Oleh : Nurul Faizin Binti Abdullah
SK. Pekan TuaranTuaran, Sabah
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkaitan antara kesulitan ekonomi, kefungsian keluarga dengan pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak, dikalangan keluarga miskin. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk mengenalpasti sampel kajian yang terdiri daripada 110 pasang ibu-anak dan 30 bapa-anak yang berbangsa Melayu yang tinggal di daerah Besut, Terengganu. Responden ibu-anak dan bapa-anak telah ditemubual secara bersemuka oleh enumerator yang terlatih dengan menggunakan borang soal selidik.
Kemiskinan penyakit sosial yang menjadi musuh kepada nadi pembangunan sesebuah negara.
Konteks Malaysia, agenda pembasmian kemiskinan telah mula dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990
bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya dapat memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan seterusnya menyumbangkan kearah mengukuhkan perpaduan negara.
Faktor kemiskinan dan kaum Melayu sangat berkait rapat. Perspektif sejarah, dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh penjajah British.
PROFIL MISKIN TEGAR 2002/2003 DI SEMENANJUNG MALAYSIA (YANG TERTINGGI)
PROFIL MISKIN TEGAR 2002/2003 NEGERI TERENGANU MENGIKUT DAERAH (YANG TERTINGGI)
NEGERI BIL. ISI RUMAH
KELANTAN 12826
TERENGGANU
3244
KEDAH 2630
PERAK 2275
DAERAH BIL.ISI RUMAH
BESUT 911
KUALA TERENGGANU
906
MARANG 409
SETIU 341
Kajian ini direkabentuk untuk mengenalpasti perkaitan antara kesulitan ekonomi, kefungsian keluarga dengan pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak. Kajian ini dirangka dengan tujuan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:I. Apakah tahap kesulitan ekonomi dan kefungsian keluarga
dengan pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak di kalangan keluarga Melayu miskin?
II. Adakah kesulitan ekonomi dan kefungsian keluarga mempengaruhi pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak?
III. Apakah faktor unik yang menyumbang kepada pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak?
I. Memperihalkan ciri latarbelakang (umur, jumlah pendidikan, bilangan anak, pekerjaan, struktur keluarga dan pendapatan keluarga) di kalangan keluarga responden.
II. Menentukan tahap kesulitan ekonomi, kefungsian keluarga, pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak dari keluarga miskin yang dikaji.
III. Mengenalpasti magnitud perkaitan di antara latarbelakang keluarga dengan variable (kesulitan ekonomi, kefungsian keluarga, pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak) yang dikaji.
IV. Memeriksa saling perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kefungsian keluarga, pencapaian akademik dan masalah tingkahlaku anak.
V. Menentukan faktor yang berkaitan secara kelainan (prediktor unik) dengan pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak.
H01: Kesulitan ekonomi (tanggapan) tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kefungsian keluarga.
H02: Kesulitan ekonomi (objektif) tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kefungsian keluarga.
H03: Kesulitan ekonomi (tanggapan) tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik.
H04: Kesulitan ekonomi (objektif) tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik
H05: Kesulitan ekonomi (tanggapan) tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan masalah tingkah laku anak.
H06: Kesulitan ekonomi (objektif) tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan masalah tingkah laku anak.
Ho7: Kefungsian keluarga tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik.
H08: Kefungsian keluarga tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan masalah tingkah laku anak.
Kesulitan Ekonomi Merujuk kepada skor yang diperolehi dalam Economic Strain
Scale (ESQ) oleh Paerlin, Lieberman, Menaghan dan Mullan (1981) dan Economic Strain oleh Mills dan Grandsmick (1992)
Kefungsian Keluarga Merujuk kepada skor yang diperolehi daripada responden
dalam Family Assesement Device (FAD) oleh Nathan, Lawrence dan Duane (1983)
Pencapaian Akademik Jumlah markah yang diperolehi anak atau pelajar dalam
peperiksaan terkini. Masalah Tingkah Laku Anak
Merujuk kepada skor yang diperolehi daripada responden dalam Behavior Rating Index For Children (BRIC) oleh Stiffman et.al., 1983.
Demo & Cox, (2000), kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh ibubapa menyebabkan gangguan kepada kanak-kanak dan remaja dari aspek kestabilan mental, keupayaan akademik dan kesejahteraan sosioemosi kanak-kanak dan remaja berkenaan.
Zarinah (2001), kanak-kanak daripada keluarga yang menghadapi kesulitan ekonomi cenderung untuk tercicir dalam alam persekolahan dan mempunyai pencapaian akademik yang rendah.
Rozumah et.al (2004), kesulitan ekonomi boleh menjejaskan keluarga dan anak dengan penurunan kualiti hubungan keluarga-anak. Masalah tersebut juga boleh menyebabkan ketegangan dan berlakunya banyak konflik dalam keluarga.
Lokasi Besut, Terengganu
Sampel 140 responden (n=110 pasangan ibu-anak dan n=30 pasangan
bapa-anak) Keluarga Melayu, pendapatan bulanan kurang RM 529,
mempunyai anak berumur 12-18 tahun. Pengumpulan Maklumat
Borang soal selidik
Pengukuran Angkubah Angkubah Bebas (latar belakang keluarga, kesulitan ekonomi
dan kefungsian keluarga) Angkubah Bersandar (pencapaian akademik dan masalah
tingkah laku anak
Penganalisisan Data Menggunakan Statistical Package for Sosial Science
(SPSS). Setiap variabel dikaji diperihalkan dari aspek purata,
sisihan piawai, nilai maksimum dan minimum. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan
perkaitan di antara angkubah-angkubah yang dikaji. Multiple regresion (Regrasi Berganda) telah digunakan
untuk menentukan prediktor unik kesejahteraan anak.
LATAR BELAKANG RESPONDEN (Jadual 4.1)▪ Pendidikan responden di tahap
sederhana▪ Pekerjaan: ibu – suri rumah, bapa – kerja
sendiri▪ Pendapatan : tahap pendapatan yang
rendah
TAHAP KESULITAN EKONOMI (Jadual 4.2) Semakin tinggi skor semakin tinggi kesulitan ekonomi. Kesimpulan : responden kajian memang menghadapi kesulitan
ekonomi dalam kehidupan mereka dari segi kewangan.
TAHAP KEFUNGSIAN KELUARGA (Jadual 4.3) Kefungsian keluarga di tahap yang tinggi Kesimpulan : keluarga masih dapat berfungsi dengan baik dan
lancar
TAHAP MASALAH TINGKAH LAKU ANAK DAN PENCAPAIAN AKADEMIK (Jadual 4.4) Pencapaian akademik anak responden berada di tahap sederhana Masalah tingkah laku anak : semakin rendah skor yang diperolehi
menunjukkan anak responden tidak mempunyai masalah tingkah laku.
Dapatan hasil kajian mendapati: Pendapatan keluarga mempunyai perkaitan yang
signifikan dengan kesulitan ekonomi (tanggapan dan objektif).
Jumlah pendidikan responden mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kesulitan ekonomi (objektif).
Jumlah pendidikan responden mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik anak.
Bilangan anak responden mempunyai perkaitan negatif dengan kesulitan ekonomi (objektif).
Rujuk di Jadual 4.6
Pengujian Hipotesis (Jadual 4.9)
Telah dijalankan ke atas pencapaian akademik dan tidak ke atas masalah tingkah laku.
Ini kerana pada peringkat analisis bivariat, didapati tiada variabel bebas yang signifikan dengan masalah tingkah laku.
Kaedah “force-entry” bagi penganggaran model regrasi berganda telah dijalankan.
Dapatan hasil analisis (Rujuk Jadual 4.8.3) Hanya 1 sahaja iaitu jumlah pendidikan responden mempunyai
perkaitan yang signifikan secara kelainan dengan pencapaian akademik anak.
Hasil ini menggambarkan bahawa jumlah pendidikan responden adalah faktor yang paling kuat mempengaruhi pencapaian akademik anak berbanding faktor-faktor yang lain.
Saiz keluarga yang sederhana besar menyumbang dan mempengaruhi fungsi sesebuah keluarga.
Masalah kesulitan ekonomi didapati tidak memberi kesan kepada tahap pencapaian akademik dan masalah tingkah laku anak kerana tahap kefungsian keluarga adalah tinggi.
Umumnya, kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh responden secara tidak langsung menghalang responden memenuhi keperluan setiap anak.
Keluarga yang mempunyai pendapatan rendah, lebih cenderung mengalami banyak tekanan hidup dan pengasingan sosial daripada masyarak (selaras dengan dapatan kajian sebelum ini).
KESIMPULAN Majoriti keluarga responden adalah keluarga adalah dari keluarga
yang mengalami masalah kesulitan ekonomi atau kemiskinan. Walaupun mengalami kesulitan ekonomi, keluarga responden
dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Faktor jumlah pendidikan responden merupakan faktor yang
paling kuat mempengaruhi pencapaian akademik anak. Dalam konteks ini, jumlah pendidikan responden boleh dianggap
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan anak dalam pencapaian akademik.
IMPLIKASI Dapatan kajian ini konsisten dengan kajian lalu. Pengkaji lalu menyatakan bahawa : kesulitan ekonomi
mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif ke atas keluarga dan individu.
Memperluaskan skop kajian dalam konteks kemiskinan bandar.
Persampelan secara rawak.Membuat penilaian secara Ujian-T
bagi melihat senario pencapaian akademik anak dan masalah tingkah laku anak, di antara kemiskinan bandar dengan kemiskinan di kampung.
SEKIAN TERIMA KASIH