Download - Fotosintesis
Pengantar Biologi (BBR 26303)
Program Pensiswazahan GuruSarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Elektif Matematik)
Sekysen 1
LIM CHIA YEN DB 100629ONG IVY DB 100572
Untuk Perhatian : Pn Hamidah Mohamed
5.3 Fotosintesis
Menurut Van Helmont (Tahun 1962)
Eksperimen mengkaji sumber makanan tumbuhan.Beliau menanam sepohon pokok yang beratnya 2.4kg
dalam tanah kering seberat 91kg. Tumbuhan dibekalkan hanya dengan air dan dibiarkan selama 5 tahun.
Selepas 5 tahun, berat pokok bertambah menjadi 73kg tetapi tanah kehilangan berat sebanyak 0.057kg.
Kesimpulan mengikut beliau ialah penambahan berat tumbuhan datang daripada air dan bukan daripada tanah.
Menurut Joseph Priestley (Tahun 1772)
Eksperimen mengkaji proses fotosintesis dapat membersihkan udara dalam atmosfera dan membebaskan oksigen ke atmosfera.
Beliau telah meletakkan sepohon pokok bersama-sama sebatang lilin menyala dan seekor tikus dalam sebuah bekas tertutup.
Didapati lilin terus menyala dan tikus masih hidup. Ini menunjukkan bahawa tumbuhan membebaskan oksigen.
Menurut Jan Ingenhousz (Tahun 1779)
Eksperimen menunjukkan bahawa hanya tumbuhan hijau (bahagian daun) membebaskan oksigen jika disinari cahaya matahari.
Beliau juga telah menunjukkan bahawa akar, batang dan bunga menyerap oksigen.
Kepentingan klorofil dan cahaya dalam fotosintesis.
Proses Fotosintesis
Proses pembinaan makanan (glukosa) oleh
tumbuhan hijau daripada air dan karbon
dioksida dengan kehadiran cahaya
matahari dan klorofil.
Bahan yang dihasilkan ialah gas oksigen dan glukosa yang ditukar kepada kanji.
Tumbuhan hijau mempunyai pigmen klorofil yang diperlukan untuk menyerap tenaga cahaya matahari bagi proses ini.
Hasil akhir fotosintesis ialah kanji.
Kehadiran kanji dapat dikesan dalam daun yang telah didedah kepada cahaya.
Proses Fotosintesis
Struktur & Fungsi Bahagian DaunUrat daun
lintasan pengangkutan di mana air yang diperlukan untuk fotosintesis disalurkan ke lamina daun
Lamina bahagian daun yang pipih dan berpermukaan luas untuk menerima cahaya matahari
Petiol – menyambungkan lamina kepada batang tumbuhan / mengandungi berkas vaskular yang bercabang (membentuk urat daun)
xilem
Berkas vaskular Xilem
mengangkut air dan garam mineral ke daun untuk proses fotosintesis
Dinding xilem
memberi sokongan kepada daun untuk menerima cahaya secara maksimum
Floem
mengangkut glukosa dari daun ke bahagian lain tumbuhan
floem
Penyesuaian Daun Untuk Mengoptimumkan Fotosintesis
Daun mempunyai susunan rupa bentuk dan kedudukan yang disesuaikan untuk memastikan fotosintesis berlaku dengan pantas dan berkesan.
Daun disusun berselang-seli supaya tidak bertindih dan mengelakkan
daun dilindungi oleh daun lain pada pucuk yang sama. Susunan sebegini disebut corak mozek daun.
Penyesuaian Tumbuhan Daripada Habitat Berlainan Untuk Menjalankan Proses
Fotosintesis
1. Tumbuhan yang terapung di permukaan air2. Tumbuhan yang tumbuh di dalam air3. Tumbuhan yang tumbuh di kawasan kering4. Tumbuhan yang tumbuh di kawasan tropikal
Tumbuhan yang Terapung Di Permukaan Air
Tisu daun penuh dengan ruang udara
Kebanyakan ruang udara terdapat di permukaan atas daun
Kutikel berlilin meliputi permukaan atas daun
Tumbuhan Yang Tumbuh Di Dalam Air
Terdapat sedikit atau tiada kutikel terbentuk pada permukaan luar epidermis
Banyak daun kecil
Banyak ruang udara dalam tisu
Tumbuhan Yang Tumbuh Di Kawasan Kering
Daunnya dalam bentuk jarum
Batang berair
Kutikel yang berlilin dan tebal
Batangnya berwarna hijau
Tumbuhan Yang Tumbuh Di Kawasan Tropikal
Kebanyakan ruang udara terdapat di permukaan
bawah daun
Permukaan daun berkilat
Kepadatan klorofil tinggi
• 12H2O + 6CO2 + cahaya C→ 6H12O6 (glukosa) + 6O2 + 6H2O
• Proses menggunakan klorofil• gula sebagai molekul penyimpan tenaga
• Fotosintesis dibahagi kepada dua tahap• Reaksi Terang• Reaksi Gelap
Reaksi Terangberlaku apabila ada cahaya matahari dan terjadi di
bahagian Grana
klorofil di dalam grana menyerap cahaya matahari
klorofil menyerap tenaga foton daripada cahaya, elektron akan terlepas ke orbit terluar sehingga terjadi pelepasan elektron
elektron yang terlepas akan ditangkap oleh unit penangkap elektron yang disebut fotosistem.
molekul air terpecah menjadi hidrogen dan oksigen.
elektron dari air digunakan untuk menstabilkan korofil.
proses ini disebut sebagai fotolisis
hidrogen yang terlepas kemudian ditampung oleh koenzim NADP (Nikotinamida Adenin Dinukleotida Fosfat). Bentuk NADP kemudian berubah menjadi NADPH2 dan oksigen tetap dalam keadaan bebas. NADPH2 dikurangkan dan dihasilkanlah ATP (Adenosin Tri-Posphat).
sintesis ATP ini disebut sebagai proses fotofosforilasi
pada reaksi terang, oksigen, ATP dan NADPH2 dihasilkan
Reaksi GelapReaksi gelap adalah reaksi yang tidak memerlukan
cahaya dan terjadi di stroma
ATP dan NADPH yang dihasilkan dalam reaksi terang digunakan untuk mereduksi CO2 menjadi gula (glukosa, maltosa, fruktosa dan amilum.
pada reaksi gelap dihasilkan berbagai gula seperti glukosa, maltosa, fruktosa dan amilum
Faktor Mempengaruhi Fotosintesis Cahaya merupakan sumber tanaga untuk fotosintesis
Klorofil merupakan pigmen penyerap tenaga cahaya. untuk membuat klorofil diperlukan ion (zat) magnesium yang diserap dari tanah
Kepekatan karbon dioksida pengaruhnya terhad terhadap fotosintesis kerana kewujudan dalam atmosfera adalah 0.035%
Suhu mempengaruhi kerja enzim untuk fotosintesis
Air jika kekurangan air, stoma menutup sehingga menghalangi karbon dioksida masuk.