Download - Folio Tokoh Tempatan
1
Perjuangan tokoh tempatan
SHARIF MASAHOR WIRA SARAWAK
Pembesar Sarikei(di kawasan Sungai Rajang) yang
dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein Brunei
Sangat berpengaruh di kalangan orang Melanau di
Sungai Rajang, orang Iban di Sungai Skrang
Kewibawaannya tergugat apabila Sarikei di bawah
pentadbiran Brooke, setelah James Brooke
mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan
Brunei
Antara tindakan Brooke yang dianggap telah
mengambil alih kuasa Sharif Masahor ialah
2
Brooke membina kubu di Kanowit.
Pelantikan Henry Steele sebagai wakil British.
James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya.
Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah mengetuai
150 buah perahu untuk menyerang Mukah dan
mengusir Pangeran Matusin yang menyokong James
Brooke.
Ini telah menyebabkan kemarahan Brooke dan
melucutkan jawatan Sharif Masahor di Sarikei.
Sharif Masahor telah berpakat dengan Datu Patinggi
Adbul Ghapur(Kuching)untuk mengusir James Brooke
dari Sarawak .
Sharif Masahor menyerang Kanowit pada tahun 1859
-> membimbangkan orang Eropah di Sarawak
Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
Temenggung Hashim(Sadong) berpakat untuk
menyerang Kuching dan menggulingkan
pemerintahan Brooke.
Namun, pakatan terlebih dahulu diketahui oleh
Charles Brooke. Dengan bantuan Belanda, beliau
3
berjaya menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan
dipenjarakan di Betawi.
Pertempuran yang hebat berlku antara Sharif
Masahor dengan Charles Brooke di Sungai Sadong.
Seramai 64 orang pengikut Sharif Masahor terbunuh
setelah kapal dan perahu pasukannya
ditenggelamkan oleh Charles Brooke. Sharif Masahor
berundur ke Mukah.
Pada tahun 1861, James Brookke telah memaksa
sultan Brunei menyerahkan Mukah supaya pihak
British dapat menangkap Sharif Masahor.
Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura.
Walau bagaimanapun, gerakan penentangan
terhadap Brooke tidak berakhir@muncul
penentangan daripada pemimpin Banting(tahun
1894) dan Penghulu Asun(tahun1931).
4
Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
Dato’ Maharaja Lela adalah Orang Besar Berlapan
Perak, penghulu di Pasir Salak
Pelantikan J.W.W.Birch sebagai Residen British
menimbulkan konflik.
Faktor penentangan kepada British:
(a)British mengambil hak mengutip cukai
J.W.W.Birch memaksa Sultan Addullah
menandatangani pengisytiharan yang
5
membenarkan British memungut cukai pada 24
Julai 1875.
Baginda diugut akan diturutkan takhta jika
enggan menandatanganinya.
British bertindak membakar rumah Raja Ngah
Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan
cukai timah di Bidor.
(b)Birch memperkenalkan cukai baru.
Birch telah bertindak sesuka hati dengan
memperkenalkan beberapa cukai baru seperti
cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran
permit untuk membalak.
Setiap isi rumah diwajibkan membayar dua
dolar sebagai cukai kelamin.
(c)tindakan Birch telah mencabar ketuanan Melayu.
Birch mendesak Sultan Abdullah
menandatangani perisytiharan penyerahan
kuasa kepada British pada 2 Oktober 1875.
Pengisytiharan itu menyatakan bahawa kuasa
mentadbir negari diserahkan kepada Residen.
Residen menjadi semakin berkuasa kerana
berhak untuk melantik hakim, mengurus
kutipan cukai dan melantik penghulu.
(d)Birch mencabuli adat resam orang Melayu.
Birch mengharamkan amalan Perhambaan yang
merupakan adat resam Melayu.
6
Sebaliknya Birch bertindak menyimpan hamba-
hamba perempuan di rumahnya.
Raja Abdullah telah mengadakan
mesyuarat di Durian Sebatang yang
dihadiri oleh Raja Ismail dan Dato’
Maharaja Lela.
Mereka mengambil keputusan untuk
membunuh Birch. Dato’ Maharaja Lela dan
pengikutnya iaitu Dato’ Sagor, Pandak
Indut dan Seputum menawarkan diri untuk
melakukannya.
Pada 2 November 1875, J.W.W.Birch dan
rombongannya tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh
British.
Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya
mengambil peluang tersebut untuk
membunuh Birch.
Britich melancarkan serangan ke atas Pasir
Salak setelah kematian Birch.
Namun, serangan tersebut berjaya
dipatahkan oleh Dato’ Maharaja Lela dan
Dato’ Sagor. Kapten Innes terkorban dalam
pertempuran tersebut.
7
Perang Perak ini berlanjutan selama
setengah tahun. Britich hanya berjaya
menewaskan pejuang Perak setelah
mendapat bantuan tentera dari India dan
Hong Kong.
British menjatuhkan hukuman terhadap
mereka yang terlibat dalam pembunuhan
J.W.W.Birch.
o Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor,
Pandak Indut dan Seputum dijatuhkan
hukuman gantung sampai mati.
o Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
o Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.
Perjuangan yang ditunjukkan oleh
Maharaja lela dan pengikutnya menjadi
simbol kepahlawanan orang Melayu dalam
menebus maruah dan kedaulatan bangsa.
Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti
8
Pada tahun 1875, Yamtuan Antah dialantik sebagai
Yamtuan Seri Menanti.
Wilayah jajahan Seri Menanti meliputi kawasan
Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.
Yamtuan Antah membantah tindakan Dato’ Kelana
Sungai Ujong yang menandatangani perjanjian
dengan British kerana akan menggugat kedaulatan
bangsa.
Hubungan antara Dato’ Kelana dengan Yamtuan
Antah semakin renggang apabila:
(a)Yamuan antah tidak mengiktiraf Dato’ Kelana
sebagai pemerintah sungai Ujong.
(b)Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai
wilayahnya.
P.J.Murray (Residen British) di Sungai Ujong telah
menghantar tentera dan juruukur untuk menjalankan
siasata tentang pertikaian wilayah itu.
9
Yamtuan Antah pula mengahantar 200 orang
pengikutnya menuntut supaya pihak British
menghentikan tugas mengukur kawasan antara
Terachi dengan Kuala Pilah.
Pertikaian tu membawa kepada tercetusnya
pertempuran antara British dengan Yamtuan Antah.
Dalam pertempuran itu, Yamtuan Antah mendapat
sokongan drpd Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar
Tampin serta penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.
Pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan paroi dan
membina kubu di situ pada bulan Disember 1875.
Walau bagaimanapun, British berjaya menawan
semula Paroi setelah mendapat bantuan tentera dari
NNS.
Yamtuan Antah pula berundur ke Bukit Putus dan
seterusnya ke Joho.
Di Johor,Maharaja abu Bakar menasihati baginda
supaya berdamai dengan British.
Pada bulan Mei 1876, satu rundingan diadakan
antara Yamtuan Antah dengan William Jervois iaitu
Gabenor NNS.
Kesan daripada rundingan tersebut ialah:
(a)Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar
Seri Menanti.
(b)British berpeluang untuk meluaskan pengaruhnya
ke seluruh Negeri Sembilan.
10
Tok Janggut Pahlawan Kelantan
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali
sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai
ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British
yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh
pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga
merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan
banyak pengikut di Kelantan
Perang Tok Janggut adalah detik awal penentangan
terhadap sistem pentadbiran British di Kelantan.
Perang ini tercetus pada 29 Mei 1915 apabila berlaku
perbalahan di antara Tok Janggut dengan Sarjan Che Wan
Sulaiman seorang anggota polis British yang membawa
kepada kematian Sarjan Che Wan Sulaiman.
11
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909,
Kelantan telah jatuh di bawah naungan kerajaan Inggeris.
Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan Long
Senik Mulut Merah dengan gelaran Sultan Muhamad Shah
IV.
Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris telah membuat
perjanjian dengan kerajaan Kelantan.
Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi
pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di
peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih
yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan.
Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir
oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali
dengan gelaran Seri Maharaja Tua.
Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah
Pasir Putih, tinggal seorang hulubalang Seri Maharaja Tua
yang bernama Munas.
Munas mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Tahir dan
Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang
2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh
yang berada di pekan Pasir Putih.
Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke
kubunya di Kampung Saring.
12
Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang
menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-
matian menghadapi serangan tersebut.
Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu
ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan
Abdul Rahman Anak Kerbau.
Walaubagaimanapun, akhirnya askar Inggeris yang lebih
terlatih dan berpengalaman serta lengkap dengan
peralatan perang yang moden,berjaya menewaskan
pasukan Tok Janggut.
Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang
Nama sebenar Abdul Rahman Bin Imam Noh.
Jawatan Pembesar Temerloh.
13
Gelaran Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan
Semantan.
Sifat peribadi gagah dan berani (Perang Saudara di
Pahang dan Selangor.
Beliau dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato' Setia
Perkasa Pahlawan Semantan. Anugerah itu diberikan
kerana kegagahan dan keberanian yang ditunjukkan oleh
beliau dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang
di Selangor.
Beliau dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah
kematian Orang Kaya Indera Segara. Sejak awal lagi Dato'
Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di
Pahang.
Dato' Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.
Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di
daerah Temerloh. Berikutan itu, beliau dilarang mengutip
cukai di daerah kekuasaannya.
Konflik antara Dato' Bahaman dengan British menjadi
lebih serius apabila E.A. Wise mendirikan balai polis di
Lubuk Tertua tanpa berunding terlebih dahulu Dato'
Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai
menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.
Keengganan Dato' Bahaman mematuhi arahan
menyebabkan Hugh Clifford menganggapnya sebagai
penderhaka. British memaksa Sultan Ahmad melucutkan
gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
14
Tindakan British itu telah memalukannya dan beliau
bersumpah akan menghalau British keluar dari Pahang.
Pada 16 Disember 1891, British menangkap tiga orang
pengikut Dato' Bahaman kerana mengutip hasil hutan
tanpa kebenaran. Tindakan British itu menyebabkan Dato'
Bahaman dan pengikutnya menyerang Balai Polis Lubuk
Terua. Peristiwa ini mencetuskan perang.
Pada 26 Disember 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan
yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan
semula Lebuk Terua tetapi beliau tewas dalam
pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta
bantuan dari Singapura.
Pada Januari 1892, British memaksa Sultan Wan Ahmad
menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan
Tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan.
Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini.
'Gerakan Sultan' telah menawan 11 buah kubu Dato'
Bahaman di Bentong.
Pada Mac 1892 Dato' Bahaman menawan semula Lubuk
Terua. Perjuangan Dato' Bahaman menjadi lebih hebat
kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat
Kilau.
Pada 8 Mei 1892 British sekali lagi menyerang Lubuk
Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan
Terengganu. Di terengganu, Ulama Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad
menentang British.
15
Pada 18 Jun 1894 Dato' Bahaman dan 100 orang
pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram
Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker
untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato' Bahaman, Tok
Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu
telah menandakan berakhirnya perang menentang British
di Pahang.
Dol Said Pahlawan Naning
16
Pada 1824, perjanjian Inggeris-Belanda menyebabkan
Melaka diserahkan kepada British.
Naning diarah mematuhi peraturan.
Tetapi tidak diterima oleh Dol Said dan rakyat Naning.
Pengenalan peraturan Penghulu yang menggugat
pengaruh dan kuasa Dol Said.
Penghulu dilarang membicarakan kes jenayah.
Pada tahun 1828, Dol Said diberi amaran dan diugut
dilucutkan jawatan kerana menyelesaikan kes jenayah di
Naning.
Naning dipaksa membayar cukai 1/10 daripada hasil
pertanian yang berjumlah 4500 dolar sebulan kepada
British.
Pada 1831, Dol Said bangkit menentang British.
Pada 15 Julai 1831, Dol Said diisytihar penderhaka oleh
British.
150 orang sepoi dihantar oleh British untuk menyerang
Dol Said yang diketuai oleh Kapten Wylie tetapi gagal.
Ini kerana Dol Said mengarahkan mereka menggunakan
taktik perang gerila dengan bantuan daripada Seri
Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar.
Yamtuan Muda Raja Ali (Rembau) turut membantu.
British meminta bantuan Yamtuan Raja Muda Ali dan
beliau bersetuju untuk membantu British dengan
menghantar 600 hulubalang menyerang Naning.
Mac 1832, Kolonel Herbert yang mengetuai tentera dan
pakatan Rembau berjaya menghalang Naning.
Taboh ditawan dan rumah penduduk dibakar.
17
Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah
diri kepada British.
Naning disatukan dengan Melaka dan Dol Said diberi
pencen dan rumah di Melaka.
18
Haji Abdul Rahman Limbong
Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj Abd
Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong)
dikenali sbg Pemberontakan Tani pada 1928.
Faktor pemberontakan Tani :
a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
b) perkenalkan sistem pendidikan Barat
c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah,
bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai
Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang.
Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman
Limbong di buang ke Makkah.
19
2O Januari 1874
Pada tarikh ini, termeterainya Perjanjian Pangkor antara pihak
British dan penduduk Pasir Salak dimana Sultan Abdullah dan
Sir Andrew Clark telah menandatangani perjanjian ini
8 Febuari 1875
Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan Pembesar Melayu
telah membuat bantahan terhadap penguasaan British.
21 Julai 1875
Satu mesyuarat telah diadakan di Durian Sebatang dengan
tujuan untuk menentang undang-undang British. Pihak yang
hadir termasuk Dato Maharaja Lela sendiri dan juga pembesar-
pembesar yang lain.
12 September 1875
Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan pembesar yang lain
telah mengadakan mesyuarat di Belanda. Perjumpaan ini
adalah untuk merancang pembunuhan Birch dan Dato
Maharaja Lela telah bersetuju dengan cadangan ini.
31 Oktober 1875
Sultan Abdullah terpaksa melepaskan Perak kepada British
pada masa ini. Selain itu, penduduk tempatan telah membunuh
Mat Arsyad iaitu orang suruhan British ketika menampal poster
di Pasir Salak.
20
2 November 1875
J.W.W Birch telah dibunuh oleh Si Putum, Pandak Lam dan
pengikut lain atas arahan Dato Maharaja Lela bertempat di
Sungai Perak, Pasir Salak.
13 November 1876
Satu serangan telah dilakukan oleh pihak British bersama
dengan 500 tentera ke Pasir Salak dan kawasan lain. Dato
Maharaja Lela dan Dato Sagor terpaksa melarikan diri ke Kota
Lama.
20 November 1877
Satu perbicaraan telah diadakan di Matang, Perak yang telah
dihakimi oleh Raja Idris dan penasihat Frank Swettenhem
berkaitan dengan kes pembunuhan Birch. Dato Maharaja Lela,
Si Putum, Pandak Lam dan Pandak Indut telah dijatuhkan
hukuman gantung sampai mati. Manakala, Sultan Ismail telah
dibuang ke negeri Johor. Sultan Abdullah, Menteri Ngah
Ibrahim, Laksamana, Syahbandar di buang ke negeri Pulau
Seychelles.
KESAN PENENTANGANPada tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum
gantung sampai mati di Matang, Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke
Pulau Seychelles di Lautan Hindi. Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.British tegas
menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah. Dato’
Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu.
21