Download - Empat Perdana Menteri Di Malaysia
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
PENGENALAN
Kemajuan dan pemodenan sebuah negara bergantung kepada individu-individu
yang bergelar pemimpin. Pemimpin merupakan ketua dalam sesebuah institusi
sama ada besar atau kecil. Negara Malaysia juga turut diterajui oleh empat
pemimpin yang berwibawa dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang membantu
Malaysia untuk berada seiring dengan negara-negara lain.
Pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah mendapat kemerdekaan selepas usaha-
usaha tanpa henti oleh para pemimpin termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj yang merupakan “Bapa kemerdekaan” negara Malaysia. Penyertaan Sabah dan
Sarawak ke dalam gagasan Malaysia pada 16 September 1963 mengukuhkan lagi
pembinaan negara Malaysia sehingga kini. Walaupun penubuhan gagasan Malaysia
mendapat tentangan hebat dari negara –negara jiran seperti Filipina, Indonesia, dan
Brunei. Selepas kemerdekaan yang dikecapi Malaysia, Perdana Menteri yang
pertama menerajui Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman, diikuti Perdana Menteri
kedua iaitu Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Ketiga dan
Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Setiap daripada
keempat-empat Perdana Menteri Malaysia ini mempunyai keistimewaan dan
kelebihan yang tersendiri dalam membangunkan Negara Malaysia agar berdaya
saing dan maju seperti Negara membangun yang lain. Namun, rentak politik yang
serius bermula pada era Perdana Menteri Keempat dan oleh sebab itu beliau
seorang dikenali sebagai “Bapa Pemodenan” yang membawa Malaysia di pentas
dunia.
1
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
1.0 LATAR BELAKANG TUNKU ABDUL RAHMAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan” kerana
perjuangan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan negara daripada tangan
penjajah. (Hng Hung Yong, 2004) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilahirkan
sebagai seorang putera raja bagi negeri Kedah namun begitu watak dan
keperibadiannya lebih berkembang sebagai pemimpin rakyat berbanding
perwatakannya sebagai seorang putera raja.
Tunku mulai bersekolah ketika berusia empat tahun dan bersekolah di
Sekolah Melayu di Alor Setar dan kemudian bersekolah di sekolah Inggeris yang
bernama Government Modern School. Pada tahun 1915 semasa Tunku belajar di
Siam, Tunku Yusuf telah kembali ke rahmatullah dan Tunku pulang ke Kedah dan
selama setahun beliau belajar di sekolah Melayu sebelum masuk ke Penang Free
School pada tahun yang berikutnya. (Yu Chuan Choon, 2009)
Pelajaran Tunku yang tergendala sebelum ini disambung kembali
pengajiannya pada tahun 1947 di Inns Of Court . Tidak lama selepas Tunku pulang
ke Kedah, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) di Kedah. (Yu Chuan Choon, 2009)
1.1 DASAR-DASAR YANG DILAKSANAKAN OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN
SEPANJANG PEMERINTAHAN
Di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, keadaan ekonomi
Malaysia masih lagi dalam keadaan yang rendah dan tidak begitu banyak program
pembangunan rakyat Malaysia dijalankan. (Shukor Omar, 2006)
Sebaliknya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih mementingkan keadaan
politik negara sehingga melahirkan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka
serta berdikari. Malahan, Tunku mengamalkan sikap pro-Barat. (Abdullah Dahana,
2002)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengamalkan Dasar Kemajmukan iaitu
melambangkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong
iaitu sebagai Raja pelbagai kaum di Malaysia, Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, toleransi di dalam agama dan penggunaan Bahasa Mandarin dan
2
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Tamil di peringkat sekolah rendah. Agenda beliau dalam meningkatkan semangat
nasionalisme di dalam kalangan rakyat ialah setiap kaum di Malaysia haruslah
bergaul di antara satu sama lain iaitu bukan hanya di dalam suasana bekerja
bersama-sama namun dalam aktiviti seharian seperti bersukan dan juga amalan
kunjung-mengunjungi semasa perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru China,
Thaipusam dan juga Hari Krismas yang diistiyarkan sebagai cuti umum di Malaysia.
(Cheah Boon Keng, 2002)
Selain daripada berperanan sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj juga berperanan sebagai Menteri Luar Negara di dalam negara
kita iaitu Malaysia. Beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sepanjang
perkhidmatan beliau semenjak Tanah Melayu merdeka sehinggalah September
1970. Dasar luar negara yang ditetapkan oleh beliau ialah mengenai isu-isu penting
dalam arena politik antarabangsa termasuk isu-isu Perang Dingin, hubungan
keserantauan, dasar Apartheid dan hubungan antara Malaya dengan Republik
Rakyat China (RRC) dan juga Konfrontasi Indonesia. (Nor Azizan Idris, 1990)
Tunku telah mengilhamkan penubuhan Association of South-east Asia
(ASEAN) melalui pemeteraian perjanjian penubuhannya dengan Thailand dan
Filipina pada 1961. Penubuhan ini kemudiannya digantikan dengan perhimpunan
yang lebih besar pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan membabitkan lebih banyak
negara dan ia dikenali sebagai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
iaitu negara Indonesia dan Singapura. (A.M Healy,1982)
Dalam menetapkan Dasar Luar Negara Malaysia, Tunku yang juga
berperanan sebagai Perdana Menteri telah melibatkan diri dalam proses
pembentukan dasar luar negara yang melibatkan kepentingan negara terutamanya
dalam menjaga hubungan serantau dengan negara-negara luar yang lain. (Nor
Azizan Idris, 1990) Malahan, Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan
pada tahun 1956 yang digunakan oleh sistem pendidikan negara kita sehingga ke
hari ini. (Cheah Boon Keng, 2002)
1.2 PERKEMBANGAN POLITIK DI BAWAH PIMPINAN TUNKU ABDUL
RAHMAN
3
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
1.2.1 UNITED MALAYAN NATIONAL ORGANISATION (UMNO)
Nama Tunku Abdul Rahman Putra AL-Haj bukanlah nama asing kepada
masyarakat kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah politik tanah air. Kepimpinan beliau
amat terserlah terutama dalam bidang politik iaitu apabila beliau dilantik sebagai
Yang Dipertua Agong United Malayan National Organisation (UMNO). Setelah
perletakan jawatan oleh Dato’ Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertuan UMNO, pada
tahun 1951, Tunku Abdul Rahman telah dipilih berdasarkan kepada pengalaman
yang dimiliki, keikhlasan dan keperibadian yang tinggi untuk mengambil alih pucuk
pimpinan UMNO. Beliau telah menerima tugas menyediakan UMNO bagi
mengadakan pilihan raya pada tahun 1952. Oleh yang demikian, Parti Perikatan
telah dibentuk pada tahun 1951 sebaik sahaja pilihan raya Majlis Perbandaran Pulau
Pinang diadakan. Dalam pilihan raya ini, telah memperlihatkan persaingan di antara
beberapa parti politik di Tanah Melayu khususnya Parti Buruh dan Parti Radikal.
(N.a, 1987)
Justeru itu, Tunku Abdul Rahman telah menyusun strategi bagi meraih
kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang, oleh yang demikian Tunku
Abdul Rahman telah mewakili UMNO dan mengadakan pakatan dengan MCA
Selangor yang diketuai H.S.Lee, dan hasilnya perikatan UMNO-MCA telah berjaya
mengalahkan Parti Independence of Malaya Party (IMP) yang telah ditubuhkan oleh
bekas pemimpin UMNO iaitu Dato’ Onn Jaafar pada 16 September 1951 dengan
teruk dalam pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Dalam
pilihan raya tersebut, perikatan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada 12
kerusi yang ditandinginya manakala 3 kerusi lagi dimenangi oleh IMP. (Zainal Abidin
Abdul Wahid, 1992)
Pada tahun 1955, pilihan raya umum yang pertama telah diadakan di seluruh
Tanah Melayu, walaupun pilihan raya itu bukannya untuk semua anggota Majlis
Perundangan Persekutuan, tetapi pada tahun itu juga tiga buah parti politik yang
mewakili bangsa Melayu dan dua kaum lain di Tanah Melayu telah bersetuju
menubuhkan satu perikatan dan menghadapi pilihan raya atas rancangan politik
yang sama. Pada tahun itu jugalah Persekutuan Tanah Melayu mulai menjadi
Negara yang mempunyai pemerintahan sendiri. (N.a, 1987)
4
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Perikatan UMNO dan MCA telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pilihan raya yang telah diadakan di peringkat tempatan ataupun dalam negeri. Parti
Perikatan telah meminta kerajaan British mengadakan pilihan raya di peringkat
kebangsaan dan perikatan juga menuntut agar 60 peratus ahli Majlis Perundangan
Persekutuan dipillih oleh rakyat dan 40 peratus dilantik oleh kerajaan British.
Kerajaan British tidak bersetuju dengan cadangan Perikatan yang bukan sahaja
meminta supaya ahli-ahli yang dipilih hendaklah lebih ramai daripada ahli yang
dilantik dan perikatan tetap juga menuntut supaya pilihan raya diadakan pada
tahun 1954. (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992)
Keengganan kerajaan Brisih menerima cadangan Perikatan itu selepas
berunding beberapa kali di Tanah Melayu dan di London telah menyebabkan
Perikatan mengambil keputusan memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di
peringkat tempatan, negeri mahupun Persekutuan. Kongres India Tanah Melayu
(MIC), pada masa yang sama telah menyatakan simpati kepada UMNO dan MCA
tetapi tidak menyertai pemulauan itu. Pada Julai 1955, MIC kemudiannya menyertai
Perikatan dan dalam pilihan raya yang diadakan pada 27 Julai 1955, parti Perikatan
(UMNO-MCA-MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agak komprehensif
iaitu parti Perikatan berjanji akan mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat
tahun dan merancang menjadikan sebahagian besar perkhidmatan awam bercorak
Tanah Melayu yang akan dilaksanakan dalam tempoh penggal pertama
pemerintahannya. (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992)
Tambahan lagi, sebagai pemimpin Perikatan pada masa itu, Tunku Abdul
Rahman dalam satu ucapan dalam Perhimpunan Khas UMNO pada 4 Jun 1955 telah
mengatakan bahawa Perikatan telah mebuat keputusan untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, dan ini akan
dilaksanakan dalam tempoh sepuluh tahun dan beliau juga yakin bahawa dalam
tempoh tersebut bahasa Melayu akan digunakan dalam segala aspek pentadbiran,
termasuk penggunaannya dalam mahkamah.
1.3 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN TERHADAP MALAYSIA
1.3.1 MENUNTUT KEMERDEKAAN
5
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Kejayaan cemerlang dalam pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955 telah
menjulang tinggi nama Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin penting dalam
politik Persekutuan Tanah Melayu. Pertemuan Tunku dengan Donald Mac Gillivary
pada hari Ahad 31 Julai 1955 merupakan langkah pertamanya dalam proses
menuntut kemerdekaan. (N.a, 1978)
Pada bulan September 1955, Raja-raja Melayu telah megeluarkan
persetujuan mereka untuk mengizinkan kehendak Perikatan bagi meminda
Perjanjian Persekutuan 1948, bagaimanapun mereka tidak bersetuju dan hanya
perikatan yang akan berunding dengan kerajaan British.
1.3.2 ROMBONGAN RUNDINGAN KEMERDEKAAN DI LONDON
Pada 1 Januari 1956, rombongan Perikatan yang terdiri daripada Tunku Abdul
Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail, H.S Lee, T.H Tan dan Abdul Kadir
Shamsudin telah menaiki kapal M.V. Asia di pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura
dan bersama-sama dengan Tunku ialah dua orang wakil Raja-raja Melayu iaitu Dato’
Nik Ahmad Kamil dan Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor, dan
Dato’ Haji Wahab, ketua rombongan raja-raja Melayu menaiki kapal terbang
bersama-sama dengan Dato’ Mohd Seth dua hari selepas itu. (N.a, 1978)
Rundingan kemerdekaan berlangsung selama tiga minggu iaitu dari 18
Januari hingga 8 Februari 1956. Tunku bersetuju dengan cadangan pihak British
supaya dibentuk jawatankuasa-jawatankuasa bagi memperincikan perlembagaan,
sementara itu, Tunku mengadakan mesyuarat sehari dengan Setiausaha Pejabat
Tanah Jajahan di Church House berkenaan dengan hal-hal pentadbiran.
Rombongan Tunku Abdul Rahman menjadi kebanggaan bagi ahli-ahli UMNO
Singapura sebelum bertolak ke Melaka untuk sambutan besar-besaran yang
diadakan di padang Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1955. Dengan itu, UMNO
telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Tunku dan cadangan
perlembagaan yang telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja itu kemudian
dibincangkan oleh Raja-raja Melayu dan diterima pada 27 Jun 1957 dan diluluskan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Kelulusan itu dengan
mudah diperolehi dan hanya kerana terdapat seorang pembangkang iaitu wakil
PAS, Haji Ahmad Husien, beliau tetap menegakkan kepentingan orang Melayu yang
6
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
terhapus bagi bumiputera kerana kemerdekaan yang akan dicapai pada 31 Ogos
1957, namun bangkangan beliau tidak diendahkan.
1.3.3 UPACARA KEMERDEKAAN
Pada 31 Ogos 1957, pada waktu pagi telah diadakan persidangan Raja-raja Melayu
untuk memilih Yang Dipertuan Agong bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi
British. Kesemua kerangka Perjanjian Persekutuan 1948 dikekalkan, kecuali
Yang Di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara menggantikan Pesuruhjaya Tinggi
Brisih kerana kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri yang
telah merdeka, bagi Pulau Pinang dan Melaka satu perjanjian lain akan dibuat
dengan kuasa Queen untuk melantik Gabenor dan hal-hal tertentu diteruskan
sebagai satu peralihan. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, maka lahirlah
sebuah perlembagaan yang merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957, satu jawatankuasa sambutan besar-besaran diatur. Bendera Persekutuan
Tanah Melayu mendaki gagah menuju kemuncak tiang bendera. Laungan Merdeka
sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman telah menandakan berakhirnya
penjajahan British secara fizikal dan politik di Persekutuan Tanah Melayu. Pada
pukul 11.00 pagi, upacara angkat sumpah Yang Di-Pertuan Agong yang pertama
dijalankan di Federal House, Kuala Lumpur, yang merupakan tempat parlimen
pertama kerajaan merdeka Persekutuan Tanah Melayu. Selepas upacara itu, Yang
Di-Pertuan Agong memperkenankan untuk diadakan majlis melantik dan angkat
sumpah Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet Perikatan yang lain. Upacara
itu juga tidak kurang gemilangnya kerana ini kali pertama sebuah kerajaan yang
berdaulat dilantik dan disahkan dalam sebuah yang telah mencapai kemerdekaan.
1.4 SUMBANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN
1.4.1 SUMBANGAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Pada 31 Julai 1961, Tunku telah mengasaskan ASA (Assosiation of South
EastAsian States) yang terdiri daripada Tanah Melayu, Filipina dan Thailand. Pada
11 Julai 1962, MAPHILINDO yang dianggotai oleh Indonesia, Malaysia dan Filipina
telah dibentuk, akan tetapi persatuan ini tergugat apabila Malaysia menghadapi
7
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
konfrontasi dengan Indonesia dan Filipina sebaik sahaja Malaysia diisytiharkan.
Ketika berusaha menyelesaikan masalah tersebut, Tunku dihampakan apabila
Singapura memutuskan untuk keluar dari Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos
1956. Tunku berjaya mengatasi konfrontasi tersebut melalui perjanjian dengan
Indonesia pada 2 Jun 1966 dan dengan Filipina pada 3 Jun 1966, beliau juga dilantik
menjadi Setiausaha Agung Pertama pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) oleh
Raja Faizal dari Jeddah. (N.a, 1978)
1.4.2 PERKEMBANGAN ISLAM
Tunku telah banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara
kita malah mengharumkan nama negara di persada dunia, beliau banyak
melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca Al-Quran serta menjadi
Presiden Pertubuhan Kebajikan Malaysia (PERKIM) pada Ogos 1960, atas kebolehan
dan daya usaha gigihnya beliau berjaya meletakkan PERKIM sebagai sebuah
pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Sebagai
pemimpin PERKIM, beliau berusaha memberi bantuan kepada pelarian Kemboja
yang memasuki Malaysia melalui Kelantan pada tahun 1957 dengan bantuan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu beliau telah berjaya menempatkan seramai 4500
pelarian di Pengkalan Chepa dan Cheranting. Pada 18 Januari 1980, beliau telah
dilantik menjadi Presiden Regional Islamic Coucil for South East Asia and The Pacific
(RISEAP) yang pertama oleh perwakilan di persidangan Negara-negara Islam.
Segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan, Tunku mendapat penghargaan dari
Pakistan dengan Anugerah Hadiah Hijrah pada Mac 1983 dan Anugerah Al-Malik
Faizal dari Arab Saudi pada tahun yang sama.
2.0 LATAR BELAKANG TUN RAZAK BIN DATO’HUSSEION AL-HAJ
Tun Haji Abdul Razak Bin Dato’ Husseion Al-Haj telah dilahirkan pada 1 Mac 1922 di
Pekan, Pahang Kampung Langgar (Shariff Ahmad, 1999). Beliau dilahirkan daripada
golongan keluarga yang elit bapanya, Dato’ Hussein Mohd. Taib merupakan Orang
Besar Diraja Pahang. (Paridah Abd. Samad, 2008). Kolej Melayu Kuala Kangsar di
Perak pula merupakan sekolah menengah yang dihadiri oleh Tun Razak. Beliau
telah melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej Singapura iaitu Raffles College pada
tahun 1940. Pengajiannya diteruskan sehingga kepada peringkat Universiti iaitu,
8
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
pada tahun 1947 beliau telah menuntut di sebuah Universiti Kingdom dalam jurusan
Undang-Undang. Pada tahun 1950 beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan
Negeri dan menjawat jawatan sebagai MAS atau Malay Administrative Service.
Beliau telah melibatkan diri dan bersama-sama menerajui kecemerlangan UMNO
semasa UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Pengalaman beliau yang dari
usia muda sudah menerajui bidang politik telah membantu menjadikan beliau
seorang yang sangat berpengalaman. Pada usia yang sangat muda 28 tahun beliau
telah menjadi Ketua Pemuda UMNO, pada usia 29 tahun pula beliau telah menjadi
Timbalan Presiden UMNO. Semasa usia 30 tahun jawatan sebagai Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang turut disandang oleh Tun Razak. Selepas tiga tahun berlalu,
di usia 33 tahun beliau telah menjadi Menteri Besar Pahang. Manakala, selang
setahun kemudian beliau telah menjadi Menteri Pelajaran Persekutuan. Pada usia
yang sangat muda juga iaitu di usia 35 tahun beliau telah menjadi Timbalan
Perdana Menteri dan akhirnya menduduki jawatan sebagai Perdana Menteri di
Tanah Melayu ketika berusia 48 tahun..
Pada 22 September 1970, beliau telah memegang jawatan sebagai Perdana
Menteri dengan sah dan membawa perubahan yang ketara kepada politik, ekonomi
dan juga dalam luar Negara kita. Pengalaman yang diperolehinya dengan
menyandang pelbagai jawatan sejak beberapa tahun dahulu menjadikan beliau
seorang Perdana Menteri yang sangat bijaksana dalam pengendalian urusan
negara. Oleh hal yang demikian, beliau amat disanjung tinggi oleh masyarakat
daripada pelbagai kaum dan juga daripada tumpuan pemimpin-pemimpin seantero
dunia pada waktu tersebut.
2.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN
SEPANJANG PEMERINTAHAN.
2.1.1 DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN
Semasa di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri
Malaysia, beliau telah melantik Tun Razak sebagai kabinet pertama yang
menyandang jawatan sebagai Menteri Pelajaran. Perlantikan beliau ini sebagai
Menteri Pelajaran pada ketika itu menyebabkan beliau perlu memikul tugasan
dalam membentuk sebuah jawatankuasa untuk menggubal satu dasar pelajaran
kebangsaan. Penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini adalah bertujuan untuk
9
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
membentuk generasi muda dengan satu hala pendidikan dan menanamkan dalam
jiwa pemuda dan pemudi dengan satu bahawa untuk pelbagai bangsa dan
keturunan yang terdapat di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada ketika itu, sekolah
telah dibahagikan kepada empat aliran, maka Tun Razak hendak menjadikan ia
sebagai sebuah sekolah dengan sebuah aliran sahaja. Beliau telah menyeru kepada
seluruh bangsa akan usaha dan persetujuan pihak untuk melaksanakan dasar
tersebut. Beliau yang mengetuai Jawatankuasa Pendidikan tersebut telah
menyediakan sebuah penyata yang dikenali sebagai Penyata Razak dan telah mula
dilancarkan pada tahun 1956. Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah
diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada ketika itu juga, Encik Abdul Rahman Talib telah menjadi pengerusi
dalam Menteri Pelajaran Malaysia dan beliau telah mengemaskinikan Dasar
tersebut kedalam Penyata Razak. Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini
mengutamakan murid-murid agar menjadikan bahasa kebangsaan sebagai sebuah
bahasa yang perlu dikuasai terutama dari keempat-empat jenis sekolah di Malaysia
iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Jenis
Kebangsaan (Inggeris). Dasar ini menjamin di peringkat rendah sekolah-sekolah
pilihan ibu-bapa manakala di peringkat menengah diintergrasikan kepada dua jenis
sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Aliran Inggeris.
Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tahun 1957 ini telah
memberi kesan kepada rakyat Malaysia terutamanya, ramai rakyat Malaysia yang
fasih bertutur, menulis serta membaca dalam bahasa Malaysia. Di samping itu,
perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini juga digunakan sebagai cara yang
dicadangkan oleh Penyata Razak untuk menyatukan kaum-kaum di negara ini ialah
menerusi satu sistem pelajaran bercorak Tanah Melayu. Penyata Razak dengan
jelasnya mengutamakan perpaduan negara sebagai satu matlamat yang perlu
dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan dijadikan teras
dasar pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan
masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbillang kaum. Oleh kerana masyarakat di
Malaysia berupaya masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks
negara ini perlu difahamkan sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan
rakyat berbilang kaum selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
10
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Pencapaian matlamat perpaduan ini boleh dilaksanakan melalui sistem
pendidikan, Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama, iaitu sistem
persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama
kandungannya dan bercorak kebangsaan aspek-aspek yang disentuh adalah seperti
berikut (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980):
a. Sistem Persekolahan:
i. Struktur masa persekolahan, dan penjurusan.
ii. Rancangan alih bahasa.
iii. Peperiksaana yang sama.
iv. Pengurusan dan pentadbiran secara pusat.
v. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.
vi. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran.
b. Kurikulum:
i. Sukatan pelajaran yang sama kandungannya dan peperiksaan yang
sama.
ii. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan
iii. Buku-buku Teks.
iv. Pendidikan Sivik.
v. Pendidikan agama, moral dan etika.
vi. Pembentukan disiplin.
vii. Kegiatan ko-kurikulum.
Kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai
lingua franca dalam kalangan rakyat yang berbilang keturunan di Malaysia.
Semenjak tahun 1957, berjuta-juta pelajar telah menempuh proses pendidikan
mengikut Dasar Pelajaran Kebangsaan. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah
sekiranya kita melihat bahawa pada hari ini sudah ramai yang fasih sama ada
bertutur, menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Keadaan ini dapat
menyatakan bahawa mereka ini adalah anak-anak Malayisa. Iniliah sumbangan Tun
Razak sepanjang pemerintahannya.
2.1.2 DASAR EKONOMI BARU
Pelbagai masalah kemiskinan dan ketaksamaan masih wujud dengan kadar
yang tinggi pada ketika itu. Oleh hal yang demikian, bagi mengatasi masalah ini
11
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang
bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama
kearah mencapai matlamat perpaduan dalam kalangan kaum di negara ini. Namun
dalam karya Mohd. Foad Soakan, menyatakan bahawa DEB ini telah dilancarkan
oleh kerajaan pada tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK) (1971-
1975) (Mohd. Foad Sakdan, 1999). DEB yang diperkenalkan ini menekankan
serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat. (Chamhuri Siwar & Mohd. Haflah Piei, 1988)
Kenyataan ini turut dinyatakan dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua 1991-2000, 1980 iaitu tujuan utama perlaksanaan DEB ini adalah bertujuan
untuk mencapai perpaduan negara dan intergrasi nasional dan ianya telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
(a) mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan
pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum; dan
(b) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
2.1.3 PEMBASMIAN KEMISKINAN
Pada ketika itu, jurang ekonomi penduduk adalah sangat berbeza. Bilangan isi
rumah miskin yang terbesar adalah di luar Bandar dengan kadar kemiskinan
sebanyak 58.7 peratus berbanding kemiskinan di bandar. Hal ini berlaku
disebabkan oleh kadar penurunan harga getah di kawasan luar bandar.
Usaha yang dijalankan terus dipertingkatkan sehingga kepada penglibatan
daripada golongan ralyat yang kurang bernasib baik dalam proses pembangunan
terutama melalui program seperti berikut:
a) Pembukaan tanah secara besar-besaran;
Pada tahun 1956 FELDA telah ditubuhkan untuk membuka tanah baru untuk
tanaman getah dan kelapa sawit serta menempatkan isirumah yang tidak
mempunyai rancangan tanah. FELDA yang telah ditubuhkan sebelum
12
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
merdeka ini telah membuka 839 405 hektar tanah baru untuk tanaman baru.
(Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988)
b) Pembangunan in-situ melalui Projek Pembangunan Bersepadu (IADP)
serta Program Input dan Pelbagai Pertanian;
Pembangunan in-situ yang menekankan pembinaan infrastruktur dan
penyebaran teknologi pada umumnya member faedah kepada para petani.
Pemberian subsidi input, kredit pengeluaran dan subsidi keluaran oleh
kerajaan berasaskan jumlah tanah yang dikerjakan atau jumlah jualan
tanaman yang secara langsung member faedah kepada golongan petani
(Chamhuri Siwar & Mohd.Haflah Piei, 1988).
c) Pengenalan konsep Halacara Baru (1984) melalui program
bersepadu iaitu;
i. pengelompokan kampung-kampung terpencil.
ii. penggalakan pertumbuhan industri barangan perusahaan kampung.
iii. menjalankan aktiviti pertanian secara komersial.
Misalnya, penanaman padi dan penoreh getah. Pemilikan tanah yang ada
untuk digunakan oleh penanaman padi dan hasil yang boleh didapati daripadanya
adalah sangat rendah. Oleh hal yang demikian, untuk memberi mereka pendapatan
yang mencukupi, hasil penanaman perlu dinaikkan. Telah dibuktikan bahawa
penoreh getah boleh dibantu dengan penanaman semula pokok getah dengan
sepsis yang berpengeluaran yang tinggi.
2.1.4 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Antara usaha-usaha yang dijalankan ini termasuklah:
a) memodenkan kawasan Bandar untuk meninggikan taraf hidup dan daya
pengeluaran;
b) menstabilkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga
melalui pertumbuhan ekonomi;
c) menambah dengan lebih cepat hak rakyat dalam pemilikan modal dalam stok
masyarakat;
Matlamat ini penting kerana, ketika DEB dilancarkan, unsur yang sangat
penting adalah dalam strategi penyusunan semula masyarakat melalui
13
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
pembentukan MPPB dalam memastikan penglibatan yang berkesan individu-
individu Bumiputera dalam sektor-sektor moden. Tujuannya adalah untuk
memastikan bahawa generasi Bumiputera boleh memiliki dan mengurus
sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan dan
perindustiran dalam ekonomi negara (Ghazali Bin Jaini, 1991).
Sesungguhnya, Dasar Ekonomi Baru adalah merupakan sebuah program
Social Economic Engineering yang unik dan yang pernah dilakukan. Dasar
seperti ini haruslah dilaksana dan diperkenalkan terutama bagi negara seperti
negara Malaysia kerana sebarang perpaduan negara, kestabilan politik dan
ekonomi tidak mungkin tercapai sekiranya ketidakseimbangan ekonomi di
antara kaum dan wilayah tidak diatasi melalui satu proses diskriminasi positif ke
arah pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Hakikatnya, DEB itu sendiri dari awal dahulu sehingga kepada masa sekarang
perlu dilihat sebagai satu dasar dimensi ekonomi dalam penujuan ke arah
masyarakat yang berjaya dan makmur.
2.1.5 RUKUNEGARA
Rukunegara ini tidak bersifat undang-undang dan ia adalah sama ertinya dengan
Rukun Hidup yang perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Rukunegara telah
diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 dan diterima oleh
semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang pemerintahan mahupun
pihak pembangkang.
Rukunegara terdiri daripada lima prinsip yang perlu diamalkan iaitu; (Shariff
Ahmad, 1999)
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
14
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Kesopanan dan kesusilaan
Rukunegara ini merupakan landasan kepada rakyat Malaysia agar mereka dapat
menetukan masa depan mereka. Rukunegara ini bagaikan daging dalam diri
mereka yang sebati dan perlu diamalkan bagi menaikkan semangat dan sifat yang
perlu ada dalam diri masyarakat Malaysia.
3.0 LATAR BELAKANG TUN HUSSEIN BIN DATO’ ONN (1976-1981)
Tun Hussien Onn, Perdana Menteri Malaysia kedua, digelar sebagai ‘Bapa
Perpaduan’ kerana jasa-jasa beliau dalam melihat pentingnya semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bharu
yang dilahirkan pada 12 Februari 1922. Beliau mendapat pendidikan awal di Telok
Kurau School Singapura dan meneruskan pengajiannya ke English College Johor
Bharu sehingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1940.
Sifat kepimpinan yang diwarisinya dari kedua-dua ketua keluarganya iaitu
ayah dan datuknya. Ayah dan datuknya pernah menjadi Menteri Besar Johor.
Ayahnya, Dato’ Onn Bin Jaafar yang merupakan pemimpin penubuhan UMNO. Beliau
juga merupakan salah seorang pengasas UMNO. Beliau telah mengangkat sumpah
menjadi Perdana Menteri yang ketiga pada 15 Januari 1976 (Samani Mohd. Amin,
1953). Beliau telah meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan. Pada 29 Mei
1990, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan beliau disemadikan di
Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.
3.1 DASAR DAN PERKEMBANGAN YANG TELAH DILAKSANAKAN
SEPANJANG PEMERINTAHAN.
Tun Hussein Onn menjalankan dasar luar yang mempunyai matlamat berkecuali
dan berpendirian sama jarak. Antara dasar yang dilaksanakan adalah termasuk
kerjasama dengan negara tanpa mengira ideologi atau sistem sosial yang
diamalkan oleh negara tersebut. Dasar yang telah dibentuk oleh Tun Hussein Onn
adalah berasaskan persahabatan dan saling hormat-menghormati, tidak campur
tangan dan mengekalkan prinsip kewilayahan serantau. Malaysia telah menjalinkan
hubungan dengan negara Asia Tenggara dan negara-negara IndoChina seperti
Republik Demokratik Vietnam. Hubungan diplomatik negara Malaysia dengan
15
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Vietnam adalah sebagai sumbangan terhadap perkembangan dan kekuatan
kerjasama antara negara-negara serantau.
Malaysia turut menaja konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality
(ZOPFAN) malah mempertahankan Deklarasi Berkecuali 1971 Association of
Southeast Asian Nations (ASEAN). Dasar luar Malaysia telah ditumpukan dengan
negara Vietnam. Pada tahun 1976, Malaysia telah menjalinkan hubungan rasmi
dengan Republik Sosialis Vietnam (penyatuan negara Vietnam Selatan dan Vietnam
Utara). Hubungan diplomatik Malaysia dengan Vietnam merupakan sebahagian dari
matlamat tempoh jangka panjang dasar luar Malaysia dalam mengekalkan konsep
zon berkecuali
Pada tahun 1978, hubungan Kuala Lumpur-Hanoi termeterai secara
rasminya. Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam telah melawat ke Malaysia
dan dua buah negara ASEAN merupakan isyarat Vietnam berazam untuk
mengekalkan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Hubungan Hanoi dengan
China dan Kampuchea semakin merosot. Perdana Menteri Vietnam membuat
pengumuman rasmi tidak akan membantu pergerakan komunis di negara Thailand
dan Malaysia. Persengketaan China-Vietnam dan Vietnam-Kampuchea semakin
membimbangkan disebabkan pertikaian China-Rusia. Pada tahun 1974, Tun Abdul
Razak mengadakan lawatan ke Beijing adalah bertujuan untuk mengenetepikan
pengaruh Vietnam dan Rusia di serantau. Selain itu adalah sebagai jaminan bahawa
China tidak menyokong PKM. Perdana Menteri China menegaskan bahawa
penduduk yang berbangsa Cina tidak diiktiraf kewarganeraan kembar walaupun
bermastautin di Malaysia. Malaysia juga tidak menyenangi pendirian Deng Xiaopeng
mengenai hubungan dia antara Parti Komunis China dan Parti Komunis Malaya
(PKM). Semasa Malaysia di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn lebih menumpukan
kepada keselamatan negara dan kerjasama serantau khususnya dalam kalangan
negara-negara ASEAN.
3.2 SUMBANGAN TUN HUSSEIN ONN
Di bawah pentadbiran Tun Hussein Onn, beliau banyak memperkenalkan dasar
yang tidak lari dari Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru yang dirancang untuk
tempoh 20 tahun yang bermula pada tahun 1971 sehingga 1990. Beliau
memperkenalkan Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana
16
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
amanah bumiputera bertujuan meningkatkan ekuiti bumiputera. Selain itu, semasa
rantau Asia Tenggara cemas ekoran Vietnam Selatan yang jatuh ke tangan pihak
komunis, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dimodenisasi.
Beliau berusaha untuk membasmi komunis di hutan dan bandar bagi memastikan
rakyat Malaysia selamat dari ancaman komunis. Keupayaan beliau yang pakar
dalam ilmu ketenteraan dipratikkan dalam pentadbirannya dalam mengatasi
masalah ancaman komunis. Satu daripada perkara-perkara yang pertama dilakukan
oleh Tun Hussein Onn sebaik sahaja beliau mengambil alih teraju jabatan Perdana
Menteri ialah untuk memesatkan dan memperbaiki pusat-nadi kerajaan yang telah
sedia ada di Bilik Gerakan Negara. (Samani Mohd. Amin:1953)
Bilik Gerakan Negara bertujuan untuk membaiki dan memesatkan pusat nadi
Kerajaan yang telah sedia ada. Bilik tersebut ditempatkan di Bangunan Pusat
Komputer di Jabatan Perdana Menteri yang dilengkapi dengan suatu sistem
komputer yang tersergam. Beliau mengarahkan untuk membaiki sistem
pengesanan dan taksiran Kerajaan kepada sistem yang mempunyai keupayaan
untuk menganalisa, menghalang, dan menentukan perancangan-perancangan
program dan projek bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Beliau juga
membuat keputusan untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan dalam Bilik
Gerakan Negara supaya dapat mewujudkan suatu sistem perkhidmatan bercorak
pembangunan.
Sistem yang baru telah dijalankan secara manual telah membantu kerajaan
mengenai proses pembangunan yang memberi kesan terhadap golongan
berpendapatan miskin. Pembangunan luar bandar telah dimasukkan dalam
Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Sistem ini dalam bentuk sistem komputer
dan tayangan filem video. Hal ini dapat memudahkan menunjukkan kemajuan
semasa dan dapat diperiksa secara tepat. Keputusan baru dapat dibuat secara
tepat berdasarkan rujukan daripada Bilik Gerakan Negara kerana sistem-sistem
telah dicipta khas untuk mencipta keputusan yang memberikan faedah yang baik
kepada rakyat. Kerajaan menggunakan sistem pengesanan dan pentaksiran yang
mempunyai kelebihan untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan proses
pembangunan negara dengan berkesan. Kebaikan sistem ini dapat menambah data
baru untuk mendapatkan keputusan-keputusan yang lebih baik.
17
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Pada 17 Ogos 1978, Tun Hussein Onn telah membuka Bangunan Pusat
Komputer. Pusat ini berperanan untuk memerhati kemajuan rancangan-rancangan
pada masa ini dan akan datang. Tun Hussein Onn memperkenalkan inovasi baru
dalam pentadbirannya. Beliau mendesak Menteri- Menteri Kabinet, Ahli-ahli
Parlimen dan Dewan Negeri untuk mengadakan sesi bertemu dengan rakyat bagi
mengetahui hasrat-hasrat serta keperluan rakyat. Pemerintahan Tun Hussein Onn
merupakan kerajaan rakyat kerana beliau mengutamakan perpaduan rakyat
dengan bertemu rakyat secara bersemuka bagi mendengar luahan daripada rakyat.
Dalam mengatasi masalah korupsi, beliau memandang perkara tersebut
secara serius kerana isu- isu korupsi bukan sahaja berlaku dalam kalangan
masyarakat sahaja malah berlaku dalam kalangan pemimpin parti politik. Kerajaan
telah menubuhkan satu jemaah penyiasat awal tahun 1975 untuk menyiasat
tuduhan-tuduhan korupsi. Isu rungutan pekebun-pekebun kecil tentang baja-baja
yang dibekalkan melalui Lembaga Kemajuan Perusahaan Pekebun-pekebun Kecil
Getah (RISDA) menjadi keras dan tidak boleh digunakan. Tan Sri Kadir
mengarahkan pegawai-pegawai RISDA menerangkan rungutan-rungutan pekebun
kecil tersebut dan menyuruh Biro Siasatan Negara menyiasat pembelian $2 juta
pembelian baja dengan Syarikat Korea Selatan.
Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak telah menubuhkan Barisan Nasional yang
disertai oleh UMNO, MIC, MCA, PAS, Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti
Bersatu Rakyat Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah.
Pada awalnya pembentukan Barisan Nasional tidak mendatang masalah namun
pada tahun 1977, cetusan politik telah berlaku di Kelantan. Proses pembentukan
Kerajaan campur antara Perikatan dan Parti Islam Se Malaya (PAS) yang
kemudiannya barulah menjadi Barisan Nasional. Perselisihan pendapat di kalangan
pemimpin-pemimpin PAS menyebabkan berlakunya perpecahan dengan penubuhan
satu parti baru yang dikenali sebagai Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau
lebih dikenali sebagai Berjasa. (Zainal Abidin Abdul Wahid et al., 1996) Hal ini
menyebabkan PAS keluar daripada Barisan Nasional. Pergolakan politik tersebut
menyebabkan PAS dipinggirkan kerana pergolakan tersebut berpunca dari
perselisihan antara pemimpin-pemimpin dalam parti tersebut.
18
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Selain itu, golongan bukan bumiputera merasakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
tidak mendatangkan keuntungan terhadap mereka. Mereka mengemukakan
cadangan untuk menubuhkan Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar. Cadangan yang dikemukakan mendapat sambutan yang
baik dari Barisan Nasional. Dapat disimpulkan, kepimpinan Tun Hussein Onn
membuktikan perpaduan rakyat merupakan keutamaan kerana beliau sangat
mementingkan keamanan dalam kalangan rakyat Malaysia.
4.0 LATAR BELAKANG TUN DR. MAHATHIR
Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat
dan mendapat gelaran sebagai Bapa Pemodenan Malasyia. Beliau merupakan anak
ke sembilan kepada pasangan Mohamad bin Iskandar seorang guru besar Sekolah
Inggeris dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi dan dilahirkan di Lorong Kilang Ais,
Seberang Perak, Alor Setar. Beliau berpendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang
Perak pada 1930. Kemudian beliau melanjutkan pengajian menengah di
Government English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul
Hamid.
Dasar kerajaan Kedah yang memulakan pendidikan Inggeris pada awal kurun ke-
20 telah berjaya melayakkan ramai anak-anak negeri Kedah menggantikan
pegawai-pegawai British yang berhenti. Tun Dr. Mahathir merupakan antara anak
jati Kedah yang menerima manfaat dasar kerajaan Kedah tersebut. Beliau juga
seorang yang minat berniaga sehingga beliau pernah berniaga kecil-kecilan di
Pekan Rabu semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada ketika itu, beliau
sedang menangguhkan pengajian di King Edward VII College OF Medicine,
Singapura yang tergendala akibat daripada pendudukan Jepun. Pada tahun 1953,
beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of
Malaya, Singapura.
Tun Dr. Mahathir menjinak-jinakkan diri dengan arena politik bermula pada
tahun 1945 dengan menyertai SABERKAS, Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan
Pemuda Melayu Kedah dan seterusnya UMNO (Dr. Zahidi, 2003). Beliau juga aktif
dalam penentangan Malayan Union dan beliau sendirilah menampal poster-poster di
jalanan bagi menaikkan semangat orang Melayu agar tidak menyokong Malayan
Union. Semasa berada di dalam UMNO, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis
19
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Tertinggi UMNO (1972), Menteri Pelajaran (1974-1977), Menteri Perdagangan dan
Perindustrian (1978-, Timbalan Perdana Menteri dan akhir sekali Perdana Menteri
(1981-2003).
Di sini, kita akan membincangkan apa dasar-dasar yang beliau pernah
cadangkan dan laksanakan untuk Malaysia sepanjang kepimpinan beliau,
sumbangan yang telah beliau berikan kepada Malaysia, cabaran-cabaran yang
beliau hadapi dan bagaimana tampuk kepimpinan Perdana Menteri beliau bertukar
tangan.
4.1 KERJAYA AWAL
Pada tahun 1957, Dr. Mahathir dan isterinya telah membuka klinik persendirian
Melayu pertama di negeri Kedah iaitu Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor
Setar. Selain memberi perkhidmatan dalam bidang perubatan, beliau juga turut
berminat dengan bidang penulisan. Minat beliau tidak dipersiakan begitu sahaja
malah beliau juga turut menyumbang keringat sebagai penyunting sebuah majalah
perubatan The Couldron terbitan kolej pengajian beliau dahulu. Alang-alang
menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, sejak itulah keprihatinan beliau
terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam titipan
rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena yang
sebati dengan dirinya sejak kecil lagi iaitu ‘C.H.E Det’ antara tahun 1946-1950.
4.2 AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DAN MENTERI PELAJARAN
Kehadiran Dr.Mahathir dalam masa pemerintahan Tun Razak merupakan suatu
peristiwa besar dalam sejarah UMNO. Kembalinya Dr. Mahathir dalam arena politik
telah menggemparkan seluruh masyarakat UMNO pada waktu itu. Setelah diterima
kembali menjadi anggota UMNO, beliau telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi
UMNO. Atas kemampuan beliau dan keyakinan Tun Razak terhadap kebolehan Dr.
Mahathir maka mulalah beliau merasakan nikmat dari perjuangan politiknya apabila
beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran di bawah pentadbiran Allahyarham Tun
Abdul Razak. Dr. Mahathir merupakan orang yang pertama menjadi Menteri
Pelajaran dalam kabinet Barisan Nasional. Salah satu usaha beliau adalah
membawa perubahan kampus Universiti Kebangsaan. Ucapan semasa beliau
dilantik Pengerusi Ahli Majlis Universiti Kebangsaan antara lain menyentuh tentang
20
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
pembiayaan universiti tersebut menelan belanja hampir $95 juta menjelang tahun
1980.
Selain itu, usaha lain sebagai permulaan semasa Dr. Mahathir bertugas dengan
Tun Razak, perhatiannya ditumpukan pada masalah yang terdapat di sekolah-
sekolah rendah luar bandar. Antara perkara yang diberi perhatian adalah
berhubung dengan penyusunan semula pentadbiran di sekolah-sekolah. Begitu juga
dengan masalah keciciran pelajar, tentang ini Dr. Mahathir mengarahkan agar
kajian dilaksanakan supaya masalah itu dapat diatasi. Masalah kekurangan guru-
guru juga mendapat perhatian yang serius dari Dr. Mahathir. Hal ini demikian
kerana masalah kekurangan guru sangat mudah diatasi oleh beliau dengan
mengimport guru-guru dari Indonesia dan peningkatan mutu guru-guru sementara
telah dapat mengurangkan beban masalah tersebut. Masalah buku-buku teks
sekolah telah mendapat perhatian utama dari Dr. Mahathir. Beliau telah
melancarkan skim pinjaman buku-buku teks bagi membantu golongan masyarakat
yang tidak mampu membiayai persekolahan anak-anak mereka.
Antara sumbangan lain, beliau menyeru pada ahli-ahli sejarah menulis buku-
buku sejarah tentang pejuang-pejuang bangsa tanah air. Menerusi penulisan
tersebut haruslah dari sudut atau mengikut ‘Malaysian Centric’. Selain itu, beliau
telah mengemukakan suatu sistem pangambilan pelajar tingkatan enam menurut
satu ketetapan dasar, di mana pengambilan tersebut dari golongan bumiputera dan
bukan bumiputera menurut standard yang telah ditentukan. Standard tersebut ialah
pelajar yang bukan bumiputera memperolehi kelulusan yang tinggi untuk memasuki
tingkatan enam. Menurut beliau perbezaan ini dibuat kerana berdasarkan kepada
fasiliti pelajaran yang terdapat pada murid-murid bukan bumiputera adalah lebih
baik dari murid-murid bumiputera yang kekurangan fasiliti dalam pelajaran. Hal ini
demikian kerana kebanyakkan murid bukan bumiputera berasal daripada bandar,
sedangkan murid-murid bumiputera kebanyakkan datang dari desa. Oleh sebab
itulah pencapaian kelulusan mereka tidak sebaik murid-murid bukan bumiputera.
Lebih ramai murid bumiputera diambil adalah merupakan sebahagian daripada
usaha kerajaan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Seterusnya, Dr. Mahathir turut berusaha untuk mengimbangkan bilangan
bumiputera dan bukan bumiputera dalam bidang pelajaran dengan memperlihatkan
21
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
sikap yang tegas dalam masalah Institut Teknologi Mara (ITM). ITM ditubuhkan
untuk mengisi kekurangan bumiputera dalam bidang pelajaran profesional dan
salah satu daripada asas perpaduan ialah pembahagian kekayaan negara secara
adil. Pembahagian kekayaan negara adalah melalui bidang profesional. Kalau
bidang pelajaran profesional tidak ditanamkan pada anggota masyarakat
bumiputera maka sudah tentu kehidupan ekonomi negara akan terancam.
Seterusnya, sumbangan Dr.Mahathir sebagai Menteri Pelajaran ialah
melaksanakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 (AUKU). Akta tersebut lahir
akibat demonstrasi besar-besaran pelajar pada 3 Disember 1974. Akta tersebut
sebagai langkah untuk melemahkan kegiatan pelajar. Antara tujuan lain akta
tersebut adalah untuk mengharamkan para penuntut dari memegang sebarang
jawatan dalam kesatuan-kesatuan sekerja, parti-parti politik dan persatuan-
persatuan penuntut bersekutu. Walaupun akta tersebut mendapat tentangan
daripada pertubuhan pelajar, parti-parti politik dan orang perseorangan, namun
akhirnya dinyatakan sebagai mendapat sokongan dari rakyat. Selain itu, beliau juga
turut mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-
pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara
(MRSM).
4.4 TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERDAGANGAN DAN
PERINDUSTRIAN
Di arena politik pula, kemenangan beliau dalam pemilihan salah satu daripada
kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu) pada tahun 1975 telah menjadi batu loncatan kepada asas
kejayaan politik beliau sehingga kini. Ketika Allahyarham Tun Hussein Onn
menjawat Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah
dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri sekaligus menjawat jawatan Timbalan
Presiden Parti. Kemenangan Dr. Mahathir buat kesekian kalinya dalam pilihan raya
umum pada tahun 1978 telah melayakkan beliau mengekalkan jawatannya di
dalam kabinet kerajaan dan parti.
Pada dasarnya, perlantikan Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri
telah mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli-ahli UMNO, malah seluruh lapisan
rakyat Malaysia telah menyokongnya atas sikap percaya kepada pemilihan yang
22
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
telah dibuat oleh pucuk pimpinan. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr.
Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978.
Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak
putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing.
4.5 PERDANA MENTERI
Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum tahun 1978 telah
membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti.
Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh
Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden
UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr. Mahathir sebagai
antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat
kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau
memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan manakala
krisis mata wang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara
di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal
kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu
pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan
dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya,
Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada
belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu ‘mengikat diri’ kepada syarat-syarat yang
ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah,
Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr.
Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief
Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau
rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara
daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara
berasaskan perindustrian. Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana
Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung
kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri
petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.
23
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan
ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan
komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan
tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah
pula dengan peningkatan harga mata wang Yen yang menyebabkan berlaku
kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Kini, kebergantungan ekonomi negara
terhadap bidang perindustrian begitu ketara apabila sektor perkilangan membentuk
30% daripada asas ekonomi negara manakala sektor pertanian menurun kepada
8% sahaja berbanding 23% kira-kira 22 tahun lalu. Dr. Mahathir telah
memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia
diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang
saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan
bebebanan kewangan dan kerajaan. Semasa pentadbirannya banyak syarikat utiliti
seperti Lembaga elektrik negara, Jabatan Telekom dan sebagainya, telah
disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya
meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara.
Dr. Mahathir juga meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan
saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham
Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Dalam usaha
melakar nama negara di arena antarabangsa, pelbagai projek gergasi telah
diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Antara yang terawal ketika beliau baru memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri ialah projek pengeluaran kereta proton melalui
HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia). Walaupun projek beliau ini
dianggap agak keterlaluan memandangkan negara ketika itu masih muda dalam
projek pembuatan kereta nasional namun negara kita boleh berbangga kerana
projek ini begitu berjaya sehingga mampu bersaing dengan pengeluar kereta lain di
seluruh dunia. Sebagai orang yang memegang tampuk tertinggi pengurusan
negara, masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas
penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam
keadaan terkawal.
Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang
beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC).
24
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar
akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia
perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan
dan direalisasikan semasa beliau menjadi ‘CEO’ Malaysia antaranya ialah Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar
Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula
One dan Menara Berkembar Petronas. Projek-projek ini secara tidak langsung
berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang
dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr.
Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa
Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan
fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan
dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara
membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf
dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada
di mana sahaja.
4.6 DASAR-DASAR YANG DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN
4.6.1 DASAR EKONOMI BARU
Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dengan rasminya pada tahun 1971
oleh Tun Abdul Razak. Usaha mantan Perdana Menteri Malaysia ini diteruskan oleh
Tun Dr. Mahathir semasa kepimpinan beliau. Tun membentuk perancangan dalam
bentuk Pelan Rangka Perspektif yang merangkumi satu siri rancangan lima tahun.
Pelan Rangka Perspektif Pertama (RPR1) pada tahun 1971 hingga tahun 1990
mengemukakan rangka sosioekonomi yang luas bagi memastikan objektif DEB
dapat dicapai. Tun menekankan penyerapan sains dan teknologi dalam mendorong
pertumbuhan ekonomi yang pesat dan daya pengeluran yang menyeluruh. Tun
memastikan DEB dicapai dengan melaksanakan beberapa penyelidikan dan
pembangunan (R&D) bagi meningkatkan daya saing eksport Malaysia. Penggunaan
teknologi tinggi digalakkan bagi meningkatkan keupayaan perindustrian dan
teknologi negara (Abdul Aziz Abdul Rahman dan Sumangala Pillai, 1997). Dr.
25
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
Mahathir pernah menjelaskan semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran bahawa
60% ekonomi negara adalah di tangan pemodal asing, 35% pula di tangan bukan
bumiputera, sementara hanya kira-kira 5% sahaja di tangan bumiputera. “Dalam
hal ini, bumiputera terpaksa berusaha mencari 25% lagi untuk mencapai matlamat
Dasar Ekonomi Baru, sementara bukan bumiputera hanya 5% sahaja” (Drs.
Rahmanmat, 1982).
4.6.2 DASAR LUAR
Beliau terlibat aktif dalam mana-mana persidangan, pertubuhan, pertemuan,
konferens dan mesyuarat lain di peringkat antarabangsa seperti Persidangan
Negara-negara Komanwel, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan
Negara-Neara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC, selaku
pengerusi), Asia-Pacific Economic Coorporation (APEC), East Asia Economic Caucus
(AEAC), World Trade Organization (WTO), Mesyuarat Asia-Eropah, Organisasi
Perdagangan Antarabangsa dan Dasar Luar Islam: Bosnia. Menurut Milne dan
Mauzy, semasa sesi perhimpunan agung PBB yang ke-50, Tun menyifatkan bahawa
hanya pada perhimpunan tersebut sahaja suara-suara kecil dunia dapat didengari
(Milne dan Mauzy, 1999). Dasar luar inilah yang menyebabkan beliau dan Malaysia
begitu dikenali di mata dunia sehingga beliau dijemput untuk menghadiri beberapa
pertemuan dengan individu-individu dan pemimpin-pemimpin berpengaruh seperti
George W. Bush, Kolonel Muammar Gadaffi, dan Ketua Gereja Katolik, Pope John
Paul II (Dr. Zahidi Dato’ Zainol Rashid, 2003).
4.6.3 DASAR PANDANG KE TIMUR
Dasar Pandang ke Timur pernah menjadi kontroversi kerana Tun memilih Jepun dan
Korea Selatan sebagai role-model kepada pemodenan Malaysia (Milne dan Mauzy,
1999). Pada zaman kepimpinan beliau, rakyat masih bersikap prejudis terhadap
Jepun dan tidak pernah terfikir akan mencontohi bangsa yang pernah mengkhianati
mereka. Apabila beliau mengumumkan mengenai Dasar Pandang ke Timur, beliau
mengemukakan kenyataan Buy British Last. Kenyataan ini menyebabkan ramai
26
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
pihak yang kurang senang hati. Perkara ini boleh menyebabkan hubungan baik
antara Malaysia dan Britain terjejas. Malaysia mempunyai kepentingan ke atas
Britain di mana 70 peratus daripada pelajar asing yang menuntut di sana ialah
rakyat Malaysia. Tun menganggap bahawa ini adalah risiko yang harus diterima
bagi menyemai semangat keTimuran akyat Malaysia (Aziz Zariza Ahmad, 1990).
Malaysia dan Jepun bermula melalui pelaburan bidang elektronik dan barangan
elektrik. Jepun dan Malaysia juga berkongsi projek mega kilang keluli, Malayawata
yang merupakan projek indutri berat di Malaysia. Kerjasama ini merupakan kali
pertama Jepun mengeksport tenaga mahir kepada Negara Dunia Ketiga (M.
Rajendran, 1993). Kerjasama ini sebenarnya berlaku sebelum dasar ini
dilaksanakan. Hubungan yang baik inilah yang mengukuhkan Dasar Pandang ke
Timur. Kerjasama dan dasar yang berorientasikan Jepun ini telah melahirkan
industri otomobil Malaysia yang pertama. Beliau melawat ke ibu pejabat Mitsubishi
di Jepun dan meminta kerjasama syarikat ini untuk memulakan perindustrian kereta
buatan Malaysia. Usaha ini telah membuahkan hasil dengan tertubuhnya
Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (PROTON) dan Heavy Industries
Corporation Malaysia (HICOM). Pada tahun 1985, Malaysia mengeluarkan kereta
nasioanalnya yang pertama, Proton Saga (M. Rajendran, 1993). Dr. Mahathir bukan
sekadar mencedok kemahiran dari Jepun, malah beliau ingin seluruh rakyat
Malaysia mnegamalkan budaya bekerja sogo sosha orang Jepun.
4.6.4 WAWASAN 2020
Di dalam penulisan beliau, The Way Forward, Tun Dr. Mahathir menekankan
bahawa masa hadapan Malaysia terletak pada matlamat kebangsaan iaitu
mencapai status sebagai negara maju pada tahun 2020. Pada pendapat John Hilley,
matlamat yang ditentukan oleh Tun ini merupakan fahaman pemodenisasi, mobiliti
sosial, dan kekayaan tanpa mengira bangsa dan seterusnya membantu rejim
politik negara membina pembangunan ekonomi yang kuat (Khoo Boo Teik, 2003).
Antara maklumat asas mengenai Wawasan 2020 adalah bersifat suatu
cetusan fikiran bukan satu dasar khas yang merupakan mukadimah kepada
pembentukan beberapa dasar baru atau teras kepada Dasar Pembangunan
Nasional yang menggantikan Dasar Ekonomi Baharu (Ahmad Sarji, 2003). Matlamat
Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
27
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 iaitu dalam masa tiga dekad.
Menerusi Wawasan 2020 terdapat sembilan cabaran strategik untuk membentuk
sebuah negara maju mengikut cita rasa tempatan iaitu:
Negara Malaysia yang bersatu.
Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, yakin diri,
gagah, dan dihormati.
Masyarakat demokratik yang matang dan wajar
dicontohi.
Masyarakat yang bermoral, beretika dan beragama.
Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
Masyarakat yang saintifik, inovatif, progresif dan
berpandangan jauh
Masyarakat yang penyayang dan mempunyai sistem
keluarga yang kukuh.
Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Masyarakat yang makmur dan mempunyai ekonomi
yang kukuh dan dinamik.
4.6.6 DASAR PENSWASTAAN
Pada tahun 1983, Tun mengumumkan mengenai perlaksanaan dasar penswastaan
yang bakal dijalankan. Beliau melihat bahawa dasar ini akan membantu
meningkatkan mutu perkhidmatan, keberkesanan dan memberi peluang kepada
syarikat tempatan berdikari selain daripada membantu melonjakkan ekonomi
negara. Golongan bumiputera dilatih untuk melibatkan diri dalam bidang
perniagaan. Kaum bumiputera diberi latihan dan pinjaman bagi membangunkan
perniagaan kecil-kecilan daripada MARA. Dasar ini juga dilihat membantu
memenuhi DEB. Pada akhir 1990-an, beberapa penswastaan dibuat seperti Sabah
Electricity Board, pembinaan empangan hidro-elektrik Bakun di Sarawak, dan
pengkoperasian Universiti Malaya dan Bernama. Dasar yang diperkenalkan di
penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak
kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik.
4.6.7 MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR
28
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
MSC merupakan projek mega yang dilaksanakan pada tahun 1994 sebagai fasa
terakhir program pengindustrian negara. Skala pembangunannya adalah sangat
besar dan mungkin memberi kesan kepada negara-negara ASEAN yang lain selain
daripada Malaysia. MSC dipercayai mampun menjadi periuk nasi kepada Malaysia.
Zon MSC merangkumi bahagian selatan Kuala Lumpur berukuran 15 Kilometer x 50
Kilometer persegi. Zon ini akan menyediakan persekitaran beberapa syarikat
baharu berkembang dan membangun. Tujuh ribu hektar digunakan untuk
membangunkan beberapa struktur mega seperti Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Litar Lumba Sepang, bandar berteknologi tinggi
Cyberjaya dan pusat pentadbiran, Putrajaya.
4.6.8 BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
Slogan yang dilaungkan bermula pada tahun 1982 ini merupakan antisipasi untuk
menggalakkan pekerja-pekerja agar tidak mengamalkan amalan rasuah. Beliau
risau dengan wabak rasuah yang kian menular lebih lagi dalam kalangan penjawat
awam. Skandal terbesar yang pertama melibatkan Bumiputera Malaysia Finance
(BMF) dan melibatkan kerugian hampir RM2.5 billion kepada kerajaan. Rasuah
dalam kalangan pegawai bank diketahui oleh masyarakat melalui laporan-laporan
yang disediakan oleh Tan Sri Ahmad Nordin. Rasuah dilihat seperti memeras
golongan yang miskin demi kepentingan sendiri. Tun tidak mahu gejala tidak sihat
ini menular dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, Bersih, Cekap dan
Amanah merupakan slogan yang harus dipatuhi oleh semua penjawat awam demi
menjaga ketelusan perkhidmatan awam.
5.0 PERALIHAN KUASA TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD KEPADA TUN
AHMAD BADAWI BIN ABDULLAH
5.1 PERLETAKAN JAWATAN TUN DR MAHATHIR DAN PENANGGUHAN
Kenyataan perletakan jawatan Tun Mahathir sungguh mengejutkan semua pihak
yang berada di dalam dan di luar dewan sewaktu perhimpunan UMNO sehinggakan
suasana menjadi kelam kabut, Oleh disebabkan permintaan UMNO dan perkara-
perkara lain menyebabkan beliau terpaksa meneruskan jawatannya untuk 16 bulan
lagi dan perletakan jawatan secara sah pada 31 Oktober 2003. Namun, secara
umumnya pada tahun 1998, beliau pernah menyatakan hasrat hendak meletakkan
29
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
jawatan tetapi memandangkan berlaku krisis ekonomi pada masa tersebut dan juga
skandal politik beliau pada ketika itu membuatkan beliau membatalkan hasrat
beliau itu.
Dikatakan Pertubuhan Persidangan Islam atau dalam bahasa Inggerisnya
Organization of Islamic Conference (OIC) dan Persidangan Pergerakan Negara-
Negara Berkecuali (NAM) merupakan salah satu sebab penangguhan kepada
perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-4 yang ditangguhkan selama 16
bulan selepas tarikh beliau mengeluarkan kenyataan perletakan jawatan tersebut.
Beliau telah mempengerusikan kedua-dua persidangan semasa Negara Malaysia
menjadi ketua rumah bagi persidangan tersebut di mana Tun Dr Mahathir
mempengerusikan Sidang Kemuncak Ke-13 NAM di Kuala Lumpur pada Februari
2003. Selain mempengerusikan NAM, beliau juga telah mempengerusikan Sidang
Kemuncak Ke-10 bagi Pertubuhan Persidangan Islam di Putrajaya pada Oktober
2003. Kedua-dua persidangan ini menyaksikan Tun Dr Mahathir sentiasa
memberikan komitmen yang sangat tinggi walaupun beliau tahu, beliau akan
meletakkan jawatan dan beliau bukanlah seorang yang bersifat “melepaskan batuk
di tangga”. Ini menunjukkan bahawa kewibawaan dan sifat kepimpinan Tun Dr
Mahathir sangat dikagumi oleh pemimpin negara-negara yang lain. Oleh itu, tidak
hairanlah beliau diberi gelaran “Bapa Pemodenan Negara Malaysia” yang banyak
menyumbangkan kepada pembangunan dan seterusnya memodenkan Negara
Malaysia sehinggakan nama Malaysia gah di mata dunia dengan dasar-dasar yang
diperkenalkan oleh beliau baik dari aspek ekonomi, malah dari aspek ekonomi dan
sosial.
KESIMPULAN
Dapat disimpulkan di sini bahawa negara Malaysia di bawah kepimpinan empat
Perdana Menteri telah mencapai pelbagai kemajuan tidak kira dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Para pemimpin Malaysia berusaha dengan sedaya upaya
mereka dalam mengangkat nama Malaysia di mata dunia setanding dengan negara-
negara membangun yang lain dan menjadi negara maju sejajar dengan wawasan
2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Malahan, dengan pengorbanan dan harapan yang tidak pernah putus,
30
SEJARAH POLITIK MALAYSIA: NEGARA MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN EMPAT PERDANA MENTERI
akhirnya kemerdekaan dapat diperolehi oleh Perdana Menteri pertama Malaysia
iaitu Tunku Abdul Rahman dari tangan penjajah dengan kerjasama di antara
pemimpin-pemimpin yang berbilang kaum dan sokongan padu rakyat Malaysia
dalam menubuhkan gagasan Malaysia walaupun menghadapi pelbagai onak dan
cabaran. Ini menjadikan politik negara kita stabil dan melalui pimpinan Tun Razak
dalam mewujudkan Dasar Ekonomi Baru yang berhasil mengukuhkan ekonomi
negara kita serta membantu rakyat tempatan dari segi ekonomi dan sosial agar
terus maju ke hadapan bersaing dengan negara-negara yang lain. Manakala, Tunku
Hussien Onn yang mementingkan dan mengamalkan sifat prihatin dan
kemanusiaan serta mengambil rakyat akan rakyat jelata dalam membasmi
kemiskinan dan memastikan keamanan Malaysia dengan menjaga hubungan
diplomatik Malaysia dengan negara luar menjadikan Malaysia sebuah negara yang
mempunyai kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Tambahan pula, perpaduan
kaum yang kuat dan sikap bersepadu rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum
menyumbang kepada kemajuan negara Malaysia dari tahun ke tahun. Manakala,
melalui pimpinan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir telah
membawa Malaysia ke persada kecemerlangan dan Malaysia di bawah
pemerintahan beliau telah berjaya memperolehi pembangunan yang jauh ke
hadapan dan dikenali di mata dunia. Ini adalah melalui pelbagai pembaharuan
fizikal, mental dan sosial serta telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di
pentas dunia. Kini, Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara
membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia
dan disanjung tinggi kerana keamanan negara yang kukuh hasil kerjasama
pemimpin dan rakyat yang bersatu padu menjaga keamanan negara. Malahan,
warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana
sahaja dan warisan tersebut lah yang harus kita pelihara sampai bila-bila.
31