Download - Download (25Mb)
,
PERBANDINGAN PENCAPAlAN EKONOMI ASAS BANDAR DANLUAR BANDAR DI NEGERI PERAK
RAMLEE B. ISMAILPROF. MADYA HARIRI BIN KAMIS
PROF. MADYA DR. SHEFFIE ABU BAKARNORASIBAH ABD. JALIL
FAKULTI PERNIAGAAN DAN EKONOMI
l
KOD PENYELIDIKAN UPSI 03-11-31-02
2003
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadaUniversiti Pendidikan Sultan Idris kerana sokongankewangan bagi membiayai kajian serta Pusat Penyelidikandan Perundingan UPSI yang banyak memberi bantuan
kepakaran dan galakan moral.
11
ABSTRAK
Pencapaian mata pelajaran Ekonomi Asas di Negeri Perakmenunjukkan pola yang turun naik sejak sedekad yang
lepas. Tidak banyak perbezaan dari segi kuantiti antara
bandar dan luar bandar tetapi kualiti menunjukkan bahawa
pelajar di bandar mencatat keputusan yang lebih baik
daripada kawasan bandar. Hasil daripada kajian ini
mendapati bahawa selain daripada perbezaan faktorsosioekonomi antara kumpulan bandar dan luar bandar,latar belakang akademik pelajar yang lebih rendah adalahsalah satu faktor yang mempengaruhi perbezaan kualiti
pencapaian. Kaedah pengajaran juga mempengaruhi polaini di mana penggunaan bahan dalam pengajaran, bentukujian dan latihan yang diamalkan membezakan kualiti
pencapaian antara bandar dan luar bandar.
111
SENARAlKANDUNGAN MUKASURAT
TAJUK
PENGHARGAAN
ABSTRAK
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
ii
iii
v
vi
BAHAGIAN
1. PENGENALAN 1
2. LATAR BELAKANG PENCAPAlAN EKONOMI ASAS 2
3. MASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
EKONOMI 4
4. OBJEKTIF KAJIAN 9
5. HIPOTESIS KAJIAN 10
6. KAJIAN-KAJIAN LEPAS 14
7. SIGNIFlKAN KAJIAN 18
IV
8. SKOP KAJIAN 19
9. METHODOLOGI KAJIAN 20
10. POLA PENCAPAlAN EKONOMI ASAS DI NEGERI PERAK 22
11. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 25.
12. KESIMPULAN DAN CADANGAN 53
RUJUKAN 68
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
72
73
74
v
SENARAI JADUAL Muka surat
Jaduall: Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Iktisas Peringkat 3
Kebangsaan Bagi Mata Pelajaran Ekonomi Asas,
Perdagangan dan Prinsip Akaun, 1997-2000
Jadual2: Analisis Pencapaian Mata Pelajaran Ekonomi Asas 23
SPM Negeri Perak 1994-2002
Jadual3: Perbezaan Peratus Lulus Bandar Dan Luar Bandar 24
Mata Pelajaran Ekonomi Asas SPM Negeri Perak,
1994-2002
Jadual4: Latar Belakang Pencapaian Pelajar Ekonomi Asas 26
Kumpulan Pelajar Bandar dan Luar Bandar
Jadual5: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Malaysia, 27
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Penilaian
Menengah Rendah bagi Responden Kajian
Jadual6: Sikap Pelajar Terhadap Subjek Ekonomi Asas 28
Jadual7: Sikap Pelajar Terhadap Sekolah 29
Jadual8: Tahap Kesukaran Mengikut Pecahan Tajuk 31
Ekonomi Asas (%)
Jadual9: Tahap Kepentingan Mengikut Pecahan Tajuk 34
Ekonomi Asas (%)
VI
Jaduall0: Sikap Pelajar Terhadap Isu Ekonomi Semasa 35
Jadualll: Pandangan Pelajar Terhadap Keberkesanan 36
Pengajaran dan Pembelajaran
Jadual12: Latihan dan Kerja Rumah 37
Jadual13: Kawalan Kelas Mengikut Persepsi Pelajar 38
Jadual14: Penggunaan Peneguhan Dalam Pengajaran 39
dan Pembelajaran
Jadual15: Kehadiran Kelas Tambahan/Tuisyen 42
Jadual16: Jumlah Jam Untuk Menghadiri Kelas Tambahan 43
Jadual17: Perbelanjaan Untuk Kelas Tambahan 44
Jadual18: Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran 45
dan Pembelajaran
Jadual19: Penggunaan Buku Kerja Dalam Pengajaran 46
dan Pembelajaran
Jadual20: Penggunaan Lembaran Kerja Dalam Pengajaran 47
dan Pembelajaran
Jadual21: Pelaksanaan Ujian Objektif 48
Jadual22: Pelaksanaan Ujian Esei 49
Jadual23: Kawalan Kelas 51
Jadual24: Hubungan dan Keselesaan Bekerja 52
Vll
1. PENGENALAN
Mata pelajaran Ekonomi Asas adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk tingkatan
empat dan lima yang bertujuan untuk membekalkan pengetahuan asas ekonomi supaya
pelajar dapat memahami masalah ekonomi yang berpunca daripada sumber-surnber yang
terhad. Dengan demikian pelajar dapat menyedari dan mengetahui masalah ekonomi dan
diharapkan dapat memainkan peranan penting dan menyelesaikan masalah harian dengan
lebih efektif. Pengetahuan asas ekonomi juga membolehkan pelajar menjadi pengguna
dan pengeluar yang bertanggungjawab dalam membangunkan ekonomi dan
kesejahteraan negara. Sejauhmana kefaharnan dan pengetahuan pelajar terhadap konsep
konsep dan aplikasi ekonomi dalam kehidupan seharian sukar diukur. Namun begitu,
pencapaian dalam mata pelajaran ini di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh
menjadi petunjuk terhadap penguasaan konsep dan pengetahuan asas yang telah dipelajari
dalam tempoh dua tahun. Subjek ini telah diperkenalkan pada tahun 199111992 sebagai
percubaan dan kumpulan pelajar pertama menduduki peperiksaan SPM secara rasmi ialah
pada tahun 1994. Pencapaian yang rendah dalarn peperiksaan STPM bagi pelajar
Tingkatan 6 (Ahmad Saufi Ali, 1996) dan pada masa yang sarna bilangan pelajar yang
mengambil subjek ini semakin menurun (Faridah Karim, 1999) membawa kepada
pengenalan mata pelajaran ini pada peringkat menengah rendah. Pelaksanaan di peringkat
ini juga diharap dapat memberi pengetahuan dan pendedahan awal asas-asas ekonomi
kepada generasi muda untuk membentuk generasi yang berpengetahuan dan bertindak
secara rasional dan bertanggungjawab.
1
2. LATARBELAKANG PENCAPAIAN EKONOMI ASAS
Pencapaian rnata pelajaran Ekonorni Asas di peringkat SPM adalah tidak begitu
rnernberangsangkan jika dibandingkan dengan rnata pelajaran teras dan elektifyahg lain.
Rekod rnenunjukkan bahawa peratus pelajar lulus bagi subjek ini adalah lebih rendah
dibandingkan dengan rnata pelajaran elektif dalarn kelornpok pilihan yang sarna, iaitu
elektif Kernanusiaan Iktisas yang terdiri daripada Prinsip Akaun dan Perdagangan. Pada
tahun 1997, pelajar yang lulus bagi subjek Ekonorni Asas ialah 73.0 peratus, sarna
dengan pencapaian dalarn rnata pelajaran Perdagangan tetapi lebih rendah daripada
Prinsip Akaun (76.3%). Selepas itu, pencapaian pelajar terus rnerosot dari tahun ke tahun
dan tidak rnelepasi angka 70 peratus berbanding dengan subjek elektif yang lain seperti
yang ditunjukkan dalarn Iadual 1. Dari sudut kualiti, angka-angka dalarn Iadual 1
rnenunjukkan bahawa rnata pelajaran Ekonorni Asas dan Perdagangan jauh ketinggalan
jika dibandingkan dengan rnata pelajaran Prinsip Akaun. Pelajar yang rnendapat kepujian
berada sekitar 30% berbanding dengan subjek Prinsip Akaun yang rnencecah hingga
50%.
2
Jaduall: Pencapaian Mata Pelajaran Elektif Iktisas Peringkat Kebangsaan
Bagi Mata Pelajaran Ekonomi Asas, Perdagangan dan Prinsip
Akaun, 1997-2000
A. Ekonomi Asas
Tahun Calon Sangat baik Kepujian Lulus % lulus
1997 113292 5.7 22.4 44.9 73.0
1998 116973 4.9 17.0 42.4 64.3
1999 115365 6.8 17.9 39.5 64.4
2000 103159 6.2 20.0 41.4 67.6
B. Perdagangan
Tahun ' Calon Sangat baik Kepujian Lulus % lulus
1997 126985 4.3 19.8 47.8 73.0
1998 141603 3.6 16.1 50.1 70.0
1999 143905 4.4 16.4 49.8 70.5
2000 129327 5.0 21.8 46.1 72.9
C. Prinsip Akaun
Tahun Calon Sangat baik Kepujian Lulus % lulus
1997 60088 22.1 35.5 18.6 76.3
1998 64940 22.4 28.0 19.5 70.0
1999 66171 21.5 29.3 19.5 70.3
2000 82908 21.4 34.6 18.4 74.4
3
3. MASALAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EKONOMI
Dalam proses penyampaian ilmu ekonomi terdapat pelbagai masalah dan kekangan
sumber manusia, peralatan dan bahan. Dari sudut pelajar pula, minat terhadap mata
pelajaran ini tidak begitu menyerlah berbanding dengan subjek lain bermula dari
peringkat sekolah lagi dan akhirnya menular ke peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini
berlaku kerana salah tanggapan daripada peringkat awal terhadap ekonomi yang dianggap
oleh kebanyakan pelajar sebagai suatu subjek yang sukar. Malah di negara maju yang
telah memperkenalkan istilah dan konsep pada peringkat sekolah rendah juga
menghadapi masalah yang sama. Salah tanggapan dan tidak dapat mengaitkan aktiviti
kehidupan dengan ekonomi adalah fenomena biasa yang perlu diperbetulkan. Malah
beberapa kajian , menunjukkan salah tanggapan terhadap konsep ekonomi bermula
daripada peringkat rendah dan masalah ini terus berlanjutan. Schug (1994) dalam
kajiannya mendapati bahawa salah pemahaman ini berlaku dengan menunjukkan kanak
kanak berfikir bahawa:
• membeli barangan dikedai adalah perkara ritual dan bukan pertukaran yang
melibatkan keuntungan
• tidak ada hubungan antara perbelanjaan dan pendapatan
• harga ditentukan oleh tag/tanda harga atau saiz
• nilai wang bergantung kepada rupa, bentuk , saiz dan warna
• bank ialah tempat menyimpan wang dengan selamat
• harta adalah dimiliki oleh orang yang tinggal berdekatan dengannya, atau
menggunakan aset tersebut
4
Golongan remaja pula mengutarakan pandangan yang lebih matang tetapi masih lagi
berbeza dengan konsep dan istilah ekonomi yang sepatutnya. Baumann (1995) mendapati
bahawa pelajar sekolah tinggi selalunya berfikir bahawa:
• untung adalah sarna dengan upah yang dibayar kepada pekerja atau membayar
kos atau perbelanj aan
• kos hanya melibatkan wang dan bukan kos melepas
• melihat harga dalam konteks pengguna bukannya pengeluar
• kerajaan boleh mencetak wang untuk membasmi kemiskinan
• pekerja di negara maju dibayar gaji lebih tinggi kerana kos hidup yang lebih
tinggi berbanding dengan negara kurang maju
Di institusi pengajian tinggi, didapati pelajar juga tidak dapat menguasai atau memahami
istilah ekonomi, terutamanya konsep dan istilah yang baru digunapakai. Tinjauan
rambang yang dilakukan di pusat pengajian tinggi mendapati ada bakal guru yang tidak
mengetahui makna "k-ekonomi, e-dagang" dan beberapa istilah baru yang lain. Keadaan
ini membayangkan bahawa peranan guru dan pendidik guru semakin kritikal dalam usaha
untuk menukarkan pembinaan pengetahuan berasaskan sosial sains kepada pembinaan
pengetahuan berasaskan kehendak dan disiplin ilmu. Kegagalan berbuat demikian maka
corak pemikiran ini kekal wujud. Maka peranan pensyarah, pendidik guru dan guru
seharusnya:
• memahami pemahaman dan pemikiran kanak-kanak terhadap ekonomi
• membimbing dengan perspektif saintifik dan mendedahkan bagaimana dunia
bekerja
5
• menyediakan lebih banyak peluang untuk mengamalkan fahaman-fahaman bam
dalam pelbagai situasi
Pemahaman konsep dan teori dalam disiplin ilmu membolehkan individu berfungsi dalam
masyarakat sama ada sebagai seorang pengguna yang bermaklumat, pengeluar maupun
pentadbir yang baik kerana belajar ekonomi ialah sebenarnya belajar bagaimana berfikir
(Case & Fair, 2002).
Pengukuran terhadap kefahaman ekonomi di negara ini tidak dapat dilakukan kerana
tidak ada satu ukuran menyeluruh di peringkat nasional yang boleh digunakan sebagai
satu perbandingan pencapaian bagi tahap pembelajaran yang tertentu. Kecuali
pengukuran dan' penilaian yang berbeza-beza di peringkat sekolah, kolej maupun di
institusi pengajian tinggi pada penghujung pembelajaran masing-rnasing yang akan
menghukum mereka yang gagal menjawab peperiksaan dengan baik. Semua ini adalah
tanggungjawab pendidik guru untuk mencari satu alternatif yang boleh dijadikan alat
untuk mempertingkatkan keberkesanan dalam pendidikan ekonomi.
Cabaran yang paling penting sekali ialah bagaimana hendak mengatasi ketidakupayaan
untuk menyediakan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
kondusif di dalam kelas yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ramai ahli psikologi,
sosiologi dan pakar pendidik bersetuju bahawa populasi pelajar adalah terdiri daripada
individu dengan pelbagai karektor yang membawa sifat pembelajaran yang berbeza-beza
(Lage & Platt 2000). Pelajar tidak dapat memilih cara pembelajaran mengikut kehendak
6
yang sesuai dengannya. Pada masa yang sarna, pengajar pula tidak dapat melaksanakan
pengajaran mengikut kehendak mereka kerana halangan-halangan yang wujud. Akhimya,
ketidaksesuaian atau pertembungan antara cara mengajar dan kehendak pembelajaran
yang berbeza akan mengurangkan minat dan motivasi untuk belajar, khususnya bagi mata
pelajaran ekonomi (Borg & Shapiro 1996).
Keraguan tentang kualiti pendidikan ekonomi di negara maju mula dibincangkan apabila
penurunan bilangan pelajar yang mengambil subjek ini sebagai major di kolej dan
universiti. Hasil tinjauan beberapa ahli akedemik seperti Brasfield, McCoy, & Milkman
(1996); Margo & Siegfried (1996); Salami & Eubank (1996); Walstad (1996); Willis &
Pieper (1996) membuktikan hakikat ini telah wujud di negara tersebut. Walaupun tidak
ada kajian-kajian yang dilakukan di negara ini, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa
semakin kecil jumlah pelajar yang rela memilih jurusan ini berbandingdengan jurusan
yang lain.
Di dalam kes Malaysia, khususnya di Universiti Islam .Antarabangsa, walaupun
mempunyai bilangan enrolmen yang tinggi pada sesi 1996/97, namun Program Sarjana
Muda Ekonomi kelihatan semakin malap dengan kepopularan program lain seperti
Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Pentadbiran Pemiagaan yang ditawarkan
oleh fakulti yang sarna (Mansur & Haslam, 1999). Senario ini boleh dijadikan panduan
untuk menghadapi cabaran seterusnya dalam pendidikan guru. Tanpa langkah awal yang
sepatutnya, pendidikan ekonomi semakin malap. Justeru, pentadbir pendidikan, pendidik
7
guru dan guru perlu mencari alternatif bagi memastikan pengajaran memenuhi keperluan
dan secocok dengan cara pembelajaran pelajar.
Bertolak dari sifat dan suasana bilik darjah yang tidak dapat memenuhi selera setiap
pelajar, maka langkah yang paling tepat ialah mempelbagaikan corak dan kaedah
pengajaran. Kaedah tradisi yang diperturunkan oleh pendidik guru akan dibawa sebagai
amalan oleh guru di peringkat seterusnya. Malah profesor yang berijazah dalam bidang
ekonomi di Amerika mengajar sekelompok pelajar di dalam kelas dengan menulis teks,
persamaan dan graf di papan hitam (Becker & Watt 1995; 1996).
Kajian yang dilakukan oleh Besnzinger & Christ (1997), Siegried et al (1996) secara
konsisten menunjukkan bahawa profesor ekonomi menjalankan kuliah secara lisan.
Walaupun banyak kritikan terhadap kaedah penyampaian secara kuliah, tidak bermakna
bahawa kaedah ini tidak sesuai dan tidak berkesan. Dalam keadaan tertentu, seperti
karektor pelajar yang pelbagai dengan cara belajar yang berbeza-beza, kekangan saiz
kelas, faktor peralatan dan masa yang terhad, penggunaan kaedah lain sebagai altematif
kepada kaedah kuliah adalah menarik dan berbaloi.
8
4. OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan umum kajian ini ialah untuk melihat secara keseluruhan pencapaian mata
pelajaran ekonomi asas peringkat SPM bagi sekolah-sekolah harian biasa dengan
pembahagian khusus kepada kawasan bandan dan luar bandar. Oleh kerana corak
pencapaian di mana kawasan bandar menunjukkan kualiti yang lebih baik daripada
pelajar di luar bandar, maka kajian ini menjurus kepada:
1. Melihat pola pencapaian mata pelajaran ekonomi asas di sekolah-sekolah
bandar dan luar bandar di Negeri Perak
11. Menilai minat pelajar terhadap mata pelajaran ini
111. Mengenalpasti faktor-faktor yang membezakan ciri-ciri pelajar bandar dan luar
bandar.
IV. Mengenalpasti perbezaan kaedah-kaedah atau amalan pengajaran yang
dilaksanakan di sekolah bandar dan luar bandar.
v. Mengenalpasti masalah-rnasalah yang wujud dalam pengajaran ekonomi asas.
VI. Meninjau topik-topik yang susah mengikut pandangan pelajar.
VII. Meneliti topik-topik yang penting mengikut pandangan guru.
9
5. HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesi kajian ini adalah seperti berikut:
a. Hipotesis Noll
H, : Tidak terdapat perbezaan mm skor yang signifikan secara statistik bagi latar
belakang pencapaian pelajar yang mengambil ekonomi asas antara kumpulan
pelajar bandar dan luar bandar.
b. Hipotesis Nol2
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi sikap
pelajar terhadap subjek ekonomi asas bagi kumpulan pelajar bandar dan luar
bandar.
c. Hipotesis Nol3
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi sikap
pelajar terhadap subjek sekolah untuk kumpulan pelajar bandar dan luar bandar.
d. Hipotesis Nol 4
Ho : Tidak terdapat perbezaan mm skor yang signifikan secara statistik bagi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi kumpulanpelajar bandar
dan luar bandar.
10
e. Hipotesis Nol 5
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bagi kumpulan
pelajar bandar dan luar bandar.
e. Hipotesis Nol 6
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi latihan
dalam pengajaran dan pembelajaran ekonomi asas di dalam bilik darjah bagi
kumpulan pelajar bandar dan .luar bandar.
f. Hipotesis Nol 7
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi pandangan
kumpulan pelajar bandar dan luar bandar terhadap kawalan disiplin dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas.
g. Hipotesis Nol 8
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi pandangan
kumpulan pelajar bandar dan luar bandar terhadap penggunaan peneguhan dalam. I
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas.
11
f. Hipotesis Nol9
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi kumpulan
pelajar bandar dan luar bandar dalam perbelanjaan dan masa untuk kelas-kelas
-
tambahan atau tuisyen ekonomi asas.
g. Hipotesis NolIO
H, : Tidak terdapat perbezaan nun skor yang signifikan secara statistik bagi
penggunaan buku teks dan bahan pengajaran oleh kumpulan guru di bandar dan
luar bandar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi
asas.
h. HipotesisNoill
H, : Tidak terdapat perbezaan mm skor yang signifikan secara statistik bagi
pelaksanaan ujian oleh kumpulan guru di bandar dan luar ... bandar untuk...... �-
membantu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas.
j. Hipotesis Nol12
H, : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi kawalan
kelas/disiplin kumpulan guru di bandar dan luar bandar dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran ekonomi asas.
12
k. Hipotesis N01 13
Ho : Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan secara statistik bagi hubungan
dan keselesaan bekerj a dengan pihak pentadbiran kumpulan guru di bandar dan
luar bandar dalam pengurusan mata pelajaran ekonomi asas.
13
6. KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Ramai yang berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang telah mengambil kursus prinsip
ekonomi mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang ekonomi. Kajian-kajian yang
lepas menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti instruktor, saiz ' kelas, sikap pelajar,
kemampuan mengambil nota adalah merupakan faktor-faktor penting yang
mempengaruhi pencapaian pelajar (Becker, Highsmith & Walsted, 1991; Cohn, Cohn &
Bradley, 1995; Williams, Waldaer & Duggal, 1992). Okpala, Okpala & Ellis (2000)
pernah menganalisis aspek tabiat dan keupayaan umum pelajar dan kesannya kepada
pencapaian. Hasil kajian mendapati bahawa strategi pembelajaran dan perlakuan
mempengaruhi pencapaian dalam kursus prinsip ekonorni secara positif. Pelajar
mendapat keputusan yang baik apabila mereka mempunyai keyakinan dan sentiasaI
membaiki atau mempelbagaikan strategi pembelajaran.
Dalam kursus pnnsip ekonomi, dua asas akademik yang penting perlu ada pada
seseorang pelajar. Pertama, kelayakan atau pengetahuan asas konsep-konsep ekonomi
pada peringkat sekolah menengah atau diploma. Kedua, ialah pengetahuan asas mata
pelajaran matematik. Walaupun kepentingan matematik dalam proses pembelajaran
ekonomi sering diperdebatkan tetapi ramai bersetuju bahawa matematik boleh
mempengaruhi pencapaian dalam subjek ekonomi. Antaranya ialah Siegfried et.al (1991),
beliau mengatakan bahawa "memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran matematik
sangat berguna apabila mempelajari ekonomi". Anderson, Benjamim & Fuss (1991),
membuat kajian berkenaan dengan latarbelakang matematik di sekolah tinggi bagi pelajar
14
yang mengikuti kursus prinsip ekonomi dan mendapati bahawa ia adalah penentu kepada
pencapaian kursus ini di Universiti Toronto. Raimundo, Esperito, & Gersenberg (1990),
menggunakan data daripada Universiti Massachuset-Boston untuk meneliti hubungan ini
dan mendapati bahawa pelajar yang mempunyai prasyarat matematik menunjukkan
pencapaian yang baik berbanding dengan pelajar lain bagi kedua-dua kursus
miroekonomi dan makroekonomi pertengahan.
Namun begitu, terdapat pula penemuan yang tidak sealiran oleh Williams, Waldaver &
Duggal (1992), yang menggunakan data daripada Universiti Widener (Pennsylvania).
Kajian ini mendapati bahawa pelajar yang mempunyai kelulusan kalkulus di sekolah
tinggi tidak menunjukkan pencapaian yang cemerlang berbanding pelajar lain dalam
subjek prinsip ekonomi dan mikroekonomi, tetapi signifikan dengan keofisien ekonomi
statistik. Dalam satu kajian yang lain, Brasfield, McCoy & Milkman (1992)
menggunakan data daripada "Murray State University" mendapati bahawa pelajar yang
telah mengambil kursus Matematik Perniagaan Satu tidak signifikan dengan pencapaian .
dalam prinsip ekonomi. Tetapi keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pelajar yang telah
menghabiskan kursus Matematik Perniagaan Dua.
Ramlee Ismail (2003) membuat kajian pengaruh prasyarat kemasukkan ke universiti ke
atas pencapaian mata pelajaran Prinsip Ekonomi mendapati bahawa pelajar yang
mempunyai latar belakang matematik dan asas ekonomi mencatat keputusan yang lebih
baik dalam subjek tersebut. Kajian-kajian yang dilakukan di pelbagai tempat tidak
menunjukkan dapatan yang konsisten. Perbezaan keputusan apabila asas akademik
(matematik) dikaitkan dengan pencapaian ekonomi asas adalah disebabkan oleh beberapa
15
perkara. Cohn & Cohn (1998) membuat kesimpulan bahawa perbezaan dapatan ini adalah
disebabkan oleh kaedah pengukuran pencapaian yang berbeza, ketidakseragaman
pembolehubah yang digunakan untuk mengukur kemahiran matematik, perbezaaan
sampel, perbezaan spesifikasi dan rekabentuk model yang digunakan dalam kajian
adalah antara sebab utama perbezaan dapatan-dapatan tersebut.
Wan Mohd Redhuan, Adnan & Nik Hasbularif (1999), mernbuat kajian tentang
pembelajaran dan pengajaran ekonomi dari perspektif bekas pelajar ekonomi dan
mendapati bahawa 80% responden bersetuju bahawa teknik, kaedah dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran adalah lemah di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Manakala 60% tenaga pengajar pula tidak bermotivasi dan persekitaran pembelajaran
juga tidak begitu baik. Di sekolah menengah, mata pelajaran ekonomi asas mula
diperkenalkan sebagai mata pelajaran elektif dalam kelompok Kemanusiaan Iktisas
setelah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan. Malangnya tidak banyak
kajian yang telah dibuat dalam apa-apa aspek sekalipun terhadap mata pelajaran ini.
Kajian ini adalah langkah awal untuk meneroka dan mengenalpasti masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran mata pelajaran dan sebagainya. Ishak (2001),
telah membuat kajian tentang pencapaian pelajar-pelajar Melayu dalam peperiksaan
sekolah awam mendapati bahawa pencapian pelajar Melayu di peringkat sekolah rendah
adalah disebabkan oleh "under achievement" pelajar pada peringkat awal dan tidak
diperbaiki. Pencapaian rendah di peringkat sekolah kebangsaan akan menjadi defisit
bertimbun (cumulative deficit) .Masalah ini diburukkan lagi oleh kaedah pengajaran yang
16
tidak sesuai dan kurang berkesan, buku teks dan bahan rujukan yang kurang sesuai serta
latihan yang tidak mencukupi.
Bagi ekonomi, beberapa kajian telah dijalankan di luar negera tetapi tidak ada kajian
khusus di peringkat sekolah menengah. Amon et. El (2000), melihat kepada usaha dan
tabiat belajar sebagai angkubah untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
ekonomi makro di peringkat universiti. Basil kajian mendapati bahawa angkubah tabiat
belajar dan keberkesanan akademik (academic efficacy) sebagai angkubah yang
mempengaruhi pencapaian pelajar. Martin et al (1999) dalam kajian terhadap pencapaian
mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah membuat kesimpulan bahawa perbezaan
antara sekolah yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan rendah bagi 34 negara yang
dikaji secara konsisten menunjukkan bahawa indikator latarbelakang sosioekonomi dan
sokongan ibubapa adalah faktor yang membezakan tahap pencapaian pelajar.
Kebanyakan negara menunjukkan bahawa pelajar yang menunjukkan pencapaian yang
tinggi mempunyai tahap milikan buku yang lebih banyak, lebih banyak masa berada di
rumah, keluarga yang berpendidikan dan kurang menghabiskan masa untuk melakukan
kerja-kerja dalam rumah. Faktor latarbelakang lain yang mempengaruhi pencapaian
pelajar ialah aspirasi untuk melanjutkan pelajaran di universiti selepas menamatkan
pelajaran di peringkat menengah.
Faktor-faktor langsung berkaitan dengan sekolah tidak seragam antara sekolah yang
tinggi pencapaian dan rendah pencapaian di negara-negara yang dikaji. Faktor-faktor
seperti saiz sekolah, sikap pelajar terhadap subjek, aktiviti intruksional dalam pengajaran
17