Download - Ebook 33 Idea Tawan Hati Kanak-Kanak
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 1
Berapa kali dalam satu hari anda senyuman dengan anak-anak? Adakah anda sedar
semakin banyak anda senyum dengan anak-anak semakin mudah anak-anak rapat
dengan ibu bapa. Apa kata mulakan hari anda hari ini dengan seukir senyuman.
Walaupun anda penat dalam kesibukan kerja atau baru hendak mengambil anak
pulang dari sekolah sentiasa menunjukkan keriangan anda bertemu dengan mereka.
Anda dapat merasakan segala penat anda tiba-tiba hilang. Anak-anak lebih mudah
ringan mulut untuk bercakap dan bercerita dengan anda apa yang mereka lakukan
di sekolah pada hari berkenaan.
Ciuman seorang ibu bapa akan memberi kesan kepada jiwa anak-anak dan secara
tidak langsung dapat membangkitkan perasaan sayang yang mendalam dalam hati
anak-anak sekurang-kurangnya 6 jam. Semakin banyak anda memberi ciuman
semakin rapat jiwa anak-anak kepada diri anda. Ini menyebabkan anak-anak
sentiasa ingat kepada anda walau di mana mereka berada dalam apa jua keadaaan.
Pada satu-satu masa anak-anak kecil boleh memahami 7 bahasa. Anda hanya perlu
menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan pendek kepada anak-anak.
Tip tambahan: Penggunaan bahasa pelat perlu dielakkan agar pertumbuhan anak-
anak dari aspek bahasa akan lebih cepat berkembang. Contohnya, jika anak-anak
hendak makan latih anak-anak guna perkataan ‘makan’ daripada guna perkataan
‘mamam’. Apabila hendak tidur sebut perkataan ‘tidur’ daripada ‘dodo’.
1. SENYUM:
2. TERUJA /EXCITED APABILA BERJUMPA ANAK:
3. BEKALKAN CIUMAN:
4. BAHASA YANG MUDAH APABILA BERCAKAP:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 2
Apa yang anda ketahui mengenai pelukan? Pelukan anda sebagai ibu bapa kepada
anak-anak akan membangkitkan perasaan sayang dan rindu kepada sel-sel badan
anak-anak. Hubungan anda akan menjadi lebih akrab kerana sel-sel badan anak-
anak akan sentiasa menginginkan untuk diberikan perlukan dari anda lagi dan lagi
dan lagi. Anda mesti kaya dalam memberi perlukan kepada anak-anak kerana anak-
anak yang sentiasa diberi pelukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari, imunisasi
badan anak-anak akan menjadi lebih kuat. Anda boleh pelajari teknik ini dengan
lebih terperinci di dalam program ‘Intensif Kanak-Kanak Power.
.
Proses tumbesaran anak-anak berlaku dengan sangat pantas. Setiap detik yang
berlalu perlu diabadikan dengan merakam setiap kenangan bersama anak-anak. Ini
menjadikan panduan kepada anak-anak apabila mereka besar dan mempunyai
cahaya mata sendiri. Malah, sebagai memori terindah di dalam hidup anak-anak
apabila mereka besar nanti kerana ada sesetengah ingatan anak-anak tidak dapat
mereka ingat semasa kecil.
Apa perasaan anda apabila anda menerima pujian bahawa anda kelihatan sangat
anggun, bergaya? Semestinya anda merasa dunia ini anda yang punya. Ia
merupakan sifat semulajadi manusia suka akan pujian termasuk anak-anak
walaupun umur mereka setahun jagung. Berikan pujian kepada anak-anak dalam
setiap tindakan yang baik. Ini secara tidak langsung memberi motivasi secara halus
kepada anak-anak untuk mengekalkan sikap yang terpuji.
Contohnya, apabila anak-anak telah pulang ke rumah dan terus menyusun kasut
mereka sendiri, berikan pujian kepada mereka seperti ‘Bagus anak ibu susun kasut
sendiri.’ Tidak perlu menunggu anak mendapat sesuatu pencapaian yang besar
untuk memuji mereka.
5. PELUK 3 KALI SEHARI:
6. RAKAM DETIK-DETIK BERSAMA:
7. BERIKAN PUJIAN:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 3
Mulakan dengan setiap langkah yang baik yang telah dilakukan oleh anak-anak.
Setiap kejayaan kecil akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar.
Ya, ini adalah penting kerana sifat anak-anak adalah mempunyai keinginan yang
tinggi dalam mengetahui sesuatu. Pastikan anda meluangkan masa sekurang-
kurangnya 10 minit setiap malam kepada anak-anak untuk membaca buku cerita
atau buku yang mempunyai unsur-unsur imaginasi. Adakah anda sedar, ini secara
tidak langsung telah membawa anak-anak mudah tertidur dan membawa cerita
tersebut dalam mimpi mereka.
Betul, cara ini dapat melentur anak-anak yang mempunyai hati yang keras atau
degil. Apabila anak-anak sedang tidur, anda bisik ke telinga anak-anak dengan nada
yang lembut. Contohnya, ‘Alia anak mama, Alia anak ibu yang baik, selalu dengar
cakap mama dan papa. Mama dan papa sentiasa doakan Alia jadi anak solehah dan
berjaya dunia serta akhirat.’ Anda boleh pelajari teknik ini dengan lebih terperinci di
dalam program ‘Intensif Kanak-Kanak Power.
Tahniah! Kepada anda yang telah berjaya meneruskan pembacaan anda sampai
sekarang. Cara paling mudah untuk membesarkan anak-anak adalah dengan
membawa mereka bersenam bersama anda. Aktiviti ini dapat mengeratkan
hubungan komunikasi dengan anak-anak. Malah, tahap stamina anda dan anak-
anak dapat menjadi motivasi antara satu sama lain.
8. MEMBACA BUKU:
9. BERCAKAP KETIKA ANAK SEDANG TIDUR:
10. BERSENAM:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 4
Tip tambahan: Berkongsi pengalaman anda semasa meluangkan masa melakukan
aktiviti bersukan dengan rakan-rakan anda dahulu. Lebih menyeronokkan anak-
anak, apabila anda membenarkan anak-anak mempelawa rakan-rakannya untuk
bersama-sama menyertai aktiviti sukan tersebut.
Adakah anda sedar apabila bercakap dengan kawan-kawan anda seperti ditempat
kerja, anda cenderung untuk berkongsi pelbagai pengalaman anda bersama
mereka? Jadi, sama seperti apabila anda bersama anak-anak. Jiwa anak-anak
menjadi lebih mudah untuk berkomunikasi apabila anda meletakkan diri anda
sebagai rakan atau sahabat anak-anak. Ini adalah cara yang paling mudah untuk
membuat anak-anak menjadi rapat dan berkongsi segala masalah yang berlaku
dalam hidup mereka termasuk kenalan di sekeliling mereka.
Betul, melalui menonton TV siaran pilihan anak-anak, anda cenderung untuk
mengetahui minat anak-anak. Yang paling penting, anda mempunyai topik untuk
berbincang dengan anak-anak apabila anda menghantar mereka ke sekolah.
Contohnya, anak-anak suka menonton bola. Anda boleh ketahui siapa pasukan
kegemaran mereka? Siapakah pemain yang paling dikagumi mereka? Ini sangat
membantu anda kerana anak-anak dapat merasakan diri mereka dihargai kerana
anda mengetahui dan memahami apa yang mereka suka dan sebaliknya.
Ini merupakan teknik yang sangat luar biasa digunakan untuk menawan hati anak-
anak. Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada masakan di rumah. Anak-anak
sangat suka apabila anda memasak untuk mereka kerana masakan anda penuh
dengan kasih sayang dan mempunyai khasiat yang mencukupi untuk mereka.
11. ANAK ADALAH KAWAN IBU BAPA:
12. MENONTON TV:
13. MEMASAK:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 5
Tip tambahan: Sediakan sarapan pagi kepada anak-anak sebelum pergi ke sekolah.
Ini membantu mengelakkan anak-anak merasa mengantuk apabila belajar. Malah,
sediakan bekalan kepada anak-anak kerana kebiasaanya anak-anak cenderung
untuk berkongsi makanan yang dibawa kepada kawan-kawannya. Secara langsung,
anak-anak merasa sangat seronok dan bangga apabila makanan yang dibekalkan
oleh anda dipuji oleh kawan-kawannya.
Anda mungkin merasa pelik tetapi ia sangat benar. Ketawa boleh membawa anak-
anak untuk lebih rapat kepada anda kerana anda telah memecahkan tembok
penghalang atau ice breaking yang berada dalam diri anak-anak.
Semakin anda mampu membuat anak-anak ketawa semakin senang anda merasa
seronok membesarkan anak-anak. Tip tambahan: Kepada anda yang tidak pernah
ketawa, anda boleh membaca buku-buku lawak jenaka atau boleh mencari cerita-
cerita lawak di dalam web. Anda juga boleh memilih siaran yang mempunyai lawak
jenaka.
Sekiranya anda dan pasangan masih mempunyai ibu dan bapa, anda boleh
membawa anak-anak melawat atuk dan neneknya sekerap yang mungkin. Ini
merupakan perkara yang dituntut dalam agama kerana anak-anak anda akan
merasa lebih rapat dan mengenali atuk dan nenek mereka. Malah, anak-anak dapat
melihat sendiri bagaimana anda sebagai anak menjaga dan menyangi ibu bapa
anda sendiri.
Ini memberi inspirasi kepada anak-anak anda untuk menjaga anda dengan penuh
kasih sayang apabila mereka meningkat dewasa. Anak-anak berlajar melalui
pengalaman dengan apa yang mereka rasa, nampak, alami dan dengar.
Tip tambahan: sekiranya ibu bapa anda telah meninggal dunia, anda boleh
membawa anak-anak pergi melawat ke kubur mereka.
14. KETAWA:
15. MELAWAT RUMAH ATUK DAN NENEK:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 6
Tidak perlu menunggu perayaan. Ini membangkitkan rasa kesyukuran di dalam diri
anak-anak bahawa mereka bersyukur kerana mempunyai anda di sisi. Malah, dapat
meredakan perasaan takut anak-anak untuk ke kubur.
Betul, gotong royong dapat mengeratkan hubungan anda dengan anak-anak dan
juga jiran setempat. Apabila anda menerapkan nilai-nilai murni seperti ini, anak-anak
akan mula bersosial dengan lebih sihat dan ceria.
Cara yang paling mudah dapatkan keyakinan anak-anak dalam hubungan
kekeluargaan adalah melalui cara ini. Wujudkan hari keluarga sesama adik beradik
keluarga anda dan jalankan aktiviti seperti pertandingan renang, cabutan bertuah
dan menyanyi. Ini memberi impak yang mendalam pada anak-anak kerana mereka
dapat mengenali saudara mara malah, memupuk semangat berpasukan dan
keyakinan tinggi pada anak-anak.
Betul, latih anak-anak untuk tidur tutup lampu. Ini membantu proses tumbesaran sel
badan anak-anak semasa mereka tidur. Malah, sinaran UV pada lampu
menyebabkan kulit anak-anak mahupun kulit anda menjadi tidak sihat. Badan
menjadi lena apabila dalam keadaan gelap pada waktu malam.
Mudah untuk melatih anak-anak untuk bangun awal pagi apabila dipupuk dari usia
yang muda. Anak-anak akan terlatih untuk bangun awal apabila melihat anda
sentiasa bangun awal. Ini merupakan cara untuk mendisiplinkan anak-anak selain
melatih mereka untuk bangun awal ke sekolah. Ingat, rezeki sentiasa datang
mencurah-curah pada awal pagi.
16. GOTONG ROYONG:
17. LANCARKAN PERTANDINGAN DAN CABUTAN:
18. TUTUP LAMPU APABILA TIDUR:
19. BANGUN AWAL PAGI:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 7
Tuliskan di dalam rancangan tahunan keluarga untuk pergi dan menyokong badan-
badan kebajikan. Anda boleh mulakan dengan menderma pakaian anak-anak yang
masih boleh dipakai ke rumah anak-anak yatim. Ini memupuk perasaan syukur di
dalam diri anak-anak anda yang mereka masih mempunyai keluarga yang bahagia.
Malah, sediakan tabung derma di rumah untuk menderma kepada badan-badan
kebajikkan tersebut. Contohnya, ‘Alia, Zafrin, ibu dan ayah perlu derma satu hari
sekurang-kurangnya RM1. Setiap hujung bulan, kita melawat rumah-rumah
kebajikan untuk serahkan duit ini.’
Komunikasi telah disentuh dalam tajuk sebelum ini. Apabila anda bercakap dengan
anak-anak menggunakan intonasi suara yang betul dan bahasa tubuh yang selari
dengan mesej yang hendak disampaikan, anak-anak akan memberi respon yang
baik dan budi bahasa anak-anak dapat diterapkan. Anda boleh pelajari teknik ini
dengan lebih terperinci di dalam program ‘Intensif Kanak-Kanak Power.
Berapa kali anda melafaskan ayat keramat ini dalam 1 hari? Ayat ini melatih diri
anda malah anak-anak untuk bersyukur dengan setiap yang dimiliki olehnya.
Contohnya, ‘Alia, tolong ambilkan mama buku yang berada di atas meja itu.’ Setelah
Alia mengambilnya, ‘Terima kasih anak mama. Mama sangat menghargainya’.
Apabila anda kerap berterima kasih dengan anak-anak, secara tidak langsung anak-
anak akan tahu menghargai dan berterima kasih dengan orang lain di luar.
Ini merupakan langkah yang bijak kerana pembelajaran yang berterusan adalah
bermula dari rumah. Tip tambahan: Apabila mengucapkan kata keramat ini, sebutlah
dengan senyuman dan pandang orang yang sebut ayat itu.
20. SOKONG BADAN KEBAJIKAN:
21. BAHASA BADAN DAN INTONASI:
22. TERIMA KASIH:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 8
Rancang aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Contohnya, hari Ahad
mengemas rumah. Anda dan anak-anak lakukan pembersihan kerja-kerja rumah
bersama mereka dari aspek dapur, ruang tamu, bilik air dan beranda rumah.
Wujudkan perasaan atau mood ceria semasa proses melakukan sesuatu aktiviti
kerana perkara yang memberi kesan dalam diri adalah memori yang indah. Perkara
ini sangat penting kerana hubungan anda dan anak-anak boleh dijalinkan dengan
lebih akrab.
Apabila anda ingin meminta anak melakukan sesuatu perkara anda boleh meminta
tolong dan elakkan menggunakan bahasa mengarah. Contohnya, ‘Alia, TOLONG ibu
ambilkan pinggan di dapur sayang.’ Ini cara yang lembut untuk meminta pertolongan
anak berbanding, ‘Alia, pergi ke dapur ambil pinggan.’ Walaupun bunyinya lembut
tetapi menggunakan ayat mengarah. Perkataan yang boleh digunakan seperti
‘tolong’ dan ‘boleh’.
Tip tambahan: bertanya soalan kepada anak-anak apabila memerlukan bantuan.
Contohnya, ‘Siapa boleh bantu ayah angkat bakul?’ atau ‘Zakir, tolong mama angkat
baju diampaian, boleh?’
Ego dalam diri manusia akan menjadi sangat menebal apabila sentiasa diarah untuk
melakukan sesuatu berbanding dengan meminta pertolongan atau bantuan.
Cari peluang untuk memberikan hadiah kepada anak-anak seperti hari jadi atau
mendapat keputusan yang cemerlang berbanding sebelumnya, menjaga adik-adik
dan membantu ibu bapa. Ini adalah sifat manusia yang suka dihargai begitu juga
dengan anak-anak. Malah, menjadi pendorong untuk memberi semangat baru
kepada anak-anak melangkah dengan lebih baik ke peringkat seterusnya.
23. BERKERJASAMA DALAM MELAKUKAN SESUATU:
24. MEMINTA BANTUAN DARIPADA MENGARAH:
25. PEMBERIAN HADIAH KEPADA ANAK-ANAK:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 9
Bersedia untuk bercerita dan berkongsi pengalaman hidup anda bersama anak-anak
terutama apabila anak-anak bertanya pelbagai soalan. Contoh: Mama macam mana
adik boleh lahir? Adik keluar dari mana?
Tip tambahan: Jawab setiap pertanyaan anak-anak dengan bahasa yang mudah
difahami. Elakkan memarahi anak-anak apabila mereka sentiasa bertanya soalan.
Apabila anak-anak bertanya banyak soalan, sebenarnya sel-sel otak sedang mula
berkembang.
Lebih banyak anda berkongsi dengan anak-anak, lebih banyak anda dapat pelajari
daripada mereka juga.
Pasangan dan diri anda perlu kelihatan kemas, bersih dan wangi di mana anda
berada walaupun di rumah. Ini memberi contoh yang terbaik kepada anak-anak
untuk mendisiplinkan diri menjadi kemas juga. Tip tambahan: Anak merasa seronok
dan bangga apabila anda dipuji oleh kawan-kawan mereka kerana kelihatan cantik,
bergaya dan wangi. Anak-anak secara tidak langsung akan terdorong untuk menjadi
seperti anda juga.
Lakukan dengan menghantar SMS kepada anak-anak apabila anda di pejabat. Ini
memberi kejutan yang positif kepada anak-anak bahawa anda sentiasa mengingati
mereka walaupun anda sedang sibuk di pejabat. Contohnya, ‘Terima kasih kerana
menjadi anak mama dan ayah. Walaupun di mana Alia berada, kami berdua
sentiasa doakan semoga Alia sentiasa dilindungi olehNya. Amin Ya Rab.’
Tip tambahan: Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak dalam
SMS kerana anak-anak menjadi lebih tersentuh dengan kata-kata yang ikhlas dari
anda.
26. BERKONGSI PENGALAMAN:
27. TINGKATKAN IMEJ ANDA:
28. SMS ATAU NOTA:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 10
Atau berkelah bersama anak-anak. Rancang tempoh cuti anda untuk meluangkan
masa bersama anak-anak. Apabila pergi ke tempat yang baru dengan suasana yang
baru, minda anda dan anak-anak akan menjadi lebih segar dan tenang dari
kesibukkan aktiviti seharian. Tip tambahan: Anak-anak lebih cepat pelajari sesuatu
di tempat baru malah, hubungan komunikasi anda dan anak-anak boleh diperbaiki
melalui tempoh percutian tersebut. Walaupun masa yang agak pendek tetapi
pengalaman dan memori akan dikenang oleh anak-anak sampai bila-bila.
Wujudkan kesedaran dalam diri anak-anak tentang tanggungjawab kebersihan diri,
rumah dan kawasan sekeliling. Ini melatih anak-anak untuk mendisiplinkan diri
apabila meningkat usia. Cara ini nampak remeh, tetapi kesannya kepada
masyarakat setempat sangat besar kerana hubungan anda dengan anak-anak
menjadi lebih baik, anak-anak dapat memperbaiki cara berkomunikasi dengan orang
luar dan bersosial dengan sihat selain meningkatkan hubungan yang baik antara
jiran tetangga.
Tip tambahan: Sediakan makanan kepada jiran tetangga semasa aktiviti ini
dijalankan. Ini dapat memberikan keyakinan kepada anda dan anak-anak untuk
selalu menambah nilai kepada hidup orang lain.
Apa perasaan anda jika kedai bunga di tempat anda mengirim SMS kepada dan
meminta untuk datang ke kedai tersebut untuk mengambil hadiah istimewa dan
voucher yang diberikan kepada anda hanya untuk hari ini sahaja, tanpa sebarang
sebab. Hanya sebagai penghargaan. Pasti anda merasa gembira. Itulah cara anda
boleh lakukan kepada anak-anak kerana manusia suka akan kejutan.
29. BERCUTI:
30. KEMPEN MENGUTIP SAMPAH:
31. LAKUKAN SESUATU DI LUAR JANGKAAN:
www.liyanamalek.com liyanamalekofficialpage 11
Contohnya, anda meminta anak anda untuk mengambil sesuatu barang di dalam
kereta dan barang tersebut adalah sepasang kasut sukan kegemaran anak anda.
Pasti anak anda akan berasa teruja dan rasa sangat dihargai.
Apakah perasaan anda tiba-tiba anda menjawab telefon dan terus dimarahi tanpa
mengetahui apa punca yang berlaku. Mesti perasaan sangat sedih, kecewa dan
mungkin merasa hendak menangis. Tetapi apa perasaaan anda tiba-tiba anda
menjawab telefon anda dilayan dengan suara yang lembut. Anda pasti hendak
bercakap lebih lama dengan orang tersebut. Inilah caranya apabila hendak bercakap
dengan anak.
Tip tambahan: Cara jawab telefon seperti orang dilamun cinta sangat sesuai
digunakan apabila hendak bercakap dengan anak-anak. Walaupun anda mungkin
sangat marah pada ketika itu, tapi cuba berikan jalan penyelesaian dan jangan
ditekan masalah itu.
Apabila anda suka bercerita dengan anak-anak, cerita yang mempunyai unsur-unsur
moral, anak-anak akan terbawa-bawa dalam mimpi cerita tersebut. Malah, anda
boleh berbisik kepada anak-anak ketika mereka tidur. Ini boleh dilakukan terutama
anda mempunyai masa yang sangat singkat dengan anak-anak.
Contohnya, anda berbisik, ’Zakir anak papa yang sangat hebat dan penyayang.
Mama dan papa sangat sayang pada Zakir.’ Anda boleh usap dengan lembut
kepalanya dan cium dahi anak tersebut. Cuba ulangi setiap hari dan lihat
keberkesanannya.
KITA TIDAK BERAKHIR DISINI.
KEMUNCULAN YANG SETERUSNYA AKAN TIBA.
32. UBAH CARA MENJAWAB TELEFON:
33. BERBISIK DAN BERCERITA SEBELUM TIDUR:
KETAHUI RAHSIA KANAK-KANAK
Mengapa kanak-kanak tiba-tiba menangis, merajuk dan mengamuk? Kanak-kanak
membesar banyak bergantung dengan emosi mereka. Anak yang hebat adalah
kanak-kanak yang mampu untuk mengawal emosi mereka dengan baik.
E-book ini membantu anda 33 idea menawan hati kanak-kanak yang boleh
digunakan kepada anda dan juga kanak-kanak. Ini boleh membantu anda untuk
memudahkan proses membesarkan mereka.
Ilmu yang baik perlulah dikongsi. E-book ini merupakan hadiah Liyana Malek kepada
anda, jadi berkongsilah ilmu ini kepada rakan-rakan anda dan layari
www.liyanamalek.com untuk mendapatkan tip-tip yang berguna mengenai kanak-
kanak untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
-Liyana Malek
Kini, beliau banyak berkongsi rahsia kejayaan beliau di dalam seminar-
seminar seperti Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pemasaran
Tadika dan Taska, Jauhi Menjadi Ibu Bapa Neraka dan Parenting Bijak.
Liyana Malek sedang dalam kajian mengenai kanak-kanak dan perniagaan
dan mencari penerbit yang berminat.
Untuk khidmat nasihat, beliau boleh dihubungi di:
Emel : [email protected]
No telefon : 017 6066 422
www.liyanamalek.com
Liyana Malek berpengalaman melebihi 7 tahun
dalam menguruskan emosi kanak-kanak terutama
kanak-kanak hiperaktif.
Beliau telah memulakan tadika dan taska sendiri
dalam usia yang sangat muda, 13 tahun. Melalui
kepakaran beliau, ramai ibu bapa berminat
menghantar anak-anak di tadika tersebut
walaupun lokasinya agak terpencil. Bidang yang
dikendalikan oleh beliau adalah dalam
menguruskan emosi kanak-kanak seperti
hiperaktif, pendiam, tantrum dan kemurungan.