crunch Test p=
0.001 had shown a significant difference between pre test and post test with the value of
p< 0.05. This result showed that the first to fourth null hypotheses rejected. The
analysis of t-test for male athletes included two components which were Multi Stage
Test p= 0.003 and Push Up Test p= 0.043 shown that there have a significant difference
with the value of p< 0.05 thus the null hypothesis for fifth and seventh also were
rejected. While the analysis of t-test for Sit and Reach test p= 0.111 and Endurance
Crunch Test p= 0.516 shown that there has no significant difference which was the value
of p> 0.05. Thus, the null hypothesis for sixth and eighth times was accepted.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Skop kajian 6
1.6 Hipotesis kajian 7
1.7 Kepentingan kajian 9
1.8 Definisi Operasional 11
viii
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kajian Berkaitan kecergasan 16
2.2.1 Daya tahan otot 16
2.2.2 Kekuatan otot 18
2.2.3 Kelembutan/fleksibiliti 19
2.2.4 Daya tahan kardiovaskular 20
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka bentuk kajian 21
3.3 Sampel Kajian 23
3.4 Tempat Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Prosedur Kajian 25
3.6.1 Prosedur Ujian Push Up 25
3.6.2 Prosedur Ujian PACER 26
3.6.3 Prosedur Ujian endurance Crunch 28
3.6.4 Prosedur Ujian sit & reach 30
3.7 Tatacara Pengumpulan Data 31
3.8 Penganalisisan Data 31
4 DAPATAN KAJIAN & ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Diskriptif 33
4.3 Analisis Inferensi 45
4.4 Kesimpulan 61
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Perbincangan 62
5.2 kesimpulan 67
ix
5.3 Masalah Yang Dihadapi 68
5.4 Cadangan 69
5.4.1 Bilangan Subjek Dan Jantina 69
5.4.2 Pemilihan Tempat Kajian 69
5.4.3 Aspek Kecergasan dan Pemakanan 70
5.4.4 Emosi Subjek 70
5.4.5 Jangkamasa Dan Kekerapan Ujian 70
5.5 Penutup 71
BIBILIOGRAFI 72
LAMPIRAN 74
x
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Kebenaran Menggunakan Atlet
Sebagai Subjek Kajian 75
B Surat Perlantikan Sebagai Sampel 76
C Surat Perjanjian 77
D Skor Keputusan Ujian 78
E Skala Nilai genting Ujian-t 79
F Borang Skor 80
xi
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.2.1a Data ujian pre dan post atlit wanita
ujian multi stage. 34
4.2.1b Data ujian pre dan post atlit lelaki
ujian multi stage. 35
4.2.2a Data ujian pre dan post atlit wanita
ujian push up. 37
4.2.2b Data ujian pre dan post atlit lelaki
ujian push up. 38
4.2.3a Data ujian pre dan post atlit wanita
ujian sit & reach. 40
4.2.3b Data ujian pre dan post atlit lelaki
ujian sit & reach. 41
4.2.4a Data ujian pre dan post atlet wanita
xii
Ujian endurance crunch . 43
4.2.4b Data ujian pre dan post atlit wanita
ujian endurance crunch. 44
4.3.1a Lengkungan taburan multi stage wanita. 46
4.3.1b Lengkungan Taburan multi stage lelaki 48
4.3.2a Lengkungan Taburan push up wanita 50
4.3.2b Lengkungan Taburan push up lelaki 52
4.3.3a Lengkungan Taburan sit & reach wanita 54
4.3.3b Lengkungan Taburan sit &reach lelaki 56
4.3.4a Lengkungan Taburan endurance crunch
Atlit Wanita 58
4.3.4b Lengkungan Taburan endurance crunch
Atlit Lelaki 60
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.2.1 Norma Skor ujian Multi-Stage 20
4.2.1.1 Data ujian multi stage atlit 35
4.2.2 Norma Skor Ujian push up 37
4.2.2.1 Data Ujian push up 38
4.2.3 Norma Skor sit & reach 40
4.2.3.1 Data Ujian sit & reach 41
4.2.4 Norma Skor Ujian endurance crunch 43
4.2.4.1 Data Ujian endurance crunch 44
4.3.1a Analisis Ujian-t Bagi Ujian multi-stage
Atlit Wanita 46
xiv
4.3.1b Analisis Ujian-t Bagi Ujian multi-stage
Atlit Lelaki 48
4.3.2a Analisis Ujian-t bagi Ujian push up
Atlit Wanita 50
4.3.2b Analisis Ujian-t bagi Ujian push up
Atlit Lelaki 52
4.3.3a Analisis Ujian-t Bagi Ujian sit & reach
AtlitWanita 54
4.3.3b Analisis Ujian-t Bagi Ujian sit & each
Atlit Lelaki 56
4.3.4a Analisis Ujian-t bagi Ujian endurance crunch
atlit wanita. 58
4.3.4b Analisis Ujian-t bagi Ujian endurance crunch
Atlit lelaki 60
xv
PENILAIAN TAHAP PRESTASI KECERGASAN FIZIKAL
BERASASKAN KESIHATAN BAGI ATLET BOLA TAMPAR
SUKMA JOHOR 2008
MOHD KHAIRUL NAZMI B. ABDUL RAJAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Walaupun asal usul permainan bola tampar tidak jelas, ia telah menjadi
pendebatan yang hangat. Permainan yang hampir sama dengan bola tampar telah
dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah dan Selatan serta di Asia
Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya sport and games telah melaporkan
bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada Fraust Ball yang
diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. begitu juga dengan permainan Minton yang
dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun 1895. kedua-dua
permainan tersebut mempunyai ciri yang hampir sama dengan bola tampar.
Sejarah bola tampar di malaysia pula mula popular di Pulau Pinang dan Selangor
pada masa yang lebih kurang sama. Di Pulau Pinang, permainan ini telah di
perkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan,
Shanghai. Pasukan mekanik Pulau Pinang merupakan pasukan bola tampar pertama
ditubuhkan di sekitar tahun 1926/27. Di Selangor pula, pertandingan Liga Bola Tampar
Selangor diadakan pada tahun 1927. Ia melibatkan penyertaan pasukan-pasukan dari
Klang dan Kuala Lumpur termasuklah pasukan A.C.S.
Kekuatan merupakan faktor yang paling penting dalam prestasi kemahiran
fizikal (Johnson & Nelson, 1986). Pengekalan tahap kekuatan yang secukupnya adalah
2
penting memberi sumbangan terhadap kecergasan dan kekuatan untuk seseorang atlet.
Pencapaian prestasi yang tinggi bagi seseorang atlet bola tampar bergantung kepada
kekuatan fizikal yang dimiliki dan diantaranya ialah Daya tahan Kardiovaskular, daya
tahan otot, kekuatan otot, masa reaksi, ketangkasan dan lain-lain lagi. Setiap perlakuan
sama ada larian, lompatan, pukulan dan pergerakan anaerobik yang lain memerlukan
tahap kekuatan tertentu untuk mengatasi sebarang rintangan sama ada dari luaran atau
dalaman seseorang pemain. Keperluan terhadap tahap kekuatan ini adalah untuk
menghasilkan satu pencapaian yang optimum.
Namun begitu, dengan kekuatan yang sedia ada belum cukup untuk membantu
seseorang individu ataupun atlit itu cergas. Kini kesedaran untuk mempertingkatkan
tahap kecergasan mula mendapat perhatian di Malaysia. Ramai dikalangan kita telah
mula menunjukkan minat dalam gaya hidup sihat tidak kira tua mahupun muda. Ini
disebabkan kecergasan adalah aspek penting dalam kehidupan setiap manusia. Ianya
dapat mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan
diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan dalam sukan.
Banyak kepentingan yang diperolehi daripada aspek kecergasan untuk kesihatan
diri seperti merendahkan kadar peratusan lemak dalam badan, tekanan darah,
mengurangkan risiko terhadap penyakit, dan sebagainya. Keseluruhannya, kecergasan
bukan sahaja berfungsi untuk meningkatkan prestasi malah untuk menghindarkan diri
daripada penyakit dan juga kecederaan.
Kecergasan fizikal adalah keupayaan seseorang individu untuk melakukan kerja-
kerja fizikal dengan lebih berkesan dan cekap tanpa merasa lesu di samping mempunyai
tenaga lebihan untuk tujuan-tujuan kesenggangan atau kecemasan. Seseorang atlet itu
memerlukan kecergasan yang lebih dari orang biasa. Kecergasan seseorang itu berbeza
antara satu sama lain mengikut aktiviti yang dilakukan. Menurut Clarke (1979),
Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat telah mentakrifkan bahawa kecergasan
fizikal adalah keupayaan seseorang individu untuk melaksanakan tugas harian dengan
3
cekap dan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang
mencukupi untuk aktiviti riadah.
Dengan komponen-komponen yang dinyatakan di atas ianya masih belum
mencukupi kerana walaupun dengan mempunyai otot-otot yang kuat tetapi tidak
mempunyai kecergasan yang maksima maka ianya boleh dikatakan tidak cergas.
Menurut Gorbin & Lindsey (1994), Kecergasan Fizikal didefinisikan sebagai keupayaan
keseluruhan organisma badan manusia untuk berfungsi dengan cekap dan berkesan.
Kecergasan Fizikal sewajarnya mengandungi 11 komponen yang dapat memberi
sumbangan terhadap kebolehan seseorang bekerja dengan berkesan menikmati masa
riadah, menjadi sihat menentang penyakit dan menghadapi keadaan kecemasan.
Dalam semua sukan yang dimainkan, secara umumnya kita mengetahui bahawa
kesemua sukan ini merupakan acara sukan yang dikatakan menggunakan Daya Tahan
Otot yang maksima, (Steindler 1935). Ianya bukan sahaja dapat dilihat melalui
permainannya malah melalui corak latihan yang diketengahkan oleh seseorang jurulatih
untuk para pemainnya. Untuk melakukan atau menjalani sesuatu latihan secara
sistematik terlebih dahulu kita hendaklah mengenalpasti tahap kemampuan seseorang
pemain dari segi aspek keupayaan mereka melalui komponen-komponen asas yang
mana otot-otot utama yang terlibat pada diri mereka. Sebagai contohnya sukan bola
tampar, atlet memerlukan kekuatan yang lebih pada otot dibahagaian atas badan (upper-
body) seperti otot teras (abdominal), otot lengan bicep dan tricep, dan juga bahagian otot
bahu (deltoid). Manakala dibahagian bawah badan (lower-body) pula ialah seperti otot
gastrocnemius, kuadricep, dan hamstring juga penting untuk mengawal pergerakan.
Komponen-komponen ini adalah sangat penting kepada seseorang pemain bola
tampar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap prestasi pemain bola tampar
barasaskan kecergasan fizikal. Pemain tersebut perlu menjalani beberapa ujian fizikal
yang akan ditetapkan.
4
1.2 Penyataan Masalah
Kecergasan fizikal amat diperlukan dalam semua sukan khususnya permainan
bola tampar. Kecergasan fizikal seseorang atlet itu dapat dilihat melalui pencapaian dan
tahap prestasi mereka dalam sesuatu permainan yang diadakan. Walaubagaimanapun,
terdapat perbezaan kecergasan antara pemain-pemain bola tampar ini. Ini kerana
perbezaan tahap kekuatan dan kecergasan seseorang dapat dilihat melalui umur, saiz
badan iaitu tinggi dan berat, latihan dan persekitaran.
Oleh yang demikian, diharap dengan kajian bakal dijalankan ini sedikit sebanyak
dapat membantu untuk mengenalpasti kaedah terbaik untuk dijadikan rujukan atau
program latihan kepada jurulatih ataupun para guru untuk meningkatkan tahap pestasi
pemain bola tampar.
5
1.3 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
dan menganalisa maklumat-maklumat baru dan menganalisis data yang diperolehi
daripada pengujian yang dijalankan. Selain itu juga dapat memperbaiki kelemahan
kelemahan latihan dan memperbaiki tahap pencapaian pada masa akan datang.
Antara sumbangan lain juga adalah untuk;
1.3.1. Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap prestasi berasaskan kecergasan fizikal
pemain bola tampar SUKMA 2008.
1.3.2. Selain itu penyelidik mahu melihat sama ada terdapat peningkatan atau
penurunan prestasi atlet menjelang SUKMA 2008.
1.3.3. Pengujian ini juga untuk melihat keberkesanan program yang telah dirancang
dan sebagai panduan kepada program yang akan datang.
6
1.4 Persoalan Kajian.
1.4.1. Adakah ujian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan ini dapat meningkatkan
lagi pencapaian atlit bola tampar menjelang SUKMA 2008.
1.4.2. Sejauhmanakah tahap pencapaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlit
Bola tampar ini menjelang SUKMA 2008.
1.4.3. Adakah ujian kecergasan fizikal ini dapat mencapai tahap yang diingini oleh
jurulatih dan persatuan menjelang SUKMA 2008.