Download - dokumentasi lawatan
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI
“ILMU DITEROKA, PENGALAMAN BERMAKNA”
1.0 NAMA PROGRAM
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) (lawatan ke Sungai Petani) murid Tahun Enam anjuran Jawatankuasa Peningkatan UPSR, Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights.
1.1 PENGENALAN
Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Sungai Petani ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melawat tempat-tempat yang menarik di samping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
Para pelajar memperoleh pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar sebagai persediaan mereka menghadapi UPSR September nanti.
1.2 MATLAMAT PROGRAM
(i) Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.
(ii) Melalui lawatan ini pelajar Tahun Enam SKDH akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya.
(iii) Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara guru dan pelajar melalui program lawatan.
1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM
Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Enam
1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM
Seramai 76 orang pelajar tahun Enam dan 8 orang guru pengiring.
1.5 TARIKH PROGRAM
28 Jun 2012 (Khamis)
1
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
1.6 JANGKA MASA PROGRAM
Program ini berlangsung untuk tempoh I hari sahaja.
1.7 DESTINASI PROGRAM
Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd, The Carnival Water & Land Excitement dan Tesco Sungai Petani
2.0 OBJEKTIF
Objektif Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) (Lawatan Sambil Belajar ke Sungai Petani) ini diadakan ialah :
1. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar-pelajar Tahun Enam serta guru-guru di samping membentuk kestabilan diri.
2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang luar3. Memberi peluang bersiar-siar ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi di
samping dapat menimba pengetahuan baru.4. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar
3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
Aktiviti lawatan ini bermula pada pukul 8.00 pagi, Khamis (28 Jun 2010). Peserta–peserta lawatan berkumpul di kantin untuk menyemak kehadiran dan pengagihan kad pengenalan diri. Kemudian, Cikgu Zoher menyampaikan taklimat tentang perjalanan program kepada para peserta. Pada pukul 8.30 petang, bas mula bergerak meninggalkan SK. Darulaman Heights menuju ke Sungai Petani.
Khamis, 28 Jun 2012
MASA AKTIVITI
9.30 pagi Tiba di kilang Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd, Gurun
9.45 pagi Mendengar taklimat tentang latar belakang penubuhan dan pengurusan Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd daripada Pegawai Perhubungan Awam kilang.
10.00 pagi Melawat sekitar kawasan pengeluaran kereta dan dapat menyaksikan proses pembuatan kereta keluaran jenama Naza seperti Citra dan Peogeot.
11.30 pagi Bertolak ke The Carnival Water & Land Excitement , Sungai Petani
12.00 tengah hari Tiba di The Carnival Water & Land Excitement
12.00 tgh hari – Aktiviti mandi-manda, makan tengah hari, solat
2
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
3.00 petang
3.00 petang Bertolak ke Tesco, Sungai Petani.
3.15 – 5.30 petang Aktiviti membeli-belah di Tesco.
5.30 petang Bertolak pulang ke SKDH
6.30 petang Tiba di SKDH
4.0 PERBELANJAAN SEPANJANG LAWATAN
5.0 BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI
Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini.
6.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM
Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan
berterusan banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan
yang lebih cemerlang dalam program akan dating, adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu
diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih
berkesan. Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan
mematuhi setiap arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih
kerap didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan peraturan
lawatan.
7.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR
(i) Sebelum bertolak
3
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
(ii) Kilang Naza Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd
4
Peserta lawatan ceria bersama Tuan Guru Besar di dalam bas
Setibanya di kilang Naza
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
(iii) The Carnival Water & Land Excitement
5
Taklimat di auditoriumWakil Naza mengalu-alukan kedatangan kami
Penuh disiplin menuju ke kawasan pengeluaran
Bergambar kenangan
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
(i) Tesco Sungai Petani
6
Semua peserta tidal sabar nak bermain air
Makan tengah hari disediakan pihak The Carnival
Bersedia untuk pulang
Tiba di Tesco
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
PENUTUP
Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar serta
hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk semangat pelajar untuk bekerjasama,
menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru serta menikmati persekitaran yang indah
sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan
pada masa akan datang demi kebaikan anak-anak pelajar.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
7
Berehat setelah penat membeli-belah
Menunggu hidangan KFC Pulang ke SKDH
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SUNGAI PETANI 2012
……………………………… ……………………………….
NORNAFIZA BINTI NAYAN ENCIK ZULKEFLEE B. ALWIGuru Pengiring, Guru Besar,Lawatan sambil belajar ke Sg. Petani SK Darulaman HeightsSK Darulaman Heights
8