Download - Budaya, Pengertian Dan Konsep
-
8/6/2019 Budaya, Pengertian Dan Konsep
1/2
BUDAYA, PENGERTIAN DAN DEFINISI.
Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses
perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok.Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan budaya yang bermaksud budi +
daya ; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai,manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka
pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakatmanusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya
merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu
masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
Ciri-ciri Budaya
* Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
* Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
* Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.
Pengenalan Kebudayaan
Kebudayaan adalah keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai
dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalam untuk kesejahteraan hidup.
MEMAHAMI KEBUDAYAAN SECARA UMUM
Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau
seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain
melalui proses pembelajaran.
Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan atau
mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja.
Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada
konsep kebudayaan ini lebih luas.
Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan idea yang dipelajari dan
dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat
resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.
Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan.
-
8/6/2019 Budaya, Pengertian Dan Konsep
2/2
"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasan
yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat."
(Rujukan sumber dari buku Seminar Kefahaman Budaya, terbitan kementerian Kebudayaan, kesenian dan
pelancongan Malaysia - Disember 1999)
BIDANG KEBUDAYAAN
(Petikan dari Kebudayaan Kebangsaaan oleh A.Aziz Deraman)
Bidang kebudayaan itu bolehlah dilihat diantaranya melalui :
1Fikiran / idea Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos, lagenda, kesusasteraan,
kepercayaan dan cerita-cerita lisan.
2Kebendaaan Seperti seni bina, bangunan, alat-alat-alat mesin, object de art, pakaian, makanan, ubat-
ubatan dan perabot.
3Kesenian Dilihat dari dua bidang kemahiran iaitu seni lakon ( teater, tarian, muzik, nyanyian ) dan seni
tampak ( ukiran, lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman )
4Nilai dan Norma Seperti peraturan-peraturan undang-undang, adat resam, folk-ways & mores, gaya
dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai-nilai keagamaan dan bersopan santun.
Keempat-empat bidang tersebut akan memperlihatkan bukan sahaja hasil-hasil yang berasaskan sesuatu
yang abstrak atau tidak kelihatan (intangible), tetapi juga bercorak kebendaan (tangible). Hasil-hasil ini lahir
sebagai bentuk-bentuk yang menunjukkan kebudayaan sesuatu masyarakat secara fizikal, (jasmaniah) atau
non-fizikal (rohaniah).
Misalnya pertalian diantara pemikiran dengan perlakuan dan pemilikan dapat digambarkan melalui
ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran dan falsafah yang tinggi, dijelmakan dari perbuatan
mengukir dan akhirnya ukiran itu menjadi suatu hasil warisan budaya.