Download - Folio Sejarah Mara
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TAIPING
FOLIO SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKTAY (MARA)
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
2010
NAMA : ROSLAN BIN MOHD
KELAS : 511
NOMAK : 09007
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
ORGANISASI
OPERASI PENGURUSAN
MISI KORPORAT
AHLI MARA
LOGO MARA
PIAGAM PELANGGAN
STRATEGI PERLAKSANAAN
OBJEKTIF
VISI KORPORAT
BANGUNAN MARA
RUJUKAN
PENGENALAN
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar
Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen
sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi
Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan,
memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan
kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-
kawasan luar bandar.
SEJARAH PENUBUHAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang
mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di
tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman
penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan
Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam
rakyat terhadap dasar penjajahan.
RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak
menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara
Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan
yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres
Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa
bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya
Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan
Menjadi sumpah amanah suatu wawasan
Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah
Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25
tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah
bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua
ribuan Menilai kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat
yang dipahatkan.
ORGANISASI
MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga
daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.
Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang
Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh
Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan
fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14
Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di
London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.
OPERASI PENGURUSAN
Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar
negara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi:
Ibu Pejabat
Pejabat MARA Negeri
Pejabat MARA Daerah
MRSM
Kolej MARA
GIATMARA
IKM
Institut Kemahiran Tertinggi MARA
Kolej Poly-Tech MARA
Kenderaan Bas MARA
Pejabat MARA Luar Negara
Kolej Profesional MARA
MISI KORPORAT
Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi,
pendidikan dan kemasyarakatan.
VISI KORPORAT
Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi
dan berwibawa:
Penggerak dan pemangkin yang aktif
Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan dan perdagangan
Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan
Sebagai organisasi pemikir
OBJEKTIF
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya
di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan
perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan
Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.
STRATEGI PERLAKSANAAN
Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan
bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan
perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat
peniaga yang berjaya dan kukuh.
Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan
perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam
syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan.
Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam
berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan
sektor perdagangan dan perindustrian
Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai
serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara
khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial
bumiputera.
PIAGAM PELANGGAN
Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada
pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga
berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ,
menerusi program dan aktiviti berikut :
Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang
terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada
keperluan negara
Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap
akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari
LOGO MARA
RASIONAL AM LOGO MARA
Roda Bergigi (14)
Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.
Buku Terbuka
Melambangkan ilmu sebagai teras Organisasi Pemikir yang menjadi wawasan MARA untuk mencapai kecemerlangan dan kemajuan Keusahawanan serta Pendidikan.
Jangka Lukis Terbuka
Menunjukkan usaha MARA memegang amanah untuk menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam bidang keusahawanan menuju kearah Masyarakat Perdagangan & Perindustrian.
Spana Dan Skrew
Melambangkan sumbangan MARA di dalam memberi latihan dan pendidikan berteraskan teknologi serta pembangunan sumber tenaga mahir negara. Teknologi merangkumi peringkat asas hingga ke peringkat setinggi-tingginya.
Tulisan Rumi & Jawi Majlis Amanah Rakyat
Melambangkan kesinambungan imej, identiti kecemerlangan MARA dan penerapan ciri-ciri keislaman.
WarnaMerah
-Melambangkan keberanian untuk mara kehadapan menerokai peluang-peluang baru.
Biru -Melambangkan kemurnian wawasan dan matlamat sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta martabat bangsa.
Hitam
-Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara berterusan golongan Bumiputera
AHLI MARA
BANGUNAN MARA
Bangunan MARA tersergam di tengah-tengah Bandar Raya Kuala
Lumpur, bersempadankan dua jalan raya yang amat sibuk iaitu Jalan Raja
Laut di hadapan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sebelah belakangnya.
Ia telah dibuka secara rasmi oleh YAB Dato' Seri Dr Mahathir bin
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia 12 April 1987.
Kompleks Bangunan
Kompleks ini mengandungi empat tingkat blok podium, 22 tingkat blok
menara dan tiga tingkat basement. Blok podium Medan MARA ini
mengandungi 165 lot ruang niaga dengan keluasan keseluruhannya
sebanyak 150 ribu kaki persegi. Salah satu ciri utama blok podium ini ialah
dua pintu masuk utama berhadapan Kompleks Pertama dan Jalan Raja
Laut.
Blok menara dengan bentuk yang istimewa ini menyediakan ruang pejabat
seluas 200,000 kaki persegi. Bangunan setinggi 26 tingkat ini dilengkapi
dengan kemudahan-kemudahan yang serba baru. Tingkap yang terdapat
di keempat-empat penjurunya, menyediakan panorama kota yang indah.
Ruang letak kereta bawah tanah Medan MARA boleh menempatkan
sebanyak 373 buah kereta. Di tingkat pertamanya pula disediakan ruang
niaga seluas 22,000 kaki persegi sesuai untuk pembinaan sebuah pasar
raya.
Konsep Rekaan
Ilham pembinaan bangunan ini tercetus dari tujuan untuk mewujudkan
satu identiti dan imej tersendiri yang mengambarkan kekayaan
kebudayaan Melayu. Blok podium yang berbentuk perahu
melambangkan semangat pengembaraan dan penerokaan
pengetahuan serta keinginan untuk mengejar kemajuan.
Konsep ini mencerminkan budi pekerti masyarakat Melayu
yang sentiasa bersedia untuk meneroka bidang-bidang
baru demi kemajuan bangsa. Mural bangunan
melambangkan pembangunan, kemajuan dan
perkembangan sosio-ekonomi anak-anak bangsa.
Motif pucuk rebung dan awan larat yang digunakan
diilhamkan daripada motif tingkap Masjid Sultan Mehmet, Istanbul, Turki
dan ukiran kayu Istana bandar Tinggi, Negeri Sembilan. Kedua-dua ukiran
ini disatukan untuk membentuk motif pinggiran kain songket, seni tradisi
orang-orang Melayu. Motif ini juga disulamkan dengan rupa-rupa anyaman
mengkuang sejajar dengan resmi masyarakat turun-temurun
menggunakan tikar sebagai tempat bermesyuarat, berbincang dan
merancang ke arah kemajuan. Konsep reka bentuk Bangunan MARA ini
rata-rata melambangkan identiti senibina Melayu di Malaysia
RUJUKAN
http://www.mara.gov.my/home