FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PROFESION PERGURUAN BAGI GURU–
GURU PELATIH YANG SEDANG MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN
LEPASAN IJAZAH (KPLI) DI MAKTAB PERGURUAN TEKNIK CHERAS,
KUALA LUMPUR
MOHD NAZRUL HISHAM B MD NAWI
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat
saya menyempurnakan projek kajian ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih buat En. Kamalularifin B Subari selaku Pensyarah
Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,
buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya
menyempurnakan projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat
dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Akhir sekali tidak lupa kepada ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain
kerana tidak jemu-jemu memberi dorongan dan sokongan dalam segala bentuk dalam
menjayakan projek sarjana muda ini dan segaja jasa baik mereka serta semua yang
terlibat akan dikenang dan semoga Allah dapat membalas jasa baik mereka.
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk untuk mengetahui dan mengenalpasti faktor –
faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dikalangan guru – guru
pelatih yang sedang mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Teknik
Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 200 orang responden terlibat dalam kajian ini. Guru
–guru pelatih ini adalah terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di sektor
industri dan juga mereka tidak pernah terlibat dalam kerjaya profesion perguruan
sebelum memasukki maktab perguruan. Kajian ini menggunakan satu set borang soal
selidik untuk mendapatkan maklumbalas responden. Maklumat yang di perolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For Social Science”
(SPSS) versi 10.0 untuk mengetahui nilai frekuensi, peratus dan jumlah purata
keseluruhan. Hasil analisis menunjukkan faktor minat merupakan pendorong utama
pemilihan kerjaya dikalangan responden. Faktor seterusnya ialah pengaruh ibu bapa
yang memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan profesion perguruan
ini. Faktor keluarga dan rakan sebaya kurang mempengaruhi responden dalam
pemilihan kerjaya ini. Manakala faktor cuti, kesesuaian waktu kerja, beban kerja
yang banyak, serta tiada jaminan kerjaya di industri juga mempengaruhi pemilihan
profesion ini. Faktor gaji adalah faktor yang tidak mempengaruhi responden dalam
pemilihan profesion perguruan. Hasil keseluruhan kajian ini menunjukkan faktor
minat paling mempengaruhi responden dalam pemilihan profesion perguruan. Untuk
kajian lanjutan diharap pengkaji dapat membuat kajian mengenai adakah minat
sahaja sudah mencukupi bagi bakal-bakal guru ini memilih profesion perguruan
sebagai kerjaya dan adakah ianya akan menjadi kerjaya yang kekal bagi responden
v
ABSTRACT
These studies are made up to know or recognize about which factor that influence the
candidate or the respondents from Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur
for taking this educational profession for they career. There are 200 respondent that
involve in this studies, and have been working in industry sector and also never been
work in educational profession before. Questionnaire have been done for doing these
studies to know about the respondent opinion, where “Statistical Package for Social
Science” (SPSS) 10.0 version has been used to analyze and to know the level of
frequency, percentage and also the average total. From the analysis, it shows that the
interested in this field is the most popular factor that has been given by the
respondent about why they are choosing this profession. Parents support also another
factor that influence them for choosing this profession. These studies also mention
that family and friend influence is not the factor for them to get inside in this
profession. Beside that, the job situation, holiday factor, the responsibilities in
working, and also the warranty for having a career in the future is other factor that
influence them for taking this profession. Income or salary factor is not the influence
for them in choosing this profession. From the research, its shows that almost of the
respondent confidence that this profession can satisfied them and also it is suitable
with their performance or their credibility. From the higher interest factor hope it can
make them the great teacher in the future that can give the highest commitment in
they career, know theirs responsibilities and also success in every aspect of theirs
work field as a teacher. For the future studies, I hope that the research about “Did
only with the higher interest is enough for them to be in this profession?” and “Are
this profession be their serious career?” can be made.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL vii
LAMPIRAN viii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi 9
vii
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 11
2.1.1 Gaji Dan Cuti 11
2.1.2 Perkembangan Kerjaya 13
2.1.3 Suasana Kerja 14
2.2 Faktor Rakan Sebaya Dan Keluarga 16
2.3 Faktor Minat 17
2.3.1 Keinginan Menyampai ilmu 20
2.4 Kesimpulan 22
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Sampel Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian 25
3.4.1 Bahagian A 26
3.4.2 Bahagian B 27
3.4.3 Kajian Rintis 28
3.5 Presedur Kajian 29
3.6 Penganalisisan Data 30
viii
BAB IV ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Dapatan Kajian 33
4.3 Analisa Bahagian A:
4.3.1 Biodata Responden 34
4.4 Analisis Bahagian B: Analisis Setiap Item
Mengikut Faktor 38
4.4.1 Faktor Suasana Kerja Di Industri 39
4.4.2 Faktor Pengaruh-Pengaruh Luar 41
4.4.3 Faktor Minat 44
4.5 Rumusan 46
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Perbincangan
5.2.1 Latar Belakang 49
5.2.2 Faktor Suasana Kerja Di Industri 51
5.2.3 Faktor Pengaruh- Pengaruh Luar 53
5.2.4 Faktor Minat 55
5.3 Rumusan 57
5.4 Cadangan Kajian. 59
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 60
RUJUKAN 62
LAMPIRAN
ix
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Taburan Responden Kajian 25
3.2 Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Latar Belakang
Responden 26
3.3 Skala Likert Dan Skor 27
3.4 Pembahagian Item Bahagian B. Faktor- Faktor yang
mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan 28
3.5 Pengkelasan Skor Skala Likert 31
3.6 Pengkelasan Maklum Balas Responden 31
4.1 Taburan Bilangan Responden 33
4.2 Pengkelasan Tahap Mengikut Peratus. 34
4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut
Umur Dan Jantina. 34
4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 35
4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan
Anak Dan Tanggungan 36
4.6 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Dan
Pengalaman Bekerja. . 37
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Suasana Kerja
Di Industri 39
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Pengaruh-
Pemgaruh Luar. 41
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Faktor Minat. 44
4.10 Keputusan Keseluruhan Setuju Bagi Setiap Faktor. 46
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Masalah pengangguran dan ketidak serasian pekerjaan di kalangan siswazah
sering diperkatakan. Menurut Pengarah Jabatan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP),
Awang Sariyan (1998), kurang motivasi diri dalam mendalami ilmu pengetahuan boleh
menjejaskan peluang graduan memasarkan diri mereka bukan sahaja pada bidang
pengkhususan, malah industri juga. Menurutnya lagi, graduan perlu berpegang pada
falsafah bahawa rezeki ada di mana-mana dengan syarat mereka bersedia menghadapi
cabaran termasuk sanggup belajar dari bawah.
Nasrun Abdullah (2002), dunia pekerjaan merupakan dunia yang akan dialami
oleh semua orang. Pelbagai jenis pekerjaan boleh dilakukan oleh individu yang berbeza.
Ada yang berkebolehan melakukan kerja-kerja yang menggunakan daya pemikiran
tenaga dan kepakaran yang tinggi, Bagi mereka yang telah mempunyai pekerjaan yang
sesuai dengan diri mereka ianya tidaklah menjadi suatu masalah yang besar, walau
bagaimanapun bagi mereka yang masih teraba-raba dalam mencari pekerjaan khususnya
bagi golongan lepasan ijazah ianya sesuatu yang membimbangkan. Jesteru itu profesion
perguruan menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai kerjaya walaupun pada mulanya tidak
berminat kepada profesion ini.
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah program yang telah diperkenalkan oleh
Bahagian Pendidikan Perguruan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1983) dengan nama
asalnya adalah kursus sijil perguruan lepasan ijazah (KSPLI). Program ini pada mulanya
2
diwujud khas kepada pemegang-pemegang biasiswa kerajaan, khususnya biasiswa
Kementerian Pendidikan yang telah berjaya mengikuti program ijazah sarjana muda
dalam bidang-bidang tertentu di universiti luar negara. Apabila mereka sudah berjaya
menamatkan pengajian dan pulang ke negara, mereka dikehendaki mengikuti kursus
Ikhtisas Perguruan selama satu tahun sebelum mereka dilantik sebagai guru siswazah
(Md Sood Mohammad 1995).
Mata pelajaran pengkhususan yang ditawarkan adalah meliputi bidang sains dan
matematik, sastera, agama dan teknik. Disamping itu juga, mulai tahun 1985, Bahagian
Pendidikan Guru telah memperkenalkan kursus ‘conversion’ pengajaran bahasa inggeris
sebagai bahasa kedua (TESL) untuk siswazah sains dan matematik yang berminat dan
berkemampuan mengajar Bahasa Inggeris. Langkah ini diambil sebagai langkah segera
mengatasi kekurangan guru Bahasa Inggeris di sekolah.
Pada tahun 1989 (KSPLI) telah diperluaskan kepada tiga pengkhususan iaitu
pemgajian Bahasa Melayu, Pengajian Bahasa Inggeris, dan Pengajian Agama Islam dan
namanya telah diubah kepada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Calon-calon
guru pelatih adalah terdiri daripada siswazah yang memperolihi ijazah sarjana muda
dengan kepujian dari universiti tempatan atau luar negeri dalam bidang pengkhususan
yang sama dengan opsyen kursus perguruan yang mereka ikuti (Kementerian Pendidikan
2003). Pelaksanaan syarat ini dapat mengawal tahap penguasaan akademik dan minat
guru pelatih mengikut bidang pengkhususan mereka.
Peningkatan permohonan untuk mengikuti kursus ini dari kalangan pekerja
industri semakin ketara pada masa kini. Perkara ini dapat dilihat dengan terdapatnya
persaingan untuk mengikuti kursus ini (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Disebabkan
permintaan yang tinggi itu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) telah ditambah
menjadi duabelas bidang pengkhususan. Pertambahan bidang ini juga bertujuan untuk
membantu pihak universiti tempatan dalam memenuhi kekurangan guru siswazah dalam
bidang-bidang pengkhususan dengan kadar segera.
3
Tempoh Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) adalah dua semester. Kursus
ini dimulakan pada bukan Januari dan akan berakhir pada bulan Oktober setiap tahun.
Kursus ini ditawarkan di semua maktab perguruan mengikut pengkhususan.Kementerian
Pemdidikan Malaysia (2003).Pada masa ini, dilaporkan lebih empat puluh ribu siswazah
memohon untuk mengikuti Kuesus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi kementerian
hanya menawarkan kera-kira lima ribu tempat bagu kursus setahun itu. Shahul Hamid
(2003)
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam pemilihan profesion perguruan ini sebagai kerjaya, terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk menjadikan perguruan sebagai pekerjaan
tetap. Profesion perguruan memerlukan calon yang mempunyai latar belakang yang
sesuai dan memenuhi ciri-ciri seorang guru (Yahya Emat, 1993). Calon-calon yang
mengikuti kursus ini adalah terdiri daripada pekerja- pekerja industri yang mempunyai
latar belakang yang berbeza.
Pemilihan kerjaya perguruan oleh seseorang kemungkinan juga melibatkan
pengaruh dan dorongan daripada pihak ketiga iaitu keluarga, terutama ibubapa dan juga
pengaruh rakan sebaya. Quek (1991), Hishammuddin (1995), Mat Khailil (2000) dan
Mohd.Aniza (2000) mendapati keluarga terutama ibubapa memang mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang. Mereka juga menyatakan pengaruh ibubapa adalah lebih
dominan berbanding pengaruh rakan sebaya dalam soal pemilihan kerjaya seseorang.
Menurut Ginzbug (1951), menyatakan bahawa terdapat pengaruh ibu bapa
terhadap pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Beliau mendapati ibu bapa
mempengaruhi anak-anak dengan cara memberi satu contoh pergerakan atau
penyerupaan. Manakala Super (1971), anak yang membuat penyerupaan dengan ibu bapa
yang secara tidak langsung sudah mempengaruhi pemilihan pekerjaannya.
4
Pada waktu ini faktor utama mungkin tidak lagi pada sukakan kanak-kanak,
mungkin faktor lain yang lebih penting kepada calon-calon (KPLI) iaitu suasana kerja di
industri. Memandangkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu serta pergolakkan
yang sentiasa berlaku di serata dunia menjejaskan sedikit sebanyak industri dinegara
kita. Disamping kadar peberhentian kerja meningkat, graduan menganggur pula semakin
bertambah. Keadaan ini amat membimbangkan banyak pihak kerana perkara ini semakin
kritikal Fong Chan Onn (2002).
Suffean (1996) menyatakan suasana kerja di industri yang tidak menentu serta
beban kerja yang banyak dan cuti serta gaji yang tidak setimpal dijangka akan menjadi
penyebab utama golongan industri beralih bidang kepada perguruan. Walaupun bidang
perguruan pada luarannya nampak mudah serta tidak mencabar tetapi pada hakikatnya
perguruan adalah satu profesion yang penuh dengan cabaran, tanggungjawab, serta
mempunyai bidang tugas yang luas yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Menurut Jabatan Perangkaan (1978), gaji atau pendapatan adalah merujuk kepada
penerimaan secara tunai atau benda yang berulang kepada seorang pekerja secara tetap
pada kadar tahunan atau jarak masa yang lebih daripada kerap. Chandra (1986) Antara
cara untuk meningkatkan kualiti kerja dan menjamin kepuasan kerja adalah dengan
memberi pekerja intensif material termasuklah memberi cuti yang dibiayai oleh syarikat,
maka ia menunjukkan adanya perkaitan di antara kerja yang dilakukan dengan ganjaran
yang pekerja terima. Tiada siapa yang sanggup bekerja lama melainkan jika ia diberikan
ganjaran material atau bukan material yang dapat memuaskan hati mereka.
Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji
tidak menimbulkan kepuasan kerja .Pada masa dahulu mereka yang memilih profesion
perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa itu dianggap
sessuai dengan keperluan, nilai , falsafah hidup, ciri kerja separuh hari , ada cuti yang
panjang , mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan memberikan kasih
sayang.
5
Minat seringkali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang individu
dalam melakukan apa jua perkara. Minat juga dikatakan sebagai satu kecenderungan
bagi seseorang untuk mengetahui, mempelajari sesuatu perkara yang menjurus mereka
kepada pilihan yang diinginkan. Crow dan Crow (1988) minat sebagai penggerak utama
yang menjamin kejayaan seseorang. Jika minat tinggi, kebolehan sederhana, seseorang
itu boleh mengembangkan minat dan seterusnya berusaha dengan gigih sehingga
baik.Pemilihan kerjaya seseorang itu turut dipengaruhi oleh minatnya dalam sesuatu
bidang latihan atau pekerjaan yang khusus. Justeru itu minat merupakan suatu
kecenderungan yang wujud daripada reaksi yang diberikan terhadap satu perkara dan
ianya menngakibatkan seseorang itu ingin mencapai dan menguasainya (Holland,1966)
Tajul (1995) menyatakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada
seseorang guru atau bakal guru ialah mereka mestilah mempunyai minat penuh terhadap
keseluruhan tugasnya, baik di sekolah ataupun dalam sebarang isu kemasyarakatan
ketika berada di luar sekolah. Mereka yang menjadi guru hanya kerana gaji ataupun
kerana tidak mendapat pekerjaan lain, perlulah segera mengubah sikap. Mereka perlulah
segera meminati bidang perguruan. Jika tidak mereka hanya menipu diri sendiri dan
masyarakat. Ini menunjukkan seseorang yang ingin menjadikan profesion perguruan
sebagai kerjaya mereka mestilah meminati profesion ini.
Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai
kerjaya mereka. Dari persoalan ini pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian
apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion perguruan . Dari perbincangan di
atas , pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah latar belakang
bakal guru terbabit dengan profesion perguruan, suasana kerja di industri, pengaruh-
pengaruh luar dan minat.
6
1.2 Pernyataan Masalah
Terdapat banyak faktor yang yang mempengaruhi calon-calon (KPLI) untuk
memilih perofesion perguruan sebagai kerjaya. Faktor-faktor ini mungkin disebabkan
oleh masalah persekitaran dan juga atas desakkan tertentu. Perubahan kerjaya dari
industri kepada perguruan adalah merupakan perubahan kerja dari semua aspek kerja dan
ianya berbeza sama sekali dengan cara bekerja di sektor industri. Pemilihan kerjaya
sebagai seorang guru memerlukan seseorang itu benar-benar ingin menjadi seorang guru
dan bukan disebabkan oleh perkara-perkara yang memaksa seseorang itu memilih
profesion perguruan sebagai kerjaya. Ini kerana seseorang guru yang baik dan cemerlang
adalah daripada mereka yang betul-betul meminati profesion perguruan dan pemilihan
profesion ini bukan disebabkan faktor-faktor yang memaksa seseorang itu memilih
profesion perguruan ini. Oleh yang demikian, satu tinjauan dilakukan untuk mengetahui
faktor manakah yang paling mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan
pekerja industri.
1.3 Objektif Kajian
Di dalam kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa objektif dalam
melakukan kajian ini.
Objektif tersebut ialah :-
1 Mengenalpasti maklumat latar belakang bakal-bakal guru KPLI semasa berada di
sektor industri dengan profesion perguruan di maktab perguruan
2 Mengenalpasti suasana kerja di industri yang menyebabkan bakal-bakal guru KPLI
beralih ke bidang profesion perguruan.
3 Mengenalpasti pengaruh-pengaruh luar yang mendorong bakal-bakal guru KPLI
memilih profesion perguruan.
7
4 Mengenalpasti minat bakal-bakal guru KPLI terhadap profesion perguruan yang
mendorong mereka memilih profesion tersebut sebagai kerjaya.
1.4 Persoalan kajian
1 Apakah hubungan latar belakang bakal-bakal guru KPLI dan dari segi jantina,
bangsa, umur, status perkahwinan, pengalaman bekerja di industri dan
pendapatan semasa di industri berkaitan dengan profesion perguruan?
2 Adakah suasana kerja di industri yang menyebabkan bakal-bakal guru KPLI
beralih ke bidang profesion perguruan?
3 Adakah pengaruh-pengaruh luar yang mendorong bakal-bakal guru KPLI
memilih profesion perguruan?
4 Sejauhmanakah minat bakal-bakal guru KPLI mempengaruhi pemilihan
profesion perguruan sebagai kerjaya?
1.5 Kepentingan Kajian
Dengan adanya tinjauan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan profesion perguruan di kalangan pekerja industri diharapkan dapat membantu:
1 Guru.
Guru-guru akan dapat mengetahui faktor-faktor yang sebenar yang mendorong
mereka meninggalkan pekerjaan di industri dan memilih profesion perguruan
sebagai kerjaya. Mereka akan menjadi seorang guru yang sedia mengalami
perubahan suasana kerja dan juga akan berperanan sebagai pendidik yang
berkaliber.