Download - Bulletin SUHAKAM
1
Pada 22-23 Oktober lalu,
SUHAKAM telah mengadakan Judi-
cial Colloquium kali kedua yang
bertemakan 'Judicial Colloquium on
the Domestic Application of Interna-
tional Human Rights Norms'. Sesi
kali kedua ini merupakan lanjutan
daripada Judicial Colloquium yang
pertama kali diadakan pada 24
Oktober 2009.
Objektif utama kolokium
ini adalah untuk membincangkan
asal usul, tujuan dan skop undang-
undang hak asasi manusia
a n t a r a b a n g s a d a n u n t u k
membiasakan hakim dengan
pelaksanaan undang-undang hak
asasi manusia antarabangsa dalam
sistem undang-undang domestik.
Se r a ma i 7 7 h ak i m
menghadiri sesi ini yang terdiri dari-
pada Ketua Hakim Negara, Presi-
den Mahkamah Rayuan, Hakim
Besar Malaya, Hakim Besar Sabah
dan Sarawak serta Hakim-hakim
Mahkamah Persekutuan, Hakim
Mahkamah Rayuan, Hak im
Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya
Kehakiman.
Perkara yang paling mem-
banggakan ialah kolokium ini telah
berlangsung dengan lancar dan
penganjurannya mendapat pujian
daripada tetamu dan hadirin, malah
penghargaan khusus telah diberi-
kan oleh Naib Pengerusi Datuk Dr.
Khaw Lake Tee.
Sekalung tahniah dan
penghargaan kepada Mohd. Azizi
Azmi dan Siti Zaihan Zulkarnain
serta semua kakitangan yang terli-
bat atas kejayaan kolokium ini.
SUHAKAM ANJUR JUDICIAL COLLOQUIUM KALI KE 2
Assalamualaikum & Salam Se-
jahtera.
SELAMAT bertemu buat pertama
kali menerusi akhbar E-Berita SU-
HAKAM ini. Kemunculan sulung
E-Berita membawa bersama tu-
juannya, iaitu sebagai medan pen-
yebaran dan perkongsian maklumat
tentang hal-hal berkaitan SU-
HAKAM dan juga warganya, seperti
aktiviti yang dijalankan, program
yang diadakan, perkembangan dan
cetusan hak asasi manusia, malah
hal-hal yang berkisar kakitangan
semuanya menjadi rencah liputan
akhbar mini ini.
Penyebaran maklumat
dengan sahih dan tepat merupakan
salah satu unsur penting dalam
keberkesanan sesebuah or-
ganisasi. Segala maklumat sama
ada daripada pihak atasan mahu-
pun sebaliknya perlu dikongsi di
kalangan kakitangan organisasi,
bagi memastikan tindakan yang
wajar dan bersesuaian dengan
keperluan organisasi dapat dilak-
sanakan. Salah satu saluran yang
boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini
ialah menerusi newsletter seperti E-
Berita ini.
Alhamdulillah... kemuncu-
lan warkah seperti ini, diharap
mampu menyajikan sesuatu yang
bermanfaat kepada kita. Dengan
demikian, segala perkembangan
yang berlaku di tempat kerja serta
yang melibatkan rakan-rakan kita
dapat dikongsi, dan akan menjadi
penggerak dan pendorong dalam
menjadikan kita warga kerja SU-
HAKAM yang berinformasi dan
pekerja yang terkini khususnya
dalam isu-isu hak asasi manusia.
Sebagai warkah berita
dengan dua kali kemunculannya
dalam sebulan, sudah tentu amat
bergantung kepada sokongan dan
kerjasama warga SUHAKAM selu-
ruhnya. Bahagian Penerbitan seba-
gai pengendali E-Berita mengalu-
alukan sumbangan bahan, terma-
suk pandangan, bagi memperbaiki
warkah ini agar menjadi medan
perkongsian maklumat yang berke-
san kepada kita.
Selamat membaca.
EDITORIAL
SIDANG REDAKSI
Puan Rodziah Abdul (Setiausaha)
Mohamad Bahadon
Noor Azizah Atdenan
Siti Rahayu Mohd. Noor
Elza Nadiah Shaik Sulaiman
Aida Suraya Haron
Noor Azlina Abd. Jalil
Mohd Shafik Md Sharif
Wan Nurul Ain Junid
SUHAKAM kini telah melewati hari
ke 22 berhubung siasatan awam ke
atas dakwaan kekerasan yang tidak
sepatutnya oleh polis semasa dan
selepas perhimpunan awam Bersih
3.0 pada 28 April 2012. Sesi
pendengaran yang bermula pada 5
Julai lalu akan diteruskan sehingga
23 Oktober 2012 dan sesi seterus-
nya akan dimaklum dari masa ke
semasa.
SUHAKAM & BERSIH 3.0
E-BERITA mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1433 kepada semua warga SUHAKAM yang ber-
agama Islam
30 OKTOBER 2012
2
bertujuan untuk memberi
pendedahan khusus
kepada kakitangannya
berhubung pengendalian
kamera digital (DSLR).
Bengkel dua
hari tersebut melalui
tunjuk ajar Encik Marfizul
Azuan Marsuki sangat
informatif dan diharap
dapat membantu kaki-
tangan SUHAKAM mempelajari
teknik-teknik mengambil foto den-
gan lebih baik. Seramai 22 orang
kakitangan telah menghadiri beng-
kel tersebut.
Secara umumnya, keselu-
ruhan proses pilihanraya berjalan
lancar, tanpa sebarang pelangga-
ran hak asasi yang dilaporkan.
Seramai 13,149 orang (64.87%)
mahasiswa telah mengundi pada
hari tersebut.
Pada 2 Oktober lalu SUHAKAM
telah dijemput oleh Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)
untuk memantau pilihanraya kam-
pus yang diadakan di kampus
Gombak. Jemputan ke atas SU-
HAKAM adalah sebagai menyahut
cabaran para mahasiswa supaya
pilihanraya kampus diadakan se-
cara telus dan adil. Pilihanraya ini
diadakan semula secara manual
kerana pilihanraya pertama yang
diadakan pada September 2012
secara e-voting diisytiharkan tidak
sah berikutan masalah teknikal.
SUHAKAM telah diberikan
taklimat mengenai proses pilihan-
raya oleh pengurusan UIAM.
Selepas itu, Pesuruhajaya dan
pegawai SUHAKAM telah melawat
pusat-pusat pengundian di 7 buah
Kuliyyah. Pegawai SUHAKAM juga
telah memantau proses pengiraan
undi.
Pada 8 & 10 Oktober 2012, SU-
HAKAM dengan kerjasama
Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA) telah men-
ganjurkan satu Bengkel Fotografi
Salah satu usaha meningkatkan
kesedaran masyarakat dalam
bidang hak asasi manusia ialah
menerusi penyebaran maklumat.
Penyebaran maklumat yang paling
berkesan ialah menerusi perkong-
sian bahan-bahan perpustakaan
atau pusat sumber antara SU-
HAKAM dengan pihak lain. Se-
hubungan itu pada 27 September
2012 lalu SUHAKAM telah merintis
jalan ke arah ini, iaitu untuk beker-
jasama dengan Perpustakaan Uni-
versiti Kebangsaan Malaysia
(UKM).
Rombongan SUHAKAM
terdiri daripada Pesuruhjaya Prof
Dato’ Mahmood Zuhdi Abd Majid,
Mohamad Bahadon, Arif Saifullah
dan Dzul Afandi telah mengadakan
perbincangan untuk merintis ker-
jasama dengan UKM dalam usaha
menyebarluaskan maklumat men-
genai hak asasi manusia, khusus-
nya di kalangan mahasiswa dan
pensyarah universiti berkenaan.
Ketua Pustakawan UKM
Encik Abu Bakar Maidin, menyam-
but baik usaha SUHAKAM, serta
melahirkan kesudian Perpustakaan
UKM untuk membantu SUHAKAM
dalam menyebarluaskan maklumat
mengenai hak asasi manusia di
kalangan pelajar dan kakitan-
gannya. Rombongan SUHAKAM
turut dibawa melawat perpustaan
UKM.
SUHAKAM BINCANG JALIN KERJASAMA DENGAN PERPUSTAKAAN UKM
SUHAKAM PANTAU PILIHANRAYA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
Pada 28 September lalu, SU-
HAKAM telah mengadakan satu
taklimat berhubung gangguan sek-
sual di tempat kerja kepada pega-
wai dan kakitangannya.
Taklimat dua jam tersebut
yang turut dihadiri oleh Puan Seti-
ausaha bertujuan untuk memberi
pendedahan mengenai definisi
masalah seksual, kesan-kesan
negatif yang terpaksa dihadapi oleh
mangsa gangguan dan cara untuk
menghadapi gangguan tersebut.
Ianya telah disampaikan
oleh Puan Azura Hamdan, Ketua
Penolong Pengarah, Bahagian
Pengurusan Psikologi, Jabatan
Perkhidmatan Awam.
TAKLIMAT GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA
BENGKEL FOTOGRAFI BERSAMA ASWARA
3
menunjukkan komitmen awal kedua-
dua pihak untuk menggalas tang-
gungjawab mempromosi hak asasi
manusia melalui seni.
Garapan idea untuk mere-
alisasikan matlamat ini sangat diperlu-
kan lebih-lebih lagi apabila masyara-
kat kini terdedah dengan penyimpan-
gan dan pertembungan budaya, adat
dan kepercayaan. Adalah penting
peranan SUHAKAM ketika ini untuk
menyedarkan kepada masyarakat
umum di Malaysia bahawa hak asasi
manusia bukan hanya satu penilaian
mutlak dari pandangan yang mendo-
minasi perjuangan hak tetapi yang
lebih penting adalah untuk sedar akan
hak yang dimiliki setiap manusia itu
wajar dihormati.
Menurut Yassin, 'Hak Asasi
Melalui Seni' sememangnya satu
platform rakan-rakan seni untuk meli-
batkan diri dalam aktiviti kemasyara-
katan. Bagi mencapai tujuan ini, per-
bincangan seterusnya akan diadakan
pada bulan November bagi memper-
incikan lagi peranan rakan-rakan artis
yang boleh disalurkan melalui pro-
gram-program yang akan diadakan
kelak.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ma-
laysia (SUHAKAM) melangkah se-
tapak lagi dalam usaha berterusan
mempromosi dan meningkatkan kese-
daran masyarakat mengenai hak
asasi manusia di Malaysia.
'Hak Asasi Melalui Seni'
bakal merencanakan kerjasama SU-
HAKAM dan rakan-rakan seni melalui
program-program yang akan di-
jalankan kelak. Perbincangan yang
diadakan di Pejabat SUHAKAM dan
dipengerusikan oleh Pesuruhjaya
Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj Ab
Majid bersama Pegawai-pegawai
Kumpulan Pendidikan dan Promosi
SUHAKAM, Kumpulan Raihan dan
Yassin Sulaiman pada 3 Oktober lalu,
SUHAKAM Sabah telah menyertai
Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu
Anjuran Biro Aduan Awam JPM di
Daerah Ranau untuk memberikan
peluang kepada orang ra-
mai bertemu dan mengemu-
kakan aduan/cadangan
mereka kepada SUHAKAM.
S e r a m a i 1 5 0
orang pengunjung telah
mengunjungi dan berdaftar
di kauntar SUHAKAM dan 8
kumpulan pengadu mengenai pelba-
gai isu telah datang ke kaunter aduan
SUHAKAM untuk mendapatkan khid-
mat nasihat berkaitan masalah yang
mereka hadapi.
Program tersebut
telah dirasmikan oleh Ahli
Parlimen Ranau, YB Datuk
Sairingan Gubat, dan turut
hadir adalah Pengarah Biro
Aduan Awam JPM, Pe-
nolong Pegawai Daerah
Ranau dan Ketua-Ketua
Jabatan/Agensi yang terlibat.
Sempena Hari Hak Asasi Manusia
pada 3 Oktober, SUHAKAM Sabah
telah mengadakan
program mendekati
masyarakat di dua
buah Pusat Pendidi-
kan Komuniti di Kam-
pung Kipovou dan
Kampung Kibunut
dalam daerah
Penampang. Kanak-
kanak masyarakat
perkampungan yang
terlibat telah ditem-
patkan di Pusat Pendidikan Komuniti
tersebut untuk mendapatkan pendidi-
kan awal.
Seramai 50
orang kanak-
kanak telah
diraikankan
oleh warga
SUHAKAM
Sabah yang
diketuai oleh
Pesuruhjaya,
Puan Jannie
Lasimbang.
HAK ASASI MANUSIA MELALUI SENI : KOMITMEN SUHAKAM
AKTIVITI SUHAKAM SABAH PROGRAM MENDEKATI MASYARAKAT SEMPENA HARI SUHAKAM
DIALOG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG LOBOU TIMBUA, RANAU
SUHAKAM BUKA KAUNTER ADUAN BERGERAK DI RANAU
SUHAKAM Sabah dengan kerjasama
Pejabat Tanah Daerah Ranau telah
mengadakan dialog bersama pen-
duduk Kampung Labou Timbua,
Ranau. Program tersebut yang diada-
kan di Balai Raya Kampung Lobou
Timbua, telah dihadiri oleh Pegawai
Daerah Ranau, Tuan Haji Faimin
Kamin dan Penyelia Tanah Pejabat
Tanah Daerah Ranau, Ketua
Masyarakat Kg. Lobou Timbua dan
Pegawai Cawangan Khas, IPD
Ranau, selain penduduk kampung.
Dialog tersebut diadakan bagi mem-
bincang beberapa isu yang timbul
ekoran tanah di kawasan perkampun-
gan seluas 4,235 ekar yang akan
dibangunkan dengan tanaman kelapa
sawit oleh sebuah syarikat swasta.
4
TAHNIAH... ATAS PENGESAHAN
JAWATAN
Kepada Sofyan Md. Kussin @
Mohd Kassim sebagai Pemandu
Kenderaan Bermotor (Gred R3) di
Pejabat Sabah, pada 30 September
2012.
BERITA KAKITANGAN
SELAMAT KEMBALI…
Kepada Cik Natalie Chew Qi Wei,
yang menamatkan pelajaran pering-
kat Sarjana di New Zealand, dan
kembali bertugas dan ditempatkan di
Pejabat Sabah mulai 3 September
2012.
TAHNIAH… KERANA MELANJUT-
KAN PELAJARAN
Lee Pei Hsi, yang melanjutkan pela-
jaran peringkat Sarjana di sebuah
university di Sydney, Australia mulai
Januari 2012 lalu.
Rafidah Yahya, yang melanjutkan
pelajaran juga peringkat Sarjana di
sebuah university di United Kingdom
mulai 6 Ogos lalu.
LATIHAN, KURSUS, SEMINAR DAN BENGKEL Berikut adalah senarai kakitangan dan pegawai yang telah mengikuti latihan, kursus, seminar dan mesyuarat
di dalam negara, sepanjang bulan September 2012:
No. Latihan/kursus/seminar/bengkel Kakitangan/Pegawai Tempat Tarikh
1. Collection Assessment Workshop: Mohd. Ariff Safulah Perpustakaan, 4-5 Sept
Value for Money (Perpustakaan) Universiti Putra
Malaysia, Serdang.
2. Latihan mengenai Pengurusan Nurul Huda Rahim Jabatan Perdana 19-20 Sept
(Pengurusan) Menteri, Putrajaya.
3. Training of Traniers (TOT) – OBB Aida Suraya Haron Port Dickson 23-25 Sept
(Pengurusan) (JPM)
Manakala berikuit adalah pegawai dan pesuruhjaya yang telah menghadiri mesyuarat dan seminar di luar negara:
No. Latihan/kursus/seminar/bengkel Kakitangan/Pegawai Tempat Tarikh
1. Mesyuarat Tahunan ke-8 SEANF Tan Sri Hasmy Agam Chiangmai, 12-15 Sept
Puan Rodziah Abdul Thailand.
(Setiausaha)
Wan Kassim Wan Kadir
(Koordinasi Antarabangsa)
2. Seminar: The Rights of Persons Sophian Osman Bangkok, 25-29 Sept
with Disabilities (Sarawak) Thailand.
Siti Zaihan Zulkarnain
ULANGTAHUN KELAHIRAN (OKT)
Puan Hasmah, Encik Ameer Izyanif,
Puan Nor Maslina dan Puan Noraini
Kasah. Pihak KKSS telah men-
yediakan hadiah hari lahir.
TAHNIAH… ATAS KELAHIRAN ANAK
Ameer Izyanif Hamzah anak kedua, perempuan pada 14 Ogos 2012.
Jesrina Grewal anak pertama, perempuan pada 25 Julai 2012.
Ahmad Firdaus Abd. Shukor anak pertama, perempuan pada 10 Julai 2012.
Syahrizal Bakar anak ketiga, lelaki pada 15 Oktober 2012.
TAHNIAH… PAREMES DAN AKHDIAT
TAHNIAH kepada Paremeswari dan Akhdiat Nur Zahir, serta Encik Nisar Mohamad bin
Ahmad (pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, USIM) atas usaha mereka sehingga
membolehkan peruntukan grant sebanyak USD 6,650 daripada Raoul Wallenberg Institute
(RWI) untuk SUHAKAM menjalankan program Perniagaan dan Hak Asasi Manusia. Lima
puluh peratus daripada jumlah itu sudapun diperolehi, manakala selebihnya akan diberikan
pada Disember ini.
TAKZIAH BUAT TAN SRI HASMY DAN DATUK DR. KHAW
Seluruh warga SUHAKAM merakamkan ucapan takziah kepada Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Hasmy
Agam atas kembalinya ke Rahmatullah ayahanda beliau pada hari Sabtu 13 Oktober lalu. Semoga Allah mencucuri rahmat
ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh... Al-Fatihah...