BULETIN 5S Ogos 2017
Pejabat Am HEMA rai staf dalam Majlis Penghargaan 5S Setelah hampir lima bulan melaksanakan
Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di
Pejabat Am Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA),
Jawatankuasa Induk 5s Pejabat Am HEMA
telah mengadakan Majlis Penghargaan 5S
sebagai tanda penghargaan kepada ahlinya.
Majlis yang berlangsung pada 14 Ogos
2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Pendaftar
Kanan Pejabat HEMA, Tuan Haji Harun Mohd.
Turut serta ahli Zon BOS, DNA, SIGMA dan
SYNERGY.
Tuan Haji Harun menyampaikan amanat kepada semua ahli Zon 5S supaya bekerjasama
membuat persiapan sebagai langkah untuk Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) yang
akan berlangsung pada 24 Ogos 2017.
“Saya berharap semua ahli akan bersiap sedia untuk
menghadapi Pra Audit MPC yang akan diadakan pada 17
Ogos 2017 dan Audit sebenar pada 24 Ogos 2017,” katanya.
Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sijil
kepada Zon Terbaik, Sudut 5S Terbaik dan Ruang Kerja
Terbaik.
Zon 5S Pejabat Am HEMA terdiri daripada Zon BOS,
Zon DNA, Zon SIGMA dan Zon SYNERGY. Zon SYNERGY
telah dipilih sebagai Zon Terbaik dan Sudut 5S Terbaik.
Manakala Ruang Kerja Terbaik dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Staf dan kategori
Bilik Pegawai. Bagi kategori Ruang Kerja Terbaik (Staf), setiap zon memenangi tiga tempat terbaik.
Pada majlis tersebut, sebanyak 17 sijil penghargaan diserahkan kepada para pemenang.
PEJABAT AM HAL EHWAL MAHASISWA
Antara Ahli Zon 5S yang hadir.
TAHNIAH!
ZON SYNERGY
PEMENANG ZON TERBAIK DAN SUDUT 5S TERBAIK
PEJABAT AM HEMA
Tuan Haji Harun Mohd sedang menyampaikan amanat kepada semua
ahli 5S Pejabat Am HEMA.
AKTIVITI JAWATANKUASA LATIHAN
Siri 1 16 Mac 2017
Siri 2 18 April 2017
Siri 3 18 Mei 2017
Siri 4 13 Jun 2017
Siri 4 20 Julai 2017
Siri 6 3 ogos 2017
Lawatan Perundingan Konsultan MPC
Encik Mazuan bin Salih
AKTIVITI JAWATANKUASA AUDIT
AUDIT DALAMAN 5S
Siri 1 18 Mei 2017
Siri 2 13 Jun 2017
Siri 3 12 Julai 2017