Download - GPP Tapak Utiliti Dan Infrastruktur
-
Infrastruktur dan Utiliti
DRAF MAC 2011
-
Infrastruktur dan Utiliti
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN
Mac 2011
-
Cetakan Pertama 2010 Hakcipta
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Hakcipta terpelihara Sebarang bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam
cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, samada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu
ISBN 000-111-2222-33-4
Diterbitkan oleh: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tel.: 03 2698 9211 Fax: 03 2963 3964 / 2694 1639
-
i41i
i
ISI KANDUNGAN
1. Tujuan 1
2. Mengapa Garis Panduan ini diperlukan 1
3. Skop 1
4. Prinsip Perancangan 2
5. Garis Panduan Perancangan Tapak Pencawang Elektrik 3
6. Garis Panduan Perancangan Tapak Takungan Perkhidmatan Air 8
7. Garis Panduan Perancangan Tapak Loji Pengolahan Kumbahan 14
8. Garis Panduan Perancangan Tapak Loji Rawatan Termal 19
9. Garis Panduan Perancangan Tapak Infrastruktur Komunikasi 24
-
1411
1
1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan membantu
Pihak Berkuasa Negeri (PBN), pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) dan pemaju dalam perancangan
perletakan tapak pencawang elektrik, takungan perkhidmatan air, loji rawatan
termal, loji pengolahan kumbahan dan tapak infrastruktur komunikasi.
2. MENGAPA GARIS PANDUAN INI DIPERLUKAN?
Pada masa ini, negara sedang mengalami
tekanan pembangunan terutama dalam sektor perumahan, perniagaan dan perindustrian. Fenomena ini telah
meningkatkan keperluan terhadap penyediaan kemudahan infrastruktur dan
utiliti terutamanya bekalan elektrik, komunikasi, bekalan air, pelupusan sisa pepejal dan perkhidmatan pembetungan.
Isu perletakan pencawang elektrik,
infrastruktur komunikasi, kemudahan pembetungan serta pelupusan sisa
pepejal yang kurang terancang dan teratur telah memberi kesan negatif ke atas kualiti alam sekitar dan
kesejahteraan penduduk. Selain itu, ketiadaan penyelarasan rangkaian utiliti-
utiliti tersebut telah mengakibatkan pembaziran kos dan masa terutama dalam kerja pembinaan dan
penyelenggaraan.
Bagi mengelakkan isu dan masalah perletakan infrastruktur dan utiliti, garis
panduan yang bersepadu perlu disediakan sebagai panduan kepada semua pihak yang berkepentingan ke
arah mencapai pembangunan mampan.
3. SKOP Garis panduan ini merangkumi
perancangan tapak bagi lima (5) sektor utama infrastruktur dan utiliti iaitu:
i. Pencawang Elektrik; ii. Takungan Perkhidmatan Air;
iii. Loji Pengolahan Kumbahan; iv. Loji Rawatan Termal; dan v. Infrastruktur Komunikasi.
Garis panduan ini memberi penekanan
kepada aspek perletakan, , saiz, fungsi rizab dan reka bentuk. Syarat-syarat terperinci bagi setiap sektor hendaklah
dirujuk kepada setiap agensi yang berkenaan. Sebagai contoh tapak
pencawang elektrik hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
-
2412
2
4. PRINSIP PERANCANGAN Perancangan tapak untuk kemudahan infrastruktur dan utiliti yang disediakan
adalah berlandaskan beberapa prinsip perancangan utama, iaitu:
i. Teratur dan Sistematik Perancangan tapak kemudahan
perlu dirancang secara bersepadu dan sistematik.
ii. Keselamatan Perletakan dan reka bentuk infrastruktur dan utiliti perlu
menekankan aspek keselamatan dari segi kestabilan struktur tanah,
zon penampan yang mencukupi dan anjakan bangunan yang bersesuaian perlu disediakan bagi
memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk.
iii. Penjimatan dan Ekonomik Perletakan tapak infrastruktur dan utiliti perlu disediakan secara
bersepadu, mengambilkira penjimatan kos di samping
ekonomik dari segi perlaksanaan dan penyelenggaraan.
iv. Kemudahsampaian dan
Aksesibiliti Perancangan tapak kemudahan
perlulah di lokasi yang sesuai, mempunyai aksesibiliti yang baik
dan mudah sampai untuk memberi perkhidmatan yang efisyen serta mudah diselenggara.
v. Keselesaan dan Keindahan
Kawasan tapak kemudahan perlu
dilandskap dengan elemen landskap yang bersesuaian,
mempunyai reka bentuk bangunan yang menarik dan harmoni dengan bangunan sekitar. Perletakannya
perlu sesuai dan tidak menyebabkan kacau ganggu
kepada penduduk berhampiran.
-
3413
3
5. TAPAK PENCAWANG
ELEKTRIK
5.1 DEFINISI
Pencawang elektrik merupakan stesen dalam sistem penjanaan, transmisi dan
pengagihan elektrik di mana voltan tinggi disalurkan ke voltan lebih rendah atau sebaliknya dengan menggunakan
transformer.
Penyediaan bekalan elektrik hendaklah mengikut keperluan dan permintaan bagi
kegunaan domestik, perdagangan dan industri.
Pencawang elektrik terdiri dari 4 kategori berdasarkan fungsi serta jumlah kapasiti
yang disalurkan iaitu: i. Pencawang Masuk Utama (PMU)
ii. Pencawang Pembahagian Utama
(PPU)
iii. Stesyen Suis Utama (SSU)
iv. Pencawang Elektrik (P/E)
5.2 GARIS PANDUAN UMUM
5.2.1 Perancangan Tapak
i. Tapak pencawang yang disediakan
hendaklah bebas dari sekatan dan tuntutan undang-undang seperti
gadaian, pajakan, atau syarat-syarat khas yang dikenakan.
ii. Pihak TNB perlu mengenalpasti
kawasan tadahan tenaga (sumber
bekalan) untuk memudahkan perancangan masa hadapan. Pelan
jaringan bekalan elektrik dan kawasan perkhidmatan perlu disediakan.
iii. Pencawang elektrik perlu
disediakan oleh Pemaju/Pengguna. Tapak serta bangunan pencawang elektrik perlu diserah kepada TNB
dengan harga nominal saja.
Pencawang masuk utama
275/132/33/11 KV G.I.S serta
275 KV A.I.S Switchyard
-
4414
4
Contoh sebuah pencawang elektrik di Presint 11, Putrajaya yang menyamai binaan sebuah rumah, lengkap berpagar dan berlanskap.
5.2.2 Lokasi
i. Pembinaan Pencawang Masuk
Utama (PMU) tidak sesuai
berhampiran dengan kawasan perumahan, kawasan lapang dan
kemudahan awam.
ii. Perletakan tapak pencawang
hendaklah di kawasan yang rata dan separas atau hampir dengan
permukaan jalan raya.
iii. Mestilah ditempatkan di atas paras
banjir, jauh dari loji kumbahan
atau tempat pembuangan sampah.
iv. Tidak sesuai ditempatkan di
kawasan lapang kerana ia menimbulkan masalah kacau
ganggu dari segi keselamatan dan estatik.
v. Tapak pencawang elektrik perlu ditempatkan berdekatan dengan
beban pengguna.
5.2.3 Rekabentuk
Bangunan/Tapak
i. Reka bentuk bangunan hendaklah bersesuaian dengan bangunan
bersebelahan serta kawasan persekitarannya.
ii. Reka bentuk disesuaikan dengan saiz dan fungsi tapak pencawang.
iii. Pemilihan pokok untuk tujuan
landskap hendaklah sesuai dan menepati fungsi, lokasi dan
kesesuaian tanah. iv. Hendaklah mengekalkan keadaan
topografi asal tanah, pemotongan minimum hanya untuk tujuan
penyediaan jalan dan penyediaan struktur terbabit sahaja.
-
5415
5
5.3 GARIS PANDUAN KHUSUS
5.3.1 Perancangan Tapak i. Penyediaan pencawang elektrik
adalah berasaskan kepada
anggaran permintaan pengguna mengikut keperluan domestik,
perniagaan dan industri, tertakluk kepada keperluan TNB.
ii. Jadual 1 menunjukkan anggaran jumlah permintaan bagi premis
domestik dan perniagaan. Nilai anggaran permintaan berbeza yang ditunjukkan adalah
berdasarkan lokasi pengguna di sekitar kawasan perkhidmatan TNB
di Semenanjung Malaysia.
iii. Kawasan dengan kecerunan
melebihi 300 adalah tidak dibenarkan. Bagi kawasan cerun
antara 50300, pengawalan oleh pemaju diperlukan untuk
melakukan kerja-kerja pemotongan, meningkatkan kestabilan cerun dan membina
benteng atau tembok penahan di tepi cerun.
iv. Maklumat terperinci penyediaan
tapak pencawang elektrik perlu
merujuk kepada Electricity Supply Application Handbook (ESAH) TNB
dan tertakluk kepada perubahan terkini.
Jadual 1: Anggaran Permintaan Pengguna bagi premis
domestik dan perniagaan
Jenis premis
(seunit)
Anggaran Permintaan
Minima
(kW)
Biasa
(kW)
Maksima
(kW)
Premis Domestik (seunit)
Rumah pangsa kos rendah/ rumah teres satu tingkat
1.5 2 3
Rumah Teres 2 tingkat /
pangsapuri
3 4 5
Rumah berkembar 1 tingkat
3 5 7
Rumah sesebuah 1 tingkat /
kondominium 3 bilik
5 7 10
Banglo 2 tingkat / kondominium mewah
8 12 15
Premis perniagaan
Kedai 1 tingkat 5 10 15
Rumah kedai 2
tingkat 15 20 25
Rumah kedai 3 tingkat
20 30 35
Rumah kedai 4 tingkat
25 35 45
Rumah kedai 5 tingkat
30 40 55
Sumber: Electricity Supply Application Handbook (ESAH),2001
Nota: Nilai permintaan yang muktamat adalah tertakluk kepada hasil kajian profil bebanan terkini.
TAPAK PENCAWANG
ELEKTRIK
-
6416
6
5.3.2 Reka Bentuk
Bangunan/Tapak i. Kategori, jenis dan keluasan tapak
pencawang elektrik mengikut jumlah beban pengguna adalah
seperti di Jadual 2.
ii. Keluasan tapak adalah bergantung
kepada saiz bangunan dengan anjakan yang diperlukan oleh
pihak berkuasa tempatan.
iii. Bagi perumahan atau kedai deret, tapak pencawang elektrik perlu dipisahkan dengan jalan, lorong
tepi atau lorong belakang.
v. Bangunan perlu dianjakkan sekurang-kurangnya 3 meter dari sempadan tapak. Bagi sempadan
yang menghadap jalanraya anjakan bangunannya ialah 6
meter (Rujuk Rajah 1).
vi. Ketinggian bangunan tidak
melebihi 9 meter atau tidak melebihi ketinggian bangunan
berhampiran bertujuan untuk menyelaraskannya dengan pembangunan persekitaran.
vii. Bilik Perjangkaan perlu disediakan
sebagai salah satu bilik pencawang elektrik untuk pengguna kuasa besar.
viii. Laluan masuk untuk pengurusan dan penyelenggaraan perlu
disediakan berasingan dan memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh Jabatan Kerja Raya.
Jadual 2: Jenis dan Saiz Tapak
Pencawang
Kategori Jenis Keluasan
Tapak
Pencawang Masuk Utama
(PMU)
132/33/11kV
Gas Insulated
Switchgear (GIS) tanpa outdoor switchyard
60.0 m x 80.0 m
Air Insulated
Switchgear (AIS) dengan outdoor
switchyard
130 m x 130 m
Pencawang Pembahagian
Utama (PPU)
a. 33/11 kV
b. 22/11 kV
Jenis Indoor 46.0 m x 46.0 m
Jenis Outdoor 130.0 m x 130.0
m
Stesyen Suis
Utama (SSU)
a. 33 Kv
b. 22 kV
c. 11 Kv
Conventional 31.0 m x 31.0 m
Pencawang
Elektrik (P/E)
a. 11/.415 kV
b. 22/.415 kV
Single Chamber 14.63m x
14.63m
Double
Chamber
17.68m x
14.63m
Compact
Substation 5.0 m x 5.0 m
Sumber: Electricity Supply Application Handbook (ESAH),2001
TAPAK PENCAWANG ELEKTRIK
-
7417
7
ix. Saliran perparitan perlu disambungkan dengan sistem
perparitan berhampiran.
x. Bertutup dan berpagar untuk
mengadang pandangan yang tidak
elok serta menjamin keselamatan penduduk.
xi. Kawasan sekitar hendaklah dilandskap supaya tidak terlalu
menonjol daripada pembangunan di persekitarannya.
xii. Rajah 1 menunjukkan contoh
rekabentuk dan anjakan sebuah
tapak pencawang elektrik bersaiz 50 kaki x 50 kaki.
Rajah 1: Contoh Pelan Tapak Pencawang Elektrik Jenis Single Chamber bersaiz 50 kaki x 50 kaki
Parit yang disambungkan ke sistem parit sedia ada
Anjakan belakang dan tepi 3 meter
Bangunan pencawang
Laluan masuk
Anjakan hadapan 6 meter
Sumber: Electricity Supply Application Handbook (ESAH),2001
-
8418
8
6 TAPAK TAKUNGAN
PERKHIDMATAN AIR
6.1 DEFINISI
Bahagian ini merangkumi perancangan bagi penyediaan rizab tanah yang
mencukupi untuk menempatkan takungan perkhidmatan air (service reservoirs), stesen pengepam (pumping
station) dan tangki sedutan (suction cisterns) bagi menampung keperluan
bekalan air bagi sesuatu kawasan pembangunan.
Perancangan terperinci berkaitan penyediaan bekalan air boleh dirujuk
kepada: i. Peruntukan-peruntukan dan
piawaian yang digariskan di dalam Kaedah-kaedah Industri
Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2010;
ii. Uniform Technical Guideline for
Water Supply Distribution and Plumbing System 2010.
6.2 GARIS PANDUAN UMUM
6.2.1 Perancangan Tapak
Perancangan tapak untuk kemudahan
bekalan air perlu mengambilkira: i. Anggaran kadar permintaan air
harian.
ii. Lokasi, kuantiti dan tekanan di dalam sistem bekalan air sedia ada.
iii. Keperluan bagi takungan
perkhidmatan atau takungan perkhidmatan terpusat (central service reservoir) di tapak seperti
yang diarahkan oleh Pemegang Lesen Pengagihan Air (Water
Distribution Licensee WDL) iv. Keperluan bagi penyediaan sistem
pengepam untuk penyaluran air ke kawasan pembangunan serta
pengagihan air ke seluruh rangkaian retikulasi luaran takungan perkhidmatan air di
dalam kawasan pembangunan tersebut.
v. Langkah untuk mengoptimumkan
kos jangka hayat (life cycle cost).
Contoh takungan perkhidmatan air dan stesen pengepam
kapasiti 4.5 ml (1.0 MG) di Presint 11 Putrajaya. Ia
mempunyai tapak berbentuk segi empat, dilengkapi
dengan jalan masuk, berpagar dan berlanskap.
-
9419
9
vi. Perlaksanaan langkah-langkah penjimatan dan kecekapan
penggunaan tenaga. vii. Pemantauan dan pengawalan
pengagihan bekalan air yang
mematuhi piawaian yang ditetapkan.
6.2.2 Lokasi
Pihak pemaju perlu berunding terlebih dahulu dengan WDL untuk memastikan
tapak yang sesuai bagi takungan perkhidmatan luar dalam kawasan pembangunan.
Kawasan untuk takungan perkhidmatan,
stesen pengepam dan tangki sedutan hendaklah:
i. Ditempatkan di aras yang optimum untuk memastikan bekalan air
dapat disediakan kepada semua premis.
ii. Di kawasan yang mendatar dan
tidak bercerun.
iii. Seboleh-bolehnya di kawasan
berbentuk segi empat (rectangular).
iv. Menyediakan jalan masuk berturap sekurang-kurangnya 6 meter lebar
dan 1 meter bahu jalan di kiri dan kanan
v. Kecerunan jalan hendaklah tidak melebihi 10%.
6.2.3 Bentuk Topografi i. Cerun terekabentuk (engineered
slope) hendaklah diletakkan di
dalam lot yang dikhaskan bagi takungan perkhidmatan air, tangki
sedutan dan stesen pengepam untuk kemudahan penyelenggaraan.
ii. Jika wujud keadaan topografi yang ketara di dalam kawasan
pembangunan tersebut dengan ketinggian melebihi 30 meter maka zon kawalan tekanan
mengikut ketinggian perlu dilaksanakan.
Contoh takungan perkhidmatan air jenis
menara
-
104110
10
6.2 GARIS PANDUAN KHUSUS
6.3.1 Perancangan Tapak
Keperluan bekalan air dalam sesuatu
pembangunan ditentukan berdasarkan kepada anggaran jumlah permintaan air harian. Jumlah ini dikira berdasarkan
kepada pelan susun atur yang dicadangkan bagi permohonan kebenaran
merancang. Ianya mengikut kadar permintaan pelbagai jenis premis seperti
di Jadual3.
Jadual 3: Anggaran Purata Permintaan
Air mengikut Jenis Premis
Jenis Premis-Premis Purata Permintaan Air Harian (Liter)
Rumah teres kos rendah / rumah pangsa kos rendah
1100/unit
Rumah teres setingkat / Rumah Kos Rendah/ rumah pangsa kos rendah dan sederhana
1300/unit
Rumah teres dua tingkat / rumah pangsa kos tinggi / pangsapuri / rumah bandar
1500/unit
Rumah Berkembar/ kelompok 2000/unit
Banglo / kondominium 2000/unit
Pasar basah 1500/gerai
Pasar kering 450/gerai
Rumah kedai (satu tingkat)/ kedai kos rendah
2000/unit
Rumah kedai (dua tingkat) 3000/unit
Rumah kedai (tiga tingkat) 4100/unit
Rumah kedai (empat tingkat) 4550/unit
Bengkel industri ringan 1500/unit
Bengkel berkembar/ banglo 1500/unit
Industri berat 65,000/hektar
Sambungan..
Jenis Premis-Premis Purata Permintaan Air Harian (Liter)
Industri sederhana 50,000/hektar
Industri ringan 33,000/hektar
Pejabat / kompleks / perdagangan (penggunaan domestik)
1000/100m
Pusat atau Dewan Komuniti 1000/100m
Hotel 1500/bilik
Institusi pendidikan (selain sekolah dan tadika)
100/pelajar
Sekolah/tadika 50/pelajar
Sekolah asrama penuh/ institusi pelajaran tinggi berasrama
250/pelajar
Hospital 1500/katil
Masjid atau tempat ibadat 50/orang
Penjara 250/orang
Kem Tentera 250/orang
Terminal bas 900/ruang perkhidmatan
Kios petrol (dengan tempat mencuci kereta)
50,000/unit
Kios petrol (tanpa tempat mencuci kereta)
10,000/unit
Stadium 55/orang
Padang golf 1000/100m
Gudang 1500/unit
Restoran 25/m
Lapangan terbang 25/penumpang
Premis yang lain Permintaan air seperti yang
dianggarkan oleh pemaju atau pemilik
Sumber: Jadual Keempat, Kaedah 11 Penjadualan Kadar Permintaan Air Untuk Perancangan Sistem Retikulasi Air Luaran.
TAPAK PENCAWANG
ELEKTRIK
-
114111
11
6.3.2 Rekabentuk
Bangunan/Tapak
i. Rizab diperlukan bagi menampung
takungan-takungan air perkhidmatan, stesen pam dan
tangki-tangki sedutan selain untuk menyediakan akses kenderaan dan pemeriksaan serta penyelenggaraan.
ii. Jarak anjakan dari tepi struktur bangunan ke sempadan tapak adalah
sekurang-kurangnya 6 meter untuk takungan perkhidmatan air atas
tanah dan 9 meter untuk takungan perkhidmatan air jenis menara.
iii. Jarak minimum antara 2 struktur
binaan adalah sekurang-kurangnnya 3 meter.
iv. Saiz minimum tapak ialah seperti yang ditunjukkan di Jadual 4 hingga Jadual 7.
Jadual 4: Keluasan minimum tapak untuk kombinasi tangki sedutan,
stesen pengepam dan takungan perkhidmatan air
Keperluan Air
(liter/hari)
Luas Kawasan
(Minimum)
< 227,000 23 m x 54 m
227,001 454,000 27 m x 59 m
454,001 680,000 32 m x 63 m
680,001 900,000 32 m x 63 m
900,001 1,135,000 32 m x 68 m
1,135,001 2,270,000 36 m x 81 m
2,270,001 3,405,000 41 m x 90 m
3,405,001 6,810,000 45 m x 104 m
6,810,001 13,620,000
50 m x 130 m
> 13,620,000 Dikenalpasti oleh Certifying Agency (CA)
dengan luas minimum 50m x 150m
Sumber: Jadual B.2: Luas kawasan minima tapak tangki untuk kombinasi tangki sedutan, stesen pengepam dan takungan perkhidmatan air- Uniform Guidelines 2010
Nota: Keluasan tidak termasuk ruang pejabat, stor, tandas dan kuaters
Contoh takungan perkhidmatan air jenis
menara
-
124112
12
Jadual 5: Keluasan Minimum Tapak Untuk Kombinasi Tangki
Sedutan dan Stesen Pengepam
Keperluan Air
(liter/hari) Luas Kawasan
< 227,000 18 m x 23 m
227,001 454,000 23 m x 27 m
454,001 680,000 23 m x 27 m
680,001 900,000 27 m x 32 m
900,001 1,135,000 32 m x 36 m
1,135,001 2,270,000 36 m x 41 m
2,270,001 3,405,000 41 m x 50 m
3,405,001 6,810,000 54 m x 59 m
6,810,001 13,620,000
68 m x 72 m
> 13,620,000 Perlu kelulusan
Certifying Agency (CA) dengan luas Minimum
81 m x 88 m
Sumber: Jadual B.3 Keluasan Minimum Tapak Untuk
Kombinasi Penyedut Tadah dan Stesen Pengepam
Nota: Keluasan tidak termasuk pejabat, stor, tandas
dan kuaters
Jadual 6: Keluasan Minimum Tapak untuk perkhidmatan
takungan air (square footprint)
Kapasiti Takungan
Luas Kawasan
Takungan
Rendah
Takungan
Tinggi
< 227,000 19 x 19 25 x 25
227,001 454,000 22 x 22 28 x 28
454,001 680,000 24 x 24 30 x 30
680,001 900,000 26 x 26 32 x 32
900,001 1,135,000 28 x 28 34 x 34
1,135,001 2,270,000
30 x 30 36 x 36
2,270,001 3,405,000
34 x 34 44 x 44
3,405,001 6,810,000
44 x 44 55 x 55
6,810,001 13,620,000
57 x 57 71 x 71
> 13,620,000 Jarak anjakan dari tepi
struktur adalah 6m (min) untuk perkhidmatan air atas tanah dan 9m untuk
takungan perkhidmatan air jenis menara
Sumber: Jadual B.4 Lokasi minimum dimensi untuk perkhidmatan takungan air (sqare footprint)- Uniform Technical Guidelines 2010
Stesen pengepam digunakan dalam pelbagai sistem infrastruktur seperti sistem bekalan air, saliran tanah rendah dan penyingkiran kumbahan
-
134113
13
Jadual 7: Lokasi minimum dimensi untuk perkhidmatan
takungan air (circular footprint)
Kapasiti Takungan
Luas Kawasan
Takungan
Rendah
Takungan
Tinggi
< 227,000 20 x 20 26 x 26
227,001 454,000 23 x 23 29 x 29
454,001 680,000 26 x 26 32 x 32
680,001 900,000 27 x 27 34 x 34
900,001 1,135,000 29 x 29 35 x 35
1,135,001 2,270,000
33 x 33 42 x 42
2,270,001 3,405,000
37 x 37 48 x 48
3,405,001 6,810,000
49 x 49 60 x 60
6,810,001 13,620,000
68 x 68 77 x 77
> 13,620,000 Tertakluk kepada setback 6.0 m daripada tepi asas struktur untuk sebuah takungan tanah
dan 9.0 m untuk satu struktur takungan yang
tinggi
Sumber: Jadual B.5 Lokasi minimum dimensi untuk perkhidmatan takungan air (circular footprint)- Uniform Technical Guidelines 2010
-
144114
14
7. LOJI PENGOLAHAN
KUMBAHAN (LPK)
7.1 DEFINISI Rekabentuk rangkaian paip, stesen pam dan loji rawatan kumbahan adalah
berdasarkan kepada anggaran terhadap kadar aliran isipadu yang dijangka untuk
dibawa, dipam dan dirawat. Ianya perlu mencukupi untuk menampung keperluan kawasan pembetungan semasa dan masa
hadapan.
LPK yang dikategorikan mengikut kapasiti adalah berdasarkan kesetaraan penduduk (population equivalent, PE) iaitu:
i. Kelas 1 : < 1000 PE
ii. Kelas 2 : 1001 5000 PE iii. Kelas 3 : 5001 20000 PE iv. Kelas 4 : > 20000 PE
PE ialah anggaran penggunaan kemudahan pembetungan dan bukanlah satu ukuran penduduk.
Kaedah-kaedah rawatan kumbahan boleh
diklasifikasikan kepada:
i. Operasi Unit Fizikal
Kaedah rawatan, yang menggunakan
aplikasi kekuatan fizikal untuk merawat kumbahan meliputi pemeriksaan,
pencampuran, pemberbukuan, pemendapan, penurasan dan
pengapungan.
ii. Proses Unit Kimia
Kaedah rawatan penyingkiran atau penukaran bahan cemar dengan
penambahan bahan kimia meliputi pemendakan, penjerapan dan penyahjangkitan.
iii. Proses Unit Biologi
Kaedah menghilangkan bahan cemar melalui aktiviti biologi yang mana bahan
organik terbiodegradasikan ditukar kepada gas-gas yang dilepaskan ke
udara dan tisu sel disingkirkan secara pemendapan.
7.2 GARIS PANDUAN UMUM
7.2.1 Perancangan Tapak
i. Cadangan penyediaan LPK perlu
mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Sewerage Industry
Guidlines (MSIG), Volume IV: Sewerage treatment Plants.
ii. Cadangan LPK ditentukan sebagai kerja sementara atau tetap,
tertakluk kepada pengesahan kajian perancangan tadahan pembetungan.
iii. Menyediakan Kajian Penilaian
Kesan Alam Sekitar (EIA) tertakluk kepada keperluan Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
-
154115
15
iv. Semua pemajuan mestilah mematuhi dasar-dasar Jabatan
Alam Sekitar.
7.2.2 Lokasi
i. Di kawasan yang paling rendah
untuk memudahkan sistem saliran.
ii. Berhampiran dengan sumber air
yang boleh menerima air yang telah dibersihkan.
iii. Kawasan rata serta tidak
bertakung air atau kawasan yang
mempunyai sedikit kecerunan untuk membantu pengaliran
kumbahan secara semulajadi.
iv. Kawasan yang tidak mempunyai
struktur tanah lembut, tanah liat, bekas lombong dan di kawasan
mudah banjir. v. Jauh dari tempat ibadat,
perkuburan, padang permainan dan tempat makan.
vi. Kawasan di mana paip kumbahan
mudah untuk disambung ke tapak
loji.
vii. Bebas dari pencemaran, gangguan
bunyi bising, bau, haba (heat), rasa, warna dan gegaran.
7.2.3 Rekabentuk tapak
i. Mengambilkira faktor reka bentuk, ruang landskap, ruang
penyelenggaraan yang serasi dengan perancangan persekitaran.
ii. Dilandskap dengan pokok yang bersesuaian sebagai adangan visual dan pengindahan kawasan.
iii. Mempunyai sistem parit yang mencukupi dan jalan masuk dari
jalan berhampiran.
iv. Mempunyai bentuk tapak yang berfungsi dan ekonomik.
v. Diletakkan jauh dari bangunan yang didiami bagi mengurangkan
gangguan terhadap penduduk.
vi. Hendaklah menunjukkan cadangan
lokasi takungan air untuk effluen
buangan dan saliran air keluar.
Loji pengolahan kumbahan yang disediakan perlu
dipastikan mampu menampung keperluan semasa dan
akan datang
-
164116
16
7.3 GARIS PANDUAN KHUSUS
7.3.1 Perancangan Tapak
i. Tangki septik individu boleh
dipertimbangkan untuk pembangunan perumahan atau
perniagaan yang mempunyai PE sehingga 150.
ii. Suatu pembangunan perlu disambungkan ke sistem
pembentungan awam jika ianya berada dalam lingkungan jarak 30 meter.
iii. Untuk pembangunan yang melebihi
30 unit dengan purata kepadatan rumah lebih dari 25 orang per hektar, LPK perlu disediakan.
iv. Pengukuran jumlah kesetaraan penduduk boleh dibuat mengikut
jenis premis seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 8.
LPK yang dilengkapi dengan peralatan mekanikal.
Jadual 8: Cadangan Jumlah Kesetaraan Penduduk Mengikut Jenis
Premis
Jenis Premis
Cadangan
kesetaraan penduduk (PE)
Perumahan 5 / unit rumah
Komersial Termasuk pejabat, komplek membeli belah, hiburan, pusat rekreasi,
restoran, cafeteria dan teater
3 / 100m2 dari luas
lantai kasar
Sekolah/Institusi Pengajian: Sekolah/ institusi
harian
Asrama penuh Sebahagian Asrama
dan harian
0.2 /murid
1 /murid 0.2/ murid harian
1 /murid asrama
Hospital 4 /katil
Hotel dengan
kemudahan tempat makan dan dobi.
4 / bilik
Kilang, tidak termasuk air yang diproses
0.3 /kakitangan
Pasar basah 3 /gerai
Pasar kering 1/ gerai
Stesen minyak/servis 15 / tandas
Terminal bas 4 /petak bas
Terminal teksi 4 / petak teksi
Masjid/gereja/kuil 0.2 /orang
Stadium 0.2/orang
Kolam renang/kompleks
sukan
0.5 / orang
Tandas Awam 15 /tandas
Lapangan terbang 0.2 /penumpang 0.3 / kakitangan
Kedai Dobi 10 /mesin
Penjara 1 /orang
Padang Golf 20 /lubang
Sumber: MSIG,Volume IV: Sewerage treatment Plants, 2009.
-
174117
17
7.3.2 Keluasan Tapak
i. Keluasan tapak LPK adalah
berasaskan kepada proses rawatan yang digunakan serta mengambil kira berbagai kriteria reka bentuk
yang lain.
ii. Jadual 9 menunjukkan jumlah keluasan LPK berdasarkan kepada jumlah kesetaraan penduduk (PE).
Keluasan tapak LPK yang lebih terperinci perlu merujuk kepada
Malaysian Sewerage Industry Guidlines (MSIG), Volume IV: Sewerage treatment Plants.
Jadual 9: Keluasan Tapak LPK
Jenis Penduduk
Setara (PE)
Keluasan
Kelas 1 100 - 1000 210 m2 (0.052 ekar)
hingga
1070 m2 (0.264 ekar)
Kelas 2 1100 5000 1115 m2 (0.276 ekar) hingga
3076 m2 (0.76 ekar)
Kelas 3 (dengan sistem mekanikal)
5001- 20000 0.31 hektar (0.76 ekar) hingga 1.19 hektar (2.95 ekar)
Kelas 4 (dengan sistem mekanikal)
20001 - 450000
1.19 hektar (2.95 ekar) hingga 9.36 hektar (23.14 ekar)
Sumber: MSIG, Volume IV: Sewerage treatment Plants, 2009.
iii. Keluasan yang ditunjukkan tidak termasuk zon penampan di
sekelilingnya tetapi telah merangkumi jarak anjakan bangunan dan laluan di
dalam kawasan loji.
iv. LPK Kelas 3 dan 4 dilengkapi dengan
sistem mekanikal. Sistem ini digunakan dalam kawasan
pembangunan biasa dan juga kawasan bandar.
v. Bagi LPK yang menggunakan sistem rawatan aerated lagoon dan stabilisation ponds keluasan kawasan yang diperlukan adalah lebih besar.
vi. Keluasan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada anggaran bahawa bentuk tapak adalah segi
empat dan rata. Bagi tapak yang tidak sempurna seperti bentuk yang tidak
sekata atau tanah yang bercerun, kawasan tambahan mungkin diperlukan.
7.3.3 Zon Penampan
i. Zon penampan LPK boleh digunakan untuk berbagai
kegunaan seperti rizab longkang, jalan atau rizab utiliti. Walaupun begitu langkah keselamatan serta
mengawal bau dan bunyi bising perlu diambil.
-
184118
18
ii. Bangunan kekal yang didiami tidak dibenarkan di kawasan zon
penampan.
iii. Keperluan zon penampan adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 10 dan Rajah 2.
Sumber: Malaysian Sewerage Industry Guidlines, Volume IV: Sewerage treatment Plants, 2009
Jadual 10:Lebar Minimum Zon Penampan
Jenis Pembangunan
Lebar Minimum Zon Penampan
Perumahan/ perniagaan
30m dari sempadan lot LPK
Industri 20m dari sempadan lot LPK
Sistem tertutup/ tertanam
10m dari sempadan lot LPK
Sistem tertutup/ tertanam bagi bangunan tinggi
30 meter dari sempadan lot LPK
.
Rajah 2: Keperluan Zon Penampan Mengikut Jenis Pembangunan
-
194119
19
8. TAPAK LOJI RAWATAN
TERMAL
8.1 Definisi Loji rawatan termal merupakan satu
teknik merawat sisa pepejal dengan menggunakan haba untuk mengurai sisa-
sisa organik (sisa makanan, plastik, kertas, kayu dan sebagainya) kepada abu yang lebih stabil dan isipadunya
berkurangan sehingga 90 peratus dan beratnya berkurangan sehingga 80
peratus.
8.2 JenisJenis Proses Rawatan Termal
Proses rawatan termal terbahagi kepada
3 iaitu: i. Incineration ii. Gasification iii. Pyrolysis
i. Incineration
Teknologi merawat sisa pepejal yang menggunakan haba di mana udara dan oksigen di dalam relau adalah
mencukupi. Teknologi rawatan incineration terdiri daripada:-
Barrel Moving Grate/ Stroker Fixed Grate Rotary Kiln Fluidised Bed Specialised Incenerator
ii. Gasification
Teknologi merawat sisa pepejal yang menggunakan haba di mana udara dan
oksigen yang dibekalkan di dalam relau adalah tidak mencukupi untuk pembakaran berlaku.
iii. Pyrolysis
Teknologi merawat sisa pepejal yang
menggunakan haba dengan tanpa bekalan oksigen.
Rekabentuk loji rawatan termal yang unik di Vienna, Austria.
-
204120
20
8.2 Garis Panduan Umum
8.2.1 Prinsip Perancangan i. Tapak dan struktur loji rawatan
termal disesuaikan dan
disepadukan dengan persekitaran.
ii. Tidak menjejaskan nilai estatika kawasan.
iii. Tidak memberi kesan negatif ke atas pembangunan lain di kawasan
sekitar. iv. Disediakan kemudahan
infrastruktur yang mencukupi dan efisien.
v. Perlu Kajian Penilaian Kesan Alam
Sekitar (EIA) dan Kajian Penilaian
Kesan Sosial (SIA).
8.2.2 Pemilihan Tapak
i. Mengikut kesesuaian lokasi, jenis
loji rawatan termal, kapasiti,
bahan-bahan pembakaran serta
saiz loji.
ii. Tapak loji rawatan termal boleh
disyorkan di tapak pelupusan sedia
ada.
iii. Terdapat tiga saiz tapak loji
rawatan termal iaitu kecil,
sederhana dan besar seperti dalam
Jadual 11.
iv. Perincian teknikal pembinaan loji
rawatan termal hendaklah merujuk
dan mematuhi garis panduan,
syarat dan peraturan oleh
jabatan/agensi berkaitan.
Jadual 11 : Keluasan Tapak Mengikut
Kapasiti loji rawatan termal
Kapasiti
Saiz loji
rawatan termal
Keluasan Tapak
< 200 tan Kecil 0.4 2 hek
(1 5 ek)
200-400 tan
Sederhana 35 40 hek
(10 hek - loji)
> 400 tan Besar 60 hek
(10 hek -loji)
Sumber : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2010
Loji pembakaran yang tertutup dan efisyen dapat mengurangkan pencemaran udara dan alam sekitar
-
214121
21
Kapasiti muatan bagi setiap unit loji rawatan termal bergantung kepada saiz tapak incinerator tersebut
8.3 Garis Panduan Khusus
Garis panduan khusus loji rawatan termal
mengikut saiz adalah seperti di Jadual 12.
-
41
22
Jadual 12: Garis Panduan Khusus Loji Rawatan Termal Mengikut Saiz
Saiz Loji Rawatan Termal
Lokasi Kapasiti Bahan Buangan Reka Bentuk Bangunan/Kawasan Landskap dan Zon Penampan
Laluan Masuk
Kecil
Keluasan tapak: 0.42 hektar (15 ekar)
Untuk kawasan perumahan, sebaik mungkin di kawasan rata supaya salur utiliti seperti saluran paip dan penyedut sampah sarap dapat berfungsi sempurna.
Diletakkan berhampiran jalan utama untuk mengurangkan masa dan kos pengangkutan.
Penggunaan tanah yang minimum dalam kawasan pembangunan untuk menjimatkan kos pengambilan tanah.
Tidak melebihi 200 tan sehari.
Mungkin dilengkapi dengan Heat Recovery System (HRS).
Penggunaan semula haba melalui HRS memerlukan sekurang-kurangnya 100 tan sisa pepejal sehari.
Sisa-sisa domestik sahaja seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan, plastik dan kertas yang tercemar garden waste, sisa buangan binatang dan pertanian.
Sisa pepejal dibakar di dalam relau incinerator yang boleh mengendalikan 15 tan sampah
setiap jam.
Jenis tertutup, non-integrated dan mempunyai serombong bagi kawalan pencemaran sekurang-kurangnya 30 meter tinggi atau mengikut ketinggian dan struktur yang diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kawasan sekitar tapak loji rawatan termal boleh digunakan sebagai ruang rekreasi dan juga tempat letak kereta untuk kegunaan awam.
Mengambilkira peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] berkaitan perintah pemeliharaan pokok.
Zon penampan sekurang-kurangnya 10 meter lebar atau jarak yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ianya boleh digunakan sebagai tempat meletak kenderaan dan kawasan lapang untuk tujuan rekreasi.
10% hendaklah dihijaukan dan 90% dikekalkan untuk laluan physical buffer.
hendaklah diwartakan mengikut seksyen 62, Kanun Tanah Negara.
Disyorkan di antara 12-15 meter (40-50 kaki) lebar
Dilandskap 2.1-2.7 meter (7-9 kaki) di kiri dan kanan jalan.
Sederhana
Keluasan tapak: 3540 hektar bagi setiap 100,000 orang - 10 hektar dikhaskan untuk tapak loji dengan jangka hayat 20 tahun.
Sebaik mungkin di kawasan rata supaya salur utiliti seperti saluran paip dan penyedut sampah sarap dapat berfungsi sempurna.
Sesuai disediakan diperingkat daerah.
Lokasi perlulah sehampir mungkin dengan punca sisa pepejal tersebut bagi mengurangkan kos pengangkutan, kos penyambungan utiliti (air dan elektrik) dan kos penyediaan
jalan masuk. Perjalanan jauh juga boleh meningkatkan risiko tumpahan leachate.
200 400 tan sehari.
Dilengkapi dengan Heat Recovery System (HRS).
Terdiri daripada bahan-bahan buangan domestik dan sisa-sisa pepejal.
Sesuai dengan persekitaran, cuaca dan perancangan kawasan pembangunan.
Mempunyai serombong bagi kawalan pencemaran sekurang-kurangnya 30 meter tinggi atau mengikut ketinggian dan struktur yang diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar.
Loji pembakaran disepadukan dengan tapak penimbusan.
Rajah menunjukkan jarak zon penampan yang perlu disediakan di antara tapak loji rawatan termal dengan jalanraya..
Mengambilkira peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] berkaitan perintah pemeliharaan pokok.
Jarak zon penampan sekurang-kuranya 500m dari kawasan kediaman atau tertakluk kepada jarak yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 10% dihijaukan dan 90% boleh dikekalkan untuk physical buffer.
Zon penampan perlu ditutup kepada orang awam serta berpagar untuk keselamatan.
Tapak loji rawatan termal perlu mempunyai zon penampan yang sesuai dan 10%
daripadanya dihijaukan.
Disyorkan di antara 1518 meter (5060 kaki) lebar
Dilandskap 2.1-2.7 meter (7-9 kaki) di kiri dan kanan jalan.
-
41
23
Sambungan..
Saiz Loji Rawatan Termal
Lokasi Kapasiti Bahan Buangan Reka Bentuk Bangunan/Kawasan Landskap dan Zon Penampan
Laluan Masuk
Besar
Keluasan tapak: 60 hektar - 10 hektar dikhaskan untuk tapak loji dengan jangka hayat 20 tahun.
Sebaik mungkin di kawasan rata supaya salur utiliti seperti saluran paip dan penyedut sampah sarap dapat berfungsi sempurna.
Jauh dari orang ramai, kawasan warisan, mempunyai nilai aestetik, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan penduduk berkepadatan tinggi serta memiliki laluan infrastruktur yang sempurna dan kos pengangkutan minimum.
Melebihi 400 tan sehari.
Dilengkapi dengan Heat Recovery System (HRS).
Terdiri daripada bahan-bahan buangan domestik dan sisa-sisa pepejal.
Loji rawatan toxic Industrial Waste perlu dibina berasingan dengan loji rawatan termal. Ianya memerlukan tapak pelupusan khas (secured Landfill) yang diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar.
Sesuai dengan persekitaran, cuaca dan perancangan kawasan pembangunan.
Loji pembakaran disepadukan dengan tapak penimbusan.
Mempunyai serombong bagi kawalan pencemaran sekurang-kurangnya 30 meter tinggi atau mengikut ketinggian dan struktur yang diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar.
Mengambilkira peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] berkaitan perintah pemeliharaan pokok.
Zon penampan disyorkan 200500 meter lebar atau jarak yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 10 % wajib dihijaukan dan 90 % boleh dikekalkan untuk physical buffer.
Ianya perlulah ditutup kepada orang awam serta berpagar untuk keselamatan.
Disyorkan di antara 20 - 36 meter (66 120 kaki) lebar
Dilandskap minimum 2.7 meter (9 kaki) di kiri dan kanan jalan.
Sumber : Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, 2010
-
41
24
9. INFRASTRUKTUR
KOMUNIKASI
9.1 Definisi
i. Infrastruktur komunikasi
bermaksud apa-apa unsur atau
gabungan unsur infrastruktur
fizikal yang digunakan
terutamanya bagi, atau berkaitan
dengan, pemberian perkhidmatan
rangkaian komunikasi talian tetap
atau tanpa wayar.
ii. Perkhidmatan rangkaian
komunikasi talian tetap seperti
telefon dan jalur lebar memerlukan
jaringan kabel di bawah atau atas
tanah (overhead) dari ibusawat ke
kabinet agihan dan seterusnya ke
premis pelanggan.
iii. Perkhidmatan rangkaian
komunikasi tanpa wayar seperti
telefon selular dan jalur lebar
bergerak (mobile) pula
memerlukan struktur pemancar
untuk memberi liputan
perkhidmatan di sesuatu kawasan.
iv. Infrastruktur-infrastruktur utama
komunikasi yang perlu disediakan
di sesuatu kawasan pembangunan
adalah seperti di Jadual 13.
Jadual 13: Infrastruktur Infrastruktur Utama Komunikasi
Jenis Definisi Contoh Jenis
Struktur
Ibusawat Bangunan yang
menempatkan pusat
suis atau pengsuisan yang merangkaikan
atau menghubungkan talian telefon/ komunikasi
Bangunan ibusawat
telefon
Kabinet
agihan
Kabinet yang
menempatkan radas dan melindunginya
daripada persekitaran untuk memudahkan pemasangan dan
penyelenggaraaan rangkaian komunikasi
Kabinet telefon
di tepi jalan
Pondok
telefon
Pondok yang
menempatkan kemudahan telefon awam
Pondok telefon awam
Menara pemancar atas
tanah
Menara pemancar ialah struktur menara konvensional yang
dibina atas tanah
Menara berkaki tiga/empat
Monopole Monopole Tree
Guyed mast
Struktur pemancar
atas bangunan
Struktur pemancar yang dipasang atas
bumbung atau pada bahagian lain bangunan
Minimast Tripod Unipole
Struktur
Pemancar Dwi-
Fungsi
Struktur yang
diintegrasikan dengan radas pemancar
untuk gunasama yang berimpak rendah dalam persekitarannya
Lampu limpah
Lampu estetik Papan tanda
Minaret Menara jam
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2011
-
41
25
9.2 Garis Panduan Umum
9.2.1 Perancangan Tapak i. Keperluan tapak infrastruktur
komunikasi seperti ibusawat,
kabinet dan struktur pemancar hendaklah dirancang dalam semua
peringkat perancangan.
ii. Perancangan tapak hendaklah
merangkumi keperluan infrastruktur komunikasi talian
tetap sebagai perkhidmatan utama (essential service) dan komunikasi tanpa wayar sebagai
perkhidmatan pilihan kepada orang ramai.
iii. Perancangan perlu mengambilkira
aspek-aspek seperti topologi
kawasan, saiz kependudukan, jangkaan permintaan, line-of-sight
dan teknologi yang digunakan.
iv. Keperluan tapak infrastruktur komunikasi hendaklah dirizabkan bersesuaian dengan keperluan di
sesuatu kawasan pembangunan.
9.2.2 Perkongsian Infrastruktur
i. Persekitaran industri komunikasi
yang kompetitif membolehkan
pelbagai perkhidmatan yang berasaskan kepada teknologi
berbeza disediakan oleh pelbagai pembekal perkhidmatan komunikasi.
ii. Perkongsian infrastruktur oleh
pembekal-pembekal perkhidmatan adalah perlu bagi memastikan
pembangunan fizikal dijalankan secara lebih teratur dan terkawal dan seterusnya menghasilkan
persekitaran yang selesa, selamat dan terpelihara.
iii. Bagi komunikasi tanpa wayar,
perkongsian infrastruktur boleh
dilaksanakan melalui pemasangan radas pemancar pada menara,
bangunan dan struktur sedia ada yang bersesuaian.
iv. Pembinaan infrastruktur baru boleh dibenarkan sekiranya
infrastruktur sedia ada tidak boleh lagi menampung pemasangan radas tambahan atau terdapat
halangan-halangan seperti teknikal dan sebagainya. Dalam
hal ini, sesuatu cadangan pemajuan hendaklah disokong dengan alasan atau justifikasi yang
munasabah untuk pertimbangan pihak berkuasa yang berkenaan.
-
41
26
Teknik penyamaran dan hadangan pada menara muazzin (minaret) dengan menggunakan bahan
yang bersesuaian
9.2.3 Rekabentuk
i. Rekabentuk infrastruktur
hendaklah mengambil kira
keselamatan orang awam.
ii. Mewujudkan persekitaran yang menarik dan memelihara ciri estetika atau keharmonian dengan
tampak bangunan atau struktur sedia ada, dan latar langit
(skyline) sesuatu pembangunan.
iii. Rekabentuk hendaklah bersesuaian dengan kawasan pembangunan sama ada pusat bandar, kawasan
perdagangan, taman, perumahan, perindustrian, institusi pendidikan
atau utiliti.
9.2.4 Penggunaan Lanskap/ Penyamaran(Camouflaging)
/Hadangan (Screening) i. Penggunaan lanskap seperti di
kawasan menara pemancar adalah
digalakkan bagi mengurangkan impak visual struktur. Penanaman
pelbagai spesis pokok yang bersesuaian juga dapat mewujudkan suasana taman.
ii. Kaedah-kaedah seperti
penyamaran (camouflaging) dan hadangan (screening) wajar digunakan bagi memelihara ciri
estetika dan keharmonian dengan tampak struktur sedia ada atau
kawasan persekitarannya.
9.2.5 Liputan Perkhidmatan
Struktur Pemancar
i. Bagi membolehkan liputan
perkhidmatan yang menyeluruh dan
berkualiti diberikan kepada orang
ramai, radas pemancar perlu dipasang
pada lokasi dan ketinggian tertentu
bergantung kepada teknologi, topologi
dan kepadatan penduduk di sesuatu
kawasan.
ii. Jadual 16 menunjukkan anggaran
liputan mengikut teknologi semasa
dan kawasan perkhidmatan.
-
41
27
Jadual 16: Anggaran Liputan Struktur
Pemancar
Kawasan Teknologi dan Radius Liputan
2G/3G
4G
Metro
500 m (struktur atas bangunan/dwi-
fungsi/monopole)
500 m (struktur atas bangunan/dwi-
fungsi/monopole)
Bandar
1 km (struktur atas bangunan/dwi-
fungsi/monopole)
750 m (struktur atas bangunan/dwi-
fungsi/monopole)
Pinggir
Bandar
2.0 km
(semua jenis struktur)
1.0 km
(semua jenis struktur)
Luar Bandar/ Lebuhraya
3.0 km (semua jenis
struktur)
1.5 km (semua jenis
struktur)
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2011
9.2.6 Pembangunan di Kawasan/
Bangunan Warisan i. Pembangunan infrastruktur di
kawasan atau pada bangunan
warisan hendaklah menarik dengan menggunakan rekabentuk dan teknik-teknik penyamaran
atau hadangan yang bersesuaian bagi menyeragamkan pandangan
dengan bangunan warisan dan kawasan persekitaran.
9.2.7 Pembangunan di Kawasan
Lebuhraya i. Tapak bagi penempatan menara
pemancar hendaklah dirizabkan bagi memenuhi keperluan
menyediakan liputan yang menyeluruh dan berkualiti di
sepanjang kawasan lebuhraya.
ii. Jarak minimum menara
komunikasi dari sempadan Right of Way (R.O.W) lebuhraya hendaklah
memenuhi keperluan pihak berkuasa yang berkenaan.
9.3 Garis Panduan Khusus
9.3.1 Ibusawat
i. Tapak bagi penempatan bangunan
ibusawat hendaklah dirizabkan (flagship) bagi pembangunan baru.
ii. Pemilihan tapak bagi bangunan ibusawat bergantung kepada saiz
kependudukan dan permintaan serta hendaklah mempunyai akses
kepada kemudahan asas seperti jalanraya, elektrik dan air.
iii. Saiz tapak bergantung kepada saiz kependudukan dan permintaan
untuk komunikasi dengan keluasan minimum satu (1) ekar.
-
41
28
Bangunan ibusawat telefon Kabinet agihan di tepi jalanraya
iv. Jarak anjakan bangunan ibusawat hendaklah mengikut syarat
Jabatan Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan
amalan biasa ialah sekurang-kurangnya 20 meter (66 kaki) dari tepi bangunan ibusawat dengan
sempadan tapak atau sempadan rizab jalan.
9.3.2 Kabinet Agihan i. Penempatan kabinet agihan
hendaklah dirancang dan boleh ditempatkan di sebelah bahu jalan
dan tempat-tempat bersesuaian selaras dengan keperluan R.O.W.
ii. Pemilihan lokasi tapak kabinet
agihan bergantung kepada saiz kependudukan dan permintaan kepada perkhidmatan komunikasi.
iii. Saiz minimum tapak ialah 3m x 2m bergantung kepada teknologi
yang digunakan dan saiz kependudukan atau permintaan.
iv. Jarak anjakan dari bahu jalan ialah
satu (1) meter.
9.3.3 Pondok Telefon i. Penempatan pondok-pondok
telefon awam hendaklah dirancang
dan boleh ditempatkan di bahu jalan dan tempat-tempat bersesuaian selaras dengan
keperluan R.O.W.
-
41
29
Menara komunikasi atas tanah yang dibina di dalam
kawasan tanaman kelapa sawit.
9.3.4 Menara Pemancar i. Tapak bagi penempatan menara
pemancar hendaklah dirizabkan.
ii. Lokasi tapak boleh
dipertimbangkan atas mana-mana tapak tanah dan jenis status penggunaan tanah.
iii. Saiz tapak bergantung pada
ketinggian menara di mana saiz minimum ialah 15 meter x 15 meter dan tambahan 3 meter
untuk tujuan landskap.
iv. Saiz kabin normal ialah 1m x 2m (bergantung pada keperluan pemasangan radas).
v. Dilanskapkan dengan pokok-pokok
renek dan hedges di sekeliling pagar, sekiranya perlu.
vi. Menyediakan zon penampan di antara menara komunikasi dan
gunatanah yang berdekatan. vii. Tapak menara hendaklah berpagar
sepenuhnya.
viii. Laluan masuk bagi penyelenggaraan perlu disediakan
berasingan dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.
Menara komunikasi jenis monopole yang berpagar
untuk tujuan keselamatan.
-
41
30
Struktur pemancar komunikasi atas bangunan menggunakan teknik hadangan
9.3.5 Struktur Pemancar Atas Bangunan
i. Struktur pemancar boleh dibina
atas bumbung bangunan atau pada bahagian-bahagian bangunan yang bersesuaian.
ii. Tidak mengancam keselamatan
dan kestabilan struktur sedia ada dan orang awam.
iii. Hendaklah memelihara ciri estetika bangunan atau keharmonian
dengan tampak serta fasad bangunan.
iv. Ketinggian struktur tidak boleh melebihi separuh ketinggian
permukaan tampak bangunan atau 12 meter, yang mana lebih
rendah.
v. Struktur pemancar hendaklah
disusun dengan kemas dan teratur.
Menara komunikasi jenis monopole yang
berpagar untuk tujuan keselamatan.
-
41
31
Menara Kuala Lumpur menempatkan struktur pemancar bagi bandaraya Kuala Lumpur.
vi. Warna peralatan sistem antena
dan struktur tiang hendaklah seragam atau selaras dengan skim
warna keseluruhan tampak bangunan.
vii. Pembinaan kabin atau pemasangan radas hendaklah
diselaraskan dengan reka bentuk keseluruhan bangunan atau ditempatkan di lokasi yang
terselindung dari pandangan umum sekiranya melibatkan
pembinaan tambahan di luar bangunan.
9.3.6 Struktur Pemancar Dwi-Fungsi
i. Perkongsian dengan struktur sedia
ada adalah digalakkan kerana ia dapat dimanfaatkan untuk dwi-fungsi atau pelbagai fungsi.
ii. Merangkumi struktur sedia ada
yang ditumpang/diubahsuai/diganti untuk tujuan pemasangan radas
pemancar atau struktur binaan baru yang dibina untuk dwi-fungsi
atau pelbagai fungsi. iii. Hendaklah mempunyai rekabentuk
yang berimpak rendah dan memelihara ciri keharmonian
dengan persekitarannya sama ada dari segi saiz, ketinggian, pewarnaan atau sebagainya.
iv. Mempunyai ketinggian tidak
melebihi 30 meter.
v. Tidak menjejaskan atau
menganggu fungsi struktur sedia ada.
vi. Struktur jenis ini biasanya sesuai
di kawasan kediaman.
-
41
32
Struktur pemancar dwi fungsi yang disatukan dengan lampu limpah dan mempunyai rekabentuk yang harmoni dengan lanskap sekeliling
9.3.7 Jarak Anjakan
i. Sekiranya struktur pemancar atas
tanah seperti menara perlu didirikan, ianya hendaklah
mematuhi jarak anjakan dengan bangunan berhampiran seperti di
Jadual 14.
ii. Jarak anjakan dalam jadual ini
adalah bagi memenuhi keperluan estetika dan bukan bertujuan
memenuhi jarak bagi keselamatan
dari dedahan EMF (rujuk Perkara 9.4).
iii. Ukuran jarak hendaklah dikira dari
kaki struktur pemancar ke dinding bangunan terdekat yang sedia ada, kecuali bangunan seperti kabin
yang merupakan sebahagian daripada infrastruktur pemancar.
Jadual 14: Jarak Anjakan Menara
Pemancar
Jenis
Bangunan
Jarak Minimum (meter)
Ketinggian Kurang Dari 45m (148)
Ketinggian
45m (148) dan Ke Atas
Kediaman
20 meter
(66 kaki)
30 meter
(98 kaki)
Perniagaan
(Pusat Bandar)
10 meter
(33 kaki)
15 meter
(49 kaki)
Industri
5 meter (16 kaki)
10 meter (33 kaki)
Rumah ibadat, hospital, sekolah, universiti dan lain-lain,
bangunan kegunaan awam / institusi
20 meter (66 kaki)
30 meter (98 kaki)
Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2011
-
41
33
9.3.8 Kawasan Berbukit Dan
Bercerun
i. Penempatan infrastruktur
komunikasi seperti menara pemancar di kawasan berbukit dan bercerun adalah dibenarkan
dengan syarat kerja-kerja pembinaan mematuhi keperluan
dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.
9.4 Lain-lain i. Perancangan bagi pembangunan
infrastruktur komunikasi adalah tidak tertakluk kepada isu-isu
dedahan kepada medan elektromagnet (EMF).
ii. SKMM ialah agensi yang
bertanggungjawab bagi
mengawalselia dan memastikan pematuhan kepada tahap dedahan
EMF oleh pembekal perkhidmatan komunikasi.
iii. Semua pemasangan radas pemancar mesti mematuhi had
dedahan seperti dalam Commission Determination on the
Mandatory Standard for Electromagnetic Field Emission from Radiocommunications
Infrastructure (Determination No. 1 of 2010).
iv. Had dedahan yang diwajibkan oleh penetapan tersebut adalah selaras
dengan garispanduan oleh International Commission on Non-
Ionizing Radiation Protection (ICNIRP) yang diiktiraf oleh World Health Organisation (WHO).
-
41
34
KETERANGAN LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan garis panduan
ini, anda boleh menghubungi:
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jalan Cenderasari
50646 Kuala Lumpur.
-
41
35
GARIS PANDUAN BERKAITAN
i. Garis Panduan Perancangan
Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan
Tanah Tinggi [GP007-A(11), 2009];
Jabatan Perancangan Bandar dan
Desa Semenanjung Malaysia, KPKT.
ii. Garis Panduan Pembangunan Di
Kawasan Tanah Tinggi [GP NRE,
2005]; Kementerian Sumber Asli dan
Alam Sekitar.
iii. Manual Saliran Mesra Alam, oleh
Jabatan Pengairan dan Saliran.
iv. Malaysian Standard MS IEC 60364
Electrical Installation of Buildings
v. Garis Panduan Laluan Kemudahan
Utiliti, JPBD
vi. Commission Determination on the
Mandatory Standard for
Electromagnetic Field Emission from
Radiocommunications Infrastructure
(Determination No. 1 of 2010).
AKTA/STATUT PERUNDANGAN
BERKAITAN i. Akta Perancangan Bandar dan Desa,
1976 [Akta 172];
ii. Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974
[Akta 133];
iii. Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
[Akta 127];
iv. Akta Bekalan Elektrik [Akta 447 dan
Akta 448];
v. Akta Industri Perkhidmatan Air [Akta
655];
vi. Akta Kerja-Kerja Saliran, 1954
(1988);
vii. Akta Air, 1920 (Cap 146) (1989);
viii. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Umum, 2007 [Akta
672];
ix. Peraturan-peraturan Elektrik, 1994;
x. Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta
447]
xi. Enakmen Bekalan Air (N.M.B. Bab
203);
xii. Akta Komunikasi dan Multimedia,
1998 (Akta 588).
xiii. Syarat-syarat Tenaga Nasional
Berhad
-
41
36
AGENSI BERKAITAN
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3 - 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara,
Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur. Tel : 603 - 2094 7033
Faks : 603 - 2094 9720 Web : www.kpkt.gov.my
Jabatan Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 4, Blok K, Pusat Bandar Damansara,
Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur. Tel : 603 - 2094 7033
Faks : 603 - 2095 4066 E-mail : [email protected]
Web : www.kpkt.gov.my
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Block E4/5 Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62668 Putrajaya Malaysia
Tel: 03-8883 6000 Fax: 03-8889 3712
E-mail : [email protected] Web : www.ktkm.gov.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor.
Tel: 03 8688 8000 Faks : 03 8688 1000 E-mail : [email protected]
Web : www.mcmc.gov.my
Jabatan Alam Sekitar Aras 1-4, Lot 4G3
Podium Blok 2 & 3 Putrajaya
Tel : 03 8871 2000 Faks : 03 8888 9987
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
Tingkat 5-7 Blok B (Utara), Pusat Bandar Damansara,
50490 Kuala Lumpur Tel : 03-20809400 Faks: 03-20962609/ 20953741
Web : http://www.jpp.gov.my/
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Paras 2 dan 4, Blok B (Utara),
Pusat Bandar Damansara, Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-20998461 Faks: 03-20942942
-
41
37
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Ground and 1st Floor , Prima Avenue 7, Block 3510,
Jalan Teknokrat 6, 63000 Cyberjaya, Malaysia. Tel: 03 - 8317 9333 / 334 / 335
Fax: 03 - 8317 9336 / 03 - 8317 9339
Perbadanan Putrajaya Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 PUTRAJAYA, Malaysia.
Tel : 03 8887 7000 Faks : 03 8887 5000
Tenaga Nasional Berhad
No. 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-2296 5566 Faks: 03-2283 3686 / 603-2288 1419 Web : http://www.tnb.com.my
-
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jalan Cenderasari, 50646 Kuala Lumpur
ISBN 000-000-0000-00-0
ISBN 000-111-2222-33-4