Download - gaya bercinta
-
7/29/2019 gaya bercinta
1/14
GAYA BERCINTA ALAF BARU
1.0 PENGENALAN
Seringkali kali kita mendengar ungkapan, cinta itu buta, tanpa cintamu meranalah
hidupku, cintaku padamu bak lautan membiru malah mungkin kita pun sendiri pernah
mengungkapkan kata-kata cinta pada pasangan kita. Secara pastinya kita sebagai
manusia, kita tidak pernah lari daripada mengalami perasaan, berbicara dan meneroka
alam percintaan. Rasa cinta itu telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita makhluknya
yang mempunyai perasaan dan akal fikiran supaya dapat menikmati dan memberi rasa
cinta itu kepada orang lain.
Pepatah mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sejauh mana ketepatan
ini boleh difahami oleh kita semua? Ini kerana ramai juga pasangan yang mengakui amat
mencintai pasangan masing-masing, malahan ada yang sudah bertahun hidup sebumbung
sebagai pasangan suami isteri berdasarkan cinta atau suka sama suka. Tetapi kenapa
banyak rumah tangga yang dibina atas dasar kenal dan cinta ini roboh di tengah jalan?
Menurut Mohd. Makzan Musa (1997), romansa dan cinta merupakan tarikan yang
paling unggul di antara manusia. Cinta, kasih sayang dan kemesraan boleh memberikan
keseronokan yang tidak terhingga pada diri manusia. Romansa dan cinta juga didapati
sukar dan kompleks untuk untuk dikaji secara praktikal khususnya di dalam kajian-kajian
yang bersifat eksperimental. Ini adalah kerana cinta tidak dapat dimanipulasikan di dalam
makmal.
Sementara Robert Sternberg (1986) dalam Grace J. Craig (1999) menggunakan
Triangular Theory of Lovenya untuk menghuraikan percintaan dalam hubungan yang
kompleks. Menurut beliau lagi, percintaan mesti melalui tiga komponen iaitu intimasi
-
7/29/2019 gaya bercinta
2/14
atau kerapatan, perasaan ghairah atau keberahian dan komponen ketiga adalah komitmen.
Bagi beliau adalah penting dalam hubungan percintaan ada ketiga-tiga komponen ini
dalam mewujudkan satu hubungan percintaan yang betul-betul romantis.
Gaya hubungan percintaan sesuatu pasangannya boleh diukur dengan
menggunakan satu inventori yang dinamakan Inventori Gaya Bercinta. Ia oleh dibuat
melalui pemerhatian dan sensitiviti individu terhadap individu yang sedang bercinta.
Walaubagaimanapun ada teknik yang lebih sistematik dan lebih tepat yang dipanggil
teknik psikometrik iaitu dengan menggunakan ujian psikologi. Ujian psikologi yang
digunakan ialah Inventori Gaya Bercinta (IGB) yang diubahsuai dari alat ukuran The
Liking and Loving Scale oleh Rosenman. Alat ukuran IGB ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi iaitu kebolehpercayaan alpha Cronbach antara .59 hingga
.77 (Cheong Ching Ching, 2001). Umumnya ada enam gaya bercinta yang ada dan gaya-
gaya itu ialah cinta persahabatan, cinta romantis, cinta permainan, cinta logikal, cinta
kepunyaan dan cinta pengorbanan.
2.0 PENTADBIRAN ALAT UKURAN IGB
Alat ukuran IGB ini mestilah ditadbirkan di dalam bilik yang selesa serta mempunyai
kemudahan asas seperti kerusi dan kipas angin. Bilik yang berhawa dingin adalah lebih
baik dan kondusif. Masa yang digunakan unatuk menyelesaikan ujian ini ialah 20 minit.
Segala arahan ujian yang terdapat di muka surat depat alat ukuran mestilah diikuti oleh
individu yang mengambil ujian.
-
7/29/2019 gaya bercinta
3/14
3.0 PENGIRAAN SKOR INVENTORI GAYA BERCINTA
Disediakan Oleh: Sidek Mohd Noah,Ph.D
NAMA TARIKH
NO KAD PENGENALAN UMUR
Arahan:Sila tuliskan nombor yang mewakili jawapan anda dalam ruangan yang disediakan.
STS: SANGAT TIDAK SETUJU [1] TS: TIDAK SETUJU [2]
S: SETUJU [4] SS: SANGAT SETUJU [5]
TP: TIDAK PASTI [3]
1. 7. 13
.
19
.
25
.
31
.
37
.
43
.
49
.
55
.
2. 8. 14
.
20
.
26
.
32
.
38
.
44
.
50
.
56
.
3. 9. 15
.
21
.
27
.
33
.
39
.
45
.
51
.
57
.
4. 10
.
16
.
22
.
28
.
34
.
40
.
46
.
52
.
58
.
5. 11. 17
.
23
.
29
.
35
.
41
.
47
.
53
.
59
.6. 12
.
18
.
24
.
30
.
36
.
42
.
48
.
54
.
60
.
Untuk Kegunaan Pejabat
G1
PERSAHABATAN
G2
ROMANTIK
G3
PERMAINAN
G4
LOGIKAL
G5
PENGORBANAN
G6
KEPUNYAAN
4.0 PENTAFSIRAN UMUM IGB
-
7/29/2019 gaya bercinta
4/14
Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB.Skor tertinggi
yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang
dominan untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki:
4.1 CINTA PERSAHABATAN STORAGE
Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara
mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Cinta ini dikenali sebagai cinta kawan
karib di mana pasangan itu terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah
lama terjalin Kadang-kadang orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah
lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat
yang sama dengan pasangannya. Terdapat juga pengamal yang lebih menitikberatkan
perkongsian aktiviti berbanding penglibatan emosi yang mendalam dalam
hubungannya.Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai sesorang tanpa dikenali
secara mendalam dalam jangkamasa yang panjang. Sebaliknya mereka akan mengenali
pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta. Mereka yang berada dalam
kategori jenis ini dikatakan lebih logikal di mana perkongsian harapan adalah secara
terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan terjadi, pengamal
tidak akan menimbulkan kerisauan.
-
7/29/2019 gaya bercinta
5/14
Manakala menurut Stemberg (1986) dalam buku Psikologi Sosial (1997),
keintiman iaitu kedekatan yang mengukuhkan ikatan perhubungan antara dua individu.
Tahap keintiman yang tinggi dapat dilihat apabila kedua-dua belah pihak yang bercinta
saling mengambil berat tentang kebajikan dan kebahagian pasangan masing-masing. Di
sini kedua-dua belah pihak saling berkongsi, memberi dan menerima sokongan emosi dan
yang terlibat.dalam komunikasi yang intim.
4.2 CINTA ROMANTIS EROS
Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan
fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Menurut Stemberg (1986), dalam
Mohd Makzan Musa (1997), juga menegaskan perkara-perkara lain yang membentuk
nafsu ghairah ialah harga diri, pendampingan, dominan dan submisif. Mereka yang
memiliki gaya ini mahukan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Cinta jenis
ini juga dicirikan oleh percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat
dan mereka yang mengayakan cinta jenis ini menikmati kegemilangan dalam cintanya..
-
7/29/2019 gaya bercinta
6/14
Percampuran emosi dan keasyikan serta tarikan seksual yang kuat
Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya,
contohnya dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan
sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan.
Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai yang sangat tinggi nilainya.
Menurut Abdullah & Ainon (1993), bagi pengamal cinta ini, seandainya berlaku
perpisahan, kepedihan ini boleh membunuh semangat untuk meneruskan kehidupan.
4.3 CINTA PERMAINAN - LUDUS
Ludus adalah cinta permainan. Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini
cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Ia digambarkan dengan
individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak
inginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang
mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta
yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan. Mereka selalunya mempunyai lebih
daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu masa. Ini adalah kerana dengan adanya dua
-
7/29/2019 gaya bercinta
7/14
atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada
kedua-dua kekasihnya tadi.
Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta
dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan
atau pun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya
dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak
mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat
hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini hubungan mereka jarang sekali
mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih
suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah
pasangannya sendiri.
4.4 CINTA LOGIKAL PRAGMA
Pragma (gabungan storge dan ludus) atau cinta logikal adalah cinta yang lebih
praktikal dan realistik. Gaya bercinta ini merujuk kepada gaya bercinta di mana individu
yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Individu yang menggayakan
cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan.
Individu itu akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang
sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai
telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan dibuat pertimbangan
terlebih dahulu. Pengamal gaya ini juga sabar menangguh hubungan cintanya sehingga
mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang
dikehendaki. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan
-
7/29/2019 gaya bercinta
8/14
yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul selepas membuat perhitungan
bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.
4.5 CINTA PENGORBANAN AGAPE
Gaya bercinta pengorbanan atau agape merupakan satu gaya bercinta yang
dimiliki oleh individu yang memperhambakan dirinya untuk cinta. Terdapat beberapa ciri
yang boleh dilihat pada individu yang memiliki gaya bercinta jenis ini. Antaranya ialah
mereka ini terdiri dari individu yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf
terhadap pasangan. Pemilik cinta ini bersifat terlalu ekstrim dalam percintaan
menyebabkan mereka terlalu penyabar terhadap apa jua kerenah orang yang dicintai.
Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi orang yang tersayang dan pengorbanan
yang mereka lakukan menyebabkan pemikiran mereka terbatas
-
7/29/2019 gaya bercinta
9/14
Pengamal gaya bercinta ini juga dikatakan bersikap terbuka kerana sanggup
menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Mereka memberikan
cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangan yang
dicintai. Pengamal cinta pengorbanan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan
orang yang mereka cintai itu bahagia dan gembira. Mereka sanggup mengenepikan cita-
cita sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.
Dengan kata lain pengamal cinta ini berkorban apa sahaja demi memenangi cinta dari
pasangan mereka.
Menurut Abdullah (1993), situasi ini sering berlaku pada lelaki yang mempunyai
daya tarikan rendah, dia akan berasa serba kekurangan dan diselubungi ketakutan akan
kehilangan kasih sayang si perempuan. Dalam keadaan begitu, si lelaki mula berasa
tambah mencintai si perempuan dan akan berusaha membuktikan cintanya dengan
melakukan apa sahaja asalkan si perempuan suka.
4.6 CINTA KEPUNYAAN MANIA
Gaya cinta kepunyaan adalah merujuk kepada pengamal yang ingin memiliki
pasangan untuk dirinya sendiri sahaja. Individu yang mengamalkan cinta ini bersifat
cemburu dan sentiasa inginkan kekasihnya sentiasa ada bersamanya. Individu ini tidak
suka kepada perpisahan dan mahukan semua aktiviti dilakukan bersama. Individu jenis
ini amat mementingkan diri sendiri dan ini akan menimbulkan masalah kepada pasangan
kerana ia terlalu kuat dengan perasaan mengawal, mengongkong dan memiliki pasangan.
Dalam masa yang sama juga individu ini mahu dirinya dimiliki oleh pasangannya. Oleh
itu individu ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangannya.
-
7/29/2019 gaya bercinta
10/14
5.0 REFLEKSI
Hidup berpasangan akan memberikan seribu satu kenangan dalam diri kita
sepanjang perhubungan. Apa yang pasti, tidak semua dunia percintaan disulami dengan
madu dan juga hempedu. Jika kita memilih untuk bercinta, pastikan dulu untuk kita
bersedia memikul tanggungjawab sebagai kekasih. Dengan ini perlulah kita mengenali
apakah kriteria gaya bercinta kita kerana hubungan cinta boleh membawa perubahan
yang positif dan negatif dalam hidup seseorang. Sungguhpun dunia cinta, indah tidak
terkata, namun kita perlulah bersedia untuk menghadapi situasi tegang andai kata
berlakunya pergaduhan di antara pasangan itu. Apabila sesuatu keadaan itu sudah
mencapai tahap maksimum, di sinilah tahap kesabaran akan teruji dan dalam masa yang
sama mungkin timbul penyesalan kerana mempunyai pasangan sedimikian rupa.
Oleh itu, kita perlu ingat bahawa untuk mencari pasangan cinta bukanlah semudah
yang disangkakan, kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan kita sendiri
juga perlu maklum dengan citarasa sendiri yang kadang kala ada yang tidak masuk akal.
Justeru itu, sebelum kita mencari kesesuaian atau mencari pasangan bercinta, kita
perlulah terlebih dahulu menilai diri sendiri terutama kelemahan-kelemahan yang kita ada
dalam bercinta. Maka Inventori Gaya Bercinta Alaf Baru ini dapat memberi jawapan
bagi mengetahui apakah kelemahan dan kekuatan cinta seseorang itu. Inventori ini bukan
sahaja sesuai bagi individu yang baru mula menjengok cinta bahkan juga kepada
pasangan suami isteri yang telah lama hidup bersama agar lebih memahami perasaan
cinta masing-masing untuk terus menjadi pasangan yang bahagia.
-
7/29/2019 gaya bercinta
11/14
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2004), teori pertukaran sosial
mengatakan kepuasan seseorang dalam perhubungan cintanya mahupun dalam
perkahwinannya datang daripada beberapa sumber dan mengharapkan perhubungannya
akan memberikan ganjaran kepadanya. Antaranya ialah cinta dan kasih sayang yang
sejati, kejujuran dan kesetiaan, persahabatan, perlindungan, keintiman, penghargaan,
kemuliaan, status harta dan kesenangan hidup dan banyak lagi.
6.0 KESIMPULAN
Umumnya ada enam gaya bercinta yang ada dan gaya-gaya itu ialah cinta
persahabatan, cinta romantis, cinta permainan, cinta logikal, cinta kepunyaan dan cinta
pengorbanan. Walaupun dunia berubah namun cinta tetap wujud dan mekar. Gaya
bercinta mungkin sama namun teknik dan caranya mungkin berubah. Kemajuan dalam
teknologi maklumat telah memperkayakan teknik bercinta misalnya cinta elektronik atau
cinta e-mail dan sebagainya. Narcisma pula merujuk kepada ketagih cinta dan ingin
dicintai untuk mendapatkan kasih sayang pada diri sendiri. Pada masa kanak-kanak,
perasaan cinta dan dicintai di arah dan disandarkan kepada ibu bapa atau keluarga.
Apabila anak itu mencapai remaja, perasaan narcisma ini memuncak kerana remaja
mengalami rasa kesunyian (Emotional Vacumm) yang hebat kesan daripada peralihan
masa untuk berdikari dan memperluaskan rakan sosial yang sesuai. Narcisma amat kuat
wujud pada gadis remaja kerana perempuan dari segi biologinya bersifat pasti di mana ia
memerlukan seseorang untuk membantu dan membimbingnya keluar dari rasa kesunyian
-
7/29/2019 gaya bercinta
12/14
itu. Berdasarkan faktor inilah kita dapati aktiviti bercinta dan faktor tukar pasangan di
kalangan remaja adalah lumrah, tetapi gadis remaja lebih dulu terlibat dengan aktiviti
bercinta berbanding dengan remaja lelaki yang sebaya dengan umurnya.
Jika narcisma ini digunakan secara positif maka remaja akan menentukan dirinya
tidak mudah dieksploitasi oleh orang lain. Sekiranya narcisma di salah gunakan kerana
remaja mempunyai konsep diri yang salah atau kelalaian ibu bapa memberi kasih sayang
maka remaja akan memburu narcisma di luar untuk memenuhi rasa kesunyian seperti
menghisap dadah, mengikut geng, berpeleseran, berzina, cinta rakan sejenis dan
seumpamanya. Dalam aktiviti narcisma ini perempuan lebih mudah menjadi mangsa
dengan pujukan dan rayuan lelaki kerana ia bersifat pasif. Oleh itu, untuk berdepandengan situasi begini, sewajarnyalah seseorang itu membuat persiapan diri sebelum
terjerumus ke dalam perhubungan cinta yang akan merosakkan diri sendiri. Jadi kenalilah
diri sendiri dan orang lain dalam aspek gaya bercinta.
-
7/29/2019 gaya bercinta
13/14
BIBLIOGRAFI
Abdullah dan Ainon. (1993). Bahasa Badan Dalam Percintaan. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
-
7/29/2019 gaya bercinta
14/14
Abdullah Hassan, Ainon Mohd. (2004) Komunikasi Intim. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Grace. J. Craig. (1999).Human Development. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice
Hall. Inc.
Mohd Makzan Musa. (1997). Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.