Download - Catatan Refleksi Intership Baru
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( Minggu pertama 30 Mac hingga 03 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Saya telah memulakan Program Internship Program Pensiswazahan Guru (PPG)
pada 30 Mac 2015 iaitu pada hari Isnin. Pada minggu pertama ini saya memulakan
langkah dengan penuh semangat dengan harapan ianya dapat memenuhi syarat-
syarat yang telah ditetapkan. Saya di amanahkan untuk mengajar kelas 2 Cekap iaitu
kelas ketiga dalam aliran darjah 2. Murid yang terlibat dalam kelas 2 Cekap ini adalah
seramai 19 orang murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan keluarga yang
berbeza-beza. Oleh itu tahap penguasaan di dalam kelas ini agak baik dan murid-
murid ini kurang menimbulkan masalah disiplin kepada sekolah.
Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran bertajuk Solat Fardhu.
Selepas melaksanakan fasa persediaan, saya meminta murid menyebut nama solat
fardhu dan bilangan rakaat solat fardhu secara kelas, kumpulan dan individu.
Kemudian saya meminta murid menyebut secara berulang-ulang sehingga mereka
ingat. Hampir kesemua murid dapat menyebut nama solat fardhu dan bilangan rakaat
solat fardhu. Setelah kesemua murid menyebut nama solat dan bilangan rakaat, saya
meminta murid untuk menghafaz nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu.
2. Analisis isu / perkara yang difokus
Setelah semua murid berjaya menyebut dengan betul saya meminta murid untuk
menghafaz nama dan bilangan rakaat solat dalam masa yang ditetapkan. Dalam
masa yang sama saya melakukan pemerhatian terhadap murid-murid ini dan saya
dapati ada murid yang bersungguh-sungguh dan ada juga sebilangan yang
melakukannya sambil lewa. Apabila saya melihat situasi tersebut, saya meminta murid
untuk menghafaz secara berpasangan di mana apabila murid A menghafaz murid B
akan menyemak hafazan tersebut begitu juga sebaliknya apabila murid B menghafaz
murid A akan menyemak hafazan tersebut. Apabila masa yang ditetapkan untuk
menghafaz tamat saya meminta setiap murid menyebut nama solat dan bilangan
rakaat yang mereka ingat. Hampir 50% murid berjaya menghafaz dan 50% lagi
didapati tidak menghafaz bersama saya. Apabila diselidiki masalah murid yang tidak
dapat mengingati nama dan bilangan rakaat, saya dapati mereka sering bertukar
nama solat dengan bilangan rakaat yang sepatutnya.
2.1 Kekuatan
Murid-murid kelas 2 Cekap terdiri daripada kumpulan murid yang pandai dan
sederhana. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran saya telah
menyemak dan membetulkan sebutan kesemua murid. Kesemua murid juga mudah
faham dengan apa yang telah saya sampaikan. Murid-murid ini juga mudah faham
dengan arahan yang diberikan, bersemangat dan kuat berusaha untuk belajar.
2.2 Kelemahan
Semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya tidak menggunakan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan yang menarik minat para pelajar. Saya juga
tidak memberi tumpuan kepada murid yang lemah menghafaz kerana memberi
tumpuan kepada murid yang telah berjaya menghafaz semingga murid-murid yang
lemah terabai.
3. Cadangan penambahbaikan.
Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang saya perlu memberi
tumpuan yang lebih kepada kemampuan dan tahap pencapaian murid. Walaupun
murid-murid ini berada di dalam kelas yang baik, tidak kesemua murid mampu
menguasai matapelajaran pendidikan islam dengan baik. Saya juga akan
menyediakan bahan bantu mengajar berbentuk carta untuk membantu murid
menyebut nama dan menghafaz bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( Minggu kedua 6 April hingga 10 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tajuk Solat Fardhu
yang memberi fokus kepada nama-nama solat fardhu dan bilangan rakaat solat fardhu
yang mesti diketahui oleh semua murid. Murid-murid saya iaitu 2 Cekap sentiasa
mahu belajar dan menunjukkan minat yang mendalam untuk mengetahui sesuatu
pelajaran yang baru.
Pada minggu yang kedua ini saya telah menggunakan kaedah pengajaran saya
iaitu Talaqqichart. Talaqqichart adalah satu teknik mengajar menggunakan carta yang
menarik minat murid terutama murid yang lemah. Kad-kad berbentuk buah yang
berwarna warni telah dicipta dan ditulis nama-nama solat dan bilangan rakaat solat
fardhu. Kad-kad itu akan diedarkan kepada murid-murid dan murid-murid akan
menyebut nama solat dan bilangan rakaat secara berulang kali sama ada mengikut
bacaan murid atau menyebut beramai-ramai. Kemudian kad-kad tersebut akan
ditampal seorang demi seorang pada carta yang berbentuk pohon dan murid-murid
lain akan menyebut nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu. Seterusnya murid
diberi masa untuk mengingati nama dan bilangan solat fardhu. Guru akan membuat
penilaian dengan menyoal seorang demi seorang murid.
2. Analisis isu / perkara yang difokus
Setelah semua murid berjaya menyebut dan mengingati nama dan bilangan rakaat
solat fardhu, saya telah melakukan pemerhatian. Antaranya saya dapati murid
berminat dengan teknik yang saya gunakan dan mereka berlumba-lumba unutuk
menjawab persoalan saya. Saya berharap mereka dapat mempertingkatkan
pemahaman dan pengetahuan tentang solat dengan lebih baik lagi.
2.1 Kekuatan
Murid-murid kelas 2 Cekap terdiri dari murid yang aktif dan suka bertanya.
Alhamdulillah saya dapat mengawal disiplin mereka ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berjalan. Semuanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan
objektif pengajaran saya tercapai.
2.2 Kelemahan
Murid-murid berebut-rebut untuk menjawab soalan guru dan ketika guru meminta
menampal kad pada carta yang disediakan di hadapan kelas. Mereka seolah-olah
teruja untuk menunjukkan ilmu yang mereka dapat pada hari ini. Saya cuba
menyabarkan mereka dan memberi peluang kepada semua murid untuk keluar ke
hadapan.
3. Cadangan Penambahbaikan
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang, saya akan cuba untuk
memberi peluang kepada semua murid dan akan lebih menyediakan aktiviti yang
mampu memberi kepuasan kepada diri murid-murid. Di samping itu, saya juga akan
menggunakan masa dengan aktiviti yang memberangsangakan minda murid-murid.
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( Minggu ketiga 13 April hingga 17 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Pada minggu yang ketiga, saya mula menggunakan teknik carta untuk murid-murid
mendalami dan mengingati lagi tentang solat dan bilangan rakaat solat fardhu. Di sini
saya telah mengubah sedikit dengan mengedarkan kad-kad nama solat dan bilangan
rakaat solat fardhu kepada setiap murid. Saya telah meminta setiap murid yang
memegang kad tersebut menyebut satu persatu sambil murid-murid lain mengikut
sebutan kawan mereka. Kemudian saya meminta mereka menghafaz nama dan
bilangan rakaat secara beransur-ansur.
2. Analisis isu / perkara yang difokus
Setelah semua murid berjaya menyebut dan mengingati nama dan bilangan rakaat
solat fardhu, saya telah melakukan pemerhatian. Antaranya saya dapati murid lebih
teruja untuk menjawab persoalan saya tanpa sebarang kesangsian. Saya berharap
mereka dapat mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang solat dengan
lebih baik lagi.
2.1 Kekuatan
Sememangnya murid-murid sukakan pujian terutama ketika mereka dapat menjawab
soalan dengan betul. Saya telah mengambil inisiatif dengan memberi mereka sedikit
tanda mata sebagai pendorong untuk murid lain mennyebut dan menghafaz nama
solat dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul dan lancar. Nampaknya cara
saya ini membuahkan hasil yang baik kerana kebanyakan murid telah dapat menyebut
dan menghafaz nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.
2.2 Kelemahan
Namun begitu, di sebalik kejayaan saya menarik minat murid untuk menyebut dan
menghafaz nama dan bilangan rakaat solat fardhu, terdapat seorang dua murid yang
masih nampak dalam kebingungan. Mereka seolah-olah tidak memahami apa yang
saya ajar selama ini. In Sha Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk menarik minat
mereka dalam mempelajari rukun Islam yang kedua ini.
3. Cadangan Penambahbaikan
Saya bercadang untuk melakukan aktiviti yang melibatkan semua murid terutama
murid yang lemah tadi. Saya akan menggunakan daya tarikan yang menarik minat
murid tersebut seperti menjadikan kawan-kawan mereka sebagai rakan pembimbing
yang akan membantu mereka untuk mengingati dan menghafaz nama dan bilangan
rakaat solat fardhu.
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
( Minggu keempat 20 April hingga 24 April 2015 )
1. Isu / Perkara yang difokus
Pada minggu yang terakhir ini, saya telah menggunakan sepenuhnya Talaqqichart
untuk memastikan semua murid 2 Cekap dapat mencapai objektif pengajaran dan
pemebelajaran. Pada awal permulaan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah
meminta beberapa orang murid menyebut nama dan bilangan rakaat solat fardhu
yang telah mereka pelajari pada minggu lepas. Saya begitu bangga kerana
sebilangan besar murid dapat menyebut dan menghafaz dengan betul dan lancar,
tetapi malangnya masih terdapat beberapa orang yang tidak mampu mengingati
semua nama dan bilangan rakaat solat fardhu yang telah dipelajari.
Saya telah mengulangi teknik yang sama dengan sedikit pengubahsuaian dimana
kad-kad nama dan bilangan rakaat solat fardhu diedarkan kepada semua murid.
Murid-murid yang memegang kad-kad tersebut diminta menyebut seorang demi
seorang sehinggalah habis semua waktu solat. Kemudian semua murid diminta
mengikut sebutan rakan mereka satu persatu. Selepas itu murid-murid yang
memegang kad-kad tersebut dikehendaki menampal kad-kad itu pada carta yang telah
disediakan sambil murid-murid lain menyebut nama solat dan bilangan rakaat solat
yang mereka tampal. Setelah selesai, guru mengulang semula sambil semua murid
menyebut beramai-ramai.
Beberapa kumpulan dibentuk. Setiap kumpulan dikehendaki menulis nama solat dan
bilangan rakaat yang mereka tahu.dan ingat. Alhamdulillah, segala usaha saya
membuahkan hasil yang baik. Mereka telah dapat menghafaz nama dan bilangan
rakaat solat fardhu dengan betul dan lancar. Setiap ahli kumpulan memberi
kerjasama yang baik dan masing-masing dapat mengingati nama solat dan bilangan
rakaat solat fardhu.
2. Analisis isu / perkara yang difokus
Penilaian yang saya buat berdasarkan penyoalan terhadap nama dan bilangan rakaat
solat fardhu yang mereka ingat. Saya juga menilai pemahaman mereka dengan
aktiviti lembaran kerja.
2.1 Kekuatan
Kebanyakan murid-murid kelas 2 Cekap adalah terdiri daripada murid yang sangat
lemah. Mereka sebenarnya kurang fasih untuk membaca tulisan jawi tetapi dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan ini, semuanya menggunakan
tulisan jawi. Alhamdulillah, mereka dapat menyebut nama solat pada kad yang dibuat
dengan baik.
2.2 Kelemahan
Selain ada yang tidak dapat membaca jawi dengan lancar, satu lagi sikap yang tidak
dapat dihindari ialah sikap malas. Mereka malas untuk membuka mulut mengikut
sebutan guru apatah lagi untuk menghafaz nama solat dan bilangan rakaat solat
fardhu. Terdapat seorang dua yang bersikap sedemikian. Sewajarnya mereka ini
memerlukan motivasi dan sokongan yang yang kuat daripada pihak guru mahupun
keluarga,
3. Cadangan Penambahbaikan
Kaedah yang saya gunakan ini boleh diperbaiki lagi memandangkan saya dapati
penggunaan carta boleh menarik minat murid untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Mungkin kad-kad yang disediakan itu diperbesarkan lagi dan warna
yang menarik digunakan. Kad-kad yang saya gunakan itu agak kecil.dan bentuknya
kurang sesuai. Di samping itu, penggunaan masa dengan aktiviti yang dijalankan
seharusnya sesuai. Tidak terlalu lama dan tidak terlalu cepat. Masa yang ada
hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya, penuh dengan aktiviti yang menarik
minat murid-murid.
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : WAN SUHAIZA BINTI WAN SULONG
NO KAD PENGENALAN : 720319-11-5180
PROGRAM : INTERNSHIP
NAMA SEKOLAH : SK SENTUL 2, KUALA LUMPUR.
NAMA PROJEK : KEMAHIRAN MENYEBUT DAN MENGHAFAZ
NAMA DAN BILANGAN RAKAAT SOLAT FARDHU
TEMPOH PELAKSANAAN: 30 MAC 2015 – 24 APRIL 2015
1. OBJEKTIF
Kaedah Talaqqichart (Solatchart) ini adalah untuk mengurangkan kekeliruan di
kalangan murid dalam menyebut dan menghafaz nama dan bilangan rakaat
solat fardhu. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk topik matapelajaran
Pendidikan Islam yang lain seperti Sirah, Adab, al-Quran, Jawi dan sebagainya.
2. STRATEGI PELAKSANAAN
Untuk permulaan, murid diberi penerangan tentang solat yang wajib dilakukan
oleh semua umat Islam. Kemudian guru menyampaikan nama-nama dan
bilangan rakaat solat yang wajib diketahui dan disempurnakan. Murid-murid
ditunjukkan kad-kad berwarna-warni yang ditulis nama-nama solat. Guru
menyebut nama-nama solat sambil diikuti oleh murid beramai-ramai. Murid-
murid melakukan latih tubi menyebut nama solat berulangkali.
Seterusnya, guru menyoal beberapa orang murid tentang nama solat
yang mereka tahu. Setiap murid diberi masa untuk menghafaz nama-nama
solat fardhu,
Selepas itu, guru menerangkan bilangan rakaat setiap solat fardhu
tersebut. Guru menyebut nama-nama solat fardhu diikuti dengan bilangan
rakaat solat fardhu berkenaan. Bilangan rakaat solat fardhu juga ditulis di atas
kad-kad berwarna-warni. Murid-murid diminta mengikut sebutan guru berulang-
ulang kali sehingga mereka dapat menyebut nama dan bilangan rakaat solat
fardhu dengan betul. Kemudian kad-kad tersebut diedarkan kepada semua
murid dan mereka menyebut sambil diikuti oleh rakan-rakan mereka.
Kemudian guru meminta murid-murid yang memegang kad-kad tadi
menampal pada carta yang telah disediakan. Murid-murid menampal sambil
menyebut nama dan bilangan rakaat solat fardhu tersebut. Selesai menampal
semua kad-kad itu, guru menyebut lagi sambil meminta semua murid
menghafaz nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu tersebut.
Setelah itu, guru meminta murid-murid membentuk beberapa kumpulan
kecil di mana mereka dikehendaki menulis nama dan bilangan rakaat solat
fardhu. Setiap ahli kumpulan diminta menulis nama dan bilangan rakaan solat
fardhu yang mereka ingat. Murid diberi masa untuk menyiapkannya.
Kemudian wakil setiap kumpulan tampil ke hadapan dan membaca nama dan
bilangan rakaat solat fardhu yang ditulis.
Kemudian, guru meminta setiap murid munyebut nama dan bilangan
rakaat solat fardhu yang mereka hafaz. Alhamdulillah, kebanyakan murid telah
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran guru.
Akhir sekali, sebagai penilaian, guru telah mengedarkan lembaran kerja
kepada murid-murid. Mereka diminta memadankan nama dan bilangan rakaat
solat fardhu dengan betul.
3. REFLEKSI
a) Kekuatan projek
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam tajuk ini iaitu nama dan
bilangan rakaat solat fardhu ialah mereka mudah tertukar bilangan rakaat
dengan solat yang sepatutnya.
Murid yang lemah akan menganggap tajuk ini sangat sukar dan mereka
akan bosan untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Mereka tidak akan
ambil tahu dan memandang remeh tentang solat fardhu. Tambahan lagi,
mereka didapati tidak berminat dengan Pendidikan Islam. Dengan itu,
mereka akan mengabaikan penerangan yang diberi oleh guru. Untuk
menarik minat murid ini kembali, guru perlulah mencari kaedah pengajaran
yang sesuai.
Bilangan murid yang ramai di dalam kelas juga menyumbang kepda
ketidakfahaman murid. Di tambah pula dengan murid-murid yang kurang
berminat untuk belajar dan sering membuat bising serta kurang
menumpukan perhatian. Ini menyebabkan tumpuan rakan-rakan yang ingin
belajar terganggu.
Setelah ditinjau masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini maka saya
sebagai guru telah menganalisis masalah yang dihadapi oleh anak murid
saya. Sebagai jalan penyelesaian masalah berkenaan, saya telah
mendapat idea untuk membantu murid-murid saya yang ingin belajar ini di
samping menarik minat muird-murid yang sedikit nakal itu. Maka terciptalah
kaedah atau teknik pengajaran yang saya namakan Talaqqichart
(Solatchart). Pada pendapat saya, kaedah atau teknik ini mampu membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya.
Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, saya telah melakukan soal
selidik tentang solat. Saya telah bertanyakan mengenai solat yang pernah
mereka lakukan. Namun jawapan mereka sangat menghampakan kerana
kebanyakan mereka tidak pernah solat walaupun di rumah. Mungkin kerana
tidak ada kesedaran atau didikan daripada ibu bapa di rumah.
Oleh itu, saya mengambil inisiatif untuk menarik minat murid-murid
dalam menjalankan solat fardhu dengan menerangkan dahulu tentang
nama-nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan cara yang menarik.
Banyak kekuatan dalam penggunaan kaedah ini. Antaranya ialah
penggunaan kad-kad yang berwarna-warni ini dapat menarik minat murid di
samping menggalakkan murid-murid untuk menyebut nama-nama dan
bilangan rakaat solat fardhu. Mereka akan menyebut nama dan bilangan
rakaat solat kerana jika mereka tidak dapat menyebut mereka tidak
berpeluang untuk menampal kad-kad tersebut pada carta yang telah
disediakan. Tidak dapat dinafikan murid-murid tahun 2 Cekap ini sukakan
aktiviti yang memerlukan pergerakan. Tambahan pula carta yang saya
sediakan itu berbentuk sepohon pokok yang mana kad-kad nama dan
bilangan rakaat berbentuk buah-buahan.
Selain itu, set induksi yang saya lakukan tadi iaitu tayangan video lagu
tentang solat lima waktu. Mereka nampak gembira dan menyanyi bersama-
sama. Apa yang saya lihat di sini, mereka boleh mengingati nama-nama
solat sambil menyanyi. Malah saya diminta memainkan semula video
berkenaan berulang-ulang kali. Sambil mendengar lagu, saya meminta
mereka menyanyi berpandukan carta di hadapan.
Kekuatan yang seterusnya ialah kaedah atau teknik ini amat senang
digunakan dan difahami. Ia dapat menyelesaikan masalah muird yang
kurang daya ingatan dengan menyebut berulang-ulang kali menggunakan
kad-kad yang berwarna-warni. Ini mampu mengekalkan ingatan murid
tentang apa yang telah disebut dan mudah untuk menghafaz.
Kekuatan yang terakhir ialah kaedah atau teknik ini sesuai untuk semua
tajuk-tajuk yang lain seperti al-Quran, Jawi, Adab Islamiah dan sebagainya.
b) Kelemahan Projek
Kelemahan projek ini ialah ia memerlukan masa yang lama dalam
pengajaran dan pembelajarn kerana guru haruslah memastikan semua
murid dapat memahami pelajaran yang diajar dan tercapainya objektif guru.
Mereka sepatutnya menghafaz seorang demi seorang agar guru dapat
mengesan murid yang lemah dan tidak dapat menyebut dan menghafaz
nama solat dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul.
Kelemahan yang kedua ialah terdapat murid yang tidak dapat meyebut
nama dan bilangan rakaat solat fardhu dengan betul. Mereka masih keliru
dengan bilangan rakaat solat yang betul.
Kelemahan yang ketiga ialah mungkin kad-kad nama dan bilangan
rakaat yang kecil yang menyebabkan mereka tidak dapat mengamati
perkataan tersebut dengan baik.
Kelemahan yang terakhir ialah murid-murid sendiri yang tidak ada
kemahuan untuk mendalami tentang solat memandangkan mereka tidak
mendapat sokongan dan kurangnya perhatian ibu bapa di rumah. Ibu bapa
seolah-olah menyerahkan hal pendidikan kepada guru semata-mata.
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan masa akan cuba diuruskan dengan sebaik mungkin agar tidak
mengambil masa yang terlalu lama untuk memahaminya. Murid akan diajar
tentang nama-nama solat terlebih dahulu. Jika mereka telah dapat menyebut
dan menghafaz nama-nama solat, barulah mereka akan diajar bilangan rakaat
solat fardhu pula.
Penambahbaikan yang kedua ialah penggunaan kad yang lebih menarik
dan ceria lagi. Ini mampu menyumbang kepada pemahaman murid yang lebih
jauh berbanding penggunaan kad yang ada sekarang. Guru sepatutnya
menyediakan kad-kad berbentuk kartun yang diminati oleh murid-murid seperti
Spongebob, Ironman dan lain-lain lagi.
Seterusnya penambahbaikan yang ketiga ialah cara guru berinteraksi
dengan murid. Mungkin murid-murid sukakan guru yang bercakap lemah
lembut dan tidak kasar. Guru yang lebih memahami jiwa kanak-kanak amat
diharapkan ketika menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak
amat sukakan pujian dan pemberian.
5. KESIMPULAN
Projek inovasi yang dijalankan akan terus dibuat penambahbaikan agar semua
murid akan dapat memahami kaedah penggunannya. Jika murid dapat
memahaminya, maka kekeliruan tentang nama dan bilangan rakaat solat
fardhu akan dapat diatasi.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan masa akan cuba diuruskan dengan sebaik mungkin agar tidak
mengambil masa yang terlalu lama untuk memahaminya. Murid akan diajar
tentang nama-nama solat terlebih dahulu. Jika mereka telah dapat menyebut
dan menghafaz nama-nama solat, barulah mereka akan diajar bilangan rakaat
solat fardhu pula.
Penambahbaikan yang kedua ialah penggunaan kad yang lebih menarik
dan ceria lagi. Ini mampu menyumbang kepada pemahaman murid yang lebih
jauh berbanding penggunaan kad yang ada sekarang. Guru sepatutnya
menyediakan kad-kad berbentuk kartun yang diminati oleh murid-murid seperti
Spongebob, Ironman dan lain-lain lagi.
Seterusnya penambahbaikan yang ketiga ialah cara guru berinteraksi
dengan murid. Mungkin murid-murid sukakan guru yang bercakap lemah
lembut dan tidak kasar. Guru yang lebih memahami jiwa kanak-kanak amat
diharapkan ketika menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Kanak-kanak
amat sukakan pujian dan pemberian.