GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH
DAERAH JOHOR BAHRU
NORMAH BINTI ABD KADIR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 )
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS * JUDUL: GAYA PENGURUSAN KONFLIK DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH
RENDAH DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN : 2006/2009
Saya NORMAH BINTI ABD. KADIR
( HURUF BESAR )
Mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti
yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972
TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah Ditentukan oleh organisasi / badan di mana Penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
( TANDATANGAN PENULIS ) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
No 170 JALAN SABAR, DR LOKMAN BIN MOHD TAHIR TAMAN MAS, Nama Penyelia 81000 KULAIJAYA Tarikh: 7 November 2008 Tarikh: 7 November 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD , sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
# Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) ”
Tandatangan : ______________________________
Nama Penyelia: DR LOKMAN BIN MOHD TAHIR
Tarikh: 7 NOVEMBER 2008
GAYA PENGURUSAN KONFLIK GURU DALAM KALANGAN GURU BESAR SEKOLAH RENDAH
DAERAH JOHOR BAHRU
NORMAH BINTI ABD KADIR K/P : 581113-01-5830
No Matrik : BP 060096
Laporan Projek ini Dikemukan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
7 November 2008
“Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penyelidik : NORMAH BINTI ABD KADIR
Tarikh : 7 November 2008
iii
DEDIKASI
Istimewa buat insan tercinta
Ayahanda yang dikasihi,
Restu dan limpah kasih sayangmu amat ku hargai,
Suami dan anak-anak tersayang
Ismail, Najwah, Nabihah, Hafizi Dan Hafni
Terima kasih atas kesabaran,
sokongan dan pengorbanan yang tidak ternilai harganya.
Doa dan ingatanmu,
mengiringi setiap langkahku dan dorongan kepada yang lain.
Kepada semua rakan seperjuangan,
teman-teman, guru,
terima kasih atas semua pertolongan dan khidmat kalian.
Semoga Allah merahmati kita selalu.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dipanjatkan penuh
kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana Projek Sarjana Muda saya dapat disempurnakan
dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan ribuan terima kasih buat Dr. Lokman bin Mohd. Tahir selaku penyelia Projek Sarjana
Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran serta tunjuk ajar yang
membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Penghargaan juga saya rakamkan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Institut
Aminuddin Baki (IAB) yang telah menaja pengajian ini sepenuhnya. Kerjasama daripada
suami dan anak-anak, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, guru dan staf
Sekolah Kebangsaan Kampong Pasir dan Sekolah Kebangsaan Sekudai Batu 10, rakan-
rakan pengajian dan pensyarah-pensyarah lain juga amat saya hargai. Penghargaan juga
ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam penyediaan laporan ini.
Semoga Allah S.W.T akan sentiasa melimpahi rahmatNya ke atas mereka yang
telah menyumbangkan kerjasama, sokongan dan bantuan yang begitu besar maknanya
terhadap penghasilan laporan sarjana muda ini, Insya Allah.
v
ABSTRAK
Konflik merupakan fenomena semulajadi yang dialami oleh setiap individu
yang berinteraksi dengan individu lain. Setiap orang mempunyai gaya tersendiri
dalam menguruskan konflik mengikut kesesuaian dan keadaan. Maka kajian ini cuba
meneliti gaya penyelesaian konflik yang digunakan oleh guru besar menggunakan
lima kaedah yang dikemukan dalam model Thomas-Kilmann iaitu gaya persaingan,
kolaborasi, mengelak, akomodasi dan tolak ansur. Soal selidik yang digunakan adalah
diadaptasi daripada Model Konflik Thomas – Kilmann. Populasi kajian adalah 88
orang guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai responden.
Bagi menilai dapatan kajian ini, dua jenis statistik yang digunakan iaitu statistik
deskriptif mendapatkan jumlah skor, min dan peratus. Manakala statistik inferensi
untuk pengujian hipotesis iaitu menggunakan Ujian-t dan ANOVA. Analisis
deskriptif menunjukkan bahawa min pengurusan konflik adalah gaya kolaborasi yang
paling digemari dan min gaya persaingan paling kurang digemari. Data daripada
pengujian hipotesis juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
di antara faktor jantina, umur, taraf akademik, tempoh perkhidmatan sebagai guru
besar dan keterlibatan kursus pengurusan konflik dengan gaya pengurusan konflik
guru besar sekolah rendah daerah Johor Bahru.
vi
ABSTRACT
Conflict is a natural phenomenon faced by every individual in their
communication process and interaction with other. Every individual has his/her own
way in dealing with conflict. In this research, researchers tries to assessed five
conflict management styles which were adapted from Thomas-Kilmann which were
competitive conflict management, accommodation conflict management, tolerance
conflict management, collaboration conflict management and eluding conflict
management. The questionnaires was adapted from Thomas – Kilmann Conflict
Model. Respondents from this study were heads of primary schools in Johor Bahru
district consist of 88 school head teachers. Two main statistics were used which are
includes descriptive statistics mean score and percentage whereas inferential statistics
was used in hypotheses testing were the t-test and ANOVA. Descriptive analysis
indicated that collaboration conflict management style’s mean the most popular
whereby competitive conflict management style was the least popular. The result of
hypotheses testing reflected that there were no significant differences between sex,
age, martial status, academic educational level and length of service as head of school
and relationship with the conflict management style among the heads of primary
school in Johor Bahru district.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI SIMBOL ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
viii
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Definisi Operasional 11
1.9 Rumusan 12
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Konflik 15
2.3 Definisi Mengurus Konflik 17
2.4 Model Konflik Organisasi 21
2.5 Punca Konflik 24
2.6 Jenis Konflik 28
2.6.1 Konflik Pentadbiran Organisasi 30
2.6.2 Operasi Konflik 31
2.7 Kesan Konflik 32
2.8 Gaya Pengurusan Konflik 37
2.8.1 Persaingan 40
2.8.2 Kolaborasi 41
2.8.3 Mengelak 42
2.8.4 Akomodasi 43
2.8.5 Tolak Ansur 43
ix
2.9 Sorotan Kajian Lepas Tentang Gaya Pngurusan 44
Konflik
2.9.1 Kajian Dalam Negara 45
2.9.2 Kajian Luar Negara 49
2.10 Rumusan 53
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 54
3.2 Reka Bentuk Kajian 55
3.3 Lokasi Kajian 55
3.4 Populasi Kajian 56
3.5 Instrumen Kajian 56
3.6 Prosedur Kajian 59
3.7 Kajian Rintis 60
3.8 Kaedah Penganalisisan Data 61
3.9 Rumusan 62
BAB IV ANALISI DATA
4.1 Pengenalan 63
4.2 Demografi Populasi 64
4.2.1 Demografi Populasi Mengikut Jantina 64
x
4.2.2 Demografi Populasi Mengikut Umur 65
4.2.3 Demografi Populasi Mengikut Etnik 66
4.2.4 Demografi Populasi Mengikut Taraf Pencapaian 66
Akademik
4.2.5 Demografi Populasi Mengikut Tempoh 67
Perkhidmatan
4.2.6 Demografi Keterlibatan Populasi Dalam Kursus 68
Pengurusan Konflik
4.3 Analisis Persoalan Kajian 68
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1: Adakah Guru Besar 70
Di Johor Bahru Melaksanakan Kesemua Lima
Gaya Pengurusan Konflik.
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2: Apakah Gaya 75
Pengurusan Konflik Paling Digemari Oleh Guru
Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3: Apakah Gaya 76
Pengurusan Konflik Paling Tidak Di Gemari Oleh
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
4.3.4 Dapatan Persoalan 4: Apakah Terdapat Perbezaan 77
Faktor-Faktor Demografi Jantina, Umur, Kelayakan
Akademik, Tempoh Perkhidmatan Menjadi Guru
Besar Dan Keterlibatan Kursus Konflik Dengan
Gaya Pengurusan Konflik.
4.4 Analisis Hipotesis Kajian 82
4.5 Rumusan 85
xi
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Rumusan 88
5.3 Perbincangan 90
5.3.1 guru besar di johor bharu melaksanakan kesemua 91
Lima gaya pengurusan konflik berdasarkan model
Thomaas dan Kilmann
5.3.2 Gaya Kolaborasi Paling Di Gemari Oleh Guru 95
Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
5.3.3 Gaya Bersaing Paling Tidak Di Gemari Oleh 97
Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru
5.3.4 Perbezaan Dalam Pengamalan Gaya Pengurusan 98
Konflik Berdasarkan Faktor Demografi
5.4 Implikasi Kajian 91
5.5 Cadangan Perlaksaan 101
5.6 Cadangan Untuk Penyelidikan Masa Depan 102
5.7 Penutup 104
BIBLIOGRAFI 105
LAMPIRAN 113
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Persoalan Item Soal Selidik Bahagian Gaya Pengurusan
Konflik 57
3.2 Taburan Skor Min 59
4.1 Taburan Populasi Mengikut Jantina 64
4.2 Taburan Populasi Mengikut Umur 65
4.3 Taburan Populasi Mengikut Etnik 66
4.4 Taburan Populasi Mengikut Taraf Pencapaian Akademik 66
4.5 Demografi Populasi Mengikut Tempoh Perkhidmatan 67
4.6 Taburan Keterlibatan Populasi Dalam Kursus Pengurusan
Konflik 68
4.7 Tahap Gaya Persaingan 70
4.8 Tahap Gaya Kolaborasi 71
4.9 Tahap Gaya Mengelak 72
4.10 Tahap Gaya Akomodasi 73
4.11 Tahap Gaya Tolak Ansur 74
4.12 Skor Min Terhadap 5 Gaya Pengurusan Konflik 75
4.13 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Jantina 77
4.14 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Umur 78
4.15 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Tempoh Perkhidmatan Menjadi Guru Besar 79
4.16 Nilai Skor Min Gaya Perguruan Konflik Berdasarkan
Kelulusan Akademik 80
4.17 Nilai Skor Min Berdasarkan Keterlibatan Menghadiri
Kursus Konflik 81
xiii
4.18 Analisis Interferensi Tentang Perbezaan Gaya Pengurusan
Konflik Guru Besar Daerah Johor Bahru Berdasarkan
Faktor Demografi 83
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Tahap Konflik 18
2.2 Model Konflik Organisasi 22
2.3 Gaya Tentang Pengurusan Konflik Antara Peribadi 39
4.1 Nilai Skor Min Gaya Pegurusan Konflik Berdasarkan
Jantina 77
4.2 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Umur 78
4.3 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Tempoh Perkhidmatan Menjadi Guru Besar 79
4.4 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Kelulusan Akademik 80
4.5 Nilai Skor Min Gaya Pengurusan Konflik Berdasarkan
Keterlibatan Menghadiri Kursus Konflik 81
xv
SENARAI SINGKATAN
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PIBG Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SPSS Statistical Package for Social Science Version 13.0
PKNS Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor
TLDM Tentera Laut Diraja Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Organisasi sekolah merupakan asas kepada kesinambungan era-era dalam
peradaban sejagat telah direncanakan untuk menghasilkan sumber manusia yang
berkemampuan bagi menerajui pelbagai aktiviti dalam semua aspek. Sekolah juga
mempunyai visi dan misi untuk mengubah manusia sejajar dengan keperluan dan
tuntutan nasional. Secara tidak langsung, telah menjadi tugas dan tanggungjawab
pendidik untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap individu untuk
memenuhi cita-cita itu.
Pada umumnya, sekolah merupakan sebuah institusi atau organisasi formal
yang dapat membentuk masyarakat menjadi seorang insan yang berakhlak mulia dan
berbudi pekerti tinggi. Dalam konteks sekarang, sekolah bukan hanya sebagai
penyalur ilmu pengetahuan tetapi sebagai agen berlakunya proses sosialisasi. Peranan
utama sekolah untuk memberikan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari segi
2
jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk melahirkan insan yang dapat memberi
sumbangan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju dan cemerlang pendidikan bertaraf dunia (Mok Soon Sang,
2002).
Pengurusan sekolah pada masa kini amat kompleks kerana menghadapi
pelbagai masalah dan konflik di kalangan kakitangannya. Dasar Pembangunan
Negara (DPN) seperti yang termaktub dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (1991-2000, RRJP 2) menyenaraikan beberapa cabaran yang meliputi aspek
politik, sosial, kebudayaan, dan sikap masyarakat Malaysia. Cabaran tersebut
memberi implikasi yang besar ke arah membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia. Cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk
melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu
pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat negara dan
antarabangsa. Pada masa yang sama, sistem pendidikan turut menggariskan usaha
meningkatkan nilai-nilai akhlak mulia dan moral, menanamkan sikap positif dan
liberal serta mempunyai budaya penyayang di kalangan warga Malaysia. Hasrat dan
matlamat ini telah diterjemahkan dalam FPK pada tahun 1989 (Rancangan Malaysia
Kesembilan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).
Persediaan menghadapi cabaran era teknologi maklumat yang semakin
canggih dapat menukar dunia menjadi “global village” dengan pengertian bahawa
dunia tanpa sempadan. Untuk memikul tanggungjawab yang semakin mencabar ini,
para Guru Besar tidak dapat lari daripada masalah konflik yang berlaku di sekolah.
Secara tidak langsung ia menggambarkan peranan guru besar yang semakin penting
sebagai nadi penggerak. Sistem pendidikan memerlukan pedoman yang jelas agar
wawasan pendidikan tercapai selaras dengan Wawasan 2020. Agenda pengisian
wawasan pendidikan mengemukakan konsep dan idea-idea perubahan tentang cara
dan gaya mengurus, bekerja, perhubungan manusia dan budaya. Di antara perkara-
perkara yang ditekankan termasuklah perpaduan, gaya pengurusan dan kepimpinan,
perkhidmatan penyayang, empowerment, budaya ilmu dan budaya kecemerlangan
3
(Wan Zahid,1993). Menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang
holistik, realistik dan memberi penekanan kepada pembangunan dari segi “hard and
soft development”. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga merupakan
satu pelan yang selari dengan agenda nasional serta pelan-pelan pendidikan yang
telah digubal sebelum ini.
Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian
pendidikan, PIPP juga akan memberi penekanan kepada prosedur, mekanisme dan
proses pelaksanaan projek serta program pendidikan agar ia dilaksanakan secara
telus, cekap dan berkesan, tanpa pertindihan dan pembaziran serta dapat dinikmati
oleh golongan sasaran tepat pada waktu yang ditetapkan.
Sistem pendidikan memerlukan perubahan daripada pendekatan ‘satu saiz
untuk semua’ kepada pendekatan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat
dan masyarakat sekitar. Pengurusan konflik dapat membantu guru besar berdepan
dengan cabaran globalisasi dan pada waktu yang sama, PIPP ini akan mula
melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Apabila memperkatakan tentang konflik, kita tidak boleh menafikan
perhubungan di antara dua pihak di dalam sesebuah organisasi. Konflik mungkin
timbul kerana bersifat dinamik dan menghadapi bermacam-macam perubahan dari
masa ke semasa.
1.2 Latar Belakang Kajian
Konflik merupakan satu daripada masalah yang lumrah wujud dalam organisasi
sekolah tidak kira di mana ia berada. Konflik ini wujud disebabkan sekolah
4
merupakan sebuah organisasi yang melahirkan output dalam bentuk sumber manusia
yang menjadi aset utama negara. Segelintir masyarakat menganggap konflik
merupakan satu pengalaman negatif tetapi sebenarnya bukan semua konflik tersebut
adalah buruk. Ada konflik yang boleh memberikan maklumat yang diagnostik.
Sekiranya selalu terdapat keadaan yang tegang atau konflik antara pihak pentadbiran
dengan guru, dapat menggambarkan masalah wujud antara hubungan pihak
pentadbiran dengan guru tersebut. Mengikut satu bancian yang dilaksanakan oleh
Thomas dan Schmidth, (1972) seorang pengurus di Amerika Syarikat telah
menumpukan kira-kira dua puluh peratus dari masa kerjanya bagi menyelesaikan
masalah konflik yang timbul. Di Malaysia pula, ianya dianggarkan lebih kurang satu
setengah daripada lapan jam masa bekerja sehari adalah ditumpukan bagi
menghadapi konflik (Jaafar, 1996).
Hasil penyelidikan yang dilakukan oleh American Management Association
(Paris dan Newston, 1995) telah menunjukkan responden (ketua eksekutif, penolong
pegawai dan pegawai biasa) telah menggunakan dua puluh empat peratus dari masa
mereka untuk menguruskan konflik. Jelas menunjukkan banyak masa kepada
pengurusan konflik berbanding dengan masa yang ditumpukan kepada perkara lain
seperti perancangan, komunikasi, motivasi atau membuat keputusan. Konflik yang
berlaku tidak selalu merugikan malah konflik adalah perlu untuk perubahan dan
kemajuan sesebuah organisasi (Pierre dan Peppers, 2003). Dalam kehidupan seharian,
konflik sering diperlukan dan diciptakan dan membawa keberkesanan dalam
pengurusan. Sehubungan dengan itu, perlu ditegaskan bahawa konflik bukan
merupakan tanda kelemahan seorang pemimpin berkenaan atau bukti kegagalan
pimpinannya (Meyers, 1994). Kadangkala konflik juga boleh membuatkan seseorang
menjadi kreatif dan dapat mengeluarkan pendapat lebih inovatif dan bernas. Ada
masanya satu situasi konflik boleh membawa pihak berkonflik, berkonfrontasi antara
satu sama lain. Selalunya selepas meluahkan perasaan masing-masing, mereka akan
menjadi lebih bersefahaman dan akan dapat merapatkan lagi hubungan di antara
mereka.
5
Menurut Steers dan Black (1994), konflik di dalam organisasi sekolah boleh
dibahagikan kepada empat jenis iaitu: konflik matlamat yang berlaku apabila
kehendak individu dan kumpulan di dalam organisasi berbeza dengan kehendak
individu dan kumpulan lain. Kedua, konflik kognitif yang timbul apabila pendapat
dan idea individu dan kumpulan dalam organisasi yang sama. Ketiga, konflik afektif
yang terjadi apabila sikap dan perasaan individu dan kumpulan tidak bersesuaian
dengan individu dan kumpulan yang lain. Keempat, konflik gelagat di mana gelagat
individu dan kumpulan dalam organisasi tidak dapat diterima oleh individu dan
kumpulan yang lain. Bagi Fasnacht (1990) pula, pengurusan konflik amat bergantung
kepada piawai individu dan relatif kepada interaksi dengan pihak lain. Korabik, Basil
dan Watson (1993) pula berpendapat pengurusan konflik, sikap dan tingkah laku
pekerja itu adalah penggerak kepada sistem perkembangan dan akan mempengaruhi
keberkesanan sesuatu organisasi tersebut. Greenberg (1996) menyatakan dalam setiap
situasi, manusia bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang diambilnya. Situasi
konflik yang berlaku di sekolah akan memberi peluang kepada guru besar untuk
memilih gaya bertindak balas terhadap konflik yang mereka hadapi. Seorang guru
besar perlu tahu mengatasi dan menguruskan konflik dengan memilih gaya
pengurusan konflik yang sesuai dengan konflik yang berlaku di sekolah. Konflik
merupakan elemen yang dapat merosakkan daya produktiviti dan membantutkan
perubahan sesebuah kumpulan atau organisasi. Namun demikian adalah sukar untuk
menyangkal pendapat yang mengatakan konflik adalah sesuatu yang lumrah apabila
manusia saling berhubungan di antara satu dengan yang lain (Razali, 1993).
1.3 Pernyataan Masalah
Bagi melicinkan pentadbiran, organisasi akan dibahagikan kepada jabatan atau
subunit-subunit. Faktor dominan yang mencetuskan konflik antara jabatan ialah
6
wujudnya keadaan saling bergantungan antara satu sama lain. Perkara ini merujuk
pada saling bersandaran untuk menyempurnakan tugas. Potensi untuk berlaku konflik
adalah tinggi apabila faktor saling bergantungan antara satu sama lain juga tinggi.
Aspek ini timbul adakalanya dari segi tugas yang berhubungan.
Konflik akan berterusan apabila sesuatu tugas itu didapati saling
bergantungan secara berurutan. Misalnya, unit pengawas sekolah tidak dapat
melaksanakan tugas sekiranya unit disiplin tidak terlebih dahulu menyelesaikan
tugasnya, dan unit disiplin pula tidak dapat melaksanakan tugas tersebut apabila unit
hal ehwal murid belum menyempurnakan tugasnya. Selain itu, konflik juga timbul
antara panitia apabila sesuatu pencapaian sekolah diukur berdasarkan pencapaian
keseluruhan sekolah. Apabila pencapaian bahasa Inggeris merosot akan memberikan
implikasi kepada pencapaian akademik keseluruhan sekolah. Seseorang guru besar
memainkan pelbagai peranan pada masa yang sama. Konflik jenis ini berlaku apabila
timbul kekeliruan dalam memenuhi tuntutan tugas. Seorang pengurus mungkin
meminta pekerjanya untuk cuba mengurangkan kos tetapi pada masa yang sama
mereka perlu meningkatkan gaji pekerja. Contohnya, seorang ahli dalam organisasi
yang pendiam mungkin akan berkonflik dengan ahli yang peramah dan kuat berbual.
Perbezaan persepsi juga boleh menimbulkan konflik antara individu dalam membuat
sesuatu perkara atau menyelesaikan masalah yang akan berlaku perbezaan pendapat.
Konflik akan menjadi lebih hebat apabila pendapat ahli organisasi tidak diterima oleh
ahli lain untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu projek.
Seseorang pengurus perlu menilai persekitaran sama ada persekitaran dalaman
atau luaran, meramal perubahan dan membentuk dasar. Dalam melaksanakan tugas
ini, pengurus terpaksa menghadapi konflik yang wujud sama ada kalangan
pengurusan atasan atau pekerja. Tindakan pengurus memanipulasikan tugas yang
dibuat oleh pekerja mungkin akan menyebabkan pekerja tidak puas hati dan berasa
tertekan kerana merasakan diri mereka tertipu. Pengurus perlu memberi fokus kepada
7
hal di atas dengan menjelaskan sesuatu perkara dengan sebaik mungkin kepada
pekerja berkenaan. Konflik akan timbul apabila pengurus gagal menyampaikan hal
ini kepada pekerjanya. Pengurus akan mengalami pelbagai masalah berkaitan dengan
konflik ini terutamanya sikap pekerja yang tidak lagi mempercayainya atau tahap
pencapaian pekerja tersebut akan menurun. Walaupun terdapat banyak faktor yang
menyebabkan wujudnya konflik di dalam sekolah, namun dalam kajian ini faktor
konflik yang dihadapi oleh guru besar adalah halangan komunikasi. Menurut
Goldhaber (1992), kebanyakan masalah komunikasi di dalam organisasi berlaku
disebabkan wujudnya perbezaan tanggapan di kalangan mereka yang berkomunikasi.
Konflik dan pertikaian sering muncul akibat salah faham ketika
berkomunikasi, komunikasi tidak berkesan dan komunikasi yang destruktif. Salah
faham dan komunikasi tidak berkesan sering timbul daripada fakta bahawa setiap
orang mempunyai perasaan dan pengalaman yang berbeza terhadap perkara yang
sama. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh perbezaan dari segi pandangan umum
dan agama, keturunan status sosial-ekonomi, etnik pendidikan, bahasa, umur dan
lain-lain. Oleh demikian, setiap individu atau kumpulan akan mempunyai perbezaan
dari segi persepsi, kepercayaan dan nilai, matlamat, jangkaan, cara mengeluarkan
idea dan bertingkah laku. Komunikasi yang efektif dapat membantu meningkatkan
kefahaman guru besar terhadap perbezaan matlamat dan seterusnya ke arah kaedah
penyelesaian konflik yang lebih kreatif. Dengan memahami kerjasama dan
persaingan dalam proses sosial, konflik yang bersifat konstruktif dan penyelesaian
konflik yang baik adalah sama dengan proses kerjasama yang berkesan manakala
proses destruktif dapat ditimbulkan. Konflik konstruktif dan penyelesaian konflik
yang baik adalah sama dengan proses kerjasama yang berkesan manakala proses
destruktif pula sama dengan proses interaksi persaingan (Deutsch, 1991).
Konflik-konflik yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti sekolah
menimbulkan pelbagai akibat kepada sesebuah organisasi. Oleh itu, amat perlu
8
sesebuah organisasi seperti itu mencari jalan untuk mengurangkan konflik dalam
kerja sebelum mengganggu ketenteraman dan produktivitinya (Sabitha dan Mahmood
Nazar, 1995). Penyelesaian konflik memerlukan cara tertentu daripada pihak yang
menghadapi konflik dalam sesuatu organisasi. Dalam hal ini, memandangkan konflik
yang dialami oleh para guru besar di organisasi sekolah yang berbeza-beza, cara
pengurusannya juga dalam konteks yang berbeza-beza. Berdasarkan kepada
permasalahan yang telah dikemukakan, maka penyelidik ingin mengenal pasti gaya
pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru besar di Johor Bahru dengan merujuk
kepada model Kilmann dan Thomas (1978).
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenal pasti sama ada guru besar menggunakan kelima-lima gaya
pengurusan konflik berdasarkan model Thomas dan Kilmann.
ii. Mengenal pasti gaya pengurusan konflik paling digemari guru besar sekolah
rendah daerah Johor Bahru.
iii. Mengenal pasti gaya pengurusan paling tidak digemari oleh guru besar
sekolah rendah daerah Johor Bahru.
iv. Menentukan perbezaan antara faktor demografi (jantina, umur, kelayakan
akademik, tempoh menjadi guru besar dan keterlibatan kursus konflik)
berdasarkan gaya pengurusan konflik Guru Besar Sekolah Rendah Daerah
Johor Bahru.
9
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidikan tentang gaya pengurusan konflik di kalangan guru besar ini bertujuan
untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:-
i. Adakah guru besar di Johor Bahru melaksanakan kesemua lima gaya
pengurusan konflik seperti dalam model Thomas dan Kilmann.
ii. Apakah gaya pengurusan konflik paling digemari oleh guru besar
sekolah rendah daerah Johor Bahru berdasarkan skor min.
iii. Apakah gaya pengurusan konflik paling tidak digemari oleh guru
besar sekolah rendah daerah Johor Bahru berdasarkan skor min.
iv. Adakah terdapat perbezaan faktor-faktor demografi (jantina, umur,
kelayakan akademik, tempoh perkhidmatan menjadi guru besar dan
keterlibatan kursus guru besar) dengan gaya pengurusan konflik.
1.6 Hipotesis Kajian
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik
dalam kalangan guru besar berdasarkan jantina. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik
dalam kalangan guru besar berdasarkan umur. Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik
dalam kalangan guru besar berdasarkan tempoh perkhidmatan menjadi guru besar.
Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik
dalam kalangan guru besar berdasarkan kelulusan akademik. Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pengurusan konflik
dalam kalangan guru besar berdasarkan keterlibatan menghadiri kursus konflik.