LaporanKempori Perkhemahan PengakapPeringkat Daerah Langkawi 2016
Tarikh : 29-31 Januari 2016
Lokasi : Tapak Perkhemahan Pengakap, SK Kelibang
Anjuran :Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Langkawi,
Majlis Pengakap Daerah LangkawiBersama
Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi
Kandungan
Pendahuluan...............................................3
Matlamat.....................................................3
Objektif.......................................................3
Butiran Pelaksanaan…………….………………….…4
Laporan Kempori.........................................6
Jadual Kursus...............................................7
Senarai Peserta............................................7
Dokumentasi Bergambar.............................8
Penutup.....................................................10
2
PENDAHULUAN
Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan
luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk
masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid
percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri melalui aktiviti-
aktiviti yang disediakan. Murid akan didedahkan dengan suatu persekitaran
yang baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian
dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Dengan semangat dan
kepercayaan, adalah diharap program ini akan mencapai objektifnya.
Semoga program perkhemahan ini juga dapat memberikan peluang kepada
murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka dari segi kepimpinan dan
tanggungjawab kepada diri mereka sendiri dan juga rakan-rakan.Disamping
menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali
persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru serta ibu bapa.
MATLAMAT
Kempori ini bermatlamat untuk meningkatkan minat kepengakapan
bagi generasi muda dari semua unit iaitu kanak-kanak, muda dan remaja.
Selain itu, ia bertujuan untuk melatih dan menguji kemahiran ahli pengakap
sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang pernah disertai.
OBJEKTIF
Menjadi medan menilai kecekapan ahli pengakap dalam ilmu
kepengakapan.
Meningkatkan kemahiran-kemahiran kepengakapan.
Mengeratkan silaturrahim antara ahli Pengakap Daerah Langkawi.
Melahirkan semangat berdikari, kerjasama, toleransi, berdisiplin dan
bertanggungjawab.
Melatih Pengakap menjadi pemimpin kepada diri, kumpulan dan unitnya.
Mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari serta berdikari.
3
BUTIRAN PELAKSANAAN
NAMA PROGRAM
‘KEMPORI : PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH LANGKAWI’
MASA
Masa : Jam 4.00 petang ( Jumaat ) hingga jam 11.30 pagi ( Ahad ) – 3 hari 2
malam
LOKASI
Tapak Perkhemahan Pengakap, SK Kelibang
SASARAN PENYERTAAN
Unit Pengakap Kanak-Kanak Tahun 4, 5 dan 6.
Unit Pengakap Muda Tingkatan 1, 2 dan 3.
Unit Pengakap Remaja Tingkatan 4 dan 5
Anggaran Peserta :
a) Semua ahli pengakap dari setiap sekolah di daerah Langkawi
b) Minimum 20 Orang setiap sekolah (tiada had bagi Unit PM
dan PR)
c) Minimum 6 Sekawan keatas (tiada had bagi unit PKK)
d) 2 Orang Guru Pemimpin setiap sekolah
e) Urusetia dan Jurulatih 20 orang
BIL Nama Sekolah (Menengah)
Jumlah Peserta
(Orang)
1 SMK Tunku Putra
2 SMK Kedawang
3 SMK Mahsuri
4
4 SMK Ayer Hangat
5 MRSM
Nama Sekolah (Rendah)
Jumlah Peserta
(Orang)
1 SK Seri Negeri
2 SK Langkawi
3 SK Kelibang
4 SK Kilim
5 SK Penghulu Ahmad
6 SK Kedawang
7 SK Ulu Melaka
8 SK Kuala Teriang
9 SK Nyior Chabang
10 SJKC Chung Hwa
11 SK Selat Bagan Nyior
Jumlah Orang
5
LAPORAN KEMPORI
Pada 29 hingga 31 Januari 2016, Persatuan Pengakap Daerah
Langkawi telah mengadakan perkhemahan di Tapak Perkhemahan SK
Kelibang. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai seramai 186 orang
pengakap dan 15 orang guru pengiring.
Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal
dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama
dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.
Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada 10
kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang
bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang
timbul dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua kumpulan.
Aktiviti dijalankan secara berpengkalan sepanjang perkhemahan itu.
Antaranya ialah kawad kaki, kraftangan, permainan tradisional, masakan
rimba, aktiviti fizikal, campfire dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar
dengan kerjasama dari semua peserta.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta
dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru.
Malah hubungan antara pengakap bertambah erat.
Disediakan oleh :
2 Februari 2016
(Syazana bt Abdul Razak)
Guru Pengiring
Peserta Kempori Perkhemahan Pengakap 2016
6
Antara aktiviti berpengkalan yang telah peserta jalani.
Peserta kempori bergambar bersama sebagai kenangan.
9
PENUTUP
Dengan berakhirnya program ini, kempori mampu melahirkan insan
yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat
ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya telah merancang
dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah
kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti
yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah ianya
berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan.
Mudah-mudahan segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk
proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau
kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama ini
dengan lebih baik.
10