BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
EDISI 1 | JANUARI - JUN 2016
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
WANITA PEMACU KELESTARIAN
NEGARA
EDISI 1 | DARI MEJA PENGARANG
ISI KANDUNGAN
SIDANG REDAKSI
Assalamualaikum W.B.T& Salam SejahteraAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan bertemu untuk berkongsi ilmu dan maklumat terkini dalam Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Edisi Pertama bagi tahun 2016.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh LLM sepanjang bulan Januari hingga Jun 2016 untuk dikongsikan bersama pembaca sekalian. Buletin LLM kali ini memaparkan usaha-usaha perasmian dan pembukaan lebuh raya yang telah dijalankan antaranya Perasmian Lampu Jalan Di Sepanjang Lebuhraya Kajang-Seremban, Persimpangan Bertingkat Kajang Utama di Lebuhraya SILK dan Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu.
Di samping itu, LLM menganjurkan program seperti Konvensyen Usahanita Binaan (KUBINA), Kempen Kesedaran Kalori di kawasan rehat dan rawat (R&R), Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah di mana telah mendapat penyertaan menggalakkan daripada seluruh warga LLM. LLM juga telah menerima pengiktirafan dan penganugerahan sebagai Admin Media Sosial Terbaik bagi tahun 2015.
Akhir kata, diharap pengisian dan maklumat dalam edisi kali ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada warga LLM khususnya untuk memacu semangat dalam mencapai pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.
PENGARANG
DARI MEJA PENGARANG
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI2
PENAUNG:YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh
PENASIHAT:Pn. Zuraida Binti Shaharudin
KETUA EDITOR:Pn. Haslina Binti Hashim
EDITOR:Cik Shuhana binti HashimTn. Syed Fahmi Al-Junid Bin Syed ShahromCik Nithiyaa a/p MoorthyEn. Mohd Faizul Bin Yunus Pn. Wan Siti Mariyam binti Wan Omar
FOTOGRAFI:En. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri
• Pembukaan Persimpangan Bertingkat Kajang Utama, Lebuhraya Silk• Majlis Pelancaran Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di
Tapak Bina Dan Aktiviti Mega Toolbox Talk
7
• Sudut Lensa• Ikatan Janji• Permata Hati
16
• KUBINA 20168
• Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015 LLM13
• LLM Admin Media Sosial Terbaik3
• Kandungan Kalori Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia10
• Pengambilan Kalori Dan Penggunaan Tenaga11
• #BermulaDaripadaAnda• #Respeklabro
15
• Setitis Darah Sejuta Harapan• Shimano Highway Ride 2016 @ Lekas E21
9
• Majlis Perasmian Penyempurnaan Lampu Jalan Di Sepanjang Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas E21)
4
• Kawal Kalori, Cegah Obesiti5
• Sumbangan CSR Kepada SMK Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai, Kelantan
6
• Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi• Program Semarak Ramadan
12
• Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu Dirasmikan• Majlis Anugerah Prestasi Perkhidmatan
14
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
LLM ADMIN MEDIA SOSIAL TERBAIKBANGI, 23 Januari
Bangi, 23 Januari
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 3
Bengkel Pemantapan Pengurusan Media Sosial oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) telah dianjurkan dengan penglibatan bersama oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). LLM telah dianugerahkan sebagai Admin Media Sosial Terbaik bagi Tahun 2015 sempena Cybernite Dinner yang diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya bagi memberi pengiktirafan kepada admin media sosial di bawah seliaan KKR. Bengkel kali ini memberikan pendedahan, pencerahan serta penyelarasan berhubung teknik-teknik terkini dalam penyampaian maklumat di media sosial rasmi yang lebih efektif dan signifikan.
EDISI 1 | JANUARI 2016
Pengguna Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) kini boleh menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat apabila keseluruhan jajaran lebuh raya ini diterangi oleh lampu jenis light-emitting diode (LED) yang jimat tenaga dan mesra alam. Projek pemasangan lampu jalan yang bernilai RM 16 juta ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 31 Disember 2015. YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Datuk Rosnah Binti Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah merasmikan majlis penyempurnaan projek tersebut di Plaza Tol Setul. Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri Kerja Raya juga turut melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2016.
Kajang, 1 Februari
MAJLIS PERASMIAN PENYEMPURNAAN LAMPU JALAN DI SEPANJANG LEBUHRAYA KAJANG SEREMBAN (LEKAS E21) KAJANG, 1 Februari
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | FEBRUARI 2016
4
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
Dalam usaha membentuk dan membudayakan masyarakat yang peka terhadap pengambilan kalori dalam pemakanan harian, Kementerian Kesihatan telah melancarkan Kempen Kesedaran Kalori di kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya. Kempen dengan slogan “Kawal Kalori, Cegah Obesiti” itu turut mendapat kerjasama KKR dan LLM.
Antara aktiviti yang dirangka bagi menjayakan kempen mendidik masyarakat mengenai kalori adalah pemaparan kandungan kalori dalam makanan dan minuman yang dijual, pemaparan mesej tentang kalori, lemak, gula dan garam dalam bentuk bahan cetak serta elektronik. Syarikat-syarikat konsesi lebuh raya juga komited untuk turut serta dalam kempen ini dengan memaparkan maklumat mengenai kandungan kalori makanan dan minuman di semua R&R di bawah seliaan masing-masing berdasarkan maklumat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
KAWAL KALORI, CEGAH OBESITISEREMBAN, 2 Februari
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 5
EDISI 1 | FEBRUARI 2016
Seremban, 2 Februari
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | FEBRUARI 2016
6
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
Kuala Krai, 29 Februari
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran LLM dengan kerjasama Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan yang merupakan salah sebuah sekolah terlibat dalam kejadian bencana banjir pada penghujung tahun 2014 yang lalu.
LLM telah menyerahkan peralatan pejabat dan perabot terpakai kepada pihak sekolah berkenaan. PSKLM pula menyumbang sebanyak RM100 kepada setiap 80 orang pelajar terpilih yang disalurkan melalui Kedai Asrama Sekolah bagi memudahkan pelajar tersebut membeli buku dan peralatan sekolah.
Di samping itu, pihak sekolah turut menerima sumbangan 3 unit komputer riba yang disumbangkan oleh Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. (DUKE) serta cenderahati berupa Al-Quran, Yassin dan sejadah daripada Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn. Bhd. (KESAS). SK Sultan Yahya Petra 1 juga turut menerima sumbangan yang sama daripada DUKE dan KESAS.
SUMBANGAN CSR KEPADA SMK SULTAN YAHYA PETRA I,KUALA KRAI, KELANTANKUALA KRAI, 29 Februari
Kuala Krai, 29 Februari
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 7
EDISI 1 | MAC 2016
PEMBUKAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT KAJANG UTAMA, LEBUHRAYA SILKKAJANG, 10 Mac
Kajang, 10 Mac
Persimpangan Bertingkat Kajang Utama ini merupakan inisiatif Kerajaan melalui peruntukan RMKe-10 untuk memudahkan perjalanan penduduk Taman Kajang Utama dan kawasan sekitarnya. Pembinaan projek yang dipantau oleh LLM ini telah dimulakan pada awal 2014 dengan mengambil masa tempoh pembinaan selama 24 bulan dan telah siap pada akhir Januari 2016.
Pembukaan persimpangan bertingkat ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia dalam satu majlis ringkas pada 10 Mac 2016. Pada masa kini, penduduk kawasan sekitarnya terpaksa melalui perjalanan yang lebih jauh dan berhadapan dengan kesesakan di sekitar Persimpangan Jalan Reko pada setiap hari terutamanya di waktu puncak. Dengan adanya jalan sambungan ini, ianya bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas, menyuraikan kepadatan trafik sedia ada, mengurangkan jarak perjalanan juga dapat menjimatkan tempoh masa perjalanan.
Ketua Pengarah LLM, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail bin Md Salleh telah melancarkan Program Panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tapak Bina dan Aktiviti Mega Toolbox Talk bagi Projek DUKE Fasa 2. LLM telah bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta beberapa syarikat konsesi bagi menghasilkan Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tapak Bina. Panduan tersebut akan menjadi rujukan kepada syarikat-syarikat konsesi dalam memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak projek terjamin.
Aktiviti Mega Toolbox Talk merupakan rutin mingguan yang dikendalikan oleh Pegawai dari Pasukan Keselamatan Projek Lebuhraya DUKE Fasa 2 untuk mewujudkan komunikasi yang harmoni di antara majikan dan pekerja di samping membantu mengawal risiko yang mungkin wujud di tapak kerja. Aktiviti ini juga merupakan salah satu daripada inisiatif pihak KESTURI dalam memupuk kesedaran akan pentingnya keselamatan dan kesihatan bagi kakitangan yang bekerja di tapak projek.
MAJLIS PELANCARAN PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TAPAK BINA DAN AKTIVITI MEGA TOOLBOX TALK KUALA LUMPUR, 14 Mac
Kuala Lumpur, 14 Mac
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | APRIL 2016
8
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
LLM julung kalinya menganjurkan Konvensyen Usahanita Binaan (KUBINA) 2016 kali Ke-3 bertempat di MATRADE Kuala Lumpur bertemakan “Wanita Pemacu Kelestarian Negara” yang telah berjaya menarik minat 600 penyertaan terdiri daripada usahanita dan wanita profesional. Konvensyen ini adalah anjuran bersama KKR dan LLM dengan usahasama rakan-rakan strategik iaitu CIDB, JKR, PSKLM dan Pertubuhan Wanita Industri Binaan Malaysia (WIBM).
Objektif utama penganjuran konvensyen ini adalah untuk mendengar suara wanita dan memperkasakan peranan mereka, mentransformasi budaya dan strategi kerja wanita untuk terus maju di samping memperkasa maklumat, idea serta inovasi baharu dalam industri binaan negara dan lain-lain bidang industri. KUBINA 2016 menyediakan platform terbaik yang menghimpunkan usahanita dan wanita profesional bagi membuka ruang intelek dan diskusi yang aktif dan proaktif. Ia juga membuka peluang dan potensi perniagaan, mengembangkan budaya penerokaan ilmu serta menjadi tapak peserta bertukar idea dan rangkaian hubungan.
KUBINA 2016KUALA LUMPUR, 14 April
Kuala Lumpur, 14 April
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 9
EDISI 1 | APRIL 2016
SHIMANO HIGHWAY RIDE 2016 @ LEKAS E21KAJANG, 30 April
LLM bersama West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) dengan kerjasama Pusat Darah Negara telah menganjurkan Program CSR Kempen Derma Darah 2016 bertujuan mengisi tabung darah negara. Bagi menggalakkan orang ramai menderma darah kempen tersebut telah dilaksanakan di pusat membeli belah Aeon Bukit Tinggi, Klang. YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM telah hadir menyertai kempen ini bersama pegawai kanan dan kakitangan LLM serta syarikat-syarikat konsesi lebuh raya dan orang awam. Dengan adanya kempen ini, ianya diharapkan dapat membantu insan-insan yang memerlukan dan meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, di samping menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang lain. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.
SETITIS DARAH SEJUTA HARAPANKLANG, 30 April
Klang, 30 April
Kajang, 30 April
Lebih 3,000 penunggang basikal menyertai SHIMANO Highway Ride 2016 anjuran bersama antara RHB Banking Group, Shimano Singapore Pte Ltd dan Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) di Lebuhraya LEKAS. Acara yang dipertandingkan mengikut beberapa kategori telah mendorong pelbagai lapisan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat, di samping menggunakan lebuh raya dengan selamat. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Acara ini juga mendapat sokongan padu Menteri Belia dan Sukan yang turut berkayuh melintasi garisan penamat bersama pelumba professional serta orang awam yang lain. LLM turut memberi kerjasama dalam melancar dan menjayakan pertandingan SHIMANO Highway Ride 2016 ini.
KANDUNGAN KALORIMAKANAN KEGEMARAN RAKYAT MALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | INFO
10
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
PENGAMBILAN KALORI DAN PENGGUNAAN TENAGA
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 11
EDISI 1 | INFO
* Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
EDISI 1 | MEI 2016BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI12
KECEMERLANGAN MELANGKAUI EKSPEKTASIKUALA LUMPUR, 19 Mei
Seramai 824 orang warga KKR dan Agensi dibawahnya telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015. Majlis ini telah diadakan di Pusat Konvensyen CIDB dan anugerah telah disampaikan Menteri Kerja Raya, Timbalan Menteri, Ketua-ketua Agensi dan Pengurusan Tertinggi Kementerian. Seramai 27 warga LLM juga turut menerima anugerah tersebut. Semua warga KKR diseru agar sentiasa memberikan perkhidmatan sebaik mungkin dan perlu melaksanakan tugas melebihi dari ekspektasi awal pelanggan selaras dengan tema majlis iaitu ‘Kecemerlangan Melangkaui Ekspektasi’.
Kuala Lumpur, 19 Mei
Program Penyampaian Sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di kawasan Parlimen Jasin telah diadakan di Dewan Lipat Kajang, Merlimau, Melaka. Ia merupakan salah satu insiatif CSR ADUN Parlimen Jasin dan dianjurkan bersama LLM dengan kerjasama PSKLM serta Koperasi LLM Berhad. Sumbangan berupa barangan keperluan kepada anak yatim dan fakir miskin telah disampaikan oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hamzah, Pengerusi LLM selaku ADUN Jasin. LLM juga berkesempatan mengadakan aktiviti bersama penduduk tempatan bagi mempromosikan fungsi LLM.
PROGRAM SEMARAK RAMADAN JASIN, 28 Mei
Jasin, 28 Mei
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 13
EDISI 1 | MEI 2016
PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2015
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
PELAKSANA (GRED 17-40)
PELAKSANA (GRED 1-16)
Ir. Abdullah bin HashimJurutera Awam
Bahagian Pemantauan Operasi
Mat Nawi bin YaacobPegawai Tadbir
Bahagian Pengurusan Tanah
Noriha binti Derim@DerawiJurutera Awam
Pejabat Wilayah Timur
Ahmad Sofi bin SahatJurutera Awam
Pejabat Wilayah Selatan
Nur Erman bin NordinJurutera Awam
Bahagian Penerangan
Musa bin MansorPembantu Tadbir (P/O)
Bahagian Pengurusan Projek
Karimah binti OmarPembantu Tadbir (P/O)Pejabat Wilayah Tengah
Roslaili bin BaharPembantu Tadbir (P/O)Pejabat Wilayah Timur
Kharulaini binti SeninPenolong Jurutera (Awam)Pejabat Wilayah Tengah
Mohd Haqim bin Mohd YazizPenolong Jurutera (Awam)
Bahagian Perancangan
Noor Adlin Zurina binti ZulkuflyJurutera Awam
Bahagian Pengurusan Projek
Ili Nabilah binti NasirJurutera Elektrik
Pusat Pengurusan TrafikBahagian Pemantauan Operasi
Ahmad Asyraf binAhmad Azam
jurutera MekanikalBahagian Mekanikal Dan Elektrik
Mohd Nor Adnin bin OsmanPegawai Tadbir
Bahagian Pengurusan Tanah
Nurhazwani binti AzriPegawai Tadbir
Bahagian Kewangan DanPengurusan Aset
Norshazlin binti PisaalPegawai Tadbir
Bahagian Sumber ManusiaDan Pentadbiran
Mohd Izar bin RuslanPenolong Jurutera (Elektrik)
Bahagian Pengurusan Rekabentuk
Azaruddin bin Mat SaadPenolong Jurutera (Awam)
Pejabat Wilayah Utara
Johari bin SaadPembantu Tadbir (P/O)Pejabat Wilayah Tengah
Baniah binti DalniPembantu Tadbir (P/O)
Bahagian Kewangan DanPengurusan Aset
Mohd Zairi bin Mohd RamliPembantu Tadbir (P/O)
Bahagian Kewangan DanPengurusan Aset
Roziana binti AbdullahPembantu Tadbir (P/O)
Bahagian Sumber ManusiaDan Pentadbiran
Mohd Syahril bin SooedPembantu Tadbir (P/O)Pejabat Wilayah Utara
Romzi bin YusofPembantu Operasi
Bahagian Pemantauan Operasi
Rosdi Bin HarunPembantu Operasi
Pejabat Wilayah Selatan
Rostam bin SallehPemandu Kenderaan
Bahagian Sumber ManusiaDan Pentadbiran
Khairul Anwar bin SukirPemandu Kenderaan
Bahagian Sumber ManusiaDan Pentadbiran
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | JUN 2016
14
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
MAJLIS ANUGERAH PRESTASI PERKHIDMATAN KAJANG, 17 Jun
Kajang, 17 Jun
Majlis Anugerah Prestasi Perkhidmatan telah diadakan sempena Perhimpunan Bulanan LLM bagi bulan Jun 2016. Seramai 22 pegawai dan kakitangan menerima Anugerah Prestasi Baik sebagai penghargaan LLM kepada pegawai dan kakitangan yang telah menunjukkan prestasi baik sepanjang tahun 2015. Selain itu, LLM secara julung kalinya turut menganugerahkan Anugerah Pekerja Contoh 2015 kepada En. Johari Bin Saad, Pembantu Tadbir di Pejabat Wilayah Tengah LLM.
Majlis turut meraikan pemenang Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) iaitu Bahagian Khidmat Pakar dan Kerjasama Teknikal, Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran serta Bahagian Pengurusan LLM.
Majlis Perasmian Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia bersama YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak pada 7 Jun 2016. Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu terletak di KM 181.4, Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu 5.9 km ke arah Selatan dari Persimpangan Bandar Baharu dan 12.4 km ke arah Utara Persimpangan Bukit Merah.
Persimpangan Bertingkat ini akan menyediakan akses terus dari kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai dan Selama, Perak untuk memasuki Lebuhraya Utara-Selatan. Pembukaan persimpangan bertingkat akan menjimatkan masa perjalanan dari arah Utara dan Selatan ke Alor Pongsu dari 45 minit kepada 10 minit. Pembukaan dan kutipan tol di Persimpangan Bertingkat Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan ini berkuatkuasa mulai 7 Jun 2016 bermula jam 10.00 malam.
PERSIMPANGAN BERTINGKAT ALOR PONGSU DIRASMIKANBAGAN SERAI, 7 Jun
Bagan Serai, 7 Jun
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 15
EDISI 1 | JUN 2016
Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama LLM dan PSKLM telah melancarkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna lebuh raya tentang pemanduan secara berhemah ketika menggunakan lebuh raya semasa pulang ke kampung halaman masing-masing.
Kempen yang dilancarkan dengan tagline #Respeklabro merupakan satu program keselamatan yang berteraskan pendidikan berterusan (continuous education programme) disasarkan kepada para pelajar dan generasi muda. Selain itu, syarikat konsesi lebuh raya juga telah menawarkan insentif berbentuk diskaun dan rebat tol kepada pengguna lebuh raya sempena cuti perayaan Aidilfitri.
#Respeklabro SUNGAI BULOH, 30 Jun
Jasin, 28 Mei
#BermulaDaripadaAndaSUNGAI BULOH, 24 Jun
Sungai Buloh, 24 Jun
Meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesan dan bahaya rasuah dalam kalangan orang awam sangat penting bagi menangani isu dan gejala rasuah. Sehubungan dengan itu, LLM telah mengambil inisiatif menganjurkan Majlis Pelancaran Program Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah. Majlis tersebut diadakan di Restoran Jejantas Sg. Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PSKLM. Kempen ini secara langsung dapat mencetuskan motivasi dan meningkatkan integriti warga LLM dan Syarikat-syarikat Konsesi dengan menolak amalan rasuah, di samping melakukan perubahan minda ke arah pencapaian agenda transformasi negara.
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | SUDUT LENSA
16
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
5 JANUARI 2016
5 FEBRUARI 2016
SIDANG MEDIA PELAKSANAAN SISTEM PEMBAYARAN TOL SECARA ELEKTRONIK SEPENUHNYA
KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA OP SELAMAT 8/2016 SEMPENA TAHUN BARU CINA
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 17
EDISI 1 | SUDUT LENSA
PROGRAM RETREAT PENTADBIR MEDIA SOSIAL LLM DAN SYARIKAT KONSESI
23 MAC 2016
UEM CHARITY RUN & CARNIVAL
13 MAC 2016
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI
EDISI 1 | SUDUT LENSA
18
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
LAWATAN TEKNIKAL OLEH UNIT PERANCANG KEWANGAN DAN EKONOMI, REPUBLIK SUDAN
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN LIKE FACEBOOK KEMENTERIAN KERJA RAYA DANPERTANDINGAN WEFIE DI JALAN PERSEKUTUAN
28 APRIL 2016
3 MEI 2016
BULETINLEMBAGALEBUHRAYAMALAYSIA
AMALKAN INTEGRITI HIDUP DIBERKATI 19
EDISI 1 | SUDUT LENSA
MAJLIS PENYERAHAN VAN DAN ASTAKA KEPADA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMAKUALA LUMPUR OLEH EKOVEST BERHAD
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PETUGAS TMC SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
7 MEI 2016
30 JUN 2016
EDISI 1 | IKATAN JANJI & PERMATA HATI
Noryeeda binti Mohamad Faizal Leong&
Mohd Hafiz bin Md Daud5 Februari 2016
Mohd Badrul Hisham bin Mohamad& Suriani binti Mohd Saleh
Nama Anak:Muhammad Alif Amzar bin Mohd Badrul Hisham
3 Februari 2016
Muhammad Daniel bin Mohammad& Dek Mariani binti Hanafiah@ Hanafi
Nama Anak:Siti Khadijah binti Muhammad Daniel
12 Mac 2016
Khir Akyazrul bin Azmi& Edrariny binti Supeni
Nama Anak:Irfan Mikail bin Khir Akyazrul
28 April 2016
Khayrul Apri Amso bin Suis& Marina binti Mazlan
Nama Anak:Adreena Sophea binti Khayrul Apri Amso
31 Mei 2016
Mohd Shamsul Izuan bin Che Musa& Ainnur Fathinlyiana binti Johan Mohalana
Nama Anak:Muhammad Haq Abrar bin Mohd Shamsul Izuan
11 Jun 2016
IKATAN JANJI
PERMATAHATI
Mohamad Akmal Hafiz bin Muhtar&
Nurulfatiha binti Ismail2 April 2016
Razlida binti Mohd Ghazali&
Mohd Asyraf bin Md Johari30 April 2016
Muhamad Sofiyuddin bin Abdul Razak&
Rahmiati Junia binti Suwirman6 Februari 2016
Nurida binti Wagiman&
Muhamad Nur Fazrul bin Rosely26 Mac 2016