Download - Cerita Kanak-kanak Bm
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
1/32
Budak yang Malas
"Ahmad, kamu sudah besar panjang. Kamu mesti rajin bekerja.
Nanti kamu sendiri yang susah kalau malas bekerja," kataabang Ahmad.
Ahmad tidak mengendahkan nasihat abangnya. Sebaliknya dia
terus berlari menuju ke hutan.
Kerana terlalu penat berjalan seharian Ahmad tertidur di tepi
banir sepohon kayu yang besar. Tidak lama kemudian dia
bermimpi roh ayahnya.
"Ahmad, sampai bila kamu mahu jadi budak yang malas?" tanya
roh itu.
Tiba-tiba Ahmad terjaga dan sedar bahawa rupanya dia
bermimpi.
Pada suatu hari, abangnya menyuruh Ahmad menjaga anak-
anaknya. Apabila abangnya sudah tiada, Ahmad terus makan
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
2/32
apa sahaja yang ada di dapur. Selepas itu, dia memetik jari
untuk memanggil Si Tompok, kucing mereka.
"Untung kamu, Tompok. Kamu pun asyik bermain, makan dan
tidur, tapi tak dimarahi," kata Ahmad.
Selepas itu Ahmad pun tidur.
Alangkah hampanya hati abang Ahmad apabila dia balik ke
rumah pada petang itu, Ahmad masih tidur dengan nyenyak.
Apabila Ahmad terjaga abangnya terus memarahinya.
"Pergi kamu dari sini! Bela Si Tompok tu lebih baik daripada
bela kamu ini! Tak pandai langsung nak jaga hati orang lain,"
kata abang Ahmad. Ahmad terus lari ke dalam hutan. Dia
mencari buah-buahan liar di dalam hutan. Dia makan sebanyak
mungkin sehingga dia tertidur lagi.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
3/32
Apabila sedar dia pun bangkit untuk pulang semula ke rumah
abangnya. Namun Ahmad berasa tidak selesa dengan kedua-dua
kakinya. Dia pun merangkak dengan kedua-dua tangannya
sekali.
Apabila hampir di rumah abangnya, dia dapati kesemua anak
abangnya memetik jari ke arahnya sambil bersuara manja.
"Eh, kucing siapa ni, pagi-pagi lagi dah datang ke rumah kita?"
soal abangnya kepada anaknya.
Ahmad undur setapak. Dia dapati kesemua badannya ditumbuhi
bulu halus dan tangannya mempunyai cakar macam Si Tompok.Barulah Ahmad sedar yang dia sudah bertukar menjadi seekor
kucing malas yang kelaparan.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
4/32
CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan di ruangtamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan
mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap
nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik
terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan
untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat
berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat
untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia
menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu
isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang
masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan,
tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas
kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya
menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
5/32
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri
menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu
sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking
seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya
akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda
dan tidak selalunya di atas. Ada masa ketikanya kita akan turun ke
bawah dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup
tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada
bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan
kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah
dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah
dengan tenaganya".
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
6/32
Cerita Bawang Putih Bawang Merah
Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencildari orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak
Labu. Sungguhpun sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka
masih belum mempunyai cahaya mata.
Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. Labu,
aku berhajat hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan
anak, walaupun sudah lama engkau menjadi isteriaku tetapi engkau tidak
dapat melahirkan anak.
Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun
berat rasa hati ini, beritahu Mak Labu terus terang.
Terimakasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama
adil bila aku beristerikan seorang lagi nanti, janji pak Ali.
Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak
Kundur. Walaupun mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat
seperti dijanjikan, Pak Ali melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.
Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya
yang disangka mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya
mengandung tiga bulan.
Syukur kepada Allah kerana tidak lama lagi aku akan mendapat dua
orang anak sekaligus, fikirnya dalam hati.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
7/32
Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan
anak. Kedua-duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama
Bawang Merah dan anak Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama
itu diambil sempena dengan tanaman Pak Ali yang sangat subur padamasa itu iaitu bawang merah dan bawang putih. Semenjak itu juga nama
kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan Mak
Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah
mencapai dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik.
Memang sukar anak-anak gadis di kampung itu hendak mengatasi
kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih. Tetapi kalau ditanya
kepada Mak Bawang Putih siapakah yang lebih cantik, tentu Mak BawangPutih akan menjawab Bawang Putih yang cantik. Jika ditanya kepada
Mak Bawang Merah, Mak Bawang Merah akan menjawab yang kedua-
duanya sederhana tidak ada siapa yang lebih cantik.
Tentang perangai pula, didapati Bawang Putih lebih nakal dan jahat.
Disuruhnya Bawang Merah memasak nasi dan membuat kerja itu dan ini.
Kalau di hadapan Pak Ali, Bawang Putih pandai pula bermuka-mukamembuat kerja.
Pada suatu hari Pak Ali pergi mengail ikan dengan Bawang Merah. Hari
itu nasib Pak Ali kurang baik kerana entah bagaimana Pak Ali disengat
oleh seekor ikan sembilang yang baru sahaja mengena kailnya. Pak Ali
memanggil anaknya Bawang Merah membantunya kerana tidak tahan
menanggung kesakitan akibat disengat oleh ikan itu. Dengan perasaan
yang cemas, Bawang Merah memapah bapanya pulang ke rumah.
Apabila sampai di rumah, kedua-dua isterinya terperanjat melihatkan
Pak
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
8/32
Ali pulang dalam kesakitan. Mak Bawang Merah pergi menjemput Pawang
Jidun iaitu seorang pawang yang terkenal di kampung itu. Pawang Jidun
pun mengubat Pak Ali secara perubatan tradisional. Oleh kerana ajalnya
telah sampai, perubatan Pawang Jidun tidak memberi apa-apa kesan. PakAli pun meninggal dunia. Pemergian Pak Ali yang kekal abadi itu ditangisi
oleh keluarganya.
Semenjak Pak Ali meninggal dunia, perselisihan dan pergaduhan diantara
Mak Bawang Merah dan Mak Bawang Putih selalu sahaja terjadi. Sebab
utama tentulah hal anak-anak kerana mereka tinggal serumah jadi selalu
sajalah mereka bertengkar.
Mak Bawang Putih sangat benci kepada Mak Bawang Merah. Dia sentiasa
sahaja mencari peluang untuk menghapuskan Mak Bawang Merah. Pada
suatu hari, peluang yang ditunggu-tunggu selama ini terbuka. Apalagi
hanya mereka berdua sahaja yang berada ditempat itu. Kebetulan Mak
Bawang Merah sedang menceduk air di perigi lama. Mak Bawang Putih
datang dari arah belakang dan terus menolak Mak Bawang Merah ke
dalam perigi. Oleh kerana perigi itu dalam, dia terus tenggelam dan
lemas. Perigi itu jarangdigunakan. Selalunya mereka menggunakan perigi
di hadapan rumah mereka.
"Mampuslah engkau! jerit Mak Bawang Putih dengan geramnya.
Tiga jam berlalu tetapi Bawang Merah masih belum tahu kemana
emaknya pergi. Sedang dia termenung dan bersedih hati memikirkan
ibunya, tiba-tiba Mak Bawang Putih datang dari arah belakang dan
memukulnya lalu Bawang Merah pun jatuh pengsan di situ juga dengan
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
9/32
berlumuran darah keluar dari hidung dan mulutnya. Mak Bawang Putih
yang tidak menaruh belas kasihan apabila melihat Bawang Merah
pengsan itu, terus mengajak anaknya bersama-sama pergi ke rumah
saudaranya.
Tidak berapa lama selepas itu, Bawang Merah tersedar dari pengsan.
Dia menangis tersedu-sedu sambil memangggil-manggil nama emaknya.
Puas dipanggil dan dicari namun tidak ada. Dia juga hairan kerana Mak
Bawang Putih dan Bawang Putih juga tidak ada di rumah. Hari sudah
malam tidak ada sesiapa yang pulang. Bawang Merah merasa cemas
tinggal keseorangan diri di rumah yang di kelilingi hutan tebal itu. Pintu
rumah dikunci rapat-rapat. Setelah jauh malam akhirnya dia pun
tertidur.
Dalam tidurnya dia bermimpi ibunya datang kepadanya dengan memakai
telekung putih. Anakku bawang Merah! Mak telah mati ditolak ke dalam
perigi lama oleh Mak Bawang Putih semasa mak menceduk air. Mak tidak
sangka dia tergamak melakukan perbuatan itu terhadap Mak. Ingatlah
anakku, kau jagalah diri mu dari telatah Mak Bawang Putih yang ganas
itu. Sekarang Mak hendak pergi dahulu. Kau tinggallah baik-baik.
Sebaik sahaja emaknya meminta diri, Bawang Merah pun terjaga dari
tidurnya. Dia memandang sekeliling mencari-cari emaknya. Mulutnya
memanggil-manggil Mak.Mak.
Namun tidak ada jawapan, barulah dia sedar rupanya dia bermimpi, dia
menangis sekuat-kuat hatinya kerana dia pecaya segala kata-kata dalam
mimipinya tadi dan tambahan pula dengan sikap Mak Bawang Putiah yang
memukulnya dan meninggalkannya itu.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
10/32
Esoknya, pagi-pagi lagi dia pergi ke perigi tersebut. Tanpa disedari air
matanya membasahi kedua belah pipinya sambil mulutnya bersuara.
Mak..Mak.
Sedang Bawang Merah bersedih memerhati ke dalam perigi itu, dengan
kehendak Allah tiba-tiba timbullah seekor ikan kaloi. Ikan itu boleh
berkata-kata:Wahai anakku Bawang Merah. Akulah mak engkau. Mak
telah mati ditolak ke dalam perigi ini oleh Mak Bawang Putih. Engkau
datanglah bermain dengan mak pada tiap-tiap hari. Bawalah makanan
untuk mak sekepal nasi melukut dan sayur keladi. Kemudian ikan itu
tidak dapat berkata lagi untuk selama-lamanya.
Setelah itu Bawang Merah pun pulang ke rumah. Bila sampai di rumah
didapati Mak Bawang Putih dan Bawang Putih sudah menunggu dengan
muka bengis.
Ke mana engkau pergi?
Mak cik, saya sedang mencari mak saya, jawab Bawang Merah.
Mak engkau sebenarnya telah mati kerana jatuh ke dalam perigi. Aku
telah berusaha hendak menolongnya tetapi tidak terdaya, jawab Mak
Bawang Putih berbohong.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
11/32
Bawang Merah tidak berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan kata-
kata Mak Bawang Putih. Dia yakin dengan mimpinya malam tadi dan
percakapan ikan kaloi di perigi sebentar tadi.
Lekas pergi ke dapur dan masak untuk kami. Ingat! Mulai hari ini kami
berdua menjadi raja dalam rumah ini, kami tidak mahu membuat apa-apa
kerja. Segala kerja seperti memasak, mencuci kain dan mengemas
rumah adalah tugas engkau! beritahu Mak Bawang Putih dengan
sombong.
Bawang Merah terpaksa menurut sahaja perintah itu. Tiap-tiap hari
tidak ada peluang langsung dia hendak berehat, asyik dengan membuatkerja sahaja.
Bagaimanapun pagi-pagi lagi sebelum Mak Bawang Putih dan Bawang
Putih bangun dari tidur, dia sudah pergi ke perigi. Lalu dia bergurindam
memanggil ibunya:
Mak.Mak..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
12/32
Sebaik sahaja Bawang Merah bergurindam, ikan kaloi itu pun timbul lalu
Bawang Merah pun memberi makan. Setelah selesai Bawang Merah pun
pulang.
Pada mulanya perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa. Dua minggu
selepas itu, rahsia itu pecah juga. Pagi itu Bawang Putih bangun dari
tidur terlebih awal kerana hendak membuang air kecil. Selepas buang
air, dia terdengar suara orang bergurindam. Perlahan-lahan dia
mengintai di sebalik semak.
Oh, di sini rupanya si Bawang Merah datang hari-hari. Akan aku
perhatikan apa yang dibuatnya disini. bisik Bawang Putih.
Dia dapat melihat dan mendengar segala-galanya yang berlaku. Lantas
dia cepat-cepat pulang dan mengadu kepada emaknya.
Oh begitukah? Nanti aku akan tangkap ikan itu! kata mak BawangMerah.Segala rangkap gurindam itu dihafal oleh Mak Bawang Putih. Pada
waktu tengah hari ketika Bawang Merah sedang bekerja di rumah, Mak
Bawang Putih pergi ke perigi itu dan membawa sekepal nasi melukut dan
sayur keladi. Mak Bawang Putih pun bergurindam:
"Mak.Mak..Ikan kaloi,
Timbullah Bawang Merah datang,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk mak makan di pagi hari.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
13/32
Ikan itu tidak timbul. Mak Bawang Putih bergurindam lagi. Tidak timbul
juga. Kemudian Bawang Putih pula yang bergurindam. Tidak juga timbul.
Bawang Putih bergurindam lagi. Barulah ikan itu timbul. Sebaik sahaja
ikan itu timbul, ikan itu pun disauk dengan penyauk. Secara diam-diammereka membawa balik ikan itu.
Bawang Merah, tengah hari ini biarlah Mak Cik masak. engkau pergi
cari kayu api, katanya kepada Bawang Merah.
Baiklah Mak Cik.
Sepeninggalan Bawang Merah, Mak Bawang Putih pun menggulai ikan itu.
Bila Bawang Merah pulang dari mencari kayu api, dia terus dipelawa
makan nasi berlaukkan ikan gulai tadi. Berselera sekali nampaknya dia
memakan ikan itu.
Keesokkan paginya seperti biasa Bawang Merah pergi ke perigi untuk
memberi iakn kaloi itu makan. Dia bergurindam. Tapi berkali-kali dia
mengalunkan gurindam ikan kaloi itu tidak timbul-timbul. Dia pun
menangis teresak-esak kerana ikan kaloi tidak lagi timbul. Sedang diamenangis tiba-tiba terdengar satu suara ghaib
Tidak usahlah engkau menangis Bawang Merah. Ikan kaloi sudah
ditangkap oleh Mak Bawang Putih dan sudah dibuat gulai yang engkau
makan semalam. Dan sekarang engkau carilah tulang-tulangnya dan
tanamlah. kemudian suara itu pun hilang.
Sebaik saja suara itu ghaib, Mak Bawang Putih datang dari arah
belakang dan memukulnya dengan kayu.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
14/32
Anak sial! Apa yang engkau buat di tepi perigi ini? Oh, engkau hendak
berjumpa mak engkau ikan kaloi itu ya! Semalam yang engkau makan
itulah ikan kaloi mak engkau! Lekas balik ke rumah dan masak nasi
herdik Mak Bawang Putih.
Setelah selesai memasak nasi, dengan senyap dia turun ke bawah rumah
untuk mencari tulang-tulang ikan itu. Puas dia mencari, barulah
berjumpa tulang-tulang itu dihimpun dan ditanam di atas bukit jauh
sedikit dari rumahnya. Atas kehendak Allah Taala, dalam masa sebulan
sahaja tukang-tulang ikan itu menjadi sepohon pohon beringin yangrendang. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada
masa lapang, dengan diam-diam dia bermain buaian disitu. Sambil
berbuai dia akan menyanyi:
Tinggi-tinggi pohon beringin
Kalau tinggi menyapu awan
Kalau rendah menyapu bumi
Laju-laju buai laju
Bertiuiplah angin bayu-bayu
Tolonglah aku yatim piatu
Dengan berbuat demikian dapatlah juga meghiburkan hatinya yang
sedang gelisah. Pada ketika itu ada seorang raja sedang berburu.
Baginda diiringi oleh beberapa oranghulubalangnya. Sudah dua hari dua
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
15/32
malam baginda berburu tetapi tidak mendapat seekor binatang buruan
pun. Namun begitu baginda tetap sukacita. Perangainya berbeza dari
biasa. Biasanya kalau dalam keadaan begitu baginda sangat murka dan
terus mengajak pengiring-pengiringnya pulang sahaja. Perubahanperangai baginda itu sangat luar biasa.
Pada pagi yang ketiga mereka berburu lagi. Tiba-tiba melintas di
hadapan baginda seekor rusa. Dengan pantas baginda memanah tetapi
tidak kena. Biasanya kalau seperti itu, rusa itu sudah tentu terkena
anak panah baginda.
Baginda memerintah hulubalang-hulubalangnya mengejar rusa itu sambil
mencari binatang buruan yang lain. Namun segala-galanya hampa. Sedang
mereka berjalan-jalan, salah seorang hulubalang mendengar suara
seorang perempuan menyanyi.
Datuk Menteri, cuba dengar suara perempuan sedang menyanyi! kata
hulubalang kepada Datuk Menteri.
Mengarut engkau ini. Dalam hutan begini mana ada perempuan
menyanyi! jawab Datuk Menteri.
Cuba Datuk dengar sendiri.
Jangan-jangan suara hantu! kata Datuk Menteri.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
16/32
Mereka bersepakat hendak menghampiri ke tempat suara itu, akhirnya
mereka dapat melihat penyanyi itu ialah Bawang Merah. Kerana wajah
Bawang Merah yang sangat cantik mereka berpakat hendak
mempersembahkan pertemuan itu kepada tuanku kerana tuanku raja
masih belum beristeri.
Bawang Merah terasa dirinya sedang diintai. Dia pun cepat-cepat lari
pulang. Dua orang hulubalang tadi mengekori Bawang Merah secara sulit
untuk mengetahui rumahnya.
Kemudian mereka pun persembahkan perkara itu kepada baginda.
Baginda sangat senang hati mendengar cerita itu. Mereka pun beramai-
ramai pergi ke rumah Bawang Merah.
Assaalamualaikum.
Waalaikumussalam.jawab Mak Bawang Putih.
Tuan hamba, sebentar tadi kami melihat ada seorang gadis cantik
sedang bermain buaian di bukit sana. Kata Datuk Menteri.
Gadis cantik? Oh..memang ada dia anak patik, jawab Mak Bawang
Putih.
Maka mak Bawang Putih pun memanggil Bawang Putih keluar untuk
mengadap Datuk Menteri.
Bukan ini. Yang lain. Dia lebih cantik! jawab Datuk Menteri.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
17/32
Yang seorang lagi ada tapi dia orang gaji patik jawab Mak Bawang
Putih.
Bila mak Bawang Putih menarik Bawang Merah mengadap Datuk Menteri
tiba-tiba Datuk Menteri menjerit.
Haa inilah orangnya! Dialah yang berbuai dan menyanyi dengan
merdunya!
Menyanyi? fikir Mak Bawang Putih.
Tuanku, kalau dalam soal menyanyi anak patik Bawang Putih lagi pandai.
Untuk itu baginda sultan hendak membuat ujian di hadapan orang ramai.
Mula-mula Bawang Putih dahulu yang menyanyi. Bawang Putih belum
pernah menyanyi dan menaiki buaian lalu merasa kekok sekali. Hendak
naik ke atas buaian pun teragak-agak. Kemudian dia pun menyanyi.
Suaranya sumbang dan tidak ada irama langsung. Senikatanya pun tidak
ada erti langsung.
Tiba pula giliran Bawang Merah. Secara senang sahaja dia menaikibuaian. Buaian itu tidak perlu dihayun. Ia berbuai sendiri semakin lama
semakin laju. Nyanyiannya pula sangat merdu. Sama seperti yang di
dengar oleh Datuk Menteri dan hulubalang-hulubalang. Dengan itu
baginda sultan pun bersetuju menjadikan Bawang Merah permaisuri
baginda.
Apakah ini orang gaji Mak Cik? tanya baginda.
Ampun tuanku, sebenarnyadia ini anak tiri patik. Walaupun anak tiri,
patik menjaga seperti anak sendiri.
Akhirnya berkahwinlah Bawang Merah dengan tuanku. Dia pun menjadi
isteri kesayangan baginda dan telah berpindah di istana baginda.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
18/32
Walaupunbegitu Bawang Merah tetap tidak menyisihkan Mak Bawang
Putih dan Bawang Putih. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana.
Walaupun dapat tinggal di istana dengan segala kemudahan disediakan,
namun iri hati dan jahatnya masih membara. Mak Bawang Putih ingin
melihat Bawang Merah bercerai dengan baginda sultan dan mengambil
anaknya Bawang Putih sebagai ganti.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
19/32
Puteri Cenderawasih
Ada seorang pemikat burung. Kamat namanya. Pada suatu hari, Kamat
pergi ke pinggir hutan. Sesudah memasang getah pada suatu dahan,
Kamat pun bersembunyi dan menunggu. Kemudian itu dia tertidur.
Apabila terbangun daripada tidur, Kamat terkejut. Dia melihat seorang
gadis rupawan sedang menanggalkan getah pemikat di kakinya.
"Nama saya Cenderawasih. Saya sesat jalan," kata gadis itu.
Kamat terpikat dengan Cenderawasih. Dia membawa Cenderawasih
pulang. Kamat cuba menanyakan orang kampung jika mereka mengenali
Cenderawasih. Setelah beberapa purnama, masih juga tiada yang
mengenali Cenderawasih. Akhirnya, Kamat dan Cenderawasih pun
berkahwin.
Sebaik sahaja mereka mendapat anak, perangai Kamat mula berubah.
Dia tidak mempedulikan anak dan isterinya. Dia lebih senang keluar
berseronok dengan teman-temannya. Cenderawasih menangis dan
merajuk. Pada suatu hari, Cenderawasih meninggalkan anaknya di sisi ibu
mentuanya yang sedang tidur. Dia membaca mantera, lalu bertukar
menjadi burung Cenderawasih semula. Maka terbanglah ia dari rumahitu.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
20/32
Apabila Kamat pulang, dia mendapati Cenderawasih sudah tiada. Dia
bertekad untuk mencari isterinya. Anaknya dikendong. Dia meredah
hutan belantara. Dalam perjalannya itu, dia telah menolong seekor
semut yang hampir lemas di permukaan sungai. Dia juga memabantuseekor kelisih yang lendir tubuhnya kekeringan dan sukar bergerak
menuju ke air. Dia turut membantu seekor kelip-kelip yang dihanyutkan
oleh arus sungai. Akhirnya, Kamat dan anaknya tiba di sebuah negeri.
Dia hairan melihat orang ramai yang sedang sibuk. Setelah bertanya
kepada orang kampung dia mendapat tahu Puteri Cenderawasih akan
dikahwinkan dengan tunangnya.
Kamat terkejut. Dia menghadap raja negeri itu dan menyatakan
tujuannya menjejaki Cenderawasih. Raja tidak percaya dan mahu
menguji Kamat. Ujian pertama, Kamat mesti memisahkan seguni beras
yang digaul dengan seguni pasir.
"Jangan bimbang. Beri peluang saya membalas budi dengan
membantumu," kata seekor semut di sisinya.
Dalam sekelip mata, beribu-ribu ekor semut muncul dan membantunya
mengasingkan beras dan pasir itu.
Raja terperanjat, ujian kedua pula dilaksanakan. Kamat dikehendaki
mengisi air ke dalam tempayan di halaman istana dengan raga berlubang-
lubang. Sekali ini, kelisih yang pernah dibantunya pula datang menolong.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
21/32
Ia menutup lubang-lubang raga itu dengan lendir tubuhnya dan
menyuruh Kamat menjemur raga itu hingga kering. Setelah kering,
barulah mudah Kamat mengisi air di dalam tempayan.
Ujian terakhirnya ialah, Kamat diminta datang pada tengah malam itu.
Kamat mesti memasuki bilik gelap yang dipenuhi oleh ramai gadis. Kamat
diperintahkan memilih isterinya antara mereka. Kalau berjaya, bererti
benarlah Kamat memang menantu raja.
Kamat dibantu oleh seekor kelip-kelip yang pernah diselamatkannya .
Dengan bantuan kelip-kelip itu,Kamat berjaya membawa Puteri
Cenderawasih keluar dari bilik itu. Raja tidak dapat berbuat apa-apa
lagi. Tidak lama kemudian, Kamat dilantik menggantikan raja itu.
Hiduplah Kamat dan anak isterinya dengan aman damai
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
22/32
Puteri Salji Dengan Tujuh Orang Kerdil
Puteri Salji tinggal di istana bersama ibu tirinya yang cantik. Semakin
bertambah dewasa, Puteri Salju semakin cantik. Kulitnya putih bak salji,
rambutnya lembut bak sutera dan bibirnya merah seperti bunga mawar.
Ibu tirinya seorang yang sombong. Setiap hari dia akan berdiri di
depan cermin ajaibnya sambil bertanya, "wahai cermin, siapakah
perempuan tercantik?" Cermin itu menjawab, "Permaisurilah orangnya!"
Permaisuri berasa gembira.
Menawannya Si Puteri
Keesokan harinya, apabila dia bertanya solan yang sama, cermin itumenjawab, "Puteri Salji ialah wanota tercantik!" Permaisuri amat marah
mendengar jawapan itu. Permaisuri segera menyuruh pengawal istana
membawa Puteri Salji ke hutan dan meninggalkannya di sana. Pengawal
pun membawa puteri kedalam hutan.
Ketika Puteri Salji leka bermain, pengawal itu meniggalkannya di situ
dan kembali ke istana. Apabila menyedari dirinya keseorangan, Puteri
Salji berasa amat takut. Dia mula menangis. Tidak lama kemudian, Puteri
Salji berasa letih dan terus tertidur. Apabila terjaga, dia mendapati
tujuh orang orang kerdil mengelilinginya. Mereka kelihatan baik dan
ramah.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
23/32
Selepas mendengar cerita Puteri Salji, tujuh orang kerdil itu
mempelawa puteri tinggal bersama-sama mereka di pondok. Puteri Salji
berasa gembira tinggal bersama-sama tujuh orang kerdil itu. Ketika
mereka pergi bekerja, dia akan mengemas rumah dan memasak untuk
mereka.
Setiap hari, sebeum tujuh orang pergi bekerja, mereka akan berpesan
kepada Puteri Salji,"Waspada, ibu tirimu mungkin akan datang
mengganggumu sekiranya dia tahu kamu masih hidup!"
Di istana, cermin ajaib mengulangi jawapannya, "Puteri Salji masih
wanita tercantik!" Permaisuri yang marah segera menyamar sebagai
perempuan tua dan membawa buah epal beracun ke pondok tujuh orang
kerdil itu. Dia memberikan epal itu kepada Puteri Salji. Sebaik sahaja
puteri menggigitnya, dia terus pengsan. Permaisuri segera pulang sambil
ketawa. "Puteri Salji sudah mati!" Kini akulah perempuan tercantik!"
katanya.
Tujuh orang kerdil amat terkejut dan sedih melihat Puteri Salji
pengsan.Oleh sebab mereka menyayanginya,mereka membuat sebuah
keranda cermin dan meletakkan Puteri Salji di dalamnya.Mereka
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
24/32
meletakkan keranda itu di luar pondok agar semua orang dapat melihat
kecantikkan tuan puteri.
Kesesokan harinya, seorang putera lalu di situ. Dia terpandang Puteri
Salji dan terus jatuh cinta kepada tuan puteri. Dia membuka penutup
keranda itu alu mencium pipi Puteri Salji. Cuiman itu serta-merta
menghapuskan kuasa jahat permaisuri. Puteri Salji bangun perlahan-
lahan. Tujuh orang kerdil berasa amat gembira. Putera raja melamar
Puteri Salji berkahwin dengannya. Mereka hidup bahagia selama-
lamanya.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
25/32
Batu Belah Batu Bertangkup
"Batu Belah Batu Bertangkup, telanlah aku, ambillah aku aku kempunan
telur ikan tembakul..."
Menurut hikayat orang tua-tua, pada zaman dahulu kala, di sebuah
negeri ada sebuah gua yang penuh keajaiban. Gua ini digelar Batu Belah
Batu Bertangkup dan digeruni segenap lapisan masyarakat di negeri
berkenaan. Pintu gua ini boleh terbuka bila diseru. Akan tetapi, sesiapa
sahaja yang masuk ke dalam gua itu pasti tidakkan dapat keluar lagi!
Hendak dijadikan cerita, di kampung berdekatan dengan gua itu
tinggallah Mak Tanjong bersama-sama dua anaknya, si Melor dan si
Pekan. Mak Tanjong asyik bersedih kerana baru kehilangan suami
tersayang. Tekanan emosi menjadikan Mak Tanjong kurang seimbang,
tambahan pula dia terpaksa menjaga anaknya dalam keadaan yang miskindan daif.
Kesedihan, tekanan perasaan dan kedaifan hidup membuatkan Mak
Tanjong terlupa akan rahmat Tuhan. Depresi yang terlalu lama dirasai
membutakan hati Mak Tanjong akan dua keajaiban dalam hidupnya
Melor dan Pekan. Kasihan Mak Tanjong terus berasa keseoranganwalaupun Pekan dan Melor sebenarnya amat dekat kepadanya.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
26/32
Pada suatu hari, Mak Tanjong teringin sangat memakan telur ikan
tembakul. Dia pun pergi ke sungai untuk menangkap ikan itu. Bukan main
suka hati Mak Tanjong apabila seekor ikan tembakul yang besar dapat
ditangkap.
Besarnya ikan tu mak! teriak si Pekan sambil menepuk tangan
kegembiraan.
Ya nak, ni namanya ikan tembakul. Mak rasa ikan ni ada telurnya. Lamamak teringin makan telur ikan tembakul, balas Mak Tanjong.
Mak Tanjong terus menyiang ikan tembakul tersebut. Setelah bersih
diberikan kepada Melor untuk dibuat gulai.
Buat gulai ikan dan goreng telur ikan tembakul ni, ya Melor? Mak ke
hutan cari kayu. Kalau mak lambat balik, Melor dan Pekan makan dulu,
ya? Tapi, jangan lupa, tinggalkan sikit telur ikan untuk mak nanti, pesan
Mak Tanjong.
Selesai membuat gulai, Melor menggoreng pula telur ikan tembakul itu.Dia terus menyimpan sedikit telur ikan seperti pesanan Mak Tanjong.
Namun, walau lama menunggu, ibu mereka tidak pulang-pulang. Pekan, si
kecil nakal, menangis kelaparan. Melor terus menyajikan nasi putih,
telur goreng dan gulai ikan tembakul untuk dinikmati bersama Pekan.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
27/32
Sedapnya telur ikan ni, kata Pekan sambil menikmati juadah yang
tersedia.
Tapi Pekan, jangan adik asyik makan telur ikan tu saja. Makanlah nasi
dan gulai juga, pesan Melor kepada adiknya yang baru berusia 5 tahun
itu.
Kak, telur dah habis. Minta lagi, minta lagi. Adik nak lagi! rayu Pekan
merengek-rengek.
Dik, telur ikan tak banyak. Nah, adik ambil bahagian kakak, ya? Melor
yang berusia 13 tahun itu berkorban demi melayan kehendak adiknya
yang terlalu dimanja.
Pekan makan telur ikan kakaknya dengan lahap. Mungkin kerana enak
rasa telur ikan itu, mungkin juga kerana minda kanak-kanaknya yang
belum matang, si Pekan mula merengek lagi sambil menangis yang
dibuat-buat.
Kak, Pekan nak lagi. Nak lagi kak, nak lagi kak. Bagi telur ikan tu kak...
Pekan nak, kak! Pekan meraung-raung sambil menarik-narik tangan si
Melor.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
28/32
Mana ada lagi! Dah habis. Sudahlah, Pekan makan nasi dan gulai ikan,
ya? Lagipun, telur ikan yang sikit lagi tu untuk mak. Mak dah pesan
supaya kakak simpan sikit telur ikan untuk dia, Melor menjelaskan.
Sayangnya, Pekan tetap mendesak dan terus menangis. Raungannya kuat
kedengaran dan dia meronta-ronta di atas tikar mengkuang di lantai
dapur mereka. Puas Melor memujuk Pekan tetapi si kecil nakal itu terus
berdegil. Secara tiba-tiba, Pekan melompat dan mencuri telur ikan yang
disimpan oleh Melor untuk ibu mereka.
Kan dah dapat... adik dah dapat. Adik dapat telur ikan! Adik dapat telur
ikan! teriak Pekan begitu gembira.
Pekan!!! jerit Melor. Adik jangan makan telur tu! Kakak simpankan
untuk mak telur tu, pekik Melor sambil cuba mengambil kembali telur
goreng berkenaan.
Mana dia telur ikan tembakul mak, Melor? tanya Mak Tanjong.
Malangnya, Pekan langsung tidak mempedulikan pekikan kakaknya.
Dengan lahap, Pekan menelan telur ikan itu sehingga habis. Tidak lama
kemudian, Mak Tanjong pun pulang. Melor terus menyajikan makanan
untuk ibunya.
Mana dia telur ikan tembakul mak, Melor? tanya Mak Tanjong.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
29/32
Melor... Melor... Melor ada simpankan. Tapi mak, Pekan dah ambil
semuanya. Bahagian Melor pun dia ambil mak. Melor dah larang tapi dia
ambil juga!
Jadi? Jadi sikit pun tak ada untuk mak? Mak Tanjong hampa.
Melor terdiam tidak menjawab. Dia terasa amat bersalah. Dia sedih
melihat ibunya yang sebegitu hampa kerana tidak dapat merasa telur
ikan tembakul.
Mak dah lama mengidam makan telur ikan tembakul. Ya Tuhan, sedihnya
hati... sanggup anak-anak mak lupakan mak... sanggup kamu berdua...
sanggup kamu!
Mak Tanjong bingkas berdiri. Dia memandang Melor dan Pekan dengan
penuh rasa pilu lalu berjalan tidak bermaya menuju ke hutan. Hatinya
bertambah sayu mengenangkan arwah suami. Mak Tanjong merasakan
dirinya tidak disayangi lagi. Kesedihan membuat Mak Tanjong semakin
yakin bahawa anak-anaknya teramat bencikan dirinya.
Mak Tanjong terlupa amanah yang diberi Tuhan. Mak Tanjong terlupa
nikmat memberi kemaafan. Mak Tanjong nekad meninggalkan anak-
anaknya, meninggalkan dunia kerana tidak dapat menikmati telur ikan
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
30/32
tembakul. Melor dan Pekan berlari mengejar ibu mereka. Mereka
berteriak sambil menangis memujuk ibu mereka supaya ikut pulang.
Mak, jangan pergi, jangan pergi mak! Pekan minta maaf, Mak! Ampunkan
Pekan mak! Ampun mak! Ampun mak! Pekan tak buat lagi mak! jerit
Pekan sekuat hati sambil memeluk erat kaki Mak Tanjong.
Melor juga turut menangis sekuat hati, berteriak meminta simpati Mak
Tanjong, Mak, kesianlah kami mak! Ampunkan kami mak! Jangan pergimak! Jangan pergi mak!
Malangnya kasihan sudah hilang dari hati ibu tunggal itu. Tidak ada
secebis pun rasa simpati buat Pekan dan Melor. Semuanya sudah diganti
rasa hampa dan marah. Bagi Mak Tanjong, tidakkan ada kemaafan untuk
anak-anak yang tidak mengenang budi. Sekuat-kuat hatinya MakTanjong menolak Pekan ke lantai hutan dan berlari sepantas yang
termampu.
Melor menarik tangan adiknya sambil mereka berdua mengejar Mak
Tanjong. Sayangnya mereka terlambat, Mak Tanjong tidak
mempedulikan rayuan mereka. Ternyata, Mak Tanjong sudah menyeruBatu Belah Batu Bertangkup agar membuka pintunya. Sebaik sahaja Mak
Tanjong melangkah masuk, pintu gua itu pun tertutup rapat.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
31/32
Tinggallah dua-beradik itu menangis, meraung sekuat hati. Namun, air
mata darah sekali pun tidakkan dapat mengembalikan Mak Tanjong ke
dunia. Mak Tanjong sudah mengambil nyawanya sendiri. Tinggallah Pekan
dan Melor sebagai yatim piatu, hidup lara tidak terbela.
-
8/12/2019 Cerita Kanak-kanak Bm
32/32