Download - Fiqh Ibadat
FIQH IBADAT 2010
PENDAHULUAN
Bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan hati-hati
kita dengan WahyuNya, menyelamatkan kita dari kejahilan, memberi
hidayat dari kesesatan dan seterusnya menjadikan kita sebaik-baik
ummah yang dilahirkan untuk faedah manusia, apabila kita beriman
denganNya (wahyu) yang didatangkan kepada kita dan kita
mengamalkannya sebagaimana semestinya. Selawat dan salam dituju
kepada baginda Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat untuk sekelian
alam, para sahabatnya dan yang mengikut jalannya hingga hari kiamat.
Perbahasan tajuk kertas kerja ini ialah Ibadat Dan Amalan Haji
Kefardhuan Dan Syarat-Syaratnya yang memang panjang hendak
diperincikan, Mudah-mudahan dengan pembentangan yang sebegini
dapat memberi peluang yang banyak kepada pelajar lain untuk turut
serta dalam sesi perbincangan yang akan menghasilkan natijah yang
berfaedah untuk kita semua. InsyaAllah ........
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 1
FIQH IBADAT 2010
PENGENALAN
Ibadah Haji adalah puncak pengabdian insani Muslim terhadap
Allah SWT. Setelah ia memenuhi tuntutan syahadah, menunaikan
ibadah anggota tubuh badan yakni solat, menundukkan hawa nafsu
menerusi puasa (Bulan Ramadhan) dan memenuhi kewajipan ke atas
hartanya menerusi amalan berzakat.
Menunaikan fardhu haji adalah wajib bagi mereka yang
“berkuasa” di sini bermaksud berupaya melakukan ibadah haji sama ada
secara sendiri atau melalui pertolongan orang lain.
SEJARAH PEMBINAAN KAABAH.
Pada zaman Nabi Ibrahim A.S. menyembah berhala adalah amalan
harian sebahagian besar masyarakat Makkah. Mereka menolak dan
menentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, iaitu agama yang
mentauhidkan ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T. telah memerintahkan Nabi
Ibrahim menempatkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Ismail di
Makkah. Makkah pada waktu itu belum lagi didiami oleh manusia. Nabi
Ibrahim A.S pulang ke negeri Syam untuk menjalankan tugasnya
sebagai pesuruh Allah.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 2
FIQH IBADAT 2010
Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Aku Telah menempatkan
sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-
tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya
Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat,
Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka
dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan
mereka bersyukur. ( Surah Ibrahim : Ayat 37 )
Satu peristiwa telah berlaku diantara Siti Hajar dan anaknya, Ismail
yang membawa terpancarnya air zam-zam di kawasan gurun yang
kering kontang itu. Mulai saat itu, ramai orang telah datang untuk
mengambil air zam-zam di samping menziarahi Ismail, malah ada di
antara mereka yang menetap terus di Makkah. Kemudian, Nabi Ibrahim
A.S. bersama anaknya Nabi Ismail A.S. membina Kaabah atas perintah
ALLAH sebagai tempat untuk mereka beribadat, berzikir tawaf dan
bersyukur.
TANAH MAKKAH SEBELUM NABI MUHAMMAD MENJADI RASUL
Masyarakat arab jahiliyah mencampur adukkan ibadat haji dengan
amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran islam. Keadaan ini
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 3
FIQH IBADAT 2010
telah berterusan sehingga Nabi Muhammad S.A.W. diutus untuk
memimpin umat manusia kepada ajaran tauhid yang sebenar. Kota
Makkah pada masa itu, dijaga oleh Abdul Mutalib sebagai Ketua
Pentadbir Makkah. An-Najasyi bersama-sama angkatan tentera
bergajah cuba menghancurkan Kaabah, tetapi terlebih dahulu
dihancurkan oleh ALLAH S.W.T. Pada masa yang sama, Nabi
Muhammad S.A.W dilahirkan pada (571 Masihi-Tahun Gajah).
Kedatangan agama islam telah mengubah keadaan masyarakat Arab
Jahiliyyah kepada suatu tamadun yang baru. Kejayaan Rasulullah
S.A.W. membebaskan Kota Makkah daripada belenggu-belenggu
musyrikin Makkah pada tahun kelapan hijrah, ia merupakan peristiwa
yang paling bermakna, kerana mulai tahun tersebut, orang-orang islam
telah bebas mengerjakan ibadat haji dan umrah di Makkah tanpa
sebarang gangguan.
PENGERTIAN HAJI
Pengertian haji dari segi bahasa ialah berziarah, manakala dari
segi syarak pula ia bermaksud mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 4
FIQH IBADAT 2010
untuk melakukan beberapa amal ibadah pada bulan haji dengan rukun
dan syarat-syarat tertentu sebagai pelaksanaan Rukun Islam yang
kelima.
KEWAJIPAN MENUNAIKAN HAJI
Ibadat haji adalah ibadat yang di syariatkan oleh ALLAH S.W.T
kepada umat islam dan ia merupakan rukun islam yang kelima. Ibadat
haji telah mula difardhukan pada tahun keenam hijrah. Kewajipan
menunaikan ibadat haji berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang
berikut:
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya
mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan
mengendarai unta yang kurus1 yang datang dari segenap penjuru
yang jauh, (Surah Al-Haj : Ayat 27)
SYARAT – SYARAT WAJIB HAJI.
1. Beragama Islam
2. Merdeka
3. Cukup Umur (Baligh)
4. Sempurna Akal (Tidak Gila)
1 Unta yang kurus menggambarkan jauh dan sukarnya yang ditempuh oleh jemaah haji.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 5
FIQH IBADAT 2010
5. Berkemampuan
CIRI – CIRI BERKEMAMPUAN
1. Sihat tubuh badan
2. Cukup perbelanjaan pergi dan pulang serta ahli keluarga yang
ditinggalkan
3. Mempunyai kenderaan yang selamat untuk pergi dan pulang
4. Terjamin keselamatan diri, nyawa dan harta sama ada dalam
perjalanan atau semasa mengerjakan ibadat haji.
5. Mempunyai kesempatan waktu untuk mengerjakan pekerjaan haji
6. Bagi kaum wanita, hendaklah mendapat izin daripada suami dan di
temani oleh dua orang muhrimnya
HUKUM MENGERJAKAN IBADAT HAJI
1. Wajib jika cukup syarat-syaratnya
2. Wajib jika bernazar atau haji dahulunya terbatal
3. Sunat dilakukan berulang-ulang kali.
HIKMAH IBADAT HAJI KE ATAS INDIVIDU
1. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T
2. Berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah
3. Melatih diri bersifat sabar kerana banyak kesulitan yang terpaksa
ditempuh semasa mengerjakan haji
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 6
FIQH IBADAT 2010
4. Dapat berkenalan dengan jemaah haji daripada negara lain
5. Melatih individu bersifat sanggup berkorban kepada jalan Allah
6. Melatih individu bersifat tolong menolong dan bekerjasama dalam
semua perkara
AMALAN-AMALAN HAJI
Pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah S.A.W menunaikan ibadat haji
untuk pertama kalinya, amalan-amalan yang dilakukan oleh baginda
menjadi ikutan kepada umat islam dalam mengerjakan ibadat haji.
Amalan-amalan haji terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
Rukun Haji
Wajib Haji
Sunat Haji
Rukun haji ialah perkara-perkara yang mesti dilakukan dalam ibadat
haji. Jika ia tertinggal salah satu daripadanya, maka hajinya tidak sah
dan wajib digantikan pada tahun-tahun hadapan.
Rukun haji terbahagi kepada :
1) Niat Mengerjakan Haji
2) Wukuf Di Padang Arafah Pada 9 Zulhijjah
3) Tawaf Di Kaabah
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 7
FIQH IBADAT 2010
4) Sa’i Iaitu Berlari-Lari Anak Dari Bukit Safa Ke Bukit Marwah
Sebanyak 7 Kali.
5) Bercukur
6) Tertib
Wajib haji ialah perkara-perkara yang mesti dilakukan, dan jika
tertinggal salah satu daripadanya, hajinya sah, akan tetapi dikenakan
bayaran dam ( Denda )
Perkara-perkara wajib haji ialah :
1) Niat Mengerjakan Haji Di Miqat
2) Bermalam Di Muzdalifah
3) Melontar Di Jumratul Aqabah
4) Bermalam Di Mina
5) Melontar Di Ketiga-Tiga Jumrah Iaitu : Jumratul Ula, Jumratul
Wusta dan Jumratul Aqabah
6) Meninggalkan Perkara-Perkara Yang Dilarang Seamasa Ihram
Perkara-perkara sunat haji ialah perbuatan yang sunat di lakukan
semasa mengerjakan ibadat haji. Sesiapa yang melakukan perbuatan
tersebut akan mendapat pahala daripada ALLAH S.W.T. Di antara
perkara - perkara sunat haji ialah :
1) Mandi sunat sebelum memakai ihram
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 8
FIQH IBADAT 2010
2) Suci daripada hadas kecil dan besar
3) Membanyakkan berzikir dan membaca Al Quran
4) Menyentuh Hajar Aswad dengan tapak tangan dan mengucupnya
5) Membanyakkan bacaan talbiah
6) Mengerjakan tawaf qudum
7) Berdoa ketika bercukur
8) Membotakkan kepala bagi lelaki
9) Mengerjakan haji secara Ifrad
Semasa mengerjakan ibadat haji, para jemaah dilarang melakukan
perkara-perkara sehingga selesai bertahalul. Larangan larangan
tersebut ialah :
1) Menutup kepala bagi lelaki, menutup muka dan bersarung tangan
bagi wanita
2) Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki
3) Menggunakan bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan
4) Memakai minyak pada rambut dan janggut
5) Menanggalkan bulu pada badan
6) Memotong kuku
7) Memburu binatang yang halal dimakan
8) Bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat
9) Melakukan persetubuhan
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 9
FIQH IBADAT 2010
10) Bernikah atau menjadi wakil dalam majlis akad nikah
TAHALUL
Tahalul bermaksud keluar daripada ihram haji atau umrah. Perkara-
perkara yang diharamkan semasa ihram, dihalalkan setelah selesai
melakukan ibadat-ibadat tertentu.
Tahalul terbahagi kepada dua iaitu :
1) Tahalul Awal
2) Tahalul Thani
Tahalul awal terlaksana apabila jemaah haji mengerjakan dua
daripada tiga perkara – perkara berikut iaitu :
1) Melontar di jumratul Aqabah pada 10 zulhijjah
2) Bercukur
3) Melakukan tawaf ifadhah
Apabila seseorang itu selesai melakukan Tahalul Awal, dia boleh
melakukan perkara-perkara yang dilarang kecuali nikah, bercumbu-
cumbuan dan bersetubuh.
Tahalul Thani pula terlaksana apabila seseorang itu telah melakukan
kesemua perkara-perkara di atas. Apabila seseorang itu telah selesai
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 10
FIQH IBADAT 2010
melakukan Tahalul Thani, dia boleh melakukan semua perkara yang
dilarang semasa ihram.
Hikmah tahalul ialah :
1) Memberi kelonggaran kepada jemaah haji
2) Supaya jemaah haji yang uzur dapat berehat
3) Supaya jemaah haji dapat menumpukan amalan haji dengan
sepenuhnya
4) Agar jemaah haji dapat mendisiplinkan diri semasa beribadat
kepada Allah S.W.T
MIQAT
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji
dan umrah. Miqat pula terbahagi kepada dua, iaitu :
1) Miqat Zamani
2) Miqat Makani
Miqat zamani dalam bulan haji ialah bulan Syawal, Zulkaedah sehingga
10 Zulhijjah. Miqat makani terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :
1) Jemaah haji yang datang dari arah Najd, Qarnul Manazil, Iraq,
Zatu Irqin dan Yaman tempatnya ialah di Yalamlam
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 11
FIQH IBADAT 2010
2) Jemaah haji bagi penduduk Makkah ialah di rumah mereka sendiri
3) Jemaah haji yang datang dari arah Syam, Mesir, dan Maghribi
pula tempatnya islah di Juhfah
Hikmah ditentukan Miqat ini ialah :
1) Untuk kita memehami bahawa setiap pekerjaan ada permulaanya
dan ada kesudahannya
2) Supaya dapat membuat persiapan dan persediaan dengan lebih
baik.
Nafar
Nafar bermaksud meninggalkan Mina dan tidak akan kembali lagi ke
Mina. Nafar juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. Nafar Awal
2. Nafar Thani
Nafar awal ialah meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada
12 Zulhijjah dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi. Nafar Thani
pula ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar Jumrah pada 13
Zulhijjah.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 12
FIQH IBADAT 2010
Antara syarat-syarat nafar awal ialah :
1) Keluar daripada Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh
matahari pada 12 Zulhijjah
2) Selesai melontar di ketiga-tiga Jumrah pada 12 Zulhijjah
3) Niat tidak akan kembali lagi ke Mina
4) Tidak bermalam di Mina selama dua malam
Hikmah nafar ialah :
1) Menolong jemaah haji yang uzur menyelesaikan ibadat haji
denagn segera
2) Memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai
urusan lain
3) Memberi peluang kepada para jemaah haji, memendekkan waktu
ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu
CARA MENGERJAKAN HAJI
Islam adalah agama yang selamat dan sejahtera, penganutnya
berhak menunaikan segala suruhan ALLAH mengikut kemampuan
masing-masing. Semua ibadat yang ALLAH syaratkan mempunyai
rukhsah (Kelonggaran) termasuk ibadat haji. Ini adalah kerana untuk
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 13
FIQH IBADAT 2010
memudahkan umat Islam menjalani ibadat tersebut. Ibadat haji boleh
dilakukan dalam tiga cara iaitu :
1) Haji Ifrad
2) Haji Tamattuk
3) Haji Qiran
HAJI IFRAD
Haji Ifrad bermaksud mengerjakan ibadat haji dan umrah secara
berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu dan kemudian
mengerjakan umrah atau mengerjakan umrah dahulu sebelum tiba
bulan-bulan haji. Kebaikan ibadat Haji Ifrad ialah :
Cara yang lebih afdhal ( lebih baik )
Tidak dikenakan dam ( Denda )
Antara masalah yang dihadapi ialah:
Mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikannya
Memerlukan kesabaran yang lebih kerana masa agak panjang.
HAJI TAMATTUK
Haji Tamattuk bermaksud mengerjakan umrah terlebih dahulu
kemudian barulah berniat mengerjakan haji dalam bulan haji pada tahun
yang sama. Kebaikan ibadat Haji Tamattuk ialah :
Para jemaah haji boleh berehat
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 14
FIQH IBADAT 2010
Para jemaah haji boleh meninggalkan ihram umrah sementara
menunggu sementara untuk wukuf
Masalah yang dihadapi :
Jemaah haji yang melakukan cara ini dikenakan dam
Kurang fadhilatnya daripada haji ifrad
HAJI QIRAN
Hari qiran bermaksud niat mengerjakan haji dan umrah serentak
setelah masuk bulan haji. Kebaikan ibadat haji secara Qiran ialah :
Memberi kesenangan kepada jemaah haji yang uzur
Masa beribadat pendek
Masalah yang dihadapi ialah :
Jemaah haji yang melakukan cara ini akan dikenakan dam
Fadhilatnya kurang daripada haji ifrad
HURAIAN AMALAN HAJI DAN HIKMAHNYA
IHRAM DI MIQAT
Ihram di miqat ialah niat mengerjakan haji atau umrah atau kedua-
duanya sekali. Setelah berniat, jemaah haji di larang melakukan
perkara-perkara yang dilarang semasa berihram sehingga selesai
bertahalul.Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 15
FIQH IBADAT 2010
TAWAF
Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil Haram sebanyak tujuh kali
pusingan kerana beribadat kepada ALLAH S.W.T. Amalan tersebut
menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah dan bertasbih
memuji kebesaran-nya. Tawaf terbahagi kepada empat iaitu :
1) Tawaf Qudum : iaitu tawaf selamat datang ke Makkah
2) Tawaf Ifadah : iaitu tawaf rukun yang wajib dilakukan
3) Tawaf Widak : iaitu tawaf selamat tinggal
4) Tawaf Sunat : iaitu tawaf sunat semasa berada di Makkah
Syarat-syarat tawaf ialah :
1) Suci daripada hadas dan najis
2) Menutup aurat
3) Tujuh kali pusingan dengan niat tawaf kerana ALLAH
4) Bermula dan berakhirnya tawaf hendaklah di Hajar Aswad atau
yang bersetentang dengannya
5) Hendaklah bertawaf dengan mengirikan Kaabah
6) Tawaf diluar kaabah dan di dalam masjid
Hikmat bertawaf ialah :
1) Meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH
2) Memantapkan keimanan kepada ALLAH
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 16
FIQH IBADAT 2010
3) Dapat menumpukan sepenuh hati dan perasaan terhadap
kebesaran dan keagungan ALLAH S.W.T
SA’I
Sa’i ialah berjalan berulang-alik dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh
kali. Syarat-syarat Sa’i ialah :
1) Berjalan berulang-alik sebanyak tujuh kali
2) Bermula dari Safa dan berakhir di Marwah
3) Dilakukan selepas Tawaf Rukun
4) Melakukan Sa’i di tempat yang telah ditetapkan
5) Berniat melakukan Sa’i
Hikmah Sa’i
1) Dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa Siti Hajar dan
anaknya Ismail.
2) Perbuatan tersebut menunjukkan kekuatan iman seseorang
kerana menjalankan perintah ALLAH S.W.T.
3) Supaya seseorang itu sabar dan tabah dalam menghadapi liku-liku
hidup di dunia ini.
WUQUF DI PADANG ARAFAH
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 17
FIQH IBADAT 2010
Wuquf ialah berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas
gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Wuquf di padang
arafah dijadikan salah satu rukun haji kerana :
1) Mengigati tempat pertemuan semula di antara Nabi Adam dengan
Hawa.
2) Memberi kesedaran kepada manusia bahawa semua manusia
adalah sama di sisi ALLAH S.W.T
3) Meningkatkan keimanan kepada ALLAH S.W.T
4) Untuk menggambarkan keadaan manusia di Padang Mahsyar
Keistimewaan hari tersebut ialah :
Allah menurunkan Rahmat kepada orang-orang mukmin
Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin
BERMALAM DI MINA
Berada di Mina pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Jemaah haji
menghabiskan sebahagian malam tersebut di Mina dengan melakukan
amalan-amalan tertentu.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 18
FIQH IBADAT 2010
Melontar Jumrah
Ia melontar di Jumratul Aqabah pada hari kesepuluh Zulhijjah dan
melontar di Jumratul Ula, Jumratul Wusta dan Jumratul Aqabah pada
11,12 dan 13 Zulhijjah. Syarat-syarat melontar ialah :
1) Menggunakan tujuh biji anak batu
2) Melontar mengikut tertib iaitu dimulai dengan jumratul ula diikuti
dengan jumratul wusta dan akhir sekali jumratul aqabah
3) Melontar dengan gaya melontar seperti yang telah di tetapkan
4) Berniat melontar kerana ALLAH S.W.T
5) Melontar dengan menggunakan tangan
Hikmah melontar ialah :
1) Mengambil iktibar daripada perbuatan yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim A.S mengusir Syaitan
2) Menghalau sebarang gangguan untuk melakukan kebaikan
3) Mengigatkan umat Islam supaya menentang musuh-musuh Allah
dan musuh-musuh umat Islam yang ada di sekeliling kita
BERCUKUR
Bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
Dilakukan selepas melontar di Jumratul Aqabah pada 10 Zulhijjah
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 19
FIQH IBADAT 2010
Hikmah bercukur ialah :
1) Membuang sifat keji yang terdapat pada diri sendiri.
2) Supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, zahir dan
batin.
3) Supaya dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik.
JADUAL CARA-CARA MENGERJAKAN IBADAT HAJI
1 Syawal – 8 Zulhijjah Niat Haji Dan Berihram Di Miqat
9 Zulhijjah
Wuquf Di Arafah ( Gelincir
Matahari Hingga Terbit Fajar 10
Zulhijjah )
Malam 10 Zulhijjah Bermalam Di Mudzalifah
10 Zulhijjah Melontar Di Juratul Aqabah
Malam11, 12, Dan 13 Zulhijjah
Melontar Di Ketiga-Tiga Jumrah
Iaitu Jumratul Aqabah, Jumratul
Wusta Dan Jumratul Ula
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 20
FIQH IBADAT 2010
14 Zulhijjah Mengerjakan Tawaf Rukun
14 Zulhijjah Melakukan Sa’i Dan Bercukur
DAM ( Denda )
Dam ialah denda yang dikenakan ke atas jemaah haji kerana sebab-
sebab yang tertentu iaitu :
1) Meninggalkan perkara-perkara wajib haji
2) Melakukan perkara-perkara yang dilarang
3) Mengerjakan Haji Tamattuk atau Haji Qiran
Hikmah dikenakan dam ialah :
1) Untuk menguji kesabaran dan ketabahan jemaah haji
2) Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian terhadap
amalan-amalan yang dilakukan
3) Supaya orang islam memahami bahawa setiap kesalahan ada
Jenis-Jenis Dam
1) Dam Tertib Dan Takdir
2) Dam Tertib Dan Takdil
3) Dam Takhyir Dan Takdil
4) Dam Takhyir Dan Takdir
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 21
FIQH IBADAT 2010
DAM TERTIB DAN TAKDIR
1. Dam yang tidak boleh dipilih atau diganti
2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam ialah :
a) Mengerjakan haji tamattuk atau haji qiran
b) Meninggalkan perkara-perkara wajib haji
c) Tidak mengerjakan tawaf widak
d) Tidak hadir di padang arafah
e) Meninggalkan perkara-perkara sunat yang dinazarkan
3. Dam yang diwajibkan ke atas jemaah haji ialah :
a) Menyembelih seekor kambing
b) Jika tidak mampu hendaklah berpuasa selama sepuluh hari. Tiga
hari semasa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi di tempat sendiri
(tanah air)
DAM TERTIB DAN TAKDIL
1. Dam yang boleh dibuat tafsiran ke atasnya (harganya), dan boleh
ditukar kepada yang lain mengikut keupayaan masing-masing.
2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam tersebut ialah :
1) Melakukan persetubuhan sebelum tahalul awal bagi ibadat haji
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 22
FIQH IBADAT 2010
2) Melakukan persetubuhan sebelum selesai amalan bagi amalan
haji
3. Dam yang diwajibkan ke atasnya ialah :
1) Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu
2) Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu
3) Menyembelih tujuh ekor kambing, jika tidak mampu
4) Bersedekah makanan mengikut nilai seekor unta, dan jika tidak
mampu
5) Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat di beli
dengan nilai seekor unta
Haji yang terbatal hendaklah di qada’ pada tahun hadapan. Manakala
umrah yang terbatal hendaklah di qada’ pada bila-bila masa.
DAM TAKHYIR DAN TAKDIL
1. Iaitu dam yang boleh dipilih mengikut perkara-perkara yang di
tetapkan.
2. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam tersebut ialah :
Berburu binatang buruan
Menebang, mengerat, mencabut, atau memusnahkan pokok di
tanah haram Makkah
3. Dam yang di wajibkan ke atasnya ialah :
1) Menyembelih binatang yang boleh di buat korban, seperti kambing
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 23
FIQH IBADAT 2010
2) Bersedekah makanan mengikut nilai harga seekor kambing
3) Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli
dengan harga kambing tersebut
DAM TAKHYIR DAN TAKDIR
Iaitu dam yang boleh dipilih mengikut apa yang ditetapkan oleh
syarak. Kesalahan-kesalahan yang dikenakan dam tersebut ialah :
1. Menggugurkan sekurang-kurangnya tiga aurat rambut
2. Memotong kuku
3. Memakai pakaian yang di larang semasa ihram
4. Memakai minyak rambut
5. Memakai bau-bauan
6. Bercumbu-cumbuan
7. Bersetubuh (jimak) selepas tahalul awal sebelum tahalul thani.
8. Bersetubuh untuk kali yang kedua, selepas jimak yang
merosakkan haji
Dam yang diwajibkan ke atasnya ialah :
1) Menyembelih seekor kambing
2) Bersedekah kepada enam orang fakir miskin dan setiap orang dua
cupak
3) Berpuasa tiga hari
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 24
FIQH IBADAT 2010
HIKMAH DIKENAKAN DAM TERHADAP JEMAAH HAJI
1. Supaya mereka sentiasa berwaspada daripada melakukan perkara-
perkara yang boleh dikenakan dam
2. Merupakan satu peraturan dan disiplin yang mestu dipatuhi oleh
jemaah haji
3. Supaya jemaah haji dapat menumpukan perhatian terhadap ibadat-
ibadat yang dilakukan.
KESIMPULAN
Menunaikan haji di Baitullah menjadi impian setiap Muslim dan
Muslimah di muka bumi ini. Bagi mereka yang telah menunaikan haji,
pengalaman dan kenangan sepanjang berada di Tanah Suci Mekah dan
Madinah adalah sukar untuk dilupakan.
Ia tidak akan sama dengan pengalaman melawat ke tempat lain
dan tidak dapat diperoleh di mana-mana jua. Bagi setiap umat Islam
yang berkemampuan, menunaikan ibadah haji sangatlah dituntut.
Namun senario yang kelihatan sejak dahulu di negara ini, tuntutan
agama ini seringkali diusahakan untuk dinikmati di kala usia sudah
menginjak senja.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 25
FIQH IBADAT 2010
Paradigma minda masyarakat bahawa ibadah haji adalah untuk
warga tua perlulah diubah. Hakikatnya, menunaikan haji di kala usia
muda mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan tersendiri.
Ibadah haji bukan sahaja menuntut persediaan material dan spiritual,
malahan aspek fizikal juga perlu ditekankan. Justeru, bakal jemaah
hendaklah memastikan diri mereka telah bersedia sepenuhnya untuk
menunaikannya.
Selain persediaan lengkap terhadap aspek-aspek yang dinyatakan
di atas, persediaan ilmu dan iman juga adalah penting. Oleh sebab
inilah, Allah SWT meletakkan ibadah haji sebagai Rukun Islam Kelima
supaya umat-Nya mantap dari segi rukun yang lain terlebih dahulu.
Imam Al-Ghazali membuat kesimpulan, ibadah haji adalah
kemuncak ibadat dan pengabdian diri seseorang muslim kepada Allah
SWT. Pengabdian ini tentunya perlu diusahakan sebaik mungkin dari
segi hukum-hakam, semangat serta tenaga dan fizikal kepada ibadah
haji itu sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Menunaikan haji adalah
kewajipan setiap manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang
mampu mengadakan perjalanan menuju ke Baitullah.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 26
FIQH IBADAT 2010
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam
Ibrahim2; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi
amanlah Dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap
Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke
Baitullah3. barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka
Sesungguhnya Allah Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari
semesta alam. (Ali-'Imran: 97)
Sekiranya kita sudah diberi kemampuan untuk menunaikan haji di usia
muda, mengapa mesti menunggu hari tua? Alasan-alasan seperti masih
muda, belum bersedia, terlalu awal dan pelbagai lagi alasan lain
seringkali meniti di bibir masyarakat Islam.
2 Tempat nabi Ibrahim a.s. Berdiri membangun Ka'bah.3 orang yang sanggup mendapatkan perbekalan dan alat-alat pengangkutan serta sehat jasmani dan perjalananpun aman.
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 27
FIQH IBADAT 2010
RUJUKAN
1. Al Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, Indahnya Hidup Bersyariat. Cetakan Mac 2009.
2. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Indahnya Hidup Bersyariat. Cetakan Mac 2009.
3. Dr. Mustofa Al – Khin, Dr. Mustofa Al – Bugho & Ali Asy – Syarbaji, Kitab Fikah
Mazhab Syafie. Cetakan Mei 2009
4. Hamil @ Amir Abd. Hameed, Revisi Cepat SPM (Pendidikan Islam) SASBADI
Januari 1994
Ibadat Dan Amalan Haji Kefardhuan Dan Syarat-SyaratnyaPage 28