Download - Formula Kimia tingkatan 4
FORMULA KIMIABAB 3: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
FORMULA KIMIA DAPAT MENUNJUKKAN..
• JENIS-JENIS UNSUR DALAM BAHAN ITU
•BILANGAN ATOM BAGI SETIAP UNSUR YANG WUJUD DALAM BAHAN ITU
CONTOH..Bahan Formula Kimia Komposisi
Karbon dioksida CO2 1 atom karbon2 atom oksigen
Natrium karbonat Na2CO3 2 atom natrium1 atom karbon3 atom oksigen
Jenis formula kimia
Formula
molekul
Formula
empirik
FORMULA EMPIRIK
•MENUNJUKKAN NISBAH PALING RINGKAS ATOM-ATOM DALAM SEBATIAN
CONTOH 1
1.95g magnesium apabila dioksidakan menghasilkan 3.25g magnesium oksida. Hitungkan formula empirik magnesium oksida.[JAR: Mg:24, O: 16]
PENYELESAIANUnsur Mg O
Jisim (g) 1.95 3.25
Bil.mol = 0.0813 = 0.0183
Nisbah 0.0813 0.0813
Nisbah ringkas 1 1
Formula empirik: MgO
CONTOH 2Satu eksperimen dijalankan untuk menentukan formula empirik kuprum oksida. Keputusan eksperimen ditunjukkan di bawah ini:
• Jisim tabung pembakaran + mangkuk asbestos = 27.50g• Jisim tabung pembakaran + mangkuk asbestos + kuprum oksida
= 27.70g• Jisim tabung pembakaran + mangkuk asbestos + kuprum =
27.66gHitung formula empirik kuprum oksida.
PENYELESAIANUnsur Cu O
Jisim (g) 22.66- 22.50 = 0.16
27.70- 27.66= 0.04
Bil.mol = 0.0025 = 0.0025
Nisbah 0.0025 0.0025
Nisah paling ringkas
1 1
Oleh itu, formula empirik kuprum oksida = Cu 1O1 = CuO
•Formula empirik bagi oksida logam yang kurang reaktif seperti besi oksida, stanum oksida, plumbum oksida ditentukan secara penurunan oleh gas hidrogen
•Pengoksidaan atau pembakaran logam dalam udara digunakan untuk menentukan formula empiric oksida logam yang lebih reaktif seperti magnesium oksida dan zink oksida
FORMULA MOLEKUL
•FORMULA MOLEKUL SESUATU SEBATIAN MENUNJUKKAN BILANGAN SEBENAR SETIAP ATOM YANG HADIR
Formula molekul = ( Formula empirik)n
n = 1, 2, 3 ……
Dengan mengetahui jisim molar sesuatu sebatian, dapat menentukan nilai n dan seterusnya menentukan formula molekul sebatian itu.
( Formula empirik)n = Jisim Molar
CONTOH 1
Suatu sebatian mempunyai formula empirik CH2 .
Jisim molekul sebatian tersebut ialah 56. Apakah formula molekul sebatian berikut?
[ JAR: H=1, C=12]
PENYELESAIAN(CH2)n = Jisim molar
(CH2)n = Jisim atom relatif
n(12+2) = 56
14n = 56
n = 4
Formula molekul : (CH2)n = (CH2)4 =
C4H8
CONTOH 2
0.36g unsur karbon berpadu dengan 0.06g unsur hidrogen untuk membentuk hidrokarbon. jisim molekul relatif bagi hidrokarbon ini ialah 42. Hitung
(a)Formula empirik bagi hidrokarbon ini
(b)Formula molekul bagi hidrokarbon ini
[ JAR : C=12, O=16]
FORMULA ION
•Formula kimia suatu sebatian ion yang boleh ditentukan sekiranya cas-cas kation (+ve) dan anion (-ve) diketahui.
•Formula kimia sebatian ion ditentukan dengan menyimbangkan cas-cas pada setiap ion.