Download - Budaya korporat jun 2010
Dr.Hj. Ahmad Bin Hj. AbangK.M.N., A.M.N., DDPH(Sydney),B.D.S (Malaya)
Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian
Bahagian Perkhidmatan Pergigian
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAHTAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH
Sperm & ovum
After 30 hours of conception
8 Minggu
18 Minggu
24 Minggu
29 – 32 Minggu
38 – 40 Minggu
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya
kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat kepada mereka; bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.
Amanah Allah S.W.T. kepada umat yang terbaik :
Kamu adalah umat yang paling baik yang dilahirkan untuk faedah manusia, menyuruh mengerjakan yang benar dan melarang membuat yang salah, serta beriman kepada Allah.
(Al-Quran 3:110)
BUDAYA KORPORAT
PERKHIDMATAN AWAM
Apa bezanya perkhidmatan yang diberikan oleh KKM dengan Kementerian lain?
PERKHIDMATAN BERPUSATKAN PESAKIT
(PATIENT CENTRED SERVICE)
INFRASTUKTUR : UJIAN MAKMAL, FARMASI, PERKHIDMATAN RADIOLOGI
KEMAHIRAN PELBAGAI KEBOLEHAN UNTUK MEMBERI RAWATAN
ASAS PENCAPAIAN HASIL RAWATAN
PERUBAHAN MINDA
&SIKAP SEMUA
ANGGOTA
MALAYSIANS ARE ALWAYS FRIENDLY,
ALWAYS SMILING !!!
KEBUDAYAAN
Keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)
Kamus Dewan
“BUDAYA”
Tamadun, peradaban
Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb)
Kamus Dewan
“KORPORAT”
Perkongsian (sharing)
Syarikat / Organisasi
BUDAYA KORPORAT
Budaya Korporat bermaksud satu pembentukan amalan dan perlakuan yang berasaskan kepada nilai-nilai bermakna dan komited terhadap objektif Kementerian
BUDAYA KORPORAT(CORPORATE CULTURE)
Boleh juga dikenali sebagai
“BUDAYA KERJA” (“WORK CULTURE”) Lebih senang diterima dan difahami
LATAR BELAKANG Initiatif Budaya Kerja KKM bermula pada
tahun 1991
Jawatankuasa Kerja telah memutuskan untuk mendalami ciri-ciri berasaskan 3 Nilai-nilai Utama / ‘Core Values’
Majlis Perasmian Penerapan Budaya Korporat – 23 Februari 2009
Nilai-Nilai Teras Budaya Korporat
Perkhidmatan Penyayang
Profesionalisme
Kerja Berpasukan
PERKHIDMATAN PENYAYANG
Corak perkhidmatan penyayang yang ingin diwujudkan di Kementerian ini adalah berteraskan kepada 3 unsur
1. Bersopan Santun2. Responsif3. Menghormati
PERKHIDMATAN PENYAYANG
1. Bersopan Santun
Amalan dan perlakuan bersopan santun bermakna mereka yang sentiasa berbudi bahasa, mempunyai perasaan timbangrasa dan sentiasa murah hati untuk menghulurkan pertolongan(sedia membantu) kepada insan lain, sama ada rakan sejawat atau pun pelanggan
BERBUDI BAHASA
Tenang, peramah dan mudah tersenyum Bermula dengan senyuman
ikhlas, tumpuan terhadap pelanggan Melayan dengan lemah lembut,
mesra dan bertutur dengan baikPerasaan anda.Penampilan anda.Perwatakan anda.Cara anda dibesarkan.Jangan terbawa-terbawa perangai tidak baik.Suasana di rumah tidak sama dengan tempat kerja.
A Smile….
“Senyuman itu adalah penawar”
“Senyuman itu suatu amal jariah”
“Senyuman itu adalah suatu sedekah”
A Smile
“A smile speaks a thousand words”
A Kind Word
“Words are all I have, to take your heart away”
Bee Gees 70s
BERTIMBANG RASA
Prihatin terhadap keselesaan dan kesejahteraan orang lain.
Selalunya tidak mendesak dan juga penyabar
Double standard. Pelanggan=Pesakit- Menanggung kesakitan- Menanggung kerisauan / resah- Menanggung keluarga- Beban kerja
Orang tidak suka menunggu!!!
SEDIA MEMBANTU
Kesediaan menghulur pertolongan kepada sesiapa walau dimana tanpa diminta.
Ikhlas dan penuh mesra.
Udang sebalik batu.Harapan mesti balas.Berkira.Tangan yang menghulur lebih baik dari yang menerima
PERKHIDMATAN PENYAYANG
2. Responsif
Memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan, bertindak secara cepat dan tepat demi untuk kepentingan pelanggan
(Proaktif, Bertindak Pantas & Ketepatan Masa)
PROAKTIF
Dapat menjangka apa yang diperlukan oleh orang lain dan mengambil inisiatif untuk memberi perkidmatan yang diperlukan atau menyelesai masalah yang mungkin timbul.
Tidak perlu tunggu arahan.Seorang yang reaktif hanya akan bertindak apabila sesuatu telah berlaku.
BERTINDAK DENGAN PANTAS
Bertindak segeradengan cekap dalam semua keadaan semasa memberi perkhidmatan atau apabila berlaku sesuatu.
Keadaan cemas.Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran.Ingin tahu.Mengambil tindakan bergantung kepada situasi Kemampuan anda.
KETEPATAN MASA
Mengikut jadual yang telah ditetapkan
On-time: perancanganFirst things firstOrganiser/planner
Tepati temujanji dan
membuat persediaan
PERKHIDMATAN PENYAYANG
3. Hormat Menghormati
Amalan hormat menghormati ini bermaksud kita berinteraksi secara jujur, mulia dan tidak menjatuhkan maruah orang lain atau membuatkan orang lain merasa malu
HORMATI PRIVASI ORANG LAIN
Hormati hal-hal peribadi.
Semua manusia ada
perasaan malu.
“Respect human dignity”
Tirai.
Ditemani semasa
pemeriksaan.
HORMATI RAHSIA ORANG LAIN
Perihal pesakit harus dirahsiakan.
HIV, STI
Sesama rakan sepejabat.
ETIKET SOSIAL
Cara berinteraksi dengan orang lain
secara hormat.
Cara memanggil pelanggan.
Cara menjawab pertanyaan.
Berikan ucapan yang
bersesuaian.
Komunikasi Positif
Komunikasi antara individu:
C : Clarify your thinking
O : Obtain favourable attention
M : Make it simple and specific
M : Make effective use of feedback
U : Use “your” appeal
N : Note social climate and specific situation
I : Include benefits to the receiver
C: Consider tone as well as contentA: Always plan mental pictures as social
imagesT: Talk only in positive terms I : Impress, repeat, associate to get retentionO : Offer and earn liking and respectN : Nullify barriers to transmission and
reception.
Komunikasi Positif
Nilai teras Penyayang
Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian.
Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu.
Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
PROFESIONALISME
Melakukan sesuatu tugas dengan penuh komitmen, displin dan dengan cara yang terbaik mengikut etika dan taraf kerja yang dikehendaki
DEFINISI
Profesion Pekerjaan terutama yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas
ProfessionalismeSifat sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dll.) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.
(Kamus Dewan)
• Komitmen
• Displin
• Cara yang terbaik
• Etika kerja
• Taraf kerja
Seseorang itu boleh dianggap profesional apabila beliau KOMITED terhadap kerjanya dan sentiasa MENDISIPLINKAN dirinya. Kerja yang dilakukan mempunyai TARAF kualiti yang tinggi, menggunakan CARA YANG TERBAIK yang menjimatkan kos, masa dan tenaga tanpa membelakangi ETIKA yang telah ditetapkan dan bersesuaian.
Kesungguhan dan keyakinan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
Sesorang yang komited itu selalunya mempunyai ciri-ciri tersebut :
• Kesungguhan menjalankan tugas ( ketekunan dan dedikasi )
• Keyakinan dalam melaksanakan tugas ( tidak perlu diselia atau meminta bantuan )
• Proaktif ( kebolehan menjangka dan mengambil langkah awalan )
Komitmen boleh dipupuk melalui:
• Komunikasi berkesan
• Empowerment
• Mempastikan perkembangan anggota
• Memberi pengiktirafan yang bersesuaian dan
• Mempastikan persekitaran tempat kerja yang kondusif
Mengikut peraturan kerja
Tujuan disiplin adalah untuk mengawal kelakuan kakitangan awam supaya sempurna dan bersesuaian dengan kedudukan penting mereka dalam masyarakat. Imej perkhidmatan terletak pada tahap disiplin yang dipamerkan oleh anggotanya. Disiplin yang perlu dipatuhi oleh anggota perkhidmatan awam termaktub dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dibawah BAB D – PERATURAN – PERATURAN PEGAWAI AWAM ( KELAKUAN DAN TATATERTIB )
Peraturan-peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib)
Tatakelakuan Yang Perlu Diikuti
4(2)(a) Tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendirian.
4(2)(d) Tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara
hingga memburukkan nama perkhidmatan awam;
4(2)(e) Tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha
(lemah dalam daya pemikiran; malas atau cuai)
4(2)(i) Tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang disifatkan sebagai
ingkar perintah.
Perkara-perkara Yang Perlu Diikuti
Peraturan Perkara 6 Pakaian (memakai pakaian yang
ditetapkan oleh kerajaan) 7 Menyalahguna Dadah 8 Hadiah – memberi atau menerima10 Pemunyaan Harta (membuat pengisytiharaan harta kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.12 Meminjam wang (menjadi penjamin)23 Tidak hadir bertugas (tidak boleh tidak
hadir bertugas tanpa cuti/tanpa kebenaran/tanpa sebab yang munasabah.
Melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan dan efisien.
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Elemen yang penting untuk memperolehi cara terbaik dalam melakukan sesuatu perkerjaan ialah ILMU PENGETAHUAN dan KEMAHIRAN. Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat menjiwai kerja yang sedang dibuatnya. Kita perlu tahu mengapa kita melakukan sesuatu pekerjaan itu (bukan seperti robot)Kemahiran akan hanya dapat didalami apabila seseorang itu mula bekerja selepas mendapat ilmu. Pengetahuan dan kemahiran perlu dipratikkan jika tidak ianya tidak berguna. Ilmu ini akan lebih bermakna jika iajuga diajar kepada rakan dan orang lain. Melbatkan diri dalam aktiviti jabatan seperti AJK Hari Q, KMK , Klab Sukan dan Sosial boleh meningkat ilmu dan kemahiran seseorang
Eh..betul ke Doktor ni? Mulut tak tutup, sarung
tangan tak pakai!!!
Tanggungjawab & tingkah laku anggota
Definisi EtikaTanggungjawab dan tingkah laku seseorang terhadap masyarakat.
Di dalam pembentukan etika, terdapat tiga unsur utama yang diperlukan:
• Nilai - sifat ( attribute ) yakni sesuatu objek diberikan sifat dan kedudukan tertentu untuk menyatakan nilai yang tinggi terhadapnya.
•Norma – peraturan-peraturan praktis yang dicipta dan diterima oleh masyarakat, yang mengawal tatakelakuan masyarakat tersebut.
•Sikap – keadaan kesediaan seseorang yang bersifat mental dan saraf untuk bertindak terhadap sesuatu objek atau suasana tertentu, yang
terbentuk melalui pengalaman dan mempengaruhi sesorang terhadap sesuatu (objek ) dan suasana tadi. Sikap dengan itu tidak semulajadi, tetapi dipelajari melalui pengalaman; dan ini bermakna ia adalah dinamik dan boleh diubah melalui pendidikan dan latihan.
Bagi Perkhidmatan Awam, etika kerja adalah unsur yang sangat mustahak untuk dititikberatkan kerana setiap anggota kerajaan perlu memiliki tingkahlaku yang sempurna seperti dikehendaki oleh masyarakat. Etika kerja ini adalah satu bentuk kawalan bagi mempastikan perlakuan pekerja sentiasa selaras dengan sistem nilai Perkhidmatan Awam.
Tingkah laku yang beretika ada seperti berikut:
•Amanah
•Bertanggungjawab
•Ikhlas
•Jujur
•Berdedikasi
•Berdisiplin
•Bekerjasam
•Bersih
•Tekun
•Sederhana
•Berbudi mulia
•Bersabar
•Sopan santun
•Peramah
•Adil
•Berilmu
•Bersyukur
•Beriman dan etc
Perlakuan yang tidak beretika:
Secara umumnya perbuatan-perbuatan atau tingakah laku seseorang pegawai itu dikatakan tidak beretika apabila:
• Perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara dan boleh dikenakan hukuman
• Apabila perbuatan itu bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dan etika yang diamalkan oleh masyarakat dan
• Apabila perbuatan itu dilakukan bukan atas tujuan awam sebaliknya disebabkan oleh tekanan – tekanan seperti kepentingan kekeluargaan, politik, agama atau suku kaum.
Contoh- contoh perbuatan yang dianggap tidak beretika ini termasuklah :
• Rasuah, sogokan, pilih kasih dan menyalahgunakan pengaruh;
• Bertindak bercanggah dengan kepentingan awam seperti membuat urusniaga atas tujuan kepentingan diri atau melakukan kerja luar semasa memegang jawatan awam.
• Menyalahgunakan maklumat kerajaan untuk kepentingan sendiri / keluarga dan
• Memberi pengecualian dalam menguatkuasakan undang-undang demi untuk melindungi kepentingan diri atau keluarga.
Hasil kerja itu mesti mencapai “standard” atau taraf yang dikehendaki. Taraf in adalah yang minimum dan setiap anggota digalakkan untuk menghasilkan pekerjaan yang melebihi taraf. Misalnya adalah seperti yang dikehendaki dalam QAP indicator dan SKT:
Pap Smear – technically unsatisfactory smear Tidak melebihi 5%
Percentage of Primary school children covered 95%
Mencapai kadar prevalen kusta Kurang dari 1 bagi 10,000 penduduk
Dos Ketiga DPT(Liputan immunisasi) 90%
Pesakit baru 2000
Bilangan ceramah 20 kali
Strategi Penerapan Nilai Profesionalisme
Kesedaran dan latihanAmalan dan teladanPenilaian dan pembaikanNasihat menasihati
Nilai teras Profesionalisme
Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab.
Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan mesyarakat.
KERJA BERPASUKAN
BEKERJA BERSAMA DENGAN HARMONI
BAGI MENCAPAI MATLAMAT YANG SAMA
KERJA BERPASUKAN
Apakah faedah bekerjasama?1) Tekanan kerja berkurangan2) Tanggungjawab dikongsi bersama3) Pengetahuan dan kemahiran dapat dipertingkatkan4) Perasaan harga diri dapat dipupuk5) Kejayaan dan kegagalan dapat dikongsi bersama6) Ahli-ahli dalam pasukan dapat belajar di antara satu
sama lain7) Setiap ahli mempunyai semangat kekitaan8) Bekerja bersama dalam pasukan adalah
menyeronokkan
Elemen-elemen kerja berpasukan
I : Bersatu menuju matlamat
II : Perasaan kekitaan
III : Kepimpinan
IV : Saling Mempercayai
V : Akauntabiliti
VI : Pengetahuan & Kemahiran
VII : Kreativiti / Inovasi
VIII : Kerjasama dalam pasukan & Kesepakatan
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen I: Bersatu menuju matlamat
Setiap ahli dalam pasukan mesti bersatu menuju matlamat sekiranya objektif hendak dicapai. Oleh yang demikian matlamat mestilah jelas dan dipercayai oleh setiap ahli.
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen II: Perasaan kekitaan adalah perlu bagi sesuatu organisasi kerana ia menanamkan semangat kekeluargaan diantara semua anggota. Perasaan ini boleh meningkatkan komitmen anggota kearah pencapaian matlamat organisasi.
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen III: Kepimpinan
Kepimpinan bererti berupaya untuk merangsang penghasilan yang terbaik daripada seseorang serta boleh memberi panduan bagi mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan yang berkesan adalah perlu bagi memastikan komitmen ahli dan menetukan arah tujuan untuk mendapatkan hasil.
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen IV: Saling MempercayaiSifat percaya bermaksud mempunyai keyakinan ke atas kewibawaan dan keupayaan ahli-ahli dalam pasukan. Sifat percaya adalah asas pembinaan pasukan di mana tanpanya konflik akan berlaku
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen V: Akauntabiliti
Akauntabiliti merangkumi sikap tanggungjawab oleh setiap ahli diatas kejayaan atau kegagalan pasukan. Sikap ini boleh diperlihatkan oleh ketua dengan memberi sokongan padu dan ahli yang melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab
Apabila menghadapi masalah: Jangan panik Akui bahawa perkara ini berlaku disebabkan
tindakan anda atau kumpulan anda Jangsan lari daripada perkara tersebut Jangan cuba menuduh orang lain Analisa situasi dengan menggunakan informasi
sebanyak mungkin Berbincang denga ahli kumpulan jika ianya
melibatkan kumpulan Ambil tindakan untuk membetulkan keadaan Menilai keberkesanan tindakan
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen VI: Pengetahuan dan Kemahiran
Setiap ahli mesti mepertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing. Ini adalah kerana setiap pasukan memerlukan kemahiran yang luas untuk mencapai objektif mereka
BAGAIMANA MEMBENTUK DAN MEMBAIKI KEMAHIRAN
Menjalankan kerja dengan sendiri Menjalankan kerja dibawah pengawasan
orang lain Banyak membaca Memerhati bagaimana orang
menjalankan kerja atau aktiviti mereka Dengan mengingati kembali tentang
bagaimana kita telah menjalankannya dahulu.
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen VII: Kreativiti/ Inovasi
Sesuatu pasukan yang berkesan akan selalu memperkenalkan inovasi atau idea-idea baru dalam semua aspek kerja. Inovasi-inovasi ini selalunya dapat dihasilkan jika pasukan tersebut mempunyai ahli-ahli kreatif
Bagaimana meningkatkan kreativiti dan inovasi
1. Menerapkan perasaan ingin tahu dan berfikiran luas
2. Mempunyai ketua yang sentiasa memberi sokongan
3. Mempunyai peraturan dan garis panduan yang fleksibel
4. Bersemanagat cekal serta tidak putus asa apabila berhadapan dengan cabaran/dugaan
5. Diberi penghargaan dan pengiktirafan
Beberapa halangan / rintangan kreativiti yang perlu di lalui:
1. Perasaan takut terhadap kegagalan atau ke atas sesuatu yang tidak pasti
2. Takut akan dikritik
3. Kritikan yang tidak membina
4. Terlalu menjaga kepentingan diri sendiri
5. Takut akan kerja-kerja tambahan
6. Komunikasi satu arah
7. Perlunya mematuhi arahan/peraturan
Elemen Kerja Berpasukan
Elemen VIII: Kerjasama dalam pasukan dan kesepakatan
Kerjasama adalah berkerja bersama-sama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama disamping memperolehi faedah bersama. Di dalam sesuatu pusat kesihatan, unit kesihatan ibu dan anak dan unit pesakit luar mesti saling membantu dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Disamping itu juga, kerjasama mesti wujud di antara satu pusat kesihatan dengan pusat kesihatan lain.
Peranan Pemimpin dalam pasukan:
1. Penggerak bagi pasukan
- Memilih anggota yang sesaui untuk sesuatu tanggungjawab.- Merangka tugas pasukan.- Membimbing anggota sepasukan.- Menyelaraskan kerja-kerja dalam
pasukan.- Pantau, nilai dan arah anggota
sepasukan.
Peranan Pemimpin dalam pasukan:
2. Peranan pelengkap:
- Ikut serta bersama pasukan dalam sesetengah kerja.
- Merangsang anggota (cadangan dan idea baru diberi ganjaran).- Menyediakan kemudahan bagi anggota
kearah penambahbaikan.- Mendidik anggota supaya lebih baik
dan cemerlang dalam tugas,- Menghargai anggota sepasukan atas
khidmat yang baik.
Peranan ahli pasukan:
1. Yakin dengan tuntutan kerja dan kepentingannya sebagai anggota pasukan dibawah kepimpinan pemimpin kumpulan.
2. Senang dan lunak.
3. Berlapang dada dan berbaik sangka dengan anggota lain.
Peranan ahli pasukan:
4. Kasih dan hormat kepada pimpinan pasukan dan menjaga adab berinteraksi dengan pimpinan:
i. Bersangka baik.
ii. Hormat.
iii. Tidak mendahuluinya.
iv. Bertukar-tukar nasihat yang baik.
Peranan ahli pasukan:
5. Memantapkan perasaan kasih sayang antara sesama anggota.
6. Berpandangan luas.
7. Memberi tanpa mengharapkan balasan.
8. Bersedia menerima pandangan orang lain dan bertolak ansur dengan pandangan sendiri.
9. Komited dengan matlamat pasukan dan peraturannya.
10. Bersedia untuk meningkatkan diri sendiri.
Panduan interaksi antara ketua dan anggota sepasukan:
- Mengambilkira berbedaan antara individu.- Saling hormat menghormati.- Mengambilkira aspek emosi dan perasaan.- Perhubungan yang berterusan.- Menjadi pendegar yang baik.- Pemimpin sebagai contoh
Sifat yang menjadi pemusnah kepada kelancaran misi berpasukan:
i. Kikir
ii. Ikut nafsu
iii. Kagum dengan pandangan sendiri
iv. Sifat sifat munafik
Sifat sifat munafik“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Nilai teras Kerja Berpasukan
Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
Petak 1
(+ P – E)
Petak IV(+ P + E)
Petak II(- P – E)
Petak III(- P + E)
Rajah I
Profesionalisme (P)
Beretika (E)
Ceramah “Public Service 2000 – Canada” oleh En. Ingstrup dan Ms Margaret dari Canadian Centre For management Developmeny
SEMANGAT KERJASAMA
DALAM TRADISI, PEMIKIRAN DAN BUDAYA KITA, NILAI KERJASAMA, BANTU MEMBANTU DAN KERJA BERPASUKAN SANGAT DITITIKBERATKAN.
BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT
MANUSIA KERANA MUAFAKAT.
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA
ROBOH.
Angin barat bertiup lembut,
Bertiup pagi sampai ke petang,
Kerja muafakat pasti bersambut,
Nama yang baik sentiasa ditatang.
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Kerja berpasukan membawa untung,
Moga JKWPKL & P sentiasa dilimpahi berkat.
Empat Prinsip Asas Bekerja : Ketepatan masa dan ketepatan fakta; Sikap lebih teliti dan terperinci
melaksanakan tugas; Menanam falsafah do it right the first
time dan never settle for less than the BEST dalam diri masing-masing; dan
Sentiasa cuba melaksanakan sesuatu tugas melebihi dari standard yang tetapkan.
Tiga falsafah Ketika melayan pelanggan
Pertama “setiap pelanggan itu adalah VVIP” (‘very,very important person’),
Kedua “Customer before self” (pelanggan sebelum kita sendiri) dan
Ketiga “Customer is always right” (pelanggan sentiasa betul).