FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
HBEF2703
PENDIDIKAN KO KURIKULUM
TAJUK TUGASAN: KO KURIKULUM
NAMA: ALEINA BINTI MOHD SALLEH
NO. MATRIK:720123015778001
SEMESTER: JANUARI 2012
1
KANDUNGAN HALAMAN
1. Prakaata 3
2. Pengenalan Kokurikulum 4-9
-Konsep
-Matlamat
-Objektif
-Pelaksanaan
3. Merancang Aktiviti Kokurikulum
Pemilihan aktiviti 10
4. Perancangan Aktiviti
A. Peringkat Awal 11-15
B. Peringkat Semasa 16-23
C. Peringkat Selepas 23-26
5. Refleksi 27
6. Kesimpulan 28
2
PRAKATA
Syukur kehadrat llahi dengan keizinanNYA dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih saya tujukan khas buat pensyarah subjek ko-
kurikulum iaitu En. Shaifol Bahary bin Sulaiman yang teah banyak memberi bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini.Penghargaan ini juga saya tujukan
kepada Open Universiti Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah memberi
peluang kepada saya untuk menimba ilmu.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah menyumbangkan pendapat, masa dan
tenaga dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Buat ahli keluarga sekalung ucapan terima
kasih di atas segala sokongan, dorongan dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Akhir kata segala yang baik itu datangnya dari Ilahi dan segala kekurangan itu datangnya
dari kelemahan diri saya sendiri.
3
1.0 PENGENALAN KOKURIKULUM
1.1 KONSEP
Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah demi untuk
membangunkan modal insan. Sistem pendidikan negara kita yang global ini menganggap
kokurikulum adalah pelengkap kepada kurikulum. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua
sistem yang menjana tenaga sumber manusia yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Kokurikulum berperanan secara tidak langsung atau langsung dalam
pembangunan sahsiah individu. Namun begitu, dewasa ini selalu berlaku kepentingan
kokurikulum diketepikan secara disengajakan atau tidak disengajakan. Walhal peranan dan
kepentingan kokurikulum amat luas. Justeru itu, sewajarnyalah kokurikulum diletakkan di
tempat yang istimewa dalam sistem pendidikan Malaysia
Menurut Kamus Dewan (2000) kokurikulum ialah merupakan sebahagian daripada
kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Selain mata pelajaran yang diajar di
dalam bilik darjah, kokurikulum juga dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan
(misalnya kegiatan dalam persatuanpersatuan dan kegiatan sukan). Zaimi Abu Bakar (1996) pula
menerangkan kokurikulum, “A co-curricular activity is an activity which conducted after school
hours. The term may be used interchangeably with extracurricular activities, co-curricular
activities, extra class activities, pupil activities, socializing activities, allied activities, students
activities and school activities.”
Kreps (2002) merumuskan terdapat banyak aktiviti berkaitan kokurikulum, antaranya
ialah projek penyelidikan luar, peluang belajar ke luar negara, internship, projek khidmat
masyarakat, penglibatan dalam persatuan, pembentukan organisasi, terlibat sebagai atlet,
menghadiri sesuatu program atau pertandingan dan bekerja semasa di kampus.
Ab. Alim Abdul Rahim (1999), mendefinisikan kokurikulum sebagai aktiviti yang berbentuk
pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah dan menyediakan pengalaman-pengalaman
pengajaran. Komponen kokurikulum termasuklah badan beruniform, persatuan. Antaranya ialah
membina negara menerusi pemupukan integrasi nasional di kalangan pelajar, membantu
perkembangan hidup masyarakat dan pembentukan pembangunan diri individu melalui pelbagai
kemahiran yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran kokurikulum itu sendiri.
4
Kreps (2002) merumuskan terdapat banyak aktiviti berkaitan kokurikulum, antaranya
ialah projek penyelidikan luar, peluang belajar ke luar negara, internship, projek khidmat
masyarakat, penglibatan dalam persatuan, pembentukan organisasi, terlibat sebagai atlet,
menghadiri sesuatu program atau pertandingan dan bekerja semasa di kampus.
1.2 MATLAMAT
Matlamat kokurikulum adalah penglibatan maksimum semua murid, warga guru dan masyarakat
untuk:
i. Memperkenalkan pengalaman menyeluruh dan keseimbangan dengan pendidikan
formal.
ii. Menyemai perasaan muhibbah, integrasi nasional, perpaduan dikalangan generasi
muda dan peningkatan disiplin pelajar.
iii. Menyemai nilai pendidikan.
iv. Menyumbang usaha membina masyarakat 1 Malaysia, budaya dan tempat belajar
yang menarik dan menyeronokkan.
v. Mewujudkan keseimbangan perkembangan JERIS.
vi. Mengisi masa lapang dengan berfaedah.
1.3 OBJEKTIF
Objektif pendidikan kokurikulum ialah:
i. Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan.
ii. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan antara murid.
iii. Meningkatkan disiplin, membina minat dan bakat murid dalam aktiviti diceburi.
iv. Menyumbang perkembangan JERIS.
v. Mewujudkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.
vi. Mewujudkan budaya sekolah yang seronok dan menarik.
vii. Menyediakan murid untuk program khidmat Negara.
5
1.4 STRATEGI
Beberapa strategi pelaksanaannya perlulah di ambil perhatian. Antaranya ialah:
i. Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai kepada pelaksanaan aktiviti
kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam
proses pendidikan di sekolah.
ii. Menanbah bilangan pasukan beruniform, persatuan/kelab, sukan/permainan dan
aktiviti lain yang memberikan faedah kepada perkembangan sahsiah, keperibadian
dan kemahiran serta pengetahuan murid-murid.
iii. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit beruniform,
persatuan/kelab, sukan /permainan agar semua murid dapat melibatkan diri secara
optimum dalam aktiviti yang diminati.
iv. Melibatkan semua murid pelbagai kaum dan menyediakan aktivitiyang bersesuaian
dalam penyatuan bangsa 1 Malaysia.
v. Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, masyarakat dan
murid.
1.4 PELAKSANAAN
Warta kerajaan bertarikh 31 Disember 1997 Jilid 41,No 26, Tambahan 94, Perundangan
A.P.U(A) 531 Akta Pendidikan 1996 Peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) menyatakan
kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah untuk member murid peluang menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahitran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah.
6
SK SERI PUTERITAKWIM DAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2012
BULAN TARIKH HARI MASA AKTIVITI
JANUARI 04.01.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Taklimat Kokurikulum 11.01.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Mesyuarat Agung Semua Persatuan/Kelab Kokurikulum
14.01.2012 SABTU 8.00 pg - 2.00 ptg Kursus Kepimpinan AJK Persatuan/Kelab
FEBRUARI 01.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 1- Ko-Akedamik 1
08.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 2- Unit Berunifom 1
15.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 3- Kelab Permainan 1
22.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 4- Unit Berunifom 2
29.02.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 5- Ko-Akedamik 2
MAC 07.03.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 6- Unit Berunifom 3
21.03.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 7- Kelab Permainan 2
28.03.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 8- Unit Berunifom 4
APRIL 04.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 9- Ko-Akedamik 2 (Persatuan Sains & Matematik)
11.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 10- Unit Berunifom 5
18.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 11- Kelab Permainan 3
25.04.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 12- Unit Berunifom 6
MEI 02.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 13- Ko-Akedamik 3 (Persatuan Bahasa Inggeris)
09.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 14- Unit Berunifom 7
16.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 15- Ko-Akedamik 4
23.05.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 16- Unit Berunifom 8
JUN 12.06.2012 SELASA 01.50 ptg - 2.50 ptg Mesyuarat Kokurikulum Kali Ke 2
20.06.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 17- Kelab Permainan 4
27.06.2012 RABU 12.50 tgh - 01.50 ptg Aktiviti 18- Unit Berunifom 9
7
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI83000 BATU PAHATjOHOR
No. Tel. : 07-4164584
No. Fax : 07-4164584
Ruj. Tuan : Ruj. Kami : JBA0024/700-1/3/2012(1)
Tarikh : 4 Januari 2012
Puan Aleina Mohd SallehSK Seri Puteri83600 Batu Pahat.
Tuan,
Perlantikan Sebagai Pemimpin Pergerakan Pengakap SK Seri Pengkalan
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persekutuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka saya dengan bangga dan sukacita melantik tuan menjadi Ketua Guru Penasihat/Pemimpin kepada Pergerakan Pengakap SK Seri Puteri berkuatkuasa mulai tarikh ini.
2. Dengan perlantikan ini bermakna tuan secara rasminya bertanggungjawab atas perjalanan dan kegiatan Pergerakan Pengakap SK Seri Puteri dan di beri kuasa menasihati, menegur dan mengarahkan Ahli Jawatankuasa Persatuan dan semua ahli PERSATUAN DEMI MEMASTIKAN Pergerakan Pengakap sekolah ini tidak terkeluar daripada tujuan dan matlamat penubuhannya. Tuan juga secara rasmi bertanggungjawab memastikan setiap aktiviti Pergerakan Pengakap sekolah ini mematuhi sepenuhnya peraturan, syarat-syarat dan prosedur yang ditetapkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
3. Seterusnya tuan juga dilantik mewakili saya untuk menyelia, menyelenggara, mengawal dan menguruskan kebajikan dan keselamatan pelajar yang menjadi ahli Pergerakan Pengakap SK
8
Seri Puteri semasa menyertai aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh persatuan di dalam dan di luar kawasan sekolah.
4. Saya berkeyakinan penuh bahawa tuan boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dengan cekap dan berkesan.
5. Kesediaan dan kesanggupan Tuan menerima perlantikan ini amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
………………………………………..(RUBIAH BINTI MELAN)Guru Besar,SK Seri Puteri,Batu Pahat, JOHOR.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Pergerakan Pengakap SKSP
9
2.0 MERANCANG AKTIVITI KO-KURIKULUM
2.1 PEMILIHAN AKTIVITI
Bagi menyiapkan tugasan kokurikulum ini saya telah memilih Unit Beruniform
Pengakap Sk. Seri Puteri Batu Pahat sebagai bahan portfolio. Sk. Seri Puteri merupakan sebuah
sekolah baru di daerah Batu Pahat. Sk. Seri Puteri mempunyai bilangan murid seramai 281 orang
dari pra sekolah hingga ke darjah 6. Oleh itu hanya tiga unit beruniform sahaja yang
diperkenalkan kepada murid-murid tahap 2. Antara unit beruniform tersebut ialah persatuan
pengakap, Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Bilangan ahli pengakap di sekolah
saya lebih kurang 30 orang.Unsur kepimpinan dan kejurulatihan yang ada di dalam unit
beruniform pengakap dapat membentuk modal insan yang berketerampilan, berkeyakinan dan
saling berganding bahu dalam usaha membina warga 1 Malaysia.
Sebagai memenuhi kehendak tugasan kokurikulum pada kali ini yang meminta saya
menyiapkan portfolio yang mengandungi keseluruhan aktiviti selama satu penggal saya telah
memilih aktiviti kokurikulum pasukan beruniform pengakap sekolah saya. Unit beruniform ini
merupakan salah unit beruniform yang agak aktif di sekolah. Pemilihan ahli unit beruniform ini
adalah berdasarkan kecenderaungan, minat dan bakat murid serta mengikut pembahagian di
antara badan-badan beruniform yang lain Objektif penubuhan unit beruniform ini adalah untuk:
a. Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan
dan jati diri yang tinggi.
b. Melahirkan pemimpin muda yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang tinggi.
c. Melatih dan melengkapkan diri murid-murid dengan ilmu unit beruniform yang dapat
digunakan untuk panduan hidup.
d. Memupuk nilai-nilai murni yang dapat digunakan untuk kehidupan seharian melalui
aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan.
e. Membentuk murid-murid yang mempunyai disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dan rakan-rakan.
10
Menanam semangat kerjasama sesama murid dalam segala aktiviti yang dilakukan.
2.2 PERANCANGAN AKTIVITI
A. PERINGKAT AWAL
MESYUARAT AGUNG
Bagi Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri Puteri perancangan awal telah dilakukan
semasa mesyuarat agung yang dijalankan pada awal tahun persekolahan. Pada mesyuarat ini
semua pemimpin yang akan menerajui persatuan ini akan dipilih secara undian mengikut
cadangan yang dicadangkan oleh ahlinya dan dipersetujui oleh ahli yang lain. Keputusan undian
adalah muktamad. Setelah undian untuk memilih ahli jawatankuasa dijalankan, murid-murid
yang telah dilantik itu tadi menjalankan mesyuarat untuk membincangkan aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang tahun sambil dibimbing oleh guru penasihat.
Setelah mesyuarat agung dijalankan maka carta organisasi persatuan ini dibentuk.
Berdasarkan kepada carta organisasi, dinyatakan bidang tugas yang akan dijalankan oleh ahli
jawatankuasa tersebut:
a. Penaung
Penaung persatuan berperanan sebagai pemantau terhadap semua aktiviti yang akan
dijalankan. Beliau juga bertindak sebagai penasihat terhadap perjalanan persatuan ini.
b. Guru penasihat
Berperanan untuk membantu murid-murid melaksanakan semua program dalam
persatuan dengan sempurna dan sebagai guru penasihat.
c. Pengerusi
Berperanan sebagai ketua kepada semua ahli persatuan. Bertanggungjawab kepada semua
ahli dalam persatuan dari segi keselamatan, disiplin dan aktiviti persatuan ini. Pengerusi
juga bertindak sebagai penyalur maklumat kepada semua ahli persatuan.
d. Setiausaha
11
Membantu pengerusi mentadbir persatuan serta melakukan dokumentasi segala aktiviti
yang dijalankan.
e. Bendahari
Bertanggungjawab menguruskan kewangan persatuan dan mencatat segala urusan keluar
masuk wang.
f. Ahli Jawatankuasa
Berperanan untuk membantu persatuan melaksanakan segala aktiviti yang telah
dirancang.
MINIT MESYUARAT AGUNG
LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA 2012
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI
BATU PAHAT
Tarikh : 14 Januari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Guru Penasihat : En. Mansor bin Mohd Said
12
En. Abdul Rashid bin Abdul Hamid
Pn. Aleina binti Mohd Salleh
Pn. Rafidah binti Abdul Rahman
Kehadiran ahli : 30 orang
AGENDA MESYUARAT TINDAKAN
1.Ucapan alu-aluan:
1.1 En. Mansor selaku guru penasihat mengucapkan selamat datang
kepada semua ahli pengakap kerana sudi menghadirkan diri pada
mesyuarat agung kali ini.
1.2 En. Mansor menyatakan tujuan diadakan mesyuarat pada kali ini
adalah untuk melantik AJK bagi tahun 2012.
1.3 Membincangkan tentang aktiviti sepanjang tahun.
Ahli pengakap
2. Perlantikan AJK Persatuan Pengakap bagi tahun 2012
Pengerusi : Mohamad Naqib bin Selamat
Naib Pengerusi : Muhammad Harith Asyraf bin Norhizam
Setiausaha : Hannah Sofia binti Mansor
Bendahari : Irdina Huda binti Kasman
AJK : 1. Muhammad Al-Amin bin Haslan (Tahun 6)
2. Muhammad Alif bin Johari (Tahun 5)
3. Afiq Hakim bin Abdul Razak (Tahun 4)
Ahli pengakap
3. Cadangan Aktiviti Tahunan
3.1 Guru penasihat memberitahu ahli bahawa aktiviti tahunan yang
akan dilaksanakan sepanjang tahun mengikut takwim yang telah
ditetapkan oleh Persatuan Pengakap Malaysia.
Semua ahli
13
3.2 Guru penasihat akan membantu AJK menentukan aktiviti yang
akan dijalankan berdasarkan takwim yang telah ditetapkan.
4. Hal-hal lain
4.1 Guru penasihat berharap agar AJK dan ahli-ahli dapat mematuhi
semua undang-undang yang telah ditetapkan serta bekerjasama dalam
menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang.
Semua ahli
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.
Disediakan oleh:
……………………………..
(Hannah Sofea binti Mansor)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap Malaysia,
Sk. Seri Puteri Batu Pahat.
14
CARTA ORGANISASI
Carta organisasi dibentuk setelah Mesyuarat Agung Pengakap dijalankan.
CARTA ORGANISASI
PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA
SK. SERI PUTERI BATU PAHAT
15
PENAUNGPN. RUBIAH BINTI MELAN
GURU BESAR SK. SERI PUTERI
GURU PEMBIMBINGEN. MANSOR BIN MOHD SAID
EN. ABDUL RASHID BIN ABDUL HAMIDPN. ALEINA BINTI MOHD SALLEH
PN. RAFIDAH BINTI ABDUL RAHMAN
PENGERUSIMOHAMAD NAQIB BIN SELAMAT
NAIB PENGERUSIMUHAMMAD HARITH ASYRAF
BIN NORHIZAM
SETIAUSAHA HANNAH SOFIA BINTI MANSOR
BENDAHARI IRDINA HUDA BINTI KASMAN
AJKMUHAMMAD AL-AMIN BIN
HASLAN (TAHUN 6)MUHAMMAD ALIF BIN JOHARI
(TAHUN 5) AFIQ HAKIM BIN ABDUL RAZAK
(TAHUN 4)
B. PERINGKAT SEMASA
PERANCANGAN AKTIVITI
Berdasarkan keputusan Mesyuarat Agung Pengakap, Guru Penasihat telah merangka satu
takwim menunjukkan perjalanan aktiviti pengakap selama 20 minggu.
SK SERI PUTERITAKWIM PELAKSANAAN KOKURIKULUM PENGAKAP 2012
SETIAP RABU, MASA : 12.50-1.50 PETANG
BIL BULAN TARIKH AKTIVITI1 JANUARI 4.1.2012 Mesyuarat Agong Pengakap
2 11.1.2012 Taklimat perlembagaan pasukan
3 18.1.202 Kursus Kepimpinan AJK Unit Uniform Pengakap4 FEBRUARI 1.2.2012 Pembahagian SekawanSejarah, logo,lencana Pengakap
5 8.2.2012 Persetiaan pengakapLagu Pengakap , buku log pengakap
6 15.2.2012 Kawad asas
7 21.2.2012 Sejarah pengakap
8 28.2.2012 Hormat pengakap9 MAC 7.3.2012 Undang-undang pengakap
10 21.3.2012 Perbarisan dan laung agung
11 28.3.2012 Kawad asas12 APRIL 4.4.2012 Kawad kaki protokol, kawad kaki formasi
13 11.4.2012 Ikatan & simpulan14 18.4.2012 Lagu-lagu pengakap15 25.4.2012 Bendera negeri-negeri16 MEI 9.5.2012 Ikatan & simpulan
17 16.5.2012 Mendirikan khemah18 23.5.2012 Mendirikan gedjet19 30.5.2012 Lawatan sambil belajar20 JUN 15-
17.6.2012Perkhemahan pengakap
PEMBAHAGIAN JAWATANKUASA AKTIVITI
16
Untuk melicinkan perjalanan program, satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada guru
penasihat telah dibentuk bertujuannya untuk membahagikan tugasan aktiviti mengikut kemahiran
guru tersebut. Oleh itu guru berjaya memberikan input semaksima mungkin kepada murid.
BIL BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA CATATAN1. Pendaftaran Pn. Aleina Mohd Salleh Mencatat kehadiran ahli.
Memungut yuran pendaftaran.2 Penempatan
perkhemahanPn. Rosma Jamil Pn. Maizatul Hartini KhalilPn. Salwiah Jaafar
Menguruskan penempatan perkhemahan murid.Memastikan proses penempatan berjalan lancar.
3 Keselamatan dan disiplin
Pn. Rifah AbdullahEn. Mansor Mohd Said
Membuat rondaan malam.Memastikan disiplin murid terkawal.
4 Makanan Pn. Sabariah A. RahmanPn. Latifah KiatPn. Rahamah RaniPn. Rohani Shamsi
Memastikan bekalan makanan mencukupi.Memastikan pengagihan makanan berjalan lancar.
5 Kebersihan Pn. Rafidah Abdul RahmanPn. Noraini Malek
Memastikan kebersihan kantin,surau dan tapak perkhemahan dalam keadaan bersih sepanjang perkhemahan.
6 Sijil Pn. Norhayati Yusoff Menaip nama pelajar dengan betul.Menguruskan majlis penyampaian sijil
7 Buku program En. Rahim Othman Menyediakan buku program8 Aktiviti En. Abdul Rashid Abdul Hamid
En. Azizan Musa Pn. Rohayu Mohamad
Memastikan setiap aktiviti ada jurulatih.Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.
PENULISAN KERTAS CADANGAN
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP
17
SK SERI PUTERI, BATU PAHATJOHOR DARUL TAKZIM
TEMPAT : PADANG SK SERI PUTERI, BATU PAHAT. TARIKH : 15-17 JUN 2012ANJURAN : UNIT UNIFORM, PERSATUAN PENGAKAP SK SERI PUTERI
1.0 PENDAHULUAN
Perkhemahan pengakap ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, SK Seri Puteri, Batu Pahat. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli persatuan pengakap SK Seri Puteri , Batu Pahat. Ia akan diadakan di Padang SK Seri Puteri pada 15 hingga 17 Jun 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.
2.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
27 FEBRUARI 200
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.
18
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 15, 16 dan 17 Jun 2012 iaitu pada hari Jumaat sehingga hari Ahad.
4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. 4.4 Tentatif program
adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 PERASMIAN
Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh Guru Besar, Hjh Rubiah bt Melan daj Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Bersepadu akan berlangsung di perkarangan dewan terbuka SK Seri Puteri. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana Pn Hjh Rubiah bt Melan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.
6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
6.1 Jumlah peserta : 100 orang ( pelajar Tahap 2 – 20orang setiap unit ) (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)
6.2 Pengurusana: Melibatkan semua guru.
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn Hjh Rubiah bt Melan (Guru Besar) Naib Pengerusi : En Rahim bin Othman (GPK KK)Ketua Perkhemahan : En. Azizan bin Musa (Pengakap)Setiausaha : Pn Maizatul Hartini bt Khalil (TKRS)Bendahari : Pn Hjh Latifah bt Kiat (Puteri Islam)Kem Komandan : En Mansor bin Hj Mohd Said (BSMM)
AHLI JAWATANKUASA
BIL BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA1. Pendaftaran Pn. Aleina Mohd Salleh2 Penempatan
perkhemahanPn. Rosma Jamil Pn. Maizatul Hartini KhalilPn. Salwiah Jaafar
3 Keselamatan dan disiplin
Pn. Rifah AbdullahEn. Mansor Mohd Said
19
4 Makanan Pn. Sabariah A. RahmanPn. Latifah KiatPn. Rahamah RaniPn. Rohani Shamsi
5 Kebersihan Pn. Rafidah Abdul RahmanPn. Noraini Malek
6 Sijil Pn. Norhayati Yusoff
7 Buku program En. Rahim Othman8 Aktiviti En. Abdul Rashid Abdul Hamid
En. Azizan Musa Pn. Rohayu Mohamad
8.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:
BIL PERKARA JUMLAH1 Makan 80 orang X RM 2.20 X 3 kali
Minum pagi 80 orang X RM 1.00 X 2Minum malam 80 orang X RM 1.00 X 2
RM 528.00 RM 160.00RM 160.00
2 Keperluan lain Shelltox (2tin) Plastik sampah Ubat (panadol, balut luka, minyak angin) Belerang/garam Kayu arang
RM 13.80RM 5.90RM 16.70RM 6.00RM 9.60
JUMLAH RM 900.00
9.0 PUNCA KEWANGAN9.1 Sumber Kewangan Kerajaan ( Wang Kokurikulum) = RM 900.00
9.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan / puan untuk menjayakan perkhemahan bersepadu ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
20
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………
PELAKSANAAN AKTIVITI
TENTATIF PROGRAM
Jumaat : 15 JUN 2012
Masa Aktiviti
3.00 petang Pendaftaran : ahli-ahli pengakap mendaftarkan diri.
3.30 petang Aktiviti 1: mendirikan dan menghias khemah
6.00 petang Pengurusan diri: solat dan bacaan yasin
9.00 malam Aktiviti 2: Cipta logo kumpulan
11.00 malam Tidur
Sabtu : 16 JUN 2012
Masa Aktiviti
5.45 pagi Solat subuh/ tazkirah
6.15 pagi Kecergasan/ riadah/ sarapan
9.00 pagi Aktiviti 3: Ceramah Motivasi
12.30 t/hari Pengurusan diri
2.00 petang Aktiviti 4: Ikatan/ simpulan
4.00 petang Aktiviti 5: Pertandingan Memasak
5.30 petang Riadah/ pengurusan diri/ solat/bacaan Yassin
9.00 malam Aktiviti 6: Malam Kebudayaan
21
11.00 malam Tidur
Ahad : 17 JUN 2012
Masa Aktiviti
5.45 pagi Solat subuh/tazkirah
6.15 pagi Kecergasan/ riadah/sarapan
8.00 pagi Aktiviti 7: Harta Karun
10.00 pagi Membuka khemah/ mengemas/ makan
11.30 pagi Majlis penutupan
12.00 tgh Bersurai
LAPORAN AKTIVITI
Setelah sesuatu aktiviti selesai dijalankan maka laporan aktiviti hendaklah disediakan oleh
setiausaha. Tujuan laporan ini adalah untuk membantu mencari kekuatan dan kelemahan sesuatu
aktiviti tersebut. Hasilnya satu penambahbaikan akan terbentuk . Selain itu juga laporan aktiviti
menjadi penanda aras kejayaan dan penunjuk prestasi AJK Pengakap pada tahun itu.
PengakapSK Seri Puteri
AKTIVITI Perkhemahan PengakapOBJEKTIF Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan.
Menyemai dan memupuk nilai murni.Meningkatkan disiplin murid.
TARIKH 15-17 Jun 2012HARI Jumaat-AhadKEHADIRAN 30/30PEMIMPIN En. Mansor mohd Said
22
En. Abdul Rashid Abdul Hamid
KOS RM900.00PEMANTAUAN Dilakukan oleh Guru Besar dan semua Penolong KananPENILAIAN Aktiviti berjalan dengan lancerKEKUATAN Penyertaan murid memuaskan dan murid seronok melakukan
aktivitiKELEMAHAN Kekangan masaPENAMBAHBAIKAN Murid perlu diberi pendedahan awal tujuan sebenar perkhemahanDISEDIAKAN OLEH
Hanah Sofia Mansor
DISAHKAN OLEH
En. Mansor Mohd Said
C. PERINGKAT SELEPAS
PELAPORAN AKTIVITI
Latar Belakang Aktiviti
Aktiviti kokurikulum bermaksud apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
menambahkan, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dipelajari di bilik darjah. Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1977 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No. 41)
Perundangan P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.Berunsurkan kejurulatihan, aktiviti
perkhemahan yang dijalankan oleh unit beruniform pengakap di Sekolah Seri Puteri
dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat dan tujuan yang tertentu.
Perkhemahan yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini disertai oleh 30 orang ahli
pengakap. Seandainya aktiviti perkhemahan ini dilaksanakan dengan sempurna pasti
membuahkan hasil yang berguna untuk murid-murid sekolah ini. Bagi guru-guru ativiti ini amat
penting untuk memupuk dan menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan murid,
meningkatkan disiplin, memupuk dsn memperukuhkan semangat muhibah dan perpaduan,
menyemai dan memupuk nilai murni dan supa murid menjadi individu yang bijak menggunakan
masa lapang.
LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
23
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PUTERI BATU PAHAT
PADA 15 HINGGA17 JUN 2012
Pendahuluan
Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Seri Puteri telah menganjurkan pekhemahan
pengakap pada 15 hingga17 Jun 2012.Perkhemahan ini diterajui oleh En. Mansor bin Mohd Said
sebagai guru penyelaras pengakap dan En. Rahim bin Othman sebagai Penolong Kanan
kokurikulum. Perkhemahan ini bertujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan murid
yang seimbang dari segi sahsiah dan JERIS.
Rasional
Perkhemhan ini mendedahkan para peserta kepada cabaran fizikal dan mental yang
secara langsung akan memantapkan lagi semangat juang dan keyakinan serta jati diri peserta. Di
samping memberi kesempatan kepada peserta menzahirkan daya inovasi dan kreativiti
mereka.Perkhemahan ini juga dapat mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor
peserta.
Objektif Aktiviti Perkhemahan
Di antara objektif perkhemahan yang dilaksanakan ialah:
i. Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman perkhemahan dan menyertai
program kepimpinan.
ii. Membentuk murid yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan dalam setiap
situasi.
iii. Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai
alam sekitar.
iv. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
v. Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas
semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
24
vi. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan
diri sendiri.
vii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
Pelaksanaan
Perkhemahan ini dimulakan dengan pendaftaran pada hari Jumaat jam 3.00 petang.
Selepas pendaftaran para peserta diberikan taklimat tentang peraturan perkhemahan di dewan
terbuka SKSP. Taklimat disampaikan oleh kem komandan En. Azizan bin Musa. Selesai taklimat
dan pembahagian kumpulan peserta diminta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-
masing.
Selepas solat Asar secara berjemaah dan makan malam, aktiviti pertama yang dilakukan
ialah mencipta logo kumpulan.Peserta telah dibantu oleh guru bertugas dalam menjayakan
aktiviti. Jam 11.00 para peserta diminta supaya berehat dan tidur dan bersedia untu aktiviti pada
esok hari.
Pada hari kedua aktiviti dimulakan dengan solat subuh dijalankan dengan tazkirah
ringkas.Seterusnya aktiviti senamrobik dijalankan supaya peserta sentiasa berasa cergas dan
cerdas. Slot seterusnya adalah motivasi, ikatan dan simpulan, pertandingan memasak dan malam
kebudayaan. Aktiviti malam kebudayaan telah mencuit hati para penonton dengan aktiviti yang
dipersembahkan oleh setiap kumpulan.
Pada hari terakhir perkhemahan, peserta menunaikan solat subuh bejemaah. Selepas
selesai sarapan pagi semua peserta dikehendaki menjalani gotong royong membersihkan
kawasan perkhemahan dan mengemas semula khemah-khemah yang telah digunakan. Majlis
penutupan rasmi diakhiri dengan ucapan guru besar dan penyampaian sijil. Majlis bersurai kira-
kira jam 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
Perbincangan Pelaksanaan Aktiviti
25
Untuk melaksanakan perkhemahan pengakap ini berjalan dengan licin dan sempurna
serta mencapai tujuan yang diharapkan , Penolong Kanan kokurikulum bersama guru besar dan
penolong kanan yang lain serta guru-guru telah dipanggil untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat
tersebut pihak pendadbir dan guru-guru telah membincangkan tentang keperluan diadakan
perkhemahan serta memilih aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Kami juga berbincang tentang
anggaran belanjawan agar tidak berlaku sebarang pembaziran dari segi tenaga dan wang ringgit.
Kami juga telah berbincang tentang siapakah murid-murid yang terlibat serta guru-guru yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan apa yang dirancang. Selain itu kami juga meminta
kerjasama dari pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk menghulurkan sumbangan dalam
bentuk tenaga dan wang ringgit.Ahli jawatankuasa kerja perkhemahan juga telah dibentuk bagi
membincangkan dengan teliti tentang tugasan yang perlu dilakukan. Pembahagian tugas telah
diberikan kepada guru-guru mengikut kepakaran dan kemahiran guru.Taklimat ringkas juga telah
disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum kepada guru-guru pada hari perkhemahan
bermula. Ini supaya aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna.Murid-murid juga diberikan
taklimat ringkas tentang tujuan, matlamat dan peranan ahli tentang tugasan yang diberi
sepanjang perkhemahan diadakan.
Hasilan Aktiviti
Program perkhemahan pengakap selama tiga hari dua malam yang telah dijalankan di
sekolah saya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid.- murid. Ibu bapa
juga telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan barang-barang
makanan. Segala aktiviti yang dirancang oleh jawatankkuasa dapat dilaksanakan dengan
sempurna mengikut seperti apa yang dirancang dan dijadualkan. Sebelum aktiviti dimulakan,
peserta diminta untuk mendaftar diri. Ini bertujuan untuk memastikan jumlah sebenar murid
yang menyertai perkhemahan ia dibuat bagi mengelakkan berlakunya sebarang keciciran peserta.
Apa yang dapat saya lihat murid-murid dapat bekerjasama dengan baik semasa melaksanakan
tugasan walaupun mereka dari tahun yang berlainan. Ini menunjukkan mereka mudah
menyesuaikan diri dan boleh berkomunikasi dengan baik. Di dalam sesi pembentangan, dapat
dilihat murid berani ke depan mengutarakan pendapat mereka dan mempunyai keyakinan untuk
berhujah.
Refleksi
26
Aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh Unit Beruniform Pengakap ini telah
mendapat sambutan yang amat baik sekali terutamanya dari warga Sk. Seri Puteri dan juga pihak
ibu bapa murid yang tanpa jemu sentiasa mengikuti program yang dirancang serta tidak lokek
menyumbangkan tenaga mahupun wang ringgit. Disepanjang perkhemahan ini dapat saya lihat
murid-murid sungguh bersemangat melakukan aktiviti yang telah diaturkan. Murid sentiasa
memberikan kerjasama dan sentiasa mematuhi peraturan perkhemahan. Murid juga mempunyai
keyakinan dalam melahirkan idea dan berkeyakinan yang tinggi. Perasaan malu di kalangan
murid sedikit sebanyak dapat dihakis.
Namun begitu disebalik kejayaan program perkhemahan ini terdapat juga beberapa
kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Antara kelemahan yang dapat dilihat
ialah factor masa. Masa yang diperuntuk dalam setiap progam sangat padat sehingga murid-
murid terpaksa berebut-rebut untuk menyiapkan diri mereka. Tapak perkhemahan juga agak
sempit dan terlalu panas pada waktu siang. Semoga pada perkhemahan yang lain nanti pihak
penganjur boleh mengadakan perkhemahn di luar kawasan sekolah seperti di tapak perkhemahn
Kem Pengkalan.
KESIMPULAN
Bagi mencapai Falsafah pendidikan Negara, kokurukulum dapat menyeimbangkan emosi,
rohani dan jasmani murid sekolah. Selain itu dapat meningkatkan disiplin, minat serta bakat
murid. Menyemai rasa yakin terhadap agama dan mengukuhkan pergaulan di dalam dan luar
sekolah. Peri pentingnya kokurikulum dalam pembangunan diri individu dan melahirkan
individu yang seimbang turut disokong oleh Teng, Bon Tong (1984) dan Vasudevan T. Arosoo
(1988) yang menyatakan antara keunikan kokurikulum ialah di dalamnya terkandung
pembangunan psikomotor (fizikal), kognitif (intelek) dan afektif (emosi dan rohani). Yusoff
Ismail (1993) pula menyatakan pelajaran dalam bilik darjah ialah asas pengetahuan tetapi
perkembangan potensi diri individu adalah menerusi kokurikulum.
27
28