BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI
Garis Panduan
Amalan Baik: Urut
Melayu Dalam Pengurusan Pelanggan Pasca Angin Ahmar & Kesakitan Kronik
Edisi Pertama Bahasa Melayu, 2013
Hak cipta terpelihara 2013, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula
atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa
mendapat izin daripada penerbit.
Diterbitkan oleh:
Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
PENGHARGAAN
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap
individu dan organisasi yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menyumbangkan maklumat, cadangan dan nasihat
sepanjang penyediaan garis panduan amalan baik
bagi urut Melayu untuk digunakan di Unit Perubatan
Tradisional dan Komplementari (PT&K)
di hospital integrasi.
Kandungan 1. PENGENALAN ........................................................................................................................................ 1
2. PERTIMBANGAN UMUM ....................................................................................................................... 2
2.1. Penyimpanan Rekod ..................................................................................................................... 2
2.2. Isu Etika ......................................................................................................................................... 3
2.3. Kebersihan dan Kesterilan ............................................................................................................ 4
3. SEKSYEN I – GARIS PANDUAN AMALAN DALAM PENILAIAN DAN DIAGNOSIS BAGI ADUAN
SEMASA/MASALAH PELANGGAN (FASA PENILAIAN) .................................................................................... 4
3.1. Pengambilan Sejarah .................................................................................................................... 5
3.2. Pemeriksaan Fizikal ....................................................................................................................... 5
3.3. Kesesuaian Rawatan ..................................................................................................................... 5
4. SEKSYEN II – GARIS PANDUAN AMALAN UNTUK PELAN RAWATAN (FASA PERANCANGAN
RAWATAN) .................................................................................................................................................... 6
5. SEKSYEN III – GARIS PANDUAN AMALAN UNTUK RAWATAN DAN PEMANTAUAN PELANGGAN (FASA
RAWATAN) .................................................................................................................................................... 8
6. SEKSYEN IV – GARIS PANDUAN AMALAN DALAM PENILAIAN DISCAJ (FASA DISCAJ) ........................... 9
7. KESIMPULAN ....................................................................................................................................... 10
LAMPIRAN 1: FASA PENILAIAN ................................................................................................................... 11
LAMPIRAN 2: FASA PERANCANGAN RAWATAN ......................................................................................... 12
LAMPIRAN 3: FASA RAWATAN .................................................................................................................... 13
LAMPIRAN 4: FASA DISCAJ .......................................................................................................................... 14
LAMPIRAN 5: KAEDAH PENSTERILAN DAN DISINFEKSI ............................................................................... 15
LAMPIRAN 6a: BORANG RAWATAN UNTUK PELANGGAN STROK ............................................................. 17
LAMPIRAN 6b: BORANG RAWATAN UNTUK KESAKITAN KRONIK .............................................................. 20
LAMPIRAN 7 : Contoh Kajian Kes ................................................................................................................ 23
RUJUKAN ..................................................................................................................................................... 27
1
GARIS PANDUAN AMALAN BAIK BAGI URUT MELAYU DALAM PENGURUSAN PASCA ANGIN AHMAR DAN KESAKITAN KRONIK
1. PENGENALAN Di Malaysia, tiga unit perintis perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) telah
ditubuhkan di Hospital Kepala Batas (Oktober 2007), Hospital Sultan Ismail (Januari 2008)
dan Hospital Putrajaya (Mac 2008). Urut Melayu merupakan satu daripada dua modaliti
PT&K yang diperkenalkan di hospital-hospital tersebut. Sejak penubuhan tiga buah hospital
integrasi tersebut, tiga lagi unit PT&K telah memulakan operasi sejak bulan Disember 2009.
Unit-unit baru tersebut terletak di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, Hospital
Duchess of Kent, Sabah dan Hospital Umum, Sarawak.
Garis Panduan Amalan Baik ini telah dibangunkan susulan daripada kertas kerja
Pembangunan Garis Panduan Amalan Baik Bagi Urut Tradisional Melayu dalam Pengurusan
Kesakitan Kronik dan Pasca Angin Ahmar bagi Unit Perubatan Tradisional dan
Komplementari di Hospital Integrasi yang telah dibentangkan di Jawatankuasa Tetap PT&K,
pada Mei 2009. Daripada analisis data berdasarkan pengalaman di tiga unit PT&K terawal,
penambahbaikan berikut telah dikenal pasti;
1. Keperluan untuk dokumentasi yang betul dan sistematik.
2. Keperluan untuk pendekatan yang standard bagi penilaian pelanggan.
3. Keperluan untuk pelan rawatan yang standard bagi masalah kesihatan yang
sama untuk semua hospital integrasi.
Justeru, tujuan Garis Panduan Amalan Baik ini adalah sebagai panduan kepada
pengamal PT&K untuk;
1. Mempunyai sistem penyimpanan rekod yang betul dan seragam.
2. Mempunyai pendekatan yang standard bagi penilaian dan rawatan pelanggan.
3. Mengekalkan tatakelakuan beretika dan profesional setiap masa.
2
Garis panduan ini memberi panduan kepada pengamal berhubung pemeriksaan,
rawatan dan discaj pelanggan. Ia akan membantu pengamal dalam membuat keputusan
berhubung rawatan yang bersesuaian bagi keadaan klinikal tertentu. Garis panduan ini
bukanlah suatu standard atau peraturan. Seseorang pengamal bertanggungjawab untuk
mengetahui dan memahami garis panduan ini, serta mengamalkannya dalam kes klinikal
beliau, di mana dan apabila dirasakan sesuai.
Perkara yang perlu diingat adalah setiap pelanggan adalah seorang individu dan
setiap pengamal mempunyai pendekatan tersendiri dalam menjalankan rawatannya.
Justeru, semua rawatan hendaklah disesuaikan mengikut keperluan setiap pelanggan.
Garis Panduan Amalan Baik bagi urut Melayu ini dibahagikan kepada empat seksyen.
Seksyen I, membincangkan garis panduan amalan dalam penilaian dan diagnosis bagi
aduan semasa/ masalah pelanggan (Fasa Penilaian). Seksyen II menerangkan garis
panduan amalan untuk pelan rawatan (Fasa Perancangan Rawatan), Seksyen III
menggambarkan garis panduan amalan dalam merancang rawatan dan pemantauan
pelanggan (Fasa Rawatan) dan dalam Seksyen IV, garis panduan amalan dalam penilaian
discaj (Fasa Discaj).
2. PERTIMBANGAN UMUM
2.1. Penyimpanan Rekod
2.1.1. Pertimbangan Umum
a. Semua maklumat hendaklah direkodkan dalam susunan kronologi dan dicatat
pada masa yang sama sedapat mungkin.
b. Rekod tidak sepatutnya diundurkan tarikh atau diubah.
c. Pembetulan atau penambahan hendaklah diparap dan bertarikh.
d. Carta atau fail hendaklah didokumenkan sepenuhnya dan mengandungi semua
perkara berkaitan, maklumat yang benar, maklumat tidak berkaitan tidak perlu
dimasukkan.
a. Rekod hendaklah lengkap untuk memastikan pengamal mempunyai maklumat
yang diperlukan untuk rawatan susulan pelanggan atau untuk melaporkan
kepada pihak luar. Lihat Lampiran 7 bagi contoh kajian kes.
3
2.1.2. Jelas dan Mudah Dibaca
a. Semua rekod hendaklah kemas, tersusun dan lengkap untuk menyediakan
maklumat yang mencukupi yang diperlukan oleh petugas kesihatan berikutnya,
syarikat insurans, dan/ atau peguam. Rekod bertarikh tentang perkara yang
berlaku setiap kali rawatan dan sebarang perubahan penting pada keadaan
klinikal atau penilaian atau pelan rawatan perlu direkodkan.
b. Semua catatan hendaklah ditulis dengan dakwat.
c. Catatan tidak boleh dipadam atau diubah dengan cecair pembetulan/pita/label
pelekat.
d. Jika catatan ditukar, pengamal hendaklah memarapi dan mencatatkan tarikh
sebarang perubahan pada margin yang sama.
e. Kaedah merekodkan nota adalah bergantung kepada pilihan setiap pengamal.
f. Semua rekod hendaklah dalam bahasa yang telah dipersetujui, iaitu sama ada
bahasa Melayu atau Inggeris, bertaip atau dalam bentuk tulisan tangan yang
jelas dibaca.
g. Rekod pelanggan adalah sulit dan hendaklah disimpan dengan baik.
2.2. Isu Etika
Sepanjang masa semasa rawatan diberikan kepada pelanggan, pengamal PT&K
hendaklah;
2.2.1. Mematuhi garis panduan bagi tatakelakuan beretika (rujuk Kod Etika dan Kod
Amalan bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari)
2.2.2. Memastikan batas klinikal semasa rawatan melalui tabir yang bersesuaian dan
komunikasi dengan pelanggan.
2.2.3. Menunjukkan sikap bertanggungjawab dan prihatin kepada pelanggan.
2.2.4. Memberikan respons sewajarnya kepada reaksi emosi pelanggan terhadap
rawatan.
2.2.5. Mendapatkan maklum balas daripada pelanggan berhubung dengan perubahan
keadaan penyakitnya dan memberikan pendidikan sewajarnya kepada
pelanggan berkenaan dengan rawatan pada ketika itu.
4
2.2.6. Menyimpan dokumen yang dikemas kini berhubung rawatan yang diberikan dan
maklum balas pelanggan mengenainya.
2.2.7. Berkomunikasi sewajarnya dengan pegawai perubatan atau pemberi
perkhidmatan kesihatan lain yang merujuk pelanggan tersebut.
2.3. Kebersihan dan Kesterilan
2.3.1. Semua pengamal perlu sentiasa mengekalkan kebersihan diri.
2.3.2. Semua pengamal hendaklah membasuh tangan sebelum menjalankan
pemeriksaan atau memulakan rawatan kepada pelanggan.
2.3.3. Premis dan semua peralatan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan secara
berkala dan selepas setiap sesi rawatan.
2.3.4. Pengamal dikehendaki untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah
penyakit (rujuk Garis Panduan Perubatan Tradisional dan Komplementari dalam
Urut Melayu, Edisi Ke-2 2009).
2.3.5. Botol/bekas minyak urut yang telah dibuka tidak sepatutnya dibiarkan terdedah
dalam tempoh yang lama.
2.3.6. Semua peralatan yang telah digunakan hendaklah didisinfeksi dan disterilkan
berdasarkan kaedah pensterilan dan disinfeksi yang disyorkan (Lampiran 5).
3. SEKSYEN I – GARIS PANDUAN AMALAN DALAM PENILAIAN DAN
DIAGNOSIS BAGI ADUAN SEMASA/MASALAH PELANGGAN (FASA
PENILAIAN) Seksyen ini berkenaan dengan persediaan sewajarnya bagi pengamal dan pengolahan
maklumat pelanggan yang sewajarnya ke dalam proses klinikal. Perkara ini merupakan asas
dalam proses rawatan pengamal. Langkah-langkah yang terlibat berkisar tentang
perumusan dan pengesahan berhubung dengan hipotesis tentang masalah pelanggan.
Langkah ini bermula dengan pengumpulan data melalui pemeriksaan pelanggan dan juga
melibatkan pengesahan masalah pelanggan, membangunkan ringkasan penemuan klinikal,
5
dan juga keputusan sama ada untuk meneruskan rawatan. Di bawah dinyatakan langkah
yang terlibat dalam proses pengumpulan data ini (Lampiran 1);
3.1. Pengambilan Sejarah
3.1.1. Sebelum mengambil sejarah pelanggan, tentukan sama ada pelanggan
mempunyai diagnosis khusus semasa dirujuk. Jika terdapat diagnosis khusus,
justeru pengambilan sejarah akan memastikan soalan-soalan berkaitan dengan
keadaan tersebut dan akan fokus dalam mencungkil maklumat untuk
mengesahkan atau menyangkal diagnosis semasa pelanggan.
3.1.2. Bagi pelanggan tanpa rujukan dan tanpa diagnosis khusus, mulakan dengan
soalan-soalan umum yang akan membantu menjelaskan masalah kesihatan yang
dihadapi oleh pelanggan dan cadangkan diagnosis.
3.2. Pemeriksaan Fizikal
3.2.1. Selepas itu, pengamal akan meneruskan dengan pemeriksaan pelanggan.
Pengamal akan menganalisis masalah/ketaksempurnaan semasa pelanggan dan
seterusnya mengesahkan diagnosis klinikal tersebut.
3.2.2. Pengamal perlu mencatatkan semua penemuan dalam borang rawatan
(Lampiran 6a dan 6b).
3.3. Kesesuaian Rawatan
3.3.1. Tidak semua pelanggan yang dirujuk sesuai untuk rawatan urut. Oleh itu,
tentukan sama ada pelanggan akan mendapat manfaat atau tidak daripada
rawatan.
3.3.2. Setelah pengamal mengesahkan bahawa rawatan adalah bersesuaian dan
sebelum pengamal memulakan perancangan rawatan, pengamal perlu
menentukan sama ada terdapat kontraindikasi atau tidak. Pelanggan perlu
dirujuk kepada pemberi perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya jika terdapat
keperluan.
6
4. SEKSYEN II – GARIS PANDUAN AMALAN UNTUK PELAN RAWATAN
(FASA PERANCANGAN RAWATAN) Seksyen ini akan membincangkan langkah yang terlibat dalam merancang rawatan
pelanggan (Lampiran 2).
4.1. Langkah ini bermula dengan ringkasan bagi penemuan klinikal daripada fasa penilaian.
Pengamal perlu membezakan anggota pelanggan yang berfungsi dan yang bermasalah,
atau anggota badan pelanggan yang akan dimulakan prosedur urut.
4.2. Setelah bahagian ini dikenal pasti, pengamal perlu memilih teknik rawatan yang
bersesuaian dengan pelanggan. Semasa Mesyuarat Persetujuan berhubung Strategi
Penambahbaikan Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Hospital
Integrasi (Mac 2009), bagi rawatan pelanggan pasca angin ahmar, konsep rawatan
adalah urut seluruh badan, manakala bagi pelanggan kesakitan kronik pula adalah urut
separuh badan.
4.3. Pilihan teknik rawatan bergantung kepada pengenalpastian hasil fungsian kesan
rawatan terhadap pelanggan. Hasil ini perlu konsisten dengan had fungsian yang dimiliki
pelanggan.
4.4. Pelanggan perlu diberi penerangan tentang teknik rawatan yang telah diputuskan. Jika
terdapat mudarat yang ketara daripada cadangan rawatan, risiko ini perlu dimaklumkan,
difahami dan diterima oleh pelanggan.
4.5. Dapatkan persetujuan daripada pelanggan sebelum memberikan rawatan. Pelanggan
hendaklah kompeten untuk memberikan persetujuan rawatan. Bagi pelanggan di bawah
umur (kurang daripada 18 tahun) dan orang dewasa yang mempunyai kecacatan
mental, pengamal memerlukan persetujuan daripada penjaga.
4.6. Bilangan atau kekerapan rawatan susulan yang dirancang bergantung kepada individu
pelanggan. Di bawah dinyatakan panduan bagi bilangan sesi rawatan pelanggan
kesakitan kronik dan pasca angin ahmar;
7
Jadual 1: Rejim Rawatan Urut Melayu Bagi Kes Kesakitan Kronik dan Pasca Angin Ahmar
(Dibentangkan semasa Bengkel WHO on Development of Harmonized Policy and Standards of
Integrative Medicine).
Kesakitan Kronik Pasca Angin Ahmar
Bilangan Sesi 3 Sesi 7 Sesi
Pecahan Bilangan Sesi 3 Sesi Seminggu
sama ada:
3 hari berturut-turut
ATAU
Selang sehari
Minggu pertama: 3 sesi
Minggu kedua: 2 sesi
Minggu ketiga: 2 sesi
Penilaian Keberkesanan Dijalankan pada sesi ketiga Dijalankan pada sesi ketujuh
Sesi Maksimum yang diberikan di Unit bagi
setiap kes
5 sesi 10 sesi
Jadual 2: Jangka Masa Rawatan Urut Melayu bagi Kes Kesakitan Kronik dan Pasca Angin
Ahmar
Kesakitan Kronik Pasca Angin Ahmar
Kes Baru 30 - 45 minit 30 - 60 minit
Kes Susulan 30 minit 30 - 60 minit
8
5. SEKSYEN III – GARIS PANDUAN AMALAN UNTUK RAWATAN DAN
PEMANTAUAN PELANGGAN (FASA RAWATAN) Fasa ini melibatkan kitaran rawatan berterusan, pemeriksaan semula dan perkembangan
rawatan yang bermula selepas pengamal menyempurnakan pelan rawatan (Lampiran 3).
5.1. Pada peringkat awal rawatan, pengamal menilai kesesuaian pelan rawatan dan
mengukur toleransi pelanggan terhadap rawatan. Berhati-hati agar tidak
memperkenalkan terlalu banyak teknik rawatan serentak, ini menyebabkan kesukaran
untuk mengenal pasti teknik yang mana yang memberi kesan positif atau tindak balas
advers kepada pelanggan.
5.2. Pada bila-bila masa sepanjang rawatan, pengamal perlu memeriksa pelanggan untuk
menilai sebarang perubahan klinikal. Fokus bagi pemeriksaan semula adalah untuk
mengenal pasti dan mengukur perubahan pada anggota badan berkenaan dan paras
fungsian untuk dijadikan garis dasar. Pemeriksaan semula juga bertujuan untuk
mengenal pasti sama ada pelanggan mempunyai kesan positif atau tindak balas
sampingan terhadap rawatan yang diberikan.
5.3. Pengamal hendaklah menilai semula keadaan anggota yang terlibat dan paras fungsian
seperti yang disyorkan (lihat Seksyen II, Jadual 1) dan pada selang waktu lain yang
dirasakan wajar.
5.4. Sebaik-baiknya, semasa setiap sesi rawatan, pengamal menggabungkan pemeriksaan
pelanggan dan perkembangan atau perubahan pada teknik rawatan atau pendidikan
pelanggan.
9
6. SEKSYEN IV – GARIS PANDUAN AMALAN DALAM PENILAIAN DISCAJ
(FASA DISCAJ) Fasa discaj melibatkan peralihan pelanggan daripada penjagaan pengamal kepada
penjagaan pakar perubatan yang lain atau kepada penjagaan kendiri. Langkah yang terlibat
adalah (Lampiran 4);
6.1. Pengamal mencungkil penerimaan pelanggan berhubung keperluan untuk discaj.
6.2. Pelanggan dimaklumkan berhubung keperluan rawatan selepas discaj.
6.3. Pelan awal discaj yang sesuai disediakan berdasarkan penemuan klinikal.
6.4. Matlamat dan pengurusan discaj dibincangkan dengan pelanggan, dan pengamal
mendokumenkan pelan akhir discaj.
6.5. Pelanggan dilengkapkan dengan pendidikan dan persediaan sebelum discaj.
6.6. Pengamal melengkapkan dan mendokumenkan pemeriksaan sebelum discaj dan
memastikan sama ada pelanggan telah mencapai hasil fungsian yang telah dikenal pasti.
Pelanggan mungkin akan dirujuk kepada pengamal atau petugas kesihatan yang lain
bagi rawatan susulan yang sewajarnya.
6.7. Nasihat perlu diberikan untuk penjagaan diri, pengekalan kesihatan dan pencegahan
masalah pelanggan daripada berulang.
10
7. KESIMPULAN
Garis panduan ini merupakan cadangan model proses membuat keputusan klinikal sebagai
panduan bagi pengamal PT&K urut Melayu, melalui fasa penilaian, perancangan rawatan,
rawatan dan discaj bagi penjagaan pelanggan. Garis panduan ini memberi panduan untuk
mempertingkatkan kewajaran dan penyempurnaan pemeriksaan yang dijalankan, pelan
penjagaan yang digariskan dan pelan rawatan yang dirancang dan disediakan oleh
pengamal. Garis panduan ini juga menggalakkan pengamal PT&K untuk mematuhi kod etika
dan kod amalan, dan mengekalkan tahap profesional perubatan yang tinggi.
11
LAMPIRAN 1: FASA PENILAIAN
Pelanggan dengan masalah semasa
Sejarah kes & pemeriksaan fizikal
Dalam skop rawatan
Rujuk kepada
professional
kesihatan yang
bersesuaian
Kontraindikasi
Fasa Perancangan
Rawatan
Tidak
Ya
Ya
Tidak
12
LAMPIRAN 2: FASA PERANCANGAN RAWATAN
Fasa Perancangan Rawatan
Bahagian badan yang berfungsi dengan baik
dan mengimbangi bahagian yang kurang
fungsi
Untuk rawatan aktif
Bahagian badan yang bermasalah
Pelan Penjagaan
Nyatakan diagnosis
Teknik lain yang bersesuaian
Penilaian semula untuk rawatan
Persediaan untuk rawatan
Sesi rawatan
13
LAMPIRAN 3: FASA RAWATAN
Sesi Rawatan Lengkap
Pemantauan gejala/
komplikasi
Rawat sewajarnya dan kemungkinan
dirujuk kepada pemberi
perkhidmatan kesihatan yang lain
Teruskan pelan rawatan
Semak pelan penjagaan
Teruskan program rawatan, penilaian semula dan nasihat
selepas rawatan
Perhalusi teknik aplikasi
Penilaian semula – untuk
dirujuk
Mekanisme penyeimbangan dijalankan
Perubahan/ hasil fungsian
dicapai
Ya
Tidak
Tidak
Ya
14
LAMPIRAN 4: FASA DISCAJ
Hasil fungsian
dicapai/ fungsi
fizikal bertambah
baik
Teruskan pelan rawatan
Discaj
Mulakan penilaian dan pendidikan
untuk discaj
Dokumenkan penemuan
dan pelan semasa discaj
Nilai perkembangan dan pemeriksaan semula
Tidak
Ya
15
LAMPIRAN 5: KAEDAH PENSTERILAN DAN DISINFEKSI
Kaedah Pensterilan
Pensterilan stim merupakan kaedah yang paling banyak digunakan bagi perkakas dan
peralatan yang diperbuat daripada besi. Kaedah ini tidak toksik, murah, membasmi kulat dan
pantas jika digunakan menurut arahan pengeluar (contohnya masa, suhu, tekanan,
pembungkusan, saiz peralatan dan penempatan peralatan). Pensterilan stim hanya berkesan
sepenuhnya apabila tiada udara, sebaik-baiknya pada 100% stim tepu. Tekanan sahaja tidak
mempunyai pengaruh pada pensterilan, tetapi berfungsi sebagai satu cara untuk mencapai
suhu tinggi yang diperlukan.
Suhu dan masa pensterilan yang disyorkan untuk stim di bawah tekanan, dan untuk haba
kering, ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
Kaedah pensterilan yang dicadangkan
* Stim di bawah tekanan (contohnya autoklaf, periuk tekanan) Tekanan diperlukan: => 15 paun per inci persegi (101 kilopascal)
Suhu
115oC
121oC
126oC
134oC
Masa
30 minit
15 minit
10 minit
3 minit
* Haba kering (contohnya oven elektrik)
Suhu
160oC
170oC
180oC
Masa
120 minit
60 minit
30 minit
Peralatan yang diperbuat daripada getah atau plastik yang tidak boleh menahan suhu yang
tinggi pada autoklaf boleh disterilkan secara kimia, pada kepekatan yang sesuai dan pastikan
masa rendaman yang mencukupi (contohnya 6% hidrogen peroksida stabil selama enam jam).
16
Perlu diambil perhatian bahawa mendidihkan jarum di dalam air tidak mencukupi untuk
pensterilan, begitu juga merendam dalam alkohol, memandangkan kaedah-kaedah ini tidak
memusnahkan spora bakteria yang resistan atau sesetengah virus.
Kaedah Pembasmian Kuman
Tahap pembasmian kuman yang tinggi boleh dicapai apabila peralatan dididihkan selama
20 minit. Ini merupakan kaedah paling mudah dan boleh dipercayai untuk membunuh
kebanyakan mikrob patogenik, termasuk HIV, apabila peralatan pensterilan tiada. Pendidihan
hanya digunakan apabila pensterilan dengan stim atau haba kering tiada. Virus Hepatitis B
dibunuh dengan pendidihan selama beberapa minit; HIV, yang sangat sensitif pada haba, juga
dibunuh dengan pendidihan selama beberapa minit. Namun, untuk memastikan keberkesanan
dalam membasmi kuman, pendidihan hendaklah diteruskan selama 20 minit.
Disinfektan kimia digunakan untuk peralatan sensitif haba yang boleh rosak pada suhu
tinggi. Kebanyakan disinfektan hanyalah efektif terhadap sebahagian mikroorganisma dan
kadar pemusnahan mikroorganisma oleh disinfektan-disinfektan ini adalah berbeza-beza.
Semua peralatan yang perlu dibuka dan direndam sepenuhnya dalam disinfektan. Pastikan
peralatan yang telah dinyahkuman dibilas dengan air bersih supaya peralatan ini tidak tercemar
semula. Disinfektan kimia adalah tidak stabil dan penguraian bahan kimia boleh berlaku.
Disinfektan kimia juga adalah mengakis dan merengsakan kulit. Pakaian pelindung mungkin
diperlukan. Tidak boleh bergantung kepada disinfektan kimia sepenuhnya seperti mana
pendidihan atau pensterilan. Disinfektan kimia termasuklah:
Agen berasaskan klorin contohnya peluntur
Larutan akueus 2% glutaraldehid
70% etil atau isopropyl alkohol
(Sumber: WHO - GPA/TCO/HSC/95/16 p.16 dan WHO AIDS Siri 2, Edisi Kedua, p.3, 1989.)
17
LAMPIRAN 6a: BORANG RAWATAN UNTUK PELANGGAN STROK
UNIT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
HOSPITAL _______________
KAD RAWATAN URUT MELAYU Pesakit Angin Ahmar
MAKLUMAT PESAKIT
Nama : No. KP : Umur :
Alamat : No. Pendaftaran :
Jantina :
Poskod : Negeri : No. Tel : Bangsa :
RUJUKAN DARI / KEPADA Tanpa Rujukan
PENILAIAN TANDA VITAL SEBELUM RAWATAN
Tekanan Darah : mmHg Berat : kg Tinggi : Cm
Kadar Denyutan Nadi : persaat Suhu Badan : 0C Dextrose : mmol/L
Skala Kesakitan (Tandakan bulat
pada yang berkenaan)
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Tidak Sakit
Mengganggu Tugas Harian
Tidak Selesa
Sakit Sakit Teruk Sakit Tidak
Tertahan
SEJARAH PESAKIT
SEJARAH ANGIN AHMAR FAKTOR RISIKO Tandakan ( ⁄ ) mana yang berkenaan
Tarikh Serangan Sendiri Keluarga Sejarah Pengubatan
Serangan pertama Serangan angin ahmar
Serangan kedua Darah Tinggi
Kencing Manis
Serangan seterusnya Serangan Jantung
Ciri-ciri / Lokasi Serangan Masalah Jantung Sila nyatakan :
Kanan Kiri Kolestrol Tinggi
Infarct Tiada Pendarahan
Haemorrhage Pendarahan
Merokok Bekas Perokok
RAWATAN LAIN Tandakan ( ⁄ ) mana yang berkenaan
Rawatan Diterima Ya Tidak Sila nyatakan jenis rawatan/ubatan
Rehabilitasi Sila nyatakan di mana :
Rawatan Tradisional Lain
Ubat-ubatan Moden
Ubat-ubatan Herba
18
PENILAIAN PESAKIT
Jenis kelumpuhan : Seluruh badan Separuh badan Kiri Kanan
Lokasi ( site ): Huraian : Isikan nama bahagian yang mengalami kelumpuhan . Samada bahagian Kiri atau Kanan. Anggota yang sakit e.g Kaki, Bahu dll
Ciri-ciri kelumpuhan (Character)
Huraian: Isikan ciri yang dialami;e.g tidak boleh mengerak anggota bahagian,kejang, keras
Ketidakupayaan (Disability) yang lain:
Huraian: Isikan samada pesakit mengalami simptom yang lain e.g tidak boleh bertutur , tidak boleh menelan air atau/dan makanan dll
Faktor yang menjadikan keadaan lebih buruk (Aggravating Factor) :
Faktor yang menambahbaikan keadaan (Relieving Factor) :
Kemajuan (Progression) :
Isikan perbandingan keadaan pesakit dari tempoh kelumpuhan hingga hari ini.
CATATAN
19
PENILAIAN RAWATAN
Ulasan :
PLAN RAWATAN
Ulasan
Nama Pengamal : Tanda tangan :
Tarikh :
20
LAMPIRAN 6b: BORANG RAWATAN UNTUK KESAKITAN KRONIK
UNIT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
HOSPITAL _______________
KAD RAWATAN URUT MELAYU Pesakit Kesakitan Kronik
MAKLUMAT PESAKIT
Nama : No. KP : Umur :
Alamat : No. Pendaftaran :
Jantina :
Poskod : Negeri : No. Tel : Bangsa :
RUJUKAN DARI / KEPADA Tanpa Rujukan
PENILAIAN TANDA VITAL SEBELUM RAWATAN
Tekanan Darah : mmHg Berat : kg Tinggi : Cm
Kadar Denyutan Nadi : Per min Suhu Badan : 0C Dextrose : mmol/L
Skala Kesakitan (Tandakan bulat
pada yang berkenaan)
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Tidak Sakit
Mengganggu Tugas Harian
Tidak Selesa
Sakit Sakit Teruk Sakit Tidak
Tertahan
SEJARAH PESAKIT
SEJARAH TRAUMA FAKTOR RISIKO Tandakan ( ⁄ ) mana yang berkenaan
Sendiri Keluarga Sejarah Pengubatan
Serangan angin ahmar
Darah Tinggi
Kencing Manis
Serangan Jantung
Masalah Jantung Sila nyatakan :
Kolestrol Tinggi
Merokok Bekas Perokok
RAWATAN LAIN Tandakan ( ⁄ ) mana yang berkenaan
Rawatan Diterima Ya Tidak Sila nyatakan jenis rawatan/ubatan
Rehabilitasi Sila nyatakan di mana :
Rawatan Tradisional Lain
Ubat-ubatan Moden
Ubat-ubatan Herba
APPENDIX 6b: CLERKING FORM FOR CHRONIC PAIN
21
PENILAIAN PESAKIT
Lokasi (site):
Huraian : Isikan nama bahagian yang sakit. Samada bahagian Kiri atau Kanan. Anggota yang sakit e.g Kaki, Bahu dll
Ciri-ciri kesakitan (character):
Huraian: Isikan ciri kesakitan yang dialami;e.g cucuk,tarik,dll
Menjalar (Radiate):
Huraian: Isikan pergerakkan kesakitan yang dialami. Sebagai contoh bermula kesakitan bermula di kaki kiri dan ianya dapat dirasakan/menjalar hingga ke paha kiri
Masa bermula (Onset):
Huraian: Isikan masa mulanya kesakitan itu bermula e.g 3 bulan yang lepas , 6 bulan yang lepas
Perkembangan (Progression):
Huraian: Isikan perbandingan keadaan kesakitan pesakit dari tempoh ia bermula hingga hari ini.e.g kesakitan bertambah teruk dari boleh berjalan dulu tetapi sekarang menggunakan bantuan untuk berjalan.
Tempoh (Duration):
Huraian: Disini menjelaskan tempoh masa kesakitan apabila pesakit diserang kesakitannya.e.g 10 minit, 20 minit dll
Faktor yang menyebabkan keadaan kesakitan lebih teruk (Aggravating Factor):
Faktor yang mengurangkan kesakitan (Relieving Factor):
Simptom yang berkaitan (Associated symptoms):
22
PENILAIAN RAWATAN
ULASAN
PLAN RAWATAN
Nama Pengamal : Tanda tangan
Tarikh:
23
LAMPIRAN 7 : Contoh Kajian Kes
Nama : En. M
Alamat : 3, Jalan Kenanga, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Mykad : 800205-14-5689
Umur : 30 tahun
Rujukan : tiada
Seorang pelanggan lelaki berusia 30 tahun dan bekerja sebagai akauntan di sebuah
syarikat tempatan. Beliau mempunyai masalah sakit di bahagian tengkuk selama empat
bulan dan semakin bertambah teruk. Sakit di tengkuk muncul sewaktu rehat, pada akhir
pergerakan dan semasa aktiviti fungsian. Pelanggan tidak ingat sebarang kecederaan atau
peristiwa yang berlaku sebelum sakit tengkuk itu bermula. Beliau juga mengadu kesulitan
ketika memandu disebabkan ketegangan otot di tengkuk, dan sakit kepala seketika (di
bahagian temporal). Beliau tidak mempunyai sebarang penyakit lain.
Walaupun En. M telah menanggung sakit selama 3 bulan, beliau masih belum
mendapatkan sebarang rawatan untuk sakit tengkuknya. Namun, beliau ada mengambil
pelbagai jenis ubat melegakan kesakitan yang boleh dibeli di kaunter. Beliau
memaklumkan bahawa ubat-ubatan tersebut memberikan kelegaan sementara dan
membolehkannya meneruskan kerja dan mempunyai aktiviti fungsian yang baik. Tetapi,
bagi tempoh sebulan lalu, ubat-ubatan tersebut memberikan kelegaan kesakitan yang
terlalu minimum. Sejak itu, beliau merasakan bahawa untuk bangun dari katil pun
menyiksakan.
24
UNIT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
HOSPITAL __PUTRAJAYA____
KAD RAWATAN URUT MELAYU Pesakit Kesakitan Kronik
MAKLUMAT PESAKIT
Nama : Mr. M No. KP : 800205-14-5689 Umur : 30 tahun
Alamat : 3, Jalan Kenanga, Seksyen 5, Shah Alam No. Pendaftaran : 30010/2010
Jantina : lelaki
Poskod : 40000 Negeri : Selangor No. Tel : 016.3315555 Bangsa : Melayu
RUJUKAN DARI / KEPADA Tanpa Rujukan
PENILAIAN TANDA VITAL SEBELUM RAWATAN
Tekanan Darah : 135/90 mmHg Berat : 62 kg Tinggi : 165 cm
Kadar Denyutan Nadi : 90 Per min Suhu Badan : 37 0C Dextrose : 5.0 mmol/L
Skala Kesakitan (Tandakan bulat
pada yang berkenaan)
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Tidak Sakit
Mengganggu Tugas Harian
Tidak Selesa
Sakit Sakit Teruk Sakit Tidak
Tertahan
SEJARAH PESAKIT
SEJARAH TRAUMA FAKTOR RISIKO Tandakan ( ⁄ ) mana yang berkenaan
Sendiri Keluarga Sejarah Pengubatan
None
Serangan angin ahmar
Darah Tinggi
Kencing Manis
Serangan Jantung
Masalah Jantung Sila nyatakan :
Kolestrol Tinggi
Merokok Bekas Perokok
RAWATAN LAIN Tandakan ( ⁄ ) mana yang berkenaan
Rawatan Diterima Ya Tidak Sila nyatakan jenis rawatan/ubatan
Rehabilitasi Sila nyatakan di mana :
Rawatan Tradisional Lain
Ubat-ubatan Moden Panadol, ponstan, aspirin
Ubat-ubatan Herba
APPENDIX 6b: CLERKING FORM FOR CHRONIC PAIN
25
PENILAIAN PESAKIT
Lokasi (site): Posterior neck, right side, and right upper back
Huraian : Isikan nama bahagian yang sakit. Samada bahagian Kiri atau Kanan. Anggota yang sakit e.g Kaki, Bahu dll
Ciri-ciri kesakitan (character): Sharp, pricking
Huraian: Isikan ciri kesakitan yang dialami;e.g cucuk,tarik,dll
Menjalar (Radiate): Radiating to right shoulder and upper arm
Huraian: Isikan pergerakkan kesakitan yang dialami. Sebagai contoh bermula kesakitan bermula di kaki kiri dan ianya dapat dirasakan/menjalar hingga ke paha kiri
Masa bermula (Onset): 4 months ago
Huraian: Isikan masa mulanya kesakitan itu bermula e.g 3 bulan yang lepas , 6 bulan yang lepas
Perkembangan (Progression): Increasing in severity, previously able to turn head to right side more easily. Now unable to turn head to the right at all.
Huraian: Isikan perbandingan keadaan kesakitan pesakit dari tempoh ia bermula hingga hari ini.e.g kesakitan bertambah teruk dari boleh berjalan dulu tetapi sekarang menggunakan bantuan untuk berjalan.
Tempoh (Duration): Everytime
Huraian: Disini menjelaskan tempoh masa kesakitan apabila pesakit diserang kesakitannya.e.g 10 minit, 20 minit dll
Faktor yang menyebabkan keadaan kesakitan lebih teruk (Aggravating Factor): Driving, upon getting up form lying down, lifting up right arm
Faktor yang mengurangkan kesakitan (Relieving Factor): Medications (painkiller)
Simptom yang berkaitan (Associated symptoms): None
26
PENILAIAN RAWATAN
ULASAN
PLAN RAWATAN
Warm compress as beginning of treatment, as the patient has severe pain.
Massage at the back of neck, shoulders, and upper arm.
Nama Pengamal : Mr. WB Tanda tangan
Tarikh: 20/01/2010
27
RUJUKAN
1. Andrade and Clifford, Outcome-based Massage, Part I: Client Examination and Treatment Planning.
2. Lynn Freeman, Mosby’s Complementary and Alternative Medicine, A Research-based Approach (2nd Edition), Chapter 13: Massage Therapy.
3. Code of Ethics and Code of Practice for Traditional and Complementary Medicine Practitioners (2nd Edition 2007).
4. Traditional and Complementary Medicine Practice Guideline on Malay Massage (2nd Edition 2009).
5. Consensus Meeting on Improvement Strategy in Traditional and Complementary Medicine (T&CM) Services in Integrated Hospital with T&CM Practitioners, March 2009.
6. WHO Workshop on Development of Harmonized Policy and Standards of Integrative Medicine.
7. Presentation of Working Paper, Development of Good Practice Guideline for Malay Traditional Massage in Chronic Pain and Post Stroke Management for Traditional and Complementary Medicine Unit at Integrated Hospitals, May 2009.
8. http://nccam.nih.gov/health/massage
9. http://www.redmoonmassagetherapy.com
10. http://www.integrative-healthcare.org
11. http://www.emedicine.medscape.com
12. http://massagetherapy.suite101.com
13. Daniel C. Cherkin, Karen J. Sherman, Richard A. Deyo, Paul G. Shekelle. A Review of the Evidence for the Effectiveness, Safety, and Cost of Acupuncture, Massage Therapy, and Spinal Manipulation for Back Pain. Annals of Internal Medicine, June 2003. Volume 138, Number 11.
14. Jennie C.I. Tsao. Effectiveness of Massage Therapy for Chronic, Non-malignant Pain: A Review. eCAM, February 2007.
15. E. Ernst. The Safety of Massage Therapy. Rheumatology, May 2003.
28
16. Anita R. Gross, Jan L. Hoving, Ted A. Haines, Charles H. Goldsmith, T. Kay, Peter Aker,
Gert Bronfort, and the Cervical Overview Group. A Cochrane Review of Manipulation and Mobilization for Mechanical Neck Disorders. Spine, 2004. Volume 29, Number 14.
17. Harald Walach, Corina Güthlin, and Miriam König. Efficacy of Massage Therapy in Chronic Pain: A Pragmatic Randomized Trial. The Journal of Alternative And Complementary Medicine, 2003. Volume 9, Number 6.
18. Catherine A. Warms, Judith A. Turner, Helen M. Marshall, and Diana D. Cardena. Treatments for Chronic Pain Associated With Spinal Cord Injuries: Many Are Tried, Few Are Helpful. The Clinical Journal of Pain, 2002.
19. EG Widerstro¨m-Noga, and DC Turk. Types and effectiveness of treatments used by people with chronic pain associated with spinal cord injuries: influence of pain and psychosocial characteristics. Spinal Cord, 2003.
20. Barrie R. Cassileth, and Andrew J. Vickers. Massage Therapy for Symptom Control: Outcome Study at a Major Cancer Center. Journal of Pain and Symptom Management, 2004. Volume 28, number 3.
21. Tiffany Field, Maria Hernandez-Reif, Susan Seligman, Josh Krasnegor, William Sunshine, Rafael Rivas-Chacon, Saul Schanberg and Cynthia Kuhn. Juvenile Rheumatoid Arthritis: Benefits from Massage Therapy. Journal of Pediatric Psychology, 1997. Volume 22, number 5.
Sidang Editor
Dr. Goh Chen Soon
Pengarah
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Shamsaini Shamsuddin
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Rimah Melati Abd Ghani Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Nur Hidayati Binti Abdul Halim
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengarang/Terjemahan Oleh:
Dr. Maria Safura Bt. Mohamad
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jawatan Kuasa Terdahulu:
Edisi Bahasa Inggeris, 2010.
Sidang Editor: Dr. Ramli Abd. Ghani Dr. Shamsaini Binti Shamsuddin Dr. Zalilah Binti Abdullah Dr. Nur Hidayati Binti Abdul Halim
Ahli Jawatan Kuasa:
Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Khadijah Abu Bakar Wan Najbah Nik Nab Liew Ai Chi’i
Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari
Syed Mahdi Syed Fouzi Barakhbah Fauziah Mat Jani Robaieyah Ramlie Kamarul Abdul Rahman Che Nab Shaari Rohani Ibrahim Zakariya Saad Haniyah Ismail Azlina Abdul Razak Mimi Samsuddin Razmah Mohd Amin Mahani Mohd Aris Norizan Radinmas Siti Zawiyah Sarip Shamsuri Ibrahim Mary Kasim Ab Rahim T. Ahmad Siti Hajar Baba Sharifah Yunnah Sharifah Mariamah Abdullah Zailani Omar Rozana Ramli