RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
Tarikh : 26 Ogos 2010
Masa : 8.00-9.00 pagi
Tahun : 1 Pintar
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun 1
Tema : Pelancongan
Tajuk : Makan Angin
Objektif :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Menyatakan empat pengajaran daripada teks yang telah disediakan.
3. Menyatakan lima maksud lambang yang diberikan berdasarkan kad
bergambar yang telah disediakan.
Fokus utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i) baca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus sampingan : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu
perkara secara terperinci, tepat dan tersusun.
Aras 2 (i) Menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dibualkan.
Sistem bahasa : Tatabahasa - Kata nama khas dan Kata adjektif
Kosa kata - makan angin, berbudii bahasa, cantik,
gembira, dll.
Ilmu : Kajian Tempatan dan Muzik
Nilai : Berbudi bahasa dan semangat bermasyarakat.
KBT :KB-menyenaraikan, membanding beza, belajar cara belajar dan
konstruktivisme
BBM : Klip Video ‘Cuti-cuti Malaysia’, Petikan bertajuk ‘Makan Angin
bersama Keluarga Saya.’, Kad bergambar, Lembaran kerja.
Masa / Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Mengenal pasti
tempat-tempat
perlancongan di
Malaysia dalam klip
video ‘Cuti-cuti
Malaysia’.
1.Guru menayangkan klip video bertajuk ‘Cuti-
cuti Malaysia’
2.Guru meminta murid mendengar lagu sambil
mengenal pasti nama tempat perlancongan yang
terdapat dalam klip video tersebut.
3. Murid mendengar dan mengenal pasti nama-
nama tempat perlancongan yang terdapat
dalam klip video .
BBM
- Klip video ‘ Cuti-
cuti Malaysia ‘
KBT
Kontekstual
Kecerdasan pelbagai
Kemahiran berfikir
Langkah 1
(10 minit)
Guru bersoal jawab
mengenai
pengalaman murid
melancong dalam
negara
1.Guru memilih 5 orang murid secara rambang
untuk menyatakan pendapat tentang klip video
yang telah ditayangkan.
2. 5 orang murid menyatakan pendapat tentang
klip video yang telah ditayangkan.
3.Murid berkongsi pengalaman mereka ‘makan
angin’ bersama guru dan rakan-rakan.
KBT
Konstruktivisme
Teori Behaviourisme
Sistem bahasa:
Kata nama khas
Langkah 2
(15 minit)
Membaca petikan
‘Makan Angin
bersama Keluarga
Saya’
1.Guru membahagikan murid kepada lima
kumpulan dan setiap kumpulan diberikan nama
bersempena dengan tempat perlancongan yang
telah dinyatakan.
2.Guru mengedarkan petikan bertajuk ‘ Makan
Angin Bersama Keluarga Saya’ kepada murid-
murid.
3.Guru membaca petikan tersebut secara kuat,
terang dan jelas dengan intonasi yang betul
4.Murid mengajuk bacaan guru secara kuat,
terang dan jelas dengan menggunakan intonasi
yang betul.
5. Guru meminta 5 orang murid untuk membaca
petikan dan diikuti oleh rakan-rakan lain.
6. 5 orang murid membaca ayat secara kuat,
terang dan jelas dengan intonasi yang betul dan
diikuti dengan rakan-rakan yang lain.
Kemahiran
Membaca Mekanis
BBM
Petikan ‘Makan
Angin bersama
Keluarga Saya’
Teori Behaviourisme
Teknik Ajuk-sebut
Langkah 3
(15 minit)
Nilai dan pengajaran
dalam petikan
‘Makan Angin
bersama Keluarga
Saya’
1. Guru bertanyakan apa yang difahami oleh
murid mengenai petikan yang telah dibaca.
2. Murid menyatakan dengan lisan 4 pengajaran
yang terdapat dalam petikan yang dibaca.
3. Guru meminta murid menyatakan kesan jika
tidak mengamalkan nilai-nilai yang terdapat
dalam petikan.
4. Murid menyatakan nilai-nilai yang mereka
peroleh dan berkongsi dengan rakan kesan jika
tidak bersikap sedemikian.
Kemahiran Lisan
KBT:
Kontekstual,
Kemahiran berfikir,
Kajian masa depan
Sistem bahasa:
Kata adjektif
Nilai:
Berbudi bahasa,
semangat
bermasyarakat,
Langkah 4
(10 minit)
Membezakan ciri-ciri
orang yang berbudi
bahasa dan ciri-ciri
orang yang tidak
berbudi bahasa
1.Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan
sebanyak 5 keping kad bergambar yang
menunjukkan 5 situasi berbeza dan lembaran
kerja.
2. Guru meminta murid mengenal pasti gambar
sama ada gambar tersebut menunjukkan nilai
yang baik atau buruk.
3. Murid akan menandakan ‘betul’ sekiranya
gambar tersebut menunjukkan nilai yang baik,
dan ‘pangkah’ sekiranya menunjukkan nilai yang
tidak baik.
BBM:
Kad bergambar,
Lembaran Kerja
KBT:
Kontekstual
Kaedah koperatif
Nilai:
Berbudi bahasa,
kerjasama,
kepimpinan
Penutup
(5 minit)
-Rumusan isi
-Murid-murid
diminta
menyanyikan lagu
‘Cuti-cuti Malaysia’
1.Guru merumuskan P&P dengan sesi
soal jawab bersama murid.
2.Guru memasang semula klip video ‘Cuti-cuti
Malaysia’
3.Murid dan guru menyanyikan lagu
tersebut bersama-sama.
BBM: Klip Video
‘Cuti-cuti Malaysia’
KBT:
Kontruktivisme
Kecerdasan Pelbagai
Refleksi :