Download - Draf Final Penyediaan Kerja Kursus-1
1.0 PENGENALAN
Buku Panduan Kerja Kursus dan Penulisan Akademik ini disediakan bagi
membantu pelajar memahami proses, keperluan dan kehendak kerja kursus
yang dilaksanakan berdasarkan Model Konseptual Kerja Kursus (UPP, 2004).
Rajah 1: Model Konseptual Kerja Kursus: Adaptasi daripada Davis (1993)
Model ini bertujuan menghasilkan insan guru selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepada penguasaan i lmu , kemahiran dan
amalan nilai-nilai keguruan, bagi perkembangan profesional keguruan dan sahsiah guru
yang unggul. Pembentukan insan guru ditentukan oleh dua fokus utama iaitu ilmu
berdasarkan teori dan ilmu yang dipraktikkan. Model ini menekankan proses pembinaan
ilmu profesional keguruan secara sistematik dan beransur maju (developmental)
dengan mengintegrasi pengetahuan berasaskan penyelidikan (research-based
knowledge) dan pengetahuan
Pelaksanaan Kerja Kursus ini berlandaskan tiga persekitaran pembelajaran yang
dilalui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat pembinaan ilmu kendiri yang mantap
dan jati diri guru yang unggul. Persekitaran ini terdiri dari;
1
(i) Situasi sebenar
Situasi sebenar bermaksud pelbagai konteks dan situasi untuk mengamalkan
ilmu dan kemahiran yang dipelajari bagi mengukuhkan penguasaan dan
pemindahan pembelajaran. Antara konteks dan pelbagai situasi tersebut
termasuklah mempraktikkan ilmu dan kemahiran di IPG, prasekolah yang ada di
IPG, sekolah dalam IPG, pengalaman berasaskan situasi sebenar boleh juga
diwujudkan secara formal di IPG sendiri, untuk tujuan mempraktikkan teori dan
amali kemahiran sebenar sebagai bakal guru. Sebagai contoh, pengendalian
majlis rasmi di IPG boleh dianggap sebagai situasi sebenar. Pengajaran mikro
dan makro tidak boleh dianggap sebagai situasi sebenar kerana konteks dan
pelajar bukan sebenar.
(ii) Amalan Kemahiran Belajar (Learning How To Learn)
Sebagai bakal guru, pelajar perlu mengamalkan kemahiran belajar untuk
meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran, sesuai dengan amalan
pembelajaran sepanjang hayat. Amalan kemahiran belajar ini akan dapat
mengukuhkan profesionalisme keguruan dan pembinaan watak guru.
(iii) Pembentukan Sikap
Insan guru yang ingin dibentuk atau dihasratkan perlu mempunyai nilai murni,
sahsiah guru dan mengamalkan Etika Keguruan. Pelaksanaan kerja kursus
dalam pelbagai situasi dan konteks membolehkan bakal guru melalui pelbagai
cabaran dalam melaksanakan tugas. Pelbagai cabaran ini akan membantu
pemupukan dan pembentukan nilai dan sahsiah guru yang unggul.
Melalui model ini pelajar akan berupaya memahami dan menggunakan ilmu yang
diterima (ilmu terimaan) serta dapat menghujah ilmu tersebut secara ilmiah (ilmu
subjektif). Setelah itu ilmu yang dikuasai dapat diaplikasi dalam pelbagai konteks dan
situasi sebenar (ilmu kontekstual). Akhirnya pelajar dapat menghasilkan ilmu yang
terbina daripada teori dan pengalaman sendiri (ilmu binaan). Perincian proses
pembinaan ilmu dijelaskan dalam LAMPIRAN 1.
2
Buku panduan ini mengandungi penerangan mengenai bentuk dan objektif Kerja
Kursus, format dan tatacara penulisan akademik dan penulisan refleksi. Buku panduan
ini boleh digunakan oleh semua kumpulan pelajar kursus-kursus persediaan,
praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Diharapkan buku panduan ini dapat
membantu pelajar dalam melaksanakan kerja kursus secara lebih sistematik dan
berkualiti.
2.0 OBJEKTIF
Pelaksanaan kerja kursus bertujuan mencapai objektif-objektif yang berikut;
(i) Mengamalkan penulisan akademik dengan betul dan sistematik dari segi
teknikal, format penulisan serta penulisan sumber rujukan.
(ii) Merancang pelaksanaan kerja kursus supaya menepati kehendak tugasan yang
diberi, dilaksanakan secara sistematik berdasarkan prosedur kerja yang
ditetapkan dan memenuhi aspek serta kriteria penilaian.
(iii) Menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan memilih
maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan tugasan kerja kursus.
(iv) Melaksanakan kolaborasi dengan pensyarah, rakan sebaya dan pihak-pihak
yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.
(v) Mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi kolaborasi
dengan pensyarah, rakan sebaya dan pihak-pihak tertentu serta dalam penulisan
refleksi kerja kursus.
(vi) Menjadikan pelajar seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak
mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru.
3
3.0 BENTUK KERJA KURSUS
Kerja kursus terdiri daripada tiga bentuk iaitu:
(i) ProjekProjek merupakan bentuk kerja kursus yang melibatkan satu set aktiviti yang
berkait dengan hasil pembelajaran pelajar. Bagi kursus major dan elektif,
tugasan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu manakala
bagi kursus bukan major (Wajib dan Pengajian Profesional), tugasan projek
dilaksanakan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Projek yang digubal dapat
menguji kefahaman pelajar dalam kemahiran mencari bahan, merancang,
menganalisis, menghubung kait dan menilai maklumat untuk menghasilkan
tugasan yang berkualiti serta menepati ciri-ciri kerja kursus.
(ii) Ujian Amali Ujian Amali dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan kemahiran. Ujian amali
ini bertujuan untuk mengukur kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu yang
diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran
manipulatif, kreativiti dan sikap yang dipamerkan secara langsung semasa ujian
dijalankan atau melalui penghasilan produk. Panduan khusus pelaksanaan ujian
amali ini hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
Amali yang berkaitan.
(iii) Ujian Akhir Kursus (UAK)Ujian Akhir Kursus dilaksanakan untuk menguji penguasaan pelajar terhadap
teori yang dipelajari dalam kursus tersebut. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
digunakan sebagai panduan menyediakan soalan pada aras dan kemahiran
tertentu.
4
4.0 FORMAT PENULISAN
4.1 Bahasa
Kerja kursus hendaklah ditulis menggunakan bahasa Melayu Standard.
Penggunaan istilah, aspek tatabahasa, ejaan dan penggunaan perkataan
hendaklah merujuk buku atau risalah yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus major Bahasa Arab,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menggunakan bahasa dan
tulisan bahasa tersebut.
4.2 Spesifikasi Teknikal
4.2.1 Kertas
Kertas yang digunakan ialah kertas putih 80gm bersaiz A4 (210mmX297mm).
Untuk kulit hadapan hendaklah menggunakan kertas warna yang telah
ditetapkan mengikut program masing-masing.
4.2.2 Jidar (Margin)
Jidar kiri mestilah 40mm, jidar kanan, atas dan bawah ialah 25mm. Spesifikasi
jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat seperti kepala
teks dan gambar rajah termasuk nombor muka surat hendaklah dalam
lingkungan penulisan.
4.2.3 Paparan Muka Surat (Page Layout)
Hasil Kerja Kursus hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali jadual dan
gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape.
4.2.4 Penetapan jumlah muka surat
Penulisan kandungan kerja kursus antara 15-20 halaman. Ini tidak termasuk
halaman pengakuan, kandungan,penghargaan, senarai rujukan dan lampiran.
5
4.2.5 Jenis Huruf dan Saiz
Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi mestilah
menggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz font dalam jadual, gambar rajah dan
grafik mengikut kesesuaian. Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold). Nama-nama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam bentuk
tulisan condong (italic).
4.2.6 Perenggan
(i) Santak teks ( Justified )
Penulisan teks hendaklah memilih format justified.
(ii) Langkau baris
Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau 1.5 untuk baris manakala
jarak antara perenggan mestilah langkau 3. Senarai di bawah mestilah
ditaip dengan langkau satu (single spacing);
a. petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan.
b. bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/ rujukan).
c. keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang mengandungi
lebih daripada satu baris.
d. lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dan tajuk dan subtajuk.
4.2.7 Pelabelan
(i) Jadual
Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya hendaklah
diletak di atas jadual tersebut ( lihat LAMPIRAN 7 ).
(ii) Rajah/ gambar/ ilustrasi/ carta
Gambarajah dan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah dan graf
tersebut ( lihat LAMPIRAN 8 ).
6
4.2.8 Penomboran Halaman
Halaman Pengakuan, Halaman Judul, Halaman Penghargaan dan Senarai
Kandungan hendaklah menggunakan nombor Roman kecil (i,ii,....). Manakala
halaman kandungan atau isi teks menggunakan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya.
Semua nombor berkenaan mengikut format footer tengah.
4.2.9 Penjilidan
(i) Warna
Kulit depan hasil Kerja kursus menggunakan kertas polos (plain) 100 gm berwarna seperti yang berikut :
a. KDPM/KDPM KDC - Merah Jambu (Pink)b. DPLI (M) - Biru Tuac. DPLI (R) - Biru Mudad. DPLI (M) KDC - Merah Tua (Maroon)e. DPLI (R) KDC - Merah
f. j-QAF Mod LPBS - Hijau Tuag. PISMP - Kuning Tuah. Persediaan PISMP - Kuning Muda
(ii) Muka kulit hadapan
Muka kulit hadapan hendaklah mengandungi butiran yang berikut :
(a) Logo IPGKRM(b) Nama Program (c) Tajuk tugasan(d) Nama pelajar(e) Kumpulan/Unit(f) Angka Giliran(g) Nombor.kad pengenalan(h) Nama Kursus dan Kod (i) Nama Pensyarah Kursus(j) Tarikh serahan
(Sila lihat LAMPIRAN 2)
(iii) Tetulang
Hasil Kerja Kursus hendaklah dijilid dengan cara tape-binding.
7
4.3 Kerangka Utama Penulisan
Kerangka utama penulisan Kerja Kursus hendaklah mengandungi bahagian yang
berikut:
(i) PendahuluanTujuan utama bahagian ini adalah untuk menarik tumpuan pembaca dan untuk
memberi input secara umum kepada soalan tugasan. Ayat yang digunakan
perlulah, mudah, tepat dan menarik. Perenggan pendahuluan juga perlu ringkas
dan jitu. Panjang penulisan pendahuluan tidak melebihi satu halaman.
(ii) Topik / Subtopik yang berkaitanBahagian ini merangkumi tajuk-tajuk utama dan pecahan tajuk yang disusun
secara logik mengikut keutamaan dan kesesuaian soalan tugasan.
(iii) Perbincangan/RumusanBahagian ini merangkumi hubungan antara fakta dengan hujah yang
dikemukakan berkaitan topik/subtopik. Hujah yang dikemukakan perlu disokong
dengan bukti yang sahih dalam bentuk statistik, rujukan perpustakaan, carta dan
rajah. Hal ini bertujuan untuk menyokong idea dan pendapat penulis.
(iv) CadanganBahagian ini mengemukakan cadangan penyelesaian kepada masalah/isu yang
dibincangkan dalam tugasan termasuk kajian masa depan yang boleh
dilaksanakan.
(v) PenutupBahagian ini harus ada perkaitan dengan pendahuluan. Penyataan yang
dihuraikan adalah berbentuk penyataan umum . Bahagian ini mempunyai
kepentingan yang sama dengan bahagian pendahuluan.
Perincian kandungan kerangka utama Kerja Kursus perlulah dibincangkan
bersama-sama dengan pensyarah pembimbing bagi memenuhi kehendak
tugasan.
4.4 Susunan Dan Kandungan
8
4.4.1 Tertib
Susunan dan kandungan tugasan hendaklah mengikut tertib seperti yang berikut:
HALAMAN JUDULPENGAKUAN PENGHARGAANKANDUNGANSENARAI JADUALSENARAI ILUSTRASI/RAJAH/CARTATEKSREFLEKSIRUJUKANLAMPIRAN
4.4.2 Halaman Pengakuan
Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian penulisan kerja
kursus dan hendaklah ditandatangani oleh penulis. Halaman ini tidak dikira
sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman. Kedudukan
“PENGAKUAN” adalah di tengah halaman.
(Sila lihat contoh di LAMPIRAN 3).
4.4.3 Halaman Judul
Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan. Halaman ini tidak dikira
sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman.
(Sila lihat contoh dalam LAMPIRAN 4).
4.4.4 Halaman Penghargaan
9
i. Perkataan “PENGHARGAAN” dan teksnya hendaklah ditaip santak ke
tengah dan 30 mm dari birai atas.
ii. Halaman penghargaan biasanya mengandungi kata-kata penghargaan
kepada sebarang bantuan seperti nasihat dan pandangan, dana,
penyediaan ruang dan bahan yang telah diberikan oleh individu, institusi
atau pertubuhan. Dedikasi tidak dibenarkan.
iii. Teks penghargaan hanya satu halaman sahaja dan tidak dikira sebagai
muka surat tugasan serta dinomborkan dengan huruf roman.
(Sila lihat contoh dalam LAMPIRAN 5)
4.4.5 Senarai Kandungan
Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baharu dengan
perkataan “KANDUNGAN” ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas.
(Sila lihat contoh dalam LAMPIRAN 6)
5.0 PENULISAN REFLEKSI
Refleksi merupakan proses pemikiran yang aktif dan dilaksanakan secara sedar untuk
membolehkan seseorang menyelesaikan masalah dan memahaminya secara lebih
bermakna. Amalan pemikiran dan penulisan reflektif ini penting bagi menyediakan
pelajar menjadi pengamal refleksi demi meningkatkan perkembangan kognitif dalam
profesion perguruan (Oja, 1990; Watson, 1995 dan Senne, 1997). Amalan ini melibatkan
pelajar dalam satu kitaran pemikiran dan tindakan berdasarkan pengalamannya ke arah
meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang pendidik. Refleksi yang baik akan
membolehkan proses kesedaran kendiri, perkembangan diri, perkembangan profesional
dan meningkatkan amalan pembelajaran dengan lebih berkesan.
5.1 Konsep Refleksi
10
Konsep refleksi mengikut beberapa orang tokoh dihuraikan seperti yang berikut:
“Reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief, or purported form of knowledge, in the light of grounds that support it and the further conclusions toward which it tend”.
(Dewey, 1975)
“Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Refleksi kritikal menitikberatkan penerokaan domain afektif, kerohanian dan pemikiran rasional oleh seseorang dalam tindakannya untuk mencari kebenaran terhadap tindakannya bagi tujuan memperbaiki diri dan persekitaran”.
(Hanifah, 1999)
Proses pemikiran reflektif kadang-kadang dirujuk sebagai pemikiran kritis. Proses ini melibatkan kemahiran berfikir seperti mentafsir maklumat, membuat kesimpulan, menilai. menganalisis, kreatif dan aktiviti metakognitif. Pemikiran kreatif dan kritis merupakan pemikiran yang digunakan dalam pemikiran reflektif di mana pemikiran reflektif merupakan sinonim dengan pemikiran kritis.
Bruning et.al (2004)
Critical Reflection is the process of analyzing, reconsidering and questioning experiences within a broad context of issues. Murray, Kujundzic, (2005)
Sebagai rumusan, dapatlah dikatakan bahawa refleksi adalah suatu proses berfikir
secara aktif dan penuh sedar dalam membuat penilaian. Penilaian tersebut dilakukan
terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan diri, penerokaan kekuatan dan
kelemahan diri serta pencarian kebenaran dalam tindakan atau amalan untuk
memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat dilihat sebagai suatu respons pemikiran
terhadap pengalaman dalam amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan
kefahaman yang mendalam. Amalan tersebut dilakukan bertujuan mengambil tindakan
untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan diri.
5.2 Objektif Refleksi
11
Dalam pelaksanaan kerja kursus, penulisan refleksi bertujuan untuk membantu pelajar:
(a) Membentuk sikap keterbukaan minda dan kemahiran berfikir serta menaakul
alam usaha meningkatkan kualiti diri dan profesion perguruan.
(b) Melihat sesuatu isu atau permasalahan secara mendalam serta kesediaan untuk
menyoal, menilai dan mengkritik diri sendiri.
(c) Menggunakan ilmu yang diperoleh (received knowledge) dan ilmu daripada
pengalaman lampau (previous experiential knowledge) untuk mengingat,
merenung kembali aktiviti pendidikan yang dialaminya serta menganalisis dan
menilai kesannya.
(d) Menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam konteks sosial yang
melibatkan dirinya sendiri dan cara penyelesaian itu diperoleh daripada
pengalaman pelajar itu sendiri.
(e) Berupaya membina pemikiran dan mengemukakan pandangan sendiri
(independent thought).
(f) Mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif.
5.3 Model Refleksi
Terdapat banyak model yang boleh digunakan sebagai panduan untuk menulis refleksi.
Antara model refleksi yang kerap dirujuk dalam membuat refleksi ialah model Schon
(1987).
Rajah 3: Model Refleksi Schon
12
REFLECTIONPRACTICE
RECEIVEDKNOWLEDGE
PREVIOUSEXPERIENTIALKNOWLEDGE
PROFESSIONALCOMPETENCE
REFLECTIVE CYCLE
Mengikut Schon (1987) refleksi boleh berlaku ketika kita berada dalam situasi
berkenaan (reflection-in action) atau mengingat kembali situasi yang telah berlaku
(reflection-on action). Refleksi yang dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah
(reflection-for action) melibatkan proses membentuk semula tindakannya secara sedar
dan berterusan dalam mencari suatu cara penyelesaian. Refleksi ke atas pengalaman
pula merujuk kepada proses menilai semula bagaimana kefahaman ketika melakukan
tindakan berkenaan (knowing-in-action) telah memberi kesan yang tidak dijangka ke
atas penyelesaian masalah yang dihadapi.
Refleksi adalah satu proses yang dinamik. Lazimnya pemikiran reflektif terhadap
sesuatu pengalaman akan bermula dengan meneroka, memahami dan menilai
keberkesanan sesuatu amalan atau tindakannya dalam mencapai sesuatu objektif.
Fokus proses berfikir pada peringkat ini untuk menilai sejauh mana kemahiran dan
strategi yang digunakan sesuai dan berkesan.
Pada tahap seterusnya, pengamal refleksi akan mengaitkan kesan sesuatu
tindakan atau amalannya kepada konteks atau situasi. Pemikiran pada peringkat ini
lebih mencabar kerana pengamal perlu menilai situasi berkenaan dan memikirkan
kesesuaian sesuatu tindakan atau amalan itu berdasarkan konteks dan situasi
berkenaan, keterampilan diri dan bagaimana merapatkan jurang antara teori dan realiti.
Aspek kreativiti dan inovasi menjadi sebahagian yang penting dalam proses refleksi ini.
Pada peringkat refleksi yang lebih tinggi, pengamal refleksi akan mengaitkan
amalannya dengan aspek-aspek moral, nilai dan etika. Pemikiran emosional (emotional
minds) digembleng bagi memberi makna dan mengaitkan peristiwa yang dialami dengan
nilai-nilai moral, ketuhanan, falsafah, sosial dan politik. Pada peringkat ini juga,
seseorang akan menanyakan apakah makna peristiwa tersebut ke atas dirinya dan
kaitan dengan peranannya sebagai seorang pendidik. Dengan kesedaran dan
pembentukan perspektif baru daripada pengalaman ini dan kaitannya dengan aspek
ketuhanan, nilai, moral dan etika akan menggerakkan kesediaan seseorang untuk
bertindak dan melakukan perubahan.
13
5.4 Proses Penulisan Refleksi
Untuk memudahkan pelajar membuat penulisan refleksi dengan lebih sistematik, berikut adalah satu cadangan pemetaan proses pemikiran dan penulisan refleksi.
Pengalaman Terpilih (Fokus) Pembelajaran daripada Pengalaman
Peningkatan Kualiti Diri
Menceritakan Semula (Retell)
Tinjauan Kritis (Review)
Fokuskan penulisan kepada satu atau dua aspek pengalaman yang penting (key events)
Peristiwa yang relevan dengan tugasan kerja kursus.
Peristiwa yang dipilih boleh merupakan aspek kekuatan atau kelemahan diri.
Fikirkan tentang komponen-komponen yang terlibat dalam peristiwa berkenaan.
Menjana pelbagai idea atau kemungkinan sebab akibat.
Kenal pasti dan nilai kekuatan dan kelemahan diri berkaitan peristiwa berkenaan.
Kaitkan pengalaman atau peristiwa dengan perasaan/ emosi.
Membincangkan proses berfikir yang berlaku/tidak berlaku dalam hubungannya dengan peristiwa berkenaan.
Menghubungkaitkan penilaian kendiri dengan ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
Menjelaskan apakah makna dan kesan pengalaman ini kepada diri anda ke arah pembentukan:
- Falsafah diri
- Pembelajaran baru - kesedaran baru
- kesediaan untuk berubah
Perkembangan ilmu profesionalisme keguruan.
Peningkatan keterampilan diri
Peningkatan kualiti amalan
5.5 Contoh Penulisan Refleksi
Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan kerja
kursus Ilmu Pendidikan berdasarkan tajuk projek seperti di bawah.
Tajuk Tugasan Projek : Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah.
Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya.
14
Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas prasekolah
yang anda pilih tentang:
(a) aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan
arahan.
(b) kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan
bilik darjah guru berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.
Penulisan refleksi Elemen pemikiran reflektif
Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut.
Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak.
Saya mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh semua bahan. Dari segi penilaian, saya mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan guru dapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan.
PENGALAMAN TERPILIH
MENCERITAKAN SEMULA
15
Setelah selesai membuat pemerhatian, saya membuat perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan. Saya dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Patnakar at.el (2007) mendapati persekitaran fizikal yang tidak sesuai akan menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-masing. Komunikasi dan gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid terganggu.
Saya juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid.
Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari tentang keperluan murid-murid prasekolah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah.
Berdasarkan pengurusan kelas yang telah saya perhatikan, saya berpendapat guru prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid.
Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan
TINJAUAN KRITIS
PEMBELAJARAN DARIPADA PENGALAMAN
16
pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan.
Hati saya tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah dimarahi guru. Oleh itu saya sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi.
Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru prasekolah saya perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak prasekolah.
PENINGKATAN KUALITI DIRI
5.6 Panduan Penulisan Refleksi
Refleksi hendaklah ditulis secara individu dalam bentuk esei yang mengandungi 2
hingga 3 halaman. Ciri-ciri penulisan refleksi yang baik berupaya menterjemah
pengalaman, masalah dan mengatasinya dengan kritis, jelas dan mendalam. Di
samping itu refleksi juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang perkembangan
kognitif individu secara kritis dan bermakna.
6.0 RUJUKANRujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau
tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan
senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalam hasilan kerja
17
kursus, format yang perlu digunakan adalah Sistem APA (American Psychological
Association).
6.1 Petikan Dalam Teks (Quotations)Petikan dalam teks merupakan teks yang dipetik dan ditulis semula tanpa perubahan.
Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong (italic).
Petikan dalam teks yang kurang daripada 40 perkataan perlu ditulis sebagai sebahagian
daripada teks penulisan dengan tanda pembuka dan penutup kata (“.....”). Contoh:
Johansson (2002) pointed out that in spite of the well-known difficulty of conducting
empirical research in human psychology, "recent investigations have supported the
validity of Erikson's theory" (p. 9).
Bagi petikan dalam teks yang terdiri daripada 40 perkataan atau lebih hendaklah ditulis
dalam perenggan yang berasingan. Petikan ditaip dengan 1 tab dari kiri dan kanan serta
langkau sebaris. Contoh:
Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau singkatannya COCOMO
menyediakan model empirik bagi menganggar perisian.
Today, a software cost estimation model is doing well if it can estimate software development costs within 20% of actual costs, 70% of the time, and on its own turf (that is within the class of projects to which it has been calibrated)……..That is not as precise as we might like, but it is accurate enough to provide a good deal of help in software engineering economic analysis and decision making. (Boehm, 1981, p34)
6.2 Rujukan Dalam Teks (Citations)Rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama
ringkasannya) seperti berikut :
(i) Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk. Contoh:
Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan
khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan.
18
(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka
tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:
Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan guru
pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan
(Brown, 2005).
(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua
pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh :
Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya
akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan
khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa.
(iv) Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas
nama pengarang pertama. Contoh :
Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program
percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan pada
pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et al, 1995).
(v) Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan oleh
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
Kajian sosial perlu dilaksanakan untuk pembangunan dan amalan ilmu
(McTavish dan Loether, 2002a).
Kajian sosial perlu dilaksanakan untuk penambahbaikan rutin harian manusia
yang disebut sebagai inovasi (McTavish dan Loether, 2002b).
(vi) Berikut adalah contoh penulisan rujukan dalam teks bagi pengarang Asia
Rujukan dalam teks
Pengarang Melayu
Pengarang Cina
Pengarang India
Mohd. Ali (2005) menyatakan …....
Lim (2006) menyokong …......
Krishnan (2003) menerangkan…......
19
6.3 Senarai Rujukan
Penulisan rujukan perlu mengikut format seperti berikut :
(i) mengikut turutan abjad
(ii) mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk,
tempat terbit dan penerbit
(iii) baris kedua dan seterusnya ditulis ke dalam 1 tab.
6.3.1 Contoh-contoh penulisan rujukan
( a ) Buku / Buku-e
Brown, M. W. (2004). Tajuk buku (2nd ed.). Bandar: Penerbit.
Perfect, T. J., & Schawartz, B. L. (Eds.) (2002). Applied metacognition. Retrives from http://www.questia.com/read/107598848
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012). Falsafah Pendidikan Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
( b ) Sebahagian Daripada Buku
Chin, Y. (2001). Tajuk bab yang dirujuk. Dalam A.R. Finley, S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), Tajuk buku. (pp. 25-37). Bandar: Penerbit.
( c ) Jurnal
Habib Mat Som (2007). Tajuk artikel jurnal. Jurnal Pendidikan, 27(1), 63-69.
( d ) Tesis
20
Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer. Tesis Dr.Fal, Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. Universiti Teknologi Malaysia.
( e ) Kertas Kerja Yang Diterbitkan
Clark, B. W. (1999). Tajuk kertas kerja yang disediakan untuk penerbitan prosiding. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of the Society of Experimental Results (pp. 49-78). Bandar: Penerbit.
Chua Lay Nee, Zuria Mahmud & Noriah Mohd. Ishak (2010). Kesan intervensi kelompok ke atas konsep kendiri pelajar sekolah menengah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (pp239-250). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
( f ) Kertas Kerja Yang Tidak Diterbitkan
Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). Tajuk kertas kerja yang dibentang tetapi tidak diterbitkan. Paper presented at the 103rd annual meeting of the Society of Experimental Results, City of Meeting, ST.
( g ) Laman Web
Autor, Y. 1999. Tajuk artikel atau informasi. http://www.webpage.com. Dilayari pada 14 November 2005.
Nidapink90. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. http://nidapink90.blogspot.com/2010/11/falsafah-pendidikan-kebangsaan-fpk.html. Dilayari pada 27 Februari 2012.
( h ) Artikel Dalam Majalah
Green, M. (2000, January). Tajuk artikel dalam majalah. Magazine of Today, pp. 6-12.
( i ) Artikel Dalam Akhbar
Johnson, R. S. (2004, October 1). Tajuk artikel dalam akhbar. The Star, pp. 1, 6-8.
21
Utusan Malaysia (2010, Jun 4). Guru Perlu Kuasai Ciri Pekerja Berpengetahuan. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm. Dilayari 26 Februari 2012.
( j ) Laporan
Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). Tajuk laporan (No. Laporan 90-1428). Bandar: Penerbit.
( k ) Manual
American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in the social sciences and education.)
Fitts. (1965). The tennesse self-concept scale manual. Nashville: Counselor Recordings And Test.
(l) Kamus / Ensaikopedia
Colman, A. (2003). Oxford dictionary of psychology. New York, NY: Oxford University Press.
______________ (2004). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(m) Video
Davidson, F. W. (Produser), & Davidson, J. M. (Pengarah). (1996). Play: A Vygotskian approach [VHS]. USA: Davidson Films.
( n ) Lecture Notes
22
Jackson, J. (2008). Psychology 2300 – Introduction to statistics: Lecture 6. Retrieved from http://webct6.douglas.bc.ca/webct/urw/lc5116001.tp0/cobaltMainFrame.dowebct?JSESSIONID=9s2xHhwT3sYvTp52pc1J1rLQDTHvH2aKgVs30fvklDs87vJ2wNFg!176160837!webct6.douglas.bc.ca!80!443
( o ) Pembentangan
Lanktree, C., & Briere, J. (1991, January). Early data on the Trauma Symptom Checklist for Children (TSC-C). Paper presented at the meeting of the American Professional Society on the Abuse of Children, San Diego, CA.
( p ) Dokumen
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2005). Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 18 tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan Sumber ManusiaSektor Awam.
( q ) Berikut merupakan contoh penulisan senarai rujukan bagi pengarang
Asia. Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh bagi pengarang yang
tidak mempunyai nama keluarga. Contoh:
Mohd. Ali Mohd. Bakar. (2005). Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.
Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd. Krishnan Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.
6.3.2 Contoh penulisan senarai rujukan dalam kerja kursus:
Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk Pemahaman Komputer. Tesis Dr. Fal, Jabatan Pengajian Bahasa Melayu. Universiti Teknologi Malaysia.
American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in the social sciences and education.)
23
Autor, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com. Accessed on 14 November 2005.
Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City: Publisher.
Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley, S.R. Taft, & M. N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-37). City:Publisher.
Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a published proceedings. In A. B.
Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of the Society of Experimental Results (pp. 49-78). City: Publisher.
Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an unpublished paper
Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of Experimental Results, 1(3), 1-22.
Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article. Magazine of Today, pp. 6-12.
Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper article. The Star, pp. 1, 6-8.
Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report (Report No. 90-1428). City : Publisher.
McTavish, D.G. & Loether, H.J. (2002). Social Research: An Evolving Process (2nd. Ed.) Boston: Allyn & Bacon.
McTavish, D. G. & Loether, H.J. (2002). Social Research: An Evolving Process (3rd. Ed.) Boston: Allyn & Bacon.
______________ (2004). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7.0 LAMPIRAN
24
Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan
tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan ini
termasuk rajah, jadual, carta, atur cara perisian, gambar, soal selidik dan sebagainya.
Semua bahan lampiran hendaklah diberi tajuk dan dilabelkan. Tajuk lampiran
dalam halaman Senarai Kandungan hendaklah sama dengan tajuk lampiran tersebut
(LAMPIRAN 6). Lampiran hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN 1, LAMPIRAN 2, dan
seterusnya. Perkataan “LAMPIRAN 1” hendaklah ditaip santak kanan dan 25 mm dari
birai atas. Seterusnya tajuk bahan lampiran ditaip santak tengah.
8.0 PENUTUP
Pelaksanaan Kerja Kursus dilihat sebagai salah satu cara memperkukuhkan
pembelajaran dengan mengintegrasikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran dalam
menghasilkan kerja kursus. Dalam konteks pentaksiran, Kerja Kursus memberi maklum
balas tentang perkembangan intelektual pelajar serta memupuk budaya ilmu. Pelajar
berpengalaman berkongsi ilmu secara pintar dalam kalangan mereka, dengan
pensyarah dan masyarakat/agensi melalui pelbagai tugasan kerja kursus.
Prosedur pelaksanaan dan sistem yang seragam akan menjadikan hasil Kerja
Kursus lebih berkualiti dan mempunyai kesetaraan. Justeru, dengan adanya buku
panduan ini diharapkan para pelajar dapat memahami dengan jelas segala kehendak
dan prosedur serta melaksanakan tugasan dengan penuh tanggungjawab demi
mencapai objektif Kerja Kursus.
25
26