FAKTOR-FAKTOR PENDORONG ORANG KURANG UPAYA BEKERJA
DI BENGKEL DAYA KLANG, SELANGOR
ZARINA BINTI NASIR
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan bonda tersayang,
Nasir bin Ahmad
Siti binti Amir
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu
tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya
serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini
tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapanmu kini telah ku tunaikan jua
dan buat kakanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Segala puji
Bagi Allah S.W.T. dan salam atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan
sahabatnya. Dengan taufik dan hidayahNya dapatlah penyelidik menyempurnakan
kajian ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Tn. Hj. Mohsin bin Uzir
selaku penyelia PSM I . Ribuan terima kasih serta penghargaan kepada En.
Mohamad Abdillah bin Royo selaku penyelia PSM II di atas komitmen, kesabaran ,
bimbingan dan nasihat yang dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada ketua pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat yang sudi memberi kebenaran untuk menjalankan kajian. Kerjasama
daripada pengurus serta penghuni Bengkel Daya, Klang turut tidak dilupakan.
Seterusnya terima kasih juga kepada rakan-rakan di atas bantuan, dorongan, tunjuk
ajar, sumbangan idea dan pendapat dalam menjayakan projek ini.
Terima kasih.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong
orang kurang upaya (OKU) bekerja di Bengkel Daya, Klang. Lima faktor yang
dikaji ialah penerimaan majikan, keperluan sosial, jaminan pendapatan, keperluan
harga diri dan ingin dihargai serta faktor kemudahan tempat kerja. Sampel kajian
terdiri daripada 42 OKU yang bekerja di bengkel terlindung iaitu Bengkel Daya,
Klang. Kajian ini menggunakan kaedah temubual berstruktur. Set soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data. Nilai kebolehpercayaan
item soal selidik ialah α = 0.655. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 11.5 untuk mendapatkan
kekerapan dan peratus. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor penerimaan
majikan berada di tahap rendah. Empat faktor lain iaitu faktor keperluan sosial,
faktor keperluan harga diri serta ingin dihargai, faktor kemudahan tempat kerja dan
faktor jaminan pendapatan berada di tahap tinggi. Kesimpulan daripada kajian ini
didapati faktor keperluan sosial, keperluan harga diri serta ingin dihargai, kemudahan
tempat kerja dan jaminan pendapatan merupakan faktor-faktor pendorong kepada
OKU bekerja di Bengkel Daya, Klang.
vii
ABSTRACT
This assessment is to identify the factors that influence people with
disabilities (OKU) to work in Bengkel Daya, Klang. Five factors been studied are
the acceptance of employers, social needs, income assurance, self-esteem needs and
appreciation at working place. The sample consists of 42 disability workers (OKU)
working in sheltered workshop in Bengkel Daya, Klang. The structural interview
methodology has been used in this case study. The assessment is also using the
questionnaire, as part of the instrument for data collection. The reliability of the
questionnaire items was a α = 0.655. The data collection was analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 11.5 for frequency and
percentage. From the research made shown that the acceptance of employers
recorded was in the lowest level. The other four factors are the social needs, self-
esteem, appreciation at working place and income assurance are at the highest level.
It shown that the four factors are the cause that influence people with disabilities
(OKU) to work in Bengkel Daya, Klang.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGESAHAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Golongan OKU
1.6.2 Bengkel Daya Klang
12
12
12
ix
1.6.3 Jabatan Kebajikan Masyarakat
1.6.4 Para Majikan
1.6.5 Para Pengkaji
13
13
13
1.7 Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Terminologi
1.8.1 Faktor
1.8.2 Pendorong
1.8.3 Orang Kurang Upaya
1.8.4 Bekerja
1.8.5 Bengkel Daya
1.8.6 Bengkel Terlindung
14
14
14
15
15
15
16
1.9 Penutup 16
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Ciri-Ciri Golongan OKU 17
2.3 Latar Belakang Bengkel Daya Klang 20
2.4. Teori Keperluan Maslow 23
2.5 Kerjaya Menurut Islam 25
2.6 Faktor Pendorong Oku Bekerja di Bengkel
Daya
2.6.1 Penerimaan Majikan
2.6.2 Keperluan Sosial
2.6.3 Jaminan Pendapatan
2.6.4 Keperluan Harga Diri dan Ingin
Dihargai
2.6.5 Kemudahan Tempat Kerja
27
27
28
30
31
33
2.7 Kajian Lepas 34
2.8 Penutup 36
x
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Rekebentuk Kajian 37
3.3 Tempat Kajian 38
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Prosedur Kajian 39
3.6 Instrumen Kajian 41
3.7 Kesahan Soal Selidik 42
3.8 Kajian Rintis 42
3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 43
3.10 Alisis Data 43
3.11 Penutup 44
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
4.2 Bahagian A ( Latar Belakang Responden )
4.2.1 Jantina Responden
4.2.2 Umur Responden
4.2.3 Bangsa Responden
4.2.4 Jenis Kecacatan Responden
4.2.5 Bahagian Unit Kerja Responden
46
46
46
47
48
48
4.3 Bahagian B
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4
4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5
49
50
52
53
55
56
4.4 Rumusan Dapatan Kajian 58
4.5 Penutup 59
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan Bahagian A 61
5.3 Perbincangan Bahagian B
5.3.1 Faktor Penerimaan Majikan Menjadi
Pendorong OKU Bekerja di Bengkel
Daya Klang, Selangor
5.3.2 Faktor Keperluan Sosial Menjadi
Pendorong OKU Bekerja di Bengkel
Daya Klang, Selangor
5.3.3 Faktor jaminan pendapatan menjadi
pendorong OKU bekerja di Bengkel
Daya Klang, Selangor
5.3.4 Faktor keperluan harga diri dan ingin
dihargai menjadi pendorong OKU
bekerja di Bengkel Daya Klang,
Selangor
5.3.5 Faktor kemudahan tempat kerja
menjadi pendorong OKU bekerja di
Bengkel Daya Klang, Selangor
62
62
63
65
66
68
5.4 Rumusan 69
5.5 Cadangan
5.5.1 Golongan OKU
5.5.2 Bengkel Daya Klang
5.5.3 Jabatan Kebajikan Masyarakat
5.5.4 Para Majikan
70
70
71
71
72
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.7 Penutup 73
RUJUKAN 74 - 77
LAMPIRAN A - G 78 - 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Pendaftaran orang kurang upaya mengikut jenis
kecacatan.
5
1.2 Bilangan penghuni bengkel daya pada tahun 2003 hingga 2006 mengikut institusi.
10
2.1 Pendaftaran orang kurang upaya mengikut jenis kecacatan.
18
2.2 Bilangan penghuni bengkel daya pada akhir tahun 2006 mengikut bangsa.
22
2.3 Bilangan penghuni bengkel daya pada tahun 2003 hingga 2006 mengikut institusi.
22
3.1 Taburan aspek persoalan kajian, pembahagian item dan jumlah item
41
3.2 Pemeringkatan Alpha Cronbach
43
3.3 Pemeringkatan peratusan skala binari
44
4.1 Taburan responden mengikut jantina
46
4.2 Taburan responden mengikut umur
47
4.3 Taburan bangsa responden.
47
4.4 Taburan responden mengikut jenis kecacatan.
48
4.5 Taburan responden mengikut bahagian unit kerja
49
4.6 Taburan aspek persoalan kajian, pembahagian item dan jumlah item.
50
4.7 Taburan respon mengikut peratus dan 50
xiii
kekerapanbagi aspek faktor penerimaan majikan menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor.
4.8 Taburan respon mengikut peratus dan kekerapan bagi aspek faktor keperluan bersosial menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor.
52
4.9 Taburan respon mengikut peratus dan kekerapan bagi aspek faktor jaminan pendapatan menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor.
53
4.10 Taburan respon mengikut peratus dan kekerapan bagi aspek faktor harga diri dan ingin dihargai menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor.
55
4.11 Taburan respon mengikut peratus dan kekerapan bagi aspek faktor kemudahan tempat kerja menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor.
56
4.12 Taburan purata dan frekuensi keseluruhan
persoalan kajian
58
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Hiraki keperluan Abraham Maslow
23
3.1 Carta aliran tatacara kajian
40
xv
SENARAI RINGKASAN
OKU - Orang kurang upaya
WHO - World Health Organization (Pertubuhan
Kesihatan Sedunia)
KPWKM - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat
JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat
PLPP - Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
TSH - Taman Sinar Harapan
PDK - Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
SAW - Sallallahualaihiwasallam
ADHD - Attention Deficit Hyperactive Disorder
KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
PERKESO - Pertubuhan Keselamatan Sosial
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 78
B Pengesahan Item 81
C Surat permohonan individu untuk
menjalankan kajian
82
D Surat kerjasama menjalankan kajian
daripada UTM.
83
E Surat kebenaran menjalankan kajian
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia
84
F Surat Ilmiah 85
G Jadual Morgan 86
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Orang kurang upaya (OKU) dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu
orang kurang upaya fizikal, orang kurang upaya penglihatan, orang kurang upaya
pendengaran, orang kurang upaya mental yang dibahagikan kepada Carebral Palsy dan
masalah pembelajaran ataupun lain-lain kecacatan. Pelbagai definisi diberikan bagi
menjelaskan perkara berkaitan kecacatan. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), takrif OKU ialah:
Seseorang yang tidak dapat memenuhi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan hidup sosialnya, sebagai seorang individu yang normal, akibat dari kekurangan keadaan fizikal atau mentalnya.
(Utusan Malaysia 2003)
Definisi lain bagi OKU ialah merujuk kepada orang yang mengalami
keterbatasan mobilisasinya merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal, mental,
penglihatan dan pendengaran. Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi
mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada
semua aspek tanpa dikategorikan Hashim (1991), dalam Aisyah (2007).
Definisi yang hampir sama mengenai OKU telah diberikan oleh Pertubuhan
Bangsa- Bangsa Bersatu Zinaida (2006), OKU bermakna :
Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya ataupun sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu dan atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada daripada segi fizikal ataupun mental dan sama ada ia berlaku semenjak lahir ataupun kemudiannya.
2
Sejak dari dahulu lagi, orang kurang upaya (OKU) telah dianggap manusia kelas
kedua. Mereka telah dinafikan haknya untuk terus hidup di muka bumi ini. Menurut
Harun (2003), sebaik sahaja Adolf Hitler pemerintah Nazi Jerman berjaya mendapat
kuasa, satu polisi baru mengenai OKU seperti berikut dirumuskan:
Kerajaan mempunyai tanggungjawab mengetepikan untuk tujuan pembiakan sesiapa yang sakit atau gen-gennya tidak sempurna. …dan perlu menjalankan tanggungjawab ini dengan kasar tanpa menghiraukan sesiapa sahaja. …Menghentikan pembiakan mereka yang bertubuh lemah atau cacat fizikal di dalam jangka masa 600 tahun akan datang… untuk memajukan kesihatan manusia yang sukar dijangkakan hari ini. Sekiranya peningkatan bangsa yang sihat dapat direalisasikan dan dirancang, hasilnya ialah satu bangsa yang… telah kehilangan kelemahan fizikal dan kerohanian yang kita miliki kini...
Berdasarkan polisi tersebut, pada tahun 1933 satu undang-undang telah
diluluskan. Kesan daripada perlaksanaan undang-undang tersebut, 350,000 orang sakit
jiwa, 30,000 gipsi, dan beratus-ratus kanak-kanak kulit hitam telah dimandulkan dengan
berbagai cara Harun (2003). Walaupun OKU di Malaysia tidak mengalami nasib
seburuk OKU pada zaman nazi di Jerman, namun kesedaran mengenai hak-hak OKU
masih di tahap yang minimum. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, terdapat
kesedaran mengenai kepentingan OKU dalam menyumbang kepada peningkatan
ekonomi negara.
Bangsa-bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 47/3 bertarikh 14 Oktober 1992
telah mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.
Pada 16 Mei 1994, Malaysia telah menandatangani satu Proklamasi Penyertaan Penuh
dan Penyamaan Peluang. Dalam usaha mempertingkatkan kualiti hidup Orang Kurang
Upaya dalam semua aspek, kegiatan termasuklah bidang latihan dan pekerjaan (Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2007). Untuk mencapai kualiti hidup OKU yang lebih
baik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal ehwal golongan OKU.
3
JKM, adalah sebuah badan atau jabatan yang bernaung di bawah KPWKM.
Institusi-institusi lain yang banyak membantu golongan OKU kebanyakan terdiri
daripada beberapa jabatan dan agensi antaranya Taman Sinar Harapan (TSH), Pusat
Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP), Bangi, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK), Pusat Pertuturan Kiu (Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia),
Rumah Kelompok (Utusan Malaysia, 2006). Kewujudan jabatan dan agensi tersebut
sedikit sebanyak membantu OKU untuk berdikari melalui latihan kemahiran dan
bantuan yang diberikan.
Semua orang pasti mempunyai impian dalam hidup mereka. Menurut
Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan ( Zinaida, 2006) bukan hanya manusia normal
sahaja menyimpan pengharapan dalam diri mereka, malah golongan kurang upaya juga
mempunyai harapan, cita-cita atau impian yang sama seperti golongan normal. Mereka
juga ingin mempunyai masa depan yang cerah seperti orang lain. Ini termasuklah
keinginan untuk bekerja seperti orang lain.
Bengkel Daya Klang ditubuhkan mengikut kaedah-kaedah Bengkel Terlindung
1979 bagi mewujudkan pekerjaan terlindung kepada orang kurang upaya (OKU), yang
mengalami kecacatan anggota, terencat akal atau cacat pergaulan sosial. Matlamat
utama penubuhannya adalah untuk mewujudkan pekerjaan terlindung kepada OKU
yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2007).
Bengkel Daya Klang membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi golongan
OKU .
1.2 Latar Belakang Masalah
Golongan orang kurang upaya (OKU) pernah digelar orang cacat. Namun
gelaran ini telah ditukar kepada insan istimewa atau orang kurang upaya (OKU).
Mengubah istilah sebenarnya lebih mudah daripada mengubah persepsi bahawa
4
golongan ini bukan hanya sekadar diberi simpati (Zuarida, 2005). OKU tidak
memerlukan simpati, apa yang penting bagi mereka adalah peluang kerja untuk
memenuhi keperluan dalam kehidupan mereka.
OKU perlu bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Allah telah
menjanjikan rezeki kepada semua hambanya yang berusaha. Ini dikukuhkan lagi dengan
hadith riwayat Ath. Thusi, Rasullah (SAW) bersabda yang bermaksud :
Allah memberi rezeki kepada hamba-Nya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan usahanya serta cita-citanya.
(Muhammad Faiz Almath, 1993)
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia terbitan Jun 2006, jumlah
rakyat Malaysia ialah seramai 24.8 juta orang. Menurut JKM, OKU mewakili 1.2% dari
jumlah tersebut. Dianggarkan lebih 60,000 OKU di Malaysia yang mampu bekerja.
Sehingga Jun 2006, hanya 8,175 pencari kerja OKU yang telah berdaftar dengan Jabatan
Tenaga Kerja dan hanya seramai 6,440 telah berjaya ditempatkan. (Kementerian Sumber
Manusia, 2007).
Sehingga Disember 2005 seramai 170,455 berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat jumlah paling ramai dicatatkan di Selangor iaitu 22,332 orang, diikuti Johor
(21,232), Perak (18,382), Kuala Lumpur (15,831) dan Kelantan (15,214).
Kedah pula mencatat jumlah pendaftaran OKU seramai 11,577, Sabah (11,083), Pulau
Pinang (10,961), Terengganu (10,714), Sarawak (10,549), Negeri Sembilan (7,910),
Melaka (6,825), Pahang (4,007), Perlis (3,395) dan Labuan (443). Daripada jumlah
OKU yang berdaftar 67 peratus merupakan bangsa Melayu, 20.6 peratus Cina, 9.4
peratus India dan 3 peratus adalah bangsa lain. (Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia, 2007).
5
Jadual 1.1: Pendaftaran orang kurang upaya mengikut jenis kecacatan
Bil Jenis Kecacatan 2003 2004 2005
1. Penglihatan 14,154 15,364 16,302
2. Pendengaran 22,728 24,712 26,294
3. Anggota 45,356 51,090 56,738
4. Akal 49,340
5. Masalah Pembelajaran 57,483 66,130
6. Cerebral Palsy 34 623
7. Lain-lain 1,077 1,934 4,368
JUMLAH 132,655 150,617 170,455
• Kecacatan akal dimansuhkan, sebaliknya dipecahkan kepada kecacatan Masalah Pembelajaran dan Cerebral Palsy
( Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2007 )
Majoriti OKU yang berdaftar mempunyai masalah pembelajaran seramai 66,130
orang, 56,738 orang pula mengalami kecacatan anggota, 26,294 OKU cacat
pendengaran, 16,302 cacat penglihatan, 4,368 mengalami pelbagai kecacatan lain dan
623 menghidapi Cerebel Palsy. Dianggarkan lebih 60,000 OKU di Malaysia yang
mampu bekerja. Sehingga Jun 2006, hanya 8,175 pencari kerja OKU yang telah
berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja dan hanya seramai 6,440 telah berjaya
ditempatkan (Kementerian Sumber Manusia, 2007).
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta satu
peratus peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang
upaya. Peluang dan hak golongan itu adalah sama seperti mereka yang normal dibawah
Akta Kerja 1955 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, 2007). Kerajaan turut
menyarankan majikan sektor swasta memberi peluang pekerjaan kepada OKU. Menurut
Mohd Sharani (2004), mulai tahun 1990, Kementerian Sumber Manusia menggalakkan
sektor swasta mencontohi kerajaan dengan memperuntukkan 1% daripada pekerjaan
kepada orang kurang upaya di bidang komersial dan industri.
6
Sementara itu, Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk
Ismail Abd. Rahim berkata, tidak semua OKU dapat menjalankan kerja seperti orang
lain. Faktor usia, jenis kecacatan dan tiada pengalaman merupakan sebahagian daripada
alasan yang menyebabkan golongan ini sering kali ditolak mentah-mentah daripada
permohonan pekerjaan. Sistem Penempatan OKU diwujudkan untuk menyimpan
maklumat tentang OKU. Melalui sistem tersebut, para majikan boleh mendaftarkan
jawatan kosong yang dikhaskan untuk pekerja OKU. Sehingga Mac 2007, sistem ini
sudah mendaftarkan seramai 9,070 dan telah berjaya menempatkan seramai 6,799 orang
dalam sektor pekerjaan ( Utusan Malaysia, 2007).
Peluang masa depan untuk golongan kurang upaya ini nampak terbatas dari segi
peluang kerjaya, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Sehingga kini, golongan
OKU masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka.
Majikan seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka juga sama
seperti manusia biasa. Tetapi jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka juga dapat
melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan tekun
(Zinaida, 2006).
Jabatan Kebajikan Masyarakat berusaha mendapatkan pekerjaan untuk orang
kurang upaya di bengkel terlindung (sheltered workshop) seperti Bengkel Daya Klang,
Selangor. Objektif penubuhan bengkel terlindung ini adalah untuk mewujudkan peluang
pekerjaan kepada orang kurang upaya yang tidak mampu bersaing di pasaran terbuka
dan pada masa yang sama melatih mereka berdikari agar dapat diintegrasikan ke dalam
masyarakat.
Peluang OKU untuk bekerja dalam perusahaan kecil turut terbatas. Rosnita
(2006), melalui kajiannya mendapati Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana hanya
boleh menerima OKU pekak dan bisu sahaja dalam industri mereka. Manakala OKU
cacat penglihatan, cacat anggota tangan dan terencat akal tidak diterima oleh pengusaha
untuk bekerja dalam perusahaan mereka.
7
Menurut Pengerusi Pusat Sumber Orang Kurang Upaya Malaysia, Wan Mohd
Omar, kajian Disability Researh Center tahun 2001 mendapati bahawa golongan kurang
upaya di Malaysia yang telah mendapat pendidikan khas dan pendidikan vokasional di
pusat-pusat latihan kerajaan dan swasta, namun masih sukar menempatkan diri mereka
sebagai pekerja di sektor awam mahupun swasta akibat daripada kekurangan fizikal
(Utusan Malaysia, 2003).
Kajian yang dijalankan oleh John, Roy dan Judy (2001), mengenai persepsi dan
halangan OKU Sindrom Down di Australia. mendapati faktor mereka berminat untuk
mempunyai pekerjaan yang sama dengan ibu bapa mereka. Ini berlaku apabila ibu bapa
tersebut menunjukkan ciri-ciri kerja seperti persekitaran selamat, kerja di dalam
bangunan, mampu dilakukan, di dalam masyarakat dan berpeluang untuk bersosial.
Kajian tersebut turut mendapati OKU Sindrom Down sebenarnya berminat untuk
bekerja di pasaran kerja terbuka yang memberikan mereka sokongan berbanding bekerja
di bengkel terlindung.
Ia dapat disimpulkan OKU Sindrom Down mewarisi kerjaya daripada daripada
ibu bapa mereka kerana berminat dengan faktor keselamatan, kebolehan dan ingin
bersosial yang menjadi pendorong mereka untuk bekerja. Sebenarnya mereka lebih
berminat bekerja di luar berbanding didalam bengkel terlindung kerana ingin bersosial
dengan orang ramai dan tidak hanya kepada kelompok OKU sahaja. Namun,
disebabkan tidak diterima majikan maka mereka memilih bengkel terlindung sebagai
tempat untuk bekerja dan bersosial.
Sumber kewangan merupakan salah satu faktor pendorong OKU bekerja di
bengkel daya. Orang kurang upaya juga manusia biasa yang memerlukan sumber
kewangan untuk menjalani kehidupan harian. Menurut Abdul Halim (2004), gaji atau
ganjaran merupakan faktor utama untuk bekerja. Menurutnya lagi gaji atau upah yang
kompetitif mampu menarik minat orang ramai untuk memohon kerja tersebut.
8
Pada zaman ini wang amat penting kepada manusia untuk menyempurnakan
keperluan hidup seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keselamatan. Untuk
mendapatkan sumber kewangan maka OKU perlu bekerja. Menurut Yusuf Qardhawi.
(1997), salah satu daripada enam tujuan wajib bekerja ialah untuk menyempurnakan
keperluan hidup.
Pendapat Yusuf Qardawi ini disokong oleh Omar Al-Syaibani, (Hasan
Langgulung, 1991) menurutnya, manusia mempunyai motivasi dan usaha untuk
memenuhi keperluan asas. Keperluan asas yang sempurna menyebabkan manusia
berusaha memenuhi keperluan psikologi seperti keselamatan, kasih sayang, harga diri
dan sebagainya. Manusia turut mampu mengawal tenaga kearah sesuatu yang baik dan
berfaedah.
Satu kajian telah dijalankan oleh John, Roy dan Judy (2001), mengenai persepsi
dan halangan OKU Sindrom Down di Australia. Kajian tersebut mendapati faktor yang
mendorong mereka bekerja kerana mahukan peluang untuk melaksanakan tugas-tugas
tertentu, ingin bersosial, ingin dihargai dan sebagai sumber kewangan.
Menurut Ee Ah Meng (1997), keperluan penghargaan merangkumi keperluan
untuk penghargaan diri dan dihargai dari orang lain. Melalui perasaan harga diri timbul
keyakinan, sifat berdikari dan kebebasan pada diri. Penghargaan daripada orang lain
merangkumi keinginan untuk mendapatkan taraf, kemasyhuran, pengiktirafan,
penghormatan dan sebagainya.
OKU turut ingin dihargai, melalui kerja-kerja yang dilakukan golongan OKU ini
dapat merasakan bahawa diri mereka berguna dan berharga. OKU yang memerlukan
keperluan penghargaan menyebabkan mereka terdorong untuk bekerja untuk
membuktikan bahawa mereka boleh berdikari dan layak mendapat pengiktirafan.
9
Faktor kemudahan di Bengkel Daya merupakan salah satu faktor pendorong
OKU bekerja. Persekitaran yang mesra OKU memudahkan serta mendorong OKU
untuk bekerja. Menurut Abdul Halim (2004), majikan yang memenuhi keperluan
pekerja akan menyebabkan pekerja berminat untuk bekerja.
Kemudahan prasarana merupakan sebahagian kemudahan bagi OKU. Menyedari
hakikat tersebut kerajaan menyarankan pihak majikan memperbaiki kemudahan kepada
para pekerja termasuk kemudahan untuk pekerja OKU. Dalam bab 2 Rancangan
Malaysia ke Sembilan (2006), tertera majikan digalakkan merangka semula dan
memperbaiki fungsi pekerjaan terpilih serta persekitaran kerja bagi menarik pekerja
tempatan termasuk wanita, pesara dan OKU.
Program menaik taraf kemudahan ini sedikit sebanyak membantu OKU
menjalani kehidupan harian mereka. Manakala dalam bab 15 Rancangan Malaysia ke
Sembilan (2006)� pelbagai program untuk menjaga dan membantu orang kurang upaya
termasuk penyediaan kemudahan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan
yang normal.
Menurut teori Maslow (Azlina, 2002) keperluan fisiologi dan keselamatan
merupakan keperluan asas manusia. Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan
kepada OKU di Bengkel Daya Klang didapati cukup untuk menyempurnakan
keperluan asas golongan OKU lantas mendorong mereka untuk bekerja. Antara
kemudahan yang disediakan ialah penginapan percuma, elaun makan perkhidmatan
bank bergerak, lokasi yang berhampiran hospital, mini gimnasium, surau, kantin serta
fasiliti yang bersesuaian dengan OKU ( Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor,
2007).
10
1.3 Pernyataan Masalah
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Bengkel Daya untuk
memberikan peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Mereka terdiri daripada
golongan OKU yang mengalami kecacatan anggota, terencat akal atau cacat pergaulan
sosial. Pekerjaan serta persekitaran kerja dan kemudahan yang sesuai untuk OKU di
sediakan di bengkel tersebut.
Jadual 1.2 : Bilangan penghuni bengkel daya pada tahun 2003
hingga 2006 mengikut institusi. 2005 2006 Institusi 2003 2004
L P L P
Bengkel Daya Klang 32 38 22 18 23 19
Bengkel Daya Sg. Petani * 32 28 6 32 12
50 24 55 31
JUMLAH 32 70 74 86
Berdasarkan jadual 1.2 Bengkel Daya, Klang ditubuhkan pada tahun 2003
dengan 32 orang penghuni. Penghuni Bengkel Daya semakin meningkat mengikut
tahun. Pada tahun 2004 terdapat ramai 70 penghuni Bengkel Daya, pada tahun 2005 ia
meningkat kepada 74 penghuni. Sementara itu pada tahun 2006 berlaku penambahan
seramai 12 OKU menjadikan Bengkel Daya memiliki 86 orang penghuni. Bagi
menampung peningkatan ini Bengkel Daya, Sungai Petani telah diwujudkan pada
tahun 2004. Oleh yang demikian pengkaji ingin mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong OKU bekerja di Bengkel Daya, Klang.
11
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif kajian telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian
yang dilakukan. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai
sepenuhnya. Objektif yang telah digariskan seperti yang tertera di bawah:-
i. Mengenal pasti faktor penerimaan majikan menjadi pendorong OKU bekerja di
Bengkel Daya Klang, Selangor.
ii. Mengenal pasti faktor keperluan bersosial menjadi pendorong OKU bekerja di
Bengkel Daya Klang, Selangor.
iii. Mengenal pasti faktor jaminan pendapatan menjadi pendorong OKU bekerja di
Bengkel Daya Klang, Selangor.
iv. Mengenal pasti faktor keperluan harga diri dan ingin dihargai menjadi pendorong
OKU bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor.
v. Mengenal pasti faktor kemudahan tempat kerja menjadi pendorong OKU bekerja
di Bengkel Daya Klang, Selangor
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian, beberapa persoalan yang akan dijawab
dalam kajian ini adalah seperti berikut :-
i. Adakah faktor penerimaan majikan menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel
Daya Klang, Selangor?
ii. Adakah faktor keperluan sosial menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel
Daya Klang, Selangor?
iii. Adakah faktor jaminan pendapatan menjadi pendorong OKU bekerja di Bengkel
Daya Klang, Selangor?
12
i. Adakah faktor keperluan harga diri dan ingin dihargai menjadi pendorong OKU
bekerja di Bengkel Daya Klang, Selangor?
ii. Adakah faktor kemudahan tempat kerja menjadi pendorong OKU bekerja di
Bengkel Daya Klang, Selangor?
s