FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN KEJAYAAN
USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA BUMIPUTERA DI
SABAK BERNAM SELANGOR
MOHD NOR HIDAYAD BIN HAMBALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya MOHD NOR HIDAYAD HAMBALI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja
Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: 13 MEI 2011 Tarikh: 13 MEI 2011
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN
KEJAYAAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
BUMIPUTERA DI SABAK BERNAM SELANGOR
(HURUF BESAR)
PUAN NORNAZIRA BINTI
SUHAIROM NO.24, JLN BESAR, SIMPANG
3 LOJI, SG LIMAU, 45300 SG
BESAR, SELANGOR.
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penyelia : PUAN NORNAZIRA BINTI SUHAIROM
Tarikh : 13 MEI 2011
i
FAKTOR BANTUAN KERAJAAN YANG MENINGKATKAN KEJAYAAN
USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA BUMIPUTERA
DI SABAK BERNAM SELANGOR
MOHD NOR HIDAYAD HAMBALI
Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………….
Nama Penulis : MOHD NOR HIDAYAD HAMBALI
Tarikh : 13 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat
Arwahyarham dan bonda.......
Hambali Bin Samsuri
Zaleha Binti Abdullah Salib
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap
detik perjalanan hidup anakandamu ini.
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan dalam membesarkanku
tidak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata
Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan
masih tidak terbalas jasa-jasamu itu
hanya Allah yang dapat membalasnya
Buat seluruh ahli keluargaku......
Nasihat dan sokongan yang kalian berikan telah menjadi
suntikan semangat bagi diriku hingga berjaya sampai ke tahap ini
hanya ucapan terima kasih daku ucapkan
Guru-guru dan pensyarah-pensyarah.....
Segala jasa baktimu tetapku kenang
Segala ilmu yang dikau curahkan akan ku manfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk agama, bangsa dan negara
Khas buatmu teman....
Sepanjang tempoh perkenalan ini
banyak kisah suka duka, pahit manis kita harungi bersama
Segalanya akan tersemat dalam ingatanku buat selamanya
Setiap pertolongan yang kalian hulurkan hanya ucapan terima kasih
mampu ku ungkapkan
Pada kesempatan ini, Sekiranya ada sebarang kekhilafan pernah ku lakukan
seribu kemaafan ku pohon darimu sekalian..........wassalam
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam
ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah
mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Puan NorNazira
Suhairom selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak memberi
tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta
kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima
kasih kepada pelajar-pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan, Jabatan Teknik Dan
Kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru yang sudi memberi
kerjasama yang sangat memberangsangkan.
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang
telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti bantuan-bantuan yang
disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan kejayaan kepada usahawan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera. Kajian ini dijalankan di
Daerah Sabak Bernam Selangor. Terdapat lima objektif utama untuk kajian
ini iaitu mengenalpasti faktor bantuan kewangan, mengenalpasti faktor
bantuan latihan, mengenalpasti faktor bantuan perkhidmatan nasihat,
mengenalpasti faktor bantuan pemasaran serta mengenalpasti faktor bantuan
sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Kajian yang dilakukan
adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan iaitu
menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah
diuji dengan Alpha Cronbach dan keseluruhan soal selidik ini memperolehi
dalam lingkungan nilai 0.8 keatas, manakala kesahan item-item diperolehi
menerusi perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social
Science (SPSS) For Windows Version 15.0. Hasil dapatan kajian mendapati
ke semua faktor bantuan-bantuan kerajaan iaitu faktor bantuan kewangan dan
kredit, faktor bantuan latihan dan pembangunan, faktor bantuan perkhidmatan
nasihat dan perundingan, faktor bantuan pemasaran dan peluang perniagaan
dan faktor bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan,
dapat membantu meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera dalam
menceburi bidang keusahawanan
vi
ABSTARCT
This study aimed to identify support provided by government in enhancing
the success of Bumiputera entrepreneurs of small and medium enterprises
(SMEs) in Sabak Bernam. The objective of this study were to identify the
factors of financial, training support, advice support, marketing support, as
well as infrastructure support from the government. Reliability of this
questionnaire was tested with Alpha Cronbach with the range value of 0.8
and above, while the validity of the items obtained through discussion with
experts. The data were analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) for Windows Version 15.0. Result showed that all supports from the
government such as financial and credit, trainings and development, advice
and consulting services, marketing and business opportunities support, as
well as infrastructure, enhance the success of Bumiputera entrepreneurs of
SME in entrepreneurship.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
MUKA DEPAN
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN v
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 8
1.3 Objektif Kajian 8
1.4 Persoalan Kajian 9
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.5.1 Usahawan 10
1.5.2 Kerajaan 11
viii
1.5.3 Masyarakat 11
1.6 Batasan Kajian 12
1.7 Definisi 13
1.7.1 Keusahawanan 13
1.7.2 Usahawan 13
1.7.3 Kejayaan Usahawan 13
1.7.4 Bantuan Perniagaan 14
1.7.5 Bumiputera 14
1.76 Kewangan 14
1.7.7 Latihan 14
1.7.8 Pemasaran 15
1.7.9 Sokongan Infrastruktur 15
1.8 Kesimpulan 15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 16
2.1 Usahawan 16
2.2 Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) 18
2.3 Model Pembangunan Usahawan di Malaysia 20
2.4 Kriteria-Kriteria Usahawan Berjaya 21
2.5 Insentif Kerajaan Kepada IKS 23
2.6 Bantuan Kewangan 25
2.7 Bantuan Latihan 27
2.8 Bantuan Khidmat Nasihat 27
2.9 Bantuan Pemasaran 28
2.10 Bantuan Sokongan Infrastruktur 30
2.11 Kajian Lepas 30
2.12 Kesimpulan 32
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.0 Pengenalan 33
3.1 Reka Bentuk Kajian 33
3.2 Lokasi Kajian 33
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.3.1 Populasi 34
3.3.2 Sampel 35
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 36
3.5 Instrumen Kajian 36
3.5.1 Bahagian A 37
3.5.2 Bahagian B 37
3.6 Prosedur Kajian 40
3.7 Kajian Rintis 41
3.7.1 Kesahan Instrumen Kajian 41
3.7.2 Kebolehpercayaan Instrumen 42
Kajian
3.8 Analisis Data 43
3.9 Kesimpulan 44
BAB 4 ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 46
4.1 Analisis data Bahagian A 46
4.1.1 Jantina 47
4.1.2 Umur 47
4.1.3 Status Perkahwinan 48
4.1.4 Kelulusan Akademik 48
4.1.5 Taburan responden mengikut pengalaman 49
dalam bidang keusahawanan
x
4.2 Analisis Bahagian B 49
4.2.1 Adakah bantuan kewangan yang 50
disediakan kerajaan meningkatkan
kejayaan usahawan IKS Bumiputera di
Sabak Bernam ?
4.2.2 Adakah bantuan latihan yang disediakan 52
kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan
IKS Bumiputera di Sabak Bernam?
4.2.3 Adakah bantuan perkhidmatan nasihat 54
yang disediakan kerajaan meningkatkan
kejayaan usahawan IKS Bumiputera
di Sabak Bernam?
4.2.4 Adakah bantuan pemasaran yang 55
disediakan kerajaan meningkatkan
kejayaan usahawan IKS Bumiputera
di Sabak Bernam?
4.2.5 Adakah faktor bantuan sokongan 57
infrastruktur yang disediakan kerajaan
meningkatkan kejayaan usahwan IKS
Bumiputera di Sabak Bernam?
4.3 Kesimpulan 59
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 60
5.1 Rumusan 60
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Latar Belakang Responden 61
5.2.2 Bantuan kewangan yang disediakan 63
kerajaan menin gkatkan kejayaan
usahawan IKS Bumiputera di
Sabak Bernam.
5.2.3 Bantuan latihan yang disediakan 64
kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan
IKS Bumiputera di Sabak Bernam.
xi
5.2.4 Bantuan khidmat nasihat yang disediakan 66
kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan
IKS Bumiputera di Sabak Bernam.
5.2.5 Bantuan pemasaran yang disediakan 67
kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan
IKS Bumiputera di Sabak Bernam.
5.2.6 Bantuan sokongan infrastruktur yang 69
disediakan kerajaan meningkatkan kejayaan
usahawan IKS Bumiputera di Sabak Bernam.
5.3 Cadangan 69
5.3.1 Usahawan 70
5.3.2 Kerajaan 71
5.5 Cadangan kajian lanjutan 72
5.6 Kesimpulan 72
RUJUKAN 74
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Jenis Pembiayaan Melalui Dana Kerajaan 6
2.1 Perkembangan Definisi Usahawan 17
3.1 Taburan Populasi Responden Mengikut Kawasan Mukim 34
3.2 Taburan Responden Mengikut Kawasan Mukim 35
3.3 Pengkelasan Skala Likert 38
3.4 Jadual Pembolehubah 39
3.5 Nilai Kebolehpercayaan 43
3.6 Klasifikasi Terhadap Item 44
3.7 Analisis Skor Min 44
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.3 Taburan Responden Status Perkahwinan 48
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 48
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman dalam 49
bidang Keusahawanan.
4.6 Persoalan Kajian 50
4.7 Bantuan kewangan 50
4.8 Bantuan latihan 52
xiii
4.9 Bantuan khidmat nasihat 54
4.10 Bantuan pemasaran dan 56
4.11 Bantuan sokongan infrastruktur 57
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
HALAMAN
2.1 Model Pembangunan Usahawan Di 20
Malaysia
3.1 Prosedur Kajian 40
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik 78
Lampiran B Surat pengesahan Pensyarah 86
Lampiran C Jadual Krejcie dan Morgan 87
Lampiran D Surat Pengesahan Pelajar 88
Lampiran E Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat 89
xv
SENARAI SINGKATAN
IKS Industri Kecil Dan Sederhana
UTM Universiti teknologi Malaysia
SPH Sarjana pendidikan kemahiran Hidup
DEB Dasar Ekonomi Baru
MECD Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Bank SME Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
SPSS Statistical Package For The Social Science version 17.0
RMK Rancangan Malaysia Ke-
SIRIM Institut Standard dan Penyelidikan Malaysia
MARDI Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia
SMIDEC Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
MARA Majlis Amanah Rakyat
INSKEN Institut Keusahawanan Negara
KPA Kementrian Perusahaan Awam
MPPB Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian bumiputera
CGC Perbadanan Jaminan Kredit
YTN Yayasan TEKUN Nasional
BPIMB Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
PKEN Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
PPK Pusat Pembangunan Kemahiran
MPPB Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
xvi
YPU Yayasan Pembangunan Usahawan
FTZ Zon Perdagangan Bebas
TEKUN Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan negara demokrasi yang memberi kebebasan kepada
pelbagai kaum untuk turut serta dalam perkembangan negara sama ada dari segi
sosial ekonomi ataupun politik. Dengan perkembangan ekonomi pesat yang sedang
dialami oleh Malaysia kini, ramai masyarakat di negara ini tidak jemu menceburi
bidang keusahawanan.
Usahawan adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sanggup
menghadapi risiko, kreatif, inovatif, pandai mencari peluang pasaran dan juga dapat
merancang serta mewujudkan pasaran bagi barangannya. Seseorang usahawan juga
boleh dianggap sebagai seorang peniaga, pengurus dan pemasar. Jika ingin menjadi
atau melahirkan seorang usahawan yang berjaya dalam abad ke-21, syarat-syarat
yang harus dipenuhi adalah seperti berikut :
1) Inovatif
2) Mencipta pasaran untuk masa depan
3) Mementingkan persekitaran atau suasana persaingan
4) Maklumbalas yang cepat terhadap perubahan pasaran
5) Mencipta faktor-faktor kejayaan dari semasa ke semasa
6) Dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran
7) Dapat berkongsi maklumat dengan pihak-pihak yang lain
8) Memberikan tanggungjawab dan tugas kepada setiap pekerjannya
9) Bersikap positif dan aktif serta bersemangat menghadapi cabaran
10) Bekerjasama dengan pihak-pihak yang lain untuk kebaikan bersama
2
Selepas era kemerdekaan yang dicapai oleh negara pada tahun 1957,
perubahan sistem pendidikan negara telah banyak mengubah corak persepsi dan
pemikiran masyarakat Malaysia. Penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi
Baru pada tahun 1970 teleh memulakan era bidang keusahawanan di Malaysia. Ini
adalah cetusan idea daripada Tun Abd. Razak Hussein, Perdana Menteri Malaysia
yang Kedua. Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan 40 tahun yang lalu,
ramai bumiputera khususnya orang Melayu cuba untuk menceburi bidang
keusahawanan. Melalui DEB, lahirlah golongan usahawan bumiputera yang boleh
dikatakan hebat dan berjaya.
Pada zaman ini, semakin ramai orang muda yang bercita-cita untuk
menceburi bidang keusahawanan. Pembentukan usahawan melalui proses-proses
yang sistematik dan terancang membuktikan kejayaan program-program
pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program bantuan yang
disediakan oleh kerajaan adalah bantuan kewangan dan kredit, bantuan teknikal dan
latihan, perkhidmatan pengembangan dan nasihat, pemasaran dan penyelidikan
pemasaran dan sokongan infrastruktur (Malaysia, 2006). Sementara itu,
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) melancarkan program
Gerak Usahawan 2005 sebagai usaha meningkatkan kesedaran mengenai
keusahawanan secara besar-besaran kepada masyarakat yang berminat dengan
perniagaan. Mengikut laporan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), bilangan individu yang menceburi
bidang keusahawanan semakin meningkat. Sepanjang tempoh tahun 1995 hingga
tahun 2000 bilangan usahawan meningkat pada kadar meningkat iaitu sekitar 75.79
peratus. Peningkatan ini disebabkan pelbagai faktor dan yang utamanya ialah
kewujudan pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan
melalui MECD. Jenis-jenis usahawan yang telah dibangunkan ialah usahawan tulen,
vendor, pemasaran perabot, mentor dan francais (Zafir dan Fazilah, 2003). Walaupun
kadar pembubaran dan penutupan perniagaan banyak berlaku dan ramai usahawan
terpaksa gulung tikar pada masa kegawatan ekonomi, tetapi masih ramai yang tidak
jemu-jemu untuk terus jatuh bangun dalam kerjaya ini disebabkan terdapat
pendorong yang menggerakkan dan mempengaruhi mereka utuk terus berjuang.
3
Kerajaan telah mewujudkan pelbagai dana untuk membantu usahawan baru
Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Kerajaan telah menubuhkan sebuah bank yang
ditugaskan untuk memberi bantuan kemudahan pinjaman kepada usahawan iaitu
Bank Pembangunan (sekarang dikenali Bank SME). Krisis kewangan yang telah
melanda negara pada tahun 1997, telah menyebabkan peranan bank lebih menjurus
kepada pembiayaan projek-projek infrastruktur bagi pemulihan ekonomi negara pada
masa itu. Ini menyebabkan bantuan infrastruktur kepada usahawan ditangguhkan.
Pinjaman yang diberi oleh Bank SME bukan tiada had tetapi ia adalah berdasarkan
kos dan daya maju projek serta keperluan syarikat yang terlibat dan kemampuan
syarikat untuk membuat bayaran balik. Bank SME lebih memberi bantuan pinjaman
terhadap projek yang besar dan sederhana sahaja. Projek mikro atau kecil tidak diberi
bantuan yang sepatutnya oleh Bank SME. Ini adalah kerana fungsi atau peranan
perusahaan kecil banyak membantu terhadap pertubumbuhan ekonomi contoh seperti
yang berlaku di negara-negara barat. Pada kebiasaannya imej syarikat kecil
dibayangkan berdasarkan kepada syarikat marginal (Hosmer Hosmer, L. T., Cooper,
A. C. dan Vesper, K. H,1993).
Sektor IKS telah menjadi salah satu faktor dan agenda di dalam perindustrian
negara seperti yang dicatatkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7).
Menurut Mohd Sani (2000), sektor IKS telah diberikan tumpuan khusus bagi
memastikan perkembangan ia sejajar dengan perkembangan ekonomi negara.
Kejayaan yang telah dicapai oleh sektor IKS setakat ini perlu dikekalkan dan
dipertingkatkan lagi memandangkan IKS juga merupakan tulang belakang kepada
sektor perindustrian negara.
Dasar Pembangunan Negara diberi penekanan terutama bidang
keusahawanan selepas tamatnya era DEB. Kerajaan perlu sentiasa memberi galakan
dan pengiktirafan terhadap pembangunan usahawan. Pada 8 Mei 1995, Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditubuhkan berperanan membantu
perkembangan usahawan bumiputera. Objektif utama penubuhan kementerian itu
adalah untuk menyediakan persekitaran dan mekanisma yang dapat membantu dan
menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju dan
boleh bersaing diperingkat tempatan dan antarabangsa.
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan negara yang sedang pesat
membangun. Perancangan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat juga
sedang pesat di jalankan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1971,
mengenalpasti faktor kekurangan sumber, kemahiran serta kurang pendedahan
menyebabkan kekurangan bilangan usahawan bumiputera berbanding kaum-kaum
minority yang lain (Malaysia, 2002a dan Norfadzillah, 1994).
Sehubungan dengan itu semenjak pengenalan DEB, Malaysia telah
merangka pelbagai tindakan dan melaksanakan pelbagai strategi bagi meningkatkan
bilangan usahawan bumiputera yang berjaya. Agensi-agensi seperti Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Institut Standard dan Penyelidikan
Malaysia (SIRIM), Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), Institut
Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Perbadanan
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) ditubuhkan bagi
melaksanakan pelbagai program termasuk program latihan untuk meningkatkan
bilangan usahawan bumiputera yang berjaya. Pelbagai dana kewangan yang khusus
bagi membantu usahawan bumiputera untuk memula atau mengembangkan
perniagaan mereka seperti Tabung Usahawan Baru, Tabung Industri Kecil dan
Sederhana; dan Modal Usaha Niaga juga diwujudkan (Moha Asri, 1997).
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar untuk membantu usahawan
bumiputera. Antara dasar-dasar yang diwujudkan adalah seperti Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Dasar yang dihasilkan adalah bertujuan membantu dan menggalakkan
usahawan bumiputera dalam menceburi bidang keusahawan. Antara bantuan yang
disediakan oleh kerajaan kepada usahawan adalah seperti bantuan pinjaman dan
kredit, bantuan latihan dan pembangunan, bantuan perkhidmatan nasihat dan
perundingan, bantuan pemasaran dan peluang perniagaan dan bantuan sokongan
infrastruktur (Malaysia, 2006).
5
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9), pelbagai program
keusahawanan bagi golongan belia telah dirancang. Program Pembangunan
Keusahawanan dilaksanakan bagi memupuk potensi keusahawanan di kalangan
belia, untuk membolehkan mereka menyertai perniagaan secara aktif serta
menggalakkan mereka bekerja sendiri. Bagi mencapai hasrat tersebut, Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah
menganjurkan latihan, seminar dan kursus jangka pendek serta menyediakan khidmat
nasihat kepada usahawan muda dan baru. Menerusi RMK 9, pembangunan modal
insan telah menjadi teras dalam mencapai Misi Nasional. Pembangunan Modal Insan
akan dilaksanakan secara holistik merangkumi perolehan pengetahuan dan
kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawanan dan pengetahuan
sains dan teknologi serta memiliki sikap, nilai dan etika positif dan progresif melalui
pendidikan, latihan dan pembangunan sepanjang hayat (Bab 11, Rancangan Malaysia
Kesembilan, 2006-2010). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, seramai
79,740 belia di peringkat negeri dan daerah mendapat manfaat daripada program
tersebut (Bab 14, Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010).
Pada 8 Mei 1995, Kerajaan telah mewujudkan satu agensi baru yang dikenali
sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Agensi ini
berperanan untuk membangunkan usahawan-usahawan dalam bidang keusahawan.
Dahulu MECD dikenali sebagai Kementrian Penyelarasan Perbadanan Awam
sebelum ditukar kepada Kementrian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976.
Penubuhan MECD bertujuan memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap
pembangunan usahawan Bumiputrera ke arah pewujudan Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian bumiputera (MPPB) (Malaysia, 2002b).
Sebanyak lapan agensi yang bernaung di bawah MECD. Antara agensi-
agensi ialah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Jaminan Kredit
(CGC), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), Uda Holding Berhad
(UHB), Perbadanan Nasional (PNS), Yayasan TEKUN Nasional (YTN), Bank
Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) dan Perbadanan
6
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Agensi-agensi ini ditubuhkan untuk mencapai
objektif utama MECD (Laporan Tahunan MECD, 2000).
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) termasuk dalam sektor perindustrian.
Menurut Moha Asri ( 1997 ), IKS merupakan organisasi yang diusahakan atau
diasaskan oleh keluarga atau perseorangan yang dibantu oleh pekerja pengeluaran
dan am. Ini menunjukkan IKS ialah satu pernigaan yang kecil. IKS boleh
dedifinasikan sebagai perniagaan yang boleh dihasilkan berasaskan kuantitatif.
Contohnya adalah seperti jualan, bilangan pekerja, stok, modal dan aset. Secara
amnya IKS melibatkan industri yang mempunyai bilangan pekerja antara 50 hingga
200 dan modal kurang daripada RM 2.5 juta.
Usahawan IKS bumiputera telah didedahkan dengan pelbagai bantuan
daripada kerajaan. IKS bumiputera digalakkan memberikan penekanan terhadap
beberapa aspek penting seperti inovasi, penjenamaan dan teknologi baru untuk
meningkatkan pengeluaran produk mereka sekaligus bagi mempersiapkan untuk
persaingan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Justeru, IKS negara khasnya
bumiputera tidak lagi boleh bergantung secara berterusan untuk menjadi pembekal
kepada syarikat-syarikat besar sebaliknya perlu mula berdiri dalam perniagaan.
Kerajaan melalui agensi-agensi telah mentadbir dan memberi pembiayaan
yang secukupnya untuk membantu usahawan IKS. Terdapat 81 skim atau dana
pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan. (Malaysia, Bank Negara [BNM], 2005a).
Pada dasarnya dana-dana ini disediakan dalam beberapa bentuk (jadual 1.10).
Jadual 1.1: Jenis Pembiayaan Melalui Dana Kerajaan
Bil
Jenis Bantuan
Bil Skim
Peruntukan
RM bilion
Permohonan
diluluskan
Dikeluarkan Baki
Terkumpul
Bilangan (RM Bilion)
1 Pinjaman* 49 8.5 855,193 58.0 55.7 4.7
2 Geran 20 2.1 37,670 2.0 1.7 -
3 Ekuiti 5 0.6 704 0.7 0.5 0.4
4 Modal Usaha 7 1.5 120 0.4 0.3 0.1
7
Niaga
Jumlah 81 12.7 893,687 61.1 58.2 5.2
Sumber : Malaysia, Bank Negara [BNM], 2005f
*termasuk skim untuk perusahaan mikro-skim kredit Bank Simpanan
Nasional &Bank Pertanian Malaysia, Yayasan Tekun Malaysia dan
Amanah Ikhtiar Malaysia.
Bagi memantapkan lagi usahawan IKS bumiputera, Kerajaan terus memberi
penekanan kepada latihan perindustrian bagi memenuhi permintaan yang semakin
meningkat terhadap tenaga kerja mahir. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Persekutuan
telah menyediakan peruntukan sebanyak RM87.4 juta kepada pusat pembangunan
kemahiran (PPK) negeri terutamanya untuk membeli peralatan latihan. PPK juga
mendapat bantuan dalam bentuk tanah dan bangunan serta belanja mengurus
daripada Kerajaan Negeri manakala sektor swasta pula menyediakan peralatan dan
kepakaran pengurusan dalam mengendalikan pusat tersebut. Dalam tempoh
Rancangan, sejumlah 72,187 orang telah dilatih. Daripada jumlah tersebut, 71
peratus adalah golongan pekerja manakala bakinya merupakan lepasan sekolah yang
diberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas bagi membolehkan mereka
bersedia untuk memasuki pasaran pekerjaan. (RMK 8, 2001-2005).
Dalam tempoh Rancangan, Kerajaan juga telah membantu usahawan IKS
Bumiputera selaras dengan objektif membangunkan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya maju dan berdaya tahan. Terdapat
peningkatan dalam penyertaan IKS Bumiputera dalam Program Pembangunan
Vendor dengan penglibatan sebanyak 256 vendor, 82 buah syarikat payung dan 18
buah institusi kewangan. Untuk meningkatkan keupayaan usahawan IKS Bumiputera
dalam menguruskan perniagaan, penekanan telah diberikan terhadap penyediaan
kemahiran keusahawanan. Bagi tujuan tersebut, berbagai jenis program latihan
keusahawanan telah disediakan dengan memberi manfaat kepada 58,888 usahawan
Bumiputera (Isi Kandungan RMK-8, 2001-2005).
Bagi memantapkan lagi pemasaran untuk usahawan IKS bumiputera,
kerajaan telah membentuk satu program bantuan kewangan utama iaitu Geran
8
Pembangunan Pasaran yang bertujuan untuk membantu syarikat menembusi pasaran
luar negeri. Skim ini ditadbir oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC). Syarikat boleh mendapatkan geran padanan sehingga
RM100,000 untuk menampung perbelanjaan yang ditanggung dalam aktiviti untuk
membawa barangan IKS ke luar negara. Ini termasuk penyertaan dalam misi
perdagangan, membuat persediaan bahan promosi dan memperbaiki pembungkusan
dan reka bentuk untuk pasaran luar negeri serta kos penubuhan pejabat jualan di luar
negara. Sejak dimulakan pada tahun 2002, skim ini telah memberi manfaat kepada
1,180 IKS, dengan peruntukan sebanyak RM26 juta. Pada tahun 2005, skim ini
menyaksikan jumlah kelulusan terbesar, iaitu sebanyak 814 IKS dengan dana
berjumlah RM4.8juta .
Kerajaan telah melantik beberapa agensi untuk memberikan bantuan teknikal
dan latihan kepada usahawan IKS antaranya ialah Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), SME Bank dan beberapa agensi kerajaan
lain. Majlis Amanah Rakyat menyediakan pelbagai program latihan untuk diberikan
kepada usahawan IKS ini. Antara program latihan yang disediakan untuk membantu
usahawan ialah Program Pewujudan, Program Peningkatan ,Program Sokongan dan
Program Sampingan. Setiap program-program latihan ini mempunyai modul-modul
yang tersendiri untuk memantapkan pengisian latihan kepada usahawan (Sumber dari
Majlis Amanah Rakyat (MARA)).
1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bantuan yang disediakan oleh kerajaan,
meningkatkan kejayaan usahawaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bumiputera.
Penyelidik telah memilih daerah Sabak Bernam di Selangor sebagai tempat kajian.
1.3 Objektif Kajian
9
Objektif kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti
faktor bantuan kerajaan yang meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di
Sabak Bernam, Selangor. Secara khususnya kajian bertujuan untuk :
1. Mengenalpasti bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan
meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.
2. Untuk mengenalpasti bantuan latihan yang disediakan oleh kerajaan
meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.
3. Untuk mengenalpasti bantuan khidmat nasihat yang disediakan oleh kerajaan
meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.
4. Untuk mengenalpasti bantuan pemasaran yang disediakan oleh kerajaan
meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam.
5. Untuk mengenalpasti faktor bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan
oleh kerajaan meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak
Bernam.
1.4 Persoalan Kajian
Beberapa persoalan kajian berkaitan dengan pernyataan masalah kajian
adalah seperti berikut:
1. Adakah bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan meningkatkan
kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?
2. Adakah bantuan latihan yang disediakan oleh kerajaan meningkatkan
kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?
10
3. Adakah bantuan khidmat nasihat yang disediakan oleh kerajaan
meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?
4. Adakah bantuan pemasaran yang disediakan oleh kerajaan meningkatkan
kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?
5. Adakah bantuan sokongan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan
meningkatkan kejayaan usahawan IKS bumiputera di Sabak Bernam?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui adakah bantuan yamg
disediakan oleh kerajaan mendorong kejayaan usahawan IKS bumiputera di daerah
Sabak Bernam, Selangor. Berikut merupakan kepentingan melakukan kajian ini:-
1.5.1 Usahawan
1. Memberi pengetahuan kepada usahawan baru dan lama
mengenai bantuan-bantuan yang disedikan oleh kerajaan.
2. Mengetahui impak daripada bantuan kerajaan terhadap
perniagaan mereka.
3. Memberi ruang untuk usahawan memperkembangkan
perniagaan sedia ada.
4. Melalui kajian ini juga ia memberi kesedaran kepada
usahawan kepentingan mereka dalam pembangunan ekonomi
negara, selaras demi merealisasikan wawasan 2020 dengan
memperkembangkan sektor ekonomi.
11
5. Melahirkan seorang usahawan yang berjaya demi
menyumbang kearah kemajuan pembangunan Negara.
1.5.2 Kerajaan
1. Menjadi bahan rujukan agensi-agensi kerajaan seperti
MEDEC, MARA dan sebagainya untuk terus membantu para
usahawan bumiputera memajukan perniagaan mereka.
2. Mengetahui apakah sebenarnya kemudahan dan bantuan yang
diperlukan oleh usahawan untuk perniagaan mereka (IKS).
3. Mengetahui bantuan lain yang boleh diberikan kepada
usahawan IKS selain bantuan sedia ada.
4. Melalui kajian ini juga kerajaan dapat menyusun strategi dan
dasar baru menjana ushawan bumiputera khusunya IKS yang
berdaya saing.
1.5.3 Masyarakat
1. Mendorong kaum bumiputera yang berimpian tinggi menjadi
seseorang usahawan yang sedia menghadapi segala cabaran,
rintangan dan halangan bagi mencapai cita-citanya.
2. Memberi pengetahuan kepada kaum bumiputera mengenai
peluang-peluang dan bantuan-bantuan yang disediakan oleh
kerjaan untuk membantu mereka meningkatkan ekonomi
kaum bumiputera.
12
3. Menjadi bahan rujukan kepada guru-guru Kemahiran Hidup
dan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan semasa
mengkaji tajuk yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
4. Menjadi panduan kepada golongan yang ingin menceburi
bidang keusahawanan.
5. Memupuk minat dan ciri-ciri keushawanan dalam jiwa
seseorang sebagai persediaan penglibatan bidang
keusahawanan.