Download - DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
1/32
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAHPENDIDIKAN KHAS
PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN(MASALAH PENGLIHATAN)
TAHUN SATU
2010
DRAF
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
2/32
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
3/32
DRAF
iii
K A N D U N G A N
Rukun Negara 1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Pendahuluan 2
Matlamat 2
Objektif 3
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang 3
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 5
Fokus Mata Pelajaran 6
Objektif Mata Pelajaran 6
Organisasi Kandungan 7
Pelaksanaan 9
Pentaksiran 10
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 11 - 27
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
4/32
DRAF
iv
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
5/32
PERLEMBAGAAN`KELUHURAN
DRAF
1
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
6/32
DRAF
2
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan
kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah serta Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Penglihatan dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,
yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah penglihatan
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian
murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
7/32
DRAF
3
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi
warganegara yang berguna;
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian;
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya;
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna;
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat
majmuk;
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam;
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah;
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya;
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa.
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan.Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
8/32
DRAF
4
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Bentuk Kurikulum Transformasi
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
9/32
DRAF
5
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
5.1 Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..
5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti Penglihatan dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
10/32
DRAF
6
FOKUS MATA PELAJARAN
Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian untuk murid Tahun Satu ialah membina kemahiran asas pergerakan dan
kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab
kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:
1. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan;
2. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
4. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan;
5. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat;
8. mematuhiperaturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
11/32
DRAF
7
ORGANISASI KANDUNGAN
Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Sekolah Rendah Tahun 1 merupakan dokumen Penglihatan untuk satu
tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun 1 dibina berasaskan lima standard iaitu:-
Standard 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. Konsep pergerakan
2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama
3. Gimnastik asas
4. Akuatik Asas
5. Rekreasi dan kesenggangan.
Standard 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui standard 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam Penglihatan
serta mengambangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. Konsep pergerakan
2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama
3. Gimnastik asas
4. Akuatik Asas
5. Rekreasi dan kesenggangan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
12/32
DRAF
8
Standard 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Melalui Standard 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang
melibatkan:-
1. Konsep kecergasan
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi
badan
3. Pentaksiran Kecergasan
Standard 4 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Meningkatkan Kecergasan.
Melalui standard 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk
kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:
1. Konsep kecergasan
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan
otot, dan komposisi badan.
\
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
13/32
DRAF
9
Standard 5: Kesukanan.
Melalui standard 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan,konsep, sosiologi
dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. Keselamatan dan pengurusan
2. Tanggungjawab kendiri
3. Interaksi sosial
4. Kumpulan dinamik.
Susunan standard-standard ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap standard dalam
dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun 2 Suaian yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard
Kandungan dan Standard Penglihatan. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala
lajur Standard Penglihatan menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1 adalah setara dengan pencapaian objektif
psikomotor,kognitif dan afektif dalam pengajaran dan Penglihatan Pendidikan jasmani.
Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran, guru menggunakan Standard 1, Standard 2 dan Standard 5 secara serentak. Manakala
untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru menggunakan Standard 3, Standard 4 dan Standard 5 secara serentak. Guru boleh
membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan standard yang telah
ditetapkan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
14/32
DRAF
10
Ringkasannya adalah seperti berikut:-
Modul 1:
Kemahiran
Standard 1Kecekapan Kemahiran
Pergerakan
Standard 2Aplikasi Pengetahuan dalam
Pergerakan
Standard 5 Kesukanan
Modul 2:
Kecergasan
Standard 3Kecergasan Meningkatkan
Kesihatan dan Prestasi Fizikal
Standard 4Aplikasi Pengetahuan Dalam
Meningkatkan Kecergasan
Standard 5 Kesukanan
PENTAKSIRAN
Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan pentaksiran berasaskan sekolah.
Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru adalah seperti senarai semak pemerhatian, senarai semak rating, dan ujian
kecergasan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
15/32
DRAF
11
Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKANMenguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yangmelibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Konsep pergerakan.1.1 Berkebolehan melakukan
pelbagai pergerakanberdasarkan konseppergerakan.
1.1.1
1.1.2
1.1.3
1.1.4
1.1.5
1.1.6
1.1.7
Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan.
Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang amdan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras ruang yang berbeza.
Melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dankanan berdasarkan isyarat.
Menukar arah dari depan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo,irama dan isyarat.
Melakukan pergerakan dalam laluan lurus, berlengkok dan zig- zag.
Melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, iramadan isyarat.
Melakukan pergerakan yang berbeza antara perlahan dengan pantas,ringan dengan berat dan lembut dengan kuat.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
16/32
DRAF
12
Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKANMenguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yangmelibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Pergerakan Asas
Pergerakan lokomotor1.2 Berkebolehan melakukan
pelbagai pergerakan lokomotorasas dengan lakuan yangbetul.
1.2.1
1.2.2
1.2.3
1.2.4
1.2.5
Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping),menggelongsor, melompat ,melompat sebelah kaki, berskip dan melonjak(leap).
Melakukan pergerakan melompat dan mendarat dengan menggunakankedua-dua belah kaki dengan lutut difleksikan selepas melompat dengansebelah kaki dan kedua-dua belah kaki.
Melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah,dan kelajuan dengan rakan dan objek.
Melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan.
Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
17/32
DRAF
13
Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKANMenguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yangmelibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Pergerakan bukanlokomotor
1.3 Berkebolehan melakukanpelbagai pergerakan bukanlokomotor asas dengan lakuanyang betul.
1.3.1
1.3.2
1.3.3
Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang,meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, danmengimbang.
Melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras,aliran dan daya dengan rakan dan objek.
Melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama.
Kemahiran manipulasialatan.
1.4 Berkebolehan melakukankemahiran manipulasi alatandengan lakuan yang betul.
1.4.1
1.4.2
1.4.3
1.4.4
1.4.5
Melakukan balingan bawah tangan.
Melakukan balingan atas kepala.
Menangkap atau menerima objek yang dilontar perlahan dengan lakuanyang betul.
Menangkap bola berbunyi yang dilambung sendiri.
Menendang bola berbunyi yang digolek.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
18/32
DRAF
14
Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKANMenguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yangmelibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN1.4.6
1.4.7
1.4.8
1.4.9
1.4.10
Menendang bola berbunyi dan seterusnya bergerak ke hadapan.
Memukul belon berbunyi ke atas menggunakan tangan, lengan dan kakiberterusan.
Memukul belon berbunyi ke atas menggunakan alatan.
Menggelecek bola berbunyi ke depan menggunakan bahagian dalam kaki.
Menggelecek bola berbunyi berterusan menggunakan satu tangan.
Kemahiran berirama1.5Berkebolehan melakukan
pelbagai kemahiran pergerakanmengikut irama.
1.5.1 Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
19/32
DRAF
15
Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKANMenguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yangmelibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Gimnastik Asas
Hambur dan pendaratan1.6 Berkebolehan melakukan
kemahiran hambur danpendaratan dengan lakuanyang betul.
1.6.1
1.6.2
Melakukan hambur menggunakan kaki.
Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.
Kawalan badan danSokongan
1.7 Berkebolehan melakukanKemahiran hambur danpendaratan dengan lakuanyang betul.
1.7.1
1.7.2
Melakukan imbangan dan sokongan dengan bahagian badan secarastatik.Melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan bahagianbadan.
Putaran1.8 Berkebolehan melakukan
kemahiran putaran denganlakuan yang betul.
1.8.1
1.8.2
1.8.3
Melakukan putaran menegak.
Melakukan guling balak berterusan.
Melakukan putaran telur.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
20/32
DRAF
16
Standard 1 : KEMAHIRAN PERGERAKANMenguasai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yangmelibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Asas Akuatik1.9 Keyakinan dan Keselamatan
dalam air.1.9.1
1.9.2
Mematuhi peraturan dalam air.
Melakukan kemahiran keyakinan dalam air: masuk ke dalam air, berdiri,berjalan, bobbing, mengapung meniarap, meluncur (glide), dan berdiridalam air dari posisi meniarap.
Rekreasi dan kesenggangan1.10 Berkebolehan melakukan
aktiviti rekreasi dankesenggangan.
1.10.1
1.10.2
Menggunakan kemahiran berlari,mengelak, melambung dan menyambutsemasa melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yangmelibatkan aktiviti pukul berapa Datuk Harimaudan batu seremban.
Menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yangmelibatkan pasir dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blokmainan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
21/32
DRAF
17
Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKANMengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkankemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Konsep pergerakan.2.1 Mengenal pasti dan
melakukan konsep asaspergerakan.
2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4
Mengenal pasti kesedaran tubuh dari segi bentuk, imbangan, pemindahanberat badan, layangan dan pendaratan.
Mengenal pasti ruang diri.
Mengenal pasti ruang am.
Mengenal pasti arah pergerakan kiri, kanan, depan, belakang, atas danbawah.
Pergerakan Asas
Pergerakan lokomotordan bukan lokomotor
2.2 Memahami dan membezakanpergerakan lokomotor denganbukan lokomotor.
2.2.1
2.2.2
2.2.3
Menyatakan jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Mengenal pasti postur yang betul semasa melakukan kemahiran lokomotordan bukan lokomotor.
Membezakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo..
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
22/32
DRAF
18
Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKANMengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkankemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Kemahiran manipulasialatan.
2.3 Mengetahui konsep danprinsip asas kemahiranmanipulasi alatan.
2.3.1
2.3.2
2.3.3
2.3.4
2.3.5
2.3.6
2.3.7
2.3.8
Mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balinganbawah tangan dan atas kepala.
Menyatakan kedudukan badan semasa melambung alatan.
Menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangankepada pergerakan.
Menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkapatau menerima bola yang berbunyi.
Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang.
Mengenal pasti pergerakan jari semasa menggelecek.
Mengenal pasti kedudukan kaki semasa menggelecek.
Mengenalpasti titik kontak atau sentuh pada objek yang dipukul.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
23/32
DRAF
19
Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKANMengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkankemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Kemahiran berirama2.4 Memahami konsep gerak edar
mengikut irama.2.4.1 Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak
mengikut irama.
Gimnastik Asas
Hambur dan Pendaratan2.5 Memahami konsep hambur
dan pendaratan.2.5.1
2.5.2
Mengenal pasti pergerakan serta-merta.
Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul.
Kawalan Badan danSokongan
2.6 Mengetahui konsep kawalanbadan dalam pergerakan.
2.6.1 Mengenal pasti tapak sokongan.
Putaran2.7 Memahami konsep putaran
dalam pergerakan.2.7.1
2.7.2
2.7.3
Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untukmelakukan aktiviti putaran menegak.
Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan gulingan balak.
Menyatakan kedudukan badan untuk menghasilkan putaran telur.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
24/32
DRAF
20
Standard 2 : APLIKASI PENGETAHUAN DALAM PERGERAKANMengaplikasi pengetahuan konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkankemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARANAsas Akuatik
2.8 Mengaplikasikan konsepkeselamatan dalam air.
2.8.1
2.8.2
2.8.3
2.8.4
Mengenal pasti peraturan dalam air.
Mengenal pasti lakuan bobbing yang betul.
Mengenal pasti lakuan apungan tiarap yang betul.
Mengenal pasti lakuan luncur yang betul.
Rekreasi dan kesenggangan2.9 Menjana kreativiti dalam
aktiviti rekreasi dankesenggangan
2.9.1
2.9.2
Menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti melibatkan pasir danmereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan.
Mengenal pasti cara bermain permainan tradisional.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
25/32
DRAF
21
Standard 3: KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN.Membina dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Konsep kecergasan3.1Berkebolehan melakukan aktiviti
fizikal berpandukan konsepkecergasan.
3.1.1 Melakukan pelbagai jenis aktiviti seperti berjalan, berlari, dan reganganyang boleh meningkatkan suhu badan dan otot, kadar pernafasan, dankadar nadi.
Komponen Kecergasan
Kapasiti aerobik3.2 Berkebolehan melakukan
aktiviti yang membina
kapasiti aerobik.
3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan .
Kelenturan3.3Berkebolehan melakukan
aktiviti kelenturan3.3.1 Melakukan aktiviti regangan dinamik dan statik pada otot-otot utama.
3.4 Kekuatan dan dayatahan ototBerkebolehan melakukanaktiviti meningkatkan daya
tahan dan kekuatan otot
3.4.1
3.4.2
3.4.3
Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa.
Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangkamasa.
Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
26/32
DRAF
22
Standard 3: KECERGASAN MENINGKATKAN KESIHATAN.Membina dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.4.4
3.4.5
3.4.6
3.4.7
Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan.
Melakukan aktiviti bergayut dan meniti menggunakan tangan pada palang.
Melakukan ringkuk tubi separa.
Melakukan aktiviti untuk membina otot teras badan (core).
Komposisi badan3.5Mengenal pasti komposisi
badan.3.5.1 Mengukur ketinggian dan menimbang berat.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
27/32
DRAF
23
Standard 4: APLIKASI PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KECERGASAN.Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan danprestasi fizikal.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Konsep kecergasan4.1 Menguasai konsep kecergasan
yang diaplikasikan semasamelakukan aktiviti kecergasanfizikal.
4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4
Mengenal pasti aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan.
Mengetahui kedudukan dan urutan aktiviti memanaskan dan menyejukkanbadan dalam melakukan aktiviti fizikal.
Mengetahui keperluan memanaskan dan menyejukkan badan .
Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan
aktiviti fizikal.
Komponen KecergasanKapasiti aerobik
4.2 Menguasai konsep asaskapasiti aerobik.
4.2.1
4.2.2
4.2.3
Mengetahui jantung sebagai organ yang penting dalam badan.
Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasamelakukan aktiviti fizikal.
Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
28/32
DRAF
24
Standard 4: APLIKASI PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KECERGASAN.Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan danprestasi fizikal.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Kelenturan4.3 Menguasai konsep asas
kelenturan.4.3.1
4.3.2
4.3.3
Mengetahui teknik regangan yang betul.
Mengenali pelbagai pergerakan yang betul untuk meningkatkankelenturan pada sesuatu kumpulan otot.
Mengetahui bahawa aktiviti regangan dapat meningkatkan kecekapanfungsi otot.
Kekuatan dan dayatahan otot
4.4 Menguasai konsep asaskekuatan dan daya tahan otot.
4.4.1
4.4.2
4.4.3
Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi.
Menyatakan bahawa melakukan aktiviti secara berulang-ulang dapatmeningkatkan daya tahan otot.
Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan semasa melakukanaktiviti kekuatan dan daya tahan otot.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
29/32
DRAF
25
Standard 4: APLIKASI PENGETAHUAN DALAM MENINGKATKAN KECERGASAN.Mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan danprestasi fizikal.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Komposisi badan4.5 Mengetahui komponen
badan.4.5.1
4.5.2
Mengenal pasti komponen dalam badan iaitu tulang, otot, organ, tisu danlemak.
Mengenal bentuk badan kurus, sederhana dan berlebihan berat badan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
30/32
DRAF
26
Standard 5: KESUKANANMengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip danstrategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Keselamatan danpengurusan
5.1 Mematuhi dan mengamalkanelemen pengurusan dankeselamatan.
5.1.1
5.1.2
5.1.3
Menyatakan dan membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepasmelakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.
Menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasamenjalankan aktiviti.
Mematuhi arahan guru dan mengenal peraturan keselamatan di tempat
melakukan aktiviti.
Tanggungjawab kendiri.5.2 Mempunyai keyakinan dan
tanggungjawab kendiri semasamelakukan aktiviti fizikal.
5.2.1
5.2.2
Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam pendidikanjasmani dan bersedia menerima cabaran.
Menerima cabaran,kemenangan dan kekalahan dalam permainan.
Interaksi sosial5.3 Berkebolehan berkomunikasi
dalam pelbagai bentuk semasa5.3.1 Berkomunikasi antara murid dengan murid semasa melakukan aktiviti
fizikal.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
31/32
DRAF
27
Standard 5: KESUKANANMengukuhkan amalan pendidikan jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip danstrategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Dinamika Kumpulan5.4 Berkebolehan membentuk
kumpulan dinamik danbekerjasama dalam kumpulantersebut.
5.4.1
5.4.2
Melakukan aktiviti secara berpasangan.
Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.
-
7/29/2019 DS Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 1
32/32