PROFESION PERGURUAN DAN CABARAN-CABARAN
1. Konsep kerjaya profesional
Jacques (2003), sesuatu kerjaya dikatakan bertaraf profesional jika penjawatnya
mempunyai autonomi profesional; bertanggung jawab; berorganisasi; adil;
berpendidikan; berkemahiran; berperaturan diri; bebas; terbuka; nutral; akauntabel dan
terpelajar.
Lieberman pula, sesuatu profesion bertaraf profesional ialah, memberi perkhidmatan
penting dan mempunyai matlamat yang jelas; menggunakan keupayaan serta
kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya; mendapat latihan
yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu;
mementingkan mutu serta dedikasi yang tinggi dengan tidak mementingkan keuntungan
wang atau saraan semata-mata; pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai
kuasa autonomi dalam tugas dan tanggung jawabnya; mempunyai organisasi yang
berkuasa menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu perkhidmatan
ahli-ahlinya; dan mempunyai etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli
dalam profesion itu (Amir Hassan Dawi, 2002 dan Sufean Husin, 1996).
Menurut Kizlik (2000), sesuatu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi
perkhidmatan kepada masyarakat; boleh membuat keputusan ke atas pelanggan;
mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu; mempunyai ketinggian pengetahuan;
kemahiran dan tingkahlaku yang tidak dipunyai oleh non-profesional; mempunyai
organisasi profesionalnya sendiri; mempunyai standard kriteria untuk dipenuhi oleh ahli
baru; mempunyai program bagi penyediaan ahli baru; dipercayai dengan yakin oleh
pihak awam; dan mempunyai autoriti dalam amalannya.
Musgrave (1972), pula menganggap bahawa sesuatu kerjaya adalah bertaraf
profesional jika pengamal kerjaya tersebut menggunakan ilmunya hanya untuk faedah
pelanggan.
Flexner (1915), kerjaya profesional adalah dirujuk kepada enam ciri. Pertama adalah
berkait dengan penglibatan operasi intelektual di dalam tugasnya. Kedua adalah berkait
dengan keilmuan yang dipunyai dan dipraktikkan. Ketiga adalah kejelasan matlamat
yang praktikal. Keempat merujuk kepada kemahiran yang berasas kepada ilmu. Kelima
adalah berorientasikan kepada keperluan masyarakat. Keenam ialah tidak untuk
kepentingan diri sendiri dengan mengenepikan kepentingan sosial.
2. Profesionalisme
Socket dalam Hawke & Hawke (2002), profesionalisme adalah amalan berkualiti dan
pekerjaan yang berstatus dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan
masa kini yang mendesak kepada peningkatan kualiti dalam semua bidang
perkhidmatan sosial (Wan Mohd. Zahid, 1993).
Hammond, Wise & Klein (1999), profesion yang memberi khidmat kepada orang awam
perlu kepada kawalan kualiti. Ini kerana orang awam yang mendapat perkhidmatan
jarang mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu profesion
tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yang diberikan akan membawa akibat buruk
kepada pelanggan.
3. Mekanisme Pengekalan Kualiti Profesionalisme
Antara yang biasa digunakan ialah sistem akreditasi, perlesenan dan pensijilan lanjutan
(Hammond, Wise & Klein, 1999). Contohnya Di Amerika Syarikat, National Board of
Medical Examiners Examination adalah peperiksaan bagi bidang perubatan manakala
Architecture Registration Exam ialah bagi bidang seni bina untuk jaminan kualiti
profesion masing-masing.
Mempunyai badan profesionalnya masing-masing, badan ini biasanya telah
menetapkan standard kompetensinya sendiri bagi menjaga standard profesion mereka
selaras dengan tahap profesionalismenya (Amir Hassan Dawi, 2002; Kizlik, 2000;
Sufean Hussin; 1996).
4. Perguruan sebagai kerjaya bertaraf profesional
Perguruan adalah kerjaya yang bertaraf profesional (Jacques, 2003; Sachs, 2003;
Menteri Pendidikan, 2000; BPPPDP, 1996; Ibrahim Bajunid, 2000; Kamarudin Kachar,
2000; Amir Hassan Dawi, 2002; Elliot, 2002; Abdul Rahman dan Zakaria, 2001;
Squires, 1999; Hammond, Wise & Klein 1999; Soetjipto & Raflis Kosasi, 1999; Wan
Mohd Zahid, 1997; Sufean Hussin, 1996; Ornstein & Levine 1984).
5. Hujah bahawa guru adalah profesional
Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan sebagai ‘berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah’ dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan
pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000).
Sufean Hussin (1996) berpendapat, terdapat banyak kriteria yang menunjukkan
bahawa perguruan adalah bertaraf profesional dan kesemua kriteria tersebut adalah
selaras dengan apa yang digariskan oleh Lieberman.
Guru-guru terlatih dalam tempoh latihan yang mencukupi, mampu menjalankan
tanggung jawabnya sebagai pendidik profesional yang cekap; dengan menggunakan
sumber-sumber yang ada sebaik mungkin (Kamarudin Kachar, 2000; Sufean Hussin,
1996).
Latihan perguruan adalah setara dan bermutu sebagai yang ditentukan oleh badan
penilai yang mempunyai autoriti serta mempunyai pengalaman dalam profesion
perguruan. Sebagai contoh Di England dan Wales, Teacher Training Agency (TTA)
adalah badan yang bertanggung jawab menjaga ketinggian martabat profesion
perguruan (Elliot, 2002).
Perkhidmatan perguruan adalah diasaskan oleh satu kod etika yang menggariskan
tatasusila dan tingkah laku guru dalam perkhidmatan yang bermatlamatkan aspirasi dan
kehendak negara. Di Malaysia perkara ini dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang dijadikan asas kepada penetapan Kriteria Guru Yang
Unggul (Malaysia Ministry of Education, 1982).
Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Malaysia Ministry of Education, 1982)
THE IDEAL MALAYSIAN TEACHER
Taking into consideration our social and cultural milieu in which national unity and social
cohesiveness is of prime importance, we believe that the ideal Malaysian teacher is one
who
is noble in character
has deep moral and religious conviction
is human, yet progressive and scientific in outlook
upholds the aspirations of the nation
cherishes the national cultural heritage
has a positive attitude towards learning, the school and
society; and, being endowed with these attributes
promotes the all-round development of the child
is loyal to his profession; and
ensures the preservation of a united, democtaric and progressive and diciplined
society.
Mempunyai badan persatuan yang mengawal tindak-tanduk ahli-ahli. Kesatuan Guru-
guru Melayu Bersatu (KGGMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(KPPK) adalah antara badan yang terlibat dalam hal yang berkaitan di negara ini.
Terdapat empat puluh lapan buah persatuan guru di negara ini yang boleh disertai oleh
guru-guru (Menteri Pendidikan , 2000). Selain daripada itu Suruhanjaya Perkhidmatan
Perguruan (SPP) adalah suruhanjaya bebas yang bertindak sebagai badan mengawal
kemasukan dalam profesion perguruan.
5. Ciri-ciri Perguruan Sebagai Kerjaya Profesional
Terdapat empat ciri umum sehingga perguruan dianggap sebagai kerjaya profesional
iaitu pengetahuan guru tentang perguruan yang melebihi pengetahuan orang kebiasaan
yang bukan guru; profesion yang mempunyai piawaian kemasukan tertentu atau
perlesenan; autonomi dalam membuat keputusan; dan martabat atau status ekonomi
yang kukuh (Ornstein, 1995; Ornstein & Levine,1984). Ciri-ciri tersebut adalah
kesemuanya dipunyai oleh guru.
Robert & Joanne (2001), yang menjadikan guru sebagai profesion ialah “the range of
demands placed on educators, the numbers of people involved in the enterprise, and
the public’s common knowledge of life in classroom combine to make teaching what
might be called people profession”
6 Perkembangan kriteria profesional keguruan
Beberapa dekad yang lalu, profesion perguruan di negara ini adalah profesion yang
disanjung dan dipandang tinggi dalam masyarakat (Ibrahim Bajunid, 2000; Hasnah &
Shamsudin, 2000; Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean Hussin,
1996). Ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk dididik oleh guru dengan penuh
harapan dan keyakinan yang tinggi dengan kata-kata antara lain seperti berikut.
‘Please educate my child and make him/her a person. Treat my child like your own. Do
what you will with my child, punish when necessary in any way that does not involve
blinding the child or breaking his bones’
(Ibrahim Bajunid, 2000)
Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan
tersendiri serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat. Di dalam bilik darjah,
peranan guru adalah seperti ‘sage on stage’ (Ibrahim Bajunid, 2000). Pengikhtirafan
tentang kriteria guru adalah bersifat tempatan oleh masyarakat setempat. Maksudnya
tiadalah tersurat dengan rasmi akan kriteria bagi seseorang guru di peringkat
kebangsaan.
Semenjak tahun 1980, hala tuju profesion perguruan adalah berasaskan syor dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
dikeluarkan pada tahun 1979 (Ratnavadivel, 2000).
Mulai 1982 pula, kriteria guru di negara ini adalah dengan rasminya ditetap berasaskan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Di peringkat pra perkhidmatan lagi, bakal-bakal guru
dididik ke arah menepati hasrat FPG (Malaysia Ministry of Education, 1982).
Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
(Malaysia Ministry of Education, 1982)
Othman Lebar (2002), profesion perguruan sedang bergerak kearah pragmatisme dan
konstruktivisme. Oleh yang demikian kriteria tradisional guru iaitu ‘sage on stage’ jelas
sudah tidak sesuai lagi, sebaliknya guru adalah ‘the guide by the side’ (Othman Lebar,
2002; Ibrahim Bajunid, 2000). Atau kriteria tradisional ‘teacher as a rational autonomous
agent’ yang ala Platonik diganti dengan kriteria baru yang lebih memberi penekanan
kepada ‘standards driven professional development’ (Elliot, 2002).
Bagi tujuan ini banyak saranan telah diajukan oleh para sarjana. Umpamanya, semasa
dalam perkhidmatan, seseorang guru akan melalui proses on the job training (Eraut,
1994). Konsep ini adalah selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.
Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, soal
profesionalisme guru dalam profesion perguruan adalah sangat dititikberatkan. Di
Minnesota, Amerika Syarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruan iaitu
Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggung jawab memastikan
pengeluaran lesen guru. Di Scotland, United Kingdom pula, Quality Assurance Agency
for Higher Education (QAAHE) ialah sebuah badan professional yang bertanggung
jawab sama seperti MBOT.
7. Cabaran guru sekolah dalam abad ke-21
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada
terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi
(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). Ini
memandangkan guru adalah agen perubahan.
Cabaran dalam bilik darjah
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan
potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara
seimbang.
Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21 para pelajar
akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai yang
dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS);
penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench
marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara
biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Menurut Wise (1999) ‘Increasingly,
technology is poised to revolutionize teaching, learning and assessment’.
Cabaran di sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar
dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah
sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani
(Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem
pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan
piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng
sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Walau bagaimanapun permasalahan ini masih terus meningkat kerana kadar
pertambahan bilangan pelajar yang terus meningkat. Untuk tempoh dari tahun 1990
hingga 2000, didapati tingkatan 1 mengalami pertambahan 34.0%, tingkatan 2
mengalami pertambahan 47.5%, tingkatan 3 mengalami pertambahan 44.2%, tingkatan
4 mengalami pertambahan 90.1% dan tingkatan 5 mengalami pertambahan 96.0%
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Berdasarkan analisis ini, pertambahan
bilangan pelajar akan terus meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010. Ini
menjadi cabaran kepada sekolah dan guru-guru, kerana masalah kemudahan
prasarana adalah tidak mencukupi.
Sehingga tahun 2000, terdapat 40,021 bilik darjah bagi sekolah menengah yang
menampung 57, 581 kelas, yang bermakna setiap bilik darjah adalah untuk 1.4 buah
kelas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Dengan kata lain masih wujud ‘kelas
terapung’. Ini jelas tidak mencukupi dan boleh mendatangkan masalah lain seperti
masalah displin, masalah sosial dan lain-lain selain daripada masalah pembelajaran.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat
(Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada
keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan
sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali;
gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari
segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat
keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar
dan membimbangkan.
Selain daripada itu kemudahan-kemudahan yang masih belum lengkap sepenuhnya.
Sebagai contoh, daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000,
hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer; hanya 1406 sekolah yang ada bilik
ekonomi rumah tangga; hanya 1452 sekolah yang ada bilik kaunseling; hanya 1463
sekolah yang ada pusat sumber dan hanya 1258 sekolah yang ada dewan
perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Statistik ini menunjukkan
perlunya kreativiti dan ketrampilan guru di dalam menyerap segala kekurangan sebagai
tersebut.
Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak pengurusan dan
pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami perubahan
selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam mengikuti
perkembangan terkini. Guru-guru perlu mahir dengan sistem teknologi yang ada
(Shahril @ Charil & Habib, 1999).
Cabaran dalam sistem pendidikan
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-
perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke
atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan
menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).
Cabaran dalam masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Semakin masyarakat dan
negara bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat,
semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002).
Guru adalah agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz
Ozman, 2000; Atan Long, 1980).
Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah
tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga
penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan
seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru
perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya
berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion
bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan
keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan
sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia,
remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean
Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994).
Cabaran berasaskan Wawasan 2020
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
‘Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu,
dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai
moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang
demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif
dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis,
tangkas serta mempunyai daya ketahanan.’
(Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan,
tanggung jawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi
yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan
sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-
program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan,
2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean
Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses
pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral
bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui
proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi
di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah
sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan
hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu
guru perlu berketerampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping
berpegang kepada nilai-nilai murni.
Cabaran globalisasi
Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di
peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational
experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty
Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international character) yang
perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan
diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi.
Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain
daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.
Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat
guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab
(mu’addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris).
Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya,
kemahirannnya serta nilai dan keperibadiannya.
Isu 2: Cabaran Profesion Keguruan
1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu
pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak.
Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh
pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang
guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat
umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru
bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu
menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan
menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan
yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan
sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi
pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil
mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya),
sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh
dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal
atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya
dengan sesebuah organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran
untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja
dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan adalah satu
bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab
terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan
yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang
dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang
terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan
reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam
bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa
berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip
perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata
memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa
depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan. Seseorang
guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke
tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada
terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi
(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995).
Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada
menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung
dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup
besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini
ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem pendidikan,
cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan cabaran
globalisasi.
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012,guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun
sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak efektif
maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed Ismail &
Ahmad Subki, 2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal ilmu,
guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan interaksi
dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen
keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya
menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan
bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras dengan apa
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan
potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara
seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula, dalam abad ke-21
para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk kemudahan ICT sebagai
yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran bestari. Hal ini
menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan. Dalam proses penilaian pelajar pula,
penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning
outcomes); pelaksanaan penanda aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan
secara talian terus (on-line) akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam
abad ke-21. Guru hendaklah menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini.
Menurut Wise (1999), ‘Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching,
learning and assessment’.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran besar
dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah masalah
sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat madani
(Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa kepentingan sistem
pendidikan menyediakan ‘generasi kedua’ atau ‘generasi wawasan’ memerlukan
piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala sosial pelajar seperti ponteng
sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa besarnya
tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan pelajar yang
begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda:
Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat dengan masalah
sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar, suka tidur dalam
kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit, berzina, buang
bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.
Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan
kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton dan
menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati ponteng
dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius. Namun, ia
bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas mengenal pasti
masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta lebih prihatin dan
mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan terkawal. Sesungguhnya,
guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan
menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat
(Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada
keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8% dirotan
sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga kali;
gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997). Mungkin dari
segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang terlibat
keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat mencabar
dan membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir
semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang
dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini
menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak
ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap guru-
guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun 2003).
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya “Displin Pelajar Bermula di Rumah” pula
menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata
utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas
beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari
kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya kerana
anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak datang
ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini sedang
berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan akhirnya guru
tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada noktah. (Harian
Metro, 25 Mei 2006)
1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan kepada
penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi
semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak
pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak mengalami
perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada guru di dalam
mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk memenuhi hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem pendidikan berkualiti
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari
masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat daripada
perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai seorang
pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah
yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti.
Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya pelaksanaan reformasi
pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program KBSR dan KBSM
memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran mengajar yang canggih
demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian
mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep
sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu.
Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa
kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi
rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar
murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup
serta berguna untuk pembangunan Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu
telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai matlamat pendidikan
yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan
keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian
sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.
1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat
Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel
Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012,
pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi negara
untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara bertambah maju
dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru; semakin
meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin besar gelombang
cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah agen perubahan yang
membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long, 1980).
Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam bidang pendidikan adalah
tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja. Namun ia termasuk juga
penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada perspektif yang lebih luas dan
seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh yang demikian, kaum guru
perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang penemuan baru seterusnya
berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru tersebut di dalam profesion
bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran dan
keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan dan
sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan belia,
remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996; Sufean
Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu
masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda:
Guru Pencetus Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa
mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin hubungan
dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei 2012
Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur budaya
dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas keluarga. Dalam
cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan budaya yang penting
bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran mungkin berlaku secara
spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru harus mendepani cabaran
secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa guru ialah pembimbing dan
pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak persepsi yang melingkari
profesion keguruan, antaranya tanggapan yang menyatakan bahawa profesion
keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan kepala, namun menjanjikan gaji yang
memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012,guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat
teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang
terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan
menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekali
gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
“Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu
padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi
oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan
saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai
ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
ketahanan.” (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan,
tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi
yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka dan
sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur program-
program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah Pendidikan,
2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998; Sufean
Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses
pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral
bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan melalui
proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi
di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru adalah
sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi mendapatkan
hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi instrumental. Justeru itu
guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik, analitik di samping
berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr.
Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi
pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi
pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu, kesan
globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf baharu
yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam pendidikan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada
guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil dapatan
penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan ialah
menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran sepanjang
hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap kemahiran dan
pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu
aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global
educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking).
(Noriati et. al, 2009).
Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international
character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka
dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi.
Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain
daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa
antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah
‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.
Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan
ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam satu
artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, “Minda: Guru Pencetus
Transformasi” bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat pada
abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa memberi kesan
kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau, kebanyakan pelajar sudah
mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan mereka kadangkala melebihi
guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta berikan komitmen dengan
melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.
Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel yang
disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, “Selamat Pagi Cikgu” bertarikh 30 Ogos 2012,
apabila ditanya tentang “Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru pada hari
ini?” Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini. Pertama,
faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak pengajaran.
Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung manakala ketiga
ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai guru kita perlu
pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana kita lihat pelajar
sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.
1.3 IMPLIKASI HUJAH
Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah
menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran Profesion
Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada memetik kata-
kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of Teachers—Their Description,
Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam
menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif,
bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan
berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti ada pada setiap guru
dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini ialah ciri dan kualiti
professional, pengajaran yang efektif, peningkatan profesionalisme, peningkatan dalam
penggunaan ICT, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab.
1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional
Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan
proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi
Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah
sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam perkhidmatan,
perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri,
memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Guru juga
mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah serta berfikiran kritis dan
kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja
mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai,
penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu
program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan
murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan
teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat
dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila
guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus
sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar
dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran
yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh
para pendidik.
1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT
Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada masa
kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa
berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global
dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada
pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan
terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti
terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan
penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri
secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa
berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara
hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet,
hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima
mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia
Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini, seorang
guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian.
Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti masyarakat, ekonomi dan
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang
cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin
mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni
dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang
perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting
untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan
negara. (Mook Soon Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing
pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu
bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka,
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat
kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya tanggungjawab
terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif,
menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak
dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan
kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
1.4 RUMUSAN/CADANGAN
Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin
hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas mendidik dan
mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan yang ingin dicapai
melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya menjadi rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh hal yang
demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh seorang guru sama ada
cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya dan dasar-dasar
yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun sosiologi sekolah tidak
memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang guru di sekolah rendah.
Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan
sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah
manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan
membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini
pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu
mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan
perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan
perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap
sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka
mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan berjiwa
pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab
guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan kebajikan dan kerjaya
harus diberikan penekanan sewajarnya.