Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA ASING DI SARAWAK:
KAJIAN KES BURUH INDONESIA
Siti Fatimah Anak Ngalai
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
(Pembangunan Sumber Manusia)
2010
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
SESI PENGAJIAN :_________
Saya _________________________________________________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,
Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan
untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini
sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. ** sila tandakan ( )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
___________________________ _________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
______________________________
______________________________
______________________________
Tarikh : _______________________ Tarikh: _____________________________
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI
1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Gred:
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA ASING DI SARAWAK:
KAJIAN KES BURUH INDONESIA
SITI FATIMAH ANAK NGALAI
Kajian ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2010
Projek bertajuk ‘ Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Asing Di Sarawak: Kajian Kes Buruh
Indonesia’ telah disediakan oleh Siti Fatimah Anak Ngalai dan telah diserahkan kepada Fakulti
Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda
Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia.
Diterima untuk diperiksa oleh:
-----------------------------------
(En. Philip Nuli Anding)
Tarikh:
-----------------------------------
)
Gred
i
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek, En. Philip Nuli
Anding di atas segala bimbingan, tunjuk ajar serta panduan yang telah beliau berikan
sepanjang usaha saya menyiapkan Projek Tahun Akhir saya ini.
Terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di atas
sokongan serta kemudahan yang telah disediakan khusus kepada kami, mahasiswa-mahasiswi
Program Pembangunan Sumber Manusia sepanjang proses kami menyiapkan Projek Tahun
Akhir.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya tujukan khas kepada semua sahabat karib saya
sama ada di UNIMAS atau luar UNIMAS yang sentiasa membantu apabila saya memerlukan.
Pertolongan anda dari segi masa, tenaga dan terutama sekali sokongan moral amat saya
hargai. Semoga persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhir usia. Buat yang teristimewa
sekali, terima kasih kepada Julius Pata, Stanley, Naza dan Noraini kerana begitu banyak
memberi dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu.
Istimewa kepada ahli keluarga saya yang jauh di mata tetapi dekat dihati, saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kerana tidak pernah putus-putus memberikan semangat
kepada saya untuk meneruskan pengajian di UNIMAS dalam bidang yang saya cintai
ini.Tiada penganti kepada anda semua.Terima kasih mak, ayah, adik beradik saya Junai,
Elizabeth, Vannessa dan juga Sarah Sunta.Harapan saya semua saya dapat membalas kembali
budi dan jasa baik anda semua sementara nyawa dikandung badan.Tidak dilupakan juga,
terima kasih kepada keluarga terdekat saya di kampung halaman.
Buat sementara waktu ini, balasan dari saya yang termampu adalah mendoakan kesejahteraan
serta kebahagiaan kepada anda sekalian sebagaimana anda sekalian telah membahagiakan diri
saya selama ini.Semoga Tuhan memberkati rezeki kepada kita semua.
ii
SENARAI KANDUNGAN
Muka Surat
Penghargaan i
Senarai Kandungan ii-v
Senarai Jadual vi
Senarai Rajah vii
Abstrak
BAB 1 - PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1-3
1.1 Latar Belakang kajian 4-5
1.1.1 Reformasi di Malaysia 6
1.1.2 Reformasi di Sarawak 6-7
1.2 Pernyataan masalah 8-10
1.2.1 Ekonomi 10-11
1.2.2 Politik 11-12
1.2.3 Sosial 12
1.3 Objektif kajian 12
1.3.1 Objektif umum 12
1.3.2 Objektif khusus 13
1.4 Soalan kajian 13
1.5 Kerangka Konseptual Awal 14-15
1.6 Kepentingan Kajian 15-16
1.7 Definisi istilah 17
1.7.1 Keselamatan 17
iii
1.7.2 Kesihatan 18
1.7.3 Pekerja Asing 18-19
1.8 Limitasi Kajian 19-20
1.9 Kesimpulan 20
BAB 2 - SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan 21
2.1 Teori-teori 22
2.1.1 Teori Maslow 22-23
2.1.2 Teori Domino Kemalangan 23-24
2.2 Kajian lepas 24-25
2.3 Kesimpulan 26
BAB 3 - METADOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 27
3.1 Reka Bentuk Kajian 28-29
3.2 Lokasi kajian 29
3.3 Instrumen Kajian 29-30
3.4 Pengumpulan dan Penyediaan Data 30
3.4.1 Analisa Dokumen 30-31
3.4.2 Kaedah Temuduga Secara Mendalam 31
3.4.3 Pengumpulan Data Sekunder 31-32
3.5 Analisis Data 32
3.6 Kebolehpercayaan Dan Kesahihan Data 32-33
3.7 Kesimpulan 33
iv
BAB 4 - DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 34
4.1 Maklum balas temubual kajian 35
4.2 Matrik latar belakang responden / Demografi 35-36
4.3.1 Demografi
4.3 Hasil kajian (Analisis pertama) 36
4.3.1 Responden1 36-38
4.3.2 Responden 2 38-39
4.3.3 Responden 3 40
4. 3.4 Responden 4 41
4.3.5 Responden 5 42
4.3.6 Responden 6 43-44
4.4 Analisis Kedua ( Secondary Analysis) 44
4.4.1 Teori Faktor Manusia (Human Factor Theory) 44-45
4.4.2 Teori Maslow 45-46
4.4.3 Teori Domino Kemalangan 46-47
4.5 Pentingnya Aspek keselamatan Kepada Buruh Asing 47
4.5.1 Pentingnya keselamatan kepada penyelia 48
4.5.2 Pentingnya keselamatan kepada organisasi atau majikan 48-49
4.5.3Pentingnya keselamatan kepada pekerja 49-50
4.5.4Pentinnya keselamatan persekitaran kepada pekerja 51
4.6 Pentingnya aspek kesihatan kepada buruh asing 51-52
4.7 Amalan keselamatan dan kesihatan atau tanggungjawab semua pihak 53
v
4.7.1 Amalan Undang-Undang dan Peraturan semasa bekerja oleh
pekerja di Tempat kerja 53-54
4.7.2 Budaya atau amalan organisasi semasa di tempat kerja 54-55
4.8 Orang yang terlibat membantu pekerja semasa sakit 55
4.9 Kerangka Konseptual Hasil Dapatan 56
4.8 Kesimpulan 57
BAB 5 - CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0 Pengenalan 58
5.1 Rumusan Kajian 59-61
5.2 Limitasi Kajian 61
5.2.1 Responden 61
5.2.2 Pengkaji 62
5.3 Implikasi kajian 63
5.3.1 Pengkaji sumber manusia 63
5.3.2 Responden / Pekerja 64
5.4 Cadangan 65
5.4.1Pengkaji akan datang 65
5.4.2 Pemimpin / Penyelia 65
5.4.3 Organisasi dan pekerja 66-67
5.5 Kesimpulan 68
RUJUKAN 69-73
LAMPIRAN
vi
SENARAI JADUAL
Jadual 4.2.1
Responden 1 37-38
Jadual 4.2.2
Responden 2 39
Jadual 4.2.3
Responden 3 40
Jadual 4.2.4
Responden 4 41
Jadual 4.2.5
Responden 5 42
Jadual 4.2.6
Responden 6 43-44
vii
SENARAI RAJAH
Rajah 1.5
Kerangka Konseptual Awal 14
Rajah 4.3.1
Demografi 35-36
Rajah 4.8
Hasil Dapatan Kajian 56
Rajah 5.1
Limitasi Kajian 62
Rajah 5.2
Implikasi kajian 64
Rajah 5.3
Cadangan 67
ABSTRAK
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA ASING DI SARAWAK: KAJIAN KES
BURUH INDONESIA
Siti Fatimah Anak Ngalai
Kajian ini bertujuan untuk meneroka suatu sektor perkilangan dan pasaraya menjadi tempat yang
selamat untuk bekerja disamping mampu meningkatkan kualiti dan imej sesebuah organisasi
yang mengamalkan kerja selamat dan mampu mengurangkan kos kemalangan yang sentiasa
merugikan manusia itu sendiri. Pengkaji membandingkan hasil dapatan kajian ini dengan hasil
dapatan kajian-kajian lepas dari negara barat serta teori-teori yang relevan terutamanya Teori
Maslow, Teori Domino Kemalangan dan Teori Faktor Manusia. Hasil dapatan kajian ini
membuktikan manusia memainkan peranan penting untuk mengelakkan kemalangan daripada
berlaku. Kajian ini berbentuk kualitatif dan pengkaji menggunakan kaedah temubual tidak
berstruktur. Antara dapatan kajian ialah faktor-faktor keselamatan dan kesihatan, persekitaran,
budaya (amalan), orang yang terlibat dalam kesihatan dan keselamatan pekerja dan keadaan
kerja yang mempengaruhi keselamatan dan kesihatan pekerja. Diharap hasil kajian ini akan
memberi gambaran secara kasar tentang aspek-aspek keselamatan dan kesihatan yang perlu
diutamakan oleh organisasi, penyelia dan pekerja sendiri.
ABSTRACT
SAFETY AND HEALTH OF FOREIGN LABORS IN SARAWAK:
CASE STUDY OF INDONESIAN LABORS
Siti Fatimah Anak Ngalai
This aim of this study is to investigate safety and health of foreign workers in the factory and
marketing sectors. A safe working environment will increase the quality and image of
organizations because practices on safe working environment decrease accidental cost. The
researcher compared the research findings with previous findings from other communities and
with the relevant theories such as Maslow’s Theory, Accident Domino’s Theory, and Human
Factors Theory. The findings of this research show that humans play a important role in order to
avoid unpredictable accident happening in the workplace. This research is a qualitative and the
researcher used unstructured interviews to what data same findings about safety and health
factors, surrounding environments, culture, persons who are involved in safety and health of
workers and the environment that influenced safety and health of the workers. The findings of
this study give an indication about aspects of safety and health that must be taken seriously by
organizations, supervisors and workers.
1
BAB SATU
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Secara globalnya, perpindahan penduduk dari satu kawasan ke satu
kawasan yang lain merupakan proses migrasi yang berlaku
dikebanyakkan negara dan hampir keseluruhan negara secara amnya.
Justeru itu, proses migrasi ini jelas menunjukkan bahawa negara
tersebut sedang membangun dengan begitu pesat. Namun, ia bukan
satu hal yang boleh dibanggakan miskipun kemasukan pendatang asing
sememangnya diperlukan oleh sesebuah negara ketika dalam proses
peralihan pergantungan ekonomi daripada sektor pertanian kepada
sektor perindustrian dan perkhidmatan.
Pada awal tahun 1990an di Malaysia, jumlah pendatang
meningkat secara luar biasa hingga melebihi satu juta orang. Isu ini
menjadi hangat dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak, lebih-
lebih lagi apabila kebanyakan mereka datang secara haram. Dalam
konteks Malaysia, kehadiran sebahagian besar tenaga buruh asing ini
banyak menyumbangkan tenaga ke arah pembangunan Malaysia.
Dalam era mencapai wawasan 2020 ini, pergantungan kepada
buruh asing atau pekerja asing khususnya dalam bidang pembinaan,
perladangan, perkilangan dan juga industri pasaraya harus dibendung
2
dengan segera. Ini kerana sudah sampai masanya rakyat Malaysia
sendiri mencontohi warga asing khasnya pekerja dari Indonesia yang
rajin dan tekun bekerja walaupun bukan untuk negara sendiri.
Malaysia sejak mencapai kemerdekaan telah
melaksanakan pelbagai projek pembangunan di bawah Rancangan
Malaysia Pertama hingga Sembilan. Melalui plan pembangunan
tersebut telah berjaya meletakan negara ini sebagai sebuah negara
membangun yang paling berjaya dalam pembangunan sosio-
ekonominya. Selain daripada kekayaan sumber alamnya, sektor-sektor
perindustrian, pembinaan dan perladangan semakin berkembang maju.
Kesan daripada perkembangan ketiga-tiga sektor ini semakin banyak
pekerja yang diperlukan sehingga timbul masalah kekurangan tenaga
buruh dan oleh itu ramai pekerja asing diperlukan bagi memastikan
perkembangan sektor-sektor yang berkenaan tidak terjejas akibat
kekurangan tenaga kerja.
Pada tahun 2005 terdapat kira-kira 200 juta migran
antarabangsa dan 49.9 juta daripadanya adalah tinggal di Asia (United
Nations, 2005). Mengikut laporan terbaharu jumlah pekerja asing
sebanyak 1.91 juta tidak termasuk 400,000 pendatang tanpa izin.
Kebanjiran migran buruh asing ke Malaysia terutama daripada
Indonesia telah berlaku sejak tahun 1980-an dan jumlahnya terus
meningkat dengan ketara pada tahun 1990-an (McCall, 1991; Hugo,
1993).
Terdapat beberapa faktor kepentingan atau peranan dalam
terjadinya proses perpindahan atau migrasi ini sama ada dari segi
ekonomi, taraf ekonomi yang rendah di negara pekerja sendiri, sosio-
budaya dan juga kestabilan politik.
3
Ekonomi merupakan penyumbang kepada berlakunya proses
migrasi dalam industri tertentu. Kedudukan ekonomi yang mantap dan
kukuh menyebabkan wujudnya banyak sektor-sektor pertanian,
pembinaan dan perkilangan, sekaligus membuka peluang kepada
rakyat sesebuah negara termasuk juga golongan pendatang yang datang
khususnya untuk mencari rezeki di negara Malaysia.
Peluang pekerjaan wujud bagaikan cendawan selepas hujan
disebabkan ramai rakyat tempatan tidak berminat lagi berkecimpung di
dalam sektor perladangan, perkilangan dan pembinaan, maka
kedatangan penghijrah dari Indonesia, Bangladesh dan lain-lain
negara. Ini seolah-olah satu rahmat kepada para pengusaha sektor
tersebut.
Kedatangan golongan pendatang ini terbatas kerana kesukaran
untuk masuk secara sah ke dalam sesebuah negara. Contohnya
Malaysia, walaupun berbagai kawalan ketat telah dijalankan namun
sempadan dan perairan negara mudah dibolosi oleh mereka secara
haram. Salah satu sebabnya ialah wujud tekong darat dan laut sama ada
dari golongan pekerja buruh Indonesia sendiri atau penduduk Malaysia
sendiri yang menjalankan kegiatan ini semata-mata kerana tamakkan
wang ringgit.
4
1.1 Latar Belakang Kajian
Migrasi merupakan satu proses demografi yang
melibatkan perpindahan penduduk daripada satu kawasan kepada satu
kawasan yang lain (Usman & Tarmiji, 2006). Ia merupakan suatu
proses pergerakan penduduk yang amat sensitif terhadap
perkembangan sosio-ekonomi sesuatu kawasan. Sejak kebelakangan
ini, migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama
sumbangannya terhadap urbanisasi dan perindustrian.
Kesan daripada perkembangan sosio-ekonomi, Malaysia
mengalami kekurangan tenaga kerja dan memerlukan pekerja asing
bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja (Usman & Tarmiji,
2006). Ini adalah kerana untuk memenuhi pelbagai sektor-sektor yang
ada terutamannya di Sarawak. Menurut Statistik Perangkaan Malaysia
(2003), menunjukkan bilangan pekerja asing di Malaysia sebanyak
1,153,068 dalam pelbagai sektor di Malaysia. Kejadian seperti
kemalangan yang berlaku di tempat kerja telah mengakibatkan
kehilangan tenaga kerja dan kerugian berjuta-juta ringgit pada setiap
tahun di Malaysia (Mohd. Saidin, 2007).
Kilang papan atau Sawmill merupakan penyumbang utama
dalam pembalakan ekonomi Sarawak sekian lama kerana Sarawak
masih memiliki banyak simpanan kayu kayan yang terpelihara.
Pasaraya atau Supermarket merupakan tempat di mana memerlukan
minda dan kekuatan tubuh untuk bekerja dalam mengangkat barang,
menyusun barang dan tempat di mana kebanyakkan masanya adalah
bergerak. Oleh yang demikian, isu keselamatan dan kesihatan pekerja
sangat penting pada masa kini untuk menjamin kesejahteraan hidup.
Pekerja dan organisasi yang menjalankan industri dan urbanisasi di
5
dunia terutamanya di Malaysia dan secara lebih khusus lagi di Sarawak
dan secara tidak langsung berkait rapat dengan keselamatan dan
kesihatan pekerja di tempat kerja.
Oleh itu, kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu
bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan
kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek
penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu
tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan
keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat.
Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja merupakan
isu penting yang berkait rapat masyarakat serta persekitaran secara
keseluruhannya. Isu keselamatan dan kesihatan merupakan isu hangat
yang menjadi agenda utama di tempat kerja. Oleh itu, persekitaran
tempat kerja perlu selamat dan tidak mendatangkan risiko kepada
pekerja. Justeru itu, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan atau DOSH telah menggubal satu akta pada
tahun 1994 yang dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 atau AKKP 1994 untuk menjaga kebajikan pekerja dan
masyarakat.
6
1.1.1 Reformasi Di Malaysia
Sesuai dengan perkembangan semasa, kemasukan pekerja asing
terutama dari Indonesia terus mengalir ke Malaysia. Dalam era pasca
kemerdekaan, kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang sangat
ketara sejak tahun 1970-an telah menjadi pengaruh yang mewarnai
pelbagai sektor ekonomi Malaysia. Sehingga tahun 2000, permit kerja
yang telah dikeluarkan kepada pekerja asing sama ada pekerja
mahir,tidak mahir atau separuh mahir oleh Jabatan Imigresen adalah
melebihi 893,000 orang termasuk pekerja asing yang gagal
memperbaharui permit, lari daripada majikan dan juga pendatang asing
tanpa izin. Oleh yang demikian, secara keseluruhan terdapat lebih dari
satu juta orang pekerja asing di Malaysia (Azizah Kasim, 2001)
Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan
Jentera dari Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan
kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994. Ketika
berlakunya kejadian tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan
terkorban di dalam insiden tersebut.
Selepas 1994, sebuah akta ditubuhkan dan diberi nama Akta
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Jabatan Kilang dan Jentera
mula menguatkuasakan akta ini dan seterusnya nama jabatan tersebut
ditukar kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.
1.1.2 Reformasi Di Sarawak
Di Sarawak, bandaraya Kuching merupakan bandar besar yang
menerima ramai migran daripada seluruh negeri. Satu perubahan
7
penting tren migrasi di Malaysia adalah perubahan penghijrahan
penduduk daripada luar bandar ke bandar dan daripada bandar ke
Bandar. Tren migrasi yang paling terkenal ialah perpindahan atau
migrasi dari luar negara ke dalam negara.
Perubahan aliran pergerakan penduduk Malaysia telah
menyebabkan perkembangan bandar-bandar utama dengan jumlah
pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Pada keseluruhannya
jumlah penduduk bandar di Malaysia telah meningkat daripada 28.4
peratus pada tahun 1970 kepada 61.8 peratus tahun 2000 ( Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2001), jumlah penduduk bandar bertambah
daripada 2.96 juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut. Perubahan
pola migrasi penduduk ini memberi petunjukkan yang jelas bahawa
kecenderungan pemerintah mengadaptasi ‘global’ bertujuan
mempromosi pertumbuhan ekonomi. Situasi ini telah memberi
implikasi penting kepada migrasi dan taburan penduduk di Malaysia.
Mengikut kajian, aliran penghijrahan penduduk akan
meningkat pada masa hadapan sekiranya kuasa menolak dan menarik
semakin menekan penduduk sesuatu kawasan segera berpindah (Kliot,
1995). Ini membawa maksud sekiranya permasalahan sosio-ekonomi,
politik dan persekitaran semakin teruk maka lebih banyak penduduk
akan berpindah keluar daripada kawasan-kawasan yang bermasalah.
Ini memberi petunjuk sekiranya masalah kemiskinan dan taraf hidup
yang rendah tidak dapat dikurangkan dalam sesebuah negara maka
penduduknya akan berpindah keluar dan akan berusaha sedaya upaya
memasuki Malaysia misalnya untuk mencari pekerjaan dan pendapatan
yang lebih baik untuk dirinya serta keluarga.
8
1.2 Pernyataan Masalah
Seperti yang kita ketahui, keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja amat penting dan bagi orang yang peka terhadap isu-isu tersebut
pasti tertanya-tanya mengapa dan bagaimana sesuatu kemalangan itu
berlaku. Walhal, keselamatan dan kesihatan pekerja secara langsung
dan tidak langsung melibatkan semua orang termasuklah majikan,
pekerja, keluarga, orang ramai dan juga negara.
Kajian mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja
sebenarnya telah banyak dijalankan pada masa lampau di tempat kerja
sama ada di dalam negara ataupun di luar negara (Yusof, 2007). Jika
diteliti punca-punca kemalangan di tempat kerja, kita tidak dapat
mengelak daripada membuat kesimpulan yang agak empirik terhadap
punca permasalahan yang rumit. Oleh kerana kemalangan dan juga
kesihatan yang tidak baik melibatkan manusia, maka manusia perlulah
bertanggungjawab terhadap kemalangan tersebut dan juga perlu
mengatasi masalah kesihatan diri.
Pertumbuhan sektor perindustrian, perkilangan, pasaraya dan
pertanian yang begitu rancak di Malaysia ini menyebabkan pihak
kerajaan mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian baru bagi
menampung keperluan semasa. Perkembangan ini perlu diselaraskan
dengan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerja. Selain itu,
persekitaran kerja yang selamat perlu supaya tidak mendatangkan
kesan atau risiko kepada pekerja. Walau bagaimanapun, sejak akhir-
akhir ini, sering berlaku kemalangan di tempat kerja. Sebagai contoh,
kejadian ledakan api pada cerobong gas di loji Pemprosesan Gas 2 di
Kerteh yang telah mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan tiga
lagi yang lain ( Utusan Malaysia, 4 Mei 2004). Kejadian lain yang
melibatkan kematian tiga kakitangan dan 39 kontraktor dalam 42
9
tragedi kemalangan di dalam Kumpulan Syarikat Shell ( Utusan
Malaysia, 19 Julai 2004).
Y.B Menteri Sumber Manusia telah menyarankan agar majikan
sentiasa memastikan pekerja tidak terdedah kepada risiko bencana
pekerjaan semasa di tempat kerja agar produktiviti organisasi dan
negara tidak terjejas (http://www.mohr.gov.my). Kerja yang selamat
dan persekitaran tempat kerja yang sihat adalah asset yang penting
kepada individu, rakyat dan pertumbuhan negara. Ini kerana kos untuk
menanggung kemalangan yang berlaku di tempat kerja turut diambil
kira dalam pendapatan tahunan negara.
Merujuk kepada Hapriza Bte Ashari dan Roshazlizawati Mohd.
Nor (2007), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau AKKP
1994 telah diwartakan di Malaysia pada 24 Februari 1994 bertujuan
untuk menjadi payung kepada semua akta yang mengawal dan
mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. AKKP 1994
telah memperuntukan suatu rangka perundangan untuk memaju,
meransang dan mengalakkan keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja secara total.
Kawalan keselamatan harus direkabentuk dalam segala aspek
kerja di tempat kerja untuk meningkatkan kesedaran dan meningkatkan
usaha yang berterusan melalui program keselamatan untuk mencapai
kemalangan dan kecederaan sifar di setiap organisasi atau syarikat.
Kebanyakkan kecederaan dan kemalangan berlaku adalah disebabkan
oleh tingkahlaku manusia dan bukannya disebabkan oleh kejuruteraan
atau sebaliknya (Rogers, 1995).
Banyak kajian telah dijalankan ke atas aspek tingkahlaku dan
sikap pihak majikan atau pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan
10
pekerjaan seperti kajian oleh Reber, William dan Chokkar (1984),
Griffiths (1985), Cox dan Cox ( 1991), Donald (1996), serta Lingard
dan Yesilyurt (2002). Oleh itu, isu keselamatan dan kesihatan pekerja
juga telah menjadi tumpuan ramai pengkaji (Cheyne, Chox, Oliver &
Thomas, 1998; Harvey, Boham & Gregory, 1999; Harvey, Boham &
Gregory, 2001; Geller, 2000).
Oleh itu, isu keselamatan dan kesihatan pekerja akan
diutarakan dan perlu diambil kira kepentingan mereka semasa di
negara tersebut. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira
dalam isu keselamatan dan kesihatan pekerja yang berpindah atau
mencari kerja di sesuatu tempat dan faktor-faktor yang mempengaruhi
adalah seperti berikut;
1.2.1 Ekonomi
Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber
ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum,
balak dan kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang
baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.
Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai
banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, lebih
kurang 32% atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti
sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang
ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam
proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih. Selain
kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam.
Walaupun merupakan negeri yang terbesar di Malaysia, Sarawak
11
mampu untuk membangunkan semua bahagian dan daerah negeri
tersebut untuk mengejar status negeri maju pada tahun 2020. Sarawak
bersamaan dengan Selangor mempunyai dua bandar raya iaitu
bandaraya Kuching dan Miri. Dengan adanya kawasan yang luas dan
kaya dengan sumber alam, Sarawak telah menjadi antara pilihan
menarik bagi para pekerja asing.
Justeru itu, kemasukkan pekerja asing ke dalam negara perlu di
pandang serius kerana keselamatan dan kesihatan penting untuk para
pekerja yang bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak dan Malaysia
secara amnya.
1.2.2 Politik
Iklim politik di Sarawak pada masa ini stabil, kuat dan
harmoni. Ini dibuktikan dengan kerjasama dan kefahaman yang erat di
kalangan pemimpin parti komponen kerajaan Sarawak.
Hubungan lama dan mesra antara berbagai-bagai kelompok
etnik Sarawak telah menjadi suatu unsur penting dalam memastikan
kestabilan politik di negara ini yang mempunyai berbagai-bagai kaum.
Walaupun terdapat gangguan dalaman dan pergaduhan antara parti-
parti komponen Barisan Nasional yang tidak boleh dinafikan, kesemua
ini dapat diatasi oleh para individu dan parti berkaitan tanpa
menjejaskan kekuatan dan kestabilan parti gabungan.
Oleh itu, keadaan politik yang baik telah mempengaruhi
kedatangan atau kebanjiran pekerja asing ke Malaysia terutamanya di
Sarawak. Ini bermakna, keselamatan adalah terjamin sekiranya mereka