1
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR
DALAM KURSUS ELEKTRIK DI SALAH SEBUAH
KOLEJ KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR
MAZLIANA BINTI TASRIP
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
1
2
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN
PELAJAR DALAM KURSUS ELEKTRIK DI SALAH SEBUAH
KOLEJ KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR
MAZLIANA BINTI TASRIP
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
ii
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Khas Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..
Tasrip bin Paiman dan Zaiton binti Shahlan
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Segala Jasa Dan Pengorbananmu Tidak Akan Anakanda
Lupakan Hingga Ke Akhir Hayat.
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Dr. Mohd Khata bin Jabor
Terima Kasih Di Atas Segala Tunjuk Ajarmu
Buat Kakak, Abang Dan Adik-adikku Yang Dikasihi…
Muzaiyanah, Faizul, Iqbal,Nadia, Radzi dan Ridzuan
Janganlah Leka Dengan Kenikmatan Hidup Yang Sementara Ini
Semoga Kita Menjadi Kebanggaan Ayahanda Dan Bonda Tercinta
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Dan Fakulti Pendidikan Yang Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi…
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya, dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan
untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
Dr. Mohd Khata bin Jabor selaku penyelia dan pembimbing penyelidik
kerana sanggup meluangkan masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar dan
panduan kepada penyelidik. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam
menyiapkan projek ini amatlah penyelidik hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T.
melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, terima kasih kepada kedua ibu bapa serta keluarga
yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada penyelidik dalam apa sahaja yang
penyelidik lakukan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah
Zanariah, Kolej Komuniti Kuala Langat dan lain-lain kerana
menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada penyelidik.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan, terima kasih diucapkan
kerana sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
penyelidik. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, penyelidik ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada para pensyarah dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang
dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T. Sekian Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan pelajar dalam kursus elektrik di salah sebuah Kolej Komuniti Kuala
Langat di negeri Selangor. Terdapat empat faktor persoalan yang dikaji iaitu faktor
minat, faktor rakan sebaya, faktor kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah dan
faktor peluang kerjaya. Seramai 100 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian.
Responden terdiri daripada pelajar lelaki Kolej Komuniti yang mengambil kursus
elektrik di Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting, Selangor. Kajian ini dilakukan
secara deskriptif dengan menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian
yang dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Data-data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package of Sosial Science ”
(SPSS version 15.0). Hasil kajian ini digambarkan menerusi jadual-jadual yang
mengandungi kekerapan, peratusan dan nilai min. Nilai alpha cronbach yang
diperolehi dalam kajian ini ialah 0.888. Hasil daripada kajian ini menunjukkan
bahawa ke empat-empat faktor yang dikaji mempengaruhi pemilihan pelajar dalam
kursus elektrik di Kolej Komuniti Kuala Langat berada pada tahap yang tinggi. Ini
berdasarkan nilai min keseluruhan dapatan persoalan kajian iaitu 3.85. Kajian ini
diakhiri dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak
Kolej Komuniti, guru dan pelajar. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk
penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study aims to identify factors that influence the selection of Community College
students in electrical course at Selangor. There are four factors studied the question
about interest factors, peer factors, factors counseling and coaching clubs at schools
and career factors. A total of 100 students selected as study samples. All respondents
were male students in electric courses at Kuala Langat community colleges, Banting,
Selangor. This descriptive study carried out by using a set of questionnaires as
research instruments and divided into part A and part B. The data obtained were
analyzed using the software "Statistical Package of Social Science '(SPSS version
15.0). The results of this study are illustrated by tables containing frequency,
percentage and the mean value. Cronbach alpha values obtained is 0.888. The results
from this study show that the four studied factors influence the selection of students
in electrical courses at Kuala Langat Community College is at high level. This is
based on the mean value of the overall findings of the study question 3.85. This study
concludes with some suggestions from the researchers who presented to the
Community Colleges, teacher and student. The further research is intended for
research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
viii
1.9 Definisi Istilah 10
1.10 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengenalan Pemilihan Kursus 13
2.3 Kursus Elektrik 15
2.4 Maklumat Kolej Komuniti 16
2.5 Faktor minat 18
2.6 Faktor Rakan Sebaya 20
2.7 Faktor Aktiviti Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah 21
2.8 Faktor Peluang Kerjaya 23
2.9 Penutup 26
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Lokasi Kajian 28
3.4 Populasi Kajian 29
3.5 Persampelan Kajian 29
3.6 Instrumen Kajian 30
3.7 Prosedur Kajian 34
3.8 Analisis Data 35
3.9 Kesahan 36
3.10 Kajian Rintis 36
3.11 Penutup 37
ix
BAB IV ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 38
4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang
Responden 39
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 40
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 41
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Tahun
pengajian 41
4.3 Bahagian B : Analisis Bahagian B 42
4.3.1 Soalan kajian 1: Adakah faktor minat
mempengaruhi pemilihan pelajar di dalam
kursus elektrik? 43
4.3.2 Soalan kajian 2: Adakah faktor rakan
sebaya mempengaruhi pemilihan pelajar di
dalam kursus elektrik? 47
4.3.3 Soalan kajian 3 :Adakah faktor aktiviti
bimbingan dan kaunseling di sekolah
mempengaruhi pemilihan pelajar di dalam
kursus elektrik? 50
4.3.4 Soalan kajian 4 :Adakah faktor
peluang kerjaya mempengaruhi pemilihan
pelajar di dalam kursus elektrik? 54
4.4 Rumusan 57
4.5 Penutup 58
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 60
5.2.1 Bahagian A: Maklumat Latar Belakang
Responden 60
5.2.2 Bahagian B 62
5.2.2.1 Adakah faktor minat mempengaruhi
pemilihan pelajar di dalam kursus Elektrik? 62
5.2.2.2 Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi
pemilihan pelajar di dalam kursus elektrik? 65
5.2.2.3 Adakah faktor bimbingan dan kaunseling
di sekolah mempengaruhi pemilihan pelajar
di dalam kursus elektrik? 67
5.2.2.4 Adakah faktor peluang kerjaya
mempengaruhi pemilihan pelajar di dalam
kurus elektrik? 69
5.3 Rumusan Perbincangan 73
5.4 Cadangan 74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN 85
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 3.1 Skala Likert, bahagian B 34
Jadual 3.2 Ringkasan Skala Likert 34
Jadual 3.3 Agihan soalan mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian 34
Jadual 3.4 Skala Nilai Min 37
Jadual 4.1: Maklum balas dan skor skala Likert terhadap item 41
Jadual 4.2: Taburan kekerapan dan peratus mengikut jantina 41
Jadual 4.3: Taburan kekerapan dan peratus mengikut umur 42
Jadual 4.4: Taburan kekerapan dan peratus mengikut bangsa 43
Jadual 4.5: Taburan kekerapan dan peratus mengikut tahun pengajian 43
Jadual 4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi faktor minat
yang mempengaruhi pemilihan pelajar dalam kursus elektrik. 46
Jadual 4.7: Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi faktor rakan sebayayang
mempengaruhi pemilihan pelajar dalam kursus elektrik. 49
Jadual 4.8: Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi faktor aktiviti bimbingan
dan kaunseling di sekolah yang mempengaruhi pemilihan pelajar
dalam kursus elektrik. 52
Jadual 4.9: Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi faktor peluang kerjaya
yang mempengaruhi pemilihan pelajar dalam kursus elektrik. 56
Jadual 4.10: Analisis keseluruhan dapatan persoalan kajian 59
Jadual 5.1 Analisis keseluruhan dapatan persoalan kajian 63
xii
SENARAI SINGKATAN
Bil - Bilangan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
IKM - Institut Kemahiran Mara
IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara
ILP - Institut Latihan Perindustrian
IPT - Institut Pengajian Tinggi
JPPKK - Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti
K - Kekerapan
KS - Kurang Setuju
NO - Nombor
PSM - Projek Sarjana Muda
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
S - Setuju
S.A.W - Sallallahu `alaihi wasallam
S.W.T - Subhanahu Wa Ta`ala
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPM (V) - Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
SPSS - Statical Package For The Social Sciences
SS - Sangat Setuju
xiii
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 85
B Surat Pengesahan Kolej Komuniti 91
C Surat Pengesahan Pelajar 93
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat 94
E Surat Pengesahan Soal Selidik 95
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selepas tamat persekolahan, setiap pelajar akan melalui proses pemilihan di
dalam kehidupannya samada memilih untuk bekerja ataupun menyambung pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi mengikut cita-cita yang diimpikan. Pelbagai kursus
yang ditawarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta di negara ini. Pelajar boleh memilih kursus kemahiran, teknikal,
perubatan, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Kursus-kursus di institusi-institusi
inilah yang akan membantu pelajar mencapai cita-cita atau kerjaya yang diimpikan
bagi menjamin kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Bagi mencapai kerjaya
ini, pelajar perlu membuat pemilihan kursus dengan bijak dan tepat bersesuaian
dengan kebolehan diri, minat, kepuasan dan dapat menjamin masa hadapan mereka.
Kursus yang dipilih di peringkat pengajian akan mempengaruhi pemilihan
kerjaya pelajar. Kebanyakan pelajar akan memilih pekerjaan atau kerjaya yang
berkaitan dengan kursus yang mereka pelajari untuk mereka praktikkan semasa
bekerja. Menurut Hairunnaja (2005), pemilihan kerjaya yang tepat dan sempurna
2
secara tidak langsung menentukan kebahagiaan hidup seseorang. Memilih kerjaya
yang sesuai dengan diri boleh mendatangkan kebahagiaan dan kegembiraan.
Sebaliknya, pemilihan kerjaya yang tidak sesuai boleh mendatangkan kedukaan dan
kesedihan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa langkah pertama dalam memilih
kerjaya berasal dari pemilihan kursus. Apabila seseorang itu membuat kesilapan
dalam memilih kursus di peringkat pengajian tinggi, ia juga akan memberi kesan
kepada kerjaya yang dipilih di masa hadapan.
Pemilihan kursus bagi pengajian di peringkat yang lebih tinggi perlu
dilakukan dengan berhati-hati. Ia perlu mengambil kira pandangan pihak lain
umpamanya ibu bapa, para guru, ataupun tokoh yang telah berjaya dalam bidang
berkaitan. Di samping itu, pelajar perlu bersikap proaktif dan bijak dalam usaha
mendapatkan maklumat berkenaan kursus, institusi pengajian dan potensi kerjaya
berkaitan. Hal ini membantu pelajar membuat keputusan terbaik berdasarkan kepada
maklumat yang diperoleh. Terdapat pelbagai jenis sumber maklumat yang boleh
diteroka oleh pelajar, umpamanya melalui laman web rasmi sesebuah institusi
pengajian, forum maya, karnival pengajian tinggi, hari terbuka kampus, risalah,
majalah,buku-buku panduan kerjaya yang terkini serta sumber-sumber yang lain.
Oleh itu, pelajar perlu membuat keputusan samada untuk menyambung pelajaran di
dalam bidang teknikal, pengurusan ataupun bidang-bidang lain. Oleh itu, pelajar
perlu bersedia dan memikirkan perkara berkaitan pemilihan kursus dengan lebih
awal lagi di peringkat persekolahan.
Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian yang baru di bidang
perindustrian memerlukan pelbagai jenis dan peringkat kemahiran tenaga manusia
untuk memperkembangkan ekonomi Negara. Seperti yang telah diketahui, pada masa
kini, permintaan industri terhadap tenaga kerja yang berkemahiran dan
berpengetahuan adalah sangat tinggi. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk
menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi keperluan dan
permintaan industri di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat ekoran daripada penubuhan
sekolah-sekolah teknik dan vokasional, Giat Mara, Kolej Komuniti, ILP, IKM, IKBN
dan sebagainya. Institusi-institusi ini menawarkan pelbagai kursus dan bidang
3
kemahiran dan teknikal seperti kursus elektrik dan elektronik, pertanian dan
landskap, fesyen dan jahitan, keusahawanan, perakaunan dan sebagainya. Penawaran
dan juga permintaan terhadap kursus-kursus kemahiran dan teknikal ini juga tinggi di
peringkat IPT. Oleh itu, pelajar mempunyai banyak peluang bagi mempelajari dan
menceburi bidang ini di Institusi Pengajian Tinggi dan juga industri.
Pada pertengahan tahun 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan
Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan
tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan
parlimen. Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi
yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan
memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga
kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
(Memorandum Daripada Menteri Pendidikan-Penubuhan Kolej Komuniti)
http://www.kkkla.edu.my
Menurut Kamarudin, Ketua Pengarah Kolej Komuniti (2010) menyatakan
bahawa Kolej Komuniti berperanan membantu kerajaan dalam meningkatkan tahap
kemahiran serta ilmu kepada rakyat Malaysia, khasnya masyarakat setempat dalam
usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir ataupun separa professional bagi tujuan
pembangunan negara di samping meningkatkan tahap sosio ekonomi isi rumah.
Jesteru itu, dalam usaha untuk melaksanakan hasrat murni kerajaan, Kolej Komuniti
telah menawarkan beberapa kursus kemahiran dalam bentuk sijil dan diploma secara
sepenuh masa, separuh masa ataupun melalui kursus-kursus pendek. Melalui kursus-
kursus inilah, pelajar dapat membina dan merancang kerjaya bagi masa hadapan
mereka lebih-lebih lagi kepada pelajar yang ingin menceburi bidang kemahiran dan
teknikal. Dengan itu, mereka bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga kerja
Negara, malah dapat memajukan pembangunan dan industri di Negara ini. Selain itu,
Malaysia juga dapat melahirkan ramai pelajar dan tenaga kerja yang berkemahiran di
peringkat antarabangsa.
4
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa Kolej Komuniti adalah
merupakan salah sebuah institusi kemahiran yang ditubuhkan dibawah Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia dengan tujuan memberi laluan alternatif kepada pelajar-
pelajar lepasan menengah mendapatkan pengetahuan serta kemahiran. Selain itu,
Kolej Komuniti juga merupakan satu institusi pengajian yang menawarkan banyak
peluang kepada pelajar bagi merancang dan membina pembentukan awal kerjaya di
dalam bidang kemahiran dan teknikal seperti elektrik dan elektronik, pertanian dan
landskap, fesyen dan jahitan, perakuanan dan sebagainya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Siti Salleha (2008), keperluan industri di Malaysia telah banyak
berubah disebabkan oleh pembangunan teknologi dan penyusunan semula industri.
Kini industri memerlukan banyak pekerja mahir, berkemahiran tinggi dan pakar
dalam sesuatu bidang pekerjaan. Justeru itu, Malaysia perlu menyediakan program-
program latihan yang sistematik yang dapat memenuhi keperluan industri.
Menyedari keperluan tenaga mahir yang semakin meningkat, Kementerian Pengajian
Tinggi telah menubuhkan Kolej Komuniti yang menyediakan kursus-kursus
kemahiran kepada pelajar bagi memenuhi keperluan dan kehendak industri.
Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan dan kursus-kursus yang
ditawarkan di peringkat pengajian tinggi, namun pelajar masih bermasalah dalam
membuat keputusan dalam pemilihan kursus selepas tamatnya persekolahan.
Kebanyakan masalah pemilihan kursus ini dihadapi oleh pelajar yang baru
menamatkan persekolahan dan ingin menyambung ke pengajian yang lebih tinggi
mengikut bidang yang diminati. Masalah utama yang sering dihadapi oleh remaja
masa kini adalah untuk membuat pemilihan kursus yang menepati minat, kebolehan,
bakat dan sahsiah diri mereka sendiri (Rodzimah, 2000). Pelbagai perkara yang perlu
di fikirkan dan diambil kira oleh pelajar dalam membuat pilihan bagi masa hadapan
5
mereka. Selain itu juga, masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar adalah
kursus yang perlu di ambil oleh mereka. Kadangkala, sebilangan pelajar masih tidak
mengetahui kursus yang akan mereka pilih untuk mereka sambung ke peringkat
pengajian tinggi.
Kursus elektrik dikatakan kursus yang melibatkan kemahiran dan teknikal
yang semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelajar
khasnya pelajar lelaki di Negara ini. Kursus kejuruteraan elektrik di Malaysia telah
mula beroperasi di awal 70 an dan merupakan industri yang terbesar di Malaysia.
Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3 (2001-2010), dijangkakan seramai
64,974 orang guna tenaga kerja yang bertugas sebagai jurutera elektrik diperlukan.
Memandangkan kepada perkembangan ini, adalah menjadi satu hakikat bahawa perlu
dipertingkatkan program latihan selaras dengan perkembangan dari masa ke semasa
untuk memenuhi keperluan guna tenaga bagi tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya.
Oleh itu, terdapat pelbagai mata pelajaran berkaitan kemahiran, latihan dan kursus-
kursus kemahiran serta institut-institut kemahiran ditawarkan dan ditubuhkan bagi
memenuhi keperluan tenga kerja dalam bidang elektrik oleh kerajaan. Selain itu,
program latihan kemahiran juga boleh diperolehi bermula dari sekolah rendah dalam
komponen mata pelajaran kemahiran hidup sehingga ke peringkat universiti yang
mana pelajar boleh memilih bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik secara
khusus. (Farizah, 2008).
Oleh itu, situasi ini memberi penekanan terhadap kepentingan para pelajar
untuk membuat pemilihan kursus yang betul berdasarkan faktor-faktor tertentu yang
telah dikenlapsti.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Siti Salleha (2008), kursus-kursus kemahiran adalah sangat penting
dan banyak memberi peluang pekerjaan. Terdapat pelbagai kursus yang ditawarkan
oleh institusi-institusi pengajian kepada pelajar di Negara ini. Selain itu, permintaan
industri terhadap tenaga kerja mahir semakin meningkat dengan berkembangnya
teknologi serta sektor perindustrian di Negara ini. Kursus elektrik ini juga kini
dikatakan semakin popular dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pelajar
di seluruh institusi pengajian tinggi dan juga institut-institut kemahiran lebih-lebih
lagi di kalangan pelajar lelaki.
Disebabkan ramai pelajar yang mengalami masalah dalam membuat
pemilihan kursus dan memandangkan kursus elektrik adalah kursus yang berkaitan
dengan bidang kerja di industri berasaskan elektrik yang semakin berkembang, maka
penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar dalam
kursus elektrik di salah sebuah Kolej Komuniti di negeri Selangor. Di dalam
membuat kajian ini, penyelidik hanya melihat faktor-faktor dari segi minat, pengaruh
rakan sebaya, aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah dan faktor peluang
kerjaya.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini di buat adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti adakah faktor minat mempengaruhi pemilihan pelajar
di dalam kursus elektrik.
7
1.4.2 Mengenalpasti adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan
pelajar di dalam kursus elektrik.
1.4.3 Mengenalpasti adakah faktor aktiviti bimbingan dan kaunseling di
sekolah mempengaruhi pemilihan pelajar di dalam kursus elektrik.
1.4.4 Mengenalpasti adakah faktor peluang kerjaya mempengaruhi
pemilihan pelajar di dalam kursus elektrik.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah faktor minat mempengaruhi pemilihan pelajar di dalam
kursus elektrik?
1.5.2 Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan pelajar di
dalam kursus elektrik?
1.5.3 Adakah faktor aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah
mempengaruhi pemilihan pelajar di dalam kursus elektrik?
1.5.4 Adakah faktor peluang kerjaya mempengaruhi pemilihan pelajar di
dalam kursus elektrik?