Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
FAEDAH SOSIO EKONOMI: KAWASAN KORIDOR
EKOLOGI CENTRAL FOREST SPINE (CFS),
GERIK, PERAK
Oleh :
Siti Raihana binti Ramli
17th MALAYSIAN FORESTRY CONFERENCE 11-12 November 2014
Magellan Sutera Harbour Resort
Kota Kinabalu, Sabah
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
ISI KANDUNGAN PEMBENTANGAN
1. PENGENALAN
2. TINJAUAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT
3. FAEDAH-FAEDAH SOSIO EKONOMI
4. CADANGAN PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI MASA HADAPAN
5. RUMUSAN
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
1. PENGENALAN
• Fragmentasi kawasan hutan merupakan ancaman kepada aktiviti perlindungan
dan pemuliharaan biodiversiti hutan.
• Dalam hal ini, Rancangan Fizikal Negara (RFN) mencadangkan penubuhan
Central Forest Spine (CFS) bagi membentuk tulang belakang jaringan Kawasan
Sensitif Alam Sekitar (KSAS).
• Kawasan CFS diwujudkan bertujuan mengekalkan kawasan berhutan untuk
pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti hutan menerusi penyambungan 4
kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia.
• Susulan daripada itu, Pelan Induk Koridor Ekologi CFS telah dipersetujui oleh
Jemaah Menteri yang mana melibatkan pengwujudan 37 koridor ekologi di
Semenanjung Malaysia.
• Sebagai permulaan, kawasan koridor ekologi telah dikenalpasti iaitu di Gerik,
Perak yang melibatkan Hutan Simpan Belum, Hutan Simpan Royal Belum dan
Hutan Simpan Temenggor di Koridor Ekologi Utama 2 (Primary Linkages 2 (PL2)).
KORIDOR EKOLOGI UTAMA 2 (PL2)
KORIDOR UTAMA EKOLOGI (Primary Linkages 2)
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
• Pemilihan Gerik adalah kerana:
• Kawasan Belum-Temenggor merupakan antara kawasan yang mempunyai
populasi gajah, harimau belang dan seladang yang tertinggi di
Semenanjung Malaysia;
• Wujudnya konflik manusia dan hidupan liar yang tinggi termasuklah aduan
gajah melintas dan membahayakan pengguna jalan raya; dan
• Kawasan ini juga menyumbang kepada pemeliharaan biodiversiti merentasi
sempadan (transboundary biodiversity conservation) di antara Malaysia dan
Thailand.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
• Jangkaan faedah bagi pelaksanaan projek koridor ekologi CFS adalah seperti
berikut:
i. Pengekalan kawasan berhutan serta menjamin hasil dan
perkhidmatan hutan yang berterusan terutama kepada generasi
akan datang ;
ii. Membasmi kemiskinan dan menjamin pendapatan tetap
terutama kepada penduduk setempat;
iii. Memberi jaminan sosial dan persekitaran bagi generasi akan
datang melalui pengekalan kestabilan alam sekitar, ekologi dan
kepelbagaian biologi; dan
iv. Mencegah kejadian konflik manusia-haiwan liar yang
mengakibatkan kerugian dalam bentuk kemusnahan ternakan dan
hasil pertanian, kerosakan harta benda dan serangan kepada
manusia.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
• Satu tinjauan telah dijalankan pada tahun 2012 dan 2013 yang meliputi kawasan
projek koridor ekologi CFS (PL2:CFS1) dalam jejari 50km yang berpusat di
kilometer 157 Lebuhraya Timur-Barat di mana viaduct akan dibangunkan. Tinjauan
ini melibatkan Fasa I dan Fasa II dan dijalankan sebelum pembinaan viaduct
dilaksanakan.
• Objektif tinjauan dijalankan adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti peluang-peluang ekonomi dan pekerjaan yang boleh diceburi
oleh penduduk setempat Pada masa yang sama ianya dapat membantu dalam
menjayakan Projek Koridor Ekologi CFS seperti perhutantani dan sebagainya;
ii. Mengenalpasti kesan sosio ekonomi masyarakat setempat akibat penubuhan
Koridor Ekologi CFS dari segi peningkatan dalam pendapatan isirumah; dan
iii. Mengenalpasti industri ekopelancongan yang boleh dimajukan dalam
kawasan Projek Koridor Ekologi CFS bagi meningkatkan pendapatan
kerajaan negeri.
2. TINJAUAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
•Tinjauan ini adalah berbentuk soal selidik yang dijalankan ke atas 592 ketua
isirumah dari 54 buah kampung iaitu 19 kampung tradisi, 2 kampung pinggir
Orang Asli dan 33 buah perkampungan Orang Asli.
•Jumlah keseluruhan penduduk bagi kawasan ini adalah berjumlah 101,646 orang
(2010) dan dianggarkan meningkat kepada 118,794 orang menjelang tahun 2020.
•Ketua isirumah yang dipilih adalah dari 3 kategori kampung iaitu kampung
tradisi, kampung pinggir Orang Asli dan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
Orang Asli iaitu RPS Banun, RPS Dala dan RPS Kemar.
LOKASI TINJAUAN
Kampung Tradisi dan RPS Kemar
317 Responden
(19 kampung)
93 Responden
(10 kampung)
RPS Dala dan RPS Banun
52 Responden
(8 kampung)
116 Responden
(15 kampung)
PENEMUAN TINJAUAN
• Profil Ketua Isirumah
• Tahap Pendidikan
• Status Gunatenaga
• Pekerjaan Utama
• Pendapatan Purata
• Pendapatan Perkapita
• Tahap Pendapatan Sebulan
• Kadar Kemiskinan dan Miskin Tegar
• Kadar Kemiskinan Mengikut Kampung
• Tahap Kesihatan
• Perbelanjaan Sebulan
• Kemudahan Asas
• Ancaman Binatang (Gajah, Monyet,
Harimau Bintang, Harimau Malaya, Babi
Hutan, Seladang dan Beruang)
• Waktu dan Bentuk Ancaman Binatang
• Tindakan terhadap Ancaman Gajah
• Bentuk Ancaman dan Nilai Kerosakan
• Kampung yang dicerobohi Pemburu
Haram dan tindakan yang diambil
• Kampung dan Ancaman Pembalak
• Pengetahuan mengenai CFS
• Persepsi Penduduk terhadap Projek CFS
• Jangkaan Kesan Projek Mengenai CFS
• Kesediaan Responden Menjadi
Sukarelawan Sahabat Koridor CFS
• Kesediaan Responden Membuat Laporan
• Syarat Bayaran Saguhati sebagai
Sukarelawan Sahabat Koridor CFS
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
3. FAEDAH-FAEDAH SOSIO EKONOMI
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
4. CADANGAN PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI
MASA HADAPAN
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
5. RUMUSAN
• Pelaksanaan projek koridor ekologi CFS merupakan satu langkah
jangka panjang bukan sahaja bertujuan untuk memelihara dan
memulihara kawasan berhutan serta menjaga kepentingan
biodiversiti flora dan fauna malah dapat memberi prospek masa
hadapan yang baik kepada masyarakat setempat.
• Dengan melihat unjuran penduduk negeri Perak bagi jangka masa
2000-2020, jumlah penduduk di kawasan ini dijangka meningkat
kepada 118,794 orang pada tahun 2020 menunjukkan bahawa
pembangunan projek ini berpotensi untuk membangunkan
kawasan Gerik, Perak dengan menawarkan faedah-faedah sosio
ekonomi yang memberansangkan kepada Kerajaan Negeri
umumnya dan masyarakat setempat khususnya
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
SEKIAN, TERIMA KASIH
www.forestry.gov.my