Transcript

DOA SEMPENA PERTANDINGAN LEGO NEGERI PERAK TAHUN 2014 ,

Ya Allah Ya KarimYa Wadud

Kami memanjatkan kesyukurankepada-Mu kerana mengizinkan kami untukmengadakan dan berada dalam Pertandingan LEGO PraSekolahPeringkatNegeri Perak Tahun 2014Ya Allah Ya Faaalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. YaMunzilarRahmah, waYaFatihalBarakahDi saat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidangakademik, kokurikulummahupun aspek pembinaan modal insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah anak-anak yang berjaya dan menerima hadiah serta sijil penghargaan pada hari ini sebagai mereka yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka.Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah, dengan penuh ketaakulan agar pertandingan ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada semua agar sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan.YaAllah ,YaFaarijal Hammiwa YaKaashifal Ghammi ,Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan, sekolah seluruh negeri Perak akan cemerlang, terbilang, disegani dan dihormati serta melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya dunia dan akhirat .

.


Top Related