FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MENGHANTAR
ANAK KE PRASEKOLAH KEMAS DI PARLIMEN GELANG PATAH,
JOHOR
NORHAMIZA BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NORHAMIZA BINTI ISMAIL
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
♦
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MENGHANTAR ANAK KE PRASEKOLAH KEMAS DI PARLIMEN GELANG PATAH JOHOR
(HURUF BESAR)
PROF.MADYA DR.AZIZI BIN YAHAYA (NAMA PENYELIA) D2 RUMAH KILANG GETAH
FELDA TELOI TIMUR 09300 KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
Tarikh : …………………………………….
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI IBU BAPA MENGHANTAR ANAK
KE PRASEKOLAH KEMAS DI PARLIMEN GELANG PATAH JOHOR
NORHAMIZA BINTI ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : NORHAMIZA BINTI ISMAIL.
Tarikh : ……………………………….
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah SWT Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat yang teristimewa,
Ayahanda dan bondaku yang dikasihi lagi disayangi
Ismail Bin Hashim dan Norainai Binti Ramli,
Yang tidak kenal putus asa berdoa, memberikan dorongan dan semangat untukku,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini.
Juga salam kasih sayangku untuk adik-adikku
Mohd Effendy, Mohd Hafizzudeen, Mohd Noor Firdaus, dan Nurul Najwa
Yang sering memberikan teguran, pendapat dan contoh buatku.
Juga kepada saudara mara dan rakan seperjuangan
yang banyak membantu pengajianku,
Memenuhi dan menegur segala kekurangan,
Tidak dapatku ungkapkan diatas jasa-jasa kalian yang membantu,
Semoga ukhwafillah yang dibina antara kita berkekalan,
Menjadi manfaat bersama dihari-hari yang mendatang.
Dan tidak lupa juga diucapkan kepada
Pensyarah pembimbing yang dikasihi dan dihormati,
Profesor Madya Dr. Azizi Bin Yahaya,
Kerana begitu bersabar dan tanpa jemu membimbingku,
Untuk menyiapkan Projek sarjana Muda ini.
Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan kalian semua
Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan
iv
PENGHARGAAN
``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam,
selawat serta salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ikhlas
sehingga ke akhirnya.
Sekalung budi saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Profesor Madya
Dr.Azizi Bin Yahaya. Beliau telah banyak mencurahkan ilmu, nasihat, dorongan dan
bantuan. Tanpa bantuan beliau, Projek Sarjana Muda ini mungkin mempunyai
banyak masalah dan tidak berjalan dengan lancar. Beliau juga turut sama membantu
saya tentang cara untuk mendapatkan maklumat, membuat dan menyusun tajuk di
setiap bab sepanjang pertemuan saya dengan beliau.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu saya
iaitu Noraini Binti Ramli dan bapa saya Ismail Bin Hashim telah banyak
memberikan sokongan dan bantuan terutamanya sekali dari segi kewangan. Tanpa
bantuan dan sokongan ibu bapa saya, projek ini kemungkinan tidak dapat diteruskan
dengan sebaik-baiknya. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain yang
sama-sama bertungkus-lumus membantu dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda
ini.
Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada
saya dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan.
Segala yang baik itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya
sendiri.
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi ibu bapa terhadap
penghantaran anak ke Prasekolah KEMAS di Parlimen Gelang Patah, Johor. Faktor-
faktor yang dikaji adalah kaedah pembelajaran, peralatan dan kemudahan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran, latihan dan kelayakan guru, sikap guru,
agama dan politik. Dua set borang soal-selidik digunakan sebagai instrumen dalam
kajian ini. Borang soal-selidik ini telah diedarkan kepada 24 orang guru Prasekolah
KEMAS dan 180 orang ibu bapa yang menghantar anak ke Prasekolah KEMAS di
Parlimen Gelang Patah. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan. Data-
data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 12.0. Darjah
kebolehpercayaan (alpha croncbach) bagi item soal-selidik untuk ibu bapa dan guru
adalah 0.910 dan 0.875. Hasil dapatan menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dikaji
sangat mempengaruhi ibu bapa terhadap penghantaran anak ke Prasekolah KEMAS
di Parlimen Gelang Patah. Walaubagaimanapun tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara kaedah pembelajaran, peralatan dan kemudahan pembelajaran,
persekitaran pembelajaran, latihan dan kelayakan guru, sikap guru, agama dan politik
dengan pencapaian pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini
dalam usaha untuk memperbaiki tahap pendidikan Prasekolah KEMAS. Hasil
dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan membantu
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak KEMAS.
ABSTRACT
The aim of this study is to investigate the factors that influenced parents to send their
children to KEMAS Preschool at Parlimen Gelang Patah, Johor. The factors that
were taken into consideration were teaching method, teaching equipment and
facilities, teaching environment, teacher training and qualification, teacher’s attitude,
religion and politic. Two set of questionnaire was designed as the research instrument
for this study. It was distributed to 24 KEMAS Preschool teachers and 180 parents
whose children attended the KEMAS Preschool at the area of Parlimen Gelang Patah.
This sample was randomly selected. The data was analyzed using Statistical Package
for Social Science (SPSS) Version 12.0. The alpha croncbach of the questionnaire
item for both parents and teachers were 0.910 and 0.875. The findings indicated that
the factors involve highly influenced the parents to send their children to KEMAS
Preschool. However, the findings do not demonstrate any relationship between the
factors involved with the student achievement. In conclusion, some recommendations
have been made to further improve the KEMAS Preschool education. Researcher also
hopes that, the outcome of this research can help in further study and solve problems
faced by KEMAS.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI RAJAH xx
SENARAI LAMPIRAN xxi
SENARAI SINGKATAN xxii
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 5
1.3 Pernyataan masalah 9
1.4 Objektif kajian 10
1.5 Persoalan kajian 11
1.6 Hipotesis kajian 12
1.7 Kepentingan kajian 14
1.7.1 Agensi yang membangunkan program 14
prasekolah
1.7.2 Pihak pengurusan prasekolah 14
1.7.3 Guru-guru 15
1.7.4 Ibu bapa 15
1.7.5 Kanak-kanak 16
1.8 Skop dan batasan kajian 16
1.9 Definisi terminologi 17
1.9.1 Guru prasekolah 17
1.9.2 Prasekolah 17
1.9.3 Kurikulum 18
1.9.4 Persekitaran pembelajaran 18
1.9.5 Sikap guru 18
1.9.6 Kaedah pembelajaran 18
1.9.7 Agama 19
1.9.8 Politik 19
1.9.9 Latihan guru 19
1.9.10 Kemudahan pembelajaran 19
1.9.11 Prasekolah KEMAS 20
1.9.12 Tadika Perpaduan 20
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Kajian lepas 22
2.2.1 Kepentingan faktor sikap guru prasekolah 22
dalam pemilihan prasekolah oleh ibu bapa
2.2.2 Kepentingan kaedah pengajaran dalam 24
pemilihan prasekolah oleh ibu bapa
2.2.3 kepentingan persekitaran pembelajaran 28
dalam pemilihan prasekolah oleh ibu bapa
2.2.4 Kepentingan latihan guru prasekolah dalam 30
pemilihan prasekolah oleh ibu bapa
2.2.5 Kepentingan peralatan dan kemudahan 32
pembelajaran dalam pemilihan prasekolah
oleh ibu bapa
2.3 Model Kurikulum Prasekolah 33
2.3.1 Model pestalozzi 34
2.3.2 Model froebel 34
2.3.3 Model montessori 37
2.3.4 Penggunaan model montessori sebagai 42
model kajiaan
2.4 Teori perkembangan kanak-kanak yang berkaitan 43
2.4.1 Teori psikodinamik 43
2.4.2 Tori perkembangan kognitif 44
2.4.3 Penggunaan teori perkembangan kognitif 48
sebagai teori kajian
2.4.4 Kerangka kajian 49
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk kajian 52
3.3 Tempat kajian 52
3.4 Populasi dan sampel 52
3.5 Instrumen kajian 56
3.6 Tahap Penilaian Berdasrkan Min 59
3.7 Interpretasi jadual 60
3.8 Kajian rintis 60
3.9 Penganalisian data 61
3.10 Kesahan instrumen 62
3.10.1 Kebolehpercayaan instrumen 63
3.11 Prosedur kajian 65
BAB PERKARA MUKA SURAT
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 66
4.2 Keputusan dan analisis data Bahagian A 68
4.2.1 Bahagian A borang soal selidik guru 68
4.2.1.1 Umur 68
4.2.1.2 Status perkahwinan 69
4.2.1.3 Tempoh berkhidmat 69
4.2.1.4 Gaji bulanan 70
4.2.1.5 Pendidikan tertinggi 71
4.2.2 Bahagian A borang soal selidik ibu bapa 71
xi
4.2.2.1 Bangsa 72
4.2.2.2 Agama 72
4.2.2.3 Pendidikan tertinggi 73
4.2.2.4 Pendapatan 74
4.3 Keputusan dan analisa Bahagian B 75
4.3.1 Apakah kaedah pembelajaran yang 76
disediakan oleh Prasekolah KEMAS
bersesuaian dengan peringkat
perkembangan serta minat kanak-kanak?
4.3.2 Apakah pihak prasekolah kemas 79
menyediakan peralatan dan kemudahan
pembelajaran?
4.3.3 Apakah faktor persekitaran pembelajaran 82
mempengaruhi ibubapa atau penjaga
Menghantar anak-anak mereka ke
Prasekolah KEMAS?
4.3.4 Apakah tenaga pengajar di KEMAS 85
mempunyai kelayakan dan latihan
perguruan prasekolah?
4.3.5 Apakah faktor sikap guru,politik,dan 88
agama mempengaruhi ibubapa serta
penjaga menghantaranak mereka ke
Prasekolah KEMAS?
4.3.5.1 Apakah faktor sikap guru 88
mempengaruhi ibubapa serta
penjaga menghantar anak mereka
ke Prasekolah KEMAS?
4.3.5.2 Apakah Faktor agama 90
mempengaruhi ibubapa serta
penjaga menghantar anak mereka
ke Prasekolah KEMAS?
xii
4.3.5.3 Apakah faktor politik 93
mempengaruhi ibubapa serta
penjaga menghantar anak mereka
ke Prasekolah KEMAS?
4.3.6 Pencapaian pelajar dari persepsi ibu bapa 97
4.3.7 Pencapaian pelajar dari persepsi guru 99
4.4 Pengujian hipotesis 103
4.4.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat hubungan 103
yang signifikan antara kaedah pembelajaran
dengan pencapaian pelajar
4.4.2 Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan 104
yang signifikan antara peralatan dan
kemudahan pembelajaran dengan pencapaian
pelajar
4.4.3 Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan 105
yang signifikan antara persekitaran
pembelajaran dengan pencapaian pelajar
4.4.4 Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan 106
yang signifikan antara kelayakan dan
latihan guru dengan pencapaian pelajar
4.4.5 Hipotesis 5: Tidak terdapat hubungan 107
yang signifikan antara sikap guru dengan
pencapaian pelajar
4.4.6 Hipotesis 6: Tidak terdapat hubungan 108
yang signifikan antara faktor agama dengan
pencapaian pelajar
4.4.7 Hipotesis 7: Tidak terdapat hubungan 109
yang signifikan antara faktor politik
dengan pencapaian pelajar
xiii
BAB PERKARA MUKA SURAT
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 110
5.2 Rumusan 111
5.3 Perbincangan hasil kajian 113
5.3.1 Latarbelakang responden 114
5.3.1.1 Guru 114
5.3.1.2 Ibu bapa 115
5.3.2 Perbincangan hasil kajian berdasarkan 116
berdasarkan persoalan kajian
5.3.2.1 Persoalan Kajian 1: Apakah kaedah 116
pembelajaran yang disediakan oleh
Prasekolah KEMAS bersesuaian
dengan peringkat perkembangan
serta minat kanak-kanak?
5.3.2.2 Persoalan Kajian 2: Apakah pihak 118
Prasekolah KEMAS menyediakan
peralatan dan kemudahan
pembelajaran?
5.3.2.3 Persoalan Kajian 3: Apakah faktor 120
persekitaran pembelajaran
mempengaruhi ibu bapa atau penjaga
menghantar anak-anak mereka ke
Prasekolah KEMAS?
5.3.2.4 Persoalan Kajian 4: Apakah tenaga 121
pengajar di KEMAS mempunyai
kelayakan dan latihan perguruaan
prasekolah?
5.3.2.5 Persoalan Kajian 5: Apakah faktor 123
sikap guru, politik, dan agama
mempengaruhi ibu bapa serta
xiv
penjaga menghantar anak mereka ke
Prasekolah KEMAS?
5.3.2.5.1Apakah faktor sikap guru 123
mempengaruhi ibu bapa
serta penjaga menghantar
anak mereka ke Prasekolah
KEMAS?
5.3.2.5.2Apakah faktor agama 125
mempengaruhi ibu bapa serta
penjaga menghantar anak mereka
ke Prasekolah KEMAS?
5.3.2.5.3Apakah faktor politik 127
mempengaruhi ibu bapa serta
penjaga menghantar anak mereka
ke Prasekolah KEMAS?
5.3.3 Perbincangan hasil kajian berdasarkan 128
hipotesis kajian
5.3.3.1 Hipotesis 1: Tidak terdapat 128
hubungan yang signifikan antara
kaedah, peralatan dan persekitaran
pembelajaran dengan pencapaian
pelajar
5.3.3.2 Hipotesis 2: Tidak terdapat 130
hubungan yang signifikan antara
faktor dominan seperti kelayakan
dan latihan guru,sikap guru, agama
dan politik dengan pencapaian pelajar
prasekolah.
5.4 Cadangan 133
5.4.1 Kementerian Pembangunan Negara Dan 133
Luar Bandar
5.4.2 Guru prasekolah 133
5.4.3 Latihan pendidik 134
5.4.4 Penglibatan ibu bapa di prasekolah 135
xv
5.4.5 Aktiviti penglibatan ibu bapa dan guru 135
5.5 Cadangan kajian lanjutan 136
5.6 Penutup 137
BIBLIOGRAFI 138
LAMPIRAN
xvi
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
1.1 Bilangan Tabika Kemas 6
1.2 Bilangan pelajar mengikuti program prasekolah 7
di agensi kerajaan dan swasta bagi tahun 2004
3.1 Bilangan Populasi (Ibu bapa) Bagi Prasekolah 53
KEMAS Parlimen Gelang Patah
3.2 Bilangan Populasi (Guru) Bagi Prasekolah KEMAS 54
Parlimen Gelang Patah
3.3 Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie 55
dan Morgan
3.4 Item Mengikut Persoalan Kajian Dalam Soal Selidik 58
Ibu Bapa
3.5 Item Mengikut Persoalan Kajian Dalam Soal Selidik 58
Guru
3.6 Skala Likert 59
3.7 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 59
3.8 Jadual Guilford’s Rule of Thumb 60
3.9 Ringkasan Statistik 62
3.10 Nilai Alpha Cronbach 64
3.11 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan 64
Kajian (borang soal selidik ibu bapa)
3.12 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan 65
Kajian (borang soal selidik guru)
4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 67
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Guru) 68
Mengikut Umur.
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Guru) 69
Mengikut Status Perkahwinan
xvii
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Guru) 69
Mengikut Tempoh Berkhidmat Sebagai Guru
Prasekolah Kemas
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Guru) 70
Mengikut Gaji Bulanan
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Guru) 71
Mengikut Pendidikan Tertinggi
4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Ibu Bapa) 72
Mengikut Bangsa
4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Ibu Bapa) 72
Mengikut Agama.
4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Ibu Bapa) 73
Mengikut Pendidikan Tertinggi.
4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden(Ibu Bapa) 74
Mengikut Pendapatan
4.11 Taburan Bilangan Responden (Guru) Mengikut Peratusan, 76
Min, Dan Sisihan Piawai Bagi Kaedah Pembelajaran Yang
Disediakan Oleh Prasekolah KEMAS (n=24)
4.12 Taburan Bilangan Responden(Guru) Mengikut Tahap 78
Skor Bagi Faktor Kaedah Pembelajaran Di Prasekolah
KEMAS
4.13 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 79
Peratusan, Min, Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor
Penyediaan Peralatan Dan Kemudahan Pembelajaran
Di Prasekolah KEMAS (n = 180)
4.14 Taburan Bilangan Responden(ibu bapa) Mengikut Tahap 81
Skor Bagi Faktor Penyediaan Peralatan Dan Kemudahan
Pembelajaran Di Prasekolah KEMAS
4.15 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 82
Peratusan, Min, dan Sisihan Piawai Bagi Faktor
Persekitaran Pembelajaran. (n = 180)
4.16 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut Tahap 84
Skor Bagi Faktor Persekitaran Pembelajaran Mempengaruhi
xviii
Ibu Bapa Atau Penjaga Menghantar Anak-anak Mereka
ke Prasekolah KEMAS
4.17 Taburan bilangan responden(Guru) mengikut peratusan, 85
min, dan sisihan piawai terhadap kelayakan dan latihan
perguruan prasekolah. (n = 24)
4.18 Taburan Bilangan Responden(Guru) Mengikut Tahap 87
Skor Bagi Kelayakan Dan Latihan Perguruan Prasekolah
4.19 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 88
Peratusan, Min, Dan Sisihan Piawai Terhadap Terhadap
Faktor Sikap Guru(n = 180)
4.20 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut Tahap 90
Skor Bagi Faktor Sikap Guru
4.21 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 91
Peratusan, Min, Dan Sisihan Piawai Terhadap Terhadap
Faktor Agama. (n = 180)
4.22 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut Tahap 92
Skor Bagi Faktor Agama
4.23 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 93
Peratusan, Min, Dan Sisihan Piawai Terhadap Terhadap
Faktor Politik (n = 180)
4.24 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut Tahap 95
Skor Bagi Faktor Politik
4.25 Faktor sikap guru, politik, dan agama 96
4.26 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut Skor 96
Bagi Faktor Sikap Guru, Politik, dan agama
4.27 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 97
Peratusan, Min, Dan Sisihan Piawai Terhadap Pencapaian
Pelajar. (n = 180)
4.28 Taburan Bilangan Responden(Ibu Bapa) Mengikut 99
Tahap Skor Bagi Pencapaian Pelajar
4.29 Taburan Bilangan Responden(Guru) Mengikut Peratusan, 100
Min, Dan Sisihan Piawai Terhadap Pencapaian Pelajar.
(n = 24)
xix
4.30 Taburan Bilangan Responden(Guru) Mengikut Tahap 102
Skor Bagi Pencapaian Pelajar
4.31 Hubungan Kaedah Pembelajaran Dengan Pencapaian 103
Pelajar
4.32 Hubungan Peralatan dan Kemudahan Pembelajaran 104
Dengan Pencapaian Pelajar
4.33 Hubungan Persekitaran Pembelajaran Dengan 105
Pencapaian Pelajar
4.34 Hubungan Kelayakan Dan Latihan Guru Dengan 106
Pencapaian Pelajar
4.35 Hubungan Sikap Guru Dengan Pencapaian Pelajar 107
4.36 Hubungan Faktor Agama Dengan Pencapaian Pelajar 108
4.37 Hubungan Faktor Agama Dengan Pencapaian Pelajar 109
xx
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
2.1 Kerangka Kajian Mengikut Model 50
Montessori dan Teori Kognitif
xxi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik Guru
B Borang Soal Selidik Ibu Bapa
C Pengesahan Pakar : En.Shahrin Bin Hashim
D Surat Akuan Pelajar
xxii
SENARAI SINGKATAN
UKM Universiti Kebangsaan Malysia
3M Membaca, Menulis, Mengira
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
UNICEF United Nations International Children’s Emergency Fund
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
TABIKA Taman Bimbingan Kanak-kanak
TADIKA Taman Didikan Kanak-kanak
MCA Malaysia Chinese Association
PAS Parti Islam SeMalysia
ABIM Angkatan Belia Malaysia
SC Suruhanjaya Sekuriti
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
SPSS - Statistical Package for Science Social
FELDA - Federal Land Development Authority
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan prasekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
persediaan sebelum memasuki alam persekolahan di peringkat sekolah rendah.
Menurut Kamus Dewan (edisi ke tiga 2000) ‘pra’ bermaksud awalan yang
bermakna sebelum. ‘Sekolah’ bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar,
tempat menerima dan memberi pelajaran. Manakala ‘prasekolah’ bermaksud
sebelum memasuki sekolah. (Feeney, 1979) menyatakan kebanyakan program
pendidikan prasekolah adalah program setengah hari yang menekankan
perkembangan sosio emosi kanak-kanak dan menyediakan aktiviti pengkayaan.
(Day, 1988). Matlamat pendidikan ini tidak menyediakan penjanaan secara
menyeluruh dan perkhidmatan yang komprehensif kepada kanak-kanak tetapi
sebaliknya menyediakan peluang kepada mereka bagi perkembangan akademik,
intelek, sosial, emosi dan fizikal melalui program-program aktiviti yang benar-
benar menyeluruh.
Pendidikan prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia menggariskan matlamat pendidikan
prasekolah untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
2
pertumbuhan diri yang seimbang supaya kanak-kanak menjadi individu yang
bermanfaat dan berfaedah kepada diri, keluarga dan masyarakat berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berjiwa bangsa Malaysia. Sejajar dengan
ini, pendidikan prasekolah wajib meletakkan asas yang kukuh dalam diri kanak-
kanak untuk memasuki dunia persekolahan dan pendidikan sepanjang hayat.
Aspek yang penting ialah memupuk motivasi belajar, meletakkan asas nilai
keagamaan dan moral yang kuat mengenai asas-asas dalam kemahiran sosial,
mengembang potensi dan kreativiti kanak-kanak dan juga menyemai jiwa bangsa
Malaysia yang cintakan Negara. (Rohaty Mohd.Majzub & Abu Bakar Nordin,
1989).
Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri
sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana
pendidikan prasekolah adalah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia.
Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Kebangsaan Pendidikan ,
Disember 1981)
• Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-
kanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik.
• Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan
mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah
satu.
• Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi
persediaan pembelajaran yang sudah lengkap.
• Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan
pembelajaran yang tidak lengkap.
• Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri,
kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta
menambahkan keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk
kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M.
3
• Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap
keindahan alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.
• Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan
• Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral
• Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.
• Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat
memperkembangkan fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat
pendidikan prasekolah dilengkapi dengan alat permainan untuk kanak-
kanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.
• Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi
kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya
mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat
dengan berlandaskan rukun negara.
Fungsi pendidikan prasekolah menjelang tahun 2020 mungkin akan
bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan
seperti berikut:
• Perkembangan menyeluruh kanak-kanak
• Kesediaan akademik untuk bersekolah
• Penjagaan kanak-kanak
• Perkembangan personaliti kanak-kanak
• Pendidikan keibubapaan
• Perkembangan kerohanian
• Perkembangan daya kreatif
Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2020
akan menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik
yang merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di
4
dalam menyelaraskan peranan dan fungsi prasekolah sebenarnya terhadap bidang
pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi
membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki
persekolahan lebih awal. Institusi-institusi prasekolah ini dikelolakan oleh
beberapa badan tertentu seperti KEMAS, Felda, Pertiwi, Darul-Arqam, Polis
Diraja Malaysia, Persatuan Tadika Malaysia dan tadika-tadika persendirian.
Semua institusi prasekolah ini mempunyai tujuan dan rancangan-rancangannya
tersendiri. Pendidikan yang diberikan ialah menyediakan kanak-kanak bagi
meneruskan perkembangan yang lebih sihat. Dengan ini dapatlah kanak-kanak
menyesuaikan diri mereka bagi mengambil peranan yang lebih berkesan semasa
di sekolah kelak.
Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti
pendidikan prasekolah sama ada dari keluarga yang mempunyai latarbelakang
sosio-ekonomi tinggi atau rendah memperolehi pencapaian yang tinggi semasa di
darjah I dan darjah II (Halim, 1989) dalam Laporan Kajian Kesan Pendidikan
Prasekolah (1993). Dari kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dengan kerjasama UNICEF (United Nations International Children’s
Emergency Fund) (1980-1984) didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai
pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan
formal di sekolah rendah. Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya
pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah.
Ketika ini kegiatan yang dijalankan di pusat-pusat prasekolah disambut
baik. Sokongan menggalakkan ini timbul daripada kesedaran bahawa pendidikan
yang diberikan oleh keluarga di rumah mungkin tidak mencukupi. Permintaan
yang tinggi dikalangan ibubapa yang ingin anak mereka menjadi cemerlang dan
terbaik telah menyebabkan pelbagai institusi pendidikan prasekolah tumbuh
5
seperti cendawan selepas hujan. Di samping itu, ia akan menuju ke arah
persaingan yang sihat di kalangan institusi ini, secara tidak langsung ia juga akan
menguntungkan ibu bapa kerana mereka mempunyai banyak pilihan dan mampu
memilih yang terbaik untuk anak-anak mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bilangan tadika yang meningkat secara mendadak sejak tahun 1970-an
sehingga kini menyebabkan kerajaan mengambil langkah bagi meningkatkan
kualiti pendidikan prasekolah. Pendidikan prasekolah yang berkualiti dapat
menyediakan kemahiran asas yang kukuh. Ini mempengaruhi kehidupan kanak-
kanak pada masa akan datang. Terdapat pelbagai agensi sama ada kerajaan
mahupun swasta membangunkan program ini.
Antara agensi kerajaan yang sedang beroperasi adalah:
• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu tadika di sekolah rendah.
• Jabatan Perpaduan Negara (Tadika Perpaduan), Kementeriaan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional.
• Jabatan Kemajuan Masyrakat (TABIKA KEMAS), Kementeriaan
Pembangunan Luar Bandar Malaysia
• Jabatan Agama Islam Negeri (KAFA)
6
Antara agensi swasta yang menawarkan program prasekolah termasuk:
• Kesatuan agama seperti Kristian, Budha dan Hindu
• Pertubuhan politik seperti Malaysian Chinese Association (MCA)
• Parti Islam SeMalaysia (PAS)
• Angkatan Belia Malaysia (ABIM)
• Badan korporat seperti Telekom, Celcom, Tenaga Nasional Berhad,
Suruhanjaya Sekuriti (SC), Petronas dan lain-lain
• Pertubuhan sukarela
• Orang persendirian
Mengikut sejarah, program Tabika KEMAS bermula pada tahun 1970
melalui projek rintis. Hanya 10 buah tabika ditubuhkan. Jadual 1.1 menunjukkan
perluasan penubuhan tabika di kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak dan
kawasan perkampungan orang asli. Bilangan tabika meningkat secara mendadak
pada tahun 1991 iaitu sebanyak 5450 berbanding 1534 buah pada tahun 1981 di
atas permintaan masyarakat (Laporan tahunan Jabatan Kemajuan Masyarakat) di
dalam Putri Zabariah et.al (2006)
Jadual 1.1: Bilangan Tabika Kemas
Sumber: Putri Zabariah et al (2006)
Tahun Bilangan Tabika
1970 10
1971 107
1981 1 534
1991 5 450
2001 6 846
2004 7 297
7
Kerajaan telah menyediakan institusi pendidikan prasekolah seperti
KEMAS dan Perpaduan. Tetapi dengan kemunculan institusi pendidikan
prasekolah swasta telah meninggalkan impak yang amat besar kepada sistem
pendidikan prasekolah yang dibangunkan oleh kerajaan. Ibu bapa masa kini lebih
cenderung untuk memilih prasekolah swasta berbanding prasekolah di bawah
kelolaan kerajaan. Situasi ini tampak lebih jelas di kawasan-kawasan bandar jika
dibandingkan dengan kawasan-kawasan kampung dan pedalaman. Situasi ini
dapat dilihat dengan statistik berikut.
Jadual 1.2: Bilangan pelajar mengikuti program prasekolah di agensi kerajaan dan
swasta bagi tahun 2004
Sumber: Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia (2004)
Daripada segi bilangan murid, KEMAS hanya di hadiri oleh 214695
kanak-kanak iaitu 33 peratus daripada jumlah murid-murid prasekolah seluruh
Negara pada tahun 2004. Ibu bapa yang tinggal di kawasan kampung dan
pedalaman sudah tentulah akan memilih Prasekolah KEMAS sebagai institusi
awal pendidikan anak-anak mereka. Ini sesuai dengan objektif penubuhannya bagi
memberi peluang pendidikan awal kepada kanak-kanak luar Bandar. Kanak-
kanak ini rata-rata mempunyai ibu bapa ataupun penjaga yang kurang
Agensi Bil.Murid
KPM 76 518
KEMAS 214 695
Perpaduan 45 141
KAFA 30 597
ABIM 14 011
Swasta 276 102
Jumlah 657 064
8
berkemampuan berbanding penduduk di Bandar. Selain itu, prasekolah swasta
tidak atau kurang dibangunkan di kawasan-kawasan kampung jika dibandingkan
dengan kawasan bandar. Keadaan ini berlaku mungkin kerana faktor ekonomi
masyarakat kampung.
Jadual 1.2 juga menunjukkan pada tahun yang sama, sejumlah 3723 buah
institusi swasta iaitu 23 peratus menjalankan program pendidikan prasekolah di
seluruh negara dengan bilangan murid seramai 276102 orang (42 peratus).
Walaupun dikenanakan yuran yang lebih tinggi berbanding tadika kerajaan, tadika
swasta tetap menjadi pilihan. Prasekolah swasta adalah menjadi pilihan golongan-
golongan yang berpendapatan tinggi dan berfikiran moden terhadap taraf
pendidikan. Bagi golongan ini mereka mahu anak-anak mereka menerima
pendidikan yang berkualiti. Jadi wujudlah persepsi di mana prasekolah anjuran
kerajaan seperti KEMAS dan perpaduan adalah tidak berkualiti dan bergred D
jika hendak di bandingkan dengan prasekolah swasta yang memberikan
perkhidmatan bertaraf “first class”.
Adakah tadika anjuran kerajaan kurang menjamin tahap pencapaian anak-
anak mereka. Sekiranya ia benar-benar berlaku, maka amat malanglah ibu bapa
yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar yang terpaksa menghantar
anak mereka ke institusi anjuran kerajaan yang pastinya mempunyai taraf
pendidikan yang rendah jika dibandingkan dengan swasta. Kajian ini dibuat
adalah untuk meninjau taraf pendidikan di prasekolah KEMAS dari beberapa
aspek bagi mencari satu resolusi bagaimana pendidikan pra sekolah ini dapat
dipertingkatkan. Kajian adalah tentang aspek kaedah, peralatan, dan persekitaran
pembelajaran, kelayakan dan sikap guru. Selain itu kajian ini bertujuan melihat
sama ada faktor politik, dan agama mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-
anak mereka ke prasekolah KEMAS.
9
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini adalah untuk meninjau kenapa begitu ramai di kalangan ibu
bapa masa kini amat gemar menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan
prasekolah swasta berbanding ke tadika yang dianjurkan oleh kerajan seperti
KEMAS. Apa yang menyebabkan ibu bapa ini tidak berminat menghantar anak
mereka ke KEMAS, Sedangkan KEMAS hanya mengenakan bayaran yang
minimum. Apakah tahap kemudahan yang disediakan adalah berbeza atau
persekitaran menjadi agenda yang terpenting.
Kemampuan anak-anak menguasai sesuatu ilmu yang bukan ditahap
mereka akan menjadi satu kebanggaan kepada para ibu bapa sedangkan KEMAS
mengajar sesuatu yang relevan dengan usia anak-anak ini. KEMAS menggunakan
kurikulum yang sama seperti prasekolah swasta iaitu berdasarkan ‘Garis Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia’ yang telah diwujudkan dalam tahun
1984 oleh Kementeriaan Pendidikan. Garis panduan ini berdasarkan kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program
pendidikan prasekolah kerana ia memberi arah untuk pengajaran dan
pembelajaran. Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan
perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikel, mental, emosi, sosial
ataupun keharmonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi,
meja,almari dan rak buku, serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran
seperti pensil, buku, pembaris dan gam. Adakah faktor kelengkapan peralatan
pembelajaran yang mencukupi mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam
menghantar anak-anak mereka ke prasekolah KEMAS?.
10
Guru-guru prasekolah adalah seorang pembimbing atau pendidik yang
sama pentingnya dengan ibu bapa. Guru-guru ini memainkan peranan penting
mendidik kanak-kanak bagi membentuk perkembangan menuju arah dan aspirasi
yang dijangkakan. Oleh itu, kajian ini melihat kepada guru yang disediakan
Prasekolah KEMAS dan apakah ia juga menjadi penyebab kenapa ibubapa gemar
menghantar anak mereka kepada swasta.
1.4 Objektif Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik mengenalpasti beberapa
objektif yang perlu dicapai iaitu :
1. Mengenal pasti sama ada kaedah pembelajaran yang disediakan oleh
Prasekolah KEMAS bersesuaian dengan peringkat perkembangan dan
minat kanak-kanak.
2. Mengenal pasti sama ada terdapat peralatan dan kemudahan
pembelajaran yang disediakan oleh KEMAS.
3. Mengenal pasti sama ada faktor persekitaran pembelajaran menjadi
penyebab ibu bapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka ke
prasekolah KEMAS.
4. Mengenal pasti sama ada tenaga pengajar di KEMAS mempunyai
kelayakan dan latihan perguruan prasekolah.
11
5. Mengenal pasti faktor yang utama seperti sikap guru, politik, dan
agama mempengaruhi ibu bapa serta penjaga menghantar anak mereka
ke prasekolah KEMAS.
6. Untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
kaedah, kemudahan, dan persekitaran pembelajaran dengan
pencapaian pelajar prasekolah.
7. Untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
kelayakan dan latihan guru, sikap guru, politik dan agama dengan
pencapaian pelajar prasekolah
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian adalah seperti berikut :
1. Apakah kaedah pembelajaran yang disediakan oleh Prasekolah
KEMAS bersesuaian dengan peringkat perkembangan serta minat
kanak-kanak?
2. Apakah pihak Prasekolah KEMAS menyediakan peralatan dan
kemudahan pembelajaran?
3. Apakah faktor persekitaran pembelajaran mempengaruhi ibubapa atau
penjaga menghantar anak-anak mereka ke Prasekolah KEMAS?
12
4. Apakah tenaga pengajar di KEMAS mempunyai kelayakan dan latihan
perguruaan prasekolah?
5. Apakah faktor sikap guru, politik, dan agama mempengaruhi ibubapa
serta penjaga menghantar anak mereka ke Prasekolah KEMAS?
6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah ,
kemudahan, dan persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajar
prasekolah?
7. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan dan
latihan guru, sikap guru, politik dan agama dengan pencapaian pelajar?
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan kepada persoalan-persoalan kajian yang menguji apakah
faktor yang mempengaruhi ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke prasekolah
KEMAS sebagai pendidikan awal anak-anak mereka. Beberapa hipotesis nol telah
dibuat dan adalah seperti berikut:
Hipotesis 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah, peralatan
dan persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajar.
Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah
pembelajaran dengan pencapaian pelajar
13
Ho 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peralatan dan
kemudahan pembelajaran dengan pencapaian pelajar
Ho 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran
pembelajaran dengan pencapaian pelajar
Hipotesis 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor dominan
seperti kelayakan dan latihan guru, sikap guru, agama dan politik
dengan pencapaian pelajar.
Ho 1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kelayakan dan
latihan guru dengan pencapaian pelajar.
Ho 2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru dengan
pencapaian pelajar.
Ho 3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor agama
dengan pencapaian pelajar.
Ho 4 Tidak terdapat hubungan yang signikan antara faktor politik
dengan pencapaian pelajar