Download - Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
1/43
1. Ajaran Syed Mohd. Al Masyor
Jawatankuasa Fatwa kali 1/8 memutuskan bahawa Ajaran Syed al-Masyor
adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam.Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali
keajaran Islam yang sebenar
Keterangan :
Syed Mohd al-Masyhor seorang rakyat Singapura yang meninggal dunia
pada 16 Julai 1974 beralamat No 13, Panlee Road, Singapura, bekerja
sebagai buruh pelabuhan Singapura. Pada masa mudanya suka berjudi
bermain kuda , tetapi akhirnya bertukar corak kehidupannya dengan
keagamaan dengan membawa ajaran kumpulan Ikhwan atau lebih
dikenali dengan ajaran Syed Mohd al-Masyhor. Ajaran beliau juga diberi
nama Tarikul Islam Muhammad S.A.W Habibullah al-Hashim. Sekarang
ajaran ini dipimpin oleh anak saudaranya Syed Ali Al-Masyhor.
2.1 CIRI-CIRI AJARAN
2.1.1 Mengaku Rasul
Kumpulan ini berpendapat bahawa hanya Rasullulah sahaja yang
mengislamkan manusia. Setelah baginda wafat maka seorang demi
seorang akan menggantikan baginda iaitu dari keturunan Syed. Justeru itu
Syed Mohd al-Masyhor mengaku bahawa dirinya adalah Rasul. Beliau juga
mengaku boleh memberi syafaat kepada pengikutnya yang mempunyai
kesalahan maksiat seperti minum arak, berjudi, tidak menunaikan
sembahyang dan lain-lain kesalahan.
2.1.2 Rasulullah Bercantum Dengan Allah
Rasul pengganti adalah Rasulullah. Pada zahirnya sahaja manusia, dari
segi hakikatnya adalah bercantum dengan Allah. Segala kata-kata dan
gerak-gerinya adalah Allah itu sendiri.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
2/43
2.1.3 Al-Quran Sebenar ialah Nur Hikmah
Syed Mohd al-Masyhor berkata bahawa Al-Quran yang ada sekarang
bukan Al-Quran yang sebenarnya. Al-Quran sebenar berada dalam tubuhkita yang diberi nama Nur Hikmah. Al-Quran yang ada sekarang menjadi
mansuh dengan Nur Hikmah.
2.1.4 Pengikut Ditegah Berimamkan Orang Luar
Pengikutpengikut ajaran ini ditegah sama sekali menjadi makmum
daripada mana-mana orang bukan ahli kumpulan ini.
2.1.5 Menegah Berkahwin Dengan Bukan Ahli
Pengikut-pengikut ajaran ini adalah ditegah sama sekali berkahwin
dengan orang bukan ahli, kerana mereka beranggapan bahawa orang
yang tidak menjadi ahli mereka adalah bukan Islam
2.1.6 Mengamal Nikah Batin
Upacara pernikahan yang dilakukan oleh jurunikah yang bertauliah adalah
tidak sah, bagi mereka tiap pasangan perlu melakukan nikah batin. Ajaran
ini telah menetapkan lima rukun nikah batin:-
a) Perempuan yang dinikahi itu bernama Maknikam.
b) Maharnya adalah air mani.
c) Walinya ialah Allah.
d) Yang menikahkan itu ialah Muhammad.
e) Saksinya Malaikat Kiraman Katibin.
2.1.7 Pengikut Ajaran Ini Dijamin Masuk Syurga
Ajaran kumpulan ini tidak mengambil berat tentang perkara-perkara
fardhu dan begitu juga dengan perkara-perkara yang dilarang dalam
agama, ini adalah disebabkan pengikutnya dijamin akan dimasukkan ke
dalam syurga melalui syafaat Syed Mohd Al-Masyhor.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
3/43
2.1.8 Menerbitkan Buku Bertajuk Mengikut Jejak Rasulullah S.A.W.
Kumpulan ajaran ini telah menerbitkan sebuah buku berjudul Mengikut
Jejak Rasulullah S.A.W, yang bertajuk seperti berikut:
a) Al-Islam agama yang diredhai Allah
b) Islam bukan warisan
c) Makna Islam
d) Al-Wasilah
e) Kalimah Syahadatain
f) Akibat Menentang Rasulullah Satu
g) Perpaduanx..Ummat
Buku-buku ini diterbitkan khas untuk ahli sahaja. Pengikut ajaran ini
ditegah sama sekali memberikan buku ini kepada bukan ahli.
Perkara-Perkara Yang Bercanggah Dalam Buku Ini
a) Menulis Al-Quran dan Hadis dengan huruf rumi(latin)
b) Menambah kalimah syahadah
Perjanjian kami dengan Allah S.W.T dengan kata iqrar: Asyhadu an la
ilaha illallah-HU ALLAH m.s 25
Perjanjian kami dengan Rasulullah S.A.W dengan kata iqrar: Asyhadu
anna Muhammadur Rasulullah-HUL HAQ (A) m.s 26
2.1.9 Salah Tafsir Al-Quran
Kumpulan ini mentafsirkan Al-Quran dengan pendapat mereka sendiri
tanpa merujuk mana-mana Ulama tafsir sebagai contoh mereka
mentafsirkan Al-Fatihah dengan cara fikiran mereka sendiri.
2.1.10 Memaksa Anak-Anak Menjadi Ahli
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
4/43
Kumpulan ini. memaksa anak-anak mereka menjadi ahli kumpulan
mereka terutama anak perempuan yang hendak berkahwin.
Hukum Akad Nikah Wali Mujbir Yang Menganut Ajaran Sesat
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara ( Fatwa ) Negeri Selangor telah
membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang
mutabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :
Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 4/98 memutuskan hukum
akad nikah samasa wali Mujbir atau tidak yang jelas (pasti) menganut
ajaran sesat yang telah difatwakan oleh pihak berwajib adalah tidak sah.
Walaubagaimanapun sekiranya ia bertaubat dan mengucap dua kalimah
syahadat semula, akad nikahnya adalah sah .
2. Ajaran Ahmadiah / Qadiani
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) Negeri Selangor telah
membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut
hukum yang mutabar dan mengambil keputusan seperti berikut:
Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama
Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah
dihukumkan kafir oleh ulama-ulama Islam serata dunia. Jabatan Ugama
Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut
Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15
disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di
hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama di
Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran
Qadiani adalah telah Murtad (keluar dari Ugama Islam ) maka wajiblah
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
5/43
dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua
kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam
yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada bolehdisembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang
Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh
kerana hukuman Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa
Fatwa ini mengesyorkan :
(i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah
keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal
160 tafsir.
(ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah
diperolehinya seperti tanah Rizab Melayu yang telah dimilikinya. Melayu
ertinya seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa
Melayu, menurut adat istiadat melayu.
LATAR BELAKANG
1.Ajaran Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India
pada tahun 1889. di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di
Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti
terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan
antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan DYMM Sultan
Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak
diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.
2.Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh
sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan,
Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
6/43
mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa &
penerbitan risalah.
3.Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :a)Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :
(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
(ii) Imam Mahdi
(iii) Isa al-Masih
(iv) Mempunyai mukjizat
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan
b)Ibadah Haji di Qadiani, India
c)Menafikan Jihad
d)Mengubah ayat-ayat al-Quran
3. Perkembangan Fahaman Syiah Di Selangor
Jawatankuasa FATWA kali 1/98 memutuskan bahawa fahaman Syiah
didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang
berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut
fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
Keterangan :
Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan
kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat
Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu
dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau
melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat
lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
7/43
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-
perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko
buku yang terkenal.
2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa
tahun lalu :
a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan
yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini
mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut
dianggarkan 200 hingga 400 orang.
b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di
Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Jafariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979.
pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan
individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah
dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut
kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.
3. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR
Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :
a) Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran
Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
8/43
b) Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang
penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk
berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telahdikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati
menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu
Klang.
c) Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk
mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali
dengan nama Darul Husaini tetapi pendaftaran ditolak pada
19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.
4. PENYELEWENGAN SYIAH
Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan
ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:
a) Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara
daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah
meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad
mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh
Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72
b) Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan
menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-
sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah
melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah,
Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
9/43
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83
c) Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang
boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang
bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan
dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf.
Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar
Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal
d) Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga
disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali
dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min
Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197
e) Menghalalkan Nikah Mutah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mutah. Perkara ini dinyatakan dalam
kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin
Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu 1 hal 358
f) Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas
nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-
Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu1, hal 441
g) Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sekalipun Hadis Mutawatir.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
10/43
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada
darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang
diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku AsluAl Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita, hal
149
h) Menolak Ijmak Ulama
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama buktinya mereka
menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah
mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana
ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah
maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-
Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul
Rahim al-Dahlawi, hal 51
i) Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan
merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa
Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita, hal 149:
j) Menziarahi Kubur Saidina Husain Ganjarannya Syurga
Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain
akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Irsyad
oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252, sebagaimana yang diriwayatkan
daripada Rasulullah S.A.W
k) Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh
badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain.
Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira, Baina al-
Syiah wa al-Tasyayu, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
11/43
l) Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan
dalam kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330
m) Mengharuskan Jama Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan
Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam
semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam
buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas
dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan
Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Jafari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar,
Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab
n) Sembahyang Duha Adalah Bidah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-
Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Jafari : sembahyang Duha adalah bidah. Para imam mazhab empat ianya
sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang
diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami Baina al-Sahihain daripada
Marwan al-Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar anda
mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: tidak. Akupun
bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: tidak. Humaidi pula
meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata
sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha.
Abdullah b. Umar juga berkata, Sembahyang Duha adalah bidah dari
segala bidah
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
12/43
4. Ajaran Ilmu Laduni (ahmad Bin Siraj)
LATAR BELAKANG
1.Ajaran ini muncul pada tahun 1987 dan mula berkembang dalammasyarakat pada tahun 1996 yang diasaskan oleh Ahmad bin
Sirajberalamat di Batu 7 , Jalan Kebun, Klang. Kuantiti ahli dianggarkan
1000 orang di seluruh Malaysia, manakala di Selangor pula dianggarkan
hampir 300 orang yang melibatkan beberapa orang guru sekolah agama.
2.Mereka telah menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan
Dakwatul Iman pada 23 Disember 1993. Kelas pengajian kumpulan ini
diadakan 2 kali seminggu di rumah guru pada tiap-tiap malam Jumaat dan
Ahad. Tujuannya untuk perbincangan bagi menghayati al-Quran dan
Hadis.
3.Latar belakang guru :
Beliau berasal dari Sungai Nibong, Batu Pahat, Johor dan kini menetap di
Batu 7 , Jalan Kebun Klang. Beliau berumur 54 tahun dan telah
beristeri serta mempunyai 8 orang anak. Beliau bekerja sebagai mekanik
di Kontena Nasional, Pelabuhan Klang. Tahap pendidikan beliau hanya
sekolah rendah sahaja. Nama gelaran beliau ialah Bang Mat.
CIRI-CIRI AJARAN
1.mula mendapat ajaran ini melalui suara bisikan yang menyuruh berbuat
baik ( sembahyang ) tetapi suara tersebut tidak diendahkan dan suara itu
terus datang lagi. Oleh kerana beliau tidak tahu sembahyang maka suara
itu datang lagi dan mengajar cara bersuci, sembahyang, dimulai dengan
sembahyang Asar dan diikuti dengan sembahyang lain.
2.Beliau menganggap suara yang datang itu adalah hidayah atau ilham.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
13/43
3.Pengikut yang taat dan patuh dengan guru juga boleh mendengar suara
bisikan itu yang datang pada bila-bila masa sahaja.
4.Ajaran ini mendakwa:1)Beliau tahu alam ghaib seperti syaitan, jin, alam barzakh, dan hal-hal
yang akan berlaku pada masa akan datang
2)Beliau diperintahkan oleh suara supaya berdakwah kepada manusia,
dan jin dan sekarang ahli yang paling ramai ialah golongan jin.
3)Beliau juga mendakwa dirinya sebagai bomoh tetapi cara mengubatnya
tidak menurun hanya jampi air sahaja.
4)Beliau mendapat ilmu ini di Pulau Besar, Melaka.
5)Beliau mendakwa diri beliau tidak boleh dicaci dari belakang dan
mereka yang berbuat demikian akan menjadi gila.
5.Keistimewaan / Kelebihan guru
1)Boleh mengubat penyakit
2)Berjumpa Nabi-nabi
3)Berjumpa Nenek Kebayan
4)Boleh melihat benda ghaib
5)Boleh melihat Alam Barzakh
5. Ilmu Salah Yang Dibawa Oleh Tuan Haji Khahar Bin Haji Ahmad
Jalal
" Bahawasanya Haji Khahar bin Haji Ahmad Jalal telah membawa
ajaran ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum
syariat Islamiyah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada
para ulama' yang muktabar "
Pengajaran ilmu salah ini dipelopori oleh Tuan Haji Khahar bin Haji Ahmad
Jalal yang berpusat di No. 44. Kg. Kemensah, Hulu Klang.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
14/43
Pusat Pengajaran
Pusat Pengajaran ajaran ilmu salah ini adalah di rumah Hj. Khahar iaitu di
No. 44, Kg. Kemensah, Hulu Klang. Masa yang tetap bagi pengajian ialah
pada tiap-tiap hari Jumaat, Pada hari itu pengikut-pengikutnya merekaberkumpul dan mengadakan pengajaran agama seperti membaca buku-
buku tafsir atau mendengar ceramah-ceramah dari ketua-ketua kumpulan
dan mengadakan perbincangan antara mereka. Aktiviti ini adalah sebagai
ganti bagi mereka menunaikan kewajipan sembahyang Jumaat.
Penyebaran pengajaran yang dibawanya terbuka luas kepada sesiapa yang
ingin mengetahui dan di peringkat ini dia mengajar dengan menggunakan
sebuah buku yang dikarang oleh beliau sendiri bertajuk
" AL-FURQAAN - PEMBEDA "
Karangan ini tanpa tiada mempunyai rujukan kepada mana-mana kitab
Byang muktabar dan didapati bahawa isi-isi kandungan buku tersebut
adalah bertentangan dengan kehendak Islam yang sebenar.
PENGAKUAN BELIAU SENDIRI DALAM MENYEBARKAN ILMU SALAH
Antara perkara-perkara yang disebarkan mengenai ilmu salah ini ialah :
1. Dia mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah". Dia mendakwa
Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.
2. Dia mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit
Kemensah dan diturunkan dalam sepertimana dialami oleh Rasulullah
S.A.W.
3. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia "sembahyang" itu
memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan dari perkara
mungkar.
4. Dia tidak percayakan Al-Quran yang ada sekarang ini sebagai Al-Quran
yang sebenarnya, Pada dia Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai
catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di
Luh Mahfuz.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
15/43
5. Dia tidak percayakan Hadis. Pada dia hadis yang ada sekarang ini
hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasullah S.A.W.
6. Orang Islam tidak perlu mengerjakan haji ke Mekah. Ibadah haji boleh
dibuat di mana-mana di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dan ke ArabSaudi hanyalah untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah sahaja.
7. Dia mendakwaa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa
beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama. hari itu hari
hujan tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari
panas tetapi dia tidak merasai panas.
AJARAN SALAH YANG DIDAPATI DALAM BUKU FURQAN "PEMBEDA" YANG
DlKARANG OLEH HAJI KHAHAR BIN HAJI AHMAD JALAL
Antaranya seperti berikut
1. Muka surat 12. "Takrif apakah i tu Al-Quran"
" Al-Quran adalah pengetahuan Allah yang diturunkan melalui Malaikat
Jibril kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki di antara hambanya "
2. Muka surat 24 " Apakah itu Rasul" " Rasul adalah menyampai ayat-
ayatnya yang diturunkan kepada Nabi-nabi seperti menjelaskan ayat-
ayatnya yang terang ". "Rasul adalah seorang lelaki di antara manusia dan
Jin. Rasul menjelaskan ayat-ayatnya serta hikmah dan AI-Kitab". "Rasul
meminpin kaumnya daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya
keimanan. Rasul tidak mengikut yang lain kecuali wahyu daripada
Allah.Rasul-rasul tidak membezakan di antara rasul rasul dan nabi-nabi ".
" Rasul menyuruh menyembah Allah semata-mata. Dan tidak
menyekutukan Allah dengan sesuatu jua pun. Rasul diutus oleh Allah ke
setiap negeri setiap bangsa. setiap kaum, setiap golongan, setiap zaman
". " Rasul diutus oleh tuhannya menyampaikan ayat-ayatnya di dalam
bahasa kaumnya sendiri "
3. Muka surat 28. " Hukum-hukum terhadap RasuL (1) 5.2. perintah
Surah "
* Menghadirkan diri terhadap majlis Rasul.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
16/43
* Merendahkan suara di hadapan Rasul.
* Menjadikan Rasul sebagai pemimpin umat.
* Menerima Rasul sebagai perutusan daripada Allah.
* Membenarkan Rasul menerima wahyu daripada Allah (Islam).* Membenarkan Rasul-rasul sebagai agama Allah serta menyebarkan
kepada umat dan kaumnya.
* Meminta izin terlebih dahulu daripada Rasul jika ada sesuatu urusan
atau hal ketika berada di dalam majlis Rasul "
4. Muka surat 29 " Apakah itu Nabi "
"Nabi menerima kitab daripada Allah iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran
. Nabi adalah seorang manusia biasa yang diturunkan kepadanya sebuah
kitab untuk seluruh manusia dan seluruh alam"."Nabi adalah orang yang
mula-mula menerima petunjuk atau kitab Allah dan yang menjadi Rasul
dan ada yang tidak menjadi Rasul ". " Nabi boleh menjadi Rasul, tetapi
Rasul tidak boleh menjadi Nabi ". " Nabi adalah contoh dan saksi bagi
Rasul-Rasul dan orang yang beriman ". "Nabi menjadi saksi kepada Rasul-
rasul, sementara Rasul-Rasul menjadi saksi bagi kaumnya dan Allah
menjadi saksi keseluruhannya "
5. Muka surat 31 " Apakah itu Hadis ".
"Hadis adalah kisah seorang yang menceritakan oleh orang lain kepada
seseorang, kemudian keterangannya tersebut dicatatkan oleh orang lain.
Umpamanya kisah tentang kehidupaan Nabi Muhammad iaitu cerita di
atas cerita. Keterangan tersebut bukanlah wahyu daripada Allah yang
datang dari sisi Allah. ia adalah dari perkataan manusia biasa. Yang
membuat keterangan tersebut iatu perawi-perawi tentang diri Nabi
Muhammad S.A.W. Perawi-perawi itu bukanlah terdiri daripada Nabi-nabi
atau rasul-rasul yang dilantik oleh Allah. Hadis bukanlah pengetahuan
daripada Allah, ia adalah mengikut pandangan atau pendengaran
seseorang atau satu-satu kebenaran yang datangnya daripada sangkaan
akal manusia. Ia bukanlah firman Allah. Hadis-hadis tersebut adalah yang
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
17/43
sebenarnya datang daripada sangkaan satu angan-angan kosong ahli-ahli
kitab yang terdahulu. Ia bukanlah benar-benar kebenaran yang diyakini
seperti Al-Quran atau kitab-kitab Allah. Hadis-hadis kebanyakannya
membuat keterangan palsu terhadap Nabi Muhamamad S.A.W. ".6. Muka surat 33
"Begitu juga kalau ditinjau dari semua sudut, hadis tersebut menimbulkan
satu kesempitan atau kesusahan bagi " Hadis-hadis juga mempunyai
kaedah-kaedah yang sempit, fanatik. ortodoks, ekstrim, radikal, hipokrit
dan negatif ". "Pengikut-pengikut Musa. Isa dan Muhammad telah tertipu
dengan urusan agama mereka mengikut sangkaa dan angan-angan
kosong ahli-ahli kitab "
Sesungguhnya yang memecah belahkan agama itu terdiri daripada
pengikut-pengikut Rasul. Mereka mengucapkan sesuatu yang mereka
ketahui, contohnya seperti Imam Syafie, Maliki. Hanafi dan Hambali.
Mereka tidak sependapat di antara satu sama lain. Contoh lain, sewaktu
menunaikan fardhu haji ke Mekah Mazhab Syafie tidak bersesuaiaan
dengan tempat tersebut, mazhab ini lebih cenderung dan paling sesuai di
negara kita sekarang ini.
Sementara mazhab syafis menjadikan semua perkara sunat, suatu
perkara yang difardhukan. Bagi Imam Syafie pula, pembahagian daripada
sebahagian adalah Sunat (disunatkan) .Contohnya mengambil wudhuk
amat bertentangan sekali di antara kedua-dua pendapat tersebut, begitu
juga ditinjau ibadat sembahyang, mempunyai pendapat yang berbeza.
Contohnya, Imam Syafie mempunyai Usalli sedangkan Imam Maliki tidak
dimulai dengan Usalli hanya dimulakan dengan Takbiratulihram.
7. Muka surat 35
" Beberapa contoh hadis iaitu berhala yang disembah oleh kebanyakkan
manusia hari ini di antaranya Hadis Qudsi. Hadis Sahih. Hadis Mauduk.
Hadis Dhaif, qias dan ijmak u1ama' . Sementara contoh ulama' yang
menjadi ikutan hingga hari ini oleh kebanyakkan manusia ialah ulamak'
musafirin. Ulama' Kafirin, ulama' musyirikin. Dalam keadaan begitu
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
18/43
lahirlah berbagai-bagai tariqat di antaranya ijma' ulama' ahli sunnah wal
jamaah. kadiriah, jibriah. muktazilah. samniah ahmadiah. muhammadiah.
nas syabandi syiah, tabligh, arqam sunni dan taslim. Sementara kitab-
kitab mereka terdiri daripada tauhid, fikah. tasauf. Tajul muluk. darulnafis, ya ulumuddin. kitab hakam clan berbagai-bagai lagi dan imam
mereka pula ialah Syafie. Hanafi. Maliki, Hambali. Khomeinni, Mahdi.
Bonjol dan Gulam Ahmad qadian".
8 . Muka surat 45 " 8.13 Tasbih dan Doa Kesyukuran
sewaktu sampai di Baitul Makmur "
"Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi Rezeki yang mempunyai
kekuatan lagi sangat kukuh. Sesungguhnya Dialah yang Maha
melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang ".
8. Muka surat 52 "9.5 (1) 1stilah Solat "
" Istilah mendirikan solat di sisi Allah ialah mengembalikan diri kepada
Allah iaitu tunduk patuh terhadap kebenaran dan petunjuknya serta
perintah dan peraturan serta hukum-hukumnya untuk mengingatinya ".
10. Muka surat 52 " 9.5 (111) 1stilah Zakat "
" Iaitu melakukan apa-apa sahaja perkara yang baik pada diri sendiri
terhadap orang lain. kerana mencari keredhaan Allah ".
11. Muka surat 54
" Sesungguhnya sembahyang itu amat berat bagi kamu, kecuali orang
orang yang khusuk di antara kamu, jika ditinjau pada zaman inimkebaikan
manusia tidak lagi menyembah Allah sebagaimana Nabi-nabi, Rasul-rasul
dan orang yang beriman yang telah lalu menyembahNya "
12. Muka surat 55
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
19/43
" Begitu juga pengikut yang besar Nabi Muhammad S.A.W. tidak lagi
mengikut sebagaimana baginda menyembah Allah serta beribadat
kepadanya perkara tersebut amat ketara pada zaman ini, boleh dikatakan
jelas di merata dunia sekarang ini ".
13. Muka surat 56
" 10.2 Istilah Kiblat Ke Baitullah
"Iaitu ertikata menyerah diri kepada Allah dengan hati yang suci murni
memasuki agama Allah iaitu Islam"
14. Muka surat 66
" 10.29 Istilah telaga zam-zam
" Iaitu tentang akidah tauhid. dasar agama Allah orang-orang yang
beriman tidak boleh menyekutukan Allah, rahmat dan rezeki serta
petunjuk datang darinya ".
" 10.30 Istilah Iktikaf "
"Iaitu menghadirkan diri ke majlis rasul-rasul bagi mendengarkan ayat-
ayat yang dibacakan terhadap mereka, semoga hati mereka menjadi
tunduk serta mendapat petunjuk "
15. Muka surat 68 " KUMPULAN PANl'UN DUA KERAT UNTUK RENUNGAN "
Barang siapa mengikut hadis
Mudah sahaja disesatkan iblis.
Sesiapa mengikut Mazhab
Pasti ia ditimpa azab.
Sesiapa mengikut tariqat
Pasti terikat dan sesat.
Sesiapa mengikut Ijmak ulama
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
20/43
Pasti terjebak dalam semak.
Sesiapa mengikut qias
Nanti harta dan bini kena rampas.
Sesiapa mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Ia menjadi pendusta dan bid'ah
16. Muka surat 69
Sesiapa mengikut Imam Syafie
pasti ia menginaya diri.
Sesiapa mengikut Imam Hanafi
Pasti ia bersesat hati.
Sesiapa mengikut Imam Maliki
Jadilah ia seperti agama Yahudi.
Demikianlah kesalahan-kesalahan terdapat di dalam buku beliau "
Al-Furqan "
6. Ajaran Haji Zulkifli Ismail
Jawatankuasa Fatwa kali 5/98 memutuskan agar kajian yang lebih
mendalam dilakukan keatas ajaran ini dengan menumpukan kepada
persoalan-persoalan berikut:
i- Penyelewengan dari sudut akidah
ii- Kesalahan yang jelas dari sudut ibadat dan syariat
Jawatankuasa juga mengesyorkan agar guru ajaran ini dipanggil secara
resmi dalam sesi soal jawab, bagi mendapatkan penjelasan berkaitan
ajaran beliau.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
21/43
2. LATAR BELAKANG
2.1 Nama beliau ialah Zulkifli b. Ismail, menetap buat kali terakhir di
alamat Batu 13, Jalan Puchong (berhadapan dengan Petronas), rumahkayu dua tingkat bercat putih. Telah berkahwin dan mempunyai empat
orang anak. Isteri pertama beliau telah diceraikan dan tinggal di
Kemaman, Terengganu.
2.2 Tiada rekod yang didapati mengenai pendidikan beliau. Beliau tidak
lancar membaca al-Quran dan pada kebiasaannya beliau meminta
pengikut beliau yang lancar dan dan fasih membaca al-Quran. Semasa
pengajian beliau tidak membuka apa-apa kitab kecuali al-Quran
terjemahan dan kebanyakan kelas-kelas pengajian adalah berbentuk
ceramah umum dengan mencampuradukkan pelbagai bidang ilmu yang
terlintas di fikiran beliau.
2.3 Jumlah Pengikut beliau dianggarkan antara 300-400 orang. Sejak
ajaran ini di kesan pengikutnya terdiri daripada pegawai-pegawai dari
Syarikat Celcom. Ajaran ini telah mengambil 20-30 orang penagih dadah
untuk menjadi pengikut setia, ditempatkan di Markaz tersebut dengan
dibiayai sepenuhnya oleh kakitangan Celcom. Walaubagaimanapun
terdapat juga seramai 15-20 pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA)
dan beberapa orang pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) telah terlibat
dengan ajaran ini.
2.4 Ajaran ini telah berpindah-pindah tempat apabila mengetahui kegiatan
mereka telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa iaitu bermula dari Negeri
Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan pada
akhir tahun 1996 kumpulan ini telah mendirikan sebuah bangunan surau
kayu dua tingkat yang masih di dalam pembinaan bertempat di Desa
Pengasih, Bukit Cerakah, Mukim Ijok, Kuala Selangor.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
22/43
3. CIRI-CIRI AJARAN
3.1 Akidah
a) Guru ajaran ini menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang
adalah hiasan sahaja adapun al-Quran yang sebenar adalah di dalam dirikita.
b) Mengadakan upacara pertapaan sekurang-kurangnya tiga hari.
Pertapaan ini dipanggil Uzlah, pertapaan ini adalah disebabkan melanggar
pantang larang ajaran. Setiap pengikut yang sedang dalam pertapaan
boleh pulang ke rumah tetapi tidak boleh masuk rumah. Di antara tempat
pertapaan ini ialah di Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung Jerai
(Kedah), Linggi (Negeri Sembilan) dan Jenagor, Kuala Brang
(Terengganu).
c) Mengadakan zikir di sekeliling sebuah makam bernama Mohamed Syarif
Al-Baghdi di Jenagor, Kuala Brang, Terengganu. Makam ini juga digelar
dengan nama makam Tok Ayah.
d) Ajaran ini mewajibkan kepada pengikut yang baru dengan mengadakan
baiah, upacara baiah ini hendaklah disaksikan oleh dua orang pengikut
lain yang telah melakukan baiah.
e) Setiap pengikut ajaran ini diwajibkan membuat ikrar dengan
mengorbankan harta benda kepada pentadbiran ajaran ini. Sehubungan
itu terdapat pengikut ajaran ini menghabiskan pendapatannya untuk
diberikan kepada ajaran tersebut.
f) Pengikut ajaran ini tidak dibenarkan mengawinkan anak mereka dengan
orang luar sebaliknya perkahwinan hendaklah dikalangan anak-anak ahli
sahaja.
3.2 Fekah
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
23/43
a) Kebanyakan pengikut ajaran ini tidak mendirikan sembahyang jumaat
dan apabila ditanya mereka memberikan pelbagai alasan.
b) Melakukan Takbir dan Tahmid sejak awal Ramadhan hinggalah HariRaya, Takbir ini diadakan beramai-ramai.
c) Ajaran ini juga adalah menetapkam Maqom seseorang pengikut jesteru
itu sof-sof di dalam sembahyang mempunyai tempat orang-orang
tertentu. Sekiranya seseorang itu tiada maka tempat itu akan di
kosongkan, ini adalah disebabkan makmum di barisan belakang belum
sampai maqom dan tidak layak memenuhi sof yang kosong di hadapan.
d) Ajaran ini menegaskan bahawa isteri-isteri yang tidak mahu mengikuti
ajaran ini hendaklah diceraikan. Adalah didapati bahawa layanan yang
diberikan kepada isteri pengikut ajaran ini amat bertentangan dengan
hak-hak seseorang isteri.
7. Tarlkat Tujuh (martabat Tujuh) Yang Dibawa Oleh Hamzah
Bin Embi
"Bahawa dengan ini Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa)
Negeri Selangor yang bersidang pada Hari Selasa, 24 Zulhijjah 1413H
bersarnaan dengan 15 Jun 1993 telah membincangkan dengan panjang
lebar hasil siasatan tariqat tersebut sebulat suara ahli yang hadir
bersetuju : bahawa ajaran Tariqat Tujuh yang dibawa oleh Hamzah bin
Embi dan pengikutnya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang
sebenar dan pengajaran ilmu tauhidnya juga bercanggah dengan ilmu
tauhid ahli Sunnah Wal-Jarnaah.
Alasannya ialah :
i. Guru Tariqat (Hamzah bin Embi) mengakui telah mendapat beberapa
keistimewaan dari Allah dan boleh melihat alam ghaib (Kasyab).
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
24/43
ii. Membaca dua kalimah syahadah semasa bai'ah tidak boleh putus, jika
putus bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat
Allah dan Muhammad itu satu.
iii. Dalam zikir yang keenam selawatnya sangat meragukan di mana zatMuhammad disamakan sifat ketuhanan.
iv. Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam
penafsiran para Ulama' tauhid ahli sunnah Wal Jamaah
v. Guru tariqat (Hamzah bin Embi tidak menunaikan sembahyang Jumaat
kerana beranggapan dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam yang
ada.
vi. Tempat bersuluk tidak boleh dikosongkan (ada penunggu) mereka
boleh dikecualikan sembahayang Jumaat.
Oleh itu sesiapa yang mempelajari dan mengamalkan hendaklah
ditinggalkan dan bertaubat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
8. Ajaran Sulaiman (bahtera Nabi Noh)
Ajaran Sulaiman ( Bakhtera Nabi Noh ) adalah bertentangan dan
menyeleweng dari akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini
hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar.
Keterangan :
2.1 Kumpulan ini telah di asaskan oleh Sulaiman bin Mohd Said pada
tahun 1989 dengan nama Syarikat Shah W.T.C Enterprise Sdn. Bhd
dengan modal RM 2.5 juta beralamat di Lot 3734, Jalan Jambu, Meru
Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor. Tujuan awal penubuhannya ialah
untuk menubuhkan satu syarikat bagi membangunkan ekonomi Islam
sedunia yang didakwa akan mengembangkan perniagaannya di dalam dan
luar negeri meliputi Timur Tengah, Indonesia, India dan Thailand.
2.2 Bentuk perniagaan yang dikendalikan ialah membuat barang
kraftangan dari bahan-bahan terbuang seperti tempurung kelapa,
tunggul-tunggul kayu, membuat bantal dan minyak wangi. Namun begitu,
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
25/43
sehingga kini barangan tersebut belum lagi diedar hanya sebagai contoh
sahaja untuk dipamerkan. Terdapat 3 buah bangunan dalam pengeluaran
barang tersebut iaitu di :
(i) Rantau Panjang, Klang - Bengkel peralatan
(ii) Teluk Kapas, Pelabuhan Klang - Bengkel Kraftangan
(iii) Jalan Jambu, Meru, Klang - Bengkel Kraftangan
Namun, dua daripada tiga bengkel tersebut telah ditutup dan yang tinggal
hanya di Jalan Jambu, Meru, Klang sahaja. Ini berlaku kerana tuan tanah
tidak yakin dengan bentuk perniagaan tersebut.
2.3 Sulaiman pada awalnya mempunyai isteri bernama Wasitah dan
dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Wasitah diceraikan kerana beliau
ingin berkahwin dengan kakaknya Hawa. Oleh kerana Sulaiman telah
meninggal dunia pada Januari 1995, kumpulan ini telah diambil alih oleh
isterinya, Hawa bt. Hasan, seorang guru sekolah rendah. Kumpulan ini
telah membina sebuah bangunan berbentuk kapal yang mempunyai 52
bilik bagi tujuan menyelamatkan diri bila banjir besar berlaku di Daerah
Klang.
3. ISI AJARAN
Sulaiman (allahyarham) sebenarnya tidak ada asas pengajian agama
secara formal dan beliau tidak tahu membaca al-Quran. Beliau
menggunakan khadam (jin) yang diberi nama Mr. Programmer yang
membantunya dalam setiap tindakan. Setelah beliau meninggal dunia, Mr.
Programmer ini telah diambil alih oleh isterinya Hawa bt. Hasan untuk
berkhidmat dengannya. Sulaiman juga pernah belajar dengan guru ajaran
sesat dari Pasir Mas, Kelantan yang dipanggil Syed Ahmad/ Syeikh
Ahmad.
Diantara butir-butir ajaran Sulaiman ialah :
1) Beliau telah menggunakan terjemahan al-Quran karangan A. Hassan
sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
26/43
sahaja yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim.
Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa.
2) Mendapat ajaran terus dari Allah. Beliau juga mendakwa semua ulamadi Malaysia tidak betul dan hanya kumpulannya sahaja yang
mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar.
3) Akan diadakan pertemuan empat kaun umat ahli Muhammad iaitu
(i) Nabi Ibrahim (orang Arab)
(ii) Nabi Nuh (orang Melayu)
(iii) Ali Imran (Orang Inggeris dan Jerman)
(iv) Nabi Musa (orang Israel)
4) Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara
yang dialamkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul
5) Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jama ketika membuat
kerja-kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang
zohor dan asar boleh dijamakan kerana segala kerja itu adalah urusan
Allah. Dalam bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya
boleh sembahyang jama kerana mengacau dodol adalah urusan Allah.
6) Setelah Sulaiman meninggal dunia, jawatan ketua kumpulan ini secara
automatik diambil alih oleh isterinya Hawa Hasan sehingga sekarang.
Mereka mendakwa segala urusan projek yang dijalankan adalah projek
Allah. Mereka juga mendakwa mendapat petunjuk di langit dan mimpi-
mimpi melalui ahli-ahli bahawa kumpulan ini sahaja yang mengamalkan
ajaran Islam yang sebenarnya.
7) Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti :
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
27/43
i. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak) :
Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan
persembahan perintah sembahyang fardhu...kerana menyembahmu, serta
tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksudberlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.
ii. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian
beristighfar
memohon keampunan atas kesilapan diri.
iii. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada
pembukaan, iaitu dengan membaca al-Quran surah al-Imran ayat 18.
9. Ajaran Tijah @ Khatijah Bt Ali
Bahawasanya, Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali adalah bertentangan dan
menyeleweng daripada akidah umat Islam. Umat Islam yang mengikuti
ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang
sebenar
Nama beliau ialah Tijah @ Khatijah bt Ali, berumur 53 tahun dan berasal
dari Besut, Terengganu. Kini beliau tinggal di Lot 231, Jlan Jurutera, Batu
13 1/2, Puchong yang juga menjadi pusat kegiatan ajaran ini. Beliau
mendapat pendidikan di Sekolah Thanawiah Lil Banat, Pasir Puteh,
Kelantan. Tarikat yang dibawa oleh beliau ialah Tarikat Naksabandiyah
Mahyudin Ibnu Arabi dan beliau mengambil ijazah dari Haji Ibrahim
Patani. Beliau mendalami ilmu Tasawuf daripada guru pondok berikut :
1. Hj. Ibrahim Pattani (Kelantan)
2. Hj. Suaibun Ahmad (Terengganu)
3. Hj. Osman (Yala, Thailand)
3. ISI AJARAN
3.1 Huraian mengenai fahaman Wahdatul Wujud
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
28/43
Puan Khadijah menjelaskan bahawa jika kita merasakan kita ini wujud
hukumnya syirik, kerana satu sahaja yang wujud yakni Allah. Makhluk
hanyalah merupakan bayangan kewujudan Allah. Setiap objek yang dilihat
oleh beliau dan pengikutnya adalah Allah. Ini adalah kesimpulan danpengakuan beliau sendiri dalam perjumpaannya dengan pegawai-pegawai
di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 24 Ogos 1988 di bilik
gerakan Ibu Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan
Sulaiman, Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur. Fahaman ini adalah
bertentangan dengan fahaman Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibnu
Arabi. Kesimpulan yang dibuat oleh Ibnu Arabi ialah, setiap yang wujud
mempunyai dua aspek iaitu aspek luar bersifat kemakhlukan dan aspek
dalaman bersifat ketuhanan.
3.2 Martabat Tujuh
Puan Khatijah juga mengajar Martabat Tujuh kepada muridnya dengan
menghuraikan perkara tersebut satu persatu. Namun begitu, dalam kitab
as-Sumulu as-Samiyah ulasan Syiekh Muhamad Katib mengenai Martabat
Tujuh menyatakan adalah sesat orang yang berpegang dengan ilmu
Martabat Tujuh.
3.3 Pembahagian Tauhid
Menurut kumpulan ini, ilmu Tauhid terbahagi kepada 4 bahagian :
i. Tauhid Uluhiyah
ii. Tauhid Rububiah
iii. Tauhid Ilahiah
iv. Tauhid Ubudiah
Puan Khadijah tidak menjelaskan satu persatu mengenai pengertian
kempat-empat bahagian Tauhid di atas.
3.4 Asal Kejadian Insan.
Mereka berusaha mengenal diri, bagi tujuan mengenal Allah berdasarkan
hadis Yang bermaksud sesiapa yang mengenal dirinya maka kenal ia
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
29/43
akan Tuhannya. Namun, menurut Dr. Fatah Harun Ibrahim, ungkapan di
tas bukan hadis, ia hanyalah ungkapan yang dilafazkan oleh seorang
tokoh tasawuf. Mendakwa ungkapan di atas sebagai hadis adalah salah
dan merupakan satu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.
3.5 Nur Muhamad
Hakikat insan menurut Puan Khatijah dpat dikonklusikan sebagai Nur
Muhammad. Nur Muhammad berasal dari Nur Allah. Sebab itulah
Muhammad disebut sebagai bapa segala roh dan Adam bapa segala
manusia, berdasarkan hadis yang berbunyi :
Maksudnya : Aku adalah bapa segala Roh dan Adam adalah bapa segala
manusia (tubuh). Hadis ini dipetik dari kitab Durun Nafis muka surat dua
puluh dua. (baris keempat dari bawah). Dimasa yang lain pula, Puan
Khadijah Ali pula menjelaskan begini, tubuh kita dadalah Mmuhammad,
Rohani kita namanya Ahmad. Dia akhirat nanti Ahamad berada diluar dan
Muhammad didalam. Inilah yang dimaksudkan bagkit dengan Roh dan
Tubuh di akhirat nanti. Muhammad Rasulullah sudah mati, tubuh kita ganti
Rasulullah. Muhammad Rasulullah menghimpun dan menyempurnakan
syariat segala rasul dan nabi-nabi, kemudian memukulnya, kita adalah
ganti Muhammad, maka kita juga menanggung tugas Muhammad.
3.6 Mengeluarkan Fatwa dan ajaran lain.
a. Puan Khatijah juga mengatakan kepada pengikut-pengikutnya bahawa
sesiapa yang menangis di dalam sembahyang hukumnya adalah syirik,
kerana ia masih mengakui bahawa dirinya wujud. Menurut ajaran beliau,
ketika kita sembahyang, insan tidak lagi wujud yang yang sembahyang
ialah Ahmad. Cara sembahyang juga diajarkan kepada muridnya, iaitu
apabila kita mengangkat Takbiratul Ihram, kita hendaklah menarik nafas
dari pusat ke atas, kemudian Munajad dan Tabdal, barulah sempurna
sembahyang kita.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
30/43
4. TINDAKAN
Beliau pernah didakwa oleh JAWI kerana kesalahan mengajar tanpa
tauliah pada tahun 1980. Bahagian Penguatkuasa juga pernah membuat
siasatan terhadap beliau dengan meninjau lokasi dan bilangan ceramahyang diadakan. Ajaran beliau telah difatwakan menyeleweng oleh JAWI
pada 6 Julai 1989.
10. Hukum Ikrar Seseorang Yang Akan Murtad
"Ikrar seorang lelaki yang akan murtad jika tidak jadi bernikah dengan
seorang perempuan yang diminatinya, hukumnya murtad pada ketika dia
melafazkan ikrar tersebut. Oleh itu hendaklah dia bertaubat dan
mengucap dua kalimah syahadat bagi memperbaharui Islamnya "
11. Nas Atau Dalil Keupayaan Masuk Islam Dan Pemelukkan
Agama Islam Oleh Kanak-kanak
Mengikut Seksyen 67 dan 70, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam
1989 menyebutkan :
Seksyen 67 - Bagi maksud bahagian ini, seorang yang bukan beragama
Islam boleh memeluk agama Islam jika ia telah mencapai umur baligh
mengikut hukum Syara' dan sempurna akal.
Seksyen 70 - Jika pada saat ia memeluk agama Islam seseorang muallaf
samada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak kandungan yang
belum mencapai umur baligh mengikut hukum syara', kanak-kanak itu
adalah memeluk agama Islam pada saat yang sama.
3. Dan dihukumkan dengan Islam kanak-kanak dan orang gila yang lain
daripada lakid kerana mengikut salah seorang daripada dua ibu bapanya.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
31/43
(Rujuk kitab : Matlaul Badrin wal majmuk albahri, karangan AI-Abidil fakir
Alfani Muhammad bin Ismail Daud Fatani, muka surat 132.
4. (1) Berdasarkan nas-nas yang tersebut di atas nyatalah tanda balighbagi kanak-kanak adalah seperti berikut :
Genap umumya 15 tahun bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan atau
bermimpi keluar mani bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan manakala
ia telah berumur 9 tahun atau haidh bagi kanak-kanak perempuan apabila
ia telah berumur 9 tahun.
Tanda-tanda baligh tersebut adalah menunjukkan mereka telah mampu
membuat pemilihan dan mampu melaksanakan perintah Allah.
(2) Manakala kanak-kanak kecil yang belum baligh apabila kedua
ibubapanya atau salah seorang daripada keduanya memeluk agama
Islam, maka ia dengan sendirinya mengikut Islam, kerana mendekatkan
hubungan mereka.
12. Ilmu Hakikat Ajaran Hassan Bin Jonit
Bahawasanya Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) Negeri
Selangor telah memutuskan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah
bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Segala bentuk
buku dan risalah terbitannya adalah haram dan boleh membawa
kesesatan. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat
dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar .
Biodata guru
Hassan bin Jonit dilahirkan di Melaka, bekerja sebagai penjual sayur dan
menetap di alamat No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, 68000
Ampang, Selangor. Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali, dua orang
isteri telah diceraikan kerana beliau mendakwa isterinya tidak mahu
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
32/43
mengikut ajarannya. Isteri ketiga sekarang bernama Jariah bt. Hasan dan
mempunyai 4 orang anak. Pendidikan awal beliau ialah Sek. Agama,
Pontian Kecil, Johor sehingga darjah 3, Sekolah Melayu Melaka sehingga
darjah 3.
Lokasi dan pengikut
Ajaran ini berpusat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang
Papan, Kampung Batu Arang, 48050 Rawang Selangor. Markaz ini
digunakan untuk sembahyang dan tempat pengajian. Dari maklumat yang
diterima, pengikut beliau dianggarkan seramai 100-150 orang di seluruh
Negeri Selangor. Kebanyakkan pengikutnya tidak mempunyai asas
pengajian agama yang kukuh.
3. CIRI-CIRI AJARAN
DARI SEGI AKIDAH
3.1 Bertemu dengan Allah
Beliau mendakwa bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Ini
dijelaskan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Batu Arang iaitu Mohd
Zainuddin.
3.2 Bertemu Nabi Muhammad
Beliau juga mendakwa bertemu dengan Nabi Muhammad ketika
mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Setiap kali bertemu
dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan
tersebut.
3.3 Boleh tabir mimpi
Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di markaz,
mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di markaz.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
33/43
Pada waktu pagi selepas solat subuh mereka akan maemperkatakan
tentang mimpi masing-masing kepada Hassan untuk ditafsirkan.
3.4 Dahi hitam tanda bela jinKebiasaannya seseorang yang rajins embahyang dapat dilihat dengan
jelas dahinya akan menjadi hitam disebabkan lama bersujud. Namun
mengikut Hasan, orang yang mempunyai tanda tersebut adalah orang
yang ada membela jin.
3.5 Solat pejam mata
Ajaran ini menjelaskan bahawa solat hendaklah menutup mata samaada
solat fardhu atau sunat. Beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan
terhadap Allah s.w.t apabila menunaikan solat dengan mata terbuka.
Sesiapa yang menunaikan solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya
menjadi imam nampak seperti khinzir.
3.6 Menolak Hari Akhirat
Beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang dijelaskan di
dalam al-Quran adalah tidak benar. Oleh itu, beliau meminta semua
pengikutnya menolak adanya Hari Akhirat.
DARI SUDUT ILMU FEKAH
3.7 Mandi wajib dengan celup jari
Mengikut Ilmu Hakikat, tidak perlu melakukan kaifiat mandi wajib
sepertimana yang dijelaskan oleh ulama Fekah. Cukup dengan
mencelupkan jari kita di dalam air beserta niat.
13. Buku Bertajuk Tiang Ugama
Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999
sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa buku bertajuk Tiang
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
34/43
Ugama yang telah dikeluarkan oleh Pusat Dakwah, Kuala Lumpur adalah
diharamkan kerana kandungan buku itu jelas bertentangan dengan prinsip
akidah dan akhlak Islam.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Bahagian Penyelidikan Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) telah
menerima buku ini dari orang awam yang tinggal di Shah Alam. Buku ini
diletak di peti surat setiap penghuni rumah.
2.2 Berdasarkan kulit buku ini, ia diedarkan oleh Pusat Tarbiah. Mereka
juga menyertakan alamat internet
http://www.Islam.org/pillar/html,http://www.Mohamad.net/greatest/html
dan email Shahadah 99 @ hotmail.com.
2.3 Buku ini mengandungi 35 halaman dan terbahagi kepada beberapa
tajuk seperti Pendahuluan, Syahadah, Tunjang Akidah, Abu Hurairah,
Berbagai Bentuk Syahadah Dalam Hadis, Siapakah Abu Hurairah? , Abu
Hurairah Lawan Allah, Lafaz Kalimah Yang Sebenar, Tidak Boleh
Membezakan antara Allah dan Rasul, dan banyak lagi
3. ASAS PERTIMBANGAN
Antara percanggahan dan penyelewengan yang terdapat dalam buku ini:
a) Mempertikaikan dua kalimah Syahadah yang dilafaz oleh pengikut Ahli
sunnah wal Jamaah.
Muka surat 2-perenggan 5.
tetapi yang sebenarnya syahadah kaum Sunnah ini melanggar ajaran
Allah dan Rasulnya. Syahadah kaum Sunnah dikutuk kuat Allah dan
Rasulullah.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
35/43
b) Mendakwa orang Islam yang berpegang dan mengucapkan dua Kalimah
syahadah kafir.
Muka surat 3-perenggan 2
Syirik terjadi jika kita kaitkan atau sekutukan sesuatu dengan Allah.
Misalnya meletakkan kalimah Muhammad sebelah kalimah Allah dalam
rumah atau masjid-masjid
c) Mendakwa pengikut Ahli sunnah Wal Jamaah mempertuhankan Nabi
Muhammad.
Muka surat 11-perenggan 2.
Begitu juga suku kaum Ahli Sunnah yang telah mempertuhankan Nabi
Muhammad dengan meletakkan namanya dalam syahadah di sisi nama
Allah
d) Menghina Perawi Hadis dan Sahabat ulung Rasulullah iaitu Abu
Hurairah
Muka surat 4-perenggan 3.
syahadah suku kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah seorang misteri.
e) Menyatakan sahabat Nabi seperti Umar dan Abu Bakar sebagai
munafik.
Muka surat 12-perenggan 1
Mengikut Allah dan Rasulnya, syahadah Abu Hurairah sebenarnya adalah
syahadah orang-orang munafik.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
36/43
Beginilah maksud ayatnya:
Maksudnya: Diantara orang-orang Arab yang disekeliling mu itu adaorang-orang munafik, dan juga diantara penduduk Madinah. Mereka
keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidakmengetahui
mereka. Nanti mereka akan kami seksa dua kali kemudian mereka akan
dikembalikan kepada azab yang besar.(Surah 9:101).
Disisi Rasulullah diberitahu oleh Allah yang dia dikeliling orang-orang
munafik. Allah mengatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak kenal
siapakah orang munafik ini. Apakah ianya termaasuk Abu Hurairah, Abdul
Rahman bin Auf, Muawiyah, Othman, Abu Bakar dsb.
f) Menolak selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Muka surat 17 dan 18-perenggan 6.
Sebahagian ulama merujuk surah 33:56 sebagai alasan untuk berselawat
ke atas nabi.
Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatnya memberi sokongan
(yusollu) ke atas nabi. Hai orang-orang yang beriman sokonglah (yusollu)
ke atas nabi dan hormatilah sepertimana dia patut dihormati
Ayat ini sedikitpun tidak ada kena mengena dengan selawat ataupun
syahadah. Paling jauh sekali. Surah 33:56 menyeru kita supaya bersama
nabi dalam perjuangannya. Para ulama tidak peka bahawa 13 ayat
terdahulu dari ini, pada surah 33:43 Allah telah berfirman dengan
menggunakan kalimah yang sama (Yusalli) bukan sahaja untuk nabi
bahkan untuk semua umat Islam.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
37/43
g) Menolak sumber hukum seperti Hadis, Ijma dan Qias serta pandangan
Ulama.
Muka surat 31-perenggan 2.
SILA PERHATIKAN BAHAWA WARKAH INI TIDAK ADA SEBARANG
TAFSIRAN, IJTIHAD, IJMAK, QIAS, JUMHUR, PERSEPAKATAN, MUZAKARAH
dsb.
Yang kita lakukan cuma menunjuk ayat-ayat Quran. Itu sahaja. Kami seru
supaya selain dari terjemahannya, ayat-ayat ini dibaca dan dikaji dalam
bahasa Arabnya.
Allah berfirman,
Tidakkah mereka , memerhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu
datangnya selain dari sisi Allah nescaya mereka perolehi didalmnya
perselisihan yang banyak. (surah 4:82)
Hampir keseluruhan kandungan buku ini tidak mempunyai hkum yang lain
kerana mereka menganggap hanya Quran sahaja sebagai hujah dan
sumber hukum.
h) Mentakwil ayat al-Quran dengan pandangan lain.
Muka surat 6- perenggan 2
Di dalam al-Quran Allah berfirman:
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
38/43
Maksudnya: Dan ( Allah) yang menyatukan hati mereka (sahabat).
Walaupun kamu belanjakan semua kekayaan yang berada di bumi
nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka (para sahabat) akan
tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesunggunya di amahaPerkasa lagi Maha Bijaksana. Ya Nabi cukuplah Allah dan orang-orang
mukmin (para sahabat) yang mengikutimu. ( Surah 8: 63-64)
Jadi para sahabat ialah orang mukmin yang jati. Mereka begitu akrab
sesama sendiri. Allah berkata kalau Nabi belanjakan semua wang di atas
muka bumi pun, nabi tidak terdaya untuk menyatukan hati para sahabat.
Tetapi Allah telah menyatukan hati para sahabat dan menyemai kasih
sayang diantara mereka.
Tetapi mengikut cerita karut Abu Hurairah pula dia ditumbuk dan dipijak
kepalanya oleh Saidina Umar, bukan kerana mencuri atau membelot wang
(cerita ini adalah dalam bab lain) tetapi kerana membawa syahadah, iaitu
tunjang akidah suku kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.
14. Hukum Wang Dividen Dan Bonus Asb
1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB
adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan
hukum syara' "
1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci
Mekah
Keputusannya
" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa
oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-
tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
39/43
diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat
tersebut.
15. Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa
seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk
upah Haji simati.
Keputusannya :
Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS
adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada
haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang
bertentangan dengan hukum syara'.
1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang
polisi itu meninggal dunia)
Keputusannya :
Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu
meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali
wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap
bulan itu.
1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit
wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau
masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya
seorang sahaja.
Keputusannya
Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu
hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli
waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
16. Pamplet Zakat Kwsp
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
40/43
Mesyuarat telah diberi maklumat mengenai pamplet zakat KWSP yang
dikeluarkan oleh Pusat Zakat Selangor. Mesyuarat memberi pandangan
agar perkataan Selangor Kali 1 pada 9 Mei 2000 dipotong.
17. Penglibatan Orang Islam Dalam Jualbeli Saham
" Bahawa pada prinsipnya, orang Islam boleh melibatkan diri dalam
jualbeli saham, kerana ia tidak bercanggah dengan syarat jualbeli dalam
Islam, walau bagaimana pun pelaburan atau perniagaan syaarikat saham
tersebut adalah daripada barangan yang halal."
18. Pelaburan Harta Zakat Bahagian Asnaf Amil
Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa kali ke 3/99 telah sebulat suara
mengesyorkan agar Pusat Zakat Selangor (PZS) mengemukakan Kertas
Cadangan Pelaburan Asnaf Amil di masa akan datang sekiranya ada
lebihan peruntukan daripada harta zakat tahunan yang diberi kepada
pihak PZS.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Majma al-Fiqh al-Islami dalam seminarnya yang ketiga yang diadakan
di Kuwait bertarikh 8-9 Jamadil Akhir 1413H bersamaan 2-3 Disember
1992M telah membuat ketetapan berkenaan PELABURAN HARTA ZAKAT
sepertimana yang telah ditetapkan pada 2hb Julai 1986 dalam seminar
yang ke-3 bahawa harta zakat boleh dilaburkan tetapi mesti menepati
syarat-syarat berikut:
(i) Bilamana sudah tidak ada lagi agihan saraan mendadak yang mesti
diberikan melalui harta zakat.
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
41/43
(ii) Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan sempurna iaitu
perjalanannya sama seperti lain-lain pelaburan dan ianya mestilah
berlandaskan syariat.
(iii) Hendaklah diadakan jaminan bahawa harta asal zakat yang dilaburkan
adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya.
(iv) Apabila ada keperluan mendadak iaitu perlu diagihkan harta zakat
atas keperluan yang terdesak maka harta zakat yang dijadikan modal
pelaburan tadi hendak mudah dicairkan.
(v) Hendaklah dibuta kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu
pelaburan yang hendak diusahakan menggunakan harta zakat. Yang mana
perlu dipastikan pelaburan/ perniagaan tersebut terjamin selamat serta
musah dicairkan bila perlu.
(vi) Hendaklah mendapatkan kebenaran ataupun kelulusan dari
pemerintah ataupun mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas harta
zakat. Ianya kerana untuk memelihara dasar-dasar syariat dan pelaburan
tersebut mestilah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa
khas yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang
pelaburan serta yang lebih penting ialah amanah.
3. ASAS PERTIMBANGAN
Pada umumnya ulama Fuqaha berpendapat ada 3 bentuk pelaburan harta
zakat. Ianya seperti berikut:
(i) Pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh mereka yang berhak
menerima zakat (mustahik) setelah mereka menerima lalu memiliki harta
zakat dari bahagian mereka. Dalam hal ini ulama bersepakat bahawa
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
42/43
-
8/14/2019 Fatwa-fatwa Kerajaan Negeri Selangor
43/43
Walaubagaimanapun akhirnya mereka telah bersepakat mengatakan
bahawa memang pada dasarnya harta zakat tidak boleh dilaburkan. Akan
tetapi atas maslahah Ummah, maka harta zakat boleh dilaburkan tetapi
hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah dijelaskan sebentar tadi.
19. Pengemaskinian Sistem Agihan Zakat
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara Negeri Selangor bersetuju agar
pihak Pusat Zakat Negeri Selangor berusaha untuk mengemaskini Sistem
Agihan Zakat Negeri Selangor dengan melakukan kajian terperinci beserta
hujjah dan alasan yang kukuh.
LATAR BELAKANG
i- Sistem agihan zakat yang dijalankan oleh Pusat Zakat Selangor (MAIS)
pada masa ini ialah berdasarkan kepada Fatwa Sistem Agihan Zakat
Negeri Selangor yang telah di fatwakan dan diwartakan pada tahun 1994.
ii- Kemudian sistem agihan tersebut telah disusun kembali oleh
Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1996.
iii- Dan pada tahun 1998 Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor
meletakkan beberapa penambahan dalam sistem agihan zakat.