PENGENALAN
Pelikuidasian adalah satu proses undang-undang yang
bertujuan untuk menutup atau menyelesaikan urusan koperasi
berkenaan dan akhirnya menjadikan sesebuah koperasi itu tidak
wujud lagi.
Bagi melaksanakan urusan koperasi selepas penutupan atau
pembatalan, maka dilantik orang yang berwibawa termasuklah
seorang pegawai Suruhanjaya untuk menjadi pelikuidasi itu
Pegawai Pelikuidasi dilantik oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya
Koperasi Malaysia di bawah seksyen 74 Akta Koperasi 1993
PERUNDANGAN YANG TERLIBAT
Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502
( Bahagian VIII- Pemeriksaan, Siasatan, Pembubaran
dan Pertikaian)
Seksyen 75 , Seksyen 76, Seksyen 77, Seksyen 78 dan
Seksyen 79 Akta Koperasi 1993
GP 21: Garis Panduan Pelikuidasian Koperasi
Akta-akta lain yang berkaitan seperti, Kanun Tanah
Negara 1965, Akta Kerja 1955, Akta Kontrak 1950, Akta
Sewa Beli 1967, Akta Wang Tak Dituntut 1965 dan
sebagainya.
KERJA-KERJA PELIKUIDASIAN
TAHAP PERTAMA : Pemakluman dan
Pengemaskinian Akaun
TAHAP KEDUA : Pencairan Aset
TAHAP KETIGA : Penyediaan Skim
Pembahagian Aset (SPA)
TAHAP KEEMPAT : Pembahagian SPA
TAHAP KELIMA : Penyediaan Laporan
Muktamad (Akhir)
TAHAP KEENAM : Pengwartaan Koperasi
TAHAP PERTAMA : Pemakluman
dan Pengemaskinian Akaun
Tindakan pelikuidasi:
Pemakluman
Mengeluarkan notis di bawah perenggan 75(1)(b) Akta Koperasi 1993 bagi memaklumkan kepada semua pemiutang yang tuntutan-tunutan mereka belum dimasukkan kedalam buku-buku akaun koperasi
Pengemaskinian Akaun
Memastikan akaun koperasi diaudit pada tarikh sehari sebelum pembatalan. Jika akaun-akaun dan kunci kira-kira tidak dapat disediakan maka hendaklah menyediakan penyata aset dan liabiliti
TAHAP KEDUA – PENCAIRAN ASET
Mengambil milik buku-buku, dokumen-dokumen dan
aset koperasi [perenggan 75(1)(j) Akta];
Menjual, memindah hak, memindah, menyerah hak,
menukar, menyerah balik dan memulangkan, memajak,
menggadai janji, menggadai, mendapatkan balik,
menyerah hak semula atau dengan cara lain mengurus
semua atau sebahagian aset koperasi dan mengurus
hasilnya bagi faedah atau kepentingan semua pihak
yang berkenaan. [perenggan 75(1)(k) Akta];
PENGESANAN ASET KOPERASI MELALUI
(i) Akaun teraudit koperasi atau penyata aset dan
liabiliti;
(ii) Laporan pemeriksaan seksyen 64 atau 68 Akta;
(iii) Laporan siasatan seksyen 66 Akta atau seksyen 45
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007;
PENGESANAN ASET KOPERASI MELALUI
(iv) Buku Daftar;
aset koperasi
stok perniagaan atau pemeriksaan fizikal di premis
daftar pelaburan
daftar peralatan pejabat atau pemeriksaan fizikal
(v) Penyata akaun bank koperasi;
(vi) Carian;
di Pejabat Tanah dan Galian
di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
PENGESANAN ASET KOPERASI MELALUI
(vii) Panjar runcit;
(viii) Mendapatkan maklumat melalui;
bekas Lembaga
anggota koperasi
kakitangan koperasi
(ix) Minit-minit mesyuarat koperasi
JENIS-JENIS ASET
Bagi memudahkan usaha pengsanan, penyenaraian aset perlu
dilaksanakan mengikut kategori berikut:
Aset Semasa;
jenis stok perdagangan, kuantiti dan jumlah
senarai penghutang (penghutang perdagangan atau
penghutang pelbagai)
saham siar harga dan saham tak siar harga atau debentur
atau bon
(ii) Akaun bank;
Nama bank atau cawangan
jenis-jenis akaun
nama dan nombor akaun
(iii) Wang tunai di tangan;
JENIS-JENIS ASET
(iv) Aset tak alih
tanah (geran, keluasan, nilai, lokasi)
bangunan (status pemilikan)
(v) Aset alih
kenderaan (geran)
peralatan pejabat
(vi) Aset-aset lain
permit teksi, bas, lori
jenis permit
tempoh sah permit
KES-KES MAHKAMAH
(vii) Kes-kes Mahkamah;
menentukan aset yang dibicarakan di Mahkamah
(tuntutan
sivil)
menentukan barangan berharga (emas)
disimpan di bank
atau di Bank Negara Malaysia berikutan
rampasan oleh
pegawai penyiasat [perenggan 46(1)(c) Akta
SKM 2007]
menentukan wang tunai disimpan di Akaun
Khas SKM
berikutan rampasan oleh pegawai penyiasat.
PENJUALAN ASET TETAP
pelikuidasi boleh menetapkan kadar deposit yang perlu
dibayar oleh setiap penender. Minimum deposit adalah
10% daripada harga tawaran dan hendaklah
dikembalikan sekiranya penender tidak berjaya
mendapat tawaran. (kurang daripada 10% dalam kes
tertentu boleh dengan kelulusan Suruhanjaya)
Sekiranya aset terpaksa dijual dengan harga yang
kurang daripada harga pasaran atau penilaian, maka
kebenaran Suruhanjaya hendaklah diperoleh terlebih
dahulu. Walau bagaimanapun, pencairan stok
perniagaan yang mudah rosak boleh dilaksanakan
mengikut budi bicara pelikuidasi.
PENJUALAN ASET TETAP
Penjualan harta alih atau harta tak alih
hendaklah melalui tender seperti. Tender boleh
ditampal di dewan orang ramai, masjid, laman
web dan sebagainya.
Bagi maksud menyiarkan tender di dalam surat
khabar, kelulusan Suruhanjaya hendaklah
diperoleh terlebih dahulu. Jika tiada tawaran
tender maka proses tender semula hendaklah
dibuat pada harga yang munasabah.
KUTIPAN HUTANG
Tindakan pelikuidasi
- mengenal pasti senarai penghutang
- status penghutang ( alamat/penyata hutang)
- hantar surat berdaftar
Tindakan melalui orang tengah –(jika mempunyai aset
yang hendak dicairkan)
- pelantikan hendaklah secara bertulis
-menerima kutipan dan mengeluarkan resit
[Perenggan 75(1)(e) Akta koperasi 1993]
Jika penghutang enggan menjelaskan hutangnya,
rujukan boleh dibuat kepada Suruhanjaya di bawah
subseksyen 75(3) Akta koperasi 1993
Peguam
-pelantikan hendaklah mendapat kelulusan Suruhanjaya
[Perenggan 75(1)(d) Akta koperasi 1993]
Pelikuidasi bertanggungjawab untuk menyerahkan
semua wang didapati untuk dimasukkan ke dalam
AKAUN PELIKUIDASIAN KOPERASI [subseksyen
75(7) Akta Koperasi 1993]
Mengemukakan laporan mengenai kemajuan kerja-kerja
pelikuidasian kepada Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya
Koperasi Malaysia Setiap 3 bulan [subseksyen 75(5)
Akta Koperasi 1993]
PENGAUDITAN
Selesai Pencairan Aset
Proses Pengauditan
- penyediaan akaun
- audit akaun – SKM/Firma audit
- penyata kewangan lengkap / aset &
liabliti
TAHAP KETIGA – PENYEDIAAN SKIM
PEMBAHAGIAN ASET (SPA)
Tindakan pelikuidasi:
Menyediakan cadangan Skim Pembahagian Aset
(SPA) dengan merujuk kepada seksyen 79 Akta
Koperasi 1993
Disediakan berdasarkan kepada penyata kewangan
teraudit yang telah disediakan
KEUTAMAAN PERTAMA
i. KOS PELIKUIDASIAN
• Iaitu kos yang terlibat semasa menjalankan
kerja-kerja pelikuidasian
• Elemen-elemen kos pelikuidasian:-
(i) Bayaran menaip senarai anggota
(ii) Upah sedia akaun
(iii) Upah pembantu pelikuidasi – upah kesan
anggota, kutip hutang dan tugas-tugas lain.
SAMB…
(iv) Segala perbelanjaan rencam – pembelian
alatulis, belanja pengangkutan, belanja
pos, fotostat dan lain-lain tetapi
hendaklah disokong dengan resit.
(v) Saraan pelikuidasi – dibahagikan kepada
semua pelikuidasi yang terlibat dan
menjalankan tugas dengan baik.
KEUTAMAAN KEDUA
ii. BAYARAN KEPADA KERAJAAN
MALAYSIA
Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK)
Fi Audit Suruhanjaya
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
Kumpulan Wang Amanah Pembangunan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Lain-lain pinjaman atau pendahuluan tak
bercagar
bayaran-bayaran lain yang patut dibayar
KEUTAMAAN KETIGA
iii. LIABILITI DEPOSIT KOPERASI
tuntutan daripada mereka yang
memberi deposit kepada koperasi
sewaktu koperasi menjalankan
aktiviti pengumpulan dana.
KEUTAMAAN KEEMPAT iv. UPAH ATAU GAJI
Tuntutan pekerja koperasi bagi gaji dan upah
yang tertunggak dan kena bayar termasuk
elaun atau bayaran ganti di bawah apa-apa
kontrak pekerjaan atau award atau
perjanjian pekerjaan.
Tidak termasuk faedah penamatan atau
persaraan pekerjaan untuk sebarang jenis
pemberhentian pekerja.
KEUTAMAAN KELIMA
v. PAMPASAN PEKERJA
• Berhubung dengan kecederaan fizikal
sewaktu bertugas ke atas pekerja
yang di ambil kerja oleh koperasi
tertakluk kepada undang-undang
bertulis berkaitan.
KEUTAMAAN KEENAM
vi. SARAAN ATAU PAMPASAN BERHUBUNG
KEMATIAN MANA-MANA PEKERJA KOPERASI
Iaitu tuntutan daripada waris yang berhak ke
atas wang kena bayar samada pampasan atau
saraan kepada pekerja koperasi yang telah
meninggal dunia.
Pengesahan waris boleh dilakukan menurut
undang-undang bertulis berkaitan iaitu
mengenai pentadbiran pusaka
KEUTAMAAN KETUJUH
vii. BAYARAN KEPADA PIHAK BERKUASA AWAM
Termasuk tuntutan oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri, Majlis Perbandaran,
Pejabat Tanah dan lain-lain.
Contohnya cukai, duti, eksais dan
sebagainya
KEUTAMAAN KELAPAN
viii. BAYARAN KEPADA PEMIUTANG TAK
BERCAGAR
• Hutang tak bercagar seperti kepada pemiutang
dan diikuti dengan yuran dan saham.
• Sekiranya undang-undang kecil koperasi itu
membenarkannya untuk membayar dividen
pada kadar yang ditetapkan dalam peraturan-
peraturan bagi apa-apa tempoh yang baginya
tiada dividen dibayar. {Subsek.79 (1)}
SEKSYEN 79 AKTA KOPERASI 1993
KEUTAMAAN PEMBAYARAN OLEH PELIKUIDASI
SPA yang dikemukakan kepada
Suruhanjaya untuk kelulusan hendaklah
disertakan bersama senarai lengkap
anggota yang akan menerima kembali
wang deposit, simpanan khas, yuran, syer
atau dividen. Jika anggota berkenaan
mempunyai hutang, maka pelarasan
perlulah dibuat terlebih dahulu
TAHAP KEEMPAT – PEMBAHAGIAN SPA
Bayaran kepada pemiutang dibuat atas
nama pemiutang berkenaan dalam bentuk
cek. Manakala pembayaran kepada selain
daripada pemiutang boleh dibuat dalam
bentuk cek atau tunai atas cadangan
pelikuidasi tertakluk kepada persetujuan
Suruhanjaya.
TAHAP KEEMPAT – PEMBAHAGIAN SPA
Setiap pembayaran kepada pihak yang berkenaan,
hendaklah mempunyai maklumat lengkap seperti nama,
nombor kad pengenalan dan alamat. Pembayaran
kepada waris atau wakil, hendaklah dipastikan tidak
akan berlaku pertindihan bayaran. Surat akuan waris
atau wakil kuasa hendaklah disertakan
Pelikuidasi boleh mendapatkan khidmat pihak polis
sekiranya perlu bagi tujuan keselamatan ketika
pembahagian bayaran secara tunai kepada anggota
TAHAP KEEMPAT – PEMBAHAGIAN SPA
Tempoh pembayaran ialah tiga bulan
daripada tarikh penerimaan cek atau
sebagaimana yang diarahkan oleh
Suruhanjaya. Sekiranya pelikuidasi
memerlukan tempoh lanjutan,
permohonan hendaklah dikemukakan
kepada Suruhanjaya
TAHAP KELIMA – PENYEDIAAN LAPORAN
MUKTAMAD (AKHIR
Laporan muktamad (akhir) disediakan
untuk menunjukkan status pembayaran
yang telah dilaksanakan oleh pelikuidasi
kepada pihak yang berkenaan mengikut
subseksyen 75(5) Akta Koperasi 1993 dan
dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam
tempoh dua minggu setelah selesai
pembayaran dibuat
TAHAP KELIMA – PENYEDIAAN LAPORAN
MUKTAMAD (AKHIR
Baki pembayaran yang tidak dapat diagihkan,
jika ada, hendaklah dikembalikan beserta
laporan muktamad (akhir) kepada Suruhanjaya
Sekiranya baki pembayaran melibatkan wang
tunai, hendaklah dikembalikan dalam bentuk
kiriman wang, wang pos atau bank draf atas
nama “AKAUN
PELIKUIDASIAN KOPERASI
TAHAP KELIMA – PENYEDIAAN LAPORAN
MUKTAMAD (AKHIR)
Apabila laporan muktamad (akhir)
diterima daripada pelikuidasi, maka
persetujuan akan dipohon daripada
Suruhanjaya untuk menamatkan kerja-
kerja pelikuidasian dan seterusnya
mengeluarkan notis tentang selesainya
Pelikuidasian itu untuk diwartakan
menurut subseksyen 79(3) Akta Koperasi
1993.
TAHAP KEENAM – PENGWARTAAN KOPERASI
Mana-mana orang boleh membuat tuntutan dalam
tempoh dua tahun dari tarikh pengwartaan dengan
mengemukakan dokumen sokongan dan tertakluk
kepada ada kelulusan Suruhanjaya
Segala tuntutan terhadap wang koperasi berdaftar yang
dilikuidasikan hendaklah terhalang apabila luput tempoh
dua tahun dari tarikh penyiaran notis menurut
subseksyen 79(3) Akta.
TAHAP KEENAM – PENGWARTAAN KOPERASI
Menurut subseksyen 79(4) Akta Koperasi
1993, apa-apa baki wang yang tinggal
selepas tamat tempoh dua tahun dari
tarikh penyiaran notis selesainya
pelikuidasian hendaklah
dikreditkan ke dalam “KUMPULAN
WANG PUSAT KOPERASI”.